You are on page 1of 183

PERLAKSANAAN KONSEP 3’R’ DALAM PENGURUSAN SISA BINAAN DI

TAPAK BINA

MOHD ASRUL BIN HASBULLAH

FAKULTI ALAM BINA


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦


JUDUL: PERLAKSANAAN KONSEP 3’R’ DALAM PENGURUSAN SISA
BINAAN DI TAPAK BINA

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya MOHD ASRUL BIN HASBULLAH

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti


Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan (
)
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)


TIDAK TERHAD
Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:
BLOK E – 49 PERUMAHAN JPN, EN. ISMAIL BIN HARON
KG.KUBANG PANJANG, Nama Penyelia
17000 PASIR MAS,
KELANTAN DARUL NAIM.

Tarikh: Tarikh:

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan
tempoh tesis perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“Saya/kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan”.

Tandatangan : …………………………………….
Nama Penyelia : EN ISMAIL BIN HARON
Tarikh : …………………………………….

Tandatangan : …………………………………….
Nama Pembaca : EN NORAZAM BIN OTHMAN
Tarikh : …………………………………….
PERLAKSANAAN KONSEP 3’R’ DALAM PENGURUSAN SISA BINAAN DI
TAPAK BINA

MOHD ASRUL BIN HASBULLAH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai


memenuhi syarat penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan

Fakulti Alam Bina


Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2008
ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………………

Nama Penulis : MOHD ASRUL BIN HASBULLAH

Tarikh : ………………………………………
iii

DEDIKASI

Buat maK dan ayah tercinta serta keluarga,


Terima kasih atas segalanya.....
Segala pengorbanan, restu dan kasih sayang tidak terbalas buat diriku
Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya

Penyelia yang banyak mebantu......


EN ISMAIL BIN HARON ....tunjuk ajarmu tidak terbalas

Sifu-sifu yang dihormati......


Semua pensyarah Ukur Bahan dan Bangunan

KAWAN-KAWAN selamanya.....
NAJIB,AKI, SEKPU, PESA, BASRI.....

Responden yang banyak meberi sokongan .....

Rakan –rakan Supporting.....


Budak-budak 3 SBQ

TEMAN RAPAT.....
....thanks for everthings......
iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan ikhlas kepada
penyelia Projek Sarjana Muda, EN ISMAIL BIN HARON atas bimbingan dan dorongan
yang telah diberikan sepanjang tempoh penyelidikan dan penghasilan tesis ini. Segala
jasamu hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya.

Kerjasama daripada pihak responden iaitu pihak kontraktor, yang terlibat amatlah
dihargai.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Terima kasih.

Mohd Asrul Bin Hasbullah


24 NOVEMBER 2008
v

ABSTRAK

Industri binaan merupakan salah satu sektor yang menyumbang kepada


perkembangan ekonomi Negara namun ia juga telah menyumbang kesan yang negatif
kepada alam sekitar kerana menjadi antara penyumbang kepada pertambahan kuantiti
sampah sisa pepejal yang signifikan dalam negara. Dengan menyediakan pengurusan
yang baik dan berkualiti, ke semua kerja di tapak pembinaan dapat dilakukan mengikut
seperti yang dirancang. Penggunaan kaedah yang betul dalam pengurusan sisa binaan
dapat memastikan sisa binaan yang terhasil dapat diuruskan dengan baik dan terurus dan
dapat mengurangkan penghasilan kuantiti sisa binaan. Konsep 3R ialah kaedah
pengurusan sisa binaan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan tempatan yang
dipercayai dapat mengurangkan penghasilan sisa binaan dan seterusnya dapat
mengurangkan penghasilan sisa pepejal. Tujuan melakukan kajian ini ialah untuk
mengenalpasti kaedah yang kontraktor jalankan bagi pengurusan sisa binaan di tapak
bina dan mengenalpasti perlaksanaan konsep 3R (Recycle, Reuse, Reduce) di tapak
bina. Maklumat dan data yang berkaitan dengan kajian ini diambil dengan
mengedarkan borang soal selidik ke atas 10 responden kelas A, 10 kelas B dan 10 kelas
C yang mengendalikan projek sekitar Johor Bahru. Kaedah analisis frekuansi dan skala
likert telah digunakan untuk menganalisis dan mendapatkan keputusan untuk kaedah
yang kontraktor gunakan dan perlaksanaan konsep 3R di tapak bina. Hasil daripada
analisis mendapati bahawa kebanyakkan kontraktor menggunakan sistem pelupusan
dalam pengurusan sisa binaan mereka di tapak bina sisa dan masih kurang kontraktor
melaksanakan konsep 3R dengan tahap perlaksanaan bagi keseluruhan kontraktor ialah
sederhana. Ini menunjukkan pengetahuan berkenaan kabaikan perlaksanaan konsep 3R
masih kurang kepada industri binaan dan juga kepada pihak kontraktor.
vi

ABSTRACT

Construction industry is one of the sector that contribute to national economic


development. Despite of the good impact in economic growth, it is also become one of
the factor that causing the negative impact to the environment from the increasing
number of solid waste that significant in the country. Providing a good and quality
management, where all the works at site can be perform within schedule. Using the right
method in handling the construction waste will ensure the good management of the
waste and also it can decrease the quantity of the construction waste produced. The 3R
concept is a construction waste management method that has been introduced by the
government that assure can reduce the construction waste produced and further on can
also reduced the production of solid waste. This study has been carried out to identify
the method that has been used by the contractor in managing the construction waste at
the site and also to identify the application of the 3R concept at the site. Data was
collected using questionnaire distributed to the 10 respondents class A, 10 respondents
class B and 10 respondents class C which is conducted at Johor Baharu. Frequency
analysis and likert scale was done to analyze and obtain the result for the method that
has been used and the application of the 3R concept at the site. The result of the analysis
show that most of the contractor using the landfill system in managing the construction
waste at the site while for the 3R concept, it shows that the level of awareness among the
contractor about the 3R concept is still low with the level application for overall
contractor is average and less of them apply the concept at the site. It shows that the
knowledge about the benefit of 3R concept is still low in construction industry and also
among contractors.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 4
1.3 Objektif Penyelidikan 7
1.4 Skop Penyelidikan 8
1.5 Kepentingan Kajian 8
1.6 Metodologi Penyelidikan 9
viii

BAB PERKARA MUKASURAT

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Penghasilan Sisa Binaan Di Tapak Bina 13


2.1.1 Pengenalan 13
2.1.2 Definasi Sisa 14
2.1.3 Kategori Sisa Pepejal 15
2.1.3.1 Sisa Kawasan Perumahan 16
2.1.3.2 Sisa Institusi 16
2.1.3.3 Sisa Pertanian 17
2.1.3.4 Sisa Perbandaran 17
2.1.3.5 Sisa Industri 17
2.1.3.6 Sisa Pembinaan 18
2.1.4 Komponen Sisa Binaan 19
2.1.4.1 Konkrit 19
2.1.4.2 Batu bata 20
2.1.4.3 kayu 20
2.1.4.4 Logam ferum 21
2.1.4.5 Kaca 21
2.1.4.6 Plastik 21
2.1.4.7 Pasir 22
2.1.5 Penghasilan Dan Penjanaan Sisa Binaan
Di Tapak Bina 22
2.1.5.1 Aktiviti Pembinaan 23
2.1.5.2 Aktiviti Perobohan Struktur 26
2.1.5.3 Aktiviti Pembaharuan Dan
Pembaikan Struktur 26
ix

BAB PERKARA MUKASURAT

2.1.6 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi


Penghasilan Sisa Binaan 27
2.1.6.1 Kaedah Pembinaan 27
2.1.6.2 Penggunaan Jenis Bahan Binaan 28
2.1.6.3 Sikap Pihak Pengurusan, Subkontraktor
Dan Pekerja Di Tapak Bina 29
2.1.7 Kaedah pengurusan sisa bahan binaan 29
2.1.7.1 Mempunyai sistem pelupusan sisa 30
2.1.7.2 Pengumpulan Sisa Binaan 32
2.1.7.3 Kitar Semula 33
2.1.7.4 Penggunaan Semula 34
2.1.7.5 Secara Penjadualan Data 34
2.1.8 Masalah Yang Di Hadapi Dalam Melaksanakan
Pengurusan Sisa Binaan 34
2.1.8.1 Kekurangan Masa 35
2.1.8.2 Kos Yang Tinggi 35
2.1.8.3 Tiada Pekerja Yang Mahir 36
2.1.8.4 Merumitkan Dan Melecehkan 36
2.1.8.5 Ruang Kerja Yang Terhad 37
2.1.8.6 Kekurangan Tempat Simpanan Sisa
Binaan 37
2.1.8.7 Pengetahuan Yang Kurang 37
2.1.9 Pengurangan Sisa Binaan Di Tapak Bina 38
2.1.9.1 Penggunaan Sistem Binaan
Berindustri (IBS) 38
x

BAB PERKARA MUKASURAT

2.1.9.2 Melaksanakan Sistem Pengurusan


Sisa Binaan 40
2.1.9.3 Pekerja Yang Mahir 41
2.2 Perlaksanaan Konsep 3R (Reuse,Reduse,Recycle) 42
2.2.1 Pengenalan 42
2.2.2 Definisi Konsep 3R 43
2.2.2.1 Pengurangan 43
2.2.2.2 Penggunaan Semula 44
2.2.2.3 Kitar Semula 44
2.2.3 Perlaksanaan Konsep 3R Dalam Pengurusan
Sisa Binaan 45
2.2.3.1 Pengurangan 45
2.2.3.2 Penggunaan Semula 46
2.2.3.3 Kitar Semula 47
2.2.4 Bahan Binaan Yang Menggunakan
Konsep 3R 48
2.2.4.1 Besi 49
2.2.4.2 Kayu 50
2.2.4.3 Batu Batu 50
2.2.4.4 Plastik 50
2.2.4.5 Bahan Kemasan 51
2.2.4.6 Kaca 51
2.2.4.7 Pasir 52
2.2.5 Kepentingan Konsep 3R 52
2.2.5.1 Ruang Hidup Terpelihara 52
2.2.5.2 Menjimatkan Kos 53
2.2.5.3 Pencemaran Dapat Dikurangkan 53
xi

BAB PERKARA MUKASURAT

2.2.5.4 Memanjangkan Jangka Hayat


Tapak Pelupusan 54
2.2.5.5 Menjimatkan Penggunaan Bahan
Binaan. 55
2.2.6 Halangan Tidak Melaksanakan Konsep 3r 55
2.2.6.1 Kos Yang Tinggi 56
2.2.6.2 Masa yang terhad 56
2.2.6.3 Merumitkan Dan Melecehkan 56
2.2.6.4 Tiada pengetahuan / berpengalaman 57
2.2.6.5 Tidak Tahu Prosedur 57
2.2.6.6 Melaksanakan Sistem Pengurusan
Yang Lain 58
2.2.7 Kesimpulan 58

BAB 3 ANALISIS PENYELIDIKAN MUKA SURAT

3.1 Pengenalan 59
3.2 Kaedah Analisis 59
3.3 Latar Belakang Responden 61
3.4 Analisis Kaedah Yang Digunakan Oleh Kontraktor
Dalam Pengurusan Sisa Binaan Di Tapak Bina 65
3.4.1 Kontraktor Kelas A 65
3.4.2 Kontraktor Kelas B 76
3.4.3 Kontraktor Kelas C 87
3.5 Perbincangan 96
xii

BAB PERKARA MUKASURAT

3.6 Analisis Mengenalpasti Perlaksanaan Konsep 3R


Di Tapak Bina Oleh Kontraktor 99
3.6.1 Kontraktor Kelas A,B,C
3.7 Kesimpulan 112

BAB 4 KESIMPULAN

4.1 Pengenalan 117


4.2 Kesimpulan Analisis Kajian 117
4.3 Masalah semasa kajian 120
4.4 Cadangan Kajian Lanjutan 121

RUJUKAN

LAMPIRAN
xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Sumbangan Sektor Pembinaan dalam Keluaran Dalam


Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 10 tahun ( 1996-2005). 3
2.1 Aktiviti Pembinaan Yang Menyumbang Kepada Penghasilan Sisa
Binaan 49
3.1 Indeks Tahap Penghasilan Sisa Binaan Di Tapak Bina
Bagi Kontraktor Kelas A 71
3.2 Tahap Penghasilan Bahan Binaan 72
3.3 Tahap Penghasilan Faktor 73
3.4 Tahap Penghasilan Sisa Binaan Disebabkan Aktiviti 75
3.5 Indeks Tahap Penghasilan Sisa Binaan Di Tapak Bina 81
3.6 Tahap Penghasilan Bahan Binaan 82
3.7 Tahap Penghasilan Faktor 84
3.8 Tahap Penghasilan Sisa Binaan Disebabkan Aktiviti 85
3.9 Indeks Tahap Penghasilan Sisa Binaan Di Tapak Bina 91
3.10 Tahap Penghasilan Bahan Binaan 92
3.11 Tahap Penghasilan Faktor 94
3.12 Tahap Penghasilan Sisa Binaan Disebabkan Aktiviti 95
3.13 Indeks Tahap kekerapan penggunaan konsep 3’R’ 107
3.14 Tahap Perlaksanaan Konsep 3’R’ 108
3.15 Indeks Tahap kepentingan perlaksanaan konsep 3’R’ 110
3.16 Tahap kepentingan konsep 3’R’ 111
xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Komposisi Sisa Pepejal Di Kawasan DBKL, 2006 2


1.2 Rangka Penyelidikan 12
2.1 Peringkat Dalam Meminimumkan Sisa 46
3.1 Bilangan Kelas Kontraktor Yang Disoal Selidik 62
3.2 Kategori Jenis Projek 63
3.3 Keperihatinan Terhadap Pencemaran Alam Sekitar 64
3.4 Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengurusan Sisa
Binaan kontraktor kelas A 65
3.5 Langkah Untuk Mengurangkan Penghasilan Sisa
Binaan kontraktor kelas A 67
3.6 Masalah dalam melaksanakan pengurusan sisa binaan di
tapak bina kontraktor kelas A 69
3.7 Tahap Penghasilan Bahan Binaan kontraktor kelas A 71
3.8 Faktor Yang Mempengaruhi Penghasilan Sisa
kontraktor kelas A 73
3.9 Aktiviti Yang Mempengaruhi Penghasilan sisa
kontraktor kelas A 74
3.10 Kaedah yang digunakan dalam pengurusan sisa
binaan bagi kontraktor kelas B 76
3.11 Langkah Untuk Mengurangkan Penghasilan Sisa
Binaan bagi kontraktor kelas B 78
3.12 Masalah Dalam Melaksanakan Pengurusan Sisa
Binaan Di Tapak Bina bagi kontraktor kelas B 79
xv

3.13 Tahap Penghasilan Bahan Binaan 82


3.14 Faktor Yang Mempengaruhi Penghasilan Sisa 84
3.15 Aktiviti Yang Mempengaruhi Penghasilan sisa 85
3.16 Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengurusan
Sisa Binaan 87
3.17 Langkah Untuk Mengurangkan Penghasilan Sisa
Binaan 88
3.18 Masalah Dalam Melaksanakan Pengurusan Sisa
Binaan Di Tapak Bina 89
3.19 Tahap Penghasilan Bahan Binaan 91
3.20 Faktor Yang Mempengaruhi Penghasilan Sisa 93
3.21 Aktiviti Yang Mempengaruhi Penghasilan 95
3.22 Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengurusan
Sisa Binaan Bagi kelas A,B,C 96
3.23 Pengetahuan Kontraktor Tentang Konsep 3’R’ 99
3.24 Kontraktor Yang Melaksanakan Konsep 3’R’ 100
3.25 Sisa Bahan Binaan Yang Menggunakan
Konsep Kitar Semula (Recycle) 101
3.26 Sisa Bahan Binaan Yang Menggunakan
Konsep Guna Semula (Reuse) 102
3.27 Sisa Bahan Binaan Yang Menggunakan
Konsep Pengurangan (Reduce) 103
3.28 Keberkesanan Konsep 3’R’ 104
3.29 Halangan Tidak Melaksanakan Konsep 3’R’ 105
3.30 Tahap Kekerapan Perlaksanaan Konsep 3’R’ 108
3.31 Kepentingan Konsep 3’R’ 110
xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO LAMPIRAN TAJUK

A BORANG SOAL SELIDIK


B ANALISIS SKALA LIKERT
1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Industri pembinaan adalah merupakan salah satu sektor yang menyumbang kepada
perkembangan ekonomi Negara. Pada satu dekad yang lalu, purata penyumbangan sektor
pembinaan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah sebanyak 3.63% iaitu
dari tahun 1996 sehingga tahun 2005 ( Kementerian Kewangan Malaysia, 2006). Ini dapat
dibuktikan melalui maklumat yang terdapat dalam jadual 1.1.

Walaupun sektor pembinaan banyak menyumbang dalam ekonomi negara dengan


menyediakan peluang-peluang pekerjaan, rumah dan infrastruktur, dan banyak lagi tetapi
ianya juga telah menyumbang kesan yang negatif kepada alam sekitar (CIDB, 2005).
Antara kesan negatif yang disumbangkan oleh sektor pembinaan adalah seperti hakisan
tanah, tanah runtuh, pemendapan tanah dan juga telah menjadi antara penyumbang kepada
pertambahan kuantiti sampah sisa pepejal yang signifikan dalam negara ( Jabatan Alam
Sekitar, Malaysia, 2007).
2

Pada tahun 2005, sebanyak 7.34 juta tan sampah sisa pepejal telah dikumpul dan
dibuang di tapak pelupusan yang diperolehi dari pelbagai sumber ( Bernama, 2006).
Jumlah ini merupakan satu jumlah yang besar dan sekiranya pihak kerajaan tidak
mencari kaedah pelupusan yang berkesan, ini boleh memberi kesan yang lebih teruk
( Bernama, 2006).

Menurut laporan Waste Management Of Association Malaysia ( WMMA) pada


tahun 2000 jumlah sampah sisa pepejal yang terhasil daripada aktiviti pembinaan adalah
sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhan sisa pepejal yang dibuang pada tahun
tersebut (WMMA, 2006).

komposisi Sisa Pepejal Di Kawasan


DBKL Tahun 2000

2%5%
10%
33%

40%
10%

Institusi Komersial Majlis Tempatan


Pembinaan Industri Kediaman

Rajah 1.1 : Komposisi Sisa Pepejal Di Kawasan DBKL, 2006


Sumber : Waste Management Of Association Malaysia, 2006
3

Daripada jumlah ini membuktikan jumlah sisa pepejal yang disumbangkan oleh
sektor pembinaan tidak boleh di pandang remeh. Sisa pepejal yang dimaksudkan dalam
sektor pembinaan adalah sisa bahan binaan.

KDNK Sector pembinaan Peratus (%)


Tahun Keseluruhan ( RM juta) sumbangan
1996 130,628 6,150 4.71
1997 140,684 6,732 4.79
1998 182,331 7,333 4.02
1999 192,794 6,922 3.59
2000 209,365 6,996 3.34
2001 210,480 7,159 3.40
2002 219,309 7,257 3.32
2003 231,674 7,417 3.25
2004* 247,880 7,451 3.00
2005** 262,641 7,585 2.88
Jumlah 71,002 36.30
Purata 7,100 3.63

Jadual 1.1 : Sumbangan Sektor Pembinaan Dalam Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) Bagi Tempoh 10 tahun ( 1996-2005).

Nota :

* - Anggaran
** - Ramalan

Sumber : Laporan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia ( 1996-2005)


4

1.2 Penyataan Masalah

Semasa menjalankan pembinaan, isu sampah adalah sesuatu yang pasti dan nyata
di setiap projek pembinaan. Pengurusan sisa binaan kini telah menjadi satu isu yang
besar kepada kontraktor-kontraktor di kebanyakkan negara. Menurut, Dato’ Seri Diraja
Syed Razlan Ibni Syed Putera masalah sisa buangan ini bukan hanya dialami di
Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia dan perlu kita selesaikan demi untuk masa depan
kita dan generasi-generasi depan ( Bernama 2006). Di Malaysia situasi yang sama turut
berlaku kepada kontraktor yang menjalankan kerja-kerja dalam sektor pembinaan.

Bagi sektor pembinaan, industri perlulah mempunyai kemudahan dan sistem


pengurusan sisa yang selamat. Industri yang tidak mampu mengadakan sistem
kemudahan pelupusan mestilah diwajibkan mendapatkan khidmat daripada syarikat
yang menjalankan kerja-kerja pelupusan ( Jabatan Alam Sekitar, 2004). Selain itu, akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi
pengurusan sisa buangan. Mengikut akta yang telah dikeluarkan JAS tersebut, ianya
berkaitan dengan prosedur pengurusan sisa buangan bahan yang perlu dipatuhi oleh
mereka yang terbabit dalam industri ( Harian Metro, 2001).

Sekiranya sistem pengurusan yang dilakukan dengan cara yang tidak terkawal
dan diawasi dengan teliti dan teratur akan meninggalkan kesan yang negatif pada jangka
masa panjang ( Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), 2007). Untuk
memastikan pengurusan sisa bahan binaan yang baik, adalah penting untuk
mengenalpasti jenis sisa buangan. Sisa buangan yang berlainan memerlukan jenis
rawatan dan sistem pelupusan yang berbeza ( Berita Harian, 2007).

Ini penting kerana pada masa sekarang negara kita sedang menghadapi masalah
kekurangan tapak pelupusan dan juga kos pelupusan yang kian meningkat. Negara kita
5

kekurangan tapak pelupusan kerana hampir 50% daripada tanah di negara ini tidak
sesuai dijadikan tapak-tapak pelupusan kerana dikhuatiri memberi impak negatif kepada
persekitaran dan sistem saliran (Utusan, 2004).

Tapak pelupusan yang ada tidak mampu menanggung jumlah sisa pepejal yang
semakin banyak. Masalah semakin meruncing apabila menteri sumber asli dan alam
sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid mengarahkan agar tapak pelupusan sampah kundang
terpaksa ditutup (Berita Harian, 2006).

Masalah kekurangan tapak pelupusan sampah menjadi semakin membimbangkan


terutamanya di kawasan Kuala Lumpur apabila kawasan tapak pelupusan yang sediada
tidak mampu lagi untuk menampung jumlah sampah yang dihasilkan dan tiada pula
kawasan tapak pelupusan sampah yang baru dibuka. Ini terbukti apabila tapak pelupusan
sampah Taman Beringin Jinjang, Kuala Lumpur yang menerima sampah kira-kira 2,000
ton sehari tidak lagi mampu menanggung dan terpaksa menghantar sebanyak 500 ton
sehari ke tapak pelupusan Puchong, Selangor (WMMA, 2006).

Menurut arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau
berkata kerajaan mengarahkan 16 lagi tapak pelupusan sampah terbuka yang tidak
selamat di seluruh negara ditutup dengan segera (Bernama 2006). Datuk Seri Najib
berkata daripada 16 tempat pembuangan sampah yang diarahkan tutup itu, empat (4)
tapak masing-masing terletak di Johor dan Kedah, Selangor dua (2), Melaka dua (2),
Pahang dua (2), dan masing-masing satu di Negeri Sembilan dan Perak (Bernama,
2006). Dengan penutupan tapak pelupusan ini telah menambah lagi beban kerajaan
dalam menangani isu sisa pepejal di negara ini. Ini kerana secara langsung tapak
pelupusan negara semakin berkurangan..
6

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kita
semakin kesempitan ruang untuk menampung jumlah sisa pepejal yang dihasilkan.
Kapasiti tapak pelupusan sampah kita semakin terhad ( Berita Harian 2006)

Pengurusan sisa pepejal sememangnya menjadi tanggungjawab dan cabaran yang


mustahak kepada kerajaan untuk memastikan alam sekitar kita tidak terjejas dan
kesejahteraan generasi yang akan datang tidak akan terancam. Kerajaan dalam
mengendalikan masalah ini mengenakan beberapa kaedah dan sebagai langkah pertama
kerajaan melalui kempen kitar semula, melaksankan konsep 3R iaitu Reduce, Reuse, dan
Recycle dengan tujuan mengurangkan sisa pepejal, penggunaan semula sisa pepejal dan
kitar semula sisa pepejal ( Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, 2007).

Konsep 3R dilaksanakan dalam sektor pembinaan khususnya kepada kontraktor


yang menjalankan pembinaan kerana sisa bahan binaan daripada sektor pembinaan turut
menyumbang kepada penghasilan sisa pepejal iaitu sebanyak 10% daripada jumlah
keseluruhan ( WMMA, 2006). Dengan terlaksananya program 3’R’ ini di tapak bina, ini
dapat mengurangkan jumlah sisa pepejal yang di hantar ke tapak pelupusan.

Pada tahun 2007, pihak kerajaan tetap memandang serius permasalahan ini agar
jumlah sisa pepejal yang dihasilkan dapat dikurangkan. Untuk mengurangkan sisa
buangan bahan binaan, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah
melaksanakan satu sistem pengurusan sisa binaan yang menggunakan konsep 3’R’ iaitu
Reduce, Reuse, Recycle ( Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, 2007).

Perlaksanaan konsep 3’R’ merupakan tunggak utama kepada pengurusan sisa


binaan kerana dapat mengurangkan jumlah sisa binaan yang akan dilupuskan di tapak
pelupusan. Ini seterusnya dapat memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan di negara
7

ini. Program-program 3R ini mestilah dijalankan dengan lebih berkesan dalam


pengurusan sisa buangan untuk mendapatkan satu sistem pengurusan yang baik
(Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, 2007).

Penyelidikan yang dijalankan adalah difokuskan kepada pengurusan sisa bahan


binaan yang dijalankan oleh kontraktor di tapak bina. Pengurusan sisa binaan ini
merupakan isu yang tidak boleh di pandang remeh dan daripada permasalahan itu telah
menimbulkan beberapa persoalan. Persoalan yang pertama ialah mengenalpasti sistem /
kaedah yang paling banyak digunakan oleh pihak kontraktor dalam pengurusan sisa
binaan di tapak bina. Manakala persoalan yang kedua ialah mengenalpasti perlaksanaan
konsep 3R oleh kontraktor dalam pengurusan sisa binaan di tapak bina.

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa penyelidikan ini dijalankan untuk


mengenalpasti sistem / kaedah yang paling banyak digunakan oleh pihak kontaraktor
dalam pengurusan sisa binaan serta perlaksanaan konsep 3’R’ yang dijalankan oleh
pihak kontraktor dalam pengurusan sisa binaan di tapak bina.

1.3 Objektif Penyelidikan

Daripada penyataan isu yang telah dibincangkan, maka objektif kajian telah
dapat dikenalpasti untuk projek penyelidikan ini.

a) Mengenalpasti sistem / kaedah yang paling banyak digunakan oleh kontraktor


dalam pengurusan sisa binaan di tapak bina.

b) Mengenalpasti perlaksanaan konsep 3’R’ di tapak bina oleh kontraktor.


8

1.4 Skop penyelidikan

Bagi mencapai objektif penyelidikan, skop penyelidikan adalah dirangka seperti


berikut:

a) penyelidikan hanya dijalankan terhadap kontraktor yang menjalankan pembinaan


sekitar Johor Bharu sahaja.
b) Penyelidikan hanya dijalankan terhadap 30 kontraktor sahaja.
c) Penyelidikan hanya dijalankan terhadap 10 kontraktor kelas A, 10 kontraktor
kelas B, 10 kontraktor kelas C.

1.5 Kepentingan Penyelidikan

Penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mendapatkan gambaran tentang kaedah


/ sistem yang dilaksanakan oleh kontraktor dalam pengurusan sisa binaan mereka di
tapak bina. Penyelidikan ini diharap dapat menjadi satu sumber panduan dan input yang
berguna kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung di dalam industri pembinaan
am yang khususnya kontraktor.

Di samping itu juga penyelidikan yang dijalankan ini dapat memberi kesedaran
kepada pihak kontraktor dalam menguruskan sisa binaan yang mereka hasilkan. Ini
kerana pengurusan sisa binaan yang tidak teratur akan memberi kesan yang negatif
kepada kesejahteraan negara.

Penyelidikan ini juga diharap dapat memberi cadangan kepada pihak kontraktor
dalam pemilihan sistem / kaedah pengurusan yang paling berkesan dalam menguruskan
sisa binaan.
9

1.6 Metodologi Penyelidikan

Terdapat beberapa kaedah yang sistematik dan teratur yang boleh dilaksanakan
bagi mencapai objektif penyelidikan. Justeru itu, metodologi penyelidikan disediakan
untuk memastikan data dan maklumat yang diperolehi dapat dianalisis dengan mudah,
tepat dan jelas.

Secara amnya, metodologi penyelidikan bagi kajian ini dapat dibahagikan


kepada empat (4) peringkat :-

a) peringkat 1 – kajian literatur


b) peringkat 2 – pengumpulan data
c) peringkat 3 – analisis data
d) peringkat 4 – penulisan dan cadangan

Gambaran keseluruhan tentang aliran metodologi penyelidikan adalah seperti


yang ditunjukkan di dalam rajah 3

1.6.1 Peringkat 1 – Kajian Literatur

Peringkat ini merupakan satu peringkat yang dijalankan untuk mengenal pasti
sesuatu isu yang diketengahkan untuk dibuat penyelidikan. Kesahihan isu yang didapati
akan dirujuk dan dibincangkan dengan pensyarah, rakan-rakan pelajar di samping
komen rambang daripada responden utama iaitu pihak kontraktor.

Pada peringkat ini, kajian literatur dilaksanakan dengan membuat pembacaan


jurnal, artikel, keratan akhbar, maklumat daripada internet dan buku-buku yang
10

berkaitan dengan penyelidikan yang dibuat. Segala maklumat yang diperolehi daripada
hasil pembacaan tadi, membolehkan tajuk penyelidikan dibahaskan dengan lebih
mendalam dan spesifik. Hasil daripada perbincangan dan pembacaan yang telah
dijalankan objektif dan skop kajian dapat ditetapkan.

1.6.2 Peringkat 2 – Pengumpulan Data

Pengumpulan data merupakan satu proses yang amat penting untuk


mendapatkan sumber maklumat dan data-data yang berkaitan dengan penyelidikan yang
hendak dijalankan. Dalam pengumpulan data, pemilihan kaedah yang hendah digunakan
adalah sangat penting bagi membolehkan objektif kajian dicapai dengan efektif. Secara
amnya, kaedah pengumpulan data di bahagikan kepada dua (2) kategori iaitu:-

1) Data Primer

Data primer bagi penyelidikan yang dijalankan diperolehi melalui beberapa


kaedah soal selidik yang dilakukan ke atas responden yang telah dipilih.

1.1 Kaedah Soal Selidik

Data primer dikumpul melalui satu kaedah sahaja iaitu soal selidik.
Kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpul data utama iaitu untuk
mengetahui apakah kaedah yang digunakan oleh pihak kontraktor dalam
pengurusan sisa binaan di tapak bina dan juga mengenalpasti perlaksanaan
konsep 3’R’ dalam pengurusan sisa binaan di tapak bina.. Kaedah ini digunakan
bagi mengumpul data-data untuk dianalisis bagi mencapai objektif kajian.
11

Borang soal selidik diedarkan kepada 30 syarikat kontraktor yang


berdaftar yang mana dibahagikan kepada 10 kontraktor kelas A, 10 kontraktor
kelas B dan 10 kontraktor kelas C. Soal selidik ini diedarkan melalui pos dan
secara langsung.

2) Data Sekunder

Data sekunder adalah data yang diperolehi melalui kajian literatur dan rujukan
terhadap bahan- bahan bercetak dan elektronik yang telah dijalankan. Ini termasuklah
buku-buku, dokumen, artikel, kertas kerja, rencana yang dipetik daripada keratan
akhbar, majalah, jurnal, bahan elektronik melalui internet.kajian ini boleh menjadi
sumber pengukuhan fakta dalam penulisan penyelidikan ini.

1.6.3 Peringkat 3 – Analisis Data

Pada peringkat ini segala data dan maklumat yang diperolehi akan dikumpulkan
dan disusun mengikut kategori masing-masing. Seterusnya, data-data tersebut akan
dianalisis dengan lebih terperinci bagi mendapatkan keputusan yang terbaik dan juga
untuk memastikan objektif penyelidikan dapat dicapai.penganalisaan data boleh
dilakukan secara manual dan juga menggunakan komputer. Keputusan analisis data
tersebut akan didapati dalam bentuk peratus dan akan dipindahkan ke dalam bentuk
jadual, graf, dan sebagainya mengikut pemilihan bentuk yang sesuai.

1.6.4 Peringkat 4 – Penulisan Dan Cadangan

Daripada hasil analisis data yang telah dijalankan, kesimpulan, ulasan dan
cadangan daripada hasil kajian tersebut akan dipersembahkan dalam bentuk penulisan.
Kesimpulan yang dibuat seharusnya dapat mencapai objektif kajian ini.
12

1.6.5 Rangka Penyelidikan

Peringkat Pertama
Kajian Literatur
 Menentukan tajuk & bidang kajian
 Mendapatkan sumber kajian literatur dan menjalankan kajian
literatur
 Mendapatkan kenyataan isu yang berkaitan dengan bidang
kajian
 Mengenal pasti skop kajian dan objektif

Peringkat Kedua
Pengumpulan Data

 Data Primer  Data Sekunder


o Borang Soal o Jurnal
selidik o Artikel
o Buku rujukan
o Laman Web

Peringkat Ketiga
Analisis Data

 Menganalisis maklum balas dan maklumat yang diperoleh dari


borang soal selidik
 Manganalisis data sekunder

Peringkat Keempat
Penulisan Penyelidikan

 Semua maklumat yang relevan dikumpul dan ditulis dalam


format laporan.
 Laporan disusun, dijilidkan dan didokumentasikan.

Rajah 1.2 Rangka Penyelidikan


BAB 2

PENGHASILAN SAMPAH SISA BINAAN DITAPAK BINA DAN KONSEP 3R

2.1 PENGHASILAN SISA BINAAN DITAPAK BINA

2.1.1 Pengenalan

Sampah atau lebih dikenali sebagai sisa pepejal telah menjadi isu yang besar bagi
setiap negara diseluruh dunia. Sisa pepejal merupakan semua jenis bahan buangan hasil
dari manusia serta haiwan yang bersifat pepejal dan perlu dilupuskan atau perlu
menjalani sistem pemprosesan yang betul. Menurut kamus DBP, (1997) telah
mendefinasikan sampah sebagai benda yang dibuang atau kotoran suatu benda yang
tidak berharga atau berguna.

Sampah daripada sisa bahan binaan merupakan penyumbang kepada penghasilan


sisa pepejal. Sampah daripada sisa binaan adalah termasuk sebahagian daripada sisa
pepejal (Lestari, 2005). Sampah daripada sisa binaan adalah suatu yang berlaku dalam
14

semua pembinaan dan masalah ini tidak dapat dielakkan didalam industi pembinaan.
Menurut Uzairi (1998), hampir kesemua bahan-bahan binaan yang digunakan untuk
projek pembinaan mempunyai sisa binaan yang perlu diuruskan samada dibuang,
digunakan semula dan sebagainya. Adalah dianggarkan sebanyak 10% hingga 15%
bahan binaan yang rosak telah dibuang atau dibazirkan semasa kerja-kerja pembinaan
sedang dijalankan.

2.1.2 Definasi Sisa

Sisa adalah suatu yang kompleks dan sukar untuk didefinasikan dan dihuraikan.
Sisa adalah merupakan bahan buangan yang terhasil daripada suatu aktiviti atau proses
yang dilakukan oleh manusia, haiwan dan tumbuhan. Menurut Norhayati (2005),
sumber-sumber yang menyumbang kepada penghasilan sisa ini berpunca daripada
aktiviti pembinaan, perindustrian, perbandaran, pertanian dan juga perternakan. Sisa
merupakan bahan yang dilupuskan kerana tidak boleh digunakan lagi ataupun tiada nilai
dari segi ekonomi hasil daripada aktiviti manusia.

Tedapat beberapa cara untuk mendefinasikan dan menghuraikan maksud sisa dan
ia bergantung kepada bagaimana kita melihatnya. Antara beberapa takrif dan definisi
sisa bagi pandangan sesetengah pihak adalah seperti berikut :

Menurut kamus DBP (1997), sisa didefinasikan sebagai apa-apa yang tertinggal
iaitu sesudah digunakan, dipakai, dimakan, dll. Sisa pepejal adalah sisa yang terhasil
daripada aktiviti manusia dan juga haiwan yang tidak boleh digunakan lagi dan perlu
dilupuskan atau diproses dengan cara yang betul. Sisa ini biasanya terhasil dalam bentuk
pejal (Theng, 1998).
15

Sisa juga didefinasikan sebagai apa jua bahan atau objek yang tidak dikehendaki
lagi oleh seseorang dan juga mahu dibuang oleh pemiliknya (Janaka, 2002).Bagi United
Nation Environmental Programme (1992) pula telah mendefinasikan sisa sebagai suatu
bahan yang terhasil daripada proses penggunaan bahan mentah yang digunakan untuk
menghasilkan suatu produk lain (WMMA, 2006).

Sisa pejal adalah sisa yang bukan cecair atau gas yang terhasil seperti sisa
makanan, bekas bungkusan, pemotongan pokok (yard trimming) dan pelbagai sisa bukan
organik (Master, 1998).

Menurut Uzairi (1998), didalam perspektif industri pembinaan pula telah


menerangkan sisa sebagai bahan-bahan lebihan yang terhasil daripada pengunaan bahan
mentah akibat daripada pembaziran dan kerosakan semasa proses pembinaan dijalankan.

Berdasarkan kepada definisi diatas dapat dirumuskan bahawa sisa adalah suatu
bahan yang terhasil daripada penggunaan bahan mentah untuk menghasilkan suatu
produk dan sisa perlu dilupuskan samada dengan cara penggunaan semula, dilupuskan
dan juga dibuang.

2.1.3 Kategori Sampah Sisa Pepejal

Pada amnya, kategori sisa pepejal selalunya dikaitkan dengan proses guna tanah
dan juga kawasan mengikut zon. Sisa pepejal boleh dikategorikan kepada :
16

a) Kawasan perumahan
b) Institusi
c) Pertanian
d) Perbandaran
e) Industri
f) Pembinaan

2.1.3.1 Sisa Kawasan Perumahan

Sisa daripada sisa perumahan adalah terdiri daripada sisa bahan organik dan sisa
bukan organic. Sisa ini terhasil selepas penggunaan bahan seperti bahan makanan,
peralatan rumah dan sebagainya yang diperolehi daripada rumah-rumah kediaman.
Antara sisa-sisa yang termasuk dalam kategori bahan organik adalah seperti semua sisa
makanan, kertas, sisa halaman, sisa plastik, dan juga tektil. Antara contoh sisa bukan
organik adalah seperti tin, aluminium, pekakas dapur dan besi ferum (Tchobanoglous et.
al, 1993).

2.1.3.2 Sisa Institusi

Sisa pepejal yang dihasilkan daripada institusi adalah termasuk sisa yang
diperolehi dan yang dihasilkan daripada bangunan-bangunan kerajaan, sekolah,
universiti, hospital dan juga penjara. Dikebanyakkan hospital, sisa pepejal yang
dihasilkan akan diasingkan dan diproses secara berasingan daripada sisa yang lain. Oleh
kerana Bandaraya Johor Bahru merupakan salah satu bandaraya yang pesat dan
mempunyai jumlah penduduk yang ramai, maka jumlah sisa yang dihasilkan juga
bertambah.
17

2.1.3.3 Sisa Pertanian

Sisa dan hasil daripada pelbagai aktiviti pertanian seperti penanaman dan
penuaian pokok, penghasilan susu, penyembelihan haiwan dan penternakan haiwan
(Jabatan Alam Sekitar, 2007). Pelupusan sisa tersebut tidak menjadi tanggungjawab oleh
pihak perbandaran dan pihak agensi pengurusan sisa pepejal. Walaubagaimanapun,
penghasilan najis menjadi masalah yang kritikal terutama dari ladang perternakan
haiwan (Tchobanoglous et al, 1993).

2.1.3.4 Sisa Perbandaran

Menurut Jabatan Alam Sekitar Malaysia, sisa perbandaran merangkumi sisa


rumah, bangunan kormersial dan pejabat, institusi dan hospital. Sisa ini selalunya sisa
yang mudah reput seperti sisa makanan, gelas, kertas dan plastik. Sisa perbandaran juga
boleh terhasil daripada operasi penyelenggaraan dari kemudahan perbandaran dan
peruntukan dari servis perbandaran seperti sisa dari kontena perbandaran dan
pembersihan jalanraya (Tchobanoglous et. al, 1993).

2.1.3.5 Sisa Industri

Sumber dan jenis penjanaan sisa yang dihasilkan oleh industri berpunca dari
kilang-kilang, logi pemprosesan dan lain-lain sektor pembuatan. Sisa industri
termasuklah logam, komponen elektronik dan sisa-sisa ini boleh terjadi dalam bentuk
pepejal, cecair dan gas (Berita Harian, 2007).
18

2.1.3.6 Sisa Pembinaan

Sisa pembinaan ialah sisa yang dihasilkan oleh aktiviti pembinaan dan aktiviti ini
termasuklah semasa menjalankan aktiviti pembinaan, membaikpulih rumah dan juga
bangunan. Komposisi sisa binaan termasuklah debu, aggregat, konkrit, batu bata, plaster,
kayu dan juga perpaipan (Ekanayake dan Ofori,2000). Sisa binaan juga boleh berpunca
dari aktiviti penggalian dan pemusnahan (Berita Harian, 2007).

Khairulzan Yahya & A. Halim Boussabaine (2006) menyatakan bahawa sisa


bahan binaan merujuk kepada bahan binaan daripada tapak bina yang sudah digunakan
atau tidak digunakan dengan sebarang alasan. Menurut LestarI (2005), menyatakan
bahawa sisa pembinaan adalah pelbagai di mana ia bergantung kepada saiz projek
pembinaan dan bentuk geologi serta boleh mengandungi bahan yang tidak diingini yang
boleh merosakkan alam sekitar.

Contoh sisa pembinaan termasuklah besi ferus atau bukan ferus, tanah, batu,
pasir, simen, batu-bata, konkrit, asphalt, kaca dan bahan bitumen, kayu dirawat atau
tidak dirawat, plaster, plastik, kertas serta bahan yang boleh mendatangkan bahaya
seperti cat.

Menurut Seow (2003) menyatakan elemen-elemen dalam sisa pembinaan


merujuk kepada penghasilan sisa pembinaan, pengawalan dan pengasingan,
pungutan, pengangkutan & penghantaran, pengasingan, pemprosesan & transformasi
sisa pembinaan dan tapak pelupusan
19

2.1.4 Komponen Sisa Binaan

Bahan-bahan pembinaan yang berlebihan dan tidak digunakan dalam pembinaan,


pembaikan dan perobohan struktur adalah dikategorikan sebagai sisa pembinaan dan M.
Osmani, et al. (2006), mengelaskan punca terhasilnya sisa pembinaan terbahagi kepada
rekabentuk, pembelian bahan, pengurusan bahan dan operasi. Antara bahan pembinaan
yang dikategorikan sebagai sisa pembinaan adalah konkrit, batu bata, kayu, logam ferus
& bukan ferus, getah, plastik, kaca, mortar dan sisa binaan berbahaya.

2.1.4.1 Konkrit

Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam


pembinaan. Ia merupakan gabungan simen dan aggregat seperti pasir, batu baur halus
dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran tertentu seperti yang
telah ditetapkan. Ia merupakan salah satu daripada bahan pembinaan yang paling
penting untuk dan paling banyak digunakan di dalam sesuatu projek pembinaan.

Oleh sebab itu, teknik yang digunakan bagi menghasilkan konkrit yang baik
perlulah difahami dan diberi perhatian dengan teliti. Kualiti konkrit yang dihasilkan
bergantung kepada kualiti bahan-bahan mentah yang digunakan seperti simen, batu
baur dan air, kadar pencampurannya, cara pembancuhannya,cara pengangkutannya
dan cara-cara pemadatannya. Jika bahan mentah yang digunakan tidak berkualiti,
maka konkrit yang dihasilkan akan mempunyai mutu yang rendah dan akan
mengakibatkan konkrit tersebut tidak kuat dan tidak memenuhi spesifikasi yang
ditetapkan.

Dalam bentuk biasa konkrit terdiri daripada simen Portland, aggregat pembinaan
20

(biasanya batu kelikir dan pasir) dan air. Konkrit tidak mengeras kerana kering setelah
dicampur dan dituang; air bertindak balas dengan simen dalam proses kimia yang
dikenali sebagai pengeringan mineral. Air ini diserap oleh simen, yang mengeras,
mengikat komponen lain serentak dan akhirnya membentuk bahan seperti batu. Konkrit
lebih banyak digunakan sebagai laluan pejalan kaki, membina struktur, asas, jalan, jalan
lintasan, struktur meletak kereta, dinding batu-bata, dan dasar bagi pintu pagar,
pagar dan tiang.

2.1.4.2 Batu bata

Batu bata ialah bahan binaan yang berbentuk segiempat bujur, dibuat daripada
bahan tak organik yang keras dan lasak. Saiz dan beratnya direka supaya mudah
dipegang dengan sebelah tangan. Ukuran panjangnya ialah dua kali ukuran lebarnya,
campur dengan tebal satu lapisan ikatan mortar, dan ukuran tebalnya ialah lebih kurang
dua pertiga ukuran lebarnya. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk batu bata, bergantung
pada jenis dan punca bahan mentah, cara pengilangan dan kegunaannya.

Batu-bata tanah liat diperbuat daripada bahan tanah liat. Jenis-jenis tanah liat
yang digunakan ialah tanah lembut yang sesuai untuk membuat bata, endapan tanah liat
yang lembut dan berplastik hinggalah kepada jenis batu lumpur keras, syil, mar dan
sabak lembut. Sifat-sifat yang paling penting bagi tanah liat ialah ianya hendaklah
mudah dibentuk dan tidak mengalami kecutan yang banyak semasa dipanaskan atau
dibakar.

2.1.4.3 Kayu

Spesis-spesis kayu keras lazimnya tumbuh dengan banyaknya di hutan-hutan


21

kawasan yang beriklim khatulistiwa seperti Malaysia.Di Semenanjung Malaysia, hampir


kesemua kayu-kayan adalah daripada jenis kayu keras. Jabatan Perhutanan Malaysia
telah mengelaskan kayu keras kepada tiga kumpulan berdasarkan ketumpatan dan
kelasakan semulajadi kayu-kayan itu.Tiga kumpulan ini ialah kayu keras berat, kayu
keras sederhana dan kayu keras ringan.

2.1.4.4 Logam Ferum

Logam terdiri daripada besi tempa, besi tuang dan besi waja adalah di antara
bahan-bahan kejuruteraan yang paling banyak digunakan kerana bahan ini mudah
diperoleh, mempunyai kekuatan tinggi, lasak dan senang dikerjakan.

2.1.4.5 Kaca

Kaca merupakan komponen bahan binaan yang kurang digunakan di tapak bina
berbanding dengan bahan binaan yang lain. Kaca yang dugunakan ditapak bina
kebiasaannya datang dalam bentuk yang sudah siap di pasang. Pembaziran yang
disebabkan kaca berlaku sekiranya ia pecah sebelum proses pemasangan dijalankan.

2.1.4.6 Plastik

Plastik yang dimaksudkan ditapak bina adalah polyvinylchloride(PVC). PVC


boleh dikitar semula sekiranya bahan ini dikumpulkan berasingan dengan bahan yang
lain dan dibersihkan (Hendriks dan pietersen, 2000). Walaupun pembaziran yang
dihasilkan oleh plastik tidak besar tetapi ia juga boleh mendatangkan bahaya kerana
22

plastik tidak terurai. Ia memerlukan sistem pelupusan yang baik untuk memastikan agar
bahan ini dilupuskan dengan baik.

2.1.4.7 Pasir

Pasir merupakan bahan binaan yang agak penting dan tinggi digunakan di tapak
bina. Ini kerana ia digunakan untuk kerja-kerja awalan seperti kerja-kerja penimbusan.
Penggunaan pasir sukar untuk dikenalpasti kuantiti yang akan digunakan untuk sesuatu
kerja dan pasir akan dihantar ke tapak bina melalui lori. Kesannya lebihan pasir yang
tidak digunakan akan menyebabkan penghasilan sisa binaan berlaku.

2.1.5 Penghasilan Dan Penjanaan Sisa Binaan Di Tapak Bina

Menurut kajian yang dilakukan oleh Hill & Glen (2002), di Amerika Syarikat
telah diwujudkan satu akta yang berkaitan dengan pengurusan sisa yang diwujudkan
pada 1976. Akta ini dinamakan sebagai Akta Persekutuan Penjagaan dan Pemuliharaan
Sumber (RCRA). Melalui akta ini, pihak berkuasa tempatan mempunyai kuasa untuk
mengenakan tindakan kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan yang
melibatkan pengurusan sisa.

Skoyles & Skoyles (1987) menyatakan bahawa sisa pembinaan yang terhasil
merupakan beban yang terpaksa ditanggung oleh pihak klien dari segi kos pengurusan
sisa pembinaan pada peringkat akhir pembinaan. Pendapat beliau turut disokong oleh
Alwi et al. yang menyatakan bahawa pengurusan sisa amat signifikan dalam
mempengaruhi prestasi dan produktiviti kerja.
23

Sebagai penambahan, menurut Skoyles & Skoyles (1987), penghasilan sisa


binaan yang banyak akan mengurangkan keuntungan yang boleh dicapai oleh
kontraktor. Ini disebabkan oleh penambahan kos overhed, kelewatan dan kerja tambahan
dalam pembersihan, produktiviti yang rendah dan sebagainya.

Menurut Seow (2003) menyatakan elemen-elemen dalam sisa pembinaan


merujuk kepada daripada penghasilan sisa pembinaan, pengawalan dan pengasingan,
pungutan, pengangkutan & penghantaran, pengasingan, pemprosesan & transformasi
sisa pembinaan dan tapak pelupusan. Setiap elemen ini mempunyai cara pengawalan
dan cara tersendiri.

2.1.5.1 Aktiviti Pembinaan

Aktiviti pembinaan tidak dapat dilihat semasa peringkat masa pembinaan


dijalankan sahaja tetapi dapat dikelaskan kepada beberapa peringkat (Roslan, 2005).
Aktiviti pembinaan dapat dikelaskan kepada 4 peringkat iaitu :

I) kerja-kerja awalan
II) Penyediaan tapak
III) Pembinaan projek
IV) Kerja-kerja akhir
24

2.1.5.1.1Kerja-kerja Awalan

Aktiviti pada peringkat ini adalah termasuk aktiviti merekabentuk struktur


bangunan yang akan dibina. Pada peringkat mereka bentuk ini, penggunaan bahan yang
akan digunakan dalam projek pembinaan telah diketahui dan telah dipesan daripada
pembekal dan ini hanya termasuk pembinaan awalan sahaja. Perubahan rekabentuk yang
berlaku pada saat-saat akhir akan menyebabkan pembaziran bahan binaan sekiranya
bahan-bahan binaan telah dihantar ketapak projek.

2.1.5.1.1 Penyediaan Tapak

Semasa menjalankan kerja-kerja penyediaan tapak, kerja-kerja yang terlibat


termasuklah menebang pokok-pokok dikawasan yang akan menjalan pembinaan dan
juga termasuk kerja-kerja pembersihan semak-samun. Disamping itu kerja-kerja kikisan
tanah juga akan dilakukan sekurang-kurangnya 300mm.

Untuk aktiviti pengubahsuaian dan menaik taraf bangunan akan melibatkan


kerja-kerja perobohan bangunan yang sedia ada dan ini akan menyumbang kepada
penghasilan sisa. Semasa aktiviti penyediaan tapak, kerja-kerja penambakan dan
pemotongan tanah juga telah menyumbang kepada penghasilan sisa ditapak bina.

Secara umumnya, antara sisa pembinaan yang terhasil dari aktiviti pringkat ini
adalah pokok dan semak-samun yang dibersihkan semasa proses pembersihan tapakdan
juga sisa yang terhasil daripada aktiviti perobohan menaik taraf bangunan.
Kebiasaannya, pokok-pokok yang ditebang akan dibakar untuk melupuskannya.
25

2.1.5.1.2 Pembinaan Projek

Semasa aktiviti pembinaan dijalankan, banyak kerja-kerja yang boleh


menyunbang kepada penghasilan sisa binaan. Antara kerja utama semasa peringkat
pembinaan ini adalah seperti pemasangan acuan, kerja-kerja mengkonkrit, kerja-kerja
mengikat dinding bata,pemasangan tulang besi dan juga kerja-kerja mengecat. Bahan
dan cara pembinaan yang terlibat adalah terdiri daripada pelbagai jenis dan cara
pembinaan. Didalam menjalankan kerja diperingkat ini banyak kerja-kerja pembinaan
yang terlibat boleh menyumbang kepada penghasilan sisa pembinaan.

Kerja-kerja yang paling banyak menghasilkan pembaziran bahan binaan


termasuklah pemasangan acuan yang menggunakan kayu dan juga kerja mengikat bata.
Di samping itu, mortar juga turut menyumbang kepada penghasilan sisa pembinaan
ditapak bina.

2.1.5.1.3 Kerja-kerja Akhir

Peringkat ini merupakan peringkat akhir dalam menyiapkan sesebuah bangunan


dan antara kerja-kerja yang terlibat termasuklah kerja-kerja kemasan. Pemasangan jubin,
seramik dan kerja mengecat antara contoh kerja yang terlibat dalam peringkat ini. Pada
peringkat ini, penghasilan sisa binaan yang terhasil dari serpihan-serpihan jubin dan juga
lebihan sisa cat yang sudah digunakan.
26

2.1.5.2 Aktiviti Perobohan Struktur

Aktiviti perobohan struktur turut menyumbang kepada penjanaan sisa binaan


ditapak bina. Ini terjadi kerana semasa menjalankan kerja diperingkat ini banyak
pembaziran bahan binaan berlaku daripada perobohan struktur bangunan yang
dijalankan. Aktiviti perobohan struktur biasanya terjadi sekiranya berlaku proses
pemusnahan struktur yang sedia ada bagi memenuhi kehendak pengguna ataupun
kehendak pemilik bangunan. Antara beberapa faktor yang mewujudkan aktiviti
perobohan struktur adalah seperti:

a) Strutur asal tidak selamat didiami atau diduduki lagi oleh penghuni
bangunan
b) Menaiktaraf sesebuah kawasan untuk memajukan kawasan tersebut. Ini
terjadi sekiranya bangunan yang sedia ada memerlukan perobohan.
Antaranya seperti perobohan kawasan setinggan dan bangunan-bangunan
lama.
c) Pembinaan struktur yang tidak dapat kelulusan daripada pihak berkuasa
tempatan seperti pengubahsuaian bangunan dan perlu dirobohkan.

2.1.5.3 Aktiviti Pembaharuan Dan Pembaikan Struktur

Aktiviti pembinaan merupakan permulaan bagi sesebuah pembinaan projek


manakala aktiviti pembaharuan dan pembaikan struktur adalah dilakukan bagi tujuan
penambahan had perkhidmatan struktur tersebut.

Dalam pembaharuan dan penyenggaraan struktur, aktiviti ini adalah hampir sama
dengan aktiviti pembinaan. Hanya satu sahaja yang membezakan kedua-dua kerja
27

ini iaitu kerja pembinaan adalah kerja yang baru hendak dimulakan manakala
aktiviti pembaharuan dan penyenggaraan adalah disebabkan oleh permintaan rakyat
yang inginkan sesuatu yang lebih baik untuk kemudahan mereka.

Antara aktiviti pembaharuan dan pembaikan strukturyang menyumbang kepada


penghasilan sisa adalah seperti menaiktaraf jalanraya, membaikpulih bangunan,
mandalam dan meluaskan sistem perparitan.

2.1.6 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penghasilan Sisa Binaan

Penghasilan sisa binaan ditapak bina dipengaruhi oleh beberapa factor. Antara
factor-faktor yang mempengruhi penghasilan sisa binaan ditapak bina ialah :

I) Kaedah pembinaan
II) Penggunaan jenis bahan binaan
III) Sikap pihak pengurusan dan pekerja binaan
IV) Pengurusan kontrak kerja

2.1.6.1 Kaedah Pembinaan

Kaedah pembinaan yang digunakan dalam sistem pembinaan banyak


mempengaruhi penghasilan sisa binaan ditapak bina. Antara contoh yang sesuai seperti
penggunaan kaedah pembinaan konvensional. Dengan pengunaan kaedah ini, banyak
mengunakan tenaga buruh berbanding penggunaan peralatan mesin dan jentera dalam
menjalankan pembinaan.
28

Keadaan ini berlaku kerana jentera tidak berupayu melakukan kerja-kerja basah
seperti kerja-kerja mengkonkrit, kerja-kerja bata, kerja melepa dan juga kerja-kerja
memasang kemasan jubin. Kerja-kerja pembinaan yang dijalankan berasaskan tenaga
buruh mengakibatkan pembiziran bahan binaan yang amat ketara berlaku dan sukar
dikawal (Poon.C.S, 2001).

2.1.6.2 Penggunaan Jenis Bahan Binaan

Penggunaan jenis bahan binaan juga merupakan penyumbang kepada


penghasilan sampah sisa binaan ditapak bina. Pemilihan bahan binaan yang kurang
bersesuaian meningkatkan kadar pembaziran bahan serta penghasilan sampah sisa
binaan ditapak bina (Poon.C.S 2001). Sebagai contoh, dalam penggunaan kayu sebagai
acuan konkrit, peratusan untuk menyumbang kepada penbaziran adalah tinggi kerana
kekerapan penggunaannya adalah terhad berbanding besi. Selepas penggunaannya acuan
kayu tersebut akan dibuang dan menjadi sampah ditapak bina.

Berbanding dengan penggunaan kayu, penggunaan besi sebagai acuan lagi


economikal walaupun kosnya mahal kerana besi boleh digunakan lebih kerap
berbanding kayu. Disamping itu juga,selepas penggunaannya, acuan tersebut boleh
dijual atau dikitar semula dan ini boleh mengelakkan penghasilan sampah sisa binaan
ditapak bina. Jesteru itu, pemilihan jenis bahan binaan dalam proses pembinaan
merupakan faktor yang mempengaruhi dalam penghasilan sampah bahan binaan ditapak
bina (Poon.C.S, 2001).
29

2.1.6.3 Sikap Pihak Pengurusan, Subkontraktor Dan Pekerja Di Tapak Bina

Pembaziran bahan binaan juga boleh berlaku disebabkan oleh sikap pekerja-
pekerja yang cuai dalam menjalankan kerja (Uzairi, 1998). Sikap yang tidak
bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh pekerja dalam mengawal kadar pembaziran ini
telah menyebabkan peningkatan jumlah sisa binaan ditapak bina. Bagi pihak pengurusan
pula, kegagalan dan kecuaian dalam mengawal pekerja-pekerjanya dengan cekap akan
menyebabkan pekerja bebas melakukan pembaziran bahan binaan semasa menjalankan
kerja. Pihak pengurusan sepatutnya sentiasa memantau keadaan semasa proses
pembinaan dijalankan bagi mengelakkan pembaziran berlaku dengan berleluasa.

Bagi pembinaan yang dijalankan oleh sub-kontraktor pula, ini akan


menyebabkan kesukaran kepada pihak pengurusan dalam mengawal pembaziran bahan
binaan yang berlaku (Poon.C.S, 2001). Ini kerana kerja-kerja yang dilakukan oleh sub-
kontraktor selalunya akan diawasi sepenuhnya oleh pihaknya sendiri. Pembaziran yang
tidak terkawal akan menyebabkan peningkatan kepada jumlah penghasilam sampah
ditapak bina.

2.1.7 Kaedah pengurusan sisa bahan binaan

Pengurusan sisa binaan telah menjadi satu masalah global. Masalah ini bukan
lagi dipandang sebagai satu tugas mudah di bawah tanggungjawab pihak berkuasa
tempatan atau kerajaan tetapi masalah ini juga telah menjadi masalah kepada pihak
kontraktor dalam menjalankan kerja-kerja pembinaan. Menurut M. Osmani, et al (2006)
sisa pembinaan boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
30

a) Bahan yang masih lagi berharga seperti batu bata dan konkrit
b) Bahan yang sukar dikitar semula di tapak bina tetapi boleh dikitar di tempat
khas. Contohnya seperti kayu dan kaca.
c) Bahan yang tidak mudah dikitar semula atau mengalami kesukaran untuk
dilupuskan seperti plaster dan cat.

Oleh sebab itu, terdapat beberapa kaedah yang boleh dijalankan untuk
menguruskan sisa binaan yang terhasil. Antaranya adalah seperti menggunakan sistem
pelupusan, secara pengumpulan sisa binaan, kitar semula, penggunaan semula dan
secara penjadualan data.

2.1.7.1 Mempunyai Sistem Pelupusan Sisa

Pada masa kini, sistem pelupusan yang diamalkan adalah sistem pelupusan
sampah konvensional iaitu membuang sampah ke tapak penimbusan tanah yang sah.
Cara-cara pelupusan adalah melalui penusukan bawah tanah, tapak pelupusan sisa,
rawatan tapak dan pembuangan ke laut (Lee, 1998)

Kaedah ini telah digunakan secara meluas oleh PBT yang digunakan untuk
menguruskan sampah. Terdapat 4 peringkat dalam melaksanakan kaedah pelupusan sisa
jenis kambus tanah iaitu :

i) Penyediaan tapak sisa


ii) Pemunggahan dan pemadatan sisa sehingga menjadi satu lapisan yang
nipis
iii) Sisa yang dipadatkan kemudiannya ditutup dengan lapisan tanah
iv) Lapisan tanah akan dipadatkan
31

Bagi melaksanakan kaedah penimbusan ini beberapa aspek perlu diambil kira
semasa penyediaan dan operasi tapak ini kelak iaitu :

i) Tumbuh-tumbuhan di sekeliling kawasan projek hendaklah dikekalkan


sebagai zon pemampan kepada pembangunan di sekitarnya termasuklah
penempatan penduduk yang sedia ada.

ii) Pembukaan dan operasi tapak pelupusan hendaklah dilakukan secara


berperingkat-peringkat bagi mengelakkan pendedahan tanah kepada
hakisan. Langkah-langkah kawalan mencegah hakisan dan ‘drainage
alteration’ hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja
pelupusan dijalankan. Jalan masuk sedia ada ketapak pelupusan pula
perlulah sentiasa dibaiki bagi memudahkan lori-lori pengangkut sampah
menggunakan jalan tersebut.

iii) Pelan pengurusan tapak pelupusan perlulah disediakan oleh penggerak


projek antaranya termasuklah program-program mengawal serangga
perosak ‘scavenger’, aktiviti pelupusan dan penimbusan tanah dan
menyediakan pegawai bertugas harian. Langkah-langkah kawalan seperti
mendirikan pagar keselamatan dan pondok pengawal keselamatan perlu
dilaksanakan bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian yang
tidak diingini.

Terdapat 3 kaedah penimbusan yang disyorkan untuk sisa buangan pepejal iaitu :
32

i) Kaedah ‘Open Dumping’


Kaedah ini adalah konvensional dan masih dipraktikkan dimerata-rata
tempat seluruh Malaysia. Kaedah ini tidak teratur dan terdedah kepada
bau busuk dan pembiakan serangga dan binatang kecil

ii) Kaedah ‘Sandwich’


Kaedah penimbusan ini dibuat secara lapisan demi lapisan secara
mendatar. Setiap antara lapisan ini ditimbus/ditutup dengan tanah.
Kaedah ini adalah lebih berkesan tetapi jika tapak pelupusan terlalau
lebar (luas), maka bahab-bahan buangan ini akan ditinggalkan tidak
ditutup untuk beberapa haru menyebabkan bau busuk dan sebagainya

iii) Kaedah ‘Cell’


Kaedah penimbusan ini dibuat dengan cara menimbus sisa buangan
dengan lapisan pada setiap hari iaitu dengan ketebalan 20cm. pada
lapisan penutup perantaraanhendaklah pada ketebalan 30cm dan lapisan
akhir penutup pada ketebalan 60cm

Pada masa kini kebanyakan kontraktor pembinaan melupuskan sampah sisa


binaan dengan cara membuang di tapak pelupusan sampah yang sah (legal landfills), di
kawasan tanah persendirian (private land), di tempat pembuangan sampah haram (illegal
dumping) dan selebihnya dibakar atau ditanam di tapak bina (CIDB, 2005).

2.1.7.2 Pengumpulan Sisa Binaan

Pengumpulan sisa binaan merupakan salah satu daripada kaedah yang boleh
digunakan oleh pihak kontraktor dalam pengurusan sisa binaan mereka di tapak bina.
Sisa binaan yang terhasil di tapak bina akan dikumpulkan dan di tempatkan pada satu
33

tempat yang sesuai sebelum proses pengasingan dilakukan. Kebanyakkan kontraktor


gemar menggunakan kaedah ini kerana menganggap kaedah ini lebih berkesan dan
sistematik dalam pengurusan sisa binaan.

Pada masa yang sama kaedah ini memerlukan satu kawasan yang agak besar
untuk menggumpulkan sisa yang terhasil. Bagi kontraktor yang mempunyai kawasan
tapak bina yang terhad mereka tidak gemar menggunakan kaedah ini dan lebih memilih
kaedah yang lebih sesuai.

2.1.7.3 Kitar Semula

Kitaran semula sisa binaan merupakan satu cara menjimatkan kos pelupusan bagi
kontraktor dan ianya bukanlah satu konsep baru dalam industri pembinaan. Konkrit dan
bahan turapan sudah lama dikitar semula untukl dijadikan bahan penampal atau roadbed.
Kitaran semula sisa binaan seharusnya dimulakan di tapak bina. Pengasingan dan
pengenalpastian sisa pembinaan yang berpotensi untuk di kitar semula merupakan
elemen yang paling penting semasa menjalankan kitaran semula.

Pengasingan dan kitaran semula sisa binaan ini bukan sahaja mendatangkan
keuntungan kepada kontraktor tetapi juga merupakan tanggungjawab jurutera dan
kontraktor kepada alam sekitar.
34

2.1.7.4 Penggunaan Semula

Bahan binaan merupakan komponen yang penting dalam sesuatu projek


pembinaan dan kos yang digunakan dalam pembuat pembelian bahan-bahan ini biasanya
boleh mencapai sehingga 50% daripada kos pembinaan ( Mat Lazim Zakaria, 2001).
Oleh sebab itu, untuk membantu mengurangkan kos ini, salah satu cara yang boleh
dilakukan adalah dengan menggunakan semula bahan pembinaan tersebut. Antara bahan
binaan yang boleh digunakan semula seperti bahan-bahan kemasan, batu bata, kayu dan
lain-lain. Menurut Chan.et.al (2006), sisa-sisa pembinaan seperti konkrit, batu bata,
jubin, kayu boleh dihancurkan menjadi agregat yang boleh digunakan untuk membentuk
turapan blok.

2.1.7.5 Secara Penjadualan Data

Antara kaedah pengurusan sisa binaan yang lain ialah secara penjadualan data.
Kaedah secara penjadualan data biasanya dilakukan dengan cara memeriksa jumlah sisa
binaan yang terhasil dan merekodkan jumlahnya dalam bentuk data sebelum
merekodkannya. Kaedah ini kurang digunakan kerana agak melambatkan masa kerana
memerlukan seseorang pengurus untuk memantau dan memeriksa sisa binaan yang
terhasil di tapak bina.

2.1.8 Masalah Yang Di Hadapi Dalam Melaksanakan Pengurusan Sisa Binaan

Terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti dalam melaksanakan


pengurusan sisa binaan di tapak bina. Antaranya ialah kekurangan masa, penanggungan
kos yang tinggi, tiada pekerja yang mahir, merumitkan dan melecehkan, ruang kerja
35

yang terhad, kekurangan tempat simpanan sisa binaan dan pengetahuan yang kurang
berkenaan pengurusan sisa binaan.

2.1.8.1 Kekurangan Masa

Kekurangan masa dalam menjalankan pengurusan sisa binaan di tapak bina


merupakan antara masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan kontraktor di Malaysia.
Masa merupakan elemen yang penting bagi kesemua kontraktor dalam menjalankan
kerja di tapak bina. Kebanyakkan daripada kontraktor mempunyai masa yang terhad
untuk menguruskan sisa binaan mereka ( Ferguson, J.et al.1995) dan menjadi kebiasaan
bagi kontraktor menjalankan kaedah pengurusan yang boleh menjimatkan masa mereka.

2.1.8.2 Kos Yang Tinggi

Penanggungan kos yang tinggi juga merupakan masalah yang sering dihadapi
oleh kontraktor dalam pengurusan sisa binaan. Ini kebiasaannya berlaku kepada
kontraktor- kontraktor yang mempunyai sumber kewangan yang sederhana. Pihak
kontraktor perlu menanggung kos yang agak tinggi untuk menguruskan sisa binaan bagi
setiap projek kerana setiap projek yang dijalankan akan menghasilkan sisa (Abu Hassan
Abu Bakar, 1993). Antara kos yang ditanggung adalah seperti kos pengangkutan sisa,
kos jentera pengangkut sisa.
36

2.1.8.3 Tiada Pekerja Yang Mahir

Antara masalah yang sering dihadapi ialah tiada pekerja yang mahir untuk
menguruskan sisa. Masalah ini akan mengakibatkan pengurusan tidak dapat dijalankan
dengan baik dan berkesan. Pihak kontraktor biasanya hanya mempunyai pekerja yang
biasa untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan tetapi tidak memiliki pekerja yang khas
untuk menjalankan kerja-kerja pengurusan sisa binaan di tapak bina. Walaupun pihak
kontraktor memiliki pihak pengurusan tapak bina, ini tidak memastikan pengurusan
yang sisa binaan dapat dijalankan dengan efektif tanpa memiliki pekerja yang mahir
untuk menguruskan sisa binaan yang terhasil.

2.1.8.4 Merumitkan Dan Melecehkan

Sesetengah kontraktor menganggap pengurusan sisa binaan merupakan sesuatu


yang melecehkan dan merumitkan. Ini kerana mereka menganggap proses pengurusan
sisa binaan ini akan menambahkan lagi kerja mereka di tapak bina dan memberi masalah
kepada pihak kontraktor tetapi pada hakikatnya pengurusan sisa binaan merupakan
aktiviti yang penting kepada kontraktor untuk menguruskan sisa binaan yang terhasil
semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan. Tanpa melaksanakan pengurusan sisa binaan
yang baik, akan menghasilkan keadaan tapak bina akan berserabut dan membahayakan
pekerja. Oleh itu pengurusan mestilah diutamakan oleh pihak kontraktor dalam
menguruskan penghasilan sisa binaan di tapak bina.
37

2.1.8.5 Ruang Kerja Yang Terhad

Antara masalah yang wujud ialah menghadapi ruang kerja yang terhad di tapak
bina. Ini menyebabkan pengurusan sisa binaan tidak dapat dilaksanakan dengan baik di
tapak bina. Ruang kerja merupakan perkara yang penting di tapak bina dan sekiranya
menghadapi masalah terhadap ruang kerja, ini akan menjejaskan kerja-kerja pembinaan.
Untuk menguruskan sisa binaan ia memerlukan ruang yang mencukupi untuk
memastikan sisa yang terhasil dapat diuruskan dengan sebaiknya.

2.1.8.6 Kekurangan Tempat Simpanan Sisa Binaan

Antara masalah lain yang dihadapi pihak kontraktor dalam melaksanakan


pengurusan sisa binaan ialah kekurangan tempat simpanan sisa binaan. Untuk
menguruskan sisa binaan yang terhasil, sisa tersebut perlulah ditempat pada tempat yang
khas dan sesuai supaya ia tidak mengganggu kerja-kerja pembinaan. Kekurangan tempat
boleh menyebabkan ruang kerja menjadi sempit dan mengganggu proses pembinaan.

2.1.8.7 Pengetahuan Yang Kurang

Pengetahuan yang kurang dalam menguruskan sisa binaan merupakan masalah


yang dihadapi oleh pihak kontraktor. Dengan pengetahuan yang kurang, pengurusan sisa
binaan tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan efektif. Selain itu pihak kontraktor jyga
menghadapi masalah dalam pemilihan kaedah yang sesuai untuk menguruskan sisa
binaan yang terhasil di tapak bina. Pengetahuan berkenaan pengurusan merupakan
perkara yang sangat penting bagi setiap kontraktor yang ingin memastikan pengurusan
sisa binaan yang mereka jalankan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
38

2.1.9 Pengurangan Sisa Binaan Di Tapak Bina

Sehingga tahun 2004, terdapat sebanyak 168 tapak pelupusan sampah


konvensional diseluruh Malaysia tetapi kebanyakkannya telah penuh dan terpaksa
ditutup (The New Straits Times, 2006). Oleh itu, pihak kerajaan telah mencari jalan
untuk memastikan jumlah sampah yang dihasilkan pada masa kini dapat dikurangkan.

Pihak kementerian kerjaraya turut menjalankan usaha terhadap pengurangan sisa


binaan ditapak bina dengan mewajibkan kontraktor projek pembinaan perlu
melaksanakan kerja pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar bagi setiap projek
sebelum diberikan kelulusan (Berita Harian, 2005).

Peraturan ini akan dilaksanakan tidak lama lagi selepas kementerian


memasukkan peruntukan mewajibkan pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar bagi
syarat yang perlu dilaksanakan dalam setiap tender serta kontrak (Berita Harian, 2005).
Dengan cara ini akan dapat membantu mengurangkan penghasilan sisa binaan ditapak
bina. Antara usaha lain yang boleh dilakukan untuk mengurangkan jumlah sampah sisa
binaan adalah seperti:

2.1.9.1 Penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS)

Pada masa kini Negara kita telah memperkanalkan sistem pembinaan


menggunakan sistem binaan berindustri (Industrialized Building System) dalam
pembinaan. Ini sejajar dengan kehendak kerajaan supaya penggunaan kaedah IBS dalam
pembinaan rumah mampu milik termasuk pembinaan bangunan kerajaan
dipertingkatkan kepada 50% daripada 30% mulai tahun ini (Berita Harian, 2005).
39

Penggunaan sistem IBS bukan sahaja dapat mengurangkan penggunaan tenaga buruh
malah juga dapat mengurangkan pembaziran bahan binaan dan ini seterusnya dapat
mengurangkan jumlah penghasilan sisa binaan ditapak bina (CIDB, 2004).

Kaedah IBS ini dapat memindahkan proses kerja membina sebahagian


komponen struktur dan arkitektur bangunan dari tapak bina kepada pembuatan
komponen bahan binaan dikilang-kilang (Nurfazliha, 2005). Menteri kerja Raya, Datuk
Seri S. Samy Vellu berkata mengikut statistik yang dikeluarkan Jabatan Imegresen
Malaysia, kira-kira 73% pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini adalah pekerja
‘tred-tred basah’ seperti tukang konkrit, tukang bata dan tukang jubin (Harian Metro,
2004).

Oleh kerana banyak pembaziran bahan binaan di tapak bina berlaku disebabkan
oleh kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab pekerja, kerajaan berusaha menukar
cara kerja dengan mengurangkan tred-tred basah didalam proses binaan. Ini dilakukan
dengan menggunakan teknik pembinaan moden seperti ‘off side casting’ dan
membiasakan penggunaan sistem-sistem pembinaan berindustri (IBS) (Harian Metro,
2004).

Selain itu, penggunaan kaedah IBS juga dapat meningkatkan lagi kecekapan
proses pembinaan, dan kosisten dengan persekitaran yang terkawal dan kemas CCIDB,
2004). Penggunaan kaedah ini turut menjamin kualiti dan produktiviti sektor pembinaan
yang tinggi (Berita Harian, 2005).

Penggunaan kaedah IBS jelaslah dapat memberi pengurangan dalam penghasilan


sisa binaan ditapak bina dan seterusnya dapat menyahut saranan kerajaan dalam
40

mengurangkan jumlah sampah dinegara ini dan mengatasi masalah kekurangan tapak
perlupusan sampah.

2.1.9.2 Melaksanakan Sistem Pengurusan Sisa Binaan

Salah satu lagi langkah yang boleh digunakan dalam mengurangkan penghasilan
sisa bahan binaan ditapak bina ialah melalui perlaksanaan sistem pengurusan sisa binaan
atau lebih dikenali sebagai ‘Waste management system’. Dengan adanya kaedah ini,
pembaziran bahan binaan ditapak bina boleh dikurangkan dengan cara digunakan
semula ataupun dikitar semula.

Sistem seperti ini telah terbukti keberkesannannya khasnya dinegara-negara maju


yang telah lama menggunakannya. Di Malaysia, hanya projek-projek yang dilaksanakan
oleh pertubuhan Putra Jaya Holding Sdn. Bhd. telah melaksanakan sistem ini dalam
pengurusannya dan telah terbukti berkesan (CIDB, 2005). Sekiranya sistem ini
diperluaskan lagi penggunaannya dalam pembinaan di Malaysia maka ia dapat
meningkatkan lagi prestasi pembinaan dan imej pembinaan di Malaysia dalam sistem
pengurusan sisa binaan ditapak bina. Seterusnya ia dapat mengurangkan penghasilan
sisa binaan di negara kita.

Menurut Wong (2000), terdapat kekangan yang telah dikenalpasti telah


menyebabkan sisa pembinaan tidak dapat dikurangkan. Kekangan tersebut adalah :

i) menggunakan bahan yang tidak berkualiti yang disebabkan oleh


persaingan yang terlalu kompetatif bagi menjimatkan kos.
ii) Berlaku kecuaian ketika penggunaan semula acuan
41

iii) Ketidak konsistenan dan masalah yang terdapat pada spesifikasi lukisan
teknikal dijalankan.
iv) Kelemahan kemahiran kerja di industri

2.1.9.3 Pekerja Yang Mahir

Antara langkah lain yang boleh digunakan bagi pihak kontraktor ialah dengan
memiliki pekerja yang mahir dalam menjalankan kerja-kerja pembinaan. Ini kerana
dengan memiliki pekerja yang mahir, penghasilan sisa binaan dapat dikurangkan.
Pekerja yang mahir dapat menjalankan kerja dengan baik dan seterusnya akan
mengurangkan pembaziran bahan binaan semasa menjalankan kerja-kerja di tapak bina
dan seterusnya masalah berkaitan dengan penghasilan sisa binaan dapat dikurangkan.
42

2.2 PERLAKSANAAN KONSEP 3R (REUSE, REDUCE, RECYCLE)

2.2.1 Pengenalan

Biasanya kita tidak memikirkan dimanakah sampah sarap kita dibuang atau
apakah yang terjadi sebaik sahaja ianya dipungut. Hakikatnya sampah sarap tersebut
akan diangkut ke tapak pelupusan sampah. Kapasiti tapak pelupusan sampah di negara
kita adalah semakin terhad dan di masa yang sama terpaksa menghabiskan jutaan ringgit
untuk melupuskan sisa pepejal ini. Pengurusan sisa buangan secara teratur dan bijak
perlu dilaksanakan segera selaras peningkatan pertumbuhan penduduk bagi memastikan
alam sekitar dinagara ini terhindar daripada pencemaran sampah.

Pertumbuhan penduduk yang tinggi meningkatkan sisa buangan yang perlu


dilupuskan setiap hari oleh PBT. Mengikut Seow (2005) penduduk negara ini
membuang kira-kira 15 tan sampah setiap hari. Apa yang paling penting adalah
kesedaran setiap anggota masyarakat mengenai penjagaan alam sekitar. Masyarakat
sepatutnya perlu sedar tindakan membuang sampah secara tidak teratur boleh
menyebabkan pencemaran.

Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah melaksanakan program kitar semula
untuk mengurangkan penghasilan pepejal dinegara ini. Antara kaedah yang digunakan
dalam kitar semula termasuklah menggunakan konsep 3R (reuse, reduce, recycle) untuk
menguruskan sisa buangan mereka kerana ia dapat mengurangkankos pelupusan sisa
pepejal ditanggung PBT selain membantu mengekalkan kebersihan alam sekitar.
43

2.2.2 Definisi Konsep 3R

Konsep 3R merujuk kepada langkah-langkah yang digunakan untuk


meminimumkan penggantungan penggunaaan sumber. Konsep 3R mengutarakan
langkah-langkah yang perlu diambil oleh setiap pengguna kerana ianya mengikut
keutmaan iaitu mengurangkan, menggunakan semula dan kitar semula.

Dengan konsep 3R bermakna menggunakan semula barangan tersebut atau


memproses barangan tersebut untuk dijadikan bahan seperti yang asal atau sebaliknya,
dengan erti lain tidak membuangnya begitu sahaja. Proses ini boleh mengurangkan
sampah kita yang semakin meningkat. Antara langkah yang diambil ialah dengan
melaksanakan konsep 3R iaitu Reuse, Reduce, Recycle (Penggunaan Semula,
Pengurangan, Kitar Semula).

2.2.2.1 Pengurangan

Pengurangan bermaksud mengurangkan pembuangan sisa pepejal dan


mengelakkan dari berlaku pembaziran. Contohnya elakkan barangan yang mempunyai
banyak pembalut dan sebolehnya barangan yang bekasnya boleh digunakan semula.
Penggunaan beg plastik mestilah dikurangkan kerana boleh menambahkan jumlah
sampah yang dihasilkan. Selain itu, pengguna sepatutnya adalah membeli mengikut
keperluan an kurangkan pembaziran.
44

2.2.2.2 Penggunaan Semula

Penggunaan semula bermaksud menggunakan barangan lama untuk digunakan


semula selagi berkeadaan baik. Penggunaan semula boleh mengurangkan sisa pepejal
yang dihasilkan kerana bahan yang sudah digunakan tidak dibuang ditapak pelupusan
sebaliknya digunakan semula. Amalan penggunaan semula ini boleh memulihara sumber
semulajadi bumi (Berita Harian, 2007).

2.2.2.3 Kitar Semula

Kitar semula merupakan satu kaedah atau proses dimana sisa pepejal akan
dikunpul, diasingkan dan diproses untuk menghasilkan produk baru atau dijadikan
sumber bagi penghasilan produk baru. Secara tidak langsung kitar semula dapat
mengurangkan kuantiti sisa pepejal di tapak pelupusan.

Kempen Kitar Semula telah dilaksanakan pada tahun 2000 dan sambutan Hari
Kitar Semula diadakan pada 11 November pada setiap tahun dengan tujuan memberi
kesedaran kepada pengguna terhadap konsep 3R.

Di negara kita, kesedaran tentang program kitar semula masih lagi berada
ditahap yang rendah. Bagi negara maju yang lain program kitar semula ini telah lama
dipraktikkan dan telah terbukti berhasil dalam pengurangan sisa pepejal. Oleh itu,
pelbagai usaha dilakukan untuk memberi kesedaran tentang kitar semula seterusnya
dapat mengurangkan penjanaan sisa pepejal.
45

2.2.3 Perlaksanaan Konsep 3R Dalam Pengurusan Sisa Binaan

Bagi memastikan pengurusan sisa pepejal yang bersepadu dan mampan, Pelan
Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Kebangsaan (PSPSPK) telah diluluskan pada tahun
tahun 2005 (Pihak Berkuasa Tempatan, 2007). PSPSPK menggariskan pelbagai strategi
termasuk amalan pengurusan yang mampan menerusi pengurangan, penggunaan semula,
pengitaran semula bagi sisa pepejal yang dihasilkan. Ini adalah bertujuan untuk
menampung kapasiti sisa pepejal yang dihasilkan ditapak pelupusan.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Program kesedaran Awam diperingkat


PBT, iklan dimedia massa, pembekalan tong kitar semula dilokasi awam dan pemberian
peruntukan membina pusat pengumpulan. Kempen ini juga akan diteruskan disekolah
dan rukun tetangga (Bernama, 2006). Pada 18 Mac 2001 serta 30 Jun 2001 telah
dilancarkan program kitar semula dinegeri Johor dan negeri Melaka.

Jalan penyelesaian yang diambil ialah dengan melaksanakan konsep 3R iaitu


pengurangan, penggunaan semula dan kitar semula. Bagi sisa yang tidak boleh dikitar
semula, langkah yang diambil dengan cara dengan melupuskan sisa dikawasan yang
dibenarkan. Untuk sisa bahan binaan dan yang bersaiz besar, kontraktor boleh
menghubungi Alam Flora, syarikat pengurusan sisa pepejal terbesar, sebelum
menghapuskan bahan berkenaan (Kosmo, 2006).
46

Teknik meminimum sisa

Mengurangkan sumber buangan

Proses semula Pengunaan teknologi bersih

Guna semula Rawatan dan pengolahan

Kitar semula Pelupusan selamat

Kawalan di sumberjanaan Menukar hasil keluaran

Rajah 2.1: Peringkat Dalam Meminimumkan Sisa


Sumber : Jabatan Alam Sekitar, 2004

2.2.3.1 Pengurangan

Salah satu cara yang digunakan dalam konsep 3R ialah dengan cara
pengurangan. Pengurangan sisa merupakan langkah yang penting dalam memastikan
jumlah sisa bahan binaan yang dihasilkan dapat dikurangkan. Dalam mengamalkan
amalan ini, beberapa langkah perlu diambil berat :

i. Merancang dan mengawal pembelian bahan binaan terlebih dahulu


ii. Mengurangkan pembaziran semasa melakukan kerja-kerja pembinaan
47

iii. Melatih kakitangan atau pekerja dalam menguruskan bahan binaan


ditapak pembinaan dengan baik

2.2.3.2 Penggunaan Semula

Kos untuk pembelian bahan-bahan untuk suatu projek amat mahal. Oleh itu,
salah satu cara yang dapat digunakan untuk mengurangkan pembaziran ditapak bina
adalah dengan cara penggunaan semula bahan-bahan binaan selagi fungsi dan
ketahananbahan tersebut masih seperti asal. Disamping itu, ia dapat mengurangkan kos
pembinaan. Antara bahan yang boleh digunakan semula seperti acuan konkrit yang
diperbuat daripada kayu dan juga lebihan bahan binaan selepas pembinaan siap. Bahan-
bahan tadi boleh digunakan semula untuk projek penbinaan lain yang berkaitan.
Walaubagaimanapun, pada masa kini, kontraktor di Malaysia tidak mempraktikan
pengunaan semula bahan binaan dan melupuskannya dengan cara pembakaran haram
ditapak bina (CIDB, 2005).

2.2.3.3 Kitar Semula

Bahan binaan yang tidak mempunyai nilai dari segi ekonomi perlu dilupuskan
tetapi yang bernilai perlu diasingkan mengikut jenis untuk dikitar semula (Theng, 1998).
Antara bahan binaan yang boleh dikitar semula adalah seperti kaca, aluminium, besi dab
sebagainya. Kebiasaannya semasa menjalankan kerja-kerja perobohan bangunan lama,
bahan binaan seperti kaca dan besi boleh diasingkan untuk dikitar semula. Bahan-bahan
tersebut boleh dijual kepada industri pembuatan untuk menjalani proses kitar semula. Ini
adalah untuk memastikan bahan tersebut tidak dibuang begitu sahaja dan seterusnya
menjadi sisa binaan. Dengan cara ini penghasilan sisa binaan ditapak bina dapat
dikurangkan.
48

2.2.4 Bahan Binaan Yang Menggunakan Konsep 3R

Teknologi pembinaan yang digunakan di Malaysia pada masa kini masih lagi
banyak menggunakan pembinaan konvesional dimana bangunan kebiasaannya dibina
secara “cast in situ”.

Kaedah ini adalah merupakan yang berasaskan buruh dimana bergantung kepada
kemahiran buruh binaan. Oleh kerana kemahiran buruh digunakan maka tidak hairanlah
jumlah sisa binaan semakin banyak dihasilkan dan makin meningkat. Perlantikan sub-
kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan telah membuatkan pembaziran
bahan binaan ditapak bina makin menjadi rumit untuk dikawal oleh pihak pengurusan
(Ponn.C.S, 2001).

Menurut Ponn.C.S, (2001) punca utama penghasilan sisa binaan ditapak bina
adalah disebabkan oleh sikap pekerja binaan, pengurusan yang tidak cekap, salah guna
bahan dan juga proses pembinaan yang tidak sesuai. Dengan penggunaan konsep 3R ini
diharap masalah penghasilan sampah ini dapat dikurangkan.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Hong Kong Polytecnic Universiti (2001)
mendapati bahawa terdapat beberapa jenis aktiviti pembinaan yang menjadi sumber
utama sisa binaan ditapak bina. Keputusan yang diperolehi ditunjukkan dalam jadual 2.3
49

Proses pembinaan Peratus(%) Kedudukan


Kayu acuan 27.5 1
Kerja kemasan 20 2
Kerja konkrit 13.3 3
Kerja batu 13.1 4
Pengurusan bahan 10.1 5
Kerja peranca 8.9 6
Pagar sementara 7.1 7

Jadual 2.1: Aktiviti Pembinaan Yang Menyumbang Kepada Penghasilan Sisa Binaan

Nota : kedudukan 1 = penghasilan sisa binaan yang paling banyak


Kedudukan 2 = penghasilan sisa binaan yang paling sedikit

Sumber : Hong Kong Polytecnic Universiti, (2001)

Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah pembinaan yang menggunakan system


acuan kayu dan kerja-kerja basah seperti kerja kemasan merupakan penyumbang yang
terbesar kepada penghasilan sisa binaan ditapak bina. Oleh itu, konsep 3R boleh
diaplikasikan kepada bahan binaan tersebut untuk mengurangkan pembazirannya.
Antara bahan yang boleh diaplikasikan menggunakan konsep 3R adalah seperti :

2.2.4.1 Besi

Dengan adanya penerapan konsep 3R ditapak bina, pembaziran bahan yang


berpunca daripada besi dapat dikurangkan. Besi yang dimaksudkan di tapak bina adalah
seperti besi bertetulang dan juga logam ferum. Ini kerana besi yang berlebihan selepas
projek pembinaan siap tidak sepatutnya dibuang begitu sahaja. Pihak kontraktor boleh
50

menjual besi tersebut kepada pihak pembuatan industri untuk dikitar semula. Pada
hakikatnya besi-besi dikitar semula untuk menghasilkan produk yang baru (Coventry,
1998).

2.2.4.2 Kayu

Kayu merupakan bahan yang paling banyak dibazirkan di tapak bina.


Kebanyakan kontraktor akan membuang kayu-kayu yang dijadikan acuan konkrit
selepas pembinaan siap. Kayu yang tidak rosak sepatutnya boleh digunakan semula
sebagai acuan untuk projek pembinaan yang lain. Dengan cara ini, jumlah sisa binaan
dapat dikurangkan.

2.2.4.3 Batu Batu

Sisa binaan yang disebabkan oleh batu bata boleh dikurangkan dengan cara
mengurangkan batu bata semasa kerja-kerja mengikat bata dilakukan. Pembaziran ini
paling banyak berlaku sekiranya buruh yang kurang berkemahiran digunakan. Selain itu,
pembiziran turut berlaku apabila batu bata yang dihantar banyak rosak atau pecah dan
ini menyebabkan batu bata tersebut tidak dapat digunakan.

2.2.4.4 Plastik

Plastik yang dimaksudkan ditapak bina adalah polyvinylchloride(PVC). PVC


boleh dikitar semula sekiranya bahan ini dikumpulkan berasingan dengan bahan yang
lain dan dibersihkan (Hendriks dan Pietersen, 2000). Walaupun pembaziran yang
51

dihasilkan oleh plastic tidak besar tetapi ia juga boleh mendatangkan bahaya kerana
plastik tidak terurai. Ia memerlukan system perlupusan yang baik untuk memastikan
agar bahan ini dilupuskan dengan baik.

2.2.4.5 Bahan Kemasan

Mengikut kajian yang dibuat oleh Hong Kong Polytecnic Universiti (2001),
kerja-kerja kemasan juga telah menyumbang kepada penghasilan sisa binaan ditapak
bina. Kerja kemasan termasuklah pemasangan seramik, jubin dan melepa.
Kebiasaannya, pembaziran yang berlaku disebabkan kerosakan jubin semasa kerja-kerja
pemotongan jubin dilakukan dan juga selepas kerja pemasangan dilakukan. Dengan
melaksanakan konsep 3R ini, jumlah sisa yang dihasilkan oleh kerja-kerja kemasan
dapat dikurangkan.

2.2.4.6 Kaca

Kaca merupakan komponen bahan binaan yang kurang digunakan di tapak bina
berbanding dengan bahan binaan yang lain. Kaca yang digunakan ditapak bina
kebiasaannya datang dalam bentuk yang sudah siap dipasang. Pembaziran yang
disebabkan kaca berlaku sekiranya ia pecah sebelum proses pemasangan dijalankan. Sisa
binaan yang terhasil daripada kaca boleh dikitar semula untuk mengelakkan daripada
dibazirkan.
52

2.2.4.7 Pasir

Pasir boleh dikurangkan untuk mengelakkan daripada berlaku pembaziran di


tapak bina. Pengurangan pasir boleh dijalankan dengan cara melakukan penghantaran
kuantiti yang tepat untuk digunakan ke tapak bina. Sekiranya sisa binaan daripada pasir
menggunakan konsep 3R, ia dapat mengurangkan jumlah penghasilan sisa binaan di
tapak bina.

2.2.5 Kepentingan Konsep 3R

Konsep 3R mempunyai banyak kepentingan kepada rakyat dan Negara sekiranya


diaplikasikan secara berkesan. Antaranya :

2.2.5.1 Ruang Hidup Terpelihara

Perlaksanaan konsep 3R adalah penting untuk memastikan ruang hidup kita


terpelihara dengan sejahtera. Pada masa kini, terdapat kira-kira 230 tapak perlupusan
sisa pepejal di Malaysia dan setiap satunya berukuran diantara 20 ekar hinga 159 ekar.
Tapak perlupusan ini bergantung kepada lokasi dan jumlah sisa pepejal yang dibuang.
Daripada 230 tapak pelupusan yang sediaada ini lebih daripada 80 peratus mempunyai
jangka hayat hingga 2 hingga 3 tahun saja lagi.

Apabila tapak pelupusan itu sudah tidak dapat menampung jumlah sampah yang
dikumpulkan maka tapak pelupusan yang baru terpaksa dibuka dan hal ini akan
berterusan sehingga tanpa akhirnya. Bayangkan sekiranya jumlah tapak pelupusan
makin bertambah ini bererti jumlah kawasan yang digunakan bertambah. Keadaan ini
53

boleh mengancam ruang kediaman kita duatu hari nanti sekiranya usaha untuk
menangani masalah ini tidak diambil berat.

2.2.5.2 Menjimatkan Kos

Selain itu konsep 3R juga dapat menjimatkan kos. Dalam jangka masa yang
panjang, mengitar semula sisa adalah lebih ekonomikal berbanding dengan usaha
menyelenggaraan tapak pelupusan sisa pepejal. Menurut Tan Sri Dr Johari Mat, kerajaan
terpaksa menyalurkan peruntukkan yang besar untuk menyediakan kemudahan-
kemudahan untuk melupuskan sisa pepejal seperti tapak pelupusan sanitari (Berita
Harian, 2005). Sekiranya penjanaan sisa pepejal dapat dikurangkan melalui kitar semula,
belanjawan tersebut dapat disalurkan untuk projek-projek yang lebih bermanfaat kepada
rakyat seperti pembinaan jalan raya, perpustakaan awam dan sebagainya.

Apabila program ini bertambah cekap maka sisa pepejal yang perlu dilupuskan
akan berkurangan dan ini bermakna kos untuk melupuskan sisa pepejal juga akan
berkurangan . sebagai contohnya, setiap bulan Negara Malaysia mengimpot lebih
daripada 25,000 tan kertas buangan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung
permintaan tempatan. Sekiranya masyarakat Negara kita mengamalkan program ini
maka jumlah tersebut dapat dikurangkan dan ini akan menjimatkan kos Negara.

2.2.5.3 Pencemaran Dapat Dikurangkan

Dengan mengamalkan program 3R ini, pencemaran yang disebabkan sisa pepejal


dapat dikurangkan. Contohnya longgokan bahan buangan yang terdapat ditapak binaan
akan menyebabkan percemaran terutamanya semasa hari hujan. Melalui amalan ini ia
54

dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan
udara.

Sisa pepejal yang dibiarkan bersepah dan berlonggok akan menjadi tumpuan
haiwan seperti tikus dan lalat yang mana akan menyebabkan penyakit yang berpunca
daripada sisa pepejal tersebut. Nyamuk Aedes merupakan pembawa dan penyebar
(vector) penyakit deman denggi dan deman denggi berdarah.

2.2.5.4 Memanjangkan Jangka Hayat Tapak Pelupusan

Antara kebaikan pengunaan konsep 3R yang lain ialah kita dapat memanjangkan
jangka hayat tapak pelupusan yang sedia ada. Sekiranya rakyat Malaysia mengitar
semula 50 peratus daripada sisa yang terhasil, ia dapat memanjangkan jangka hayat
tapak pelupusan sehingga 10 tahun lagi. Ia penting kerana pada tahun lepas sahaja, kora-
kira 7.34 tan metrik sisa pepejal dihasilkan di Malaysia, cukup untuk memenuhi 42
bangunan yang bersaiz sama dengan Menara Berkembar Petronas (Bernama, 2006).

Dengan penghasilan sisa pepejal yang sebanyak ini, tidak mungkin tapak
pelupusan di negara kita akan bertahan dengan lama. Mestipun tanah di Malaysia
nampak banyak, pengambilan tanah yang kian meningkat untuk digunakan sebagai tapak
pelupusan dilihat bukan sebagai penyelesaian berkekalan kepada masalah yang
sememangnya semakin bertambah.
55

2.2.5.5 Menjimatkan Penggunaan Bahan Binaan.

Dengan melaksanakan konsep 3R dalam pengurusan sisa binaan di tapak bina,


ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan binaan. Penjimatan yang dimaksudkan
ialah penggunaan bahan binaan untuk projek yang akan datang. Sekiranya pihak
kontraktor menjalankan kaedah penggunaan semula ke atas bahan binaan yang sesuai ini
akan dapat menggurangkan penggunaan bahan binaan tersebut pada projek yang akan
datang.

Antara bahan binaan yang selalunya digunakan semula seperti kayu, bahan-
bahan kemasan dan kaca tetapi mestilah disimpan dengan sebaik mungkin supaya ia
tidak rosak. Dengan menjimatkan penggunaan bahan binaan,ia juga dapat menjimatkan
kos untuk pembinaan yang akan datang bagi pihak kontraktor. Oleh itu, perlaksanaan
konsep 3R penting dalam pengurusan sisa binaan dan mesti dilaksanakan bagi setiap
kontraktor kerana ia memberi keuntungan kepada pihak kontraktor yang
melaksanakannya.

2.2.6 Halangan Tidak Melaksanakan Konsep 3R

Terdapat beberapa halangan yang dikenalpasti bagi kontraktor yang tidak


melaksanakan konsep 3R dalam pengurusan mereka. Antaranya :
56

2.2.6.1 Kos Yang Tinggi

Kos yang tinggi yang terpaksa ditanggung oleh kontraktor juga merupakan
halangan yang sering dihadapi bagi yang tidak melaksanakan konsep 3R dalam
pengurusan sisa binaan di tapak bina. Bagi kontraktor yang mempunyai sumber
kewangan yang sedikit mereka merasakan perlaksanaan konsep 3R tidak perlu untuk
dilaksanakan dalam pengurusan sisa binaan dan merugikan tetapi sebaliknya dengan
melaksanakan konsep 3R ia dapat menjimatkan kos mereka.

2.2.6.2 Masa yang terhad

Kekurangan masa dalam menjalankan pengurusan sisa binaan di tapak bina


merupakan antara halangan yang dihadapi oleh kebanyakkan kontraktor di Malaysia
untuk tidak melaksanakan konsep 3R di tapak bina. Masa merupakan elemen yang
penting bagi kesemua kontraktor dalam menjalankan kerja di tapak bina. Sesetengah
kontraktor menjanjikan tempoh siap sesuatu projek yang sangat singkat. Maka tumpuan
hanya diberikan kepada proses kerja tanpa menitikberatkan pengurusan sisa binaan yang
terhasil di tapak bina. Untuk melaksanakan konsep 3R mereka perlu mengasingkan sisa
binaan mengikut jenis masing-masing sebelum konsep ini boleh dilaksanakan. Bagi
pihak kontraktor yang tidak mempunyai masa untuk menjalankan proses pengasingan
sisa binaan konsep ini tidak menjadi pilihan mereka.

2.2.6.3 Merumitkan Dan Melecehkan

Sesetengah kontraktor menganggap pengurusan sisa binaan merupakan sesuatu


yang melecehkan dan merumitkan. Ini kerana mereka menganggap proses pengurusan
57

sisa binaan ini akan menambahkan lagi kerja mereka di tapak bina dan memberi masalah
kepada pihak kontraktor tetapi pada hakikatnya pengurusan sisa binaan merupakan
aktiviti yang penting kepada kontraktor untuk menguruskan sisa binaan yang terhasil
semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan. Konsep 3R sedikit merumitkan melecehkan
kerana sisa yang terhasil harus dikumpulkan dan diasingkan mengikut kategori yang
sesuai sebelum menjalani konsep 3R.

2.2.6.4 Tiada Pengetahuan / Berpengalaman

Pengetahuan yang kurang dalam menguruskan sisa binaan merupakan masalah


yang dihadapi oleh pihak kontraktor. Dengan pengetahuan yang kurang tentang konsep
3R, pengurusan sisa binaan tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan efektif.
Pengetahuan yang mendalam tentang konsep 3R diperlukan bagi kontraktor yang ingin
melaksanakan konsep ini di tapak bina kerana konsep ini memerlukan kemahiran yang
tinggi bagi pihak pengurusan mahupun pekerja supaya pengurusan dapat dijalankan
dengan berkesan dan menguntungkan.

2.2.6.5 Tidak Tahu Prosedur

Setiap kaedah pengurusan mempunyai prosedur dan aturan yang tersendiri.


Konsep 3R juga mempunyai kaedah yang tersendiri untuk mendapatkan hasil yang baik.
Bagi kontraktor yang tidak mengetahui dan kurang maklumat tentang prosedur konsep
ini, mereka tidak akan melaksanakan konsep ini dalam pengurusan sisa binaan mereka di
tapak bina. Antara prosedur yang penting ialah prosedur untuk mengitar semula,
prosedur untuk menggunakan semula dan prosedur untuk pengurangan.
58

2.2.6.6 Melaksanakan Sistem Pengurusan Yang Lain

Sesetengah kontraktor tidak melaksanakan konsep 3R di tapak bina kerana


mereka melaksanakan sistem pengurusan yang lain. Selain daripada konsep 3R terdapat
banyak lagi kaedah yang boleh digunakan dalam pengurusan sisa binaan di tapak bina
mengikut pilihan masing-masing. Ini kerana setiap pilihan yang dipilih akan
menguntungkan dan memberi kepentingan terhadap pihak kontraktor.

2.2.7 Kesimpulan

Bab ini menerangkan tentang definisi dan katogeri sampah sisa pepejal yang
dihasilkan di Negara kita. Seterusnya bab ini juga turut memfokoskan kepada
penghasilan sisa pepejal ditapak bina, factor-faktor yang mempengaruhi penghasilan sisa
binaan ditapak bina, bahaya sisa binaan dan langkah pengurangan sisa binaan ditapak
bina. Disamping itu juga, bab ini turut menerangkan mengenai kaedah dan cara sisa
binaan dilupuskan semasa dan selepas menjalankan aktiviti pembinaan.

Rumusan tentang perlaksanaan konsep 3R turut dikupaskan dalam bab ini bagi
memberi pemahaman kepada kajian yang dijalankan. Kesemua kupasan yang diberikan
amat berguna kepada maklumat yang diperolehi dapat memberi pemahaman dan
gambaran yang lebih jelas tentang penghasilan, proses, pemgurusan dan perlaksanaan
konsep 3R dalam pengurusan sisa binaan ditapak bina. Pemahaman yang mendalam
amat penting untuk memastikan kajian yang dijalankan dapat disempurnakan dengan
komprohensif supaya objektif kajian tercapai.
BAB 3

ANALISIS DATA DAN HASIL KAJIAN

3.1 Pengenalan

Setelah penyataan isu dan objektif bagi penyelidikan ini diterangkan di dalam
Bab 1 penyelidikan ini manakala Bab 2 pula menerangkan tentang konsep perlaksanaan
konsep 3’R’ dalam pengurusan sisa binaan di tapak bina secara lebih terperinci.
Seterusnya bab ini penerangan akan dibuat tentang borang soal selidik yang telah
dijalankan terhadap kontraktor. Bab ini juga akan menganalisis setiap soalan yang
terdapat dalam borang soal selidik yang direkabentuk untuk mencapai objektif bagi
penyelidikan ini iaitu perlaksanaan konsep 3’R’ dalam pengurusan sisa binaan di tapak
bina oleh kontraktor. Keputusan analisis adalah berdasarkan kepada borang soal selidik
yang telah dibuat terhadap 30 responden iaitu 10 responden kelas A, 10 responden kelas
B, dan 10 responden kelas C. Contoh borang soal selidik yang dibuat adalah seperti di
lampiran B.

3.2 Kaedah Analisis

Setelah semua data dikutip, analisis data perlu dilakukan bagi mendapatkan hasil
keputusan kajian. Analisis data dilakukan dengan cara mengasingkan analisis kepada
60

setiap kelas iaitu kelas A, kelas B dan kelas C. Ini penting untuk memastikan hasil kajian
lebih terperinci, tepat dan menjawab persoalan yang dimukakan sebelum ini. Bagi kajian
ini dua kaedah digunakan iaitu kaedah analisis kekerapan (Frequency Analysis) dan
“Likert Scaling”. Carta dan graf digunakan dalam menunjukkan hasil data yang telah
diperolehi. Kaedah analisis kekerapan digunakan bagi analisis bahagian 1 (a) dan (b) dan
likert scaling untuk bahagian 2.

3.2.1 Analisis kekerapan (Frequency Analysis)

Teknik ini digunakan bagi menentukan hasil-hasil analisis bagi jumlah data yang
terhasil dalam bahagian 1. Kaedah ini digunakan kerana ia amat mudah dan amat sesuai
untuk difahami.

Dalam kaedah ini, data-data yang diperolehi akan dikira dalam bentuk peratusan.
Peratusan akan diperolehi dengan menggunakan formula di bawah :

Peratusan (%) = Jumlah responden yang bersetuju x 100


Jumlah responden keseluruhan

Seterusnya hasil peratusan ini akan diolah ke dalam bentuk graf, bar atau
berbentuk carta. Ini akan memudahkan proses analisis dijalankan ke atas sebarang
keputusan yang diperolehi.
61

3.2.2 Skala likert (Likert Scale)

Teknik ini digunakan untuk menentukan jumlah skor yang diperolehi oleh
soalan-soalan dalam bahagian B. Skor yang digunakan adalah berdasarkan skla 1- 5 di
mana 1 adalah yang paling rendah dan diikuti 5 yang paling tinggi.

Dalam kaedah ini, langkah-langkah yang terlibat ialah :

a. Keseluruhan skor yang diperolehi akan dijumlahkan.


b. Jumlah keseluruhan tersebut akan dibahagikan untuk mendapatkan hasil min
skor.
c. Min yang mempunyai skor min yang tertinggi merupakan pertimbangan yang
paling tinggi dan disusuli dengan pilihan lain mengikut tingkat min skor tertinggi
ke min skor yang terendah.
d. Analisis secara indeks skala dijalankan bagi mengenalpasti hubungan antara
setiap keputusan yang diperolehi.

3.3 Latar Belakang Responden

Bahagian ini berkaitan dengan latar belakang syarikat responden seperti jenis
kelas kontraktor, kategori projek yang dijalankan.Bahagian ini dapat membantu
penyelidik memastikan mutu jawapan yang diberikan adalah yang terbaik dan relevan.
62

3.3.1. Kelas Kontraktor

12

10 10 10
10

8
bilangan

0
Kelas A Kelas B Kelas C

Rajah 3.1 bilangan kelas kontraktor yang disoal selidik

Rajah 3.1 menunjukkkan bilangan kelas kontraktor yang disoal selidik. Rajah
menunjukkkan bahawa 10 responden bagi kontraktor kelas A, 10 responden bagi
kontraktor kelas B dan 10 responden bagi kontraktor bagi kelas C. Jumlah kontraktor
yang disoal selidik mempunyai bilangan yang sama bagi setiap kelas adalah untuk
mendapatkan keputusan yang lebih tepat. Oleh itu, keseluruhan bilangan kontraktor
adalah sebanyak 30 responden.
63

3.3.2 Kategori Jenis Projek

80 74
70

60

50
(%)

40

30
20
20

10 6
0
0
Bangunan Menaiktaraf Penyelenggaraan Lain-lain: nyatakan

Rajah 3.2 kategori jenis projek

Daripada rajah 3. dapat dilihat bahawa kebanyakkan responden yang di soal


selidik adalah menjalankan kerja-kerja bangunan. Ini dapat dibuktikan dengan peratusan
sebanyak 74% . Ini diikuti pula kedua tertinggi iaitu sebanyak 20 peratus bagi jenis
projek menaiktaraf. Bagi kerja penyelenggaraan berada di tempat ketiga tertinggi iaitu
sebanyak 6 peratus dan yang paling rendah adalah lain-lain kerana tiada responden yang
menjalankan kerja-kerja selain daripada projek di atas.
64

3.3.3. Keperihatinan Terhadap Pencemaran Alam Sekitar

120
100
100

80
(%)
60

40

20
0
0
Ya Tidak

Rajah 3.3 Keperihatinan Terhadap Pencemaran Alam Sekitar

Dapat dilihat bahawa kesemua responden yang disoal selidik begitu prihatin
terhadap pencemaran alam sekitar. Ini dapat dibuktikan dengan jumlah peratus yang
menjawab ya adalah sebanyak 100 peratus. Pihak responden kelas C begitu prihatin
terhadap pencemaran alam sekitar adalah kerana pencemaran akan menjejaskan
kesejahteraan hidup. Sikap ini sangat penting bagi bagi pihak kontraktor adalah kerana
kerja-kerja yang mereka jalankan dalam sektor pembinaan banyak mendorong dalam
pencemaran alam sekitar.Dengan adanya kesedaran ini diharap pencemaran dapat
dikurangkan.
65

3.4 Analisis Kaedah Yang Digunakan Oleh Kontraktor Dalam Pengurusan Sisa
Binaan Di Tapak Bina

3.4.1 kontraktor kelas A

3.4.1.1 Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengurusan Sisa Binaan.

60
50
50

40
29
(%)

30

20 14
10 7
0 0
0
Mempunyai

Lain-lain
Penggunaan

penjadualan
pengumpulan

Kitar semula
pelupusan

sisa binaan
sistem

Secara
semula
Secara

data

Rajah 3.4 Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengurusan Sisa Binaan

Rajah 3.4 menunjukkan kaedah yang digunakan dalam pengurusan sisa binaan di
tapak bina oleh kontraktor. Dalam pengurusan sisa bahan binaan di tapak bina telah
dikenalpasti bahawa terdapat 5 kaedah yang boleh digunakan oleh pihak kontraktor.
Setelah di analisis daripada borang soal selidik didapati bahawa kaedah sistem
pelupusan mencatatkan penggunaan yang paling tinggi di kalangan kontraktor. Ini
dibuktikan dengan 50 peratus daripada keseluruhan kontaktor yang disoal selidik
memilih menggunakan sistem pelupusan dalam pengurusan sisa binaan mereka di tapak
bina. Ini disebabkan oleh pada masa kini kebanyakkan kontraktor memilih kaedah
66

pelupusan. Ini kerana kaedah ini lebih senang dan menjimatkan masa semasa
menjalankan pengurusan sisa binaan mereka.

Sistem yang kedua tertinggi peratusannya adalah secara penggunaan semula. Ini
dapat dilihat bahawa 29 peratus kontraktor yang menggunakan kaedah ini dalam
pengurusan mereka. Bagi responden kelas A peratusan yang ketiga tertinggi adalah
dicatatkan bagi kaedah kitar semula sisa binaan. Ini dapat dibuktikan bahawa 14 peratus
pihak kontraktor yang menjalankan kaedah ini dalam pengurusan sisa binaan mereka di
tapak bina. Peratusan ini adalah mungkin kerana di sebabkan oleh pihak kontraktor
tidak mempunyai masa dalam proses pengasingan. Pengasingan dan pengenalpastian
sisa pembinaan yang berpotensi untuk di kitar semula merupakan elemen yang paling
penting semasa menjalankan kitaran semula.

Bagi kaedah pengurusan secara pengumpulan sisa binaan kurang menjadi pilihan
bagi responden kelas A kerana hanya 7 peratus sahaja responden yang memilih untuk
menggunakan kaedah ini. Peratusan ini merupakan kaedah yang paling kurang
digunakan dikalangan responden kelas A. Bagi kontraktor yang memilih untuk
menggunakan sistem ini, mereka memerlukan kawasan yang mencukupi untuk
mengumpulkan sisa yang terhasil sebelum sisa tersebut dibuang ke tempat yang
sepatutnya. Bagi kontraktor yang mempunyai kawasan pembinaan yang terhad mereka
tidak memilih kaedah ini kerana akan menimbulkan masalah semasa proses
pengumpulan sisa binaan.

Manakala bagi kaedah penjadualan data tiada kontraktor yang menggunakan


kaedah tersebut dalam pengurusan mereka. Kesimpulannya 7 kontraktor menggunakan
kaedah pelupusan sisa binaan, 1 kontraktor menggunakan kaedah pengumpulan sisa
binaan, 2 kontraktor menggunakan kitar semula dan 4 kontraktor menggunakan kaedah
penggunaan semula dalam pengurusan sisa binaan mereka. Jumlah ini melebihi daripada
67

jumlah keseluruhan iaitu 10 kontraktor sahaja kerana ada diantara kontraktor yang
menggunakan lebih daripada satu kaedah

3.4.1.2 Langkah Untuk Mengurangkan Penghasilan Sisa Binaan

50 47
45
40 33
35
30
(%)

25 20
20
15
10
5 0
0
Penggunaan M elaksanakan M emiliki tenaga Lain-lain
sistem IBS sistem kerja yang mahir
pengurusan sisa
binaan( Waste
M anagement
System)

Rajah 3.5 Langkah Untuk Mengurangkan Penghasilan Sisa Binaan.

Terdapat 3 langkah yang boleh digunakan oleh pihak responden untuk


mengurangkan penghasilan sisa binaan di tapak bina mereka.Rajah 3.5 menunjukkan
pemilihan langkah yang dijalankan oleh pihak kontraktor untuk mengurangkan
penghasilan sisa binaan di tapak bina. Langkah yang paling tinggi digunakan oleh pihak
kontraktor adalah dengan cara melaksanakan sistem pengurusan sisa binaan ( waste
management system).
68

Ini dapat dibuktikan melalui graf yang menunjukkan sebanyak 47 peratus


kontraktor melaksanakan langkah ini dalam mengurangkan penghasilan sisa binaan di
tapak bina. Langkah ini paling banyak digunakan kerana responden kelas A memiliki
struktur syarikat yang besar dan kebanyakkan daripada responden melaksanakan sistem
pengurusan sisa binaan.

Peratusan yang kedua tertinggi adalah dengan memiliki tenaga kerja yang mahir.
Ini dapat dilihat daripada graf di mana menunjukkan nilai sebanyak 33 peratus. Dengan
memiliki tenaga kerja yang mahir di tapak bina penghasilan sisa binaan dapat
dikurangkan.

Penggunaan sistem IBS merupakan langkah yang paling kurang digunakan oleh
pihak kontraktor kerana hanya 20 peratus sahaja pihak kontraktor yang melaksanakan
langkah ini. Ini adalah mungkin disebabkan oleh penggunaan sistem IBS merupakan
sistem yang baru di dalam industri pembinaan.
69

3.4.1.3 Masalah Dalam Melaksanakan Pengurusan Sisa Binaan

Kekurangan masa

3%0% Kos yang tinggi

23% 31% Tiada pekerja yang mahir

M erumitkan dan
melecehkan
Ruang kerja yang terhad

7% Kekurangan tempat
20% simpanan sisa binaan
3% Pengetahuan yang kurang
13%
Lain-lain

Rajah 3.6 Masalah dalam melaksanakan pengurusan sisa binaan di tapak bina

Dalam rajah 3.6 terdapat tujuh masalah yang telah dikenalpasti dalam
melaksanakan sisa binaan di tapak bina oleh kontraktor. Kekurangan masa untuk
melaksanakan pengurusan sisa binaan merupakan masalah yang paling tinggi bagi
responden kelas A.. Ini kerana rajah menunjukkan jumlah peratusan adalah sebanyak 31
peratus. Ini kerana bagi responden kelas A masa begitu terhad bagi mereka kerana
sentisa sibuk dengan kerja-kerja pembinaan.

Peratusan kedua tertinggi adalah masalah dalam kekurangan tempat simpanan


sisa binaan yang menunjukkan peratusan sebanyak 23 peratus. Ini berkemungkinan
kerana kebanyakkan pihak responden mempunyai tempat simpanan yang terhad di tapak
bina.
70

Ini diikuti dengan masalah dalam ruang kerja yang terhad. Ini dapat dibuktikan
dengan jumlah peratusan 20 peratus. Ruang kerja adalah satu isu yang sangat penting
bagi setiap kontraktor dan sekiranya ruang kerja mereka terhad atau sempit, ini akan
memberi masalah yang besar kepada mereka dalam melaksanakan pengurusan sisa
binaan di tapak bina.

Peratusan yang keempat tertinggi adalah merumitkan dan melecehkan. Ini dapat
dibuktikan dengan jumlah peratusan sebanyak 13 peratus.. Masalah yang melibatkan kos
yang tinggi merupakan peratusan kelima tertinggi bagi responden kelas A dengan
jumlah peratusan sebanyak 7 peratus. Bagi responden kelas A, yang mempunyai sumber
kewangan yang kukuh kos tidak memberi masalah yang agak besar kepada mereka.

Ketiadaan pekerja yang mahir dan pengetahuan yang kurang tentang dalam
melaksanakan pengurusan sisa binaan merupakan peratusan yang paling rendah seperti
yang ditunjukkan dalam rajah 3.6 dengan jumlah peratusan sebanyak 3 peratus sahaja.
Jumlah ini paling rendah kerana kebanyakkan responden mempunyai pekerja yang
mahir dalam melaksanakan pengurusan sisa binaan di tapak bina.

3.4.1.4 Tahap Penghasilan Sisa Binaan Di Tapak Bina

Dalam bahagian ini, ia menyentuh berkenaan dengan tahap penghasilan sisa


binaan di tapak bina bagi kontraktor kelas A. Berdasarkan daripada borang soal selidik
yang diedarkan kaedah kuantitatif iaitu min skor akan digunakan. Skala likert akan
digunakan bagi melihat tahap penghasilan sisa binaan.pengiraan skor dan min dapat
dilihat di lampiran . Setelah pengiraan dibuat, indeks tahap penghasilan bagi kontraktor
kelas A adalah seperti jadual 3.1.
71

Jadual 3.1 Indeks Tahap Penghasilan Sisa Binaan Di Tapak Bina

Skala Tahap Penghasilan Indeks


1 Paling rendah 1.40 – 1.92
2 Rendah >1.92 – 2.44
3 Sederhana >2.44 – 2.96
4 Tinggi >2.96 – 3.48
5 Paling tinggi >3.48 – 4.00

1. Bahan Binaan Yang Menghasilkan Sisa Binaan.

4
3.5
3.5
3
3
2.5 2.3
min skor

2 2
2 1.7
1.4
1.5
1
0.5
0
a b c d e f g
perkara

Rajah 3.7 Tahap Penghasilan Bahan Binaan


72

Jadual 3.2 Tahap Penghasilan Bahan Binaan

min
No Perkara skor
a Besi 2.30
b Kayu 3.00
c Batu bata 3.50
d Plastik 1.40
e Bahan kemasan 2.00
f Kaca 1.70
g Pasir 2.00

Merujuk kepada rajah 3.7 dan jadual 3.2, ia menunjukkan tahap penghasilan sisa
binaan di tapak bina bagi kontraktor kelas A. Min skor yang tertinggi adalah batu bata
yang mempunyai nilai 3.50. Ini menunjukkan penghasilan sisa binaan daripada batu bata
adalah yang paling tinggi diantara bahan binaan yang lain. Ini adalah kerana batu bata
adalah bahan binaan yang mudah rosak atau pecah semasa proses pembinaan berlaku.

Ini diikuti dengan kayu yang mempunyai jumlah min skor sebanyak 3.00 dan
jumlah ini adalah dibawah tahap penghasilan yang tinggi. Manakala penghasilan yang
disebabkan oleh besi berada pada tahap rendah dengan jumlah min skor sebanyak 2.30.
Ini adalah kerana besi adalah antara bahan binaan yang mahal dan menyebabkan
penghasilannya sederhana untuk sisa binaan di tapak bina.

Bahan kemasan dan pasir juga adalah dibawah kategori rendah tatapi
mempunyai min skor sebanyak 2.00. Nilai skor yang kedua terendah adalah kaca dengan
jumlah min skor sebanyak 1.70 dan menyebabkan berada dibawah kategori paling
rendah. Bagi bahan binaan yang paling rendah menghasilkan sisa binaan ditapak bina
adalah plastik dengan jumlah min skor sebanyak 1.40.
73

Secara keseluruhannya, didapati tahap penghasilan sisa bahan binaan yang


disebabkan oleh bahan binaan bagi kontraktor kelas A adalah berada di tahap rendah
(2.27)

2. Faktor Yang Mempengaruhi Penghasilan Sisa Binaan

4 3.6
3.5 3.2
2.9
3
min skor

2.5 2
2
1.5
1
0.5
0
a b c d
perkara

Rajah 3.8 Faktor Yang Mempengaruhi Penghasilan Sisa

Jadual 3.3 Tahap Penghasilan Faktor

min
No Perkara skor
a Kaedah Pembinaan 3.20
b Penggunaan Jenis Bahan Binaan 2.90
Sikap Pihak Pengurusan Dan Pekerja 3.60
c Binaan
d Pengurusan Kontrak Kerja 2.00
74

Merujuk kepada rajah 3.8 dan jadual 3.3, ia menunjukkan tahap pemfaktoran
yang mempengaruhi penghasilan sisa binaan di tapak bina. Bagi min skor yang paling
tinggi ialah sikap pihak pengurusan dan pekerja binaan dengan jumlah sebanyak 3.60.
Ini merupakan faktor yang paling tinggi dalam penghasilan sisa binaan di tapak bina. Ini
adalah kerana pihak pengurusan dan pekerja mempunyai tanggungjawab yang besar
dalam setiap pembinaan.

Manakala bagi kaedah pembinaan mempunyai min skor sebanyak 3.20 dan
menyebabkan beada di bawah tahap pemfaktoran yang tinggi. Ini diikuti dengan
penggunaan jenis bahan binaan dikategorikan sebagai faktor yang sederhana dalam
mempengaruhi penghasilan sisa binaan di tapak bina oleh kontraktor kelas A. Ini kerana
mempunyai min skor sebanyak 2.90. Faktor yang mempunyai tahap penghasilan yang
rendah adalah melibatkan pengurusan kontrak kerja dengan jumlah min skor sebanyak
2.00.

3. Aktiviti Dalam Sektor Pembinaan

4.5 4
4 3.7
3.5 3
3
min skor

2.5
2
1.5
1
0.5
0
a b c
perkara

Rajah 3.9 Aktiviti Yang Mempengaruhi Penghasilan


75

Jadual 3.4 Tahap Penghasilan Sisa Binaan Disebabkan Aktiviti

min
No Perkara skor
a aktiviti pembinaan 3.70
b aktiviti perobohan struktur 4.00
c aktiviti pembaharuan 3.00

Merujuk kepada rajah 3.9 dan jadual3.4 , ia menunjukkan tahap peringkat dalam
sektor pembinaan yang menghasilkan sisa binaan di tapak bina. Daripada analisis yang
dijalankan aktiviti perobohan struktur penyebab yang paling tinggi dalam penghasilan
sisa binaan dengan jumlah min skor sebanyak 4.00. ini adalah kerana aktiviti perobohan
kebiasaannya menyebabkan kerosakan kepada bahan binaan dan seterusnya penghasilan
sisa terjadi.

Ini diikuti dengan aktiviti pembinaan yang mempunyai min skor sebanyak 3.70.
Ini menyebabkan aktiviti pembinaan juga dikategorikan paling tinggi dalam
penghasilan sisa binaan. Pada peringkat aktiviti pembaharuan mempunyai min skor
sebanyak 3.00 dan menyebabkan berada pada kedudukan tinggi dalam penghasilan sisa
binaan di tapak bina.

Secara keseluruhannya, didapati tahap penghasilan sisa bahan binaan yang


disebabkan perlakuan aktiviti dalam sektor pembinaan bagi kontraktor kelas A adalah
berada di tahap paling tinggi (3.57)
76

3.4.2 Kontraktor Kelas B

3.4.2.1 Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengurusan Sisa Binaan

70
58
60
50
40
(%)

30
20 17 17
8
10
0 0
0
Mempunyai

Kitar semula
pengumpulan

Lain-lain
Penggunaan

penjadualan
pelupusan

sisa binaan
sistem

Secara
semula
Secara

data

Rajah 3.10 Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengurusan Sisa Binaan

Rajah 3.10 menunjukkan kaedah yang digunakan dalam pengurusan sisa binaan
di tapak bina oleh kontraktor. Dalam pengurusan sisa bahan binaan di tapak bina telah
dikenalpasti bahawa terdapat 5 kaedah yang boleh digunakan oleh pihak kontraktor.
Setelah di analisis daripada borang soal selidik didapati bahawa kaedah pengumpulan
sisa binaan mencatatkan penggunaan yang paling tinggi di kalangan responden kelas B.
Ini dibuktikan dengan 58 peratus daripada keseluruhan kontaktor yang disoal selidik
memilih menggunakan sistem pelupusan dalam pengurusan sisa binaan mereka di tapak
bina.
77

Kaedah yang kedua tertinggi peratusannya adalah pengurusan secara penggunaan


semula sisa binaan dan mempunyai sistem pelupusan. Ini dapat dilihat bahawa 17
peratus kontraktor yang menggunakan kaedah ini dalam pengurusan mereka. Peratusan
yang agak rendah ini adalah mungkin disebabkan oleh pihak kontraktor tidak
mempunyai ruang untuk penyimpanan sisa binaan tersebut untuk digunakan bagi projek
pembinaan yang akan datang. Oleh itu kedua-dua kaedah ini tidak begitu menjadi
pilihan bagi responden kelas B berbanding dengan kaedah pengumpulan sisa binaan.

Kaedah kitar semula adalah kaedah yang paling kurang menjadi pilihan bagi
pihak kontraktor dalam pengurusan sisa binaan mereka di tapak bina. Ini kerana
peratusan menunjukkan hanya 8 peratus kontraktor yang menggunakan kaedah tersebut.
Peratusan yang paling rendah ini adalah mungkin kerana di sebabkan oleh pihak
kontraktor kelas B tidak mempunyai masa dalam proses pengasingan.Pengasingan dan
pengenalpastian sisa pembinaan yang berpotensi untuk di kitar semula merupakan
elemen yang paling penting semasa menjalankan kitaran semula. Manakala bagi kaedah
penjadualan data tiada kontraktor yang menggunakan kaedah tersebut dalam pengurusan
mereka.
78

3.4.2.2 Langkah Untuk Mengurangkan Penghasilan Sisa Binaan.

60 55
50
40 36

(%)
30
20
9
10
0
0
Penggunaan M elaksanakan M emiliki tenaga Lain-lain
sistem IBS sistem kerja yang mahir
pengurusan sisa
binaan( Waste
M anagement
System)

Rajah 3.11 Langkah Untuk Mengurangkan Penghasilan Sisa Binaan.

Rajah 3.11 menunjukkan pemilihan langkah yang dijalankan oleh pihak


kontraktor untuk mengurangkan penghasilan sisa binaan di tapak bina. Langkah yang
paling tinggi digunakan oleh pihak kontraktor adalah dengan cara melaksanakan sistem
pengurusan sisa binaan ( waste management system). Ini dapat dibuktikan melalui rajah
yang menunjukkan sebanyak 55 peratus kontraktor melaksanakan langkah ini dalam
mengurangkan penghasilan sisa binaan di tapak bina. Langkah ini paling banyak
digunakan kerana mungkin disebabkan oleh keberkesanannya dalam menangani
penghasilan sisa. Dengan melaksanakan langkah ini sisa binaan di tapak bina dapat
dikurangkan dan akan menguntungkan pihak kontraktor.

Peratusan yang kedua tertinggi adalah dengan memiliki tenaga kerja yang mahir.
Ini dapat dilihat daripada graf di mana menunjukkan nilai sebanyak 36 peratus. Dengan
memiliki tenaga kerja yang mahir di tapak bina, penghasilan sisa binaan dapat
79

dikurangkan. Ini kerana tenaga kerja selalunya memberi kesan yang tinggi dalam
penghasilan sisa kerana kerja-kerja pembinaan dijalankan oleh mereka.

Penggunaan sistem IBS merupakan langkah yang paling kurang digunakan oleh
pihak kontraktor kerana hanya 8 peratus sahaja pihak kontraktor yang melaksanakan
langkah ini. Ini adalah mungkin disebabkan oleh penggunaan sistem IBS merupakan
sistem yang baru di dalam industri pembinaan dan tidak ramai bilangan kontraktor yang
berani melaksanakan sistem ini.

3.4.2.3 Masalah Dalam Melaksanakan Pengurusan Sisa Binaan Di Tapak Bina

Kekurangan masa

3%0% Kos yang tinggi


19%
Tiada pekerja yang
30% mahir
Merumitkan dan
melecehkan
15%
Ruang kerja yang terhad

Kekurangan tempat
11% simpanan sisa binaan
15%
7% Pengetahuan yang
kurang
Lain-lain

Rajah 3.12 Masalah Dalam Melaksanakan Pengurusan Sisa Binaan Di Tapak Bina

Dalam rajah 3.12 terdapat tujuh masalah yang telah dikenalpasti dalam
melaksanakan sisa binaan di tapak bina oleh kontraktor. Daripada jumlah itu, masalah
80

dalam kekurangan tempat simpanan sisa binaan menunjukkan peratusan yang paling
tinggi dengan jumlah 30 peratus. Ini berkemungkinan kerana kebanyakkan pihak
responden mempunyai tempat simpanan yang terhad di tapak bina.

Kekurangan masa untuk melaksanakan pengurusan sisa binaan merupakan


masalah yang kedua tertinggi bagi responden kelas B yang telah disoal selidik. Ini
dibuktikan melalui rajah yang menunjukkkan jumlah peratusan adalah sebanyak 19
peratus. Masalah berkaitan kos dan ruang kerja yang terhad berada pada ketiga tertinggi
seperti yang ditunjukkan dalam rajah dengan jumlah peratusan sebanyak 15 peratus.
Bagi responden kelas B ini, kos tidak menjadi satu masalah yang besar kepada mereka
kerana kebanyakan daripada mereka mempunyai kewangan yang kukuh.

Masalah dalam pengurusan sisa binaan yang ketiga terendah adalah tiada pekerja
yang mahir dalam melaksanakan pengurusan sisa binaan seperti yang ditunjukkan dalam
rajah 3.12 dengan jumlah peratusan sebanyak 11 peratus sahaja.jumlah ini agak rendah
kerana kebanyakkan responden mempunyai pekerja yang mahir dalam melaksanakan
pengurusan sisa binaan di tapak bina. Masalah berkaitan ketiadaan pekerja yang mahir
hanya berlaku kepada segelintir responden sahaja kerana kebanyakkannya mempunyai
tenaga kerja yang mahir.

Peratusan yang kedua terendah adalah merumitkan dan melecehkan. Ini dapat
dibuktikan dengan jumlah peratusan sebanyak 7 peratus. Pengurusan sememangnya
memerlukan pengawalan yang bagus untuk memastikan pengurusan sisa binaan yang
dijalankan berjalan lancar dan bagi masalah ini hanya segelintir sahaja responden yang
merasakan pengurusan sisa binaan merumitkan dan melecehkan.
81

Peratusan masalah yang paling rendah ialah pengetahuan yang kurang tentang
bagi responden dengan jumlah sebanyak 3 peratus sahaja. Peratusan ini paling rendah
kerana kebanyakkan responden mempunyai pengetahuan tentang pengurusan sisa binaan
di tapak bina.

3.4.2.4 Tahap Penghasilan Sisa Binaan Di Tapak Bina

Dalam bahagian ini, ia menyentuh berkenaan dengan tahap penghasilan sisa


binaan di tapak bina bagi kontraktor kelas B. Berdasarkan daripada borang soal selidik
yang diedarkan kaedah kuantitatif iaitu min skor akan digunakan. Skala likert akan
digunakan bagi melihat tahap penghasilan sisa binaan.pengiraan skor dan min dapat
dilihat di lampiran . setelah pengiraan dibuat, indeks tahap penghasilan bagi kontraktor
kelas B adalah seperti jadual 3.5.

Jadual 3.5 Indeks Tahap Penghasilan Sisa Binaan Di Tapak Bina

Skala Tahap Penghasilan Indeks


1 Paling rendah 1.60 – 2.12
2 Rendah >2.12 – 2.64
3 Sederhana >2.64 – 3.16
4 Tinggi >3.16 – 3.68
5 Paling tinggi >3.68 – 4.20
82

1. Bahan Binaan Yang Menghasilkan Sisa Binaan

4 3.6
3.5
3
2.5 2.3
min skor
2.1 2 1.9 1.9
2 1.6
1.5
1
0.5
0
a b c d e f g
perkara

Rajah 3.13 Tahap Penghasilan Bahan Binaan

Jadual 3.6 Tahap Penghasilan Bahan Binaan

min
No Perkara skor
a Besi 2.10
b Kayu 2.30
c Batu Bata 3.60
d Plastik 2.00
e Bahan Kemasan 1.90
f Kaca 1.60
g Pasir 1.90

Merujuk kepada rajah 3.13 dan jadual 3.6, ia menunjukkan tahap penghasilan
sisa binaan di tapak bina bagi kontraktor kelas B. Min skor yang tertinggi adalah batu
bata yang mempunyai nilai 3.60. Ini menunjukkan penghasilan sisa binaan daripada batu
83

bata adalah yang paling tinggi dikalangan bahan binaan yang lain.Ini adalah kerana batu
bata adalah bahan binaan yang mudah rosak atau pecah semasa proses pembinaan
berlaku.

Ini diikuti dengan kayu yang mempunyai jumlah min skor sebanyak 2.30 dan
jumlah ini adalah dibawah tahap penghasilan yang rendah. Manakala penghasilan yang
disebabkan oleh besi berada pada tahap rendah dengan jumlah min skor sebanyak 2.30.
Ini adalah kerana besi adalah antara bahan binaan yang mahal dan menyebabkan
penghasilannya sederhana untuk sisa binaan di tapak bina.

Bagi bahan binaan yang paling rendah menghasilkan sisa binaan ditapak bina
adalah plastik dengan jumlah min skor sebanyak 2.00. Ini diikuti dengan bahan kemasan
dan pasir adalah dibawah kategori paling rendah dengan skor sebanyak 1.90 dan nilai
skor yang paling rendah adalah kaca dengan jumlah min skor sebanyak 1.60 dan
menyebabkan kaca juga berada dibawah kategori paling rendah.

Secara keseluruhannya, didapati tahap penghasilan sisa bahan binaan yang


dihasilkan oleh bahan binaan bagi kontraktor kelas B adalah berada di tahap rendah
(2.20).
84

2. Faktor Yang Mempengaruhi Penghasilan Sisa Binaan

4.5 4 4.1
4
3.5
3 2.7
2.4

min skor
2.5
2
1.5
1
0.5
0
a b c d
perkara

Rajah 3.14 Faktor Yang Mempengaruhi Penghasilan Sisa

Jadual 3.7 Tahap Penghasilan Faktor

min
No Perkara skor
a Kaedah Pembinaan 4.00
b Penggunaan Jenis Bahan Binaan 2.40
Sikap Pihak Pengurusan Dan Pekerja 4.10
c Binaan
d Pengurusan Kontrak Kerja 2.70

Merujuk kepada rajah 3.14 dan jadual3.7, ia menunjukkan tahap pemfaktoran


yang mempengaruhi penghasilan sisa binaan di tapak bina. Bagi min skor yang paling
tinggi ialah sikap pihak pengurusan dan pekerja binaan dengan jumlah sebanyak 4.10.
Ini merupakan faktor yang paling tinggi dalam penghasilan sisa binaan di tapak bina. Ini
adalah kerana pihak pengurusan dan pekerja mempunyai tanggungjawab yang besar
dalam setiap pembinaan.
85

Manakala bagi kaedah pembinaan mempunyai min skor sebanyak 4.00 dan
menyebabkan beada di bawah tahap pemfaktoran yang paling tinggi. Bagi kontraktor
kelas B pengurusan kontrak merupakan penghasilan yang rendah dengan min skor
sebanyak 2.70 dan berada pada kedudukan kedua rendah. Nilai min skor yang paling
rendah adalah bagi penggunaan jenis bahan binaan dengan min skor sebanyak 2.40. Ini
meletakkan dalam kategori paling rendah bagi kontraktor kelas B.

3. Aktiviti Dalam Sektor Pembinaan

4.5 4.2
3.8
4 3.5
3.5
3
min skor

2.5
2
1.5
1
0.5
0
a b c
perkara

Rajah 3.15 Aktiviti Yang Mempengaruhi Penghasilan sisa

Jadual 3.8 Tahap Penghasilan Sisa Binaan Disebabkan Aktiviti

min
No perkara skor
a aktiviti pembinaan 3.80
b aktiviti perobohan struktur 4.20
c aktiviti pembaharuan 3.50
86

Merujuk kepada rajah 3.15 dan jadual 3.8, ia menunjukkan tahap peringkat
dalam sektor pembinaan yang menghasilkan sisa binaan di tapak bina. Daripada analisis
yang dijalankan pada kontraktor kelas B aktiviti perobohan struktur penyebab yang
paling tinggi dalam penghasilan sisa binaan dengan jumlah min skor sebanyak 4.20. Ini
adalah kerana aktiviti perobohan kebiasaannya menyebabkan kerosakan kepada bahan
binaan dan seterusnya penghasilan sisa terjadi.

Ini diikuti dengan aktiviti pembinaan yang mempunyai min skor sebanyak 3.80.
Ini menyebabkan aktiviti pembinaan dikategorikan paling tinggi dalam penghasilan sisa
binaan. Peringkat aktiviti pembaharuan adalah dikategorikan tinggi dalam penghasilan
sisa binaan di tapak bina dengan jumlah min skor sebanyak 3.50.

Secara keseluruhannya, penghasilan sisa binaan yang disebabkan oleh aktiviti


dalam sektor pembinaan bagi kontraktor kelas B berada di tahap sederhana (3.57).
87

3.4.3 Kontraktor Kelas C

3.4.3.1 Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengurusan Sisa Binaan

45 40
40
35 30 30
30
25
(%)

20
15
10
5 0 0 0
0
Mempunyai

Kitar semula
pengumpulan

Lain-lain
Penggunaan

penjadualan
pelupusan

sisa binaan
sistem

Secara
semula
Secara

data
Rajah 3.16 Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengurusan Sisa Binaan

Rajah 3.16 menunjukkan kaedah yang digunakan dalam pengurusan sisa binaan
di tapak bina oleh kontraktor. Dalam pengurusan sisa bahan binaan di tapak bina telah
dikenalpasti bahawa terdapat 5 kaedah yang boleh digunakan oleh pihak kontraktor.
Setelah di analisis daripada borang soal selidik didapati bahawa kaedah sistem
pelupusan mencatatkan penggunaan yang paling tinggi di kalangan kontraktor. Ini
dibuktikan dengan 40 peratus daripada keseluruhan kontaktor yang disoal selidik
memilih menggunakan sistem pelupusan dalam pengurusan sisa binaan mereka di tapak
bina.

Peratusan kedua tertinggi adalah pengurusan secara penggumpulan sisa binaan


dan penggunaan semula. Ini dapat dilihat bahawa 30 peratus kontraktor yang
88

menggunakan kaedah ini dalam pengurusan sisa binaan mereka. Bagi kaedah kitar
semula dan secara penjadualan data tiada seorang pun dikalangan responden yang
melaksanakan kaedah ini. Kedua-dua kaedah ini langsung tidak digunakan dalam
pengurusan sisa binaan bagi responden kelas C. Ini dapat dibuktikan kerana peratusan
bagi kedua-dua kaedah ini adalah 0 peratus.

3.4.3.2 Langkah Untuk Mengurangkan Penghasilan Sisa Binaan.

70 60
60
50 40
40
(%)

30
20
10 0 0
0
Penggunaan Melaksanakan Memiliki Lain-lain
sistem IBS sistem tenaga kerja
pengurusan yang mahir
sisa binaan(
Waste
Management
System)

Rajah 3.17 Langkah Untuk Mengurangkan Penghasilan Sisa Binaan.

Rajah 3.7 menunjukkan pemilihan langkah yang dijalankan oleh pihak


kontraktor untuk mengurangkan penghasilan sisa binaan di tapak bina. Langkah yang
paling tinggi digunakan oleh pihak kontraktor adalah dengan cara memiliki tenaga kerja
yang mahir. Ini dapat dibuktikan melalui rajah yang menunjukkan sebanyak 60 peratus
kontraktor melaksanakan langkah ini dalam mengurangkan penghasilan sisa binaan di
89

tapak bina. Dengan melaksanakan langkah ini sisa binaan di tapak bina dapat
dikurangkan dan akan menguntungkan pihak kontraktor.

Peratusan yang kedua tertinggi adalah dengan cara melaksanakan sistem


pengurusan (waste management system). Ini dapat dilihat daripada rajah di mana
menunjukkan nilai sebanyak 40 peratus. Bagi responden kelas C, sistem IBS tidak
digunakan dalam pengurusan sisa binaan di tapak bina seperti yang ditunjukkan dalam
rajah.

3.4.3.3 Masalah Dalam Melaksanakan Pengurusan Sisa Binaan Di Tapak Bina

Kekurangan masa

0% Kos yang tinggi


14%
19%
Tiada pekerja yang
mahir
14% Merumitkan dan
melecehkan
Ruang kerja yang
5% terhad
Kekurangan tempat
38% 10% simpanan sisa binaan
Pengetahuan yang
kurang
Lain-lain

Rajah 3.18 Masalah Dalam Melaksanakan Pengurusan Sisa Binaan Di Tapak Bina

Dalam rajah 3.18 terdapat tujuh masalah yang telah dikenalpasti dalam
melaksanakan sisa binaan di tapak bina oleh kontraktor. Peratusan yang tertinggi adalah
90

masalah dalam ruang kerja yang terhad. Ini dapat dibuktikan dengan jumlah peratusan
38 peratus. Responden kelas C bermasalah dalam ruang kerja yang terhad kerana
kebanyakkan menjadi subkontraktor kepada kontraktor utama.

Daripada jumlah itu, masalah dalam kekurangan tempat simpanan sisa binaan
menunjukkan peratusan yang kedua tinggi dengan jumlah 19 peratus. Peratusan yang
ketiga tertinggi adalah kekurangan masa untuk melaksanakan pengurusan sisa binaan
dan menanggung kos yang tinggi. Ini kerana rajah menunjukkkan jumlah peratusan
adalah sebanyak 14 peratus.

Masalah dalam pengurusan sisa binaan yang ketiga terendah adalah merumitkan
dan melecehkan. Ini dapat dibuktikan dengan jumlah peratusan sebanyak 10 peratus.
Peratusan yang kedua terendah adalah tiada pekerja yang mahir dalam melaksanakan
pengurusan sisa binaan seperti yang ditunjukkan dalam rajah dengan jumlah peratusan
sebanyak 5 peratus sahaja. Jumlah ini agak rendah kerana kebanyakkan responden
mempunyai pekerja yang mahir dalam melaksanakan pengurusan sisa binaan di tapak
bina.

3.4.3.4 Tahap Penghasilan Sisa Binaan Di Tapak Bina

Dalam bahagian ini, ia menyentuh berkenaan dengan tahap penghasilan sisa


binaan di tapak bina bagi kontraktor kelas B. Berdasarkan daripada borang soal selidik
yang diedarkan kaedah kuantitatif iaitu min skor akan digunakan. Skala likert akan
digunakan bagi melihat tahap penghasilan sisa binaan.pengiraan skor dan min dapat
dilihat di lampiran C. setelah pengiraan dibuat, indeks tahap penghasilan bagi kontraktor
kelas B adalah seperti jadual 3.5.
91

Jadual 3.9 Indeks Tahap Penghasilan Sisa Binaan Di Tapak Bina

Skala Tahap Penghasilan Indeks


1 Paling rendah 1.80 – 2.40
2 Rendah >2.40 – 3.00
3 Sederhana >3.00 – 3.60
4 Tinggi >3.60 – 4.20
5 Paling tinggi >4.20 – 4.80

1. Bahan Binaan Yang Menghasilkan Sisa Binaan

3.5
3.1 3.1
3
2.6
2.5 2.2
1.9 1.9
min skor

2 1.8

1.5
1

0.5
0
a b c d e f g
perkara

Rajah 3.19 Tahap Penghasilan Bahan Binaan


92

Jadual 3.10 Tahap Penghasilan Bahan Binaan

min
No Perkara skor
a Besi 1.90
b Kayu 3.10
c Batu Bata 3.10
d Plastik 2.20
e Bahan Kemasan 2.60
f Kaca 1.80
g Pasir 1.90

Merujuk kepada rajah 3.19 dan jadual 3.10 , ia menunjukkan tahap penghasilan
sisa binaan di tapak bina bagi kontraktor kelas C. Min skor yang tertinggi adalah batu
bata dan kayu yang mempunyai nilai 3.10. Kedua-dua bahan binaan ini merupakan tahap
sederhana dalam penghasilan sisa binaan di tapak bina.

Bagi penghasilan yang disebabkan oleh bahan kemasan berada pada kategori
rendah kerana mempunyai min skor sebanyak 2.60. Rajah juga menunjukkan plastik
diletakkan dibawah kategori paling rendah dengan jumlah min skor sebanyak 2.20.
Bagi besi dan pasir yang mempunyai jumlah min skor yang sama iaitu 1.90 merupakan
tahap penghasilan yang paling rendah ditapak bina. Ini adalah kerana bagi kontraktor
kelas C mereka begitu berhati-hati dalam pembinaan yang melibatkan besi kerana besi
adalah antara bahan binaan yang mahal dan menyebabkan penghasilan sisa daripada besi
adalah diantara bahan yang paling rendah dihasilkan di tapak bina.

Bagi bahan binaan yang mempunyai min skor yang paling rendah adalah kaca
dengan min skor sebanyak 1.80 sahaja. Ini meletakkan kaca juga berada dalam kategori
paling rendah menghasilkan sisa binaan. Ini adalah berkemungkinan kerana kaca
93

kurang digunakan dalam aktiviti pembinaan dan juga kebiasaannya kaca datang dalam
bentuk yang sudah siap pasang dan terus boleh digunakan.

Secara keseluruhannya, didapati tahap penghasilan sisa bahan binaan yang


dihasilkan oleh bahan binaan bagi kontraktor kelas C adalah berada di tahap paling
rendah (2.37)

2. Faktor Yang Mempengaruhi Penghasilan Sisa Binaan

4.5 4 4.1
4 3.7
3.5
2.8
3
min skor

2.5
2
1.5
1
0.5
0
a b c d
perkara

Rajah 3.20 Faktor Yang Mempengaruhi Penghasilan Sisa


94

Jadual 3.11 Tahap Penghasilan Faktor

min
No Perkara skor
a Kaedah Pembinaan 4.00
b Penggunaan Jenis Bahan Binaan 3.70
Sikap Pihak Pengurusan Dan Pekerja 4.10
c Binaan
d Pengurusan Kontrak Kerja 2.80

Merujuk kepada rajah 3.20 dan jadual 3.11, ia menunjukkan tahap pemfaktoran
yang mempengaruhi penghasilan sisa binaan di tapak bina. Bagi min skor yang paling
tinggi ialah sikap pihak pengurusan dan pekerja binaan dengan jumlah sebanyak 4.10.
Ini merupakan faktor yang paling tinggi dalam penghasilan sisa binaan di tapak bina. Ini
adalah kerana pihak pengurusan dan pekerja mempunyai tanggungjawab yang besar
dalam setiap pembinaan.

Manakala bagi kaedah pembinaan pula mempunyai min skor sebanyak 4.00 dan
menyebabkan juga berada di bawah tahap pemfaktoran yang paling tinggi. Bagi
kontraktor kelas C penggunaan jenis bahan binaan merupakan faktor yang tinggi dalam
penghasilan sisa binaan dengan min skor sebanyak 3.70 dan berada pada kedudukan
kedua rendah. Nilai min skor yang paling rendah adalah bagi faktor pengurusan kontrak
kerja dengan min skor sebanyak 2.80. Ini meletakkan dalam kategori rendah bagi
kontraktor kelas C.
95

3. Aktiviti Dalam Sektor Pembinaan

6
4.8
5
4 3.5

min skor
3 2.5

1
0
a b c
perkara

Rajah 3.21 Aktiviti Yang Mempengaruhi Penghasilan

Jadual 3.12 Tahap Penghasilan Sisa Binaan Disebabkan Aktiviti

Min
No Perkara skor
a Aktiviti Pembinaan 3.50
b Aktiviti Perobohan Struktur 4.80
c Aktiviti Pembaharuan 2.50

Merujuk kepada rajah 3.21 dan jadual 3.12, ia menunjukkan tahap peringkat
dalam sektor pembinaan yang menghasilkan sisa binaan di tapak bina. Daripada analisis
yang dijalankan pada kontraktor kelas C aktiviti perobohan struktur penyebab yang
paling tinggi dalam penghasilan sisa binaan dengan jumlah min skor sebanyak 4.80. Ini
adalah kerana aktiviti perobohan kebiasaannya menyebabkan kerosakan kepada bahan
binaan dan seterusnya penghasilan sisa akan berlaku.
96

Ini diikuti dengan aktiviti pembinaan yang mempunyai min skor sebanyak 3.50.
Ini menyebabkan aktiviti pembinaan dikategorikan tinggi dalam penghasilan sisa
binaan. Peringkat aktiviti pembaharuan adalah dikategorikan rendah dalam penghasilan
sisa binaan di tapak bina dengan jumlah min skor sebanyak 2.50.

Secara keseluruhannya, penghasilan sisa binaan yang disebabkan oleh perlakuan


aktiviti bagi kontraktor kelas C berada di tahap sederhana (3.57).

3.5 Perbincangan

40 36
35 31
30
25
25
(%)

20
15
8
10
5 0 0
0
Mempunyai

Kitar semula
pengumpulan

Penggunaan

Lain-lain
penjadualan
pelupusan

sisa binaan
sistem

Secara
semula
Secara

data

Rajah 3.22 Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengurusan Sisa Binaan Bagi Ketiga-
Tiga Kelas

Secara kesimpulannya Rajah 3.22 menunjukkan kaedah yang digunakan dalam


pengurusan sisa binaan di tapak bina oleh kontraktor A,B, dan C. Setelah di analisis
97

terhadap ketiga-tiga kontraktor dapat diketahui bahawa 36 peratus daripada keseluruhan


kontaktor yang disoal selidik memilih menggunakan sistem pelupusan dalam
pengurusan sisa binaan mereka di tapak bina. Ini disebabkan oleh pada masa kini
kebanyakkan kontraktor memilih kaedah pelupusan. Ini kerana kaedah ini lebih senang
dan menjimatkan masa semasa menjalankan pengurusan sisa binaan mereka.

Sistem yang kedua tertinggi peratusannya adalah pengurusan secara


penggumpulan sisa binaan. Ini dapat dilihat bahawa 31 peratus kontraktor yang
menggunakan kaedah ini dalam pengurusan mereka. Kaedah ini merupakan kaedah yang
kedua tertinggi digunakan kerana kebanyakkan kontraktor mempunyai kawasan yang
sesuai dan mencukupi untuk mengumpulkan sisa binaan. Bagi kontraktor yang
mempunyai kawasan pembinaan yang terhad mereka tidak memilih kaedah ini kerana
akan menimbulkan masalah semasa proses pengumpulan sisa binaan.

Bagi peratusan yang ketiga tertinggi adalah dicatatkan bagi kaedah penggunaan
semula sisa binaan. Ini dapat dibuktikan bahawa 25 peratus pihak kontraktor yang
menjalankan kaedah ini dalam pengurusan sisa binaan mereka di tapak bina. Ini
mungkin disebabkan oleh pihak kontraktor tidak mempunyai ruang untuk penyimpanan
sisa binaan tersebut untuk digunakan bagi projek pembinaan yang akan datang.

Kaedah kitar semula adalah kaedah yang kurang menjadi pilihan bagi pihak
kontraktor dalam pengurusan sisa binaan mereka di tapak bina. Ini kerana rajah
menunjukkan hanya 8 peratus kontraktor yang menggunakan kaedah tersebaut.
Peratusan yang rendah ini adalah mungkin kerana di sebabkan oleh pihak kontraktor
tidak mempunyai masa dalam proses pengasingan.Pengasingan dan pengenalpastian sisa
pembinaan yang berpotensi untuk di kitar semula merupakan elemen yang paling
penting semasa menjalankan kitaran semula. Oleh sebab itu kaeadah ini paling kurang
98

menjadi pilihan bagi kontraktor yang disoal selidik. Manakala bagi kaedah penjadualan
data tiada kontraktor yang menggunakan kaedah tersebut dalam pengurusan mereka.

Daripada hasil yang telah diperolehi, objektif pertama penyelidikan iaitu


mengenalpasti kaedah yang digunakan oleh kontraktor dalam pengurusan sisa binaan
telah tercapai.
99

3.6 Analisis Mengenalpasti Perlaksanaan Konsep 3’R’ Di Tapak Bina Oleh


Kontraktor

3.6.1 kontraktor kelas A,B,C

3.6.1.1 Pengetahuan Kontraktor Tentang Konsep 3’R’

70 63

60

50

40 37
(%)

30

20

10

0
Ya Tidak

Rajah 3.23 Pengetahuan Kontraktor Tentang Konsep 3’R’

Rajah 3.23 menunjukkan pengetahuan kontraktor tentang konsep 3’R’ dalam


pengurusan sisa binaan. Daripada rajah dapat dilihat bahawa 37% iaitu 11 responden
yang mana terdiri daripada 4 responden kelas A, 3 responden kelas B dan 4 responden
kelas C. daripada keseluruhan responden menyatakan ya iaitu mengetahui tentang
konsep 3’R’ dan 63% pula menyatakan tidak mengetahui. Jumlah ini terdiri daripada 6
responden kelas A, 7 responden kelas B dan 6 responden kelas C dengan jumlah
keseluruhan seramai 19 responden.
100

3.6.1.2 Kontraktor Yang Melaksanakan Konsep 3’R’

80
70
70
60
50
(%) 40
30
30
20
10
0
Ya Tidak

Rajah 3.24 Kontraktor Yang Melaksanakan Konsep 3’R’

Berdasarkan daripada rajah 3.24, 30 peratus daripada keseluruhan responden


menyatakan mereka melaksanakan konsep 3’R’ dalam pengurusan sisa binaan mereka
dan 70 peratus daripada responden menyatakan tidak melaksanakan konsep 3’R’. Dapat
dilihat bahawa peratusan responden yang melaksanakan konsep 3’R’ adalah kurang
berbanding yang tidak melaksanakan. Ini adalah kerana pengetahuan yang kurang
tentang konsep 3’R’ dalam pengurusan sisa binaan mempengaruhi perlaksanaan konsep
3’R’ di tapak bina.
101

3.6.1.3 Sisa Bahan Binaan Yang Menggunakan Konsep Kitar Semula (Recycle)

Besi 19
Pasir 0

plastik 0
Kaca 23

Batu bata 27
Bahan-bahan kemasan 19

Kayu 12

0 5 10 15 20 25 30
(%)

Rajah 3.25 Sisa Bahan Binaan Yang Menggunakan Konsep Kitar Semula (Recycle)

Rajah 3.25 menunjukkan penggunaan konsep kitar semula ke atas sisa bahan
binaan yang terhasil di tapak bina. Dapat dilihat bahawa batu bata mempunyai peratusan
yang paling tinggi dengan jumlah sebanyak 27 peratus (7 responden). Ini adalah terdiri
daripada 2 responden kelas A, 3 responden kelas B dan 2 responden kelas C.. Batu bata
mempunyai nilai peratusan yang paling tinggi adalah mungkin disebabkan oleh
penghasilan bahan tersebut yang tinggi di tapak bina dan juga bahan ini sesuai
menggunakan kaedah kitar semula untuk mengelakkan pembaziran.

Peratusan yang kedua tertinggi adalah kaca yang mempunyai jumlah peratusan
sebanyak 23 peratus secara keseluruhan (6 responden). Ini adalah terdiri daripada 2
responden kelas A, 2 responden kelas B, dan 2 responden kelas C. Peratusan yang ketiga
tertinggi adalah bagi sisa bahan binaan yang terhasil daripada besi dan bahan-bahan
kemasan. Ini dapat dibuktikan daripada rajah yang mempunyai jumlah peratusan
sebanyak 19 peratus (5 responden). Kayu merupakan sisa bahan binaan yang paling
102

kurang dikitar semula dengan jumlah peratusan sebanyak 12 peratus. Daripada rajah
juga didapati bahawa tiada kaedah kitar semula dijalankan terhadap pasir dan plastik

3.6.1.4 Sisa Bahan Binaan Yang Menggunakan Konsep Guna Semula (Reuse)

Besi 15
Pasir 3

plastik 6

Kaca 9
Batu bata 25
Bahan-bahan kemasan 15

Kayu 27

0 5 10 15 20 25 30
(%)

Rajah 3.26 Sisa Bahan Binaan Yang Menggunakan Konsep Guna Semula (Reuse)

Bagi rajah 3.26 ini pula menunjukkan pengurusan sisa binaan yang terhasil di
tapak bina yang menggunakan kaedah penggunaan semula. Daripada rajah didapati
bahawa kayu mempunyai peratusan yang paling tinggi dengan jumlah sebanyak 27
peratus (9 responden). Ini adalah terdiri daripada 4 responden kelas A, 3 responden kelas
B dan 2 responden kelas C. Ini adalah kerana semasa menjalankan projek pembinaan
kayu merupakan antara bahan binaan yang menghasilkan sisa di tapak bina. Sisa kayu
yang terhasil tersebut akan digunakan semula dalam pembinaan yang lain kerana sifat
kayu yang boleh digunakan beberapa kali sehingga fizikalnya rosak dan tidak boleh
digunakan lagi.
103

Nilai peratusan yang kedua tertinggi yang ditunjukkan oleh rajah adalah sisa
bahan binaan daripada batu bata dengan nilai peratusan sebanyak 25 peratus (8
responden). Ini terdiri daripada 2 responden kelas A, 4 responden kelas B, dan 2
responden kelas C. Bahan-bahan kemasan dan besi berada pada kedudukan ketiga
tertinggi dengan jumlah peratusan sebanyak 15 peratus iaitu hanya 5 responden sahaja.
Bagi besi ia terdiri daripada 3 responden kelas A, 1 responden kelas B dan 1 responden
kelas C. Bagi bahan-bahan kemasan pula ia terdiri daripada 2 responden kelas A, 2
responden kelas B dan 1 responden kelas C.

Kaca mencatatkan nilai peratusan yang ketiga terendah dengan jumlah sebanyak
9 peratus dan diikuti oleh plastik dengan jumlah peratusan sebanyak 6 peratus. Pasir
merupakan bahan binaan yang paling kurang digunakan semula dengan jumlah
peratusan hanya 3 peratus sahaja. Ini adalah kerana kebiasaannya pasir akan termendap
sekiranya ditimpa hujan dan telah menyukarkan untuk digunakan semula.

3.6.1.5 Sisa Bahan Binaan Yang Menggunakan Konsep Pengurangan (Reduce)

Besi 13
Pasir 23

plastik 0
Kaca 3

Batu bata 27
Bahan-bahan kemasan 27

Kayu 7

0 5 10 15 20 25 30
(%)

Rajah 3.27 Sisa Bahan Binaan Yang Menggunakan Konsep Pengurangan (Reduce)
104

Rajah 3.27 menunjukkan penggunaan konsep pengurangan ke atas sisa bahan


binaan yang terhasil di tapak bina. Dapat dilihat bahawa batu bata dan bahan-bahan
kemasan mempunyai peratusan yang paling tinggi dengan jumlah sebanyak 27 peratus
(8 responden). Batu bata dan bahan-bahan kemasan sangat tinggi digunakan dalam
konsep pengurangan kerana penghasilan sisa bahan-bahan ini boleh dikurangkan dengan
cara mengurangkan pembazirannya.

Peratusan yang kedua tertinggi adalah pasir yang mempunyai jumlah peratusan
sebanyak 23 peratus secara keseluruhan (7 responden). Ini adalah terdiri daripada 4
responden kelas A, 3 responden kelas B, dan tiada dikalangan kelas C.. Peratusan yang
ketiga tertinggi adalah bagi sisa bahan binaan yang terhasil daripada besi dengan jumlah
peratusan sebanyak 13 peratus dan diikuti dengan kayu dengan jumlah peratusan
sebanyak 7 peratus. Kaca merupakan sisa bahan binaan yang paling kurang
menggunakan kaedah pengurangan dengan jumlah peratusan sebanyak 3 peratus.
Daripada rajah juga didapati bahawa tiada kaedah pengurangan (reduce) dijalankan
terhadap plastik

3.6.1.6 Keberkesanan Konsep 3’R’

120
100
100

80
(%)

60

40

20
0
0
Ya Tidak

Rajah 3.28 Keberkesanan Konsep 3’R’


105

Rajah 3.28 menunjukkan keberkesanan konsep 3’R’ yang dilaksanakan oleh


pihak responden. Daripada rajah didapati bahawa kesemua responden yang
melaksanakan konsep 3’R’ dalam pengurusan sisa binaan mereka menyatakan konsep
ini sangat berkesan dalam pengurusan sisa binaan. Ini dapat dibuktikan dengan jumlah
peratusan 100 peratus yang menyatakan ya dan tiada seorang pn yang menyatakan tidak.
Ini membuktikan bahawa konsep ini sangat berkesan dalam pengurusan sisa bahan
binaan dan secara langsung masalah tentang pengurusan sisa binaan di tapak bina akan
dapat dikurangkan.

3.6.1.7 Halangan Tidak Melaksanakan Konsep 3’R’

Kos yang tinggi

3 3 10 Rumit dan melecehkan

12 Tiada
27 pengetahuan/berpengalam
an
Tidak tahu prosedur

Masa yang terhad


20
Melaksanakan sistem
pengurusan yang lain
25
Lain-lain

Rajah 3.29 Halangan Tidak Melaksanakan Konsep 3’R’

Dalam rajah 3.29 terdapat tujuh halangan yang telah menyebabkan pihak
responden tidak melaksanakan konsep 3’R’ dalam pengurusan sisa binaan di tapak bina.
106

Masa yang terhad untuk melaksanakan konsep 3’R’ dalam pengurusan sisa binaan
merupakan halangan yang paling tinggi bagi responden. Ini kerana rajah menunjukkan
jumlah peratusan adalah sebanyak 27 peratus. Ini mungkin disebabkan oleh masa begitu
terhad bagi mereka untuk mencuba cara pengurusan yang baru kerana sentisa sibuk
dengan kerja-kerja pembinaan dan masih menggunakan cara pengurusan yang sedia ada.

Peratusan kedua tertinggi bagi halangan tidak melaksanakan konsep 3’R’ adalah
pihak responden tidak tahu prosedur untuk menjalankan konsep ini dala pengurusan sisa
binaan. Ini dapat dilihat bahawa jumlah peratusan sebanyak 25 peratus. Kekurangan
pengetahuan prosedur tentang konsep 3’R’ semestinya konsep ini kurang digunakan dan
menjadi halangan yang agak besar dalam perlaksanaannya.

Halangan yang ketiga tertinggi adalah tiada pengetahuan dan tiada pengalaman
untuk melaksanakan konsep ini dalam pengurusan sisa binaan di tapak bina. Ini dapat
dibuktikan dengan jumlah peratusan 20 peratus. Kekurangan pengalaman telah
menyebabkan pihak responden tidak melaksanakan konsep 3’R’. Ini kerana tanpa
pengalaman yang cukup sesuatu kaedah tidak boleh dijalankan dengan berkesan dan
terbaik.

Peratusan yang keempat tertinggi adalah merumitkan dan melecehkan. Ini dapat
dibuktikan dengan jumlah peratusan sebanyak 12 peratus. Bagi sesetengah responden,
mereka merasakan konsep 3’R’ adalah sesuatu yang melecehkan dan merumitkan dan
telah menyebabkan mereka tidak melaksanakan konsep ini dalam pengurusan mereka.
Halangan yang melibatkan kos yang tinggi merupakan peratusan kelima tertinggi bagi
responden yang disoal selidik dengan jumlah peratusan sebanyak 10 peratus.
107

Peratusan yang paling rendah adalah dicatatkan oleh penggunaan kaedah


pengurusan yang lain dan juga lain-lain dengan jumlah peratusan hanya 3 peratus sahaja.

3.6.1.8 Tahap Kekerapan Penggunaan Konsep 3’R’

Dalam bahagian ini, ia menyentuh berkenaan dengan tahap kekerapan


penggunaan konsep 3’R’ di tapak bina bagi keseluruhan kontraktor. Berdasarkan
daripada borang soal selidik yang diedarkan kaedah kuantitatif iaitu min skor akan
digunakan. Skala likert akan digunakan bagi melihat tahap kekerapan penggunaan
konsep 3’R’ di tapak bina dan pengiraan skor dan min dapat dilihat di lampiran C.
Setelah pengiraan dibuat, indeks tahap kekerapan bagi keseluruhan kontraktor adalah
seperti jadual.

Jadual 3.13 Indeks Tahap Kekerapan Penggunaan Konsep 3’R’

Skala Tahap Kepuasan Indeks


1 Sangat kurang 2.00 – 2.50
2 Kurang >2.50 – 3.00
3 Sederhana >3.00 – 3.50
4 Kerap >3.50 – 4.00
5 Sangat kerap >4.00 – 4.50
108

4
3.63
3.5 3.18
3
2.45
2.5

min skor
2

1.5

0.5

0
a b c

Rajah 3.30 Tahap Kekerapan Perlaksanaan Konsep 3’R’

Jadual 3.14 Tahap Perlaksanaan Konsep 3’R’

min
No Perkara skor
a Kitar semula(recycle) 3.18
b Guna semula(reuse) 3.63
c Pengurangan(reduce) 2.45

Merujuk kepada rajah 3.30 dan jadual 3.14, ia menunjukkan tahap kekerapan
penggunaan konsep 3’R’ di tapak bina oleh keseluruhan kontraktor. Min skor yang
tertinggi adalah guna semula (reuse) yang mempunyai nilai 3.63. Ini menunjukkan
kekerapan penggunaan daripada konsep guna semula adalah dikategorikan dalam tahap
kerap di antara konsep yang lain. Ini mungkin disebabkan oleh penggunaan konsep ini
adalah senang dan mudah dan juga pembaziran sisa binaan yang berlaku di tapak bina
kebanyakkannya sesuai menggunakan konsep guna semula untuk menguruskan sisa
tersebut.
109

Ini diikuti dengan konsep kitar semula (recycle) yang mempunyai jumlah min
skor sebanyak 3.18 dan jumlah ini adalah dibawah tahap kekerapan yang sederhana di
kalangan keseluruahan kontraktor yang menjalankan konsep 3’R’ di tapak bina. Konsep
kitar semula berada pada tahap sederhana kerana di sebabkan oleh penggunaan yang
agak terhad terhadap sisa binaan yang terhasil. Tidak keseluruhan sisa binaan yang
terhasil di tapak bina boleh menggunakan konsep kitar semula dalam pengurusannya.

Konsep pengurangan berada pada tahap yang paling rendah iaitu pada tahap
sangat kurang kerap digunakan. Ini dapat dibuktikan dengan jumlah min skor hanya
sebanyak 2.45. penggunaan konsep ini sangat kurang kerap digunakan di antara konsep
yang lain adalah berkemungkinan di sebabkan oleh penggunaannya yang sanagt terhad
terhadap penghasilan sisa binaan di tapak bina.

3.6.1.9 Tahap Kepentingan Perlaksanaan Konsep 3’R’

Dalam bahagian ini, ia menyentuh berkenaan dengan tahap kepentingan


perlaksanaan konsep 3’R’ di tapak bina bagi keseluruhan kontraktor. Berdasarkan
daripada borang soal selidik yang diedarkan kaedah kuantitatif iaitu min skor akan
digunakan. Skala likert akan digunakan bagi melihat tahap kepentingan perlaksanaan
konsep 3’R’ di tapak bina dan pengiraan skor dan min dapat dilihat di lampiran C.
Setelah pengiraan dibuat, indeks tahap kepentingan bagi keseluruhan kontraktor adalah
seperti jadual.
110

Jadual 3.15 Indeks Tahap kepentingan perlaksanaan konsep 3’R’

Skala Tahap Kepuasan Indeks


1 Sangat kurang penting 3.50 – 3.75
2 Kurang penting >3.75 – 4.00
3 Sederhana >4.00 – 4.25
4 Penting >4.25 – 4.50
5 Sangat penting >4.50 – 4.75

4.6 4.54
4.5
4.4
4.3
4.18
4.2
4.09
min skor

4.1 4
4 3.91
3.9
3.8
3.7
3.6
3.5
a b c d e

Rajah 3.31 kepentingan konsep 3’R’


111

Jadual 3.16 Tahap kepentingan konsep 3’R’

min
No Perkara skor
Ruang hidup terpelihara 4.00
a
Dapat menjimatkan kos 4.09
b
Pencemaran dapat dikurangkan 3.91
c
Memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan 4.54
d
Menjimatkan penggunaan bahan binaan 4.18
e

Merujuk kepada rajah 3.31 dan jadual 3.16 ia menunjukkan tahap kepentingan
perlaksanaan konsep 3’R’ yang dijalankan oleh pihak kontraktor. Di dapati bahawa min
skor yang tertinggi adalah ia dapat memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan yang
mempunyai nilai 4.54. Ini menunjukkan bahawa kepentingan yang paling penting
dalam melaksanakan konsep 3’R’ adalah untuk memanjangkan jangka hayat tapak
pelupusan. Ini adalah kerana bagi pihak kontraktor yang melaksanakan konsep ini,
mereka telah menyedari bahawa permasalah sekarang yang berkaitan dengan tapak
pelupusan sampah yang semakin sempit dan sedikit. Dengan perlaksanaan konsep 3’R’
di harap dapat mengurangkan penghasilan sisa binaan di tapak bina dan seterusnya
mengurangkan pembuangan sampah ke tapak pelupusan.

Dengan perlaksanaan konsep 3’R’ juga dapat menjimatkan penggunaan bahan


binaan. Ini dapat dilihat daripada rajah yang menunjukkan min skor sebanyak 4.18 dan
Ini menunjukkan bahawa dapat menjimatkan penggunaan bahan binaan berada pada
tahap penting bagi kontraktor yang melaksanakan konsep ini. Ini kerana melalui konsep
ini, sesetengah bahan binaan dapat digunakan semula untuk pembinaan yang akan
datang dan tidak akan dilupuskan di tapak pembuangan sampah dengan sengaja.
112

Dalam perlaksanaan konsep 3’R’, ia juga dapat menjimatkan kos tetapi berada
pada kedudukan sederhana penting dengan nilai min skor sebanyak 4.09 sahaja. Ini
menunjukkan bahawa dengan melaksanakan konsep 3’R’dalam pengurusan sisa binaan
ia juga dapat menjimatkan kos. Ini adalah kerana dengan menjalankan konsep kitar
semula dan juga guna semula bahan binaan pihak kontraktor dapat mengurangkan
pembelian sesetengah bahan binaan untuk projek yang akan datang dan dengan ini ia
juga dapat menjimatkan kos bagi kontraktor.

Rajah juga menunjukkan bahawa dengan melaksanakan konsep ini, ruang hidup
akan terpelihara tetapi ini merupakan tahap yang kurang penting dalam perlaksanaan
konsep 3’R’. Ini dapat dibuktikan bahawa hanya mempunyai min skor sebanyak 4.00
sahaja. Nilai min skor yang paling rendah adalah 3.91 iaitu pencemaran dapat
dikurangkan. Ini juga merupakan tahap yang kurang penting dalam melaksanakan
konsep 3’R’.

3.7 Kesimpulan

Hasil daripada kajian yang dibuat, didapati bahawa kesemua kontraktor yang di
soal selidik begitu prihatin terhadap pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh sisa
binaan. Oleh yang demikian setiap kontraktor mempunyai kaedah pengurusan sisa
binaan yang sistematik untuk memastikan setiap penghasilan sisa binaan di tapak bina
dapat diuruskan dengan baik dan berkesan.

Penghasilan sisa binaan di tapak bina boleh di sebabkan beberapa faktor. Di


antaranya adalah kaedah pembinaan, penggunaan jenis bahan binaan, sikap pengurusan
dan pekerja binaan dan pengurusan kontrak kerja. Bagi kesemua kontraktor yang di soal
selidik, faktor penghasilan sisa binaan yang paling tinggi di sebabkan oleh sikap
113

pengurusan dan pekerja binaan. Hasil kajian juga mendapati bahawa batu bata
merupakan bahan binaan yang paling banayak menghasilkan sisa di tapak bina.

Dalam pada masa yang sama pihak kontraktor tetap mengalami masalah dalam
pengurusan sisa binaan di tapak bina. Di antaranya ialah kekurangan masa, kos yang
tinggi, kekurangan pekerja yang mahir, rumit dan melecehkan, ruang kerja yang terhad,
kekurangan tempat simpanan sisa bahan binaan dan pengetahuan yang kurang tentang
pengurusan yang dijalankan. Hasil daripada soal selidik di dapati bahawa kekurangan
masa merupakan masalah yang paling besar dihadapi oleh kontraktor kelas A. Bagi
kontraktor kelas B pula masalah yang paling besar adalah kekurangan temapat simpanan
sisa binaan dan bagi kontraktor kelas C masalah yang paling besar adalah ruang kerja
yang terhad.

Dalam langkah untuk mengurangkan penghasilan sisa binaan di tapak bina,


terdapat tiga langkah yang telah dikenalpasti antaranya adalah penggunaan sistem IBS,
melaksanakan sistem pengurusan sisa binaan, dan memiliki tenaga kerja yang mahir.
Kebanyakkan pihak kontraktor yang disoal selidik didapati bahawa memilih
melaksanakan sistem pengurusan sisa binaan (waste management system).

Seterusnya ialah melihat hasil kajian dalam mencapai objektif kajian iaitu
mengenalpasti kaedah yang digunakan oleh kontraktor dalam pengurusan sisa binaan di
tapak bina. Ini dapat dilihat berdasarkan rajah di bawah.
114

40 36
35 31
30
25
25
(%) 20
15
8
10
5 0 0
0
Mempunyai

Kitar semula
pengumpulan

Lain-lain
Penggunaan

penjadualan
pelupusan

sisa binaan
sistem

Secara
semula
Secara

data
Secara kesimpulannya Rajah menunjukkan kaedah yang digunakan dalam
pengurusan sisa binaan di tapak bina oleh kontraktor A,B, dan C. Setelah di analisis
terhadap ketiga-tiga kontraktor dapat diketahui bahawa 36 peratus daripada keseluruhan
kontaktor yang disoal selidik memilih menggunakan sistem pelupusan dalam
pengurusan sisa binaan mereka di tapak bina. Ini disebabkan oleh pada masa kini
kebanyakkan kontraktor memilih kaedah pelupusan. Ini kerana kaedah ini lebih senang
dan menjimatkan masa semasa menjalankan pengurusan sisa binaan mereka.

Sistem yang kedua tertinggi peratusannya adalah pengurusan secara


penggumpulan sisa binaan. Ini dapat dilihat bahawa 31 peratus kontraktor yang
menggunakan kaedah ini dalam pengurusan mereka. Kaedah ini merupakan kaedah yang
kedua tertinggi digunakan kerana kebanyakkan kontraktor mempunyai kawasan yang
sesuai dan mencukupi untuk mengumpulkan sisa binaan. Bagi kontraktor yang
mempunyai kawasan pembinaan yang terhad mereka tidak memilih kaedah ini kerana
akan menimbulkan masalah semasa proses pengumpulan sisa binaan.
115

Bagi peratusan yang ketiga tertinggi adalah dicatatkan bagi kaedah penggunaan
semula sisa binaan. Ini dapat dibuktikan bahawa 25 peratus pihak kontraktor yang
menjalankan kaedah ini dalam pengurusan sisa binaan mereka di tapak bina. Ini
mungkin disebabkan oleh pihak kontraktor tidak mempunyai ruang untuk penyimpanan
sisa binaan tersebut untuk digunakan bagi projek pembinaan yang akan datang.

Kaedah kitar semula adalah kaedah yang kurang menjadi pilihan bagi pihak
kontraktor dalam pengurusan sisa binaan mereka di tapak bina. Ini kerana rajah
menunjukkan hanya 8 peratus kontraktor yang menggunakan kaedah tersebut. Peratusan
yang rendah ini adalah mungkin kerana di sebabkan oleh pihak kontraktor tidak
mempunyai masa dalam proses pengasingan.Pengasingan dan pengenalpastian sisa
pembinaan yang berpotensi untuk di kitar semula merupakan elemen yang paling
penting semasa menjalankan kitaran semula. Oleh sebab itu kaeadah ini paling kurang
menjadi pilihan bagi kontraktor yang disoal selidik. Manakala bagi kaedah penjadualan
data tiada kontraktor yang menggunakan kaedah tersebut dalam pengurusan mereka.

Daripada hasil yang telah diperolehi, objektif pertama penyelidikan iaitu


mengenalpasti kaedah yang paling kerap digunakan oleh kontraktor dalam pengurusan
sisa binaan telah tercapai.

Bagi objektif yang kedua iaitu mengenal pasti perlaksanaan konsep 3’R’ dalam
pengurusan sisa binaan di tapak bina oleh kontraktor di dapati bahawa jumlah kontraktor
yang mengetahui tentang konsep 3’R’ adalah lebih sedikit berbanding yang tidak
mengetahui. Ini adalah mungkin disebabkan oleh pendedahan yang kurang tentang
konsep ini di kalangan pihak kontraktor.
116

Daripada hasil soal selidik juga mendapati bahawa peratusan kontraktor yang
melaksanakan konsep 3’R’ juga lebih rendah berbanding yang tidak melaksanakan.
Hasil soal selidik juga mendapati bahawa bagi kontraktor yang melaksanakan konsep
3’R’ dalam pengurusan sisa binaan di tapak bina, ia berada dalam tahap sederhana
secara keseluruhannya. Perlaksanaannya yang sederhana adalah mungkin kerana kaedah
pengurusan sisa binaan ini sesuatu yang baru dan pengetahuan tentang konsep ini adalah
kurang dikalangan kontraktor. Ini dapat dilihat bahawa hanya segelintar sahaja
kontraktor yang melaksanakannya di tapak bina.

Terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti yang menyebabkan pihak


kontraktor tidak melaksanakan konsep 3R di tapak bina iaitu kos yang tinggi, rumit dan
melecehkan, tiada pengetahuan dan tiada pengalaman, tidak tahu prosedur, masa yang
terhad dan melaksanakan sistem pengurusan yang lian. Antara kesemua masalah itu,
masalah yang paling utama yang dihadapi oleh kontraktor ialah masa yang terhad untuk
melaksanakan konsep 3’R’ dalam pengurusan sisa binaan mereka.
BAB 4

KESIMPULAN DAN CADANGAN

4.1 Pengenalan

Bab ini merupakan bahagian terakhir dalam kajian ini. Kesimpulan yang dibuat
akan merangkumi keseluruhan penyelidikan yang telah dijalankan dan penemuan hasil
daripada analisis kajian yang telah dibuat dalam bab tiga. Selepas kesimpulan,
seterusnya akan diterangkan masalah yang dihadapi sepanjang kajian dan
mengemukakan cadangan untuk kajian yang selanjutnya. Dalam kajian ini, segala
perkara yang berkaitan dengan kedua-dua objektif telah dikenalpasti dengan sebaik
mungkin.

4.2 Kesimpulan

Dalam kajian ini, penyelidik dapat merumuskan keseluruhan hasil kajian


berdasarkan 2 objektif utama iaitu;
118

4.2.1 Mengenalpasti Sistem / Kaedah Yang Paling Banyak Digunakan Oleh


Kontraktor Bagi Pengurusan Sisa Binaan Di Tapak Bina.

Berdasarkan analisis kajian yang dilakukan terhadap data-data yang diperolehi


daripada borang soal selidik yang direkabentuk bagi mencapai objektif penyelidikan ini,
maka dapat dirumuskan bahawa kaedah yang paling banyak dijalankan oleh kontraktor
dalam pengurusan sisa binaan di tapak bina telah dapat dikenalpasti.

Terdapat 5 kaedah yang telah dikenalpasti dalam pengurusan sisa binaan iaitu
mempunyai sistem pelupusan, secara pengumpulan sisa binaan, secara kitar semula,
secara penggunaan semula dan secara penjadualan data. Bagi kontraktor kelas A, kaedah
pelupusan paling banyak digunakan dalam menguruskan sisa binaan mereka dan kaedah
yang paling tidak digunakan adalah secara penjadualan data.

Bagi kontraktor kelas B, kaedah pengurusan sisa binaan yang paling banyak
digunakan ialah secara pengumpulan sisa binaan dan sama seperti kontraktor kelas A,
pengurusan secara penjadualan data tetap tidak digunakan bagi kontraktor kelas B. Bagi
kontraktor kelas C pula kaedah yang paling banyak digunakan ialah secara kaedah
pelupusan.

Secara kesimpulannya didapati bahawa kaedah pengurusan yang paling banyak


digunakan bagi keseluruhan kontraktor yang disoal selidik adalah secara kaedah
pelupusan. Ini adalah kerana melalui kaedah ini ia dapat menjimatkan masa kerana masa
merupakan perkara yang sangat penting bagi kebanyakkan kontraktor.
119

4.2.2 Mengenalpasti Perlaksanaan Konsop 3R Di Tapak Bina Oleh Kontraktor.

Objektif kedua kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti perlaksanaan


konsop 3R di tapak bina oleh kontraktor. Secara keseluruhannya di dapati bahawa
jumlah kontraktor yang mengetahui tentang konsep 3’R’ adalah lebih sedikit iaitu hanya
37 peratus sahaja berbanding yang tidak mengetahui iaitu sebanyak 63 pertus.. Ini
adalah mungkin disebabkan oleh pendedahan yang kurang tentang konsep ini di
kalangan pihak kontraktor.

Daripada hasil soal selidik juga mendapati bahawa peratusan kontraktor yang
melaksanakan konsep 3’R’ juga lebih rendah iaitu hanya 30 peratus sahaja berbanding
yang tidak melaksanakan sebnayak 70 peratus. Hasil soal selidik juga mendapati bahawa
bagi kontraktor yang melaksanakan konsep 3’R’ dalam pengurusan sisa binaan di tapak
bina, ia berada dalam tahap sederhana secara keseluruhannya. Perlaksanaannya yang
sederhana adalah mungkin kerana kaedah pengurusan sisa binaan ini sesuatu yang baru
dan pengetahuan tentang konsep ini adalah kurang dikalangan kontraktor. Ini dapat
dilihat bahawa hanya segelintar sahaja kontraktor yang melaksanakannya di tapak bina.

Kesimpulannya konsep 3R merupakan kaedah pengurusan yang baru dan kurang


digunakan oleh pihak kontraktor. Untuk menggalakkan perlaksanaan konsep ini di tapak
bina, pihak yang bertanggungjawab perlulah lebih banyak memberi maklumat dan
pengetahuan kepada pihak kontraktor tentang kepentingan konsep ini. Ini kerana dengan
melaksanakan konsep 3R dalam pengurusan sisa binaan di tapak bina, ia dapat
memelihara ruang hidup, dapat menjimatkan kos, dapat mengurangkan pencemaran,
memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan dan dapat menjimatkan penggunaan bahan
binaan.
120

4.3 Masalah Yang Dihadapi Semasa Penyelidikan

Penulis telah menghadapi beberapa masalah semasa proses penyelidikan ini


dijalankan. Masalah ini merupakan kekangan atau halangan yang wujud dalam
menjalankan kajian ini.Walaubagaimanapun penulis menjadikan masalah-masalah ini
sebagai cabaran untuk penulis menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap kajian
ini.Antara masalah-masalah yang dialami adalah:-

1. Dalam proses membuat penulisan laporan ini, masalah mendapatkan


sumber maklumat seperti buku rujukan adalah menjadi masalah utama ini
berikutan sumber maklumat agak lama dan sukar diperolehi.

2. Masalah daripada responden juga merupakan antara masalah yang


dihadapi oleh penulis, ini kerana maklum balas melalui pengedaran borang soal
selidik untuk mendapatkan jawapan daripada responden agak lambat dan kesukaran
untuk mencari pejabat urusan responden. Di samping itu juga penulis menghadapi
kesukaran untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak kontraktor kerana mereka
begitu sibuk dengan kerja masing-masing.

3. Penulis juga menghadapi masalah untuk mengenalpasti kaedah yang


digunakan dalam pengurusan sisa binaan di tapak bina. Ini telah menyebabkan
kajian penulis lambat untuk disiapkan.
121

4.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Setelah melaksanakan laporan Projek Sarjana Muda Ini, didapati terdapat satu (1)
cadangan kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan bagi memperkembangkan lagi hasil
PSM ini. Cadangan kajian lanjutan tersebut adalah:-

1. Mengenalpasti kesesuaian tapak bina untuk melaksanakan konsep


3’R’ bagi kontraktor.

Melalui kajian ini, dapat diketahui dengan lebih terperinci tapak pembinaan yang
sesuai untuk melaksanakan konsep 3’R’.

2. Mengenalpasti sebab-sebab pihak kontraktor tidak mengetahui


mengenai konsep 3’R’.
RUJUKAN

Abu Hassan Abu Bakar (1993). “Pengurusan Projek Binaan” Pulau Pinang: Penerbit
USM

Adha Ghazali (2006), “Syor Gubal Segera Akta Sisa Pepejal”, Berita Harian, from
http://www.bharian.com.my/rencana, 7 September 2007

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta 127, Malaysia: International Law Book
Services

Bernama ( 2006), ‘Keperluan Mengurangkan Sisa’ from http://aplikasi.kpkt.gov.my, 9


September 2007

Bernama (2004), ‘Balancing Quality,Cost And Time With IBS’, News Straits Times,
from http://www.news straits times.com.my, 5 Oktober 2007

Bernama (2006), ‘Tapak Pelupusan Sampah Kundang Perlu Ditutup’, Berita Harian,
from http://www.bharian.com.my, 10 Ogos 2007

Bernama (2006), “Pembukaan Tapak Pembuangan Sampah Perlu Ikut Spesifikasi JAS”,
from http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news, 25 Ogos 2007

Bernama (2006), “waste reduction – no longer an option but a necessity”, from


http://www.bernama.com/bernama/v3/bi/news, 10 Ogos 2007
Chan.et.al (2006), Project Management In Construction, Vision, Issue13, Pp 1-4

Dewan Bahasa & Pustaka (2000). "Kamus Dewan Edisi Ketiga." Kuala Lumpur:
Percetakan Dewan Bahasa & Pustaka.

Ekanayake Lawrence Lesley And Ofori Geogre, (2000), Construction Material Waste
Source Evaluate, National University Of Singapore, Jurnal Of Strategies For A
Sustainable Built Environment, Pretoria

Fazallah Pit (2002), ‘Laksana Pengurusan Sisa Buangan Dengan Bijaksana’, Berita
Harian from http://www.bharian.com.my/rencana, 9 September 2007

Ferguson, J.et al. (1995). "Managing and Minimizing Construction Waste-A Practicle
Guide." London: Thomas Telford

Halina Mohd Noor (2006), ‘Keperluan Mengurangkan Sisa’, Harian Kosmo, from
http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf, 9 September 2007

Hartati Hasan Basri (2001), ‘gugat kesihatan penghuni’ harian metro, from
http://www.innovacia.com.my/news3.html, 10 Ogos 2007

Hendricks And Pietersen. (2000). “Construction Materials Recycling Ascociation.” New


York: John Wiley &Son, Inc

Hill, K., Glenn, J. (2002). “Solid Waste State Legislation.” Kreith, F. et.al
(eds),“Handbook of Solid Waste Management.” 2nd .ed. New York: Mc Graw Hill.
11.39

Jabatan Alam Sekitar (2004), “Masalah Pembuangan Sisa Pejal Secara Haram”, from
http://www.doe.gov.my/ms/content/jabatan-alam-sekitar-malaysia, 7 September 2007
Jabatan Alam Sekitar (2007), “Punca Impak”, from
http://www.yellowpages.com.my/goverment/jabatan-alam-sekitar-jas/wilayah-
persekutuan, 19 Ogos 2007

Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi Dan Alam Sekitar (2005),
Environmental And Quality Act And Regulations (Amended January 2000), Kuala
Lumpur

Janaka Y. Ruwanpura, Mala, Chandrakanthi, Patrick Hettiaratchi, Bolivar Prado, (2002),


Optimisition Of The Waste Management For Construction Projects Using Simulation,
University Of Calgary, Proceedings Of The 2002 Winter Simulation Conference

Kementerian Kewangan Malaysia, (2006), Laporan Kewangan Negara, Kuala Lumpur

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (2007), Rancangan Malaysia Ke 9

Khairulzan Yahya & A. Halim Bousssabaine (2006). “Eco-costing of Construction


Waste.” from, http:www.emeraldinsight.com/1477-7835.htm, 7 September 2007

Lee, C.C. (1998). "Environmental Engineering Dictionary." 3 . ed. USA: Government


Institute Rockville

Lestari (2005). Construction Waste Management (Milestone Report 4). Lestari/Frim,


Waste Minimization and Recycling Potential of Construction Material.

Master Gilbert M, (1998), Introduction to Environmental Engineering and Science, New


Jersey, Prentice –Hall Inc

Mat Lazim Zakaria (2001). "Bahan dan Binaan." Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.
Mohamed Farid Noh (2005), ‘Kontraktor Diwajibkan Laksana Pemuliharaan’, Berita
Harian, from http://www.bharian.com.my/rencana, 6 September 2007

Mohamed Farid Noh (2005), ‘Pengurangan Sisa Buangan’ Berita Harian, from
http://www.bharian.com.my, 9 September 2007

Mohd Wazir Abdul Ghani (2004), ‘ Penglibatan Kitar Semula Kurang Sampah
Bertimbun’, Utusan Malaysia, from www.utusan malaysia.com.my, 10 Ogos 2007

Norhayati Mahyuddin. (2005), Safety In The Construction Industri Journal Of


Occupational Safety And Health, Vol. 2, No. 1, pg 27-31. ISSN 1675-5456

Nurfazliha,A.G. Gaji, Elaun, Dan Faedah Yang Diperolehi Oleh Pekerja Mahir Dalam
Industri Binaan. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, 2005

Osmani, M., Glass, J. and Price, A. (2006). " Architect and Contractor Attitudes to
Waste Minimisation."ICE.159. p 65 - 72.

Pereira,J.J, Jantan, M.D,Sundara, G (2005), Waste Management- A Profile Of The


Malaysia Construction Industry, Presented To National Forum On Sustainable
Construction 5-6 September, Kuala Lumpur

Pihak Berkuasa Tempatan (2003), “Program Kitar Semula Daerah Segamat”, from
http://www.johor.gov.my/mds/recycle/index.htm, 25 Ogos 2007

Poon.C.S (2001), “An Appraisal of Municipal Solid Waste Management System”, The
TQM Magazine, Volume 7, Number 7/8, Pp 105-111

Roslan Bin Pilus. Pengurusan Pembuangan Sisa Binaan ( Kajian Kes: Majlis
Perbandaraan Johor Bharu Tengah). Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi
Malaysia, 2005
Rosniza Mohd Taha ( 2004), ‘Tukar Teknik Binaan’, Harian Metro, from
http://www.innovacia.com.my/news3.html, 19 Ogos 2007

Seow, T. W. (2003). “ Potensi Pemulihan Sumber Sampah Sarap Pepejal Perbandaran di


Malaysia.” dlm Ismail, H. & Hussain, T.P.R.S. Isu-isu Pengurusan Alam Sekitar. Sintok
:Penerbit Universiti Utara Malaysia, 249-286

Seow, T. W.(2005). “Penerapan Konsep Bersepadu Pengurusan Sampah Sarap di


Malaysia :Satu Tinjauan.” Proceedings of National Civil Engineering Conference
(NACEC), Kuitho, Johor

Skoyles, E. R. dan Skoyles, J. R. (1987). “Waste Prevention on Site.” London : Mitchell

Tchobanoglous, G, Thiesen, H, and Vigil, S.A (1993), Integrated Solid Waste


Management, New York, U.S.A, A Division Of The Mcgraw- Hill Companies

Thcobanoglous, G. (2002). “Construction and Demolition Debris.” dlm Kreith, F. et.al


(eds).“Handbook of Solid Waste Management.” 2nd .ed. New York: Mc Graw Hill.
11.39

Thcobanoglous, G. (2002). “Construction and Demolition Debris.” ISSN 0025-1747,


Pp.381-385

Theng Lee Chong, (1998), “Definisi Sisa”, Kuala Lumpur, Majalah Era Hijau Keluaran
4

Uzairi, (1998), “Aturcara Kontrak Dan Taksiran”, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan
Pustaka

Waste Management of Association Malaysia, (2006), Komposisi Sisa Pepejal Di


Kawasan DBKL.
Whites, P. R., Franke, M. dan Hindle, P. (1995). “Integrated Solid Waste Management”.
England : Springer

Wong Soo Seong. Kitaran Semula Bahan Pembaziran Binaan. Tesis Ijazah Sarjana
Muda. Universiti Teknologi Malaysia, 2000
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKULTI ALAM BINA

PERLAKSANAAN KONSEP 3R DALAM


PENGURUSAN SISA BAHAN BINAAN DI
TAPAK BINA

OBJEKTIF KAJIAN:
1. Mengenalpasti sistem/kaedah yang kontraktor jalankan bagi
pengurusan sisa bahan binaan di tapak bina
2. mengenalpasti perlaksanaan konsep 3R di tapak bina oleh
kontraktor

Nama: Mohd Asrul bin Hasbullah


No. K/P: 860202-03-5245
No. Matrik: AB050135
Kursus: Sarjana Muda Ukur Bahan
Penyelia: En. Ismail bin Haron
Sesi: 2008/09
Borang soal selidik ini dihasilkan untuk mengkaji tentang pengurusan sisa bahan binaan
dan perlaksanaan konsep 3R (Recycle, Reuse, Reduce) dalam pengurusan sisa bahan
binaan di tapak bina. Sila isi dengan seikhlasnya dan semua maklumat yang diberikan
adalah dianggap sulit.

Sila isikan (√) kotak yang disediakan.


1. Apakah jenis kelas kontraktor pihak anda:

Kelas A
Kelas B
Kelas C

2. Apakah kategori projek yang pihak anda jalankan:

Bangunan
Menaiktaraf
Penyelenggaraan
Lain-lain: nyatakan____________

3. Adakah pihak anda prihatin terhadap pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh

pembuangan sisa bahan binaan yang tidak terurus?

Ya
Tidak

4. Apakah cara/kaedah pengurusan sisa binaan yang pihak anda jalankan di tapak bina:

Mempunyai sistem pelupusan


Secara pengumpulan sisa binaan
Kitar semula
Penggunaan semula
Secara penjadualan data
Lain-lain; nyatakan___________
5. Apakah kaedah/langkah yang pihak anda jalankan untuk mengurangkan penghasilan sisa

binaan di tapak bina?

Penggunaan sistem IBS


Melaksanakan sistem pengurusan sisa binaan( Waste Management System)
Memiliki tenaga kerja yang mahir
Lain-lain; nyatakan___________

6. Apakah masalah yang dihadapi dalam melaksanakan pengurusan sisa binaan di tapak
bina?

( boleh tanda lebih daripada 1 jawapan)

Kekurangan masa
Kos yang tinggi
Tiada pekerja yang mahir
Merumitkan dan melecehkan
Ruang kerja yang terhad
Kekurangan tempat simpanan sisa binaan
Pengetahuan yang kurang
Lain-lain; nyatakan___________

7. Adakah pihak anda mengetahui mengenai konsep 3R (Reuse, Reduce, Recycle) dalam

pengurusan sisa binaan di tapak bina:

Ya
Tidak

8. Adakah pihak anda melaksanakan konsep 3R dalam pengurusan sisa binaan di tapak

bina:

Ya
Tidak

(Jika tidak, terus kepada soalan 13)


9. Apakah sisa bahan binaan yang mengunakan konsep kitar semula (Recycle) yang anda
laksanakan di tapak bina?

(boleh tanda lebih dari 1 jawapan)

Kayu
Bahan-bahan kemasan
Batu bata
Kaca
plastik
Pasir
Besi

10. Apakah sisa bahan binaan yang mengunakan konsep guna semula (Reuse) yang anda

laksanakan di tapak bina?

Kayu
Bahan-bahan kemasan
Batu bata
Kaca
plastik
Pasir
Besi

11. Apakah sisa bahan binaan yang mengunakan konsep pengurangan (Reduce) yang anda

laksanakan di tapak bina?

Kayu
Bahan-bahan kemasan
Batu bata
Kaca
plastik
Pasir
Besi
12. Adakah perlaksanaan konsep 3R yang dijalankan berkesan dalam pengurusan sisa

binaan di tapak bina anda?

Ya
Tidak

13. Apakah halangan pihak anda tidak melaksanakan pengurusan sisa binaan menggunakan
konsep “3R”?

( boleh tanda lebih daripada 1 jawapan)

Kos yang tinggi

Rumit dan melecehkan

Tiada pengetahuan/berpengalaman

Tidak tahu prosedur

Masa yang terhad

Melaksanakan sistem pengurusan yang lain

Lain-lain; nyatakan___________
1. Soalan ini adalah untuk mengenalpasti apakah bahan binaan yang paling tinggi
menghasilkan sisa binaan di tapak bina anda. Sila tandakan ( / ) pada skala yang
sesuai bagi menunjukkan tahap penghasilan sisa bahan binaan. Skala 1 menandakan
’penghasilan sangat rendah’ manakala skala 5 menunjukkan ’penghasilan sangat
tinggi’

NO JENIS BAHAN 1 2 3 4 5
1 Besi
2 Kayu
3 Batu Bata
4 Plastik
5 Bahan Kemasan
6 Kaca
7 Pasir

2. Soalan ini adalah untuk mengenalpasti faktor yang paling tinggi mempengaruhi
penghasilan sisa binaan di tapak bina anda. Sila tandakan ( / ) pada skala yang sesuai
bagi menunjukkan tahap penghasilan bagi setiap faktor. Skala 1 menandakan ’paling
rendah’ manakala skala 5 menunjukkan ’paling tinggi’

NO FAKTOR YANG MEMPENGARUHI 1 2 3 4 5


1 Kaedah pembinaan
2 Penggunaan Jenis Bahan Binaan
3 Sikap Pihak Pengurusan Dan Pekerja Binaan
4 Pengurusan Kontrak Kerja
3. Soalan ini adalah untuk mengenalpasti Peringkat manakah dalam sektor pembinaan
yang paling tinggi menghasilkan sisa bahan binaan di tapak bina anda. Sila tandakan
( / ) pada skala yang sesuai bagi menunjukkan tahap penghasilan sisa binaan. Skala 1
menandakan ’ paling rendah’ manakala skala 5 menunjukkan ’paling tinggi’

NO PERINGKAT 1 2 3 4 5
1 Aktiviti pembinaan
2 Aktiviti perobohan struktur
3 Aktiviti pembaharuan dan pembaikan struktur

4. Soalan ini adalah untuk mengenalpasti konsep manakah yang paling kerap pihak
anda melaksanakan pengurusan sisa binaan menggunakan konsep 3R di tapak bina
anda. Sila tandakan ( / ) pada skala yang sesuai bagi menunjukkan tahap kekerapan
menggunakan setiap kaedah. Skala 1 menandakan ’sangat kurang digunakan’
manakala skala 5 menunjukkan ’sangat kerap digunakan’

NO KONSEP YANG DIGUNAKAN 1 2 3 4 5


1 Kitar Semula ( Recycle)
2 Guna Semula (Reuse)
3 Pengurangan ( Reduce)
5. Soalan ini adalah untuk mengenalpasti kepentingan konsep 3R yang dilaksanakan

dalam pengurusan sisa binaan di tapak bina anda. Sila tandakan ( / ) pada skala yang

sesuai bagi menunjukkan tahap kepentingan konsep 3R. Skala 1 menandakan ’sangat

kurang penting ’ manakala skala 5 menunjukkan ’sangat penting’

NO KEPENTINGAN 1 2 3 4 5
1 Ruang hidup terpelihara
2 Dapat menjimatkan kos
3 Pencemaran dapat dikurangkan
4 Memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan
5 Menjimatkan penggunaan bahan binaan

SOALAN TAMAT

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Penyelidik amat berbesar hati
sekiranya tuan dapat memberikan maklumat tambahan seperti yang dipinta
pada soalan-soalan tertentu dalam borang soal selidik ini.
Tahap penghasilan sisa binaan bagi kontraktor kelas A.

Jenis bahan Kekerapan Purata Tahap


binaan indeks penghasilan
1 2 3 4 5
Besi 1 6 2 1 0 2.30 sederhana

kayu 1 3 1 5 0 3.00 tinggi

Batu bata 0 0 5 5 0 3.50 Paling tinggi

plastik 7 2 1 0 0 1.40 Paling rendah

Bahan 3 4 3 0 0 2.00 rendah


kemasan
Kaca 5 3 2 0 0 1.70 Paling rendah

pasir 4 2 4 0 0 2.00 rendah


Faktor yang Kekerapan Purata Tahap
mempengaruhi indeks mempengaruhi
1 2 3 4 5
Kaedah 0 2 4 4 0 3.20 tinggi
pembinaan
Penggunaan 0 2 7 1 0 2.90 sederhana
jenis bahan
binaan
Sikap 0 1 4 3 2 3.60 Paling tinggi
pengurusan
dan pekerja
binaan
Pengurusan 4 2 4 0 0 2.00 Paling rendah
kontrak kerja

Peringkat Kekerapan Purata indeks Tahap


dalam sektor kekerapan
1 2 3 4 5
pembinaan
Aktiviti 0 1 3 4 2 3.70 tinggi
pembinaan
Aktiviti 0 0 2 6 2 4.00 Paling tinggi
perobohan
struktur
Aktiviti 1 3 3 3 0 3.00 Paling rendah
pembaharuan
Bagi pengiraan indeks, min skor tertinggi dan min skor terendah akan ditentukan
terlebih dahulu. Berdasarkan soalan di atas, nilai-nilai min adalah seperti berikut :-

Min Tertinggi : 4.00


Min Terendah : 1.40

Oleh itu, min perbezaan skor = (4.00 – 1.40) / 5


= 0.52

a) Bahagian Indeks I
= 1.40 + 0.52
= 1.92
(1.40 – 1.92 : Julat indeks bagi ’Paling rendah’)

b) Bahagian Indeks II
= 1.92 + 0.52
= 2.44
(>1.92 – 2.44 : Julat indeks bagi ’rendah’)

c) Bahagian Indeks III


= 2.44 + 0.52
= 2.96
(>2.44 – 2.96 : Julat indeks bagi ’Sederhana’)

d) Bahagian Indeks IV
= 2.96 + 0.52
= 3.48
(>2.96 – 3.48 : Julat indeks bagi ’tinggi’)

e) Bahagian indeks V
= 3.48 + 0.52
= 4.00
(>3.48 – 4.00 : Julat indeks bagi ’Sangat tinggi)

Skala Tahap Penghasilan Indeks


1 Paling rendah 1.40 – 1.92
2 Rendah >1.92 – 2.44
3 Sederhana >2.44 – 2.96
4 Tinggi >2.96 – 3.48
5 Paling tinggi >3.48 – 4.00
Tahap Penghasilan Sisa Binaan Bagi Kontraktor Kelas B

Jenis bahan Kekerapan Purata Tahap


binaan indeks penghasilan
1 2 3 4 5
Besi 2 6 1 1 0 2.10 Rendah

kayu 1 3 4 1 0 2.30 Rendah

Batu bata 1 0 3 4 2 3.60 Paling tinggi

plastik 5 2 2 0 1 2.00 Paling rendah

Bahan 3 6 0 1 0 1.90 Paling rendah


kemasan
Kaca 6 3 0 1 0 1.60 Paling rendah

pasir 3 5 2 0 0 1.90 Paling rendah


Factor yang Kekerapan Purata indeks Tahap
mempengaruhi mempengaruhi
1 2 3 4 5
Kaedah 0 1 1 5 3 4.00 Paling tinggi
pembinaan
Penggunaan 1 5 3 1 0 2.40 Paling rendah
jenis bahan
binaan
Sikap 0 0 4 1 5 4.10 Paling tinggi
pengurusan
dan pekerja
binaan
Pengurusan 2 3 2 2 1 2.70 Paling rendah
kontrak kerja

Peringkat Kekerapan Purata indeks Tahap kekerapan


dalam sektor
1 2 3 4 5
pembinaan
Aktiviti 0 2 2 2 4 3.80 Sederhana
pembinaan
Aktiviti 0 1 1 3 5 4.20 Paling tinggi
perobohan
struktur
Aktiviti 0 3 2 2 3 3.50 Paling rendah
pembaharuan
Bagi pengiraan indeks, min skor tertinggi dan min skor terendah akan ditentukan
terlebih dahulu. Berdasarkan soalan di atas, nilai-nilai min adalah seperti berikut :-

Min Tertinggi : 4.20


Min Terendah : 1.60

Oleh itu, min perbezaan skor = (4.20 – 1.60) / 5


= 0.52

f) Bahagian Indeks I
= 1.60 + 0.52
= 2.12
(1.60 – 2.12 : Julat indeks bagi ’Paling rendah’)

g) Bahagian Indeks II
= 2.12 + 0.52
= 2.64
(>2.12 – 2.64 : Julat indeks bagi ’rendah’)

h) Bahagian Indeks III


= 2.64 + 0.52
= 3.16
(>2.64 – 3.16 : Julat indeks bagi ’Sederhana’)

i) Bahagian Indeks IV
= 3.16 + 0.52
= 3.68
(>3.16 – 3.68 : Julat indeks bagi ’tinggi’)

j) Bahagian indeks V
= 3.68 + 0.52
= 4.20
(>3.68 – 4.20 : Julat indeks bagi ’Sangat tinggi)

Skala Tahap Penghasilan Indeks


1 Paling rendah 1.60 – 2.12
2 Rendah >2.12 – 2.64
3 Sederhana >2.64 – 3.16
4 Tinggi >3.16 – 3.68
5 Paling tinggi >3.68 – 4.20
Tahap penghasilan sisa binaan bagi kontraktor kelas C

Jenis bahan Kekerapan Purata Tahap


binaan indeks penghasilan
1 2 3 4 5
Besi 4 4 1 1 0 1.90 Paling rendah

kayu 0 2 5 3 0 3.10 Paling tinggi

Batu bata 1 2 4 1 2 3.10 Paling tinggi

plastik 3 4 1 2 0 2.20 Rendah

Bahan 1 5 1 3 0 2.60 Tinggi


kemasan
Kaca 4 5 0 1 0 1.80 Paling rendah

pasir 4 3 3 0 0 1.90 Paling rendah


Factor yang Kekerapan Purata indeks Tahap
mempengaruhi mempengaruhi
1 2 3 4 5
Kaedah 0 0 3 4 3 4.00 Paling tinggi
pembinaan
Penggunaan 1 0 3 3 3 3.70 Tinggi
jenis bahan
binaan
Sikap 0 1 2 2 5 4.10 Paling tinggi
pengurusan
dan pekerja
binaan
Pengurusan 2 2 3 2 1 2.80 Paling rendah
kontrak kerja

Peringkat Kekerapan Purata indeks Tahap


dalam sektor kekerapan
1 2 3 4 5
pembinaan
Aktiviti 0 1 5 2 2 3.50 Sederhana
pembinaan
Aktiviti 0 0 0 2 8 4.80 Paling tinggi
perobohan
struktur
Aktiviti 1 5 2 2 0 2.50 Paling rendah
pembaharuan
Bagi pengiraan indeks, min skor tertinggi dan min skor terendah akan ditentukan
terlebih dahulu. Berdasarkan soalan di atas, nilai-nilai min adalah seperti berikut :-

Min Tertinggi : 4.80


Min Terendah : 1.80

Oleh itu, min perbezaan skor = (4.80 – 1.80) / 5


= 0.60
a) Bahagian Indeks I
= 1.80 + 0.60
= 2.40
(1.80 – 2.40 : Julat indeks bagi ’Paling rendah’)

b) Bahagian Indeks II
= 2.40 + 0.60
= 3.00
(>2.40 – 3.00 : Julat indeks bagi ’rendah’)

c) Bahagian Indeks III


= 3.00 + 0.60
= 3.60
(>3.00 – 3.60 : Julat indeks bagi ’Sederhana’)

d) Bahagian Indeks IV
= 3.60 + 0.60
= 4.20
(>3.60 –4.20 : Julat indeks bagi ’tinggi’)

e) Bahagian indeks V
= 4.20 + 0.60
= 4.80
(>4.20 – 4.80 : Julat indeks bagi ’Sangat tinggi)

Skala Tahap Penghasilan Indeks


1 Paling rendah 1.80 – 2.40
2 Rendah >2.40 – 3.00
3 Sederhana >3.00 – 3.60
4 Tinggi >3.60 – 4.20
5 Paling tinggi >4.20 – 4.80
Tahap Perlaksanaan Konsep 3R Bagi Keseluruhan Kontraktor

Kelas A

Konsep yang Kekerapan Purata Tahap kekerapan


digunakan indeks
1 2 3 4 5
Kitar semula 0 1 2 1 0 3.00 Kurang kerap
(recycle)
Guna semula 0 0 0 2 2 4.50 Sangat kerap
(reuse)
Pengurangan 1 2 1 0 0 2.00 Sangat kurang
(reduce) kerap

Kelas B

Konsep yang Kekerapan Purata Tahap kekerapan


digunakan indeks
1 2 3 4 5
Kitar semula 0 1 1 1 0 3.00 Kurang kerap
(recycle)
Guna semula 0 0 2 1 0 3.33 sederhana
(reuse)
Pengurangan 1 1 0 1 0 2.33 Sangat kurang
(reduce)
Kelas C

Konsep yang Kekerapan Purata Tahap kekerapan


digunakan indeks
1 2 3 4 5
Kitar semula 1 0 0 2 1 3.50 sederhana
(recycle)
Guna semula 0 0 1 2 1 4.00 Kerap
(reuse)
Pengurangan 0 1 2 1 0 3.00 Kurang kerap
(reduce)

Keseluruhan

Konsep yang Kekerapan Purata indeks Tahap kekerapan


digunakan
1 2 3 4 5
Kitar semula 1 2 3 4 1 3.18 sederhana
(recycle)
Guna semula 0 0 5 5 1 3.63 Kerap
(reuse)
Pengurangan 2 4 3 2 0 2.45 Sangat kurang
(reduce)
Untuk Objektif Yang Kedua

Soalan 4
Bagi pengiraan indeks, min skor tertinggi dan min skor terendah akan ditentukan
terlebih dahulu. Berdasarkan soalan di atas, nilai-nilai min adalah seperti berikut :-

Min Tertinggi : 4.50


Min Terendah : 2.00

Oleh itu, min perbezaan skor = (4.50 – 2.00) / 5


= 0.50

a) Bahagian Indeks I
= 2.00 + 0.50
= 2.50
(2.00 – 2.50 : Julat indeks bagi ’sangat kurang’)

b) Bahagian Indeks II
= 2.50 + 0.50
= 3.00
(>2.50 – 3.00 : Julat indeks bagi ’kurang’)

c) Bahagian Indeks III


= 3.00 + 0.50
= 3.50
(>3.00 – 3.50 : Julat indeks bagi ’Sederhana’)

d) Bahagian Indeks IV
= 3.50 + 0.50
= 4.00
(>3.50 – 4.00 : Julat indeks bagi ’kerap’)
e) Bahagian indeks V
= 4.00 + 0.50
= 4.50
(>4.00 – 4.50 : Julat indeks bagi ’Sangat kerap)

Jadual indeks tahap penghasilan sisa binaan di tapak bina

Skala Tahap Kepuasan Indeks


1 Sangat kurang 2.00 – 2.50
2 Kurang >2.50 – 3.00
3 Sederhana >3.00 – 3.50
4 Kerap >3.50 – 4.00
5 Sangat kerap >4.00 – 4.50
Tahap kepentingan konsep 3R bagi keseluruhan kontraktor

Kelas A

kepentingan Kekerapan Purata Tahap


indeks kepentingan
1 2 3 4 5
Ruang hidup 0 1 0 1 2 4.00 Kurang penting
terpelihara
Dapat 1 0 0 2 1 3.50 Sangat kurang
menjimatkan penting
kos
Pencemaran 0 0 1 3 0 3.75 Sangat kurang
dapat penting
dikurangkan
Memanjangk 0 0 1 1 2 4.25 sederhana
an jangka
hayat tapak
pelupusan
Menjimatkan 0 0 1 1 2 4.25 sederhana
penggunaan
bahan binaan
Kelas B

kepentingan Kekerapan Purata Tahap kepentingan


indeks
1 2 3 4 5
Ruang hidup 0 0 1 2 0 3.66 Sangat kurang
terpelihara penting
Dapat 0 0 0 2 1 4.33 Penting
menjimatkan
kos
Pencemaran 0 0 0 2 1 4.33 Penting
dapat
dikurangkan
Memanjangk 0 0 0 1 2 4.66 Sangat penting
an jangka
hayat tapak
pelupusan
Menjimatkan 0 0 1 1 1 4.00 Kurang penting
penggunaan
bahan binaan
Kelas C

kepentingan Kekerapan Purata Tahap


indeks kepentingan
1 2 3 4 5
Ruang hidup 0 0 1 1 2 4.25 Sederhana
terpelihara
Dapat 0 0 0 2 2 4.25 Sederhana
menjimatkan
kos
Pencemaran 0 0 2 1 1 3.75 Sangat kurang
dapat penting
dikurangkan
Memanjangk 0 0 0 1 3 4.75 Paling penting
an jangka
hayat tapak
pelupusan
Menjimatkan 0 0 1 1 2 4.25 Sederhana
penggunaan
bahan binaan
Keseluruhan

kepentingan Kekerapan Purata Tahap


indeks kepentingan
1 2 3 4 5
Ruang hidup 0 1 2 4 4 4.00 Kurang penting
terpelihara
Dapat 1 0 0 6 4 4.09 sederhana
menjimatkan
kos
Pencemaran 0 0 3 6 2 3.91 Kurang penting
dapat
dikurangkan
Memanjangk 0 0 1 3 7 4.54 Sangat penting
an jangka
hayat tapak
pelupusan
Menjimatkan 0 0 3 3 5 4.18 penting
penggunaan
bahan binaan
Soalan 5
Bagi pengiraan indeks, min skor tertinggi dan min skor terendah akan ditentukan
terlebih dahulu. Berdasarkan soalan di atas, nilai-nilai min adalah seperti berikut :-

Min Tertinggi : 4.75


Min Terendah : 3.50

Oleh itu, min perbezaan skor = (4.75 – 3.50) / 5


= 0.25

f) Bahagian Indeks I
= 3.50 + 0.25
= 3.75
(3.50 – 3.75 : Julat indeks bagi ’sangat kurang’)

g) Bahagian Indeks II
= 3.75 + 0.25
= 4.00
(>3.75 – 4.00 : Julat indeks bagi ’kurang’)

h) Bahagian Indeks III


= 4.00 + 0.25
= 4.25
(>4.00 – 4.25 : Julat indeks bagi ’Sederhana’)

i) Bahagian Indeks IV
= 4.25 + 0.25
= 4.50
(>4.25 – 4.50 : Julat indeks bagi ’kerap’)
j) Bahagian indeks V
= 4.50 + 0.25
= 4.75
(>4.50 – 4.75 : Julat indeks bagi ’Sangat kerap)

Jadual indeks tahap penghasilan sisa binaan di tapak bina

Skala Tahap Kepuasan Indeks


1 Sangat kurang penting 3.50 – 3.75
2 Kurang penting >3.75 – 4.00
3 Sederhana >4.00 – 4.25
4 penting >4.25 – 4.50
5 Sangat penting >4.50 – 4.75

You might also like