You are on page 1of 171

PERLAKSAAN KAEDAH PENCEGAHAN HAKISAN TEBING SUNGAI

NURERLINA BINTI RAMLEE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PSZ 19:16 (Pind. 1/07)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK

Nama penuh penulis : NURERLINA BINTI RAMLEE


Tarikh lahir : 30 DISEMBER 1992
Judul : PERLAKSANAAN KAEDAH PENCEGAHAN HAKISAN
TEBING SUNGAI
Sesi Akademik : 2016/2017

Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai;

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan


atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)*

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah


ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan)*

TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa tesis saya akan diterbitkan


sebagai akses terbuka atas talian (teks penuh)

Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia berhak seperti berikut;

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

Disahkan oleh,

________________________________________ ________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

(921230-12-5172) (SR. DR. MOHD SAIDIN BIN MISNAN)

Tarikh: Tarikh:

CATATAN: * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab
dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains (Pembinaan)”

Tandatangan :

Nama Penyelia : SR. DR. MOHD SAIDIN BIN MISNAN

Tarikh :

Tandatangan :

Nama Pembaca Kedua: PROF. DR. ROSLAN BIN AMIRUDIN

Tarikh :
PERLAKSANAAN PENCEGAHAN HAKISAN SUNGAI

NURERLINA BINTI RAMLEE

Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)

Fakulti Alam Bina

Universiti Teknologi Malaysia

MAY 2017
ii

PENGAKUAN

Saya akui tesis yang bertajuk “Perlaksanaan Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing
Sungai” ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama : _________________________________
NURERLINA BINTI RAMLEE

Tarikh :
iii

DEDIKASI

Ya Allah,

Kupanjatkan kesyukuran atas rahmat dan nikmatMu,

“Sesungguhnya, selepas kesusahan ada kesenangan” [Quran 94:5]

Ibu dan ayah,

Salam kasih dan sayang, Kerana sentiasa ada.

Terima kasih atas doa dan restu.

Kepada Anis, Ameer dan Hakim,

Ku harapkan agar ada sesuatu yang kalian lakukan dalam hidup ini,

Bermakna di dunia dan di Akhirat

Sahabat,

Terima kasih kerana menjadi sahabat yang terbaik

M.T.M

Terima kasih kerana sabar menunggu.

Faith is:

“Patience during difficulty and thankfulness during prosperity”


iv

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, Syukur kehadrat Ilahi, Tuhan Sekelian Alam. Yang Maha Memberi
Nikmat, Kemudahan dan Keberkatan. Dengan limpahan rahmatNya, masa, nyawa
dan tenaga yang dianugerahkan, dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini
dengan jayanya.

Pertamanya, penghargaan ini didedikasikan khas kepada Sr. Dr. Mohd Saidin Bin
Misnan yang telah membantu, menyelia dan memberikan tunjuk ajar sehingga
membuka ruang kepada saya untuk menyiapkan kajian ini dengan sukses.

Terima kasih juga kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran yang telah banyak
membantu dan sudi meluangkan masa serta kerjasama kalian. Pengalaman dan
maklumat yang telah diberikan dan dikongsi telah membantu merealisasikan kajian
ini.

Tidak lupa, terima kasih dan saying kepada ayahanda, bonda, keluarga serta rakan-
rakan atas doa dan sentiasa ada di saat jatuh dan bangun. Hanya Allah s.w.t yang
mampu membalasnya.

Akhirnya, kepada rakan seperjuangan.


Finally! Alhamdullilah.
v

ABSTRAK

Sungai merupakan salah satu sumber yang penting dalam kehidupan manusia
dan memberi manfaat dalam kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, hakisan tebing
sungai yang berlaku akan memberi kesan terhadap kemusnahan ekosistem dan juga
sistem sungai itu sendiri. Hakisan tebing sungai biasanya disebabkan oleh hakisan kaki
tebing dan juga disebabkan oleh pembinaan tembok hakisan yang tidak sesuai. Oleh
itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kaedah pencegahan hakisan tebing sungai
yang dilaksanakan berdasarkan faktor-faktor pemilihan dan perlaksanaan serta kos
yang terlibat bagi kaedah pencegahan hakisan. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian
dijalankan berdasarkan kajian kes ke atas lima buah projek yang melaksanakan kaedah
hakisan tebing sungai di Johor Darul Takzim. Pengumpulan data telah dibuat dengan
menjalankan temu bual semi struktur dan analisis dokumen. Temu bual dijalankan
terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan kaedah hakisan tebing
sungai. Hasil kajian yang dijalankan berjaya mengenal pasti faktor-faktor pemilihan
dan iaitu kos pembinaan, reka bentuk, kaedah pembinaan dan faktor keadaan dan
lokasi tapak. Manakala, kos yang terlibat bagi pembinaan kaedah pencegahan hakisan
adalah bergantung kepada kos pembinaan, kos kerja awalan, kos kerja pembersihan
dan kos kerja pembinaan yang diperuntukkan dan munasabah dengan kaedah yang
digunakan. Dapatan daripada hasil kajian ini agar dapat membantu pihak kontraktor-
kontrakor dalam sektor pembinaan mengadaptasikan kaedah pencegahan hakisan
tebing sungai yang paling efektif bagi kawasan yang mengalami hakisan sungai.
vi

ABSTRACT

River is one of the important source for mankind and give benefits to their daily
life. However, riverbank erosion would give the impact to the ecosystem and the river
system itself. Riverbank erosion usually occur at toe bank and also because of
inappropriate method of construction. Therefore, this study was carried out in order to
identify the river bank protection method implemented by factors of selection and
implementations as well as the costs involved for erosion prevention methods. In order
to achieve the objectives, this study carried out by going through five case studies that
implement the river bank protection method around Johor Darul Tazim. Data
collection was collected using semi-structure interview and document analysis
method. The interview was conducted with a person who are responsible and expert
regarding the implementation of riverbank protection method. Finding shows that the
factors of selection and implementations of river bank protection are construction cost,
design factors, construction method and factors of location and site conditions.
Whereas, the cost involved for the erosion protection depends on the construction cost,
preliminaries, and cost of site clearance. To be specific, construction cost rest on to the
budget provided and it must be reasonable with the riverbank protection method used.
This study will help the contractor to identify and implement the most effective
riverbank protection method which are suitable to the construction of site.

.
vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA


SURAT

AKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI JADUAL xv

SENARAI RINGKASAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 2
1.3 Persoalan Kajian 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Skop Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Metodologi Kajian 7
viii

1.8 Organisasi Bab 8

BAB 2 PERLAKSANAAN KAEDAH PENCEGAHAN


HAKISAN TEBING SUNGAI
2.1 Pengenalan 10
2.2 Definisi 11
2.2.1 Sungai 11
2.2.2 Hakisan 12

2.3 Jenis-jenis Hakisan 12


2.3.1 Jenis-jenis Hakisan Permukaan 12
2.3.2 Jenis-jenis Hakisan Sungai 15

2.4 Faktor-faktor Hakisan Sungai 17


2.4.1 Isipadu dan Halaju Air 17
2.4.2 Kecerunan 18
2.4.3 Jenis Batuan 18
2.4.4 Bentuk Alur 18
2.4.5 Bahan Muatan 19
2.4.6 Hujan Lebat 19
2.4.7 Tindakan Manusia 20

2.5 Cara Berlaku Hakisan Sungai 20


2.5.1 Tindakan Hidraul 21
2.5.2 Geseran 21
2.5.3 Lagaan 22
2.5.4 Larutan 22

2.6 Mekanisme Hakisan Tebing Sungai 23


2.6.1 Pergerakkan Tebing 23
ix

2.6.2 Kegagalan Jisim 23

2.7 Kesan Hakisan Sungai 24


2.7.1 Banjir 24
2.7.2 Alam Sekitar 25
2.7.3 Ekonomi 25
2.7.4 Perubahan Bentuk Rupa Bumi 26

2.8 Kaedah Pencegahan Hakisan 27


2.8.1 Cerucuk Keping Keluli 27
2.8.2 Cerucuk Keping Konkrit Pratuang 28
2.8.3 ‘Green Terrawall Sistem’ 30
2.8.4 Sangkar Tilam 31
2.8.5 Batu Sangkar 33
2.8.6 Reno Mattress 34
2.8.7 Dinding Batu 35

2.9 Perlaksanaan Kaedah Pencegahan Hakisan 37


Tebing Sungai Berdasarkan Faktor Pemilihan Dan
Perlaksanaan
37
2.9.1 Faktor Kos Pembinaan
38
2.9.2 Faktor Reka Bentuk
40
2.9.3 Faktor Ciri-ciri Tanah
41
2.9.4 Faktor Kaedah Pembinaan
42
2.9.5 Faktor Keadaan dan Lokasi Tapak
2.10 Kos yang Terlibat Bagi Kaedah Pencegahan 43
Hakisan Sungai
2.10.1 Kerja-Kerja Awalan 43
2.10.2 Penyediaan Tapak 48
2.10.3 Kerja-Kerja Tanah 49
50
x

2.10.4 Kerja pembinaan Tembok Kawalan


Hakisan
2.11 Rumusan Bab 55

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 57


3.1 Pengenalan 57
3.2 Reka Bentuk Kajian 59
3.2.1 Kajian Kes 59
3.3 Perancangan Kaedah Kajian 60
3.3.1Peringkat Pertama 61
3.3.2 Peringkat Kedua 62
3.3.3 Peringkat Ketiga 63
3.3.4 Peringkat Keempat 64
3.4 Instrumen Kajian 64
3.4.1 Temu Bual Semi Struktur 65
3.4.2 Analisis dokumen 66
3.5 Kaedah Analisis Data 67
3.5.1 Analisis kandungan 67
3.6 Rumusan Bab 72

BAB 4 ANALISIS KAJIAN 73


4.1 Pengenalan 73
4.2 Latar Belakang Projek 74
4.3 Projek A: Cadangan Membina dan Menyiapkan 76
sebuah 'Tidal Gate' dan 'Pumping Station' serta Kerja-
Kerja Berkaitan di Sg. Kemang, Kota Tinggi, Johor
Darul Tazim
4.3.1 Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing 76
Sungai Berdasarkan Faktor Pemilihan Dan
Perlaksanaan
xi

4.3.2 Kos yang terlibat 82


4.4 Projek B: Kerja-kerja Membina Tembok Kawalan 86
Hakisan dan Kerja-kerja Berkaitan di Sungai Skudai,
Kampung Separa, Kulai, Johor
4.4.1 Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing 87
Sungai Berdasarkan Faktor Pemilihan Dan
Perlaksanaan
4.4.2 Kos yang terlibat 91
4.5 Projek C: Rancangan Tebatan Banjir Lembangan 93
Sungai Tiram, Johor Bahru, Johor Serta Kerja-Kerja
Berkaitan
4.5.1 Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing 94
Sungai Berdasarkan Faktor Pemilihan Dan
Perlaksanaan
4.5.2 Kos yang terlibat 98
Projek D: Program Pemuliharaan Sungai untuk 100
Mengurangkan Risiko Banjir di anak Sungai Skudai,
Johor Bahru, Johor (Kerja-Kerja Penstabilan Tebing dan
Pengorekan Sungai)
4.6.1 Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing 101
Sungai Berdasarkan Faktor Pemilihan Dan
Perlaksanaan
4.7 Projek E: Program Pemuliharaan Sungai untuk 105
Mengurangkan Risiko Banjir di Sungai Plentong
(Kampung Plentong Baru), Johor Bahru, Johor
4.7.1 Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing 108
Sungai Berdasarkan Faktor Pemilihan Dan
Perlaksanaan
4.7.2 Kos yang terlibat 112
4.8 Analisis Keseluruhan Kajian 115
xii

4.8.1: Kaedah Yang Dilaksanakan Berdasarkan 115


Faktor-Faktor Pemilihan Dan Perlaksanaan
Untuk Pencegahan Hakisan Tebing Sungai.
4.8.2 Kos Yang Terlibat Dalam Pencegahan 118
Hakisan Tebing Sungai
4.9 Rumusan Bab 118

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 119


5.1 Pengenalan 119
5.2 Kesimpulan 120
5.2.1 Kaedah Yang Dilaksanakan Berdasarkan 120
Faktor-Faktor Pemilihan Dan Perlaksanaan
Untuk Pencegahan Hakisan Tebing Sungai.
5.2.3 Kos Yang Terlibat Dalam Pencegahan 123
Hakisan Tebing Sungai
5.2.3 Kos per Meter Berdasarkan Perlaksanaan 127
Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai.
5.3 Batasan Kajian 129
5.4 Kajian Lanjutan 129
RUJUKAN 131
Lampiran 140
xiii

SENARAI RAJAH

No. Rajah TAJUK MUKA


SURAT
2.1 Cerucuk Keping Keluli 27
2.2 Cerucuk Keping Konkrit Pratuang 29
2.3 ‘Green Terrawall Sistem’ 31
2.4 Sangkar Tilam (Gabion Mattress) 33
2.5 Batu Sangkar (Gabion Wall) 34
2.6 Reno Mattress 35
2.7 Dinding Batu 36
3.1 Carta Alir Metadologi Kajian 58
xiv

SENARAI JADUAL

No. Jadual TAJUK MUKA


SURAT
2.1 Spesifikasi Sangkar tilam dan Reno Matress 32
2.2 Had liabiliti insurans berdasarkan harga kontrak 45
3.1 Contoh perkumpulan kod objektif 70
3.2 Contoh jadual dokumen analisis 71
4.1 Latar Belakang Projek 74
4.2 Butiran terperinci Projek A 76
4.3 Kos pembinaan Projek A 82
4.4 Butiran Projek B 86
4.5 Kos yang terlibat Projek B 91
4.6 Butiran Terperinci Projek C 93
4.7 Kos yang terlibat Projek C 98
4.8 Butiran terperinci Projek D 101
4.9 Kos yang terlibat bagi Projek D 105
4.10 Butiran terperinci Projek E 108
4.11 Kos yang terlibat Projek E 112
4.12 Ringkasan Faktor pemilihan dan perlaksaan dalam kaedah 116
pencegahan
4.13 Ringkasan Kos yang Terlibat dalam Projek 117
5.1 Ringkasan Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai Yang 121
Dilaksanakan Berdasarkan Faktor-Faktor Pemilihan Dan
Perlaksanaan
5.2 Ringkasan Kos Yang Terlibat Bagi Setiap Kaedah Pencegahan 124
Hakisan Tebing Sungai
xv

SENARAI RINGKASAN

BS - British Standard
CAR Contractor’s All Risk
CIDB - Construction Industry Development Board
CDOT - Colorado Department of Transportation
MYCESSM - Malaysia Civil Engineering Standard Method of
Measurement
CMGD - Certificate of Making Good Defect
CPC - Certificate of Partial Completion
DBKL - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
JTKSM - Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
JKR - Jabatan Kerja Raya
JPS - Jabatan Pengairan dan Saliran
LHDN - Lembaga Hasil Dalam Negeri
SEPA - Scotish Environment Protection Agency
SIRIM - Scientific and Industrial Research Institute of Malaysia
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Peningkatan populasi serta permintaan manusia yang tinggi bagi pembangunan


dan pengunaan tanah telah menyebabkan pelbagai infrastruktur dibina di kawasan
yang belum diterokai. Hal ini sekaligus akan memberi impak yang besar terhadap
alam sekitar dan terjadinya hakisan tanah, pencemaran sungai dan cerun yang tidak
stabil. Kesan daripada hakisan tanah dan pencemaran sungai akan menyebabkan
manusia hilang salah satu sumber utamanya hal ini kerana sungai merupakan sumber
bekalan air yang utama kepada manusia dan haiwan. Manusia menggunakan air
dengan pelbagai tujuan seperti air minuman dan kegunaan domestik
2

Selain itu, sungai juga memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan


dan perhubungan dan bertanggungjawab terhadap semua aktiviti permukaan bumi.
Sungai adalah mana-mana yang mengalir masuk ke dalam saluran di antara tebing.
Lazimnya sungai akan mengalir dari atas iaitu, bermula di bahagian hulu ke bawah
atau bahagian hilir.

Pembentukan keadaan rupa bumi adalah bergantung pada agen yang selalu
bertindak mengikut kitaran. Agen angin, galseir dan air adalah merupakan agen utama
yang sentiasa mengubah bentuk muka bumi ini. Hakisan juga boleh difahami sebagai
pemusnahan muka bumi yang disebabkan oleh agen air yang boleh diklasifikasikan
sebagai hakisan air. Oleh itu, bagi mengelakkan hakisan tebing sungai daripada
berlaku, pelbagai kaedah boleh dipraktikan demi memastikan hakisan tebing sungai
dapat dielakkan dan dapat melindungi ekosistem daripada tercemar.

1.2 Penyataaan Masalah

Hakisan sungai merupakan salah satu daripada bencana alam yang tidak dapat
dijangkakan daripada berlaku dan boleh berlaku secara semulajadi atau kesan daripada
tindakan manusia. Menurut Strahler (1978), ia berlaku apabila aliran alir di dalam alur
digerakkan oleh daya daya graviti dan daya ini menghasilkan tekanan ke atas tebing
sungai tersebut lalu terhakis. Punca utama runtuhan tebing biasanya disebabkan oleh
hakisan pada bawah tebing atau dasar sungai akibat arus sungai yang deras dan
bergelora.

Mengikut Garis Panduan Pembangunan Melibatkan Sungai dan Rezab Sungai


oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, punca utama masalah hakisan tebing
sungai adalah disebabkan hakisan di bahagian kaki tebing yang menjejaskan
kestabilan tebing sungai, kadar aliran yang tinggi di sungai dan menyebabkan
3

pemindahan tanah dari tebing sungai serta limpahan air sungai ke ban atau dataran
banjir semasa kadar aliran tinggi.

Hakisan sungai juga melibatkan tanah yang terdapat di sepanjang tebing sungai
dan dasar sungai yang akan membawa kepada pengumpulan sedimen seterusnya
meningkatkan masalah pencemaran (Roslan et al., 2012). Masalah hakisan tebing ini
akan menjadi serius pada bahagian tebing sungai yang semula jadi dan tidak dilindungi
oleh sebarang kerja perlindungan. Menurut Toriman et al., (2007), pembinaan struktur
kawalan sungai adalah salah satu kaedah alternatif yang berkesan bagi mengurangkan
hakisan sungai (Taa Wee dan Ariffin, 2011).

Menurut Jabatan Metreologi Malaysia (2016), laporan dan tinjauan cuaca pada
bulan Januari hingga Februari 2016, kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia
telah menerima jumlah hujan pada paras purata sehingga melebihi paras purata dengan
penambahan peratusan anomali di antara 20% sehingga 60% dan punca hakisan sungai
boleh dikategorikan oleh air hujan yang lebat pada musim tengkujuh (Jabatan
Metreologi Malaysia). Menurut Thyy et al., (2006), wilayah Quang Ngai di tengah
Vietnam adalah terdedah kepada banjir kilat yang disebabkan oleh ketinggian hujan
turun iaitu, 70% (230mm/ tahun) dan menyebabkan aliran halaju air tinggi dan
seterusnya membawa kepada banjir kilat di kawasan-kawasan yang rendah. Selain itu,
Sungai Pahang adalah merupakah salah satu kawasan yang sering menghadapi
masalah banjir dan memberi impak kepada masyarakat dan sungai itu sendiri
antaranya pemendapan sedimen yang tinggi dan sedikit sebanyak memberi perubahan
geomorpologi sungai tersebut (Kamarudin et al., 2015)

Dasar sungai akan mengalami hakisan yang kritikal dan menyebabkan


keruntuhan tanah tebing sungai dan mencetekkan dasar sungai serta menyumbang
berlakunya banjir (Ta Wee & Ariffin, 2011). Bagi menstabilkan tebing sungai yang
bermasalah, pelbagai kaedah telah digunakan untuk memastikan tebing tersebut kekal
stabil. Masalah dalam pemilihan serta perlaksanaan dalam membina tembok tebing
sungai juga perlu dititik beratkan.
4

Faktor pemilihan dan perlaksanaan kaedah pencegahan hakisan yang tidak


bersesuaian akan menyebabkan kegagalan kaedah tersebut untuk mengelakkan
hakisan daripada berlaku. Menurut laporan Razif Rosli (2016), masalah hakisan yang
teruk menyebabkan tebing konkrit runtuh dan tidak dapat menampung aliran air yang
banyak ketika hujan dan menyebabkan air melimpah. Selain itu, tebing konkrit
tersebut runtuh berpunca daripada kelemahan struktur binaan.

Menurut Toriman dan Che’Lah (2007), kerja-kerja pembinaan pencegahan


hakisan sungai yang dilaksanakan akan mengambil kira kawalan hakisan tebing sungai
terutamanya dari aspek pendekatan struktur pembinaan. Menurut Kamarudin et al.,
(2015), pembinaan tembok pengawalan hakisan di tebing sungai dapat mengurangkan
hakisan tebing yang berlaku, namun pembinaan tembok hakisan tanpa kajian yang
menyeluruh akan menyebabkan impak hakisan yang berganda. Justeru itu, faktor
pemilihan pencegahan hakisan yang tepat dapat mengelakkan berlakunya keruntukan
struktur tebing sungai.

Kos bagi membina kaedah pencegahan hakisan juga perlu diambil kira kerana
ianya memainkan peranan yang penting sebelum kerja-kerja pembinaan dapat
dilaksanakan. Menurut Betty Subaryati (2015), lebih RM3 Juta diperlukan bagi kerja-
kerja kerja pembinaan penahan hakisan di kawasan Kampung Keseng, Kota Bharu,
Kelantan. Hal ini kerana masalah hakisan yang kritikal di kawasan berkenaan akan
menyebabkan rumah yang berhampiran sungai akan hanyut dibawa arus dan
mengakibatkan banjir besar di negeri tersebut sekaligus mengancam keselamatan
penduduk. Selain itu, menurut Toriman dan Che’ Lah (2007), di bawah Rancangan
Malaysia Kelapan misalnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membelanjakan
hampir RM 1.5 bilion untuk projek-projek tebatan banjir sambungan manakala RM
4.13 bilion untuk projek-projek baru, termasuk mengawal selia segmen sungai yang
runtuh akibat banjir di seluruh Negara (Jabatan Pengairan dan Saliran, 2004).

Oleh itu, kawalan pencegahan hakisan sungai perlu dititkberatkan bagi


mengurangkan terjadinya hakisan serta kegagalan dalam merancang kaedah kawalan
5

yang efektif akan memberi kesan kepada kerugian harta benda dan mengorbankan
nyawa penduduk tempatan serta kemusnahan rumah yang terdapat di tebing sungai
tersebut.

1.3 Persoalan Kajian

Berdasarkan isu-isu yang telah dinyatakan di dalam sub-topik yang terdahulu,


soalan-soalan kajian berikut wujud dan dinyatakan seperti berikut:

i. Apakah kaedah yang dilaksanakan bagi mengelakkan hakisan sungai berdasarkan


faktor-faktor pemilihan dan perlaksanaan untuk pencegahan hakisan tebing
sungai?

ii. Berapakah kos yang terlibat bagi kaedah pencegah hakisan tebing sungai?

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenal pasti kaedah yang dilaksanakan berdasarkan faktor-faktor pemilihan


dan perlaksanaan untuk pencegahan hakisan tebing sungai.

ii. Mengenal pasti kos yang terlibat bagi kaedah pencegahan hakisan tebing sungai.
6

1.5 Skop Kajian

Skop kajian ini merujuk kepada projek yang melakukan kaedah pencegahan
hakisan tebing sungai di kawasan Johor dengan mendapatkan maklumat daripada
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Kawasan yang cenderung berlaku hakisan adalah
disebabkan oleh faktor-faktor semula jadi atau hasil daripada tindakan manusia yang
mengakibatkan berlaku hakisan sungai.

Selain itu, kajian ini juga memberi tumpuan kepada jenis-jenis kaedah
pencegahan hakisan tebing yang dilaksanakan serta mengenal pasti kos yang terlibat
bagi kaedah yang dipilih. Kemudiannya, kerja-kerja pengumpulan maklumat akan
dijalankan dan akan dianalisis dengan kaedah yang bersesuaian. Setelah itu, keputusan
analisis yang diperolehi akan dibincangkan.

1.6 Kepentingan Kajian

Dapatan daripada hasil kajian ini agar dapat membantu pihak kontraktor-
kontrakor dalam sektor pembinaan mengadaptasikan kaedah pencegahan hakisan
tebing sungai yang paling efektif bagi kawasan yang mengalami hakisan sungai.
Kajian ini juga adalah untuk mengelakkan berlaku pencemaran sungai atau banjir yang
akan mempengaruhi ekosistem, produktiviti serta nyawa penduduk di sekitarnya.
Selain itu, kajian ini juga dapat membantu klien dan kontraktor mengenal pasti kos
yang mungkin terlibat bagi kaedah pencegahan hakisan tebing sungai. Kos tersebut
perlu diambil kira untuk memastikan kos yang terlibat adalah ekonomik seiring dengan
faktor pelaksaanan dan pemilihan. Sehubungan dengan itu, diharap kajian yang
dijalankan ini dapat membantu dalam perlaksanaan pencegahan hakisan tebing sungai.
7

1.7 Metodologi Kajian

Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik dalam mereka bentuk,


mengumpul serta menganalisis data. Data yang dimaksudkan adalah data yang
diperoleh daripada dapatan data primer dan kajian literatur. Data-data ini dikumpulkan
supaya dapat menghasilkan satu analisis yang menyokong objektif kajian. Terdapat
beberapa kaedah dan teknik yang digunakan bagi mencapai objektif kajian.

Kajian literatur diperoleh daripada pembacaan terhadap penulisan buku-buku,


artikel, surat khabar dan lain-lain. Data yang diperlukan adalah berkenaan kaedah
pencegahan hakisan tebing sungai yang dilaksanakan di kawasan yang menghadapi
hakisan tebing sungai serta kos yang terlibat. Manakala data primer didapati melalui
kaedah kualitatif ini ialah melalui temu bual terhadap responden yang dipilih dan
analisis dokumen. Ianya juga merupakan suatu kajian ke atas sesuatu individu atau
sesuatu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan mendalam. Reka bentuk
kajian kualitatif yang dipilih adalah penyelidikan kajian kes yang menekankan kaedah
temu bual dan analisis dokumen.

Temu bual yang dijalankan dirakam dengan pengetahuan responden.


Kemudian temu bual tersebut dijadikan transkrip. Maka, dengan menggunakan
analisis kandungan, data-data yang penting dikeluarkan dan dianalisis dalam analisis
kajian. Manakala data dan maklumat yang diperoleh daripada analisis dokumen pula
perlu dikumpulkan dan dianalisis bagi memperoleh dapatan daripada permasalahan
dan objektif kajian iaitu, mengenal pasti kaedah yang dilaksanakan berdasarkan faktor-
faktor pemilihan dan perlaksanaan bagi pencegahan hakisan tebing sungai serta kos
yang terlibat bagi kaedah penecegahan haksisan tebing sungai tersebut.

Selepas analisis kajian dilakukan, kesimpulan dapat diterbitkan berdasarkan


objektif kajian. Kesimpulan diperoleh dengan menyenaraikan beberapa kaedah yang
8

dilaksanakan mengikut kawasan kajian dan kos yang terlibat dalam kaedah
pencegahan hakisan.

1.8 Organisasi Bab

i. Bab 1 – Pendahuluan

Bab ini membincangkan dan memberi penerangan yang jelas terhadap kajian
yang dijalankan merangkumi penyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian,
skop kajian, metodologi kajian dan kepentingan kajian.

ii. Bab 2 – Kaedah pencegahan hakisan sungai

Bab ini mengandungi kajian literatur mengenai definisi sungai dan hakisan,
faktor-faktor berlakunya hakisan sungai, kaedah pencegahan hakisan tebing sungai,
kesan hakisan sungai serta kos yang terlibat bagi kaedah pencegahan hakisan. Ianya
didapati melalui pembacaan bahan-bahan bertulis seperti buku, jurnal, majalah,
internet, surat khabar dan sebagainya. Pendedahan mengenai kaedah pencegahan
hakisan sungai daripada sumber-sumber amat membantu dalam memberi pendedahan
dengan lebih mendalam terhadap tajuk kajian.

iii. Bab 3 – Metodologi kajian

Bab ini membincangkan kerangka teori yang akan digunakan dalam kaedah
kajian untuk mengumpul maklumat, kaedah analisis dan format yang tepat untuk
menyampaikan dapatan kajian. Kaedah pengumpulan maklumat yang digunakan bagi
kajian ini adalah temu bual dan analisis dokumen.
9

iv. Bab 4 – Analisis kajian

Tumpuan adalah kepada menganalis data yang diperoleh dengan kaedah temu
bual dan analisis dokumen. Bagi kajian ini, data yang di perolehi hasil daripada kaedah
temu bual akan ditranskrip. Seterusnya, bagi kaedah analisis dokumen, maklumat yang
penting dan berkaitan dengan apa yang perlu dikaji hendaklah dikutip dan
dikumpulkan.

v. Bab 5 – Cadangan dan Kesimpulan

Bab ini menyediakan cadangan dan kesimpulan terhadap kajian termasuklah


perbincangan mengenai dapatan serta cadangan bagi kajian akan datang.
BAB 2

KAEDAH PENCEGAHAN HAKISAN TEBING SUNGAI DAN KOS

2.1 Pengenalan

Sungai merupakan sumber alam yang terpenting dalam sistem biosfera bumi
terutamanya hidupan akuatik yang saling berinteraksi dengan sistem bumi. Selain itu
sungai adalah salah satu landskap semula jadi yang menghasilkan keseimbangan alam
melalui hakisan, pengangkutan bahan dan pemendapan (Toriman dan Che’ Lah, 2007).

Fenomena hakisan sungai sering berlaku di Malaysia mahupun di luar Negara.


Hakisan sungai yang berlaku di kawasan tebing adalah disebabkan kombinasi faktor
alam semula jadi dan juga tindakan aktiviti manusia. Kejadian hakisan sungai ini
11

secara tidak langsung memberi impak yang besar terhadap keselamatan nyawa, harta
benda dan kemusnahan ekosistem serta sistem hidrologi.

2.2 Definisi

.2.1 Sungai

Sungai merupakan sistem jaringan air yang terbentuk secara semula jadi di
permukaan bumi dan ianya membentuk satu pola aliran. Sumber air adalah berasal
daripada air hujan, air tanah dan glasier. Menurut Toriman dan Che’Lah, (2007),
sungai merupakan proses semua jadi dan mencapai keseimbangan dari segi proses dan
tindak balas melalui kaedah hakisan, pengangkutan dan pemendapan sungai. Malaysia
(1965), mentaktifkan sungai mengikut Kanun Tanah Negara, 1965, ialah mana-mana
sungai, anak sungai, caruk atau lain-lain aliran air semulaj adi, dan apa-apa cawangan
sungai, alur/delta atau lencongan buatan darinya.

Proses bagi mencapai keseimbangan ini adalah berkait rapat dengan faktor
masa sama ada berlaku dengan cepat, sederhana cepat atau perlahan. Menurut
Toriman et al., (2012), sungai juga adalah aliran air semula jadi dari kawasan hulu ke
daerah hilir. Hutan di pergunungan merupakan kawasan tadahan bagi air hujan. Dari
kawasan tadahan hujan, air mengalir pada anak-anak sungai menuju ke kawasan
bawah laut.
12

2.2.2 Hakisan

Menurut Toriman et al., (2013), hakisan adalah proses memecahkan ketulan


permukaan tanah dan memindahkan dengan yang lain melalui pergerakkan angin dan
air. Hakisan tanah merupakan hakisan yang disebabkan oleh tindakan manusia atau
proses semula jadi yang berlaku akibat tindak balas agen hakisan tanah seperti angin
dan air.

2.3 Jenis-jenis Hakisan

Jenis-jenis hakisan ini terdiri daripada hakisan permukaan dan hakisan sungai
yang setiap satunya akan terangkan seperti berikut:

2.3.1 Hakisan Permukaan

Hakisan pada dasarnya adalah dua bahagian proses yang melibatkan proses
melonggarkan zarah tanah disebabkan oleh kesan daripada titisan air hujan dan proses
pengangkutan zarah tanah yang sebahagian besarnya oleh air yang mengalir (Goldman
et al., 1986) dan akan memberi kesan kepada alam semula jadi:

i. Hakisan lembar (Sheet erosion)


ii. Hakisan Galir (Rill Erosion)
iii. Hakisan Galur (Gully Erosion)
iv. Hakisan Tebing Sungai (Riverbank Erosion)
13

v. Hakisan Saluran (Channel Erosion)


vi. Hakisan Percikan (Splash Erosion)

i. Hakisan Lembar (Sheet Erosion)

Hakisan lembaran dianggap sebagai penyingkiran tanah yang seragam dalam


lapisan tanah yang nipis yang berlaku daripada tanah yang bercerun hasil daripada
kepingan atau aliran darat. Menurut Ahmed, (2012), butiran tanah yang terlerai atau
terhakis disebabkan titisan hujan dan aliran air tersebut akan mengalir di atas
permukaan lembaran yang cetek dan mengangkut zarah tanah yang terdapat di atas
permukaan tanah. Keupayaan menghakis dan mengangkut aliran darat adalah
bergantung kepada keamatan hujan, kadar penyusupan, kecuraman cerun dan
perlindungan tumbuhan di cerun (Fangmier et al., 2006).

ii. Hakisan Galir (Rill Erosion)

Hakisan galir adalah pengasingan dan pengangkutan tanah oleh aliran pekat
air. Hakisan galir bermula apabila aliran permukaan cetek tertumpu di kawasan yang
rendah pada permukaan tanah (Fangmeier et al., 2006). Perubahan aliran daripada
aliran kepingan ke aliran yang lebih mendalam akan mempengaruhi halaju dan
peningkatan pergolakan aliran. Tenaga aliran yang pekat ini akan dapat menanggalkan
dan mengangkut zarah tanah. Menurut Ahmed (2012), bahan tanah yang terhakis akan
diangkut dari bahagian atas cerun ke bawah cerun melalui alur-alur cerun. Alur-alur
kecil ini bersifat sementara dan akan hilang dalam tempoh yang singkat.

iii. Hakisan Galur (Gully Erosion)

Pembentukan lurah atau galur adalah satu proses yang kompleks. Galur akan
terbentuk apabila pemotongan larian alur lebih mendalam, lebih luas atau apabila
aliran daripada beberapa alur sungai datang bersama dan membentuk saluran yang
besar. Galur boleh membesar dalam kedua dua arah iaitu, atas dan bawah cerun.
Menurut Ahmed (2012), bahan tanah yang terhakis daripada dinding penahan dan
14

kemudiannya akan diangkut dan dibawa dari atas cerun ke bawah cerun oleh air larian
permukaan menerusi aluran yang luas. Ia juga merupakan hakisan yang dihasilkan
daripada baki air yang tertinggal di permukaan setelah ditolak dengan udara, meresap
ke dalam bumi dan dan digunakan oleh tumbuhan. Apabila galur telah terbentuk, ia
akan menjadi sukar untuk mengelakkannya ia berlaku lagi dan memerlukan kos yang
tinggi untuk membaik pulih (Goldman et al., 1986).

iv. Hakisan Tebing Sungai (Riverbank Erosion)

Hakisan tebing sungai adalah salah satu masalah utama yang tidak dapat
dijangka dan ianya dipengaruhi oleh komposisi bahan yang terdapat di tebing sungai.
Menurut Toriman et al., (2013), dalam geomoforlogi, proses hakisan tebing adalah
elemen yang penting dalam pembentukan bumi, sungai, perubahan reka bentuk sungai
dan perubahan kandungan semasa pemendapan batu keras di dalam sungai (Lawler,
1993). Hakisan ini melibatkan proses penyingkiran tanah yang terdapat di dasar dan
tebing sungai yang akan menyebabkan pengumpulan sedimen seterusnya akan
meningkatkan masalah pencemaran sungai.

Semasa hujan lebat, sungai tidak mampu menanggung isipadu air yang
berlebihan dan kesannya, arus sungai yang deras akan meruntuhkan tebing sungai atau
binaan konkrit. Sedimen atau tanah yang terhakis akan bergerak ke hilir dan akan
tersimpan dan ini menyebabkan sungai menjadi cetek dan mengakibatkan banjir.

v. Hakisan Saluran (Channel Erosion)

Hakisan saluran terjadi apabila tebing tumbuh-tumbuhan diganggu atau


isipadu dan halaju aliran meningkat. Aliran air yang normal telah diselaraskan
mengikut masa kepada kuantiti dan halaju air larian yang biasanya berlaku di kawasan
tadahan air (Goldman et al., 1986).
15

Hakisan saluran berlaku apabila air permukaan bergerak dan melalui sub-tanah
serakan. Serakan tanah adalah struktur yang lemah dan mudah terhakis apabila
berkeadaan basah (Zairi Affendi, 2012). Hakisan saluran bermula apabila air
permukaan bergerak ke tanah di sepanjang keretakan atau saluran atau melalui lubang
dan rongga akar pokok lama. Hakisan mungkin akan bermula di mana longkang atau
pembentung yang dilepaskan ke dalam sungai. Ruang yang besar menyebabkan lebih
banyak air boleh mengalir dan menyebabkan saluran mengembang seterusnnya
menghakis tanah. Ia lazimnya berlaku dimana hakisan terjadi di liku sungai dan kerja-
kerja membaik pulih hakisan akan menghadapi kesukaran dan memerlukan kos yang
tinggi.

vi. Hakisan Percikan (Splash Erosion)

Apabila tumbuhan pelindung dibuang, permukaan tanah akan secara langsung


memberi kesan kepada titisan air hujan (Goldman et al., 1986). Titisan air hujan yang
turun akan menyebabkan agregat tanah pecah dan Seterusnya, lekuk-lekuk akan
terbentuk di permukaan tanah tersebut. Agreget tanah yang pecah akan memisahkan
zarah halus dan bahan organik daripada zarah yang berat dan memusnahkan struktur
tanah. Saiz lekukan hasil daripada hakisan percikan adalah berkait rapat dengan saiz
titisan air hujan. Titisan air hujan yang besar akan memberi kesan yang lebih besar
daripada saiz titisan hujan yang kecil.

2.3.2 Jenis-jenis Hakisan Sungai

Proses ini merupakan proses pengukiran atau penghausan alur-alur sungai


sama ada pada bahagian tebing atau dasar serta proses pengangkutan bahan oleh agen-
agen hakisan alur sungai seperti air mengalir dan glasier. Hakisan sungai terdiri
16

daripada hakisan mendalam, hakisan melebar, dan hakisan mengundur (Salleh et al.,
2007, Toriman et al., 2013)

i. Hakisan mendalam

Hakisan mendalam juga dikenali sebagai hakisan menegak atau hakisan dasar.
Hakisan ini merujuk kepada hakisan yang berlaku pada bahagian dasar sungai. Ia
berlaku di bahagian hulu sungai di mana pada peringkat ini aliran sungai adalah deras
dan dalam seterusnya menghasilkan lurah berbentuk V (Shahir, 2014).

ii. Hakisan Melebar

Hakisan melebar adalah hakisan yang berlaku secara mendatar ke atas kedua-
dua arah tebing sungai iaitu, kiri dan kanan tebing sungai (Shahir, 2014). Ianya lebih
aktif di kawasan tengah sungai di mana aliran air sungai mulai perlahan (Ahmed,
2012). Hasil daripada hakisan ini akan menyebabkan alur sungai menjadi luas dan
mengakibatkan pembentukan lurah berbentuk U.

iii. Hakisan Mengundur

Menurut Ahmed (2012), hakisan ini merujuk kepada hakisan sungai yang
berlaku dari arah belakang atau mengundur dan semakin ke hulu. Hakisan ini juga
aktif di kawasan hulu sungai yang mempunyai air terjun atau jeram. Hakisan air
sungai yang berlaku di atas air terjun menyebabkan batuan yang membentuk air terjun
akan runtuh dan mengakibatkan air terjun tersebut mengundur ke belakang (Shahir,
2014).
17

2.4 Faktor-Faktor Berlaku Hakisan Tebing Sungai

Kekerapan berlakunya hakisan sungai adalah disebabkan oleh kombinasi


faktor alam semula jadi dan tindakan manusia. Kebanyakan kawasan sungai
mengalami hakisan dan banjir akibat daripada perubahan geografi, kepesatan
pembangunan serta kecuaian manusia (Salleh et al., 2007, Ta Wee dan Ariffin, 2011).

2.4.1 Isipadu dan halaju air

Hakisan sungai boleh berlaku melalui proses hakisan larutan dan hakisan
hidraul. Menurut Toriman et al., (2013), faktor halaju aliran air adalah penting dalam
aktiviti hakisan dan ianya bergantung kepada jumlah air yang dibekalkan dalam satu-
satu masa. Secara umumnya, kadar kelajuan aliran yang tinggi dan jumlah aliran yang
banyak adalah cenderung berlaku hakisan yang kuat berbanding dengan kadar kelajuan
aliran yang perlahan dengan jumlah yang kecil.

Menurut Shahir (2014), apabila isipadu air meningkat, keberangkalian untuk


berlaku bencana banjir juga tinggi dan akan meningkatkan keupayaan sungai
menghakis lembah berbanding isipadu air. Peningkatan isipadu dan halaju air sungai
adalah berkait rapat dengan faktor cuaca di kawasan tersebut.
18

2.4.2 Kecerunan

Faktor kecerunan juga memainkan peranan dalam pembentukan hakisan


sungai dan tebing. Kadar hakisan di bahagian hulu sungai adalah lebih tinggi
berbanding dengan bahagian tengah dan hilir sungai. Ini kerana kadar kecerunan di
bahagian hulu adalah lebih tinggi dan menyebabkan halaju air sungai pada peringkat
ini menjadi deras (Shahir, 2014). Kawasan yang bercerun curam akan mempengaruhi
peningkatan kadar halaju air dan akan meningkatkan keupayaan hakisan. Halaju
sungai akan berkurangan jika kecerunan semakin landai dan aliran menjadi semakin
perlahan (Ahmed, 2012).

2.4.3 Jenis Batuan

Tebing sungai yang diperbuat daripada batuan keras iaitu, daripada kumpulan
igneus adalah lebih tanah daripada jenis batuan yang lembut (Ahmed, 2012). Batuan
yang lembut adalah lebih mudah terhakis seperti batu kapur dan dolomit di mana akan
menyebabkan hakisan berlaku lebih kerap. Menurut Shahir (2014), proses hakisan
berlaku dengan giat di cerun yang terdiri daripada batuan lembut berbanding dengan
kawasan yang dilitupi batuan keras.

2.4.4 Bentuk Alur

Hakisan sungai juga boleh terjadi disebabkan oleh bentuk alur sungai. Menurut
Shahir (2014), alur sungai yang lurus menyebabkan aliran sungai menjadi deras dan
19

menggalakkan hakisan mendalam menjadi lebih giat kerana taburan tenaga bagi
keseluruhan alur adalah sama dan seimbang. Alur sungai yang berliku pula akan
menyebabkan hakisan tebing akan berlaku tidak seimbang terutama di tebing cekung
alur sungai dan juga akan menganggu halaju pergerakan air (Ahmed, 2012).

Selain itu, menurut Abdullah dan Toriman, (2011), kerja-kerja pelurusan


sungai pula akan melibatkan perubahan cerun membujur sungai menjadi lebih curam
dan ini menyebabkan halaju aliran meningkat dan keupayaan sungai untuk menghakis
menjadi lebih tinggi (Khairul Amri et al., 2009).

2.4.5 Bahan Muatan

Bentuk dan saiz bahan yang dibawa oleh arus sungai memainkan peranan
penting untuk mempengaruhi jenis hakisan sungai sama ada jenis lagaan atau geselan.
Bahan muatan seperti pasir, kerikil, sisa bahan buangan akan menyebabkan ianya
berlaga dengan hentaman yang lebih kuat (Salleh et al., 2007). Menurut Ahmed
(2012), bahan muatan yang banyak dibawa oleh arus sungai akan mengalakkan proses
geselan dan pelanggaran sesama bahan muatan di sungai.

2.4.6 Hujan lebat

Halaju dan isipadu air sungai akan meningkat apabila berlakunya hujan lebat
dan akan berlaku penambahan air sungai sekiranya berlaku dalam tempoh yang lama
(Ahmed, 2012). Keupayaan sungai untuk menghakis akan bertambah seiring dengan
20

keadaan hujan yang lebat dan proses hakisan akan berlaku dengan cepat terutama di
kawasan yang bercerun curam.

Menurut Toriman et al., (2013), kehadiran hujan lebat juga mempunyai kesan
ke atas hakisan tebing sungai. Hujan yang lebat akan menyebabkan pelepasan air
sungai meningkat dan menyebabkan hakisan tebing. Peningkatan jumlah isipadu dan
air larian permukaan kawasan sekitar juga cenderung mengalami kehilangan tanah
dalam jumlah yang besar.

2.4.7 Tindakan Manusia

Pembangunan yang tidak terkawal adalah disebabkan oleh permintaan yang


tinggi dan kerakusan manusia seperti pembalakan, pembinaan kawasan penempatan
berhampiran dengan sungai dan akan menyebabkan pengaliran kelodak ke sungai dan
seterusnya menghakis tebing dan dasar sungai serta mengakibatkan aliran permukaan
meningkat. Selain itu, ketiadaan akar tumbuhan yang akan mencengkam tanah
menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan secara tidak langsung menyebabkan
kawasan tersebut kehilangan kestabilan dan terdedah kepada agen-agen hakisan yang
kemudiannya membawa kepada berlakunya hakisan sungai (Shahir, 2014).

Menurut Shahir (2014), pengambilan pasir sungai pada dasar sungai mampu
memberikan impak yang besar dan menyebabkan dasar sungai semakin dalam serta
kelebaran sungai bertambah seterusnya menyebabkan tebing sungai terhakis dan
runtuh. Kawalan pengeluaran terhadap pasir dan batu sungai adalah perlu untuk
mengelakkan kerosakkan terhadap dasar dan tebing- tebing sungai.
21

2.5 Cara Berlaku Hakisan Sungai

Menurut Toriman et al., (2013), hakisan sungai terjadi melalui tindakan


hidraul, tindakan geseran, tindakan larutan dan tindakan lagaan.

2.5.1 Tindakan Hidraul

Hakisan daripada tindakan hidraul merupakan tindakan hakisan yang


dilakukan oleh kuasa air di dalam alur sungai itu sendiri (Toriman et al., 2013). Ianya
wujud akibat hempasan atau rempuhan aliran air sungai ke atas struktur rekahan batuan
yang lemah. Tindakan hidraul berupaya untuk mencungkil bahan batuan yang
berstruktur longgar dan memecahkan batuan pada tebing atau dasar sungai tersebut
(Ahmed, 2012). Proses yang berulang menyebabkan rekahan menjadi luas dan dalam.

2.5.2 Geseran

Proses ini merupakan proses penghausan yang berlaku ke atas tebing dan dasar
alur sungai. Bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air sungai seperti serpihan batuan,
pasir, kerikil dan sebagainya akan menghakis atau bergesel dengan dasar dan tebing
sungai (Ahmed, 2012). Daya geselan yang wujud akibat aliran air sungai ini akan
menyebabkan proses penghausan akan dialami oleh tebing sungai dan dasar sungai.
22

2.5.3 Lagaan

Cara hakisan sungai menerusi proses lagaan ini adalah merujuk kepada bahan
muatan sungai yang diangkut yang terdiri daripada pelbagai jenis dan saiz yang
berbeza (Ahmed, 2012). Kekuatan proses ini bergantung kepada halaju arus sungai
yang mampu menyeret bahan yang dibawa sehingga berlaku lagaan. Menurut Shahir
(2014), bahan muatan yang lebih kecil akan berlanggar dengan bahan muatan lebih
besar atau satu sama lain dan berlaku perubahan bentuk serta saiz. Daya geselan yang
wujud akibat aliran sungai ini menyebabkan proses penghausan dialami oleh tebing
dan dasar sungai. Ia juga akan berlaga dengan batuan di tebing dan dasar sungai yang
akan mengakibatkan hakisan (Toriman et al., 2013).

2.5.4 Larutan

Menurut Ahmed (2012), proses ini ialah tindak balas kimia antara air sungai
yang bertindak sebagai pelarut yang akan melarutkan mineral batuan dasar dan tebing
yang menyebabkan bahan kimia pada batu tersebut larut di dalam sungai. Keadaan ini
menyebabkan struktur batuan tersebut menjadi longgar dan terganggu serta berlaku
proses penyepaian. Jenis pembinaan batuan tebing memainkan peranan dimana jika
ia dibina mengunakan batuan yang lembut seperti batu kapur, gypsum dan sebagainya,
Ia akan mudah mengalami larutan dan jika ia tidak stabil, tebing sungai menjadi mudah
runtuh.
23

2.6 Mekanisme Hakisan Tebing Sungai

Menurut Schimmel et al., (2014), hakisan tebing sungai terbahagi kepada dua
iaitu, pergerakan tebing dan juga kegagalan jisim.

2.6.1 Pergerakan Tebing

Pergerakan tebing ialah penyingkiran bahan-bahan tebing seperti tanah secara


terus disebabkan oleh tindakan fizikal melalui air yang mengalir dan sedimen terampai
di dalamnya (Zairi Affendi, 2012), (Schimmel et al., 2014). Selain itu, kadar hakisan
biasanya meningkat dalam tempoh yang tinggi dan kemudian kembali kepada kadar
yang lebih perlahan. Kehilangan tumbuhan semula jadi juga mengurangkan kekuatan
tebing dan menyebabkan pergerakan tebing dan runtuh di samping apa sahaja bahan
yang boleh meningkatkan arah aliran ke tebing sungai, boleh menyebabkan hakisan
sebagai contoh pokok-pokok yang jatuh ke dalam sungai (Scotish Environment
Protection Agency, 2008).

2.6.2 Kegagalan Jisim

Kegagalan jisim ialah temasuk tebing runtuh dan tergelincir masuk ke dalam
sungai dan ianya disebabkan oleh ketidakstabilan tanah tersebut (Zairi Affendi, 2012).
Menurut Iowa Department of Natural Resources, (2006), apabila aliran dan halaju air
meningkat, tenaga air yang mengalir terhadap aliran tebing akan membuang zarah
tanah yang terdapat di tebing. Seterusnya menyebabkan kemerosotan tebing-tebing
dan jatuh ke dalam air yang mengalir dan menghakis bahagian kaki tebing sungai.
24

Menurut Toriman et al., 2013, struktur tebing sungai yang runtuh adalah
disebabkan pergerakan tanah di bahagian atas tebing sungai kerana peningkatan
kandungan air semasa banjir dan menyebabkan strutkur tebing tidak mampu menahan
tanah dan runtuh.

2.7 Kesan Hakisan Tebing Sungai

Hakisan sungai yang berlaku adalah disebabkan tindakan manusia dan alam
sekitar. Namun, kesan hakisan sungai memberi impak yang besar terhadap
keselamatan nyawa, kemusnahan harta benda serrta sistem hidrologi sungai.

2.7.1 Banjir

Kejadian banjir kilat sering berlaku di kawasan tanah yang rendah dan kawasan
yang terdedah kepada hakisan. Menurut Yee (2006), banjir yang berlaku akan
menyebabkan kerosakan bukan sahaja kawasan perumahan, tetapi juga di kawasan
ladang, industri tetapi juga menjejaskan sistem pengangkutan yang berhampiran
sungai dan juga kerosakan tebing sungai.

Banjir berlaku kerana dasar sungai yang cetek yang disebabkan oleh aktiviti
hakisan sungai di kawasan hulu atau kawasan yang terdedah kepada air hujan
(Towonsing, 2016). Kawasan ini biasanya adalah kawasan yang terdedah oleh
kegiatan pembalakkan atau pembukaan penempatan baru. Tanah yang termendap di
dalam sungai akan menyebabkan dasar sungai menjadi cetek dan isipadu sungai akan
bertambah seterusnya limpahan air sungai yang mengakibatkan banjir.
25

Selain itu, hujan lebat akan menyebabkan air aliran menjadi lebat dan
menghakis tebing sungai. Tebing sungai yang terhakis akan runtuh dan membentuk
mendapan di dasar sungai yang akan menyebabkan dasar sungai menjadi cetek.
Menurut Ta Wee dan Ariffin, (2011), kesan bahaya banjir meliputi kerosakan struktur
dan hakisan, kehilangan nyawa, pencemaran makanan dan air, gangguan aktiviti sosio-
ekonomi termasuk aktiviti pengangkutan dan komunikasi (Marvin (1969).

2.7.2 Alam Sekitar

Menurut Goldman (1987), tanah yang terhakis mengandungi nitrogen,


phosphoros dan nutrient lain dan apabila ia masuk ke dalam sungai, nutrient tersebut
akan mencetuskan ledakan alga yang akan mengurangkan kejernihan air,
mengurangkan oksigen dan akan menyebabkan ikan mati serta mewujudkan bau yang
kurang menyenangkan.

Selain itu, hakisan di kawasan yang bersebelahan akan memusnahkan tumbuh-


tumbuhan di tepi sungai yang menjadi habitat akuatik dan hidupan liar. Akibat
daripada tanah dan batuan yang terhakis, bahan tersebut akan jatuh ke dalam sungai
dan ini akan menyebabkan kematian hidupan laut.

2.7.3 Ekonomi

Kos penyelenggaraan dan pembinaan bagi membaik pulih struktur yang rosak
memerlukan kos yang tinggi (Kassim, 2007). Struktur yang perlu dibaik pulih
26

memerlukan kos yang tinggi dan perlu mengambil kira pelbagai faktor iaitu,
keselamatan demi memastikan kestabilan struktur tersebut (Towonsing, 2016).

Sungai yang tercemar juga perlu dibersihkan untuk meningkatkan kualiti air
dan pengunaan yang selamat. Selain itu, sumber ekonomi penduduk sekitarnya akan
memberi kesan kerana sumber pendapatan mereka seperti pertanian dan perikanan
terjejas. Aktiviti pelancongan dan rekreasi juga akan memberi impak kepada sumber
ekonomi negara berikutan kawasan tersebut tidak lagi menjadi tarikan dan mengancam
keselamatan pelancong.

2.7.4 Perubahan Bentuk Rupa Bumi

Menurut Kassim (2007), kawasan yang terhakis akan mengalami perataan dan
membentuk alur atau sungai. Pembentukan gaung terjadi disebabkan oleh kadar
hakisan dasar sungai yang sangat giat sehingga berupaya memotong lapisan batuan di
dasar sungai. Tindakan hakisan dan pemendapan yang giat pada liku-liku sungai yang
cengkung menyebabkan terbentuknya alur sungai yang baru dan terjadinya tasik
ladam. Seterusnya, pembentukan delta berlaku apabila sebahagian besar daripada
bahan-bahan beban sungai yang diangkut oleh aliran sungai akan dimendapkan ke
bahagian hilir sungai (Nuraini, 2014).
27

2.8 Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai

Mengikut Garis Panduan Pembangunan Melibatkan Sungai dan Rezab Sungai


oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, terdapat beberapa kaedah kawalan
hakisan tebing sungai yang memberi perlindungan secara terus ke atas permukaan
tebing yang terhakis untuk mengelakkan permukaan tebing dari terus terhakis. Kaedah
tersebut adalah :

2.8.1 Cerucuk Keping Keluli (Sheet Pile)

Penggunaan cerucuk keping adalah salah satu kaedah bagi menghalang hakisan
sungai daripada berlaku dan sebagai kaedah pengawal banjir. Gopal Mishra (2015)
menyatakan bahawa dinding cerucuk keping adalah tembok penahan yang dibina
untuk mengekalkan tanah, air atau mana-mana bahan pengisian yang lain. dinding
cerucuk kepingan adalah lebih nipis berbanding dengan dinding batu. Rajah 2.1
menunjukkan cerucuk keping keluli yang digunakan sebagai tembok kawalan hakisan
di sungai.

Rajah 2.1: Cerucuk Keping Keluli


Sumber: Designing Building Wiki, (2016)
28

Dinding cerucuk keping boleh digunakan bagi struktur hadapan air iaitu, dalam
membina dermaga dan pengkalan. Manakala bagi sungai adalah sebagai perlindungan
terhadap tebing sungai. Cerucuk keping adalah salah satu kaedah penyelesaian terbaik
untuk membina dan mengukuhkan sungai, parit dan longkang daripada banjir kerana
lembaran dinding cerucuk tersebut menghasilkan rintangan resapan yang baik
(Escpile, 2016).

Menurut Smoltczyk (2003), kelebihan penggunaan cerucuk keping secara am


nya mempunyai kekuatan bahan dan keanjalan yang tinggi serta panjang cerucuk boleh
ditambah sama ada dengan kimpalan atau perbautan (bolting). Cerucuk yang dipilih
juga perlu cukup kuat untuk di pacu melalui pelbagai jenis strata tanah bagi kedalaman
penembusan yang diperlukan. Pengunaan cerucuk keping di kawasan yang terdedah
kepada kakisan atau karat yang tinggi adalah kurang ekonomi terutama di kawasan
yang terdedah secara langsung dengan kimia.

2.8.2. Cerucuk Keping Konkrit Pratuang (Precast Concrete Sheet Pile)

Menurut Toriman et al., (2007), pembinaan struktur banteng penghalang dapat


mengelakkan hakisan daripada berlaku lebih kritikal (Ta Wee dan Ariffin, 2011).

Terdapat beberapa jenis cerucuk keping yang biasa digunakan di dalam


pembinaan. Antaranya adalah kepingan cerucuk konkrit pratuang (precast concrete
sheet pile). Menurut Das (2010), cerucuk konkrit adalah berat dan ianya direka dengan
tetulang bagi menahan tekanan tetap yang menekan struktur . Ianya adalah bergantung
kepada selepas pembinaan dan juga direka bentuk untuk mengendalikan tekanan yang
dihasilkan semasa pembinaan.
29

Menurut Gilbert Gedeon (1994), konkrit mempunyai jangka hayat yang lebih
lama tetapi mempunyai kos awalan yang tinggi berbanding kepingan cerucuk keluli.
Kepingan cerucuk konkrit biasanya dikenakan daya prategasan bagi memudahkan
pengendalian dan pemanduan ke dalam tanah. Menurut Rivo Bina (2012),
penggunaan kaedah cerucuk konkrit pratuang dapat menjimatkan ruang penyimpanan
yang mungkin timbul semasa pembinaan atau pemasangan disebabkan oleh kekangan
tapak. Selain itu, kaedah ini juga lebih teguh disebabkan oleh profil tetulang yang
dibina dan dapat mengelakkan karatan daripada berlaku. Rajah 2.2 menunjukkan
penggunaan cerucuk keping konkrit pratuang di kawasan sungai.

Rajah 2.2: Cerucuk Keping Konkrit Pratuang


Sumber: Wolf Remediation Ltd (2017)

Tebing buatan konkrit mengakibatkan kehilangan morfologi semula jadi


sungai dan boleh mencetuskan pendalaman dasar sungai. Selain itu, ianya juga
menghapuskan semua habitat sungai dan menyebabkan kemusnahan ekosistem
(Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, 2016)
30

2.8.3 ‘Green Terrawall Sistem’

Menurut Mandavkar dan Stralla (2011), ‘Green Terrawall Sistem’ digunakan


bagi tetulang tanah sebagai aplikasi mekanikal kestabilan dinding bumi dan cerun.
Ianya juga merupakan sistem mesra alam yang digunakan untuk membentuk
tumbuhan hijau pada tanah bertetulang cerun dan benteng. Menurut Scotish
Enviornment Protection Agency (2008), ‘Green Terrawall Sistem’ merupakan jaring,
fabrik dan juga tikar yang diperbuat daripada bahan sintetik yang direka bentuk untuk
menstabilkan tanah.

‘Green Terrawall Sistem’ adalah difabrikasi daripada tegangan lembut, besi


bergalvani dan juga PVC berpintal (Mandavkar dan Stralla, 2011). Ianya terdiri
daripada unit pasang siap daripada dua dawai yang berpintal yang dipenuhi dengan
lapisan kawalan hakisan dan panel mesh yang dikimpal. Dua pendakap keluli pra-
terbentuk dibekalkan untuk disambungkan di tapak bagi mengekalkan unit terhadap
cerun yang diperlukan (Maccaferri, 2016).

Menurut Lange et al., (1976), lapisan kawalan hakisan direka untuk


memudahkan proses tumbuh-tumbuhan semula jadi tumbuh di dalam setiap unit
tersebut menghadap bahagian bersudut condong . Semua komponen adalah dipasang
di kilang dan ianya lebih cepat untuk dipasang. Unit ini didirikan di atas tapak dan
sudut perembatan dipasang untuk menyokong bahagian hadapan mengikut sudut yang
ditetapkan tanpa memerlukan acuan luaran.

Penambakan struktur diletakkan di atas geogrids tetulang tanah, dan diisi


dengan isian yang sesuai diletakkan di bahagian belakang muka depan (Maccaferri,
2016). Rajah 2.3 menunjukkan ‘Green Terrawall Sistem’ sebagai tembok penahan.
31

Rajah 2.3: ‘Green Terrawall Sistem’


Sumber: Maccaferi, (2017)

2.8.4 Sangkar Tilam (Gabion Mattress)

Pemasangan lapis lindung Gabion Mattress dapat memberi perlindungan dan


menstabilkan tebing daripada berlaku hakisan (Ta Wee dan Ariffin, 2011). Sangkar
ini diperbuat daripada dawai yang berkualiti tinggi dan lebih nipis daripada sangkar
dinding (gabion wall). Gabion Mattress adalah kotak dawai yang bertenun berbentuk
segi empat. Kekuatannya terletak pada heksagon yang berpintal secara dua kali
(Maccaferri, 2016). Jadual 2.1 menunjukkan spesifikasi sangkar tilam dan Reno
mattress yang biasa digunakan.
32

Jadual 2.1: Spesifikasi Sangkar tilam dan Reno Matress

‘Reno
Item Sangkar Tilam
Mattress’

Diameter wayar (mm) 2.7 (min) 2.0 (min)


Saiz ‘mesh’ nominal
80 x 100 60 x 80
(mm)
Diameter wayar
3.4 (min) 2.4 (min)
‘Selvedge’(mm)
Diameter wayar
2.2 (min) 2.2 (min)
pengikat (mm)
‘Galmac Coating’
245 (min) 215 (min)
(gsm)
Salutan PVC ‘coating’ 0.50 (min) 0.50 (min)
(mm) kelabu kelabu
75mm (min)
Saiz batu yang diisi 100mm (min) hingga 2/3 ketebalan
AS2758.4-2000 250mm (min) sangkar, atau 250 mm,
yang lebih rendah
1x1x1
2x0.5x0.5
2x1x0.30
2x1x0.5
Ukuran (m) 6x2x0.17
2x1x1
Panjang x lebar x tinggi 6x2x0.23
2x1.5x1
6x2x0.30
4x1x0.5
4x1x1
Sumber: Geofabrics, (2017)

Lapis lindung ini adalah berbentuk tilam nipis yang dipenuhi batu yang cukup
untuk membuat struktur yang boleh diletakkan di tebing atau kaki tebing. Lapis
lindung Gabion Mattress ini biasanya lebih lentur dan masih mengekalkan fungsinya
sekiranya asasnya mendap. Ianya juga mempunyai kebolehtelapan muka depan bagi
memastikan saliran dinding belakang tiada tekanan hidrostatik. (Fine Mesh Metals
33

Ltd, 2002). Rajah 2.3 menunjukkan kaedah sangkar tilam sebagai kaedah pencegahan
hakisan tebing sungai.

Rajah 2.3: Sangkar Tilam


Sumber: Kiciman, (2016)

2.8.5 Batu sangkar (Gabion Wall)

Reka bentuk batu sangkar adalah diperbuat daripada dawai keluli yang
berkualiti tinggi dan memberi perlindungan hakisan bagi jangka masa yang panjang.
Bakul sangkar biasanya disalut dengan polimer sebagai perlindungan tambahan dan
biasa digunakan dalam persekitaran yang lebih agresif atau di mana reka bentuk untuk
jangka hayat yang lama diperlukan. Bagi mengukuhkan struktur, semua tepi panel
keluli dianyam (selvedge) dengan wayar yang berdiameter lebih besar (Maccaferri,
2016).

Sangkar tersebut selalunya dipasang di kilang dan kemudian diisi dengan


batuan di tapak projek. Batu sangkar ini biasa digunakan untuk membentuk struktur
yang fleksibel, telap dan monolitik seperti dinding penahan (Fine Mesh Metals Ltd,
2002). Ia juga dapat memberi perlindungan terhadapa hakisan. Selain itu, batu
34

sangkar ini juga diaplikasikan dalam aspek seni bina untuk menambah nilai estetika .
Rajah 2.4 menunjukkan penggunaan batu sangkar di kawasan tebing sungai.

Rajah 2.4: Batu Sangkar


Sumber: Maccaferri, (2016)

2.8.6 Reno Mattress

Reno Mattress adalah fleksibel dan pencegahan hakisan yang tetap untuk
mengawal hakisan permukaan. Reno mattress adalah sangkar yang diperbuat daripada
dawai tergalvani dengan salutan PVC-U. Ianya juga adalah struktur dengan kawasan
yang besar dan ketebalan kecil yang diperbuat daripada dua dawai yang dipintal
menjadi heksagon mesh. Bahagian atas Reno Mattress dibahagikan kepada petak
melalui diafragma dalaman yang diletakkan pada selang 1meter dan dipenuhi oleh
batuan di tapak projek. Reka bentuk Reno Matrress harus berdasarkan prinsip
kejuruteraan. PVC-U yang bersalut, dawai keluli yang besalut galvani tidak akan
terjejas oleh bahan kimia yang biasanya dihadapi dalam struktur penahan (Maccaferri,
2016). Rajah 2.5 menunjukkan kaedah Reno Mattress digunakan sebagai tembok
kawalan hakisan tebing sungai.
35

Rajah 2.5: Lapis lindung ‘Reno mattress’


Sumber: Geofabrics.com, (2016)

Ianya juga direka untuk menggalakkan pertumbuhan tumbuhan yang kukuh


sebagai perlindungan hakisan di tebing sungai dan kawasan yang sering berlaku
hakisan. Ia juga menghalang hakisan pada permukaan yang dilindungi dan
membolehkan tumbuhan tumbuh dengan stabil (Ta Wee dan Ariffin, 2011). Reno
mattress memastikan integrasi yang positif dan penstabilan segera permukaan tebing
sungai di samping menyediakan permukaan yang lebih baik bagi percambahan benih.
Dengan permukaan tebing sungai yang dilindungi mattress, pengurangan ketara
hakisan permukaan mungkin boleh berlaku dan berfungsi sebagai perlindungan kekal
terhadap benteng sungai (Fine Mesh Metals Ltd, 2002)

2.8.7 Dinding Batu (Rubble Wall)

Dinding batu merupakan susunan batu granit yang disususn mengikut bentuk
tebing sungai dan disimen di antara batu tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan
struktur tebing. Beberapa lubang air turut dibuat mengikut paras tebing sungai untuk
36

mengalirkan air dari bahagian belakang tembok (Toriman dan Che’Lah, 2007). Rajah
2.6 menunjukkan kaedah dinding batu sebagai tembok kawalan hakisan sungai.

Rajah 2.7: Dinding batu


Sumber: Roche Bros Inc, (2017)

Dinding batu sesuai untuk digunakan bagi dinding penahan yang kecil
terutama yang mementingkan kemasan yang teliti. Dinding batu juga biasanya sesuai
bagi ketinggian sehingga 1.5meter atau lebih tinggi jika dinding tersebut disokong.

Menurut Edd (2011), dinding batu digunakan di bangunan pertanian di bandar-


bandar atau kawasan di mana sumber batu tersebut adalah mudah didapati. Rubble
merupakan blok batu yang didapati daripada kuari. Batu-batu yang kasar digunakan
dalam dinding batu dengan sedikit pemotongan bagi sudut yang tidak sesuai. Terdapat
pelbagai jenis dinding batu dan ianya bergantung kepada jenis batu yang digunakan.
37

2.9 Perlaksanaan Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai Berdasarkan


Faktor Pemilihan Dan Perlaksanaan

Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum penentuan kaedah yang biasa
dipraktikkan di peringkat awal (Mohd Syazwan, 2005).

2.9.1 Faktor Kos Pembinaan

Kos merupakah salah satu elemen yang penting sebelum pembinaan bagi
mencegah hakisan sungai. Menurut Akintoye, (2000), menyatakan bahawa pengiraan
kos pembinaan perlu mengambil kira trend dalam keadaan pasaran serta implikasi kos
terhadap projek tersebut. Keadaan harga pasaran adalah termasuk lokasi projek,
tempoh tender serta kedaan pasaran. Kos bagi sesebuah projek akan meningkat
apabila ekonomi negara merosot. Hal ini kerana, bahan binaan, upah pekerja buruh
yang perlu dibayar menjadi mahal kerana kemerosotan nilai mata wang ringgit.

Bagi mendapatkan kos yang efektif, kos keseluruhan pembinaan perlu


dipertimbangkan kerana pengunaan bahan dan kaedah pembinaan akan memberikan
implikasi penjimatan masa dan kos berbanding pengurangan bahan dalam pembinaan
(Mohd Syazwan, 2005). Selain itu, perubahan sesuatu kerja akan berpotensi memberi
kesan terhadap tempoh masa projek siap dan memberi kesan kepada sumber bahan
binaan yang diperlukan bagi kerja-kerja pencegahan haksisan sungai dan
mempengaruhi penetapan harga awalan (prelimenaries) dan harga umum (Akintoye,
2000).
38

2.9.2 Faktor Reka bentuk

Faktor reka bentuk adalah merangkumi reka bentuk kaedah pencegahan


hakisan sungai, nilai estetika yang diambil kira semasa proses mereka bentuk serta
penyelenggaran bagi sesuatu kaedah tersebut.

2.9.2.1 Reka bentuk

Menurut Colorado Department of Transportation (2016), sebelum mereka


bentuk kaedah penstabilan tebing sungai, adalah penting untuk mengetahui
mekanisma hakisan dan juga mod kegagalan lapis lindung serta sebab-sebab hakisan
tersebut berlaku. Reka bentuk sesuatu pembinaan juga adalah penting jika didapati
kawasan tersebut terdapat halangan yang disebabkan oleh kawasan itu sendiri.

Menurut Mohd Syazwan (2005), reka bentuk yang kukuh dan mampu
berfungsi sebagai penahan kepada tindakan tanah dan bagi memastikan keadaan tanah
berada dalam keadaan stabil dan tidak mudah runtuh. Jurutera perlu menentukan jenis
reka bentuk yang bersesuaian mengikut kehendak klien dan juga kaedah yang akan
digunakan bergantung kepada kawasan tersebut.

Dalam mereka bentuk sesuatu kaedah pencegahan hakisan sungai, kestabilan


adalah salah satu ciri penting yang perlu diambil kira. Kestabilan struktur adalah
berkait rapat dengan kekuatan. Menurut Amin (2011), sesuatu struktur dianggap
stabil jika ia mampu menanpung beban dan daya yang bertindak ke atasnya. Struktur
yang kuat mestilah dapat menampung beban dan tidak mudah runtuh dan kekal stabil.
Pemilihan kaedah pencegahan hakisan perlu berupaya menahan tanah atau struktur
batuan yang mempunyai kecerunan yang menyebabkannya berada dalam keadaan
yang tidak stabil. Kecerunan tanah atau batu yang melebihi tahap optimum akan
39

berada dalam keadaan yang tidak stabil ini akan mengakibatkan kejadian tanah runtuh
pada strutktur tebing yang dibina.

Reka bentuk yang ekonomi adalah penting bagi pemilihan kaedah pencegahan
hakisan demi untuk memastikan pembinaannya yang mudah dan dapat dilakukan
dengan segera serta meminimumkan jangka masa pembinaan (Mohd Syazwan, 2005).
Selain itu, pembinaan yang rumit dan meningkatkan tempoh jangka masa pembinaan
yang panjang tidak akan memberi implikasi yang ekonomi secara keseluruhan.

2.9.2.2 Nilai Estetika

Nilai estetika kini telah mula diambil berat dalam pernilaian pembinaan
pencegahan hakisan tebing sungai. Ianya bukan sahaja berperanan dalam memastikan
kestabilan tanah malah turut dijadikan daya penarik terhadap struktur tersebut.
Gabungan kestabilan pula ditambah dengan nilai estetik pada pembinaan struktur
membuatkan ianya lebih menarik dan mesra alam. Selain itu turut meningkatkan nilai
suasana persekitarannya (Mohd Syazwan, 2005).

2.9.2.3 Penyelenggaraan

Kerja-kerja penyelenggaran adalah penting dan kaedah yang digunakan


haruslah tidak sukar dilaksanakan. Ianya juga perlu bergantung kepada fungsi sesuatu
kaedah itu dibina sama ada sebagai salah satu daya tarikan atau sebagai perlindungan
tebing sungai. Penyelenggaraan perlu dilakukan secara berkala atau kerap bergantung
kepada jenis kaedah yang digunakan serta bahan binaan. Sebagai contoh, konkrit
adalah salah satu binaan yang tahan lama tetapi ia perlu diperiksa secara berkala bagi
memastikan kestabilannya dan mengesan sebarang kerosakkan (Scotish Environment
Protection Agency, 2008). Selain itu, sangkar dawai juga perlu diperiksa bagi
menentukan kekuatan dawai.
40

2.9.3 Faktor Ciri-Ciri Tanah

Faktor ciri-ciri tanah adalah penting sebelum pembinaan untuk mengenal pasti
keadaan tanah kawasan tersebut. Selain itu, penyelidikan juga perlu dilakukan bagi
menentukan kawasan yang sensitif untuk mengelakkan sebarang kejadian hakisan
daripada berulang. Menurut Mohd Syazwan (2005) ciri-ciri tanah adalah seperti
berikut :

i. Keadaan tanah

Keadaan tanah mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap


pembinaan struktur dan ianya perlu dipertimbangkan semasa peringkat awalan
perancangan sebelum sebarang pemilihan tembok penahan (Mohd Syazwan,
2005).

ii. Jenis tanah

Terdapat beberapa jenis tanah yang telah diklasifikasikan dalam British


Standard (BS) (Mohd Syazwan, 2005). Antaranya ialah tanah jenis mampat,
peroi, berpasir, berlumpur dan keras. Namun, tanah-tanah jenis tersebut
mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri dan perlunya mengenal pasti
jenis tanah di kawasan tersebut sebelum pemilihan kaedah pembinaan.

iii. Kecerunan tanah

Cerun ditakrifkan sebagai tanah yang permukaannya membuat satu


sudut dengan satah ufuk. Menurut Mohd Syazwan (2005), cerun-cerun
tersebut adalah sama ada buatan manusia atau semulajadi. Kawasan yang
bertopografi cerun lebih berisiko untuk mengalami kejadian tanah runtuh dan
mengakibatkan hakisan tanah berbanding kawasan yang agak landai dan rata
(Omisay, 2013). Pemilihan kaedah pencegahan hakisan perlulah berdasarkan
kepada kecerunan tanah yang akan ditahan.
41

2.9.4 Faktor Kaedah Pembinaan

Faktor kaedah pembinaan menjelaskan kaedah pembinaan yang bersesuaian


dengan kaedah pencegahan hakisan sungai yang digunakan, serta kos dan tempoh
masa pembinaan.

2.9.4.1 Kaedah Pembinaan

Kaedah pembinaan yang tepat dan bersesuaian bagi setiap kaedah adalah
penting bagi memastikan kebolehbinaan dengan tempoh pembinaan yang minimum.
Menurut Osman (2014), kaedah binaan diperlukan untuk memastikan aktiviti
pengeluaran pembinaan dapat dijalankan dengan penggunaan sumber-sumber
pembinaan secara optimum.

Kesenangan pembinaan ini penting untuk di ambil kira dalam pertimbangan


sesuatu keadah pencegahan hakisan sungai kerana ianya berkait rapat dengan kos yang
terlibat dalam pembinaan keadah pencegahan hakisan tersebut (Mohd Syazwan,
2005). Kerja-kerja pemasangan yang tidak cermat dan cuai akan menyebabkan
kerosakkan dan hakisan sungai berulang kembali. Kaedah pembinaan mahupun
pemasangan perlulah tepat dan mengikut standart piawaian yang telah ditetapkan.
Kesilapan dalam pemasangan dan pembinaan akan menyebabkan kerugian dalam
aspek masa dan juga kos dan akan menyebabkan kegagalan kepada lapis lindung
tersebut.

Bahan binaan yang digunakan bergantung kepada reka bentuk bagi kaedah
lapis lindung yang bersesuaian. Sebagai contoh, saiz batu, ketebalan lapis lindung,
tebing sungai, keperluan tapisan dan juga kualiti setiap bahan. Hal ini kerana kualiti
yang tidak menepati piawaian yang ditetapkan akan menyebabkan bahan yang
digunakan tidak tahan lama dan jangka hayat penggunaannya pendek. Menurut Mohd
42

Syazwan (2005), bahan binaan yang digunakan juga mestilah bahan yang mudah
didapati. Kesukaran dalam mendapatkan bahan akan menjejaskkan aktiviti pembinaan
dan seterusnya memberi kesan kepada masa siap projek tersebut.

2.9.5 Faktor Keadaan dan Lokasi Tapak

Faktor keadaan tapak mengambil kira keadaan dan lokasi tapak pembinaan
yang sesuai untuk melaksanakan pembinaan pencegahan hakisan sungai. Jenis kaedah
yang akan dipilih adalah bergantung kepada ruang yang ada dan mencukupi bagi
aktiviti pembinaan, kebolehan untuk akses keluar dan masuk ke tapak bina serta
keupayaan jentera bergerak kawasan pembinaan (Mohd Syazwan, 2005).

Lokasi dan keadaan tapak merupakan aspek yang penting dalam menentukan
kos pembinaan dan pemasangan. Menurut Farhana (2013), lokasi tapak yang
bersesuaian untuk mendapatkan sumber bahan binaan dapat memberi kredit yang
besar terhadap kontraktor bagi memastikan sumber tersebut tidak putus dan
menjimatkan dari segi kos penghantaran, kos pengangkutan dan buruh. Menurut
Khalid (2008), pembinaan yang dilakukan di kawasan bandar dan luar bandar akan
menyebabkan kos pengangkutan meningkat disebabkan oleh kos yang berbeza-beza
di antara lokasi pembinaan di bandar dan luar bandar. Menurut Aslila Abd Kadir,
(2006), kekurangan bahan binaan akan menjejaskan perlaksanaan kerja yang
sempurna dan sebagai alternatif, kontraktor akan mendapatkan bekalan bahan binaan
dari luar negara yang akan menyebabkan kos pembinaan tersebut tinggi.
43

2.10 Kos yang Terlibat Bagi Kaedah Pencegahan Hakisan Sungai

Pemilihan kaedah pencegahan hakisan sungai perlu mengambil kira kos yang
terlibat supaya ianya bersesuaian dan mengikut peruntukan yang ditetapkan.

2.10.1 Kerja-kerja Awalan (Prelimineries)

Kerja-kerja awalan adalah seperti bon perlaksanaan dan insurans.

2.10.1.1 Bon Perlaksanaan

Menurut Azhan (2017), bon perlaksanaan adalah akur janji tidak bersyarat atau
satu bentuk jaminan oleh sesuatu institusi kewangan yang dibenarkan oleh
Perbendaharaan untuk membayar kepada kerajaan sejumlah amaun sekiranya
kontraktor gagal atau tidak memenuhi, mematuhi dan melaksanakan obligasi di bawah
kontrak.

Menurut syarat-syarat kontrak JKR 203A (2010), klausa 13.0, kontraktor


dikehendaki pada tarikh pemilikan tapak mengemukakan bon perlaksanaan atau wang
jaminan perlaksanaan yang dikeluarkan oleh insitusi kewangan yang diluluskan
berjumlah 5% daripada jumlah harga kontrak.

Menurut Husna Farhana (2011), tempoh jaminan bank bon perlaksanan adalah
meliputi tempoh harga kontrak asal, tempoh kecacatan kerja di tambah dengan 1 tahun
adalah 2.5% dari nilai 5% dan baki selebihnya selepas pengeluaran sijil siap
memperbaiki kecacatan (CMGD).
44

2.10.1.2 Insurans Kerja

Menurut syarat kontrak JKR 203A (2010), klausa 18 memperuntukkan bahawa


kontraktor di atas nama bersama kerajaan hendaklah mengambil insurans terhadap
kerugian dan kerosakkan disebabkan oleh kebakaran ,petir, letupan, ribut, taufan,
banjir, tanah menurun, tangki air pecah atau melimpah, radas atau paip, kapal terbang
dan alat-alat udara lain atau partikel yang gugur daripadanya, rusuhan dan kekacauan
awam.

Menurut Fadzida Ismail (2005), jumlah yang diinsuranskan ialah jumlah harga
kontrak sepenuhnya dan ditambah dengan amaun yang dinyatakan kepada syarat-
syarat kontrak atau yang dinyatakan dalam dokumen kontrak. Ianya juga perlu
meliputi keseluruhan tempoh siap kerja.

2.10.1.3 Insurans Tanggungan Awam

Menurut Husna Farhana (2012), insurans tanggungan awam perlu diambil oleh
pihak kontraktor bagi melindungi liabiliti kontraktor terhadap sebarang kemalangan
yang melibatkan orang awam serta kerosakan harta benda semasa perlaksanaan kerja
akibat kecuaian kontraktor atau sub-kontraktor. Dalam menentukan liputan insurans,
terdapat faktor-faktor risiko yang mungkin terlibat iaitu,:

i. Punca-punca risiko
ii. Keadaan tapak projek
iii. Akses yang diberi kepada pihak awam
iv. Keadaan fizikal bangunan sekeliling
v. Jenis kerja pembinaan
vi. Jenis loji dan peralatan yang digunakan
45

Menurut Fadzida Ismail (2005), insurans tanggungan awam harus meliputi


keseluruhan tempoh siap kerja termasuk tempoh liabiliti kecacatan dan ditambah
dengan tiga bulan dan empat belas hari. Had liabiliti bagi insurans ini adalah sukar
dianggarkan namun terdapat panduan terhadap liabiliti yang perlu diinsuranskan.

Surat Pekeliling JKR.KPKR:020.050/03, (2002) telah menetapkan panduan


liputan bagi insurans tanggungan awam (liabitili awam) disebabkan oleh nilai harga
kontrak yang tinggi dan kemungkinan akan menyebabkan tuntutan yang tinggi jika
berlaku kecederaan diri atau kerosakan harta. Jadual 2.2 menunjukkan had liabiliti
insurans.

Jadual 2.2: Had Liabiliti Insurans Berdasarkan Harga Kontrak


Liputan
Bil. Harga kontrak minimum bagi setiap
kemalangan
1. Tidak melebihi RM 50,000 RM 10,000
2. RM50,001 hingga RM100,000 RM 25,000
3. RM100,001 hingga RM200,000 RM 50,000
4. RM200,001 hingga RM500,000 RM 100,000
5. RM500,001 hingga RM5.0 juta RM 200,000
Melebihi RM 5.0 juta hingga RM
6. RM 500,000
20.0 juta
Melebihi RM 20.0 juta hingga
7. RM 1.0 Juta
RM 50.0 juta
8. Melebihi RM 50.0 juta RM 2.0 Juta
Sumber: Surat Pekeliling JKR.KPKR:020.050/03, (9 Mei 2002)
46

2.10.1.4 Insurans Pampasan Kerja (Workmen’s Compensation Insurance)

Malaysia (1952), menyatakan bahawa Akta pampasan pekerja (1952) adalah


bermaksud pembayaran pampasan kepada pekerja yang mengalami kecederaan akibat
kemalangan atau penyakit yang terbit dari dan dalam masa pekerjaan. Pembayaran
pampasan kepada orang tanggungan pekerja ialah apabila pekerja tersebut meninggal
dunia akibat daripada kemalangan atau penyakit khidmat dari dan dalam masa
pekerjaan (Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, 2013).

Menurut Fadzida Ismail (2005), polisi ini hanya boleh diambil dengan
menggabungkan di antara nama majikan dan kontraktor serta ianya perlu melindungi
keseluruhan tempoh pembinaan termasuk tempoh tanggungan kecacatan (defects
liability period) keseluruhan tempoh pembinaan termasuk tempoh tanggungan
kecacatan (defects liability period).

2.10.1.5 Insurans Idemniti Professional (Professional Indemnity Insurance)

Insurans indemniti professional adalah polisi insurans yang diambil oleh


jurutera, arkitek atau golongon professional bagi melindungi penanggung daripada
tanggungan yang sepatutnya ditanggung olehnya berkaitan dengan kecuaiannya.
Insurans ini boleh melindungi kos memperthankan dakwaan dan kos ganti rugi
(Lembaga Hasil Dalam Negeri, 2009)

Menurut Fadzida Ismail (2005), polisi ini adalah berjalan berdasarkan kepada
‘claim basis’ dan setiap polisi tahunan melindungi tuntutan yang berlaku menjelang
tahun ianya digunakan. Polisi insurans idemniti professional ini mengecualikan
tuntuan yang melibatkan fitnah atau tomahan, ketidakjujuran, penipuan, jenayah,
tindakan berniat jahat atau pengabaian oleh yang menginsuranskan (Raihan, 2015).
47

2.10.1.6 Polisi Semua Risiko Kontraktor (Contractor’s All Risk Policy)

Polisi semua risiko kontraktor (CAR) adalah polisi insurans yang menyediakan
perlindungan atau ganti rugi untuk kerosakan harta benda dan tuntuan kecederaan atau
kemusnahan harta benda pihak ketiga di kawasan kerja yang dijalankan (Investopedia,
2017).

Menurut Fadzida Ismail (2005), skop perlindungan yang ditawarkan di bawah


polisi insurans CAR adalah meluas dan merangkumi pebagai jenis keberangkalian
termasuk perkara semula jadi yang dijangka berlaku. Allianz (2015), menyatakan
bahawa polisi semua risiko kontraktor adalah seperti berikut:

a. Seksyen 1- Kerosakan bahan

Ianya meliputi hampir apa-apa kerugian fizikal secara tiba-tiba dan tidak
diduga atau kerosakan yang berlaku (kecuali yang dinyatakan secara khusus
dalam polisi), dengan kontrak kerja-kerja, harta, barangan diinsuranskan dan
semasa tempoh insurans.

b. Seksyen 2 - Liabiliti pihak ketiga

Seksyen ini berkenaan dengan liabiliti pihak ketiga di mana pihak insurans
akan bertanggung jawab membayar ganti rugi apabila:

i. Kecederaan anggota badan pihak ketiga akibat kemalangan atau


penyakit.
ii. Kerugian akibat kemalangan atau kemusnahan harta benda
kepunyaan pihak ketiga.
48

Jenis-jenis perkara yang ditawarkan di dalam polisi kadangkala berbeza


mengikut syarikat insurans dan ini menjadikan CAR insurans lebih menarik minat
pihak-pihak yang terlibat dengan projek pembinaan untuk mendapatkan perlindungan
daripada polisi ini.

2.10.2 Penyediaan Tapak

Penyediaan tapak merupakan peringkat permulaan sebelum kerja sebenar


dapat dilakukan dan ianya adalah berbeza mengikut keperluan projek dan keperluan
sesuatu tapak. Aktiviti penyediaan tapak adalah seperti berikut:

2.10.2.1 Pembersihan Tapak

Kerja pembersihan tapak bina merangkumi kerja membersihkan tapak bina


secara keseluruhannya sehingga mencapai struktur asal tanah tersebut dan seterusnyaa
diratakan mengikut had yang ditetapkan dalam pelan pembinaan. Menurut Syafiq
(2015), kerja-kerja pembersihan adalah termasuk penebangan pokok, meroboh,
membuang pokok-pokok, akar, semak samun serta segala jenis struktur binaan lama
yang menghalang proses pembinaan yang terdapat di kawasan tapak bina.

2.10.2.2 Laluan Keluar Masuk dan Jalan Sementara

Laluan keluar masuk perlu diutamakan di peringkat awal pembinaan bagi


mengelakkan berlakunya kelewatan projek disebabkan tiada laluan. Menurut Syafiq
(2015), kelebaran dan keupayaan galas jalan keluar dan masuk ini perlu mencukupi
bagi menanggung beban jentera berat. Selain itu, fungsi jalan sementara adalah untuk
memudahkan pengangkutan keluar masuk bahan dan komponen dan saling berhubung
antara laluan keluar masuk, kawasan simpanan dan kerja-kerja pembinaan.
49

2.10.2.3 Menyediakan Papan Tanda Projek

Papan tanda merupakan elemen penting dalam pembinaan sesuatu projek.


Ianya juga melibatkan sebahagian daripada kos projek. Papan tanda memberi peranan
besar kepada pengguna dan meliputi pelbagai fungsi seperti pandu arah, memberi
informasi, panduan keselamatan dan sebagainya.

Menurut Suhada Sabre (2015), pembinaan struktur papan tanda perlu


mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Ianya merangkumi
kaedah dan teknik pembinaan papan tanda di dalam piawaian tersebut secara
terperinci.

2.10.3 Kerja-Kerja Tanah

Kerja-kerja tanah bermaksud penyediaan aras pembentukan (formation level)


seperti yang dikhendaki di dalam lukisan tapak. Menurut Suzee Lanar (2015), aras
pembentukan ialah aras yang dibentuk sama ada dengan memotong atau menimbus
tapak bagi menempatkan pembinaan yang dicadangkan. Kerja tapak adalah
bergantung sepenuhnya dengan keadaan tapak. Kerja-kerja tanah juga melibatkan
kerja pemotongan (excavation), penambakan (embankment), pemadatan dan
pencerunan tanah di tapak bina.

i. Pengorekan/ pemotongan

Menurut Syafiq (2015), aras tanah yang tinggi daripada aras pembentukan,
memerlukan kerja-kerja pemotongan tanah. Sesuatu tanah yang dipotong biasanya
mempunyai struktur yang padat manakala tanah yang ditimbus perlu dimampat
dan dipadatkan terlebih dahulu. Kerja-kerja pengorekkan memerlukan
penggunaan loji yang besar bagi mengorek tanah tersebut. Penggunaan jentolak,
50

jengkaut, lori, mesin pemadat digunakan bagi kerja-kerja pengorekkan tanah


(Suzee Lanar, 2015).

ii. Pemadatan

Menurut Syafiq (2015), pemadatan adalah proses untuk meningkatkan


ketumpatan tanah yang longgar dan mengeluarkan udara dan air daripada tanah
tersebut. Selain itu ianya dilakukan agar dapat mengelakkan hakisan,
mengurangkan kebolehtelapan, dan meningkatkan keupayaan galas tanah. Proses
pemadatan memerlukan ianya dilakukan dengan berperingkat di mana lapisan
demi lapisan tanah dimampatkan.

Menurut Suzee Lanar (2015), loji yang digunakan adalah penggelek getar,
penghentak atau pemadat getar. Tanah yang longgar akan dituang dan direbakkan
dalam lapisan setebal 150-250mm dan perebakan perlu dilakukan dengan jentolak.

iii. Pencerunan

Pencerunan merupakan proses untuk mendapatkan permukaan mengikut


bentuk dan kecerunan yang dikhendaki dalam pelan dan ianya melibatkan proses
merata dan melicinkan permukaan. Menurut Syafiq (2015), kecerunan adalah penting
kepada kerja tanah kerana ia menjadi penampan atau dinding semula jadi dalam dua
aras tanah yang berbeza. Ianya juga perlu dilakukan mengikut standard piawaian yang
ditetapkan.

2.10.4 Kerja Pembinaan Tembok Kawalan Hakisan

Kerja-kerja pembinaan adalah berbeza bergantung kepada jenis kaedah


pembinaan yang digunakan.
51

2.10.4.1 Kaedah Pembinaan Cerucuk Keping Keluli

Sebelum memulakan kerja penanaman cerucuk keping keluli, beberapa


peralatan perlu disediakan seperti mesin menanaman cerucuk dan jet air. Setelah itu,
cerucuk keping kemudian di letakkan di lokasi pembinaan mengikut lukisan
pembinaan yang ditetapkan. Struktur panduan perlu dilakukan bagi memastikan
cerucuk keping di letakkan dan ditanam di jajaran yang betul.

Selepas cerucuk keping di letakkan di tempat yang betul, mesin jet akan mula
memacu cerucuk keping. Penanaman cerucuk perlu menggunakan saiz tukul yang
betul dengan kaedah yang diluluskan bagi memastikan tiada kerosakan pada cerucuk
keping dan sentiasa berada pada keadaan menegak sepanjang kerja penanaman
tersebut. Penanaman cerucuk keping kedua dilakukan dengan mengunci antara ceruck
keping pertama dan kedua. Proses tersebut akan dilakukan berulang kali sehingga
jarak yang ditetapkan.

Apabila cerucuk keping siap ditanam dan terdapat lebihan setelah mencapai
had di atas tanah, cerucuk keping perlu dipotong. Pemotongan cerucuk keping perlu
dilakukan dengan kemas dan berkemahiran bagi tujuan keselamatan. Pemeriksaan
dilakukan pada sambungan kekunci untuk mengenal pasti jika cerucuk keping keluli
berada di luar sambungan kekunci dan ianya perlu dikeluarkan untuk diganti dengan
yang baru (Lee, 2009).

2.10.4.2 Kaedah Pembinaan ‘Green Terrawall Sistem’

Kaedah pembinaan ‘Green Terrawall Sistem’ adalah meliputi pemasangan unit


terramesh yang dibuka rata di atas tanah serta diregangkan untuk mengalihkan
simupulan dan liku. Seterusnya, lapisan bukan tenunan geotekstil (non-woven
geotekstile) dihamparkan pada tapak asas dan sebagai pemisah antara batu baur yang
52

diletakkan pada tanah. Batu baur yang digunakan kemudiannya diisi di atas lapisan
bukan tenunan geotekstil dengan ketebalan yang ditentukan di dalam lukisan pelan dan
dipadatkan (Maccaferri, 2015).

Kemudian, lapisan terramesh akan diletakkan di atasnya. Batu baur


kemudiannya diisi di dalam dawai sangkar dan diikat kuat bagi mengelakkan batu
tersebut terkeluar daripada sangkar. Kerja-kerja penimbusan dan pemadatan
dilakukan sehingga 90% ketumpatan maksimum yang ditentukan oleh BS 1377.
Pembenihan rumput dilakukan sebagai faktor penguat bagi sistem ini (Hesly, 2017)

2.10.4.3 Kaedah Pembinaan Batu Sangkar

Penyediaan tapak asas perlu dilakukan dengan memotong atau menambak


tanah mengikut aras yang ditetapkan di mana batu sangkar akan diletakkan di atasnya.
Seterusnya, lipatan sangkar akan dibuka di atas pemukaan yang rata dan diregangkan
bagi mengelakkan sebarang simpulan. Semua sudut lipatan perlu berada di dalam
kedudukan yang betul untuk membentuk kotak di setiap diafragma.

Kemudian, sangkar akan dilipat ke dalam secara menegak untuk membentuk


kotak segi empat tepat. Sudut atas kotak akan digabungkan dan pendawaian akan
dilakukan dengan wayar di sudut atas panel melalui gegelung dan disimpulkan
bersama-sama. Batu baur kemudian diisi di dalam sangkar dengan saiz tidak melebihi
250mm dan tidak kecil daripada saiz dawai. Sangkar kemudian diikat dengan kemas
dan ketat dan diletakkan di kawasan yang di tetapkan sebagai tembok pencegahan
hakisan (Mohd Azlan Ibrahim, 2014).
53

2.10.4.4 Kaedah Pemasangan Sangkar Tilam (Gabion Mattress)

Kaedah pemasangan sangkar tilam ini tidak jauh berbeza dengan pemasangan
batu sangkar tetapi hanya berbeza saiz. Sangkar tilam dibekalkan secara berlipat dan
setiap unit perlu dibuka dan panel diafragma akan di hamparkan di atas tapak asas.
Sudut pertama kemudian akan disambungkan dengan tepi untuk mencapai kemasan
persegi. Setiap bukaan perlu diikat mengikut kaedah bebas, gelung atau gelung
berganda.

Setiap unit adalah dipasang secara berasingan dan kemudian dipadankan


dengan unit bersebelahan untuk membentuk struktur monolitik. Lapisan geotekstil
perlu diletakkan antara permukaan tanah sebagai pemisah dan penapisan. Sangkar
perlu diisi dengan batuan secara berhati-hati dengan menggunakan mesin atau tangan
dan perlu dipadatkan untuk mengelakkan lompong-lompong minimum. Lapisan
terakhir batuan perlu seragam dengan bahagian tepi atas sangkar. Akhir sekali,
penutup hendaklah dipasang dan diikat ketat (Maccaferi, 2012).

2.10.4.5 Kaedah Pembinaan Cerucuk Keping Konkrit Pratuang

Cerucuk keping konkrit pratuang dibina di kilang dan diangkut ke tapak


pembinaan untuk proses penanaman cerucuk keping konkrit. Kaedah penanaman
cerucuk keping konkrit ini adalah sama dengan cerucuk kayu dibantu dengan mesin
pemacu dan penanaman cerucuk. Fungsi tetulang di dalam cerucuk konrkit pratuang
adalah untuk menahan tegasan yang dihasilkan disebabkan oleh pengendalian,
penghantaran dan pengangkutan dan akhirnya penerimaan.

Kemudian, mesin hentakkan akan menanam cerucuk keping konkrit pada


kedalaman yang ditentukan secara menegak. Cerucuk keping konkrit harus berada di
dalam paksi yang betul untuk mengelakkan sebarang impak daripada hentakan.
54

Seterusnya, proses pemotongan lebihan cerucuk keping konkrit dilakukan dengan


kemas (Railsystem, 2015).

2.10.4.6 Kaedah Pemasangan Lapis Lindung ‘Reno Mattress’

Penyediaan pemasangan Reno Mattress ini melibatkan pemotongan wayar


panjang yang mencukupi, dan simpulan dawai yang selamat. Selepas penyediaan,
Reno mattress akan dibawa ke tapak kerja dan akan disambungkan di sepanjang
bahagian tepi dan menegak. Kemudian, sangkar akan diisi dengan akan diisi dengan
jenis dan saiz batu yang ditetapkan. Adalah disarankan untuk mengisi batu berlebihan
di dalam sangkar untuk meratakan dan memastikan batu tersebut disusun padat supaya
rapat dengan penutup sangkar.

Apabila Reno Mattress telah sepenuhnya diisi, penutup akan ditarik dengan
ketat sehingga penutup tersebut bertemu dengan ukur lilit tepi sangkar. Penutup
sangkar perlu diikat dengan ketat di sepanjang tepi, hujung dan atas diafragma bagi
memastikan tiada batu yang terkeluar daripada sangkar tersebut (Geofabrics, 2017)

2.10.4.7 Kaedah pembinaan dinding batu (Rubble wall)

Sebelum kerja-kerja pembinan bagi kaedah dinding batu dijalankan, penentuan


lokasi dan kerja-kerja tanah perlu dilakukan. Asas konkrit bertetulang dibina mengikut
spesifikasi yang dinyatakan pada lukisan pembinaan. Asas tapak dinding batu
termasuk lapisan konkrit ‘blinding’ melibatkan proses pemadatan konkrit,
penyambungan dan kemasan. Seterusnya proses pembinaan tembok dinding batu.
Kerja-kerja padanan batu terdiri daripada saiz yang tidak tetap dan diletakkan pada
dasar yang mempunyai ketebalan minimum 100mm. Batu yang menghadap bahagian
hadapan hendaklah mempunyai ketebalan minimum 300mm dan tidak kurang
daripada 40kg.
55

Kemudian, ruang antara batu tersebut hendaklah benar-benar dipenuhi dengan


mortar yang dibuat daripada bawah ke atas dan permukaanya perlu dibersihkan untuk
mendedahkan rupa bentuk batu tersebut. Lubang titisan kemudian dibina pada jarak
1meter di sepanjang kaki dinding atau dinding batu dan di dalam dinding batu.
Seterusnya, kerja penimbusan di belakang dinding dilakukan secara progresif dengan
lapisan sekurang-kurangnya 300mm tebal dengan bahan berliang seperti batu kasar
atau batu dihancurkan (G&P Geotechnics, 2001)

2.11 Rumusan Bab

Secara umumnya, sungai mempunyai dua fungsi utama iaitu, sebagai sistem
pengairan dan bertanggungjawab terhadap semua aktiviti permukaan bumi sama ada
dengan cara melarut atau menghakis di kawasan sungai yang mengalir. Proses hakisan
bergantung kepada faktor yang mendorong berlakunya hakisan sungai. Kaedah
pemilihan pencegahan hakisan sungai yang tepat dan sesuai dengan faktor persekitaran
dapat mengelakkan hakisan sungai daripada berlaku sekaligus dapat mengurangkan
kesan yang akan terjadi daripada hakisan tersebut.

Hakisan sungai memberi kesan yang besar terhadap alam sekitar dan ekonomi
Negara. Sebagai contoh, ,kejadian banjir berlaku akibat daripada hakisan di sesuatu
kawasan dan ini menyebabkan ancaman terhadap nyawa manusia serta kemusnahan
ekosistem serta habitat di sekitar.

Seterusnya, kaedah pemilihan dan perlaksanaan pencegahan hakisan sungai


perlu mengambil kira faktor perlaksanaan dan pemilihan serta kos yang terlibat. Ini
kerana faktor-faktor tersebut memainkan peranan penting dan berkait rapat semasa
56

peringkat proses pemilihan dan perancangan. Kegagalan dalam mengenal pasti faktor
tersebut menyebabkan struktur tersebut hilang kestabilan dan akan runtuh serta
kejadian hakisan akan berulang kembali.
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul


dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong
sesuatu kajian. Ia juga mempunyai maksud yang luas berkaitan prosedur dan cara
pengolahan data bagi menyelesaikan atau menjawab persoalan penyelidikan (Yahya
et al., 2007).

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2002), metodologi bermaksud sistem


yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau
dsiplin.
58

Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih meluas dan
terperinci mengenai pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses
kajian. Secara umumnya, metodologi kajian adalah cara yang sistematik bagi
mejawab persoalan dan masalah yang diketengahkan serta aspek yang paling penting
dalam melengkapkan kajian ini. Rajah 3.1 menunjukkan carta alir metodologi kajian.

Rajah 3.1: Carta Alir Metodologi Kajian


59

3.2 Reka Bentuk Kajian

Menurut O'leary (2004), reka bentuk kajian adalah mengenai keputusan yang
dibuat merangkumi kebaikan dan keburukan serta menentukan kaedah terbaik bagi
konteks yang khusus. Ianya berfungsi sebagai panduan dalam membantu penyelidik
dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada
penyelidikan yang dijalankan.

Kajian ini memilih untuk menggunakan kaedah kualititatif bagi mendapatkan


maklumat. Menurut Jasmi (2012), penyelidikan kualitatif mempunyai bentuk data
yang tersendiri dan berbeza dengan kaedah kuantitatif. Data kualitatif ialah diperoleh
dengan cara pemerhatian, temu bual, analisis dokumen untuk mendapatkan maklumat
yang lengkap.

Menurut Yahya et al., (2007), penyelidikan kualitatif mengutamakan deskriptif


analitik, bukan statistik analitik bukan statistik numerik bagi menemukan konsep-
konsep yang terdapat di dalamnya.

3.2.1 Kajian Kes

Menurut Yusoff (2001), kajian ini menggunakan kaedah kajian kes secara
kualitatif dan melibatkan pemerhatian dan meneliti sesuatu peristiwa dan proses
mengarang yang berlaku di persekitaran yang sebenar. Melalui kaedah kajian kes,
kajian ini membolehkan pemerhatian dijalankan, berinteraksi dengan responden dan
seterusnya mendapatkan data kajian.
60

Kajian kes adalah satu kaedah mengkaji unsur-unsur sosial melalui penerangan
menyeluruh dan analisis kes sebagai contoh kajian terperinci terhadap sesuatu kajian
(O'leary, 2004)

Menurut Masri (2005), kajian kes merupakan strategi penyelidikan yang paling
sesuai untuk meneroka bidang kajian dan membolehkan kajian inu menghampiri
permasalahan penyelidikan dengan bebas dan terbuka tanpa batasan di samping
penekanan terhadap aspek yang dianggap penting.

Kajian kes menurut Creswell (2009), adalah suatu reka bentuk penyiasatan
yang didapati dalam pelbagai bidang terutamanya pernilaian dimana pengkaji perlu
membangunkan analisis kes secara mendalam. Kajian ini juga perlu mengumpul
maklumat terperinci menggunakan pelbagai prosedur pengumpulan data.

Bagi melakukan pemilihan projek yang bersesuaian dengan kajian yang


dijalankan, penulis telah mengambil inisiatif dengan mengadakan kajian kes. Kajian
kes perlu dilakukan sebelum pengumpulan data-data bagi keputusan muktamad.

3.3 Perancangan Kaedah Kajian

Bagi melancarkan proses kajian yang dijalankan, beberapa peringkat telah


ditetapkan supaya tiada pencangahan dalam dapatan maklumat kajian. Dengan
pembahagian peringkat ini, pengkaji dapat memantau proses kerja serta tahap
perkembangan yang dicapai. Peringkat-peringkat ini telah dibahagikan kepada
beberapa bahagian iaitu,:
61

i. Peringkat pertama: kajian awalan dan kajian literatur


ii. Peringkat kedua: pengumpulan maklumat
iii. Peringkat ketiga: penganalisaan data
iv. Peringkat keempat: kesimpulan dan cadangan.

3.3.1 Peringkat Pertama: Kajian Awalan dan Kajian Literatur

Pemahaman awalan ini didapati daripada penyataan masalah yang didapati


daripada media massa serta hasil pembacaan seperti jurnal, buku dan artikel. Setelah
masalah dikenal pasti, kajian ini menyenaraikan objektif kajian dan skop kajian.
Akhirnya, kajian ini menyatakan tajuk kajian serta projek kajian yang ini dijalankan
berdasarkan permasalahan dan objektif.

Kajian literatur secara umumnya adalah berkongsi dengan pembaca hasil


kajian daripada kajian yang lepas yang berkait rapat dengan kajian yang sedang
dijalankan (Creswell, 2009). Selain itu dalam petikan Creswell (2009) juga
menyatakan kajian literatur ianya sebagai rangka kerja untuk mewujudkan
kepentingan kajian sebagai penanda aras untuk membandingkan keputusan dengan
penemuan lain (Boote dan Beile, 2005).

Tujuan kajian literatur ini ialah untuk menjelaskan kajian yang dijalankan
berdasarkan maklumat dan pengetahuan yang tepat berhubung isu yang hendak dikaji.
Menurut Masri (2005), kajian literatur membantu kajian ini semasa dalam usaha
mengkhususkan isu, mengenal pasti permasalahan kajian, di samping memikirkan
strategi penyelidikan, data yang dikumpul dan jenis analisis yang perlu dipilih.
62

Bagi memantapkan pemahaman mengenai kaedah pencegahan hakisan sungai,


kajian literatur secara komprehensif iaitu, dalam bentuk pembacaan ilmiah dalam dan
luar negara sangat membantu. Selain daripada kaedah pembacaan, perbincangan
bersama penyelia dilakukan bagi mendapatkan pendapat dan bimbingan.

Menurut Boote dan Beile (2005), objektif kajian literatur adalah untuk
membezakan apa yang telah dikaji dengan apa yang perlu dikaji, menemui pemboleh
ubah yang releven dengan tajuk penyelidikan dan menggabungkan bahagian-bahagian
penulisan pelbagai rujukan yang berasingan dan mendapat presepektif yang baru
dalam topik yang sama. Selain itu, ianya juga adalah untuk memahami struktur latar
belakang subjek pendidikan yang dijalankan serta menunjukkan hubungan antara idea
dan amalan berkaitan penyelidikan yang hendak dijalankan.

3.3.2 Peringkat Kedua: Pengumpulan Maklumat

Menurut Jasmi (2012), data kualitatif mempunyai bentuk data yang tersendiri
yang berbeza dengan penyelidikan kuantitatif. Data kualitatif ialah dalam bentuk temu
bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Pengumpulan data merupakan proses
pengukuran variabel. Kajian ini perlu memilih prosedur atau teknik serta alat
pengumpulan data yang bersesuaian dengan pemasalahan kajian, strategi
penyelidikan, di samping jenis dan kewujudan data.

Terdapat dua kaedah yang terlibat dalam proses pengumpulan data iaitu, data
primer dan data sekunder. Sumber data primer adalah sampel data bertujuan yang
terdiri daripada responden iaitu, sumber data yang dikenal pasti dalam kajian serta
sumber yang arif tentang keragaman dalam gejala, berkaitan dengan perasaan,
kebiasaan, sikap, motif dan presepsi seperti temu bual. Data primer diperolehi secara
langsung hasil daripada temu bual (Ismail dan Atan, 2011).
63

Menurut Ismail dan Atan, (2011), data sekunder pula ialah daripada maklumat
yang didapati daripada sumber sedia ada iaitu, bahan bertulis seperti jurnal, tesis dan
yang berkaitan dengan kajian. Bagi kajian ini, proses pengumpulan data primer adalah
menggunakan teknik temu bual semi struktur serta analisis dokumen. Manakala bagi
data sekunder pula diperolehi daripada bahan-bahan bertulis.

3.3.3 Peringkat Ketiga: Penganalisaan Data

Penganalisaan data merupakan suatu proses yang sistematik dalam mengurus


dan memaparkan hasil dapatan kajian dalam cara yang mudah difahami. Pengumpulan
maklumat daripada data yang diperoleh melalui kedua-dua peringkat sebelum ini perlu
dianalisa dan dibandingkan. Penganalisaan dibuat dengan membentuk transkipsi hasil
daripada temu bual yang dijalankan. Proses transkrip adalah proses yang dilakukan
secara menyeluruh tanpa meninggalkan apa yang didengar dan diperhatikan (Ismail
dan Atan, 2011). Setiap analisis data dilakukan untuk mempersembahkan data kepada
bentuk yang lebih bermakna.

Bagi kaedah analisis dokumen, kajian ini perlu mengutip data atau maklumat
yang berguna daripada dokumen yang dikaji. Dokumen tersebut boleh membekalkan
maklumat berkaitan dengan isi atau permasalahan yang dikaji serta merupakan bahan
penting untuk memahami tujuan, rasional sesuatu masalah. Dengan demikian, melalui
dapatan kajian, kesimpulan dan cadangan dapat dilakukan.
64

3.3.4 Peringkat Keempat: Cadangan dan Kesimpulan

Kesimpulan dan cadangan kajian merupakan peringkat terakhir dalam


penulisan kajian. Setelah penulisan kajian lengkap, maka beberapa cadangan akan
dikemukan kepada pihak-pihak yang terlibat di dalam sektor pembinaan seperti
kontraktor-kontraktor dan konsultan berkenaan dengan kaedah pencegahan hakisan
sungai. Di samping itu, masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian
ini akan dinyatakan bersama.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian adalah alat yang digunakan untuk pengumpulan data seperti
temu bual, pemerhatian dan dokumen analisis. Kajian ini menggunakan data kaedah
pengumpulan data iaitu, temu bual semi struktur dan analisis dokumen.

i. Objektif Nombor 1

Alat kajian yang digunakan untuk pengumpulan data ialah temu bual semi
struktur. Maklumat yang diperlukan daripada responden adalah berkenaan kaedah
pencegahan hakisan tebing sungai yang dilaksanakan berdasarkan faktor
pemilihan dan perlaksanaan dalam pencegahan hakisan tebing sungai.

ii. Objektif Nombor 2

Pengumpulan data bagi objektif number dua adalah menggunakan


instrumen analisis dokumen. Maklumat yang diperlukan daripada alat kajian
tersebut adalah kos yang terlibat bagi kaedah pencegahan hakisan tebing sungai.
Dokumen analisis yang diperlukan ialah senarai kuantiti, penyata kaedah
pemasangan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
65

3.4.1 Temu bual Semi Struktur

Menurut Yusoff (2001), temu bual dianggap sebagai salah satu sumber yang
penting bagi mendapatkan maklumat dalam sesebuah kajian kes. Temu bual
merupakah kaedah pengumpulan data yang melibatkan pengkaji bertanya kepada
responden soalan terbuka (O'leary, 2004). Berdasarkan kaedah temu bual, kajian ini
memperolehi maklumat berkaitan kajian serta maklumat-maklumat lain yang
diperlukan.

Temu bual separa struktur atau semi struktur adalah menggabungkan ciri-ciri
temu bual berstruktur dan tidak berstruktur. Temu bual semi struktur adalah tidak
tetap sepenuhnya dan tidak bebas sepenuhnya dan lebih fleksibel. Ianya boleh bermula
dengan beberapa rancangan soalan yang telah didefinisikan atau beberapa soalan yang
ditakrifkan tetapi akan dikembangkan menjadi lebih menarik (O'leary, 2004).

Bagi pengumpulan data melalui temu bual, soalan ditanyakan kepada


responden dan merekod temu bual dengan kebenaran responden serta membuat catatan
nota.

Dalam kajian ini, kaedah temu bual semi struktur digunakan iaitu, di mana
soalan disediakan dan jawapan atau penerangan akan dirakam melalui perakam suara.
Kemudian, transkripsi dilakukan berdasarkan rakaman tersebut untuk dianalisis.
Temu bual separa struktur tersebut dilakukan terhadap responden bagi menjawab
segala permasalah dan objektif kajian.

Bagi memudahkan hasil dapatan proses temu bual, soalan temu bual yang
dikemukan kepada responden yang bertanggungjawab menguruskan kaedah
pencegahan hakisan sungai. Reka bentuk soalan adalah seperti berikut:
66

a. Bahagian A

Bahagian A mengandungi soalan umum berkenanan latar belakang responden


dan projek yang terlibat. Latar belakang yang dimaksudkan nama syarikat, nama
projek yang terlibat, nama responden dan lain-lain.

b. Bahagian B

Bahagian B terdiri daripada soalan-soalan untuk mencapai objektif pertama


yang diterbitkan. Objektif pertama bagi kajian ini adalah bagi mengenal pasti kaedah
yang dilaksanakan berdasarkan faktor-faktor pemilihan dan perlaksanaan untuk
mencegah hakisan tebing sungai. Berikutan itu, soalan yang dikemukan adalah
berkaitan dengan faktor perlaksanaan dan pemilihan bagi kaedah pencegahan hakisan
tebing sungai.

3.4.2 Analisis Dokumen

Penggunaan dokumen merupakan salah satu cara pengumpulan data.


Penganalisisan dokumen seperti senarai kuantiti membolehkan kajian ini menyemak
maklumat yang dikhendaki. Menurut O'leary (2004), cara yang terbaik untuk
memahami realiti penyelidikan adalah mengkaji dan meneliti dokumen yang
dihasilkan sendiri oleh responden bergantung kepada kajian yang dilakukan.

Analisis dokumen juga merupakan perancangan kaedah pengumpulan dan


penyelidikan daripada analisis dokumen yang merupakan huraian terhadap objektif
(Jasmi, 2012). Pengutipan dan pengumpulan data melalui analisis dokumen
membolehkan kajian ini menambah, membandingkan dan memperkukuhkan lagi data
yang diperolehi daripada temu bual. Ianya juga dapat membantu dalam memberikan
maklumat yang releven terhadap isu dan permasalahan yang dikaji.
67

Bagi mencapai objektif kedua bagi kajian ini adalah mengenal pasti kos yang
terlibat bagi kaedah pencegahan hakisan sungai. Berikutan itu, analisis dokumen
dilakukan dengan mengumpul data dan maklumat daripada dokumen yang diperolehi
seperti senarai kuantiti

3.5 Kaedah Analisis Data

Menurut O'leary (2004), proses analisis data kualitatif melihatkan penggunaan


induktif (meneroka) dan deduktif (mencungkil) pemikiran bagi menjana dan mentafsir
tema yang berkaitan untuk mencapai permahaman yang bermakna.

Kaedah analisis data ini melibatkan kaedah temu bual dan analisis dokumen
dan ianya bergantung kepada sumber maklumat. Ia adalah proses yang memerlukan
pengkaji mengurus dan menyusun data mentah yang diperolehi daripada kaedah yang
dipilih dan seterusnya menemui penyelesaian. (O'leary, (2004).

Analisis data ialah membuat analisis terhadap data-data yang telah


dikumpulkan dari kaedah temu bual dan analisis dokumen.

3.5.1 Analisis Kandungan

Analisis kandungan menurut Saidin dan Majid (2012), analisis kandungan ini
dikatakan objektif, sistematik dan kuantitatif kerana data yang dianalisa adalah
berkaitan dengan soalan-soalan penyelidikan (Arabi, 2002). Menurut Rosmawati
68

(2011), analisis kandungan banyak digunakan dalam bidang media dan komunikasi
untuk menganalisis dokumen serta menganalisis tema-tema daripada temu bual dan
juga pemerhatian. Kaedah analisis kandungan yang dalam kajian ini adalah untuk
meneliti kaedah pencegahan hakisan berdasarkan faktor-faktor pemilihan dan
perlaksanaan dan kos yang terlibat dalam kaedah pencegahan hakisan sungai.

3.5.1.1 Transkrip

Menurut Lebar (2009), hampir semua kajian kualitatif melibatkan kerja-kerja


transkripsi bagi data-data temu bual, rakaman video atau nota lapangan. Proses
transkrip data temu bual tidak memadai dengan hanya menulis ringkasan daripada
temu bual. Ianya boleh menyebabkan kajian ini bias terhadap perkara yang dikira
releven sahaja.

Maklumat yang telah direkod semasa temu bual dijalankan akan melalui proses
transkripsi. Ia adalah proses dimana kajian ini perlu menyalin semula data-data yang
diperoleh daripada rakaman audio yang mengandungi maklumat temu bual dengan
responden. Proses penyalinan maklumat memerlukan penelitian dan kepekaan yang
tinggi supaya tiada maklumat yang akan tertinggal. Menurut Ismail dan Atan (2011),
transkrip dilakukan secara menyeluruh tanpa meninggalkan apa juga yang didengar
semasa temu bual dijalankan. Proses menyalin atau transkripsi memberi peluang
untuk memahami dan menyelami setiap data yang diperolehi.

3.5.1.2 Menyusun Atur Data

Selepas proses transkripsi, data-data tersebut disusun atur ke dalam bahagian-


bahagian yang mudah disemak dan diperoleh di kemudian hari. Tiap-tiap transkrip
temu bual diberi nombor kod tertentu. Menurut Lebar (2009), kajian ini memerlukan
69

untuk mendengar pita temu bual, membaca data, membuat ringkasan atau memo untuk
menyesuaikan dan mengenal pasti data dan idea-idea sebelum analisis dimulakan.

Mengenal pasti setiap tema dan maklumat yang timbul daripada temu bual dan
analisis dokumen dan menjawab persoalan berkaitan tema tersebut. Apabila proses
transkripsi daripada temu bual dilakukan, proses menyusun atur data dilakukan dengan
menukarkan maklumat dengan kod-kod tertentu dan tuliskan kod kepada segmen yang
sesuai dalam transkrip.

3.5.1.3 Pengkodan

Dalam petikan Creswell (2009), koding ialah proses menyusun data dan
menulis perkataan yang mewakili kategori dalam margin (Rossman dan Raillis, 2012).
Ianya melibatkan pengambilan data teks atau gambar yang dikumpul, membahagikan
ayat atau imej ke dalam kategori dan melabelkannya dengan istilah (Creswell, 2009).

Menurut Ismail dan Atan (2011), selepas menyalin semua temu bual, kajian ini
perlu mengkodkan setiap perbualan mengikut kategori masalah atau faktor- faktor.
Langkah pertama hasil dapatan dianalisis menggunakan pengkodan terbuka di mana
pengkaji akan memecahkan, memeriksa, membanding dan mengkategorikan data.

Kajian ini akan mengumpul maklumat yang diperoleh daripada responden dan
membahagikan data tersebut mengikut kategori penetapan kod bagi setiap transkrip.
Langkah selepas menggunakan pengkodan, kajian ini akan membanding,
mengkategori, memecah dan memeriksa data. Data atau isi penting hasil daripada
temu bual akan dikodkan mengikut kekerapan perkataan yang disebut oleh responden.
70

Menurut Yusoff (2001), penetapan kod bagi setiap transkrip adalah penting
untuk memudahkan proses mendapatkan semula data dan membuat rujukan maklumat
ketika penganalisaan data. Data- data yang penting perlu dikodkan supaya ia tidak
bertukar dengan projek-projek lain yang terlibat. Kod yang digunakan adalah 01, 02,
03 dan seterusnya. Jadual 3.1 menunjukkan contoh perkumpulan dan pengkodan
objektif pertama.

Jadual 3.1: Contoh Perkumpulan Kod Objektif

Tema Sub-tema Kategori Kod

Reka bentuk di kawasan yang terdapat RB01


halangan dan terhad

Reka bentuk perlu kukuh dan RB02


berfungsi sebagai penahan kepada
tindakan tanah
Faktor reka bentuk
Reka bentuk dalam memastikan tanah RB03
berada dalam keadaan stabil dan tidak
mudah runtuh
1. Faktor
reka Jurutera perlu memastikan reka bentuk RB04
bentuk yang bersesuaian bagi kaedah yang
digunakan.
(RB) Memastikan daya penarik terhadap RB05
reka bentuk
Faktor nilai estetika
Mesra alam dan meningkatkan nilai RB06
suasana persekitarannya
RB07
Penyelenggaraan berkala atau kerap

Faktor Kaedah penyelenggaraan yang mudah RB08


penyelenggaraan dan tidak rumit.
71

3.5.1.4 Interprasi Bahan Dokumen

Menurut Lebar (2009), penggunaan dokumen biasanya melibatkan pendekatan


analisis kandungan. Menurutnya lagi, satu bentuk analisis kandungan digunakan
untuk menganalisis kandungan (Merriam, 2001). Dokumen yang diperolehi perlu
releven dan sesuai dengan objektif yang akan dicapai. Apabila dokumen diperolehi,
kajian ini perlu memastikan keaslian dan ketepatan data di dalam dokumen tersebut.

Oleh itu, bagi data yang diperolehi daripada dokumen, data dianalisis
menggunakan kaedah intepretasi. Dokumen tersebut dianalisis secara interpretasi
berdasarkan kandungan untuk mendapatkan idea dan maklumat serta membantu
mencapai objektif kajian. Selain itu, data yang diperolehi boleh digunakan bersama-
sama bukti dan dapat dibandingkan.

Data yang diperlukan adalah senarai kuantiti bagi kaedah yang digunakan di
tapak pembinaan. Seterusnya, data yang diperoleh daripada dokumen tersebut
dianalisis, dibandingkan dan disimpulkan bagi membentuk satu hasil kajian yang
memberangsangkan. Jadual 3.2 menunjukkan contoh jadual intrepretasi dokumen
analisis.

Jadual 3.2: Contoh jadual dokumen analisis


KAEDAH PROJEK
KOS Peratus (%) Kos (RM)
Kos kerja awalan
Insurans bon perlaksanaan
Insurans kerja
Insurans tanggungan awam
72

Terdapat 5 kajian kes yang terlibat bagi kajian ini dimana memberi tumpuan kepada
kawasan yang mengalami hakisan tebing sungai dan kaedah pencegahan hakisan yang
digunakan. Analisis yang dibuat adalah berdasarkan setiap kajian kes bagi mengetahui
kaedah yang dilaksanakan berdasarkan faktor-faktor perlaksanaan dan pemilihan bagi
pencegahan hakisan sungai serta kos yang terlibat dalam kaedah pencegahan hakisan
sungai.

3.6 Rumusan Bab

Kesimpulannya, analisis data kajian ini dijalankan secara berperingkat untuk


mecapai objektif kajian. Kajin ini menggunakan kaedah kajian kes yang menggunakan
kaedah kualitatif untuk mendapatkan data. Proses pengumpulan maklumat pula
menggunakan instrumen temu bual semi struktur dan analisis dokumen bagi data
primer. Manakala, bagi data sekunder, pembacaan yang menyeluruh dilakukan untuk
menghasilkan kajian literatur yang membantu dalam menentukan reka bentuk kajian
dan mendapatkan data. Data yang diperolehi berdasarkan kaedah yang digunakan
dianalisis menggunakan kaedah yang bersesuaian iaitu, analisis kandungan dan
interprasi bahan dokumen. Dapatan daripada metadologi kajian ini membantu dalam
analisis kajian.
BAB 4

ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini merupakan bahagian utama sesebuah kajian. Analisis kajian adalah
penting dalam mendapatkan maklumat dan kesimpulan terhadap kajian yang
dilakukan. Bahagian ini membincangkan analisis kepada kajian yang telah dibuat
berdasarkan data yang diperolehi daripada temu bual semi struktur dan analisis
dokumen dengan projek yang terlibat secara langsung.

Kajian tertumpu kepada kaedah yang digunakan dalam pencegahan hakisan


sungai berdasarkan faktor-faktor pemilihan dan perlaksanaan dan juga kos yang
terlibat dalam pembinaan pencegahan hakisan sungai.
74

4.2 Latar Belakang Projek

Bagi kajian yang dilakukan ini, terdapat lima projek yang telah dipilih secara
rawak daripada projek-projek yang sedang dan telah beroperasi di sekitar daerah Johor
Darul Tazim. Pemilihan dibuat berdasarkan projek yang menggunakan kaedah
pencegahan hakisan sungai bagi mengelakkan hakisan sungai daripada berlaku.
Projek-projek yang telibat didapati tidak mempunyai latar belakang projek dan kaedah
yang sama. Latar belakang projek seperti yang dinyatakan dalam Jadual 4.1.

Jadual 4.1: Latar Belakang Projek


Kos Projek
Projek Kaedah Nama Projek
(RM)

Cadangan Membina dan Menyiapkan


Cerucuk Keping
sebuah 'Tidal Gate' dan 'Pumping Station'
A konkrit 2,424,193.50
serta Kerja-Kerja Berkaitan di Sg. Kemang,
Pra tuang
Kota Tinggi, Johor Darul Tazim

Kerja-kerja Membina Tembok Kawalan


Hakisan dan Kerja-kerja Berkaitan di
B Batu sangkar 157,940.00
Sungai Skudai, Kampung Separa, Kulai,
Johor.
Rancangan Tebatan Banjir Lembangan
‘Green Terawall
C Sungai Tiram, Johor Bahru, Johor. Serta 441,928.84
Sistem’
kerja-kerja berkaitan.
Program Pemuliharaan Sungai untuk
Mengurangkan Risiko Banjir di Anak
Cerucuk Keping
D Sungai Skudai, Johor Bahru, Johor. (Kerja- 308,693.20
Keluli
Kerja Penstabilan Tebing dan Pengorekan
Sungai)
Program Pemuliharaan Sungai untuk
Mengurangkan Risiko Banjir di Sungai
E Dinding Batu 151,198.40
Plentong (Kampung Plentong Baru), Johor
Bahru, Johor
75

Kajian ini melibatkan lima buah projek yang berbeza di mana setiap kaedah
pencegahan hakisan sungai yang dilakukan adalah berbeza bagi setiap projek.
Berdasarkan Jadual 4.1, menunjukan kaedah yang digunakan adalah kaedah cerucuk
keping konkrit pratuang, batu sangkar, ‘Green Terrawall Sistem’, cerucuk keping
keluli, dan dinding batu. Data kajian kes ini diperolehi daripada daerah yang berbeza
di sekitar Johor Darul Tazim iaitu, Jabatan Pengairan dan Saliran Daedah Larkin,
Daerah Kota Tinggi dan Daerah Kulai.

Kelima-lima kajian kes ini perolehi daripada pensampelan bertujuan di mana


setiap projek yang terlibat telah dikenal pasti terlebih dahulu dari segi data yang boleh
didapati. Projek-projek adalah tidak berkaitan antara satu sama lain kecuali bagi
projek di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah Larkin berkongsi daerah yang
sama tetapi berlainan lokasi dan jenis kaedah.

Daripada hasil kajian, setiap projek bersetuju bahawa faktor berlakunya


hakisan sungai adalah bergantung kepada pemilihan kaedah pencegahan hakisan
sungai. Manakala bagi kos pula, ianya adalah bergantung kepada bajet yang
diperuntukkan oleh kerajaan bagi sesebuah kawasan yang terlibat dengan hakisan
sungai.

Bagi kelima-lima projek, responden adalah jurutera daerah yang menguruskan


perlaksanaan dan pemilihan kaedah pencegahan hakisan sungai yang bersesuai dengan
kawasan berlakunya hakisan serta kos yang diperuntukkan untuk membina dan
membaik pulih kawaasan tersebut.
76

4.3 Projek A: Cadangan Membina dan Menyiapkan sebuah 'Tidal Gate' dan
'Pumping Station' serta Kerja-Kerja Berkaitan di Sg. Kemang, Kota
Tinggi, Johor Darul Tazim

Jadual 4.2, menunjukkan butiran terperinci bagi Projek A yang terletak di Sg.
Kemang, Kota Tinggi, Johor Darul Tazim. Projek ini dilaksanakan pada tahun 2014
dan menggunakan kaedah pencegahan hakisan sungai cerucuk keping konkrit
pratuang.

Jadual 4.2: Butiran terperinci Projek A

Bil. Projek A

Cadangan Membina dan Menyiapkan sebuah 'Tidal


Gate' dan 'Pumping Station' serta Kerja-Kerja
1. Nama projek
Berkaitan di Sg. Kemang, Kota Tinggi, Johor Darul
Tazim

2. Lokasi Projek Sg. Kemang, Kota Tinggi, Johor Darul Tazim


3. Kaedah Cerucuk Keping Konkrit Pratuang
4. Kos Projek RM 2,424,193.50
Tempoh
5. 12 minggu
Pembinaan
6. Jarak projek 220 meter

4.3.1 Perlaksanaan Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai Berdasarkan


Faktor Pemilihan Dan Perlaksanaan

Objektif ini membincangkan dan dibahagi kepada beberapa faktor seperti


faktor kos pembinaan, faktor reka bentuk, faktor ciri-ciri tanah, faktor kaedah
pembinaan dan faktor keadaan dan lokasi tapak.
77

4.3.1.1 Faktor Kos Pembinaan

Bagi Projek A, faktor kos pembinaan merupakan elemen penting yang perlu
diambil kira sebelum perlaksanaan sesebuah kaedah. Jabatan Pengairan dan Saliran
(JPS) akan menerima sejumlah peruntukan bagi kerja membaik pulih atau membina
tembok penahan yang runtuh disebabkan oleh hakisan sungai atau kegagalan kaedah
itu sendiri.

Oleh itu, kaedah pembinaan cerucuk keping konkrit pratuang ini dibina
berdasarkan peruntukan yang telah diberi oleh kerajaan iaitu, sebanyak RM2,
424,193.50 bagi kerja membaik pulih kawasan yang terlibat dengan hakisan sungai.
Melalui peruntukan yang diberikan, kerja-kerja yang dilakukan adalah memfokuskan
pada kawasan yang terlibat dengan hakisan terlebih dahulu dan kos keseluruhan projek
adalah bergantung sepenuhnya dengan peruntukan yang diberi.

4.3.1.2 Faktor Reka Bentuk

Faktor reka bentuk adalah terdiri daripada reka bentuk kaedah yang dipilih,
nilai estetika yang terdapat dalam kaedah tersebut serta faktor penyelenggaraan seperti
berikut:

i. Reka bentuk

Selain daripada faktor kos pembinaan, faktor reka bentuk amat memainkan
peranan penting bagi memastikan pemilihan dan perlaksanaan sesuatu kaedah itu
dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kegagalan atau kejayaan sesuatu kaedah adalah
bergantung kepada faktor reka bentuk kerana reka bentuk yang tidak sesuai akan
menyebabkan kegagalan sesuatu struktur kaedah yang dipilih.
78

Kaedah cerucuk keping konkrit bagi Projek A direka mempunyai struktur yang
stabil kerana terdapat anchor road yang ditarik daripada belakang cerucuk keping
konkrit dan kemudian diikat dengan rasuk konkrit bertetulang atau penutup rasuk. Tie
road ini adalah sebagai salah satu faktor kestabilan dan penahan bagi cerucuk keping
konkrit yang dibina daripada condong ke depan.

Selain itu, Projek A juga mengambil kira kegagalan bagi kaedah yang dibina
sebelum ini iaitu, tembok penahan ‘Post and Panel’. Hal ini kerana kaedah tersebut
adalah tidak sesuai dengan keadaan tanah serta sungai itu sendiri di mana alur sungai
di Sungai Johor adalah deras dan terlibat dengan fenomena air pasang surut. Ianya
sekaligus turut menyebabkan tembok penahan tersebut terhakis dan runtuh. Bagi
mengelakkan berlakunya kegagalan tembok penahan, di bahagian hadapan sungai di
letakkan batu sebagai alat menguatkan kestabilan cerucuk keping konkrit ini.

Oleh itu, kajian mengenai kawasan Projek A dilakukan bagi memastikan


kaedah cerucuk keping konkrit adalah sesuai bagi kawasan tersebut dan boleh
digunakan bagi tempoh jangka masa yang panjang.

ii. Faktor nilai estetika

Bagi Projek A, Jabatan Pengairan dan Saliran menggunakan kaedah cerucuk


keping konkrit pratuang dan kaedah ini tidak begitu menitik beratkan faktor nilai
estetika dan lebih bergantung kepada fungsi binaan itu dibina. Hal ini kerana,
pembinaan kaedah pencegahan hakisan sungai biasanya adalah bergantung kepada
akses dan sektor perlancongan. Namun begitu, kawasan bagi Projek A adalah terletak
di kawasan perkampungan dan bukan menjadi tumpuan perlancongan. Oleh yang
begitu, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran membuat keputusan bahawa kaedah yang
dibina bagi Projek A adalah tidak sesuai bagi keadaan yang memerlukan pernilaian
faktor nilai estetika.
79

iii. Faktor penyelenggaraan

Selanjutnya, Projek A tidak memerlukan penyelenggaraan bagi elemen


cerucuk keping konkrit. Namun begitu, penyelenggaraan dilakukan jika terdapat
penanaman rumput yang dibina di atas permukaan tebing bagi memastikan tiada
tumbuhan berakar kerana akan menganggu sistem tembok penanahan itu sendiri. Oleh
itu, Jabatan Pengairan dan Saliran membuat keputusan bahawa tumbuhan yang
ditanam memerlukan penyelenggaraan namun tidak kerap bergantung kepada
pertumbuhan akar tumbuhan tersebut dan minimum.

4.3.1.3 Faktor Ciri-Ciri Tanah

Faktor ciri-ciri tanah bagi Projek A adalah melibatkan kaedah yang


memerlukan penyiasatan tanah dilakukan. Oleh itu, Jabatan Pengairan dan Saliran
membuat keputusan bahawa penyiasatan tanah adalah perlu dilakukan bagi kaedah ini
kerana ianya memerlukan penelitian yang khusus mengenai jenis tanah, kedalaman
tanah di kawasan tersebut sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan.

Penyiasatan tapak dilakukan bagi mengenal pasti kedalaman yang boleh


dicapai serta jenis tanah di kawasan tersebut. Hasil daripada penyiasatan tersebut
mendapati bahawa tanah di kawasan berkenaan adalah jenis tanah liat yang keras dan
ianya tidak sesuai bagi kerja penanaman secara terus. Selain itu, apabila penyiasatan
tanah dilakukan, terdapat stratum yang keras hasil daripada penyiasatan tanah. Oleh
itu, penyiasatan tanah amat penting kerana kerja-kerja pembinaan dan reka bentuk
tidak dapat dilakukan tanpa mengambil kira keadaan tanah.

Seterusnya, hasil daripada penyiasatan tanah yang dijalankan, menunjukkan


bahawa Projek A adalah lebih sesuai menggunakan kaedah cerucuk keping konkrit
berbanding kaedah lain kerana kawasan tersebut tidak terdapat kecerunan dimana
80

kaedah pembinaan cerucuk keping konkrit ini tidak sesuai bagi kawasan yang bercerun
atas faktor kestabilannya.

4.3.1.4 Faktor Kaedah Pembinaan

Faktor kaedah pembinaan merangkumi kaedah pembinaan bagi kaedah


cerucuk keping konkrit pratuang dan bahan binaan seperti berikut:

i. Faktor kaedah pembinaan

Bagi penggunaan kaedah cerucuk keping konkrit pratuang Projek A, kaedah


pembinaan yang digunakan adalah bergantung kepada keadaan tapak serta geoteknik
tanah di kawasan tersebut. Hal ini kerana tanah di kawasan Projek A adalah tanah liat
keras dan memerlukan teknik pre-boring sebelum kerja-kerja penanaman cerucuk
keping konkrit dilakukan.

Selain itu, berdasarkan MYCESSM, jarak saiz panjang adalah mengikut meter
persegi, tetapi bagi keseluruhan kawasan hakisan yang terlibat adalah sepanjang 220
meter. Oleh itu, kerja pembinaan dan pemasangan cerucuk keping konkrit dibuat
secara bersilih ganti dengan panjang cerucuk adalah 12 meter. Disebabkan ketinggian
tebing dengan dasar sungai adalah 5 meter, maka penggunaan kaedah bag pasir dan
batu sangkar tidak sesuai bagi kawasan tersebut kerana aliran air sungai yang deras
dan berlumpur serta daya ketahanan bahan binaan tersebut itu sendiri.

Oleh itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat keputusan bahawa
kerja–kerja pembinaan yang tepat dan berkesan dapat mengelakkan sebarang risiko
kelewatan projek serta kegagalan kaedah pencegahan hakisan tebing sungai di
kawasan tersebut.
81

ii. Faktor Bahan Binaan

Faktor bahan binaan adalah salah satu elemen penting dalam pembinaan
pencegahan hakisan tebing sungai. Bahan binaan yang digunakan adalah bergantung
kepada kaedah pencegahan hakisan yang digunakan dan bahan binaan tersebut telah
dinyatakan oleh Jabtan Pengairan dan Saliran (JPS) di dalam senarai kuantiti berserta
spesifikasi dan jenis yang digunakan.

Projek A menggunakan bahan binaan yang berkualiti dan mengikut spesifikasi


yang ditetapkan oleh JPS seperti penggunaan cerucuk keping konkrit pratuang serta
bahan-bahan lain. Oleh itu, JPS akan memastikan pihak kontraktor mematuhi
spesifikasi yang ditetapkan dan juga mendapat kelulusan SIRIM bagi bahan-bahan
yang digunakan. Hal ini demikian kerana, bagi memastikan bahan yang digunakan
bagi kaedah cerucuk keping itu berkualiti dan tidak mempengaruhi sistem kaedah
tersebut.

4.3.1.5 Faktor Lokasi dan Keadaan Tapak

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat keputusan bahawa keadaan


tapak bagi kawasan tersebut adalah bersesuaian bagi kaedah yang digunakan iaitu,
cerucuk keping konkrit pratuang. Ianya adalah berdasarkan faktor reka bentuk serta
keadaan tanah di kawasan itu setelah penelitian dibuat. Selain itu, kawasan tersebut
mempunyai akses keluar dan masuk yang baik dan tidak bermasalah bagi laluan jentera
serta pengangkutan bahan binaan. Sesuatu kawasan pembinaan perlu menyediakan
laluan bagi jentera keluar dan masuk tapak pembinaan bagi memudahkan kerja-kerja
pembinaan dan mengelakkan kelewatan dalam penyiapan kerja.

Lokasi tapak pembinaan adalah sesuatu elemen yang penting kerana ianya
bergantung kepada kemahiran kontraktor untuk menyelesaikan masalah berkaitan
dengan lokasi tapak. Lokasi bagi Projek A adalah di Sungai Kemang yang terdapat di
82

sekitarnya melibatkan beberapa taman dan kampung yang padat. Oleh itu, JPS telah
mengambil kira faktor lokasi tapak agar ianya bersesuaian dengan kaedah pencegahan
yang digunakan agar penduduk sekitarnya tidak terganggu serta tidak mendatangkan
sebarang kemusnahan harta benda bagi kawasan perumahan tersebut.

4.3.2 Kos yang Terlibat

Jadual 4.3, menunjukkan kos-kos yang terlibat bagi Projek A. Kos-kos


tersebut merangkumi kos pembinaan tembok kawalan hakisan, kos memperbetulkan
cerucuk keping konkrit yang sedia ada, longkang konkrit bertetulang bentuk U dan
pre-boring.

Jadual 4.3: Kos Pembinaan Projek A


Jumlah Kos
Bil Item Peratus
(RM)
1 Kerja-Kerja Awalan
a Insurans 5,000.00 0.21%
b Menyediakan gambar 500.00 0.02%
c Menyediakan papan tanda 1,500.00 0.06%
Jumlah 7,000.00 0.29%
2 Kerja Pembersihan Kawasan
a Membersihkan kawasan 63,000.00 2.60%
Jumlah 63,000.00 2.60%
3 Kerja-Kerja Pembinaan Tembok Kawalan Hakisan
a Menyediakan jentera, askses 2,000.00 0.08%
b Setting out' mengikut grid 3,000.00 0.12%
Membekal dan menghantar cerucuk keping
c konkrit pratuang 270,000.00 11.14%
d Kerja penanaman cerucuk 36,000.00 1.49%
e Menyediakan penutup rasuk 36,000.00 1.49%
f Memadatkan pasir berbutir di belakang cerucuk 63,000.00 2.60%
g Hampar ts 700 geotekstil di asas cerucuk 16,200.00 0.67%
h Memadatkan pasir import hingga aras pelantar 77,000.00 3.18%
i Hampar ts 700 geotekstil di lapis lindung batu 14,175.00 0.58%
83

Jumlah Kos
Bil Item Peratus
(RM)
Meletakkan Batu Granit (230-500mm) Di
j Lapis Lindung Batu 80,000.00 3.30%
Jumlah 597,375.00 24.64%
4 Memperbetulkan Cerucuk Keping Konkrit Pratuang Sedia Ada
Membekal dan menghantar cerucuk keping
a konkrit pratuang 567,000.00 23.39%
b Kerja penanaman cerucuk 54,000.00 2.23%
c Menyediakan penutup rasuk 54,000.00 2.23%
d Memadatkan pasir berbutir di belakang cerucuk 94,500.00 3.90%
e Hampar ts 700 geotekstil di asas cerucuk 24,300.00 1.00%
f Memadatkan pasir import hingga aras pelantar 99,000.00 4.08%
g Hampar ts 700 geotekstil di lapis lindung batu 21,300.00 0.88%
Meletakkan Batu Granit (230-500mm) Di
h Lapis Lindung Batu 120,000.00 4.95%
Jumlah 1,034,100.00 42.66%
5 Konkrit Bertetulang Longkang
a Membina U-Drain (600x600mm 40,500.00 1.67%
b Penanaman rumput 22,500.00 0.93%
Membenarkan reka bentuk, penyediaan lukisan
c dan pengesahan 30,000.00 1.24%
Jumlah 93,000.00 3.84%
6 Pre-Boring
a Menyediakan peralatan loji dan pekerja 20,000.00 0.83%
- Gerudi 600mm Ø 17.63%
427,500.00
b - Menanam 12m Cerucuk Konkrit 0.00%
Mengendalikan cerucuk konkrit pratuang
c sehingga penembusan dibenarkan 45,000.00 1.86%
Jumlah 492,500.00 20.32%
GST 137,218.50 5.66%
Kos Keseluruhan Projek (RM) 2,424,193.50 100.00%
Kos per meter (RM/m) 11,019.06

i. Kos kerja awalan

Berdasarkan Jadual 4.3, menunjukkan kerja-kerja awalan bagi Projek A


adalah memperuntukkan sejumlah wang RM7,000.00 Kos kerja-kerja awalan
adalah termasuk penyediaan gambar bagi semasa pelaksanaan kerja, sebelum dan
selepas. Selain itu, kos bagi penyediaan papan tanda adalah RM1,500.00 Papan
tanda projek adalah merangkumi butiran mengenai projek yang sedang dijalankan,
papan tanda amaran kerana kawasan sungai tersebut adalah terdedah dengan
84

kawasan perumahan yang boleh mengakibatkan kemalangan terhadap penghuni


kawasan tersebut jika tidak berhati-hati.

ii. Kos kerja-kerja pembersihan

Berdasarkan Jadual 4.3, menunjukkan kerja-kerja pembersihan


merekodkan jumlah sebanyak RM63,000.00 daripada kos projek. Kerja-kerja
pembersihan adalah termasuk membersihkan kawasan yang terlibat dengan
hakisan tebing sungai. Pembinaan tembok kawalan hakisan yang sebelum ini telah
runtuh dan masuk ke dalam sungai, oleh itu, kerja pembersihan di dasar sungai
dilakukan untuk mengelakkan pemendapan sisa buangan di dasar sungai. Selain
itu, Sungai Kemang juga terdedah dengan mendapan pasir terutama di bahagian
tengah sungai serta kawasan sekitar juga terdedah dengan rumput panjang dan
perlu dibersihkan bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan.

iii. Kos pembinaan tembok kawalan hakisan

Berdasarkan Jadual 4.3, menunjukkan kos bagi kerja-kerja pembinaan


tembok kawalan hakisan di Sungai Kemang iaitu, RM597,375.00. Kerja-kerja
tersebut adalah melibatkan kerja penyediaan peralatan dan mesin bagi penanaman
cerucuk iaitu, kren, mesin hidraulik atau mesin getaran (vibratory Pile).
Pembinaan tembok kawalan hakisan dibina kerana hakisan tebing di Sungai
Kemang berlaku dengan serius disebabjan oleh fenomena air pasang bertembung
dengan kejadian hujan lebat dan menyebabkan hakisan tebing berlaku.

Seterusnya, kerja penanaman cerucuk keping konkrit dan membina


penutup rasuk dilakukan dengan menggunakan acuan konkrit, tetulang dan plat
keluli. Kemudian, pasir berbutir akan dipadatkan di belakang cerucuk yang bina
dan geotekstil akan dihamparkan pada asas cerucuk. Seterusnya, bahan import
akan diisi dan dipadatkan sehingga mencapai aras pelantar yang dikhendaki.
Lapisan geotekstil akan dihamparkan pada lapis batu perlindung dan juga lapisan
batu granit bersaiz 230mm hingga 500mm sebagai timbusan bagi lapis lindung
bagi mengekalkan kestabilan tanah dan binaan di atasnya.
85

iv. Kos memperbetulkan tembok penahan pratuang sedia ada

Merujuk pada Jadual 4.3 bagi Projek A, kos bagi kerja memperbetulkan
tembok penahan pratuang sedia ada adalah sebanyak RM1,034,100.00 dimana kos
ini merupakan kos yang paling tinggi yang digunakan dalam proses berkaitan
memperbetulkan tembok penahan sedia ada dan mempunyai peratusan sebanyak
42.66 peratus daripada kos pembinaan Projek A.

Bagi kerja memperbetulkan tembok penahan pratuang sedia ada di Sungai


Kemang, ianya melibatkan kerja-kerja yang sama seperti kerja pembinaan tembok
kawalan hakisan. Kerja-kerja ini dilakukan kerana tembok penahan tersebut perlu
diperbetulkan sebelum disambung dengan tembok penahan hakisan yang baru
dibina. Tembok sedia ada telah runtuh disebabkan oleh keadaan tanah di kawasan
tersebut yang tidak sesuai serta aliran deras sungai tersebut.

v. Kos pembinaan longkang konkrit bertetulang bentuk U

Berdasarkan Jadual 4.3, menunjukkan kos pembinaan longkang bentuk U


adalah sebanyak RM 93,000.00 daripada kos keseluruhan. Manakala, pecahan kos
yang paling tinggi dalam elemen ini ialah kos bagi mereka bentuk dan penyediaan
spesifikasi. Hal ini kerana, longkang konkrit bertetulang bentuk U dibina dengan
saiz 600mm x 600mm mengikut spesifikasi British Standard. Selain itu, longkang
U ini juga direka bentuk dengan mengambil kira beban yang ditanggung oleh
longkang dan juga lubang titisan (weep hole) yang terdapat pada longkang tersebut.

Seterusnya, longkang konkrit bertetulang bentuk U dibina pada permukaan


tembok penahan bagi pengaliran air supaya tidak menganggu sistem tembok
penahan. Kerja-kerja penanaman rumput kemudian dilakukan bagi menguatkan
struktur dan mengurangkan kelajuan air aliran permukaan.
86

vi. Kos pre-boring

Disebabkan oleh faktor tanah Projek A adalah jenis tanah liat keras, maka
keadaan tersebut tidak sesuai bagi penanaman cerucuk keping konkrit secara terus.
Oleh itu kaedah pre-boring digunakan bagi kerja penanaman cerucuk. Kerja
penanaman ini termasuk pemasangan dan perobohan peralatan jenteran mesin dan juga
pekerja. Berdasarkan Jadual 4.3, menunjukkan 20.32 peratus meliputi kerja
mengerudi lubang berukuran 600mm dan penanaman 12 meter cerucuk keping
konkrit.

4.4 Projek B: Kerja-kerja Membina Tembok Kawalan Hakisan dan Kerja-


kerja Berkaitan di Sungai Skudai, Kampung Separa, Kulai, Johor

Jadual 4.4 menunjukkan butiran bagi Projek B. Kaedah yang digunakan bagi
Projek B ialah Batu Sangkar (Gabion Wall). Tempoh pembinaan bagi projek ini
adalah selama 8 minggu.

Jadual 4.4: Butiran Projek B

Bil. Projek B
1
Kaedah Batu Sangkar (Gabion wall)
2
Kerja-kerja Membina Tembok Kawalan Hakisan
Nama projek dan Kerja-kerja Berkaitan di Sungai Skudai,
Kampung Separa, Kulai, Johor.

3 Lokasi Projek Sungai Skudai, Kampung Separa, kulai, johor.


4 Kos Projek RM157,940.00
5 Tempoh Pembinaan 8 minggu
6 Jarak projek 60 meter
87

4.4.1 Perlaksanaan Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai Berdasarkan


Faktor Pemilihan dan Perlaksanaan

Faktor-faktor pemilihan dan perlaksanaan bagi kaedah pencegahan hakisan


merangkumi beberapa faktor seperti faktor kos pembinaan, faktor reka bentuk, faktor
lokasi dan keadaan tapak dan faktor kaedah pembinaan.

4.4.1.1 Faktor Kos Pembinaan

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kos pembinaan bagi Projek B
adalah berdasarkan peruntukan yang diberi oleh pihak kerajaan bergantung kepada
sesuatu kawasan yang terlibat dengan kejadian hakisan tebing sungai. Oleh itu, bagi
lokasi projek yang mengalami hakisan tebing sungai iaitu, di Sungai Skudai, Kampung
Separa ini, JPS membuat keputusan memilih kaedah pencegahan hakisan tebing sungai
batu sangkar bagi kawasan tersebut kerana kos pembinaan batu sangkar adalah lebih
murah dan mudah pemasangannya berbanding kaedah lain. Selain itu, disebabkan
nilai kos bagi Projek B yang diperuntukkan adalah tidak besar, maka kaedah batu
sangkar ini adalah sesuai bagi kawasan hakisan yang tidak terlalu serius dan tidak
memerlukan penggunaan peralatan dan mesin yang mahal.

4.4.1.2 Faktor Reka Bentuk

Faktor reka bentuk merangkumi reka bentuk kaedah yang dipilih, nilai estetika
dan penyelengaraan seperti berikut:
88

i. Faktor reka bentuk

Reka bentuk bagi kaedah batu sangkar Projek B ini mempunyai reka bentuk
yang standart dimana saiz sangkar adalah terdiri daripada 1m x 1meter x 1meter dan 2
meter x 1 meter x 1 meter. Namun begitu, bagi Projek B, saiz sangkar yang digunakan
adalah bersaiz 1 meter x 1 meter x 1 meter kerana reka bentuk sangkar yang kecil akan
memudahkan proses pengangkutan bahan binaan ke tapak pembinaan dimana tapak
pembinaan Projek B adalah berhampiran dengan kawasan penempatan.

Seterusnya, reka bentuk wayar yang digunakan sebagai sangkar memainkan


peranan penting kerana jangka hayat kaedah ini adalah bergantung kepada jenis wayar
sangkar tersebut. Struktur batu sangkar ini akan gagal jika wayar yang digunakan
tidak tahan karat. Namun begitu, sebagai kaedah alternatif, kaedah Riprap boleh
digunakan kerana kaedah tersebut mempunyai komponen yang sama seperti batu
sangkar tetapi harus mengambil kira ketinggian cerun. Jika ketinggian cerun melebihi
4 meter, maka kaedah batu sangkar sesuai digunakan berbanding kaedah Riprap yang
hanya terhad kepada ketinggian cerun tidak melebihi 2 meter.

ii. Faktor nilai estetika

Bagi kaedah batu sangkar di Sungai Skudai ini, faktor nilai estetika bagi kaedah
batu sangkar ini diambil kira kerana penggunaan kaedah batu sangkar biasanya lebih
mesra alam dan mempunyai daya penarik jika disusun dengan kemas. Walaupun ianya
disusun secara bertingkat dan padat, aliran air masih boleh mengalir dan tidak
menyebabkan pengaliran air terhalang.

iii. Faktor penyelenggaraan

Bagi kaedah batu sangkar bagi Projek B, pembinaannya tidak memerlukan


penyelenggaraan kerana sangkar yang dibekalkan adalah tahan karat dan berkualiti.
Namun begitu, semburan bahan anti karat perlu dilakukan semasa pemasangan bagi
meningkatkan tempoh jangka hayat sangkar tersebut.
89

4.4.1.3 Faktor Ciri-Ciri Tanah

Bagi kawasan Sungai Skudai, kawasan sungai adalah tanah berpasir dan tanah
liat merah di sebahagian tempat. Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran, tanah
berpasir adalah lebih mudah runtuh kerana ianya bersifat ringan dan partikel longgar
antara satu sama lain. Namun begitu, kaedah batu sangkar adalah bersesuaian dengan
semua jenis tanah seperti Projek B. Apabila batu sangkar siap dibina, pasir masih boleh
masuk melalui celah-celah batu sangkar apabila hujan lebat dan menjadikannya suatu
struktur yang lebih kuat.

4.4.1.4 Faktor Kaedah Pembinaan

i. Kaedah pembinaan

Pemilihan kaedah batu sangkar sebagai kaedah pencegahan hakisan Sungai


Skudai ini turut mengambil kira kaedah pemasangan sangkar tersebut. Kaedah
pemasangan adalah bergantung dengan kawasan dan ketinggian cerun. Jika kecerunan
tebing sungai adalah tinggi, batu sangkar akan disusun secara bertingkat dengan
meletakkan bilangan batu sangkar di bahagian bawah lebih banyak berbanding di
bahagian atas.

Selain itu, bagi memastikan batu sangkar tersebut stabil dan kukuh, sangkar
perlu diikat dengan kuat bagi mengelakkan ianya daripada runtuh. Bagi Projek B,
susunan batu disusun dengan susunan 2:2:1:1 bagi mendapatkan ketinggian yang sama
serta struktur yang lebih kukuh dan stabil. Selain itu, susunan yang baik ianya nampak
lebih kemas dan memenuhi spesifikasi di dalam pelan.
90

ii. Faktor bahan binaan

Bahan binaan yang digunakan bagi kaedah batu sangakar bagi Projek B ini
perlu mendapat kelulusan daripada SIRIM dan ianya perlu tahan karat kerana sangkar
yang digunakan adalah dawai dan mudah berkarat jika terdedah dengan air serta faktor
sekitarnya. Selain itu, saiz batu yang digunakan bagi kaedah ini perlulah bersaiz
100mm sehingga 200mm bagi memastikan batu tersebut kekal berada di dalam
sangkar.

Seterusnya, sumber bahan binaan yang diperolehi perlu mudah untuk didapati
dan sebarang kelewatan bahan sampai ke tapak pembinaan akan menyebabkan
kelewatan projek siap mengikut tempoh yang ditetapkan. Disebabkan oleh kaedah
batu sangkar ini tidak memerlukan bahan binaan yang banyak dan rumit, maka sumber
bahan binaan adalah mudah didapati di sekitar Sungai Skudai, Johor.

4.4.1.5 Faktor Keadaan dan Lokasi Tapak

Lokasi Projek B terletak di Sungai Skudai, Johor dan keadaan tapak di kawasan
tersebut adalah dalam keadaan baik dan mempunyai ruang yang cukup bagi akses
keluar dan masuk bagi laluan jentera serta pengangkutan bahan binaan. Selain itu,
kaedah yang digunakan adalah sesuai dengan keadaan tapak tersebut atas faktor
kawasan hakisan itu sendiri. Kaedah batu sangkar merupakan kaedah yang mudah
dari segala aspek dan ianya masih boleh dibina jika kawasan tersebut tidak mempunyai
ruang yang cukup bagi akses laluan jentera mahupun pembinaan.

Disebabkan lokasi tapak tersebut adalah berdekatan dengan penempatan,


kontraktor perlu memikirkan alternatif supaya kerja-kerja pembinaan dan
pengangkutan bahan binaan tidak terganggu dan menyebabkan kelewatan projek.
Namun begitu, jika lokasi berlaku hakisan berada di kawasan pendalaman hutan dan
91

tiada penempatan, pencegahan hakisan di lokasi tersebut akan menjadi tindakan


terakhir yang akan di ambil kerana kawasan itu tidak terdedah dengan bahaya.

4.4.2 Kos yang Terlibat

Jadual 4.5, menunjukkan pecahan kos yang terlibat bagi pembinaan tembok
pencegahan hakisan sungai.

Jadual 4.5: Kos yang terlibat Projek B


Jumlah
Bil Item Peratus
Kos (RM)
1 Kerja-kerja Awalan
a Polisi Insuran Tanggungan Awam 200.00 0.13%
b Polisi Insuran Pampasan Kerja 200.00 0.13%
c Menyediakan papan tanda projek 300.00 0.19%
d Menyediakan gambar-gambar 200.00 0.13%
Jumlah 900.00 0.57 %
2 Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan
a Kerja-kerja pembersihan 6,000.00 3.80%
Jumlah 6,000.00 3.80%
3 Pembinaan Tembok Kawalan Hakisan
a Lapisan GML20 High Strenght Geotextile. 2,100.00 1.33%
- Membekal dan menghampar Batu Armour
Rock bersaiz
b 12,000.00 7.60%
- 100mm-200mm (2m lebar x 1m tinggi)
sebagai tapak asas.
- Gabion tahan karat dengan susunan 2:2:1:1
c - Erosion Control Blanket 122,400.00 77.50%
- MTS200 geotextile termasuk
- Menyusun batu didalam sangkar.
d Membekal dan memadat tanah import 5,600.00 3.55%
Jumlah 142,100.00 89.97%
GST (6%) 8,940.00 5.66%
Kos Keseluruhan Projek (RM) 157,940.00 100.00%
Kos per meter (RM/M) 2,632.33
92

i. Kos kerja Awalan

Berdasarkan Jadual 4.5, kerja-kerja awalan bagi Projek B ini merangkumi kos-
kos polisi insurans tanggungan awam dan polisi insurans pampasan kerja masing-
masing berperatusan 0.13 peratus bagi keseluruhan kerja-kerja awalan. Namun begitu,
peratusan bagi penyediaan gambar-gambar projek adalah lebih tinggi iaitu, sebanyak
0.19 peratus berbanding kerja awalan lain. Hal ini kerana, gambar-gambar yang perlu
disediakan adalah merangkumi gambar kemajuan kerja sebelum, semasa dan selepas
projek dijalankan bagi proses membuat laporan kemajuan. Selain itu, Projek B, papan
tanda perlu disediakan sebagai maklumat mengenai pembinaan seperti yang ditetapkan
oleh penguatkuasa.

ii. Kos kerja pembersihan kawasan

Kos kerja pembersihan kawasan sebelum kerja pembinaan tembok kawalan


hakisan dilakukan dengan membersih dan membawa keluar segala benda asing yang
boleh menghalang kelancaran pembinaan dan aliran air. Disebabkan lokasi Projek B
ini terletak di kawasan yang bersemak samun dan belukar, maka berdasarkan Jadual
4.5, kerja pembersihan kawasan memerlukan kos berjumlah berjumlah RM6,000.00
daripada keseluruhan kos pembinaan tembok kawalan hakisan jenis batu sangkar.

iii. Kos pembinaan tembok kawalan hakisan

Berdasarkan Jadual 4.5, menunjukkan kerja pembinaan tembok kawalan


hakisan batu sangkar di Sungai Skudai merupakan peratusan paling tinggi dalam
keseluruhan peratusan pembinaan iaitu, sebanyak 89.97 peratus. Berdasarkan
MYCESSM, jarak saiz panjang adalah mengikut meter padu tetapi, saiz jarak bagi
kerja-kerja pembinaan ini adalah sepanjang 60 meter menggunakan kaedah batu
sangkar. Satu lapisan Geotekstil GML20 kemudian di hampar pada batu Arnour Rock
yang bertindak sebagai asas tembok kawalan hakisan sebelum sangkar tahan karat
dipasang.
93

Kemudian, batu baur diisi ke dalam sangkar dan diikat dengan kemas dan kuat
bagi mengelakkan batu tersebut terkeluar daripada sangkar. Batu sangkar tersebut
disusun dengan susunan 2:2:1:1 yang mengandungi Erosion Control Blanket dan
geotekstil. Akhir sekali, proses pemadatan tanah import menggunakan mesin pemadat
mengikut ketebalan yang ditetapkan.

4.5 Projek C: Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Tiram, Johor


Bahru, Johor Serta Kerja-Kerja Berkaitan

Jadual 4.6, menunjukkan butiran terperinci Projek C yang menggunakan


kaedah ‘Green Terrawall Sistem’ bagi langkah pencegahan hakisan tebing sungai.
Projek ini merupakan Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Tiram, Johor.
Tempoh pembinaan projek ini adalah selama 18 minggu.

Jadual 4.6: Butiran Terperinci Projek C

Bil. Projek C
1
Kaedah ‘Green Terawall Sistem’
2
Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai
Nama projek Tiram, Johor Bahru, Johor. Serta kerja-kerja
berkaitan.

3
Lokasi Projek Lembangan Sungai Tiram, Johor Bahru

4
Kos Projek RM441,928.84
5 Tempoh
18 minggu
Pembinaan
6 Jarak projek 120 meter
94

4.5.1 Perlaksanaan Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai Berdasarkan


Faktor Pemilihan Dan Perlaksanaan

Objektif pertama membincangkan faktor-faktor yang terlibat dalam pemilihan


dan perlaksanaan hakisan tebing sungai.

4.5.1.1 Faktor Kos Pembinaan

Berdasarkan Jadual 4.6, menunjukkan kos keseluruhan pembinaan yang


diperuntukkan bagi kaedah ‘Green Terrawall Sistem’ ini adalah sebanyak
RM441,928.84 bagi kerja-kerja pembinaan sepanjang 120 meter dan merangkumi
kerja-kerja awalan, kerja pembersihan kawasan dan juga kerja pembinaan. Sesuatu
pemilihan kaedah adalah bergantung dengan peruntukan yang disediakan oleh
kerajaan namun bagi Projek C, peruntukan yang diberikan adalah bersesuaian dengan
kos pembinaan bagi kaedah ‘Green Terrawall Sistem’.

Walaupun jumlah kos pembinaan agak tinggi berbanding kaedah


konvensional, namun disebabkan oleh reka bentuk yang efektif menjadikan faktor
kaedah ini dipilih bagi kerja membina tembok kawalan hakisan tebing sungai di Sungai
Tiram.

4.5.1.2 Faktor Reka Bentuk

i. Reka bentuk

Pemilihan kaedah pencegahan hakisan tebing sungai di kawasan ini adalah


mengambil kira daripada kegagalan tembok kawalan hakisan yang terdahulu iaitu,
kaedah ‘Soft Rock’ dan ‘Sand Filled Mattress’ yang telah gagal disebabkan kaedah
95

tersebut tidak sesuai digunakan di kawasan tersebut. Reka bentuk yang lebih baik,
sistematik dan mesra alam menjadi faktor utama mengapa kaedah ini dipilih
berbanding kaedah yang lain.

Selain itu, pemilihan kaedah ini juga adalah disebabkan oleh reka bentuk bagi
kaedah ini adalah berbeza dengan kaedah lain kerana ianya mempunyai perlindungan
di bahagian asas sistem ini yang menjadi faktor kekuatan struktur. Bahagian asas
kaedah ini menggunaka crusher run dan geotekstil sebagai elemen bagi menstabilkan
sistem ini. Oleh itu, bersesuaian dengan keadaan di tapak, reka bentuk ‘Terawall
Sistem’ adalah lebih baik dari segi struktur, keupayaan menahan tanah berbanding
kaedah lain.

ii. Nilai estetika

Terdapat beberapa elemen nilai estetika bagi kaedah ini iaitu, ialah lebih mesra
alam kerana terdapat elemen tumbuhan hijau yang ditanam di permukaan struktur ini.
Seterusnya, ianya mempunyai daya penarik yang lebih kepada sesiapa yang melalui
kawasan tersebut dengan reka bentuk yang disusun bertingkat serta penanaman
hydroseeding yang membangkitkan elemen kehijauan di kawasan tersebut.

iii. Penyelenggaraan

Kaedah ini memerlukan penyelenggaraan namun tidak kerap. Ianya merangkumi


kerja-kerja memotong rumput di permukaan yang ditanam tumbuhan namun bukanlah
dalam suatu masa yang pendek. Selain itu, penyelenggaraan pasir di kawasan sekitar
perlu dilakukan bagi mengelakkan pasir menimbun di bahagian bawah dan
menyebabkan berlaku hakisan di kawasan berdekatan.
96

4.5.1.3 Faktor Ciri-Ciri Tanah

Bagi Projek C, tanah di kawasan berlakunya hakisan di Sungai Tiram adalah


berpasir. Namun begitu, kaedah ‘Green Terrawal Sistem’ ini adalah sesuai bagi semua
jenis tanah di kawasan pembinaan. Disebabkan oleh kawasan tersebut adalah tanah
yang berpasir, kerja-kerja penambakan tanah import di lakukan di bahagian asas
sebagai perlindungan asas sistem.

Selain itu, tebing sungai tiram adalah setinggi 5 meter sehingga 8 meter. Oleh
disebabkan itu, kaedah terdahulu tidak sesuai disebabkan oleh tebing yang tinggi di
kawasan tersebut. Hal ini kerana, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran, kaedah
‘Green Terrawall Sistem’ ini lebih sesuai bagi tebing yang tinggi melebihi 5 meter dan
perlaksanaan kaedah lain seperti ‘Sand Filled Mattress tidak sesuai kerana akan
menyebabkan ianya tergantung apabila berlaku hakisan. Bagi mengenal pasti jenis
dan keadaan tanah, penyiasatan tapak perlu dilakukan. Namun begitu, Jabatan
Pengairan dan Saliran membuat keputusan bahawa disebabkan kos yang mahal,
penyiasatan tapak tidak dapat dlilakukan kecuali jika diberikan peruntukan khas bagi
penyiasatan tapak.

4.5.1.4 Kaedah Pembinaan

Kaedah pembinaan bagi kaedah batu sangkar bagi Projek C merangkumi


kaedah pembinaan dan bahan-bahan binaan.

i. Kaedah pembinaan

Kaedah pembinaan bagi batu sangkar di Sungai Tiram melibatkan kerja


pemasangan bagi lapisan geotekstil, penambakan, pemasangan dan lain-lain. Oleh itu,
kaedah pembinaan dan bagi Projek C perlu tepat dengan mengambil kira susunan
melalui proses pembinaan. Disebabkan kaedah ‘Green Terawall Sistem’ ini
97

memerlukan pemasangan dan penyusunan setiap item secara bergilir-gilir, maka


pemasangannya haruslah mengikut turutan bagi mengelakkan sebarang kesilapan yang
mungkin berlaku dan menjejaskan kestabilannya. Selain itu, kaedah pembinaan
adalah penting bagi memastikan ianya dibina dengan tepat dan mengikut spesfikasi
yang ditetapkan.

ii. Bahan binaan

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kontraktor perlu memastikan


bahan binaan yang diperolehi adalah mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh pihak
JPS. Pihak JPS memberi cadangan mengenai produk-produk yang terbaik berdasarkan
pembekal yang diiktiraf. Ini kerana pemilihan bahan binaan memainkan peranan
penting bagi memastikan ianya berkualiti. Namun begitu, disebabkan pembekal yang
dicadangkan oleh JPS terletak di Selangor manakala lokasi tapak pembinaan pula
terletak di Johor Bahru, maka kos pengangkutan akan menjadi lebih tinggi.

4.5.1.5 Faktor Keadaan dan Lokasi Tapak

Keadaan tebing bagi Sungai Tiram ini adalah bercerun tinggi serta berpasir.
Selain itu, keadaan tapak juga mempunyai ruang yang cukup bagi akses keluar dan
masuk jentera serta pengangkutan bahan binaan ke tapak pembinaan. Kawasan ini
juga mempunyai ruang untuk penyimpanan bahan binaan di mana ianya memudahkan
kerja pembinaan dilaksanakan. Disebabkan lokasi pembinaan adalah jauh daripada
pembekal bahan binaan bagi kaedah ini, ianya meningkatkan kos penghantaran bahan
binaan ke tapak.
98

4.5.2 Kos yang Terlibat

Jadual 4.7, menunjukkan pecahan kos yang terlibat bagi kerja-kerja pembinaan
kaedah ‘Green Terrawall Sistem’.

Jadual 4.7: Kos yang terlibat Projek C


Jumlah Kos
Bil. Item Peratus
(RM)
1 KERJA-KERJA AWALAN
a I. Bon perlaksanaan 1,500.00 0.34%
b Ii. Insurans 'contractor all risk' 1,000.00 0.23%
c Iii. Insurans workmen compensation 1,000.00 0.23%
d Menyediakan papan tanda projek 1,000.00 0.23%
e Menyediakan gambar-gambar 300.00 0.07%
Jumlah 4,800.00 1.09%
2 Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan
a Kerja-kerja pembersihan kawasan 7,094.00 1.61%
Jumlah 7,094.00 1.61%
3 Pembinaan Tembok Kawalan Hakisan
Penggalian dan pembaikan sungai, menimbus
a 22,500.00 5.09%
dan memadatkan
b Kerja penambakan tanah import 18,400.00 4.16%
- Teramesh-Bumi Gagah SS3
c - Batu baur (150mm - 250mm) 78,000.00 17.65%
- Lapisan geotextile MXC 50
- Tm-bg ss2
d - Batu baur (150mm - 250mm) 30,000.00 6.79%
- Lapisan geotextile mxc 50
e Teramesh-1S 90,000.00 20.37%
f Menimbus dan memadat pasir 13,500.00 3.05%
g Non woven geotextile MXC 50 32,500.00 7.35%
h Rata Dan Padatkan Batu Baur - 500mm Tebal 18,000.00 4.07%
i Meratakan dan memampatkan tanah 19,440.00 4.40%
j 'Hydroseeding dan penjagaan 30,000.00 6.79%
k Macgrid WG 20 22,680.00 5.13%
- Memasang 'green mattress mmm'
- Batu baur (150mm -250mm)
l 10,800.00 2.44%
- Lapisan 'non-woven geotextile’ MXC
50
m Memasang Macmat S.a serta kerja setaraf 19,200.00 4.34%
Jumlah 405,020.00 91.65%
GST 25,014.84 5.66%
Kos Keseluruhan Projek (RM) 441,928.84 100.00%
Kos per meter (RM/M) 3,682.74
99

i. Kos kerja-kerja awalan

Berdasarkan Jadual 4.7 menunjukkan kos kerja-kerja awalan bagi Projek C


adalah sebanyak RM4,800.00 di mana ianya merupakan 1.09 peratus daripada kos
kerja- kerja awalan. Sebanyak RM3,500.00 digunakan bagi pembayaran bon
perlaksanaan, insurans contractor all risk dan insurans workmen compensation’
Sejumlah wang yang diperuntukkan bagi membayar insurans dalam pembinaan adalah
berbeza bagi setiap projek dan jumlah kontrak itu sendiri. Selain itu, terdapat elemen
lain yang mempengaruhi kos pembayaran insurans seperti kos pembinaan, kerumitan
kaedah pembinaan dan tempoh masa bagi kaedah ini.

Di samping itu, sebanyak RM1,000.00 digunakan bagi penyediaan papan tanda


projek sebagai salah satu syarat kerja-kerja sebelum pembinaan di lakukan termasuk
papan tanda maklumat pembinaan, pandu arah dan amaran. Kos tersbut juga
merangkumi kos pembinaan struktur papan tanda dimana ianya perlu mengikut
spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

ii. Kos pembersihan kawasan

Kos pembersihan kawasan tapak pembinaan adalah berjumlah RM7,094.00


Kawasan pembinaan ini perlu dibersihkan daripada belukar, tunggul kayu, semak
samun, sampah sarap. Selain itu, disebabkan oleh tembok hakisan yang telah runtuh,
kawasan ini perlu dibersihkan daripada sisa runtuhan, sisa binaan dan batuan.
Seterusnya, kawasan pembinaan ini juga terdapat rumah terbiar di atas rizab Sungai
Tiram dan ianya perlu dirobohkan dan dibuang ke tapak buangan yang dibenarkan.

iii. Kos pembinaan kaedah pencegahan tebing sungai

Seterusnya, Jadual 4.7 mencatatkan kerja pembinaan tembok kawalan hakisan


bagi Projek C melibatkan peratusan yang tertinggi iatu 91.65 peratus daripada
keseluruhan peratus pembinaan tembok kawalan hakisan. Kerja-kerja pembinaan
melibatkan kerja pengalian dan pembaikan tebing sungai termasuk membentuk curam,
100

menimbus serta memadatkannya sehingga mencapai aras yang ditentukan dalam


spesifikasi.

Sebelum pembinaan tembok binaan hakisan, tanah import digunakan bagi


penyediaan asas tebing yang telah terhakis. Kemudian, kerja-kerja memasang ‘Green
Terrawall Sistem’ iaitu, Teramesh-GBG SS1 adalah sebanyak 20.37 peratus
berbanding kerja pemasangan bagi jenis Teramesh-GBG-SS2 dan Teramesh-GBG-
SS3 kerana setiap jenis teramesh yang digunakan mempunyai jenis yang berbeza
mengikut kesesuaian. Bagi setiap unit ‘Terrawall’ yang di pasang, batu baur bersaiz
150mm hingga 250mm perlu diisi diikuti dengan lapisan non-woven goetekstil.

Setelah kerja pemasangan siap, tanah akan diratakan dan dimampatkan di


belakang tembok penahan yang telah siap dibina. Seterusnya, hydroseeding akan
ditabur di permukaan tembok penahan dan kos bagi penaburan hydroseeding’ adalah
termasuk dengan penjagaan sehingga rumput tumbuh. Oleh itu, kos bagi kerja-kerja
pembinaan adalah melibatkan jumlah kos yang besar berbanding kos-kos lain hal ini
kerana melibatkan kerja-kerja pemasangan di tapak binaan.

4.6 Projek D: Program Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko


Banjir di anak Sungai Skudai, Johor Bahru, Johor (Kerja-Kerja
Penstabilan Tebing dan Pengorekan Sungai)

Projek D menggunakan kaedah cerucuk keping keluli dan tempoh pembinaan


adalah selama 12 minggu. Jadual 4.8 menunjukkan butiran terperinci bagi Projek D.
101

Jadual 4.8: Butiran terperinci Projek D

Bil. Projek D
1 Kaedah Cerucuk Keping Keluli (Sheet Pile)
2 Program Pemuliharaan Sungai untuk
Mengurangkan Risiko Banjir di anak Sungai
Nama projek
Skudai, Johor Bahru, Johor. (Kerja-Kerja
Penstabilan Tebing dan Pengorekan Sungai)
3 Lokasi Projek Anak Sungai Skudai, Johor Bahru
4 Kos Projek RM308,693.20
5 Tempoh Pembinaan 12 minggu
6 Jarak projek 60 meter

4.6.1 Perlaksanaan Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai Berdasarkan


Faktor Pemilihan Dan Perlaksanaan

Faktor pemilihan dan perlaksaan pencegahan hakisan tebing sungai


merangkumi faktor kos pembinaan, faktor reka bentuk, kaedah pembinaan dan faktor
lokasi dan keadaan tapak.

4.6.1.1 Faktor Kos Pembinaan

Kos bagi kaedah cerucuk keping ini adalah mahal kerana harga bagi satu
keping cerucuk menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) adalah RM2,500.00 bagi
setiap keping. Namun begitu, walaupun kos pembinaan bagi kaedah ini tinggi
berbanding dengan kaedah konvensional lain, kaedah ini digunakan di kawasan
tersebut kerana keupayaannya menahan tanah dan kerja pemasangannya adalah lebih
cepat.
102

4.6.1.1 Faktor Reka bentuk

i. Reka bentuk

Projek D menggunakan kaedah cerucuk keping keluli dan proses reka bentuk
kaedah ini mengambil kira faktor kegagalan sistem yang dibina terdahulu di kawasan
tersebut. Terdahulu, sistem ‘Post and Panel’ digunakan sebagai tembok penahan
hakisan tebing sungai. Namun disebabkan faktor luaran kacau ganggu di bahagian
asas sistem tersebut, sistem itu gagal dan menyebabkan struktur runtuh.

Oleh sebab itu, Jabatan Pengairan dan Saliran membuat keputusan bahawa
penggunaan kaedah cerucuk keping keluli adalah sebagai penyelesaian yang cepat dan
mudah daripada sistem ‘Post and Panel’. Reka bentuk bagi kaedah ini adalah
mengambil kira keadaan sungai tersebut dan kaedah pemasangan yang tidak
mengambil ruang yang banyak disebabkan faktor keadaan tapak di kawasan tersebut.

Seterusnya, jenis cerucuk keping keluli yang digunakan adalah jenis ‘Z-
Shaped’ kerana struktur kekuatan lenturannya dapat menahan daripada terpesong. ‘Z-
Shaped’ di pasang pada kaki tebing dan sebagai satu struktur web padu yang
menghubungkan kedua-dua bebibir (flange) dengan pemasangan interlock. ‘Interlock’
bagi jenis ‘Z-Shaped’ ini berada jauh daripada paksi untuk menyambungkan kedua-
dua web keluli itu dan digunakan untuk mengunci antara sambungan cerucuk keluli
bagi memastikan ianya bersambung dan berfungsi sepenuhnya sebagai tembok
kawalan hakisan.

ii. Nilai estetika

Bagi kaedah yang digunakan untuk kaedah cerucuk keping keluli di anak
Sungai Skudai ini, tiada nilai estetika atau mesra alam perlu di ambil kira kerana
103

kaedah yang digunakan adalah berdasarkan fungsinya sebagai tembok penahan


hakisan tebing sungai dan bukannya faktor tarikan pelancong.

iii. Faktor penyelenggaraan

Kaedah cerucuk keping keluli yang dibina tidak memerlukan sebarang


penyelenggaraan melainkan semburan anti karat sewaktu pemasangannya. Namun
penyelenggaraan secara minimal dan berkala dilakukan bagi memulihara tanaman
tumbuhan yang di tanam di atas permukaan tebing sungai.

4.6.1.2 Faktor Ciri-Ciri Tanah

Kawasan berlakunya hakisan tebing sungai di anak Sungai Skudai adalah jenis
tanah laterit. Tanah jenis ini adalah sesuai bagi semua jenis kaedah pencegahan
hakisan tebing sungai, namun bergantung kepada ketinggian tebing sungai.
Disebabkan oleh tiada penyiasatan tapak dilakukan, pemerhatian daripada Jurutera
Daerah yang berpengalaman digunakan bagi menentukan jenis tanah di kawasan
tersebut.

4.6.1.3 Faktor Kaedah Pembinaan

i. Kaedah pembinaan

Bagi kaedah pencegahan hakisan tebing sungai, Projek D menggunakan


kaedah cerucuk keping keluli dan kaedah pembinaan merupakan aspek penting ketika
pemilihan dan perlaksanaan pencegahan hakisan tebing sungai. Kerja penanaman
cerucuk keping keluli bagi Projek D ini menggunakan mesin penanaman cerucuk dan
kerja penanaman boleh dilakukan sejurus kerja penyediaan tapak selesai. Kaedah
pembinaan bagi Projek D ini adalah tidak merumitkan serta menjimatkan masa.
104

ii. Bahan binaan

Seterusnya, bahan binaan bagi Projek D adalah menggunakan cerucuk keping


keluli yang mempunyai saiz dan jenis yang ditetapkan oleh Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS). Cerucuk keping keluli ini mempunyai pelbagai saiz dan jenis namun
JPS telah menetapkan jenis yang perlu digunakan serta perlu mempunyai kekuatan dan
kualiti yang diiktiraf oleh SIRIM. Penggunaan bahan binaan yang tidak berkualti
boleh menyebabkan struktur cerucuk tidak berupaya menahan kekuatan galas beban
dan akan berlaku kegagalan sistem pencegahan hakisan tebing sungai.

4.6.1.4 Faktor Keadaan dan Lokasi tapak

Pemilihan kaedah cerucuk keping keluli ini turut mengambil kira faktor
keadaan tapak di anak Sungai Skudai bagi Projek D. Hal ini kerana, kawasan
pembinaan Projek D adalah terhad kerana di sekitarnya terdapat kawasan penempatan.
Kontraktor yang berkemahiran diperlukan bagi membolehkan laluan jentera keluar
dan masuk bagi kerja-kerja penanaman cerucuk keping keluli. Jabatan Pengairan dan
Saliran berpendapat bahawa kaedah yang dipilih ini adalah merupakan kaedah yang
boleh dilakukan jika kaedaan tapak terhad dan ianya menjimatkan ruang.

Selain itu, bahan binaan yang diperolehi juga adalah bergantung kepada lokasi
pembekal. Jika lokasi pembekal adalah jauh dari tapak pembinaan, maka kos bagi
pengangkutan dan penghantaran adalah tinggi dan di masukkan di dalam jumlah kos
bagi Projek D.
105

4.6.2 Kos yang Terlibat

Jadual 4.9 menunjukkan kos-kos yang terlibat bagi kerja-kerja pembinaan


kaedah cerucuk keping keluli di Anak Sungai Skudai, Johor Bahru.

Jadual 4.9: Kos yang terlibat bagi Projek D


JUMLAH
Bil ITEM Peratus
KOS (RM)
1 Kerja-Kerja Awalan
Menyediakan dan mengekalkan kerja-kerja
a sementara yang diperlukan 1,000.00 0.32%
b Bon perlaksanaan 1,000.00 0.32%
c Insurans of work, 'workmen compensation’ 1,000.00 0.32%
d Menyediakan papan tanda projek 1,000.00 0.32%
e Menyediakan gambar-gambar 2,000.00 0.65%
Menyediakan data kajian yang dijalankan oleh
f Jurukur berlesen 3,000.00 0.97%
Jumlah 9,000.00 2.92%
2 Kerja Tanah dan Kerja Pembersihan
Kerja-kerja meroboh, membaik pulih' dan
a menghapuskan perlindungan cerun sedia ada 8,000.00 2.59%
b Kerja mengisi dan pemadatan cerun dan tebing 8,000.00 2.59%
Jumlah 16,000.00 5.18%
3 Kerja-Kerja Pembinaan
a Penyediaan jentera bagi menanam cerucuk keping 4,000.00 1.30%
b Kerja-kerja penghantaran 9.0m cerucuk keping 225,000.00 72.89%
c Mengendalikan dan menanam cerucuk keping 10,800.00 3.50%
d Sambungan kepada perlindungan tebing sedia ada 5,000.00 1.62%
e Lapisan woven geotekstil 4,320.00 1.40%
f Kerja konkrit bagi penutup rasuk (Capping beam) 15,000.00 4.86%
g Penanaman rumput 225mm x 225mm cow grass 2,100.00 0.68%
Jumlah 266,220.00 86.24%
GST 17,473.20 5.66%
Kos Keseluruhan Projek (RM) 308,693.20 100.00%
Kos per meter (RM/M) 5,144.86
106

i. Kerja-Kerja Awalan

Kerja-kerja awalan bagi kaedah cerucuk keluli ini melibatkan insurans kerja
dan insurans pampasan pekerja bagi melindungi pekerja daripada sebarang kecederaan
atau kerosakan harta benda semasa waktu bekerja. Pembayaran insurans dalam
pembinaan adalah berbeza mengikut saiz projek, jumlah kontrak, tahap kesukaran
kaedah pembinaan dan masa pembinaan. Ianya juga bergantung kepada peratusan
insurans yang perlu dibayar seperti dinyatakan dalam dokumen kontrak.

Selain itu, berdasarkan Jadual 4.9, merekodkan kos bagi kerja awalan
merangkumi penyediaan akses jalan, proses penyahairan sebelum kerja penanaman
cerucuk keping keluli dilakukan mempunyai peratusan 0.32 peratus daripada 2.92
peratus bagi keseluruhan kerja awalan. Penyediaan perangkap kelodak, pembersihan
serta menyediakan papan tanda projek juga termasuk dalam kos kerja-kerja awalan
yang berjumlah RM 9,000.00.

ii. Kerja tanah dan kerja pembersihan

Berdasarkan Jadual 4.9, menunjukkan kerja tanah dan pembersihan di lokasi


tapak pembinaan iaitu, anak Sungai Skudai adalah berjumlah 5.18 peratus daripada
keseluruhan kos projek dan ianya melibatkan kerja-kerja perobohan dan pemusnahan
perlindungan cerun sedia ada dan struktur yang berkaitan. Kerja-kerja pembersihan
dilakukan kerana tembok penahan yang dibina terdahulu telah runtuh disebabkan oleh
kacau ganggu sistem tersebut dan bukanlah kerana kegagalan tembok penahan
tersebut. Ianya juga termasuk kerja pengorekkan, membentuk cerun serta melaraskan
kembali tanah dengan ketinggian yang ditetapkan. Seterusnya, sisa bahan-bahan
buangan tersebut akan dibersihkan dan dihapuskan.

iii. Kerja pembinaan tembok kawalan hakisan

Sebelum kerja penanaman cerucuk keluli dilakukan, peralatan mesin dibawa


ke tapak pembinaan iaitu, di lokasi berlakunya hakisan. Berdasarkan Jadual 4.9,
menunjukkan kos bagi penghantaran cerucuk keping keluli adalah paling tinggi iaitu,
107

sebanyak RM225,000.00. Berdasarkan MYCESSM, jarak saiz panjang adalah


mengikut meter persegi tetapi bagi projek ini, jarak saiz panjang projek adalah 60
meter dan melibatkan meningkatkan kos penggunaan jentera pada jarak tersebut.

Kemudian, kerja penanaman cerucuk keping keluli dilakukan dengan


menanam 9 meter panjang cerucuk keluli bergalvani dengan menggunakan mesin yang
bersesuaian. Cerucuk keping keluli perlu berada pada paksi yang menegak dan di
tempat yang betul mengikut lukisan pelan supaya tiada kesilapan akan terjadi semasa
penanaman cerucuk keping keluli itu.

Sambungan bagi struktur tebing sedia ada dilakukan dengan cara mengikat
mengunakan tie road bagi mengekalkan kestabilan struktur cerucuk keping keluli yang
terlah dibina. Seterusnya, lapisan non-woven gotekstile di hamparkan sebelum
pengisian dan pemadatan tanah dilakukan di belakang tembok penahan yang dibina.
Kerja bagi pembinaan penutup rasuk bersaiz 600mm x 600mm dilakukan
menggunakan konkrit gred 30 termasuk acuan dan tetulang besi. Akhir sekali,
penanaman rumput dilakukan menggunakan jenis ‘Cow Grass’ bersaiz 225mm x
225mm. Oleh itu, Jadual 4.9 menunjukkan kos pembinaan tembok penahan bagi
Projek D merupakan jumlah yang tertinggi iaitu, 86.24 peratus dan berjumlah
RM266,220.00 secara keseluruhannya.

4.7 Projek E: Program Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko


Banjir di Sungai Plentong (Kampung Plentong Baru), Johor Bahru, Johor

Projek E adalah kerja pemuliharaan sungai bagi mengurangkan risiko banjir di


Sungai Plentong, Johor. Tempoh pembinaan bagi projek ini adalah selama 8 minggu.
Jadual 4.10 menunjukkan butiran terperinci mengenai Projek E.
108

Jadual 4.10: Butiran terperinci Projek E

Bil. Projek E

1 Kaedah Dinding Batu

Program Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan


2 Nama projek Risiko Banjir di Sungai Plentong (Kampung Plentong
Baru), Johor Bahru, Johor

3 Lokasi Projek Sungai Plentong, Johor Bahru

4 Kos Projek (RM) 151,198.40

Tempoh
5 8 minggu
Pembinaan
6 Jarak projek 340 meter

4.7.1 Perlaksanaan Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai Berdasarkan


Faktor Pemilihan Dan Perlaksanaan

Objektif pertama pembincangan ini dibahagikan kepada faktor-faktor kos


pembinaan, faktor reka bentuk, faktor kaedah pembinaan dan faktor keadaan dan
lokasi tapak.

4.7.1.1 Faktor Kos Pembinaan

Projek E menggunakan kaedah dinding batu bagi kerja-kerja mengurangkan


risiko banjir di Sungai Plentong. Berdasarkan Jadual 4.10, menunjukkan kos
pembinaan bagi kaedah ini adalah berjumlah RM151,198.40. Kaedah ini dipilih
109

kerana ianya lebih murah berbanding kaedah pencegahan hakisan yang lain. Kerja-
kerja pembinaan perlu dilakukan berdasarkan peruntukan kecuali jika terdapat
perubahan kerja.

4.7.1.2 Faktor reka bentuk

Faktor reka bentuk terdiri kepada beberapa faktor lain seperti reka bentuk, nilai
estetika dan penyelenggaraan.

i. Reka bentuk

Reka bentuk yang digunakan bagi kaedah dinding batu bagi Projek E ini
mengambil kira faktor kesesuaian kawasan Sungai Plentong tersebut. Perlaksanaan
kaedah ini adalah sesuai jika ketinggian cerun tidak terlalu tinggi iaitu melebihi 5
meter dan kawasan yang tidak terdedah dengan risko yang tinggi. Kaedah ini
melibatkan kerja penanaman cerucuk konkrit sebagai asas tembok penahan kerana
penggunaan cerucuk dapat mencengkam tanah dengan kuat dan mampu menampung
beban keseluruhan tembok penahan. Selain itu, penggunaan cerucuk adalah
disebabkan oleh keupayaan beban galas yang rendah dan juga jenis tanah di kawasan
ini adalah tanah laterit.

Tembok penahan dinding batu direka bentuk mencuram mengikut ketinggian


tebing setinggi 1.2 meter. Ini kerana untuk membolehkan tebing sedia ada diikat
dengan menggunakan anchor road dengan tembok dinding batu. Disebabkan reka
bentuk dinding batu ini sesuai bagi kawasan Projek E, maka Jabatan Pengairan dan
Saliran memilih kaedah dinding batu bagi kerja pembinaan tembok kawalan hakisan
di Sungai Plentong.
110

ii. Nilai Estetika

Kaedah dinding batu ini dipilih bagi Projek E kerana kawasan ini adalah
kawasan tumpuan dan laluan orang ramai. Ianya juga sebagai nilai estetika tambahan
disebabkan oleh reka bentuk dan susun atur batu yang cantik dan memberikan nilai
sentimen kepada orang yang melihatnya.

iii. Penyelenggaraan

Kaedah dinding batu ini tidak memerlukan penyelenggaraan kerana tidak


terdapat elemen tumbuhan dan struktur tembok ini juga tidak memerlukan sebarang
penyelengaraan.

4.7.1.3 Faktor Ciri-Ciri Tanah

Disebabkan oleh ciri-ciri tanah kawasan tersebut, Jabatan Pengairan dan


Saliran (JPS) telah memilih kaedah dinding batu bersesuaian dengan keadaan tapak.
Pemilihan kaedah dinding batu bagi pembinaan tembok kawalan hakisan di Sungai
Plentong ini mengambil kira jenis tanah di kawasan ini iaitu, jenis tanah laterit kerana
tanah jenis ini akan mempengaruhi bentuk dan jenis sistem asas tembok penahan. Oleh
itu, asas yang digunakan adalah cerucuk konkrit.

Selain itu, kaedah ini sesuai bagi kawasan yang landai dan tebing tidak tinggi.
Kecerunan tebing sungai ini tidak terlalu curam dan bersesuaian dengan kaedah ini.
JPS membuat keputusan jika tebing terlalu curam, kaedah ini tidak dapat digunakan
kerana berisiko akan berlaku kegagalan dan runtuh oleh kerana kawasan ini masih lagi
berisiko dan beraliran deras.
111

4.7.1.4 Faktor Kaedah Pembinaan

Faktor kaedah pembinaan membincangkan mengenai kaedah pembinaan bagi


dinding batu serta bahan binaan yang digunakan.

i. Kaedah pembinaan

Tembok penahan dinding batu bagi keadah pencegahan hakisan di Sungai


Plentong dipilih adalah berdasarkan kaedah pembinaannya yang tidak merumitkan.
Kaedah ini menggunakan mesin bagi kerja penanaman cerucuk konkrit serta
menghampar lapisan geotekstil.

ii. Bahan binaan

Bahan binaan yang digunakan bagi Projek E merangkumi jenis cerucuk yang
digunakan iaitu, cerucuk konkrit dan penggunaan batu jenis granit. Bahan-bahan yang
digunakan adalah ditetapkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran mengikut spesifikasi
iaitu, saiz dan jenis bahan yang digunakan. Selain itu, bahan-bahan yang digunakan
adalah mudah didapati daripada pembekal bagi mengelakkan kelewatan projek siap.

4.7.1.5 Faktor Keadaan Dan Lokasi Tapak

Keadaan dan lokasi bagi Projek E adalah dalam keadaan baik dan mempunyai
ruang yang cukup bagi akses keluar dan masuk jentera. Walaubagaimanapun, jika
kawasan pembinaan itu terhad bagi pengangkutan bahan binaan, pengendalian
berganda perlu dilakukan bagi melancarkan proses pembinaan. Selain itu, lokasi
Projek E adalah berdekatan dengan penempatan dan kerja-kerja pembinaan perlu
mengambil kira faktor persekitaran bagi mengelakkan kacau ganggu dan kerosakan
harta benda penduduk terutamanya semasa kerja penanaman cerucuk. Pembinaan
kaedah ‘Rubble Wall’ ini tidak mengambil ruang yang banyak dan masih boleh dibina
112

jika kawasan hakisan terhad kerana faktor kemudahan pembinaan itu sendiri. Oleh
sebab faktor keadaan dan lokasi tapak bagi Projek E, Jabatan Pengairan dan Saliran
memilih kaedah tembok dinding batu bagi mengurangkan risiko banjir di Sungai
Plentong dan faktor-faktor kesesuaianya.

4.7.2 Kos yang Terlibat

Jadual 4.11, menunjukkan kos yang terlibat bagi Projek E merangkumi kerja-
kerja awalan, kerja pembersihan, kerja penggalian Sungai Plentong dan kerja
pembinaan tembok kawalan hakisan iaitu, dinding batu.

Jadual 4.11: Kos yang terlibat Projek E


Jumlah Kos
Bil. Item Peratus
(RM)
Kerja-Kerja Awalan
Ii. Insurans 'contractor all risk' 500.00 0.33%
Iii. Insurans Workmen compensation 500.00 0.33%
Menyediakan papan tanda projek 400.00 0.26%
Menyediakan gambar-gambar 300.00 0.20%
Jumlah 1,700.00 1.12%
Kerja-Kerja Pembersihan
Kerja-kerja pembersihan kawasan 2,000.00 1.32%
Kerja Pengalian Cabang Sg. Plentong
Kerja mengali, membersih dan mengeluarkan lodak 8,220.00 5.44%
Jumlah 10,220.00 6.76%
Pembinaan Tembok Kawalan Hakisan
Kerja menanam cerucuk konkrit (150mm x 150mm) x
27,200.00 17.99%
300mm
Membina asas tapak tembok rubble 340m 30,600.00 20.24%
lapisan BRC A10 (340 x 1.1m x 2) 18,700.00 12.37%
- Membina tembok rubble wall ukuran 225mm 40,500.00 26.79%
Membina 50mm tebal konkrit cover (G15) 1,000.00 0.66%
Kerja pemasangan paip 6,120.00 4.05%
Kerja penambakan tanah import jenis laterit 5,600.00 3.70%
kemasan akhir termasuk kerja berkaitan 1,000.00 0.66%
Jumlah 130,720.00 86.46%
GST (6%) 8,558.40 5.66%
Kos Keseluruhan Projek (RM) 151,198.40 100.00%
Kos per meter (RM/M) 447.90
113

i. Kos kerja-kerja awalan

Berdasarkan Jadual 4.11, menunjukkan kerja-kerja awalan bagi pembinaan


tembok kawalan hakisan dinding batu di Sungai Plentong adalah berjumlah
RM1,700.00 dan merangkumi insurans contractor all risk dan insurans Workmen
Compensation’. Jumlah pembayaran insurans adalah bergantung kepada jumlah
kontrak sebanyak 10 peratus atau dinyatakan di dalam dokumen kontrak. Oleh itu,
jumlah pembayaran insurans adalah berbeza mengikut projek.

Selain itu, kos kerja awalan juga termasuk penyediaan papan tanda projek
sebagaimana ketentuan dan arahan Pegawai Penguasa serta menyediakan gambar-
gambar sebelum, semasa dan selepas perlaksanaan kerja. Papan tanda projek adalah
merangkumi maklumat pembinaan serta tanda-tanda amaran mengenai bahaya tapak
pembinaan kepada orang ramai kerana tapak pembinaan adalah berhampiran dengan
kawasan perumahan.

i. Kos kerja-kerja pembersihan

Kerja-kerja pembersihan tapak di kawasan berlaku hakisan di Sungai Plentong


dilakukan pada awal kerja termasuk kerja membersih dan membawa keluar sebarang
halangan, sampah sarap, tunggul kayu serta bahan yang tidak diperlukan. Hal ini
kerana, tembok penahan yang dibina sebelum ini telah runtuh disebabkan hakisan yang
berlaku. Oleh itu, kerja-kerja pembersihan dilakukan bagi memudahkan kerja
pembinaan tembok hakisan dinding batu yang baru. Selain itu, kerja mengali dan
mengaras tanah dilakukan bagi membina parit konkrit.

Berdasarkan Jadual 4.11, menunjukkan sebanyak 5.44 peratus adalah


melibatkan kerja penggalian di cabang Sungai Plentong di sepanjang 500 meter
dimana ianya termasuk kerja menggali, membersih dan mengeluarkan lodak yang
terdapat di dalam sungai. Pembaikan pengaluran sungai juga termasuk dalam kos
kerja penggalian cabang Sungai Plentong ini. Jadual 4.11 menunjukkan kos kerja
pembersihan tapak ini berjumlah RM10,220 secara keseluruhan
114

ii. Kos Pembinaan Tembok Kawalan Hakisan

Seterusnya, kerja penanaman cerucuk konkrit bersaiz 150mm x 150mm x


300mm dilakukan sebagai asas sebelum pembinaan tembok kawalan hakisan dibina.
Penggunaan cerucuk konkrit adalah disebabkan keupayaannya menanggung beban
galas tanah serta kesesuaian penggunaan di kawasan ini. Berdasarkan Jadual 4.11,
menunjukkan kos pembinaan tembok kawalan hakisan adalah paling tinggi iaitu,
sebanyak RM130,720.00. Berdasarkan MYCESSM, jarak saiz panjang adalah
mengikut meter persegi, tetapi bagi projek ini, jarak saiz projek adalah sepanjang 340
meter.

Selepas penanaman cerucuk, pembinaan tapak asas bagi tembok dinding batu
dibina sepanjang 340 meter dengan konkrit dan lapisan besi tetulang dihamparkan di
sepanjang tapak asas dinding batu. Tembok dinding batu kemudian dibina berukuran
225mm dan dikat dengan simen mortar yang menelan kos sebanyak RM40,500.00 dan
merupakan kos elemen pembinaan yang tertinggi dalam proses pembinaan tembok
kawalan hakisan.

Seterusnya, lubang titisan dibina dengan memasang paip UPVC bersaiz


100mm sepanjang 350 meter pada ketinggian 0.6 meter dari asas tapak. Lubang titsan
ini dibina bagi membolehkan aliran air mengalir melalui tanah dan keluar ke bahagian
dinding lain. Kerja penambakan dan pemadatan menggunakan tanah import jenis
laterit dilakukan pada belakang tembok dinding batu yang dibina sepanjang 340meter.
Akhir sekali, kemasan dilakukan apabila tembok siap dibina termasuk membaiki
kerosakan.
115

4.8 Analisis Keseluruhan Projek

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai semua objektif yang telah
dinyatakan dengan menggunakan segala maklumat yang berkaitan sebagai hasil
kajian.

4.8.1 Perlaksanaan Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai Berdasarkan


Faktor Pemilihan Dan Perlaksanaan

Berdasarkan projek, kajian mendapati bahawa tidak semua projek mengambil


kira faktor-faktor pemilihan dan perlaksanaan sebelum kerja pembinaan dilakukan.
Hal ini kerana, terdapat beberapa faktor yang tidak diambil kira oleh Jabatan Pengairan
dan Saliran (JPS) semasa pemilihan kaedah pencegahan hakisan tebing sungai.
Sebagai contoh, faktor penyelengaraan dan faktor nilai estetika kerana JPS membuat
keputusan bahawa faktor tersebut merupakan faktor sampingan dalam pemilihan
sesuatu kaedah pencegahan hakisan tebing sungai.

Selain itu, dalam pemilihan kaedah pencegahan hakisan tebing sungai, elemen
utama yang diambil kira adalah fungsi dan bagaimana sesuatu kaedah tersebut
berupaya untuk melindungi tebing sungai daripada terhakis. Oleh itu, faktor reka
bentuk dan ciri-ciri tanah adalah elemen penting dan saling berhubungkait kerana reka
bentuk yang stabil dan kukuh adalah bergantung kepada ciri-ciri tanah akan
menentukan sama ada kaedah yang digunakan adalah berupaya untuk menahan tanah
dan kekal stabil. Jadual 4.12 menunjukkan ringkasan faktor pemilihan dan
perlaksanaan dalam kaedah pencegahan hakisan tebing sungai.
116

Jadual 4.12: Ringkasan Faktor pemilihan dan perlaksaan dalam kaedah pencegahan

Projek A B C D E

Cerucuk
Green Cerucuk
Kaedah keping Batu Dinding
terrawall keping
konkrit sangkar batu
sistem keluli
pratuang

Faktor Pemilihan Dan Perlaksanaan

1.Faktor Kos Pembinaan √ √ √ √ √

2. Faktor Reka Bentuk


a. Faktor Reka Bentuk √ √ √ √ √

b. Faktor Nilai Estetika √ √ √

c. Faktor

Penyelenggaraan
3. Faktor Ciri-Ciri Tanah √ √ √ √ √
4. Faktor Kaedah Pembinaan

a. Kaedah Pembinaan √ √ √ √ √
b. Bahan Binaan √ √ √ √ √
1. Faktor Keadaan Dan
√ √ √ √ √
Lokasi Tapak

4.8.2 Kos yang Terlibat Dalam Pencegahan Hakisan Tebing Sungai

Hasil kajian mendapati bahawa salah satu daripada kesemua projek


mempunyai kos penglibatan yang tinggi dalam pembinaan kaedah pencegahan hakisan
tebing sungai. Jadual 4.13 menunjukkan ringkasan kos yang terlibat dalam setiap
kaedah yang digunakan dalam projek
117

Jadual 4.13: Ringkasan Kos yang Terlibat dalam Projek

Kos per meter


Bil. Projek Kaedah Kos Projek (RM)
(RM/M)
Cerucuk Keping Konkrit
1 A 2,424,193.50/m2 11,019.06
Pratuang
2 B Batu Sangkar 157,940.00/m3 2,632.33
3 C Green Terrawall Sistem 441,928.84/m2 3,682.74
4 D Cerucuk Keping Keluli 308,693.20/m2 5,144.86
5 E Dinding Batu 151,198.40/m2 447.90

Berdasarkan Jadual 4.13, menunjukkan Projek A menggunakan kaedah


cerucuk konkrit pratuang dan mempunyai kos yang ketara tinggi dalam pembinaan
kaedah pencegahan hakisan tebing sungai berbanding kaedah lain. Kos yang terlibat
bagi kaedah cerucuk konkrit pratuang bagi Projek A adalah berjumlah
RM2,424,193.50. Manakala, Projek E yang menggunakan kaedah dinding batu pula
mempunyai nilai kos yang rendah. Namun begitu, kos per meter bagi kaedah cerucuk
keping konkrit adalah sebanyak RM11,019.06 bagi jarak saiz projek iaitu 220 meter
manakala bagi kaedah dinding batu pula adalah sebanyak RM447.90 per meter.

Hal ini kerana, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi jumlah kos bagi
seseuatu kaedah tersebut. Faktor saiz projek dan kaedah yang digunakan memainkan
peranan penting, sebagai contoh projek yang menggunakan kaedah pencegahan
hakisan tebing sungai yang lebih baik akan cenderung mempunyai kos pembinaan
yang lebih tinggi. Hal ini kerana, kaedah tersebut adalah rumit dimana ianya
mengambil kira faktor reka bentuk dan keadaan tanah yang memerlukan teknik
pembinaan yang berbeza bagi setiap kaedah.
118

4.9 Rumusan Bab

Analisis yang dijalankan adalah bergantung kepada objektif kajian dan soalan
yang diajukan kepada projek-projek yang terlibat. Kajian ini melibatkan lima buah
projek yang menggunakan kaedah pencegahan hakisan tebing sungai berlainan terletak
di Johor Bahru. Setelah menjalankan analisis, didapati setiap projek mengambil kira
faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan dan perlaksanaan kaedah pencegahan
hakisan tebing sungai. Walaubagaimanapun, kos yang terlibat bagi setiap projek
adalah berbeza bergantung kepada projek dan peratusan peruntukan yang
diperuntukkan bagi keseluruhan kos.
BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini bertujuan memberi kesimpulan keseluruhan bagi kajian ini. Objekif
kajian akan ditentukan dalam bab ini dengan mengkaji semula maklumat yang telah
dikumpul melalui pengumpulan data, iaitu, temu bual berstruktur dan analisis
dokumen. Cadangan juga akan diberikan kepada pembaca bagi kajian selanjutnya.
120

5.2 Kesimpulan

Hasil kajian ini adalah untuk mengenal pasti beberapa faktor semasa pemilihan
dan perlaksanaan kaedah pencegahan hakisan tebing sungai serta kos yang terlibat
semasa pembinaan kaedah yang dipilih.

5.2.1 Kaedah yang Dilaksanakan Berdasarkan Faktor Pemilihan dan


Perlaksanaan Pencegahan Hakisan Tebing Sungai

Komponen yang difokuskan dalam Jadual 5.1, menunjukkan faktor pemilihan


dan perlaksanaan bagi kaedah pencegahan hakisan tebing sungai yang dilaksanakan.
Berdasarkan Jadual 5.1, antara faktor yang sering diambil kira sebelum pemilihan dan
perlaksanaan kaedah pencegahan hakisan tebing sungai adalah faktor reka bentuk,
faktor kos pembinaan, faktor keadaan dan lokasi tapak serta faktor kaedah pembinaan.
Namun begitu, dalam faktor reka bentuk, terdapat pecahan faktor lain iaitu, nilai
estetika dan penyelenggaraan. Faktor nilai estetika ini tidak begitu menjadi pilihan
utama untuk diambil kira bagi pemilihan dan perlaksanaan kaedah pencegahan hakisan
tebing sungai kerana lebih menekankan fungsi dan kestabilan pembinaan tembok
kawalan hakisan sahaja.
121

Jadual 5.1: Ringkasan Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai Yang Dilaksanakan Berdasarkan Faktor-Faktor Pemilihan Dan Perlaksanaan

PROJEK A B C D E
KAEDAH
Cerucuk Keping ‘Green
Faktor Pemilihan Dan Perlaksanaan Cerucuk
Konkrit Pra Batu Sangkar Terrawall Dinding Batu
Keping Keluli
Tuang Sistem’
1. Faktor Kos Pembinaan √ √ √ √ √
2. Faktor Reka Bentuk
A) Faktor Reka Bentuk √ √ √ √ √
B) Faktor Nilai Estetika √ √ √
C) Faktor Penyelengaraan √
3. Faktor Ciri-Ciri Tanah √ √ √ √ √
4. Faktor Kaedah Pembinaan
A) Kaedah Pembinaan √ √ √ √ √
B) Bahan Binaan √ √ √ √ √
5. Faktor Keadaan Dan Lokasi Tapak √ √ √ √ √

121
122

Namun begitu, berdasarkan Jadual 5.1, menunjukkan hanya Projek C sahaja yang
mengambil kira faktor penyelenggaraan kerana penanaman tumbuhan adalah elemen
utama dalam perlaksanaan kaedah ini. Oleh itu, penyelanggaraan dilakukan bagi
penjagaan tumbuhan supaya tiada akar yang akan menganggu sistem tersebut namun
tidak memerlukan penjagaan secara kerap.

Seterusnya, berdasarkan Jadual 5.1, menunjukkan terdapat beberapa kaedah


perlaksanaan pencegahan hakisan tebing sungai yang mengambil kira faktor nilai
estetika.iaitu Projek B, C,dan E dan setiap projek menggunakan kaedah yang berlainan
iaitu kaedah batu sangkar, kaedah ‘Green Terrawall Sistem’ dan juga kaedah dinding
batu. Faktor nilai estetika adalah faktor sampingan dan pembinaan kaedah ini adalah
bertujuan sebagai daya penarik bagi kawasan tersebut disamping menekankan fungsi
sebagai tembok penahan hakisan.

Tambahan pula, faktor ciri-ciri tanah juga mempunyai peranan penting dalam
faktor pemilihan dan perlaksanaan. Hal ini kerana, jika keadaan tanah di kawasan
pembinaan tidak sesuai dengan kaedah yang akan dilaksanakan, kemungkinan kaedah
tersebut akan mengalami kegagalan adalah tinggi di samping faktor-faktor lain yang
menyumbang kepada kegagalan sesuatu kaedah pencegahan hakisan tebing sungai.

Berdasarkan Jadual 5.1, menunjukkan faktor kaedah pembinaan juga


berperanan dalam memastikan kaedah pencegahan hakisan tebing sungai yang
dilaksanakan mengambil kira faktor pemilihan dan perlaksanaan kerana kelima-lima
projek mengambil kira faktor kaedah pembinaan. Hal ini kerana, setiap kaedah
pencegahan hakisan yang dilaksanakan adalah berbeza setiap satunya dan ianya
mempunyai hubungkait dengan reka bentuk serta kos pembinaan. Setiap kaedah
pencegahan hakisan yang dilaksanakan perlu mengikut aturan yang ditetapkan
disamping penggunaan bahan binaan yang berkualiti dan juga yang dicadangkan oleh
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mengelakkan kegagalan tembok penahan
yang telah dibina disamping mengekalkan kestabilannya.

122
123

Seterusnya, faktor keadaan tapak dan lokasi tapak adalah penting dalam
pemilihan dan perlaksanaan kaedah pencegahan hakisan tebing sungai. Hal ini kerana,
kawasan sekitar tapak pembinaan memainkan peranan penting semasa kerja
pembinaan dijalankan dimana memerlukan kemudahan akses keluar dan masuk jentera
dan pengangkutan bahan binaan. Jika kawasan pembinaan tersebut adalah terhad atau
terletak di kawasan perumahan yang padat, jentera dan pengangkutan bahan binaan
akan mengalami kesukaran dan pelbagai altenatif perlu difikirkan bagi mengatasi
masalah di samping akan menyebabkan kelengahan jadual kerja tersebut siap pada
tempoh masa yang ditetapkan selain daripada peningkatan kos keseluruhan.

Setelah semua kajian kes dianalisis, kajian mendapati bahawa kaedah


pencegahan hakisan tebing sungai mengambil kira faktor-faktor pemilihan dan
perlaksanaan kaedah tersebut. Hal ini kerana, setiap faktor yang wujud memainkan
peranan penting dalam perlaksanaan sesuatu kaedah yang dibina bagi memastikan
kaedah yang dilaksanakan dapat mengelakkan atau mengurangkan hakisan tebing
sungai. Daripada hasil kajian berikut, objektif pertama bagi kajian ini telah tercapai.

5.2.2 Kos yang Terlibat dalam Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai

Jadual 5.2 menunjukkan ringkasan kos yang terlibat bagi semua kajian kes bagi
mencapai objektif kedua bagi kajian ini iaitu, bagi mengenal pasti kos yang terlibat
dalam kaedah pencegahan hakisan tebing sungai. Elemen yang difokuskan dalam
kajian ini adalah kos kerja awalan, kos pembersihan kawasan dan kos kerja pembinaan
tembok kawalan hakian.

123
124

Jadual 5.2: Ringkasan Kos Yang Terlibat Bagi Setiap Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai

A B C D E

Cerucuk Keping Konkrit ‘Green Terrawall


Bil Item Batu Sangkar Cerucuk Keping Keluli Dinding Batu
Pra Tuang Sistem’

Jumlah kos Peratus Jumlah kos Peratus Jumlah kos Peratus Jumlah kos Peratus Jumlah kos Peratus
(RM) (%) (RM) % (RM) % (RM) (%) (RM) %

1 Kos Kerja Awalan 7,000.00 0.29 900.00 0.57 4,800.00 1.09 9,000.00 2.92 1,700.00 1.12

Kos Kerja
2 63,000.00 2.60 6,000.00 3.80 7,094.00 1.61 10,220.00 6.76
Pembersihan
16,000.00 5.18
3 Kos Kerja Tanah 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00

Kos Kerja
4 492,500.00 91.46 142,100.00 89.97 405,020.00 91.65 266,220.00 86.24 130,720.00 86.46
Pembinaan

5 GST 137,218.50 5.66 8,940.00 5.66 25,014.84 5.66 17,473.20 5.66 8,558.40 5.66

Jumlah Kos Projek


2,424,193.50 100.00 157,940.00 100.00 441,928.84 100.00 308,693.20 100.00 151,198.40 100.00
(RM)
Kos per meter
11,019.06 2,632.33 3,682.74 5,144.86 447.90
(RM/M)

124
125

Selain itu, daripada analisis yang dijalankan, kos per meter bagi setiap projek
adalah berbeza bagi kelima-lima projek kerana kaedah pencegahan hakisan tebing
sungai yang dibina adalah bergantung dengan kerja-kerja pembinaan dan peruntukan
yang diberikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Daripada hasil kajian
berikut, objektif kedua bagi kajian ini telah tercapai.

i. Kos kerja awalan

Berdasarkan Jadual 5.2, menunjukkan jumlah kos keseluruhan bagi kerja


awalan yang paling tinggi di antara kelima-lima projek ialah Projek D yang
menggunakan kaedah cerucuk keping keluli berjumlah RM9,000.00. Kos keseluruhan
yang tinggi kerja awalan yang tinggi mempunyai hubungkait dengan kos bagi setiap
item. Pecahan item bagi Projek D adalah merangkumi kos menyediakan data kajian
daripada juruukur berlesen yang berjumlah RM3,000 dimana data kajian yang
dimaksudkan adalah termasuk kerja-kerja setting out, mengukur aras dan juga kerja
memeriksa kerja-kerja pembinaan yang dilakukan supaya mengikut spesifikasi dan
arahan yang ditetapkan oleh pegawai penguasa.

Di samping itu, berdasarkan Jadual 5.2, menunjukkan Projek B menggunakan


kaedah batu sangkar mempunyai kos kerja awalan yang paling sedikit berbanding
kaedah lain iaitu, RM900.00. Bagi Projek ini, kos menyediakan papan tanda
merupakan kos yang paling tinggi iaitu, sebanyak RM300.00, manakala kos bagi
penyediaan insurans-insurans adalah sebanyak RM200.00. Hal ini kerana, jumlah
pembayaran insurans adalah berbeza bagi setiap projek kerana jumlah yang perlu
dibayar adalah 10 peratus daripada jumlah projek dan dibayar sebagai wang jaminan.

ii. Kos kerja pembersihan kawasan

Berdasarkan Jadual 5.2, menujukkan jumlah keseluruhan kos pembinaan bagi


Projek A yang menggunakan kaedah cerucuk konkrit pratuang merupakan yang paling
tinggi antara kesemua projek iaitu, berjumlah RM63,000.00. Disebabkan oleh kos

125
126

kerja pembersihan yang tinggi, sudah pasti kos tersebut merangkumi kerja-kerja
membersihkan sisa runtuhan tembok penahan yang dibina sebelum ini dan juga kerja-
kerja pembersihan melibatkan kawasan pembinaan.

Disamping itu, Projek B merekodkan kos kerja pembersihan yang paling


rendah berbanding yang lain iaitu, sebanyak RM6,000.00. Bagi projek ini, kos ini
termasuk dengan kos bagi mobilasi dan demobilasi jentera dan perlatan termasuk
kerja-kerja pembersihan tapak selepas kerja pembinaan selesai dilakukan. Hal ini
kerana, Projek B melibatkan saiz projek yang lebih kecil panjangnya berbanding saiz
projek A iaitu, sebanyak 60 meter.

iii. Kos kerja tanah

Berdasarkan Jadual 5.2, menunjukkan hanya Projek D yang menggunakan


kaedah cerucuk keping keluli terlibat dengan kerja-kerja tanah. Kos keseluruhan kerja
tanah ini adalah berjumlah RM16,000. Namun begitu, kos kerja tanah bagi Projek D
adalah termasuk dengan kerja-kerja pembersihan kawasan. Kerja-kerja tersebut
merangkumi kerja-kerja meroboh dan membaik pulih serta menghapuskan sebarang
tembok penahan hakisan sedia ada di tapak pembinaan disebabkan oleh tembok
penahan yang terdahulu telah runtuh. Selain itu, kos bagi kerja-kerja mengisi,
menambak dan memadatkan tanah berjumlah RM8,000 secara keseluruhannya. Kerja-
kerja tersebut dilakukan untuk membentuk cerun dan tebing mengikut aras yang
ditetapkan.

iv. Kos kerja Pembinaan

Berdasarkan Jadual 5.2, menunjukkan Projek A mempunyai jumlah kos


keseluruhan kos pembinaan yang paling tinggi antara semua projek kajian iaitu,
berjumlah RM492,500.00. Projek A menggunakan kaedah cerucuk keping konkrit
pratuang yang merangkumi kerja-kerja pembinaan seperti pembinaan tembok kawalan

126
127

hakisan dan juga kerja memperbetulkan cerucuk keping konkrit pratuang sedia ada di
tapak pembinaan.

Kos kerja tersebut melibatkan penyediaan jentera dan akses bagi keluar masuk
jentera di samping kerja membekal dan menghantar cerucuk keping ke tapak
pembinaan yang merekodkan kos paling tinggi dalam kerja pembinaan kaedah ini. Hal
ini kerana, lokasi projek adalah terletak jauh daripada pembekal di samping jarak saiz
projek adalah sepanjang 220 meter. Bagi kerja-kerja memperbetulkan cerucuk keping
konkrit pratuang sedia ada di tapak pembinaan, kos keseluruhan kerja ini adalah
RM1,034,100.00 dimana ianya lebih tinggi daripada kerja-kerja pembinaan tembok
kawalan hakisan iaitu, RM597,375.00.

Di samping itu, kos bagi kerja pembinaan dinding batu Projek E adalah paling
rendah iaitu, berjumlah RM130,720.00 berbanding kaedah lain. Hal ini kerana, kaedah
pembinaan sesuatu kaedah mempunyai hubungkait dengan kos bagi setiap komponen
dalam pembinaan dimana kos bagi setiap komponen pemasangan dan kerumitan
pembinaan adalah berbeza mengikut kaedah yang digunakan walaupun jarak saiz
Projek E lebih panjang berbanding Projek A iaitu, sepanjang 340 meter.

5.2.3 Kos per Meter Berdasarkan Perlaksanaan Kaedah Pencegahan Hakisan


Tebing Sungai.

Berdasarkan Jadual 5.2, kos per meter bagi projek A adalah berjumlah
RM11,019.06 dan kaedah yang digunakan ialah cerucuk keping konkrit pra tuang serta
bergantung kepada saiz projek itu sendiri iaitu sepanjang 220 meter. Projek A
menggunakan kaedah ini kerana aliran air di Projek A adalah deras dan berupaya
menahan hakisan daripada berlaku disebabkan oleh kestabilan reka bentuknya.

127
128

Seterusnya, bagi kaedah batu sangkar di Projek B, kos per meter adalah
RM2,632.33. Kos ini adalah bersesuaian dengan saiz projek iaitu sepanjang 60 meter
dan kaedah ini digunakan kerana ianya sesuai dengan ketinggian cerun melebihi 2
meter dan pemasangan yang mudah dan tidak merumitkan.

Bagi projek C pula, kos per meter direkodkan dengan jumlah RM3,682.74
dengan menggunakan kaedah ‘Green Terrawall Sistem’ dimana kaedah ini adalah
bersesuaian dilaksanakan jika ketinggian tebing melebihi 5 meter. Selain itu, saiz
projek ini adalah sepanjang 120 meter dan perlaksanaan kaedah ini dilakukan kerana
ianya lebih efektif berbanding kaedah yang lain dari segi kestabilan strukturnya.

Kaedah kepingan keluli bagi Projek D pula menunjukkan jumlah kos per meter
sebanyak RM5,144.86 bagi saiz projek sepanjang 60 meter. Kaedah ini dilaksanakan
kerana disebabkan kaedah pemasangan yang lebih mudah dan cepat berbanding
kaedah sebelumnya sebagai langkah perlindungan hakisan tebing sungai. Namun
begitu, kos keseluruhan bagi perlaksanaan kaedah ini tidak begitu efektif jika
dibandingkan dengan kaedah konvensional yang lain kerana memerlukan kos
membekal cerucuk keping keluli yang agak tinggi.

Selain itu, kaedah dinding batu bagi Projek E merekodkan jumlah kos per
meter iaitu RM447.90 bagi saiz projek sepanjang 340 meter. Kaedah ini dilaksanakan
kerana ketinggian cerun adalah 1.2 meter dan ianya sesuai bagi cerun yang tidak tinggi
dan tidak terlalu menegak kerana berkemungkinan akan gagal. Kaedah ini juga lebih
mudah dilaksanakan kos pembinaan yang tidak tinggi dapat dibina pada jarak saiz
projek yang panjang.

128
129

5.4 Batasan Kajian

Sepanjang menjalankan kajian ini, terdapat beberapa kekangan yang perlu


dihadapi sepanjang menjalankan temu bual dan analisis dokumen. Antara kekangan
yang dihadapi ialah data yang diperlukan bagi kajian ini diklasifikasikan sebagai sulit
oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Hal ini memberi kesan kepada masa
untuk menyiapkan kajian ini di mana banyak prosedur yang perlu dipatuhi sebelum
data dapat diperolehi.

Selain itu, disebabkan projek telah siap sepenuhnya, maka responden


mempunyai masalah untuk mengingat dan mencari kembali maklumat projek
berkenaan. Namun begitu, masalah ini tidak memberi kesan kepada hasil kajian.

Secara keseluruhnya, kesemua batasan kajian yang dihadapi oleh kajian ini
dapat diatasi dan proses Seterusnya iaitu, menganalisis data kajian dapat dijalankan
dan memastikan objektif dan persoalan kajian ini terjawab.

5.5 Kajian Lanjutan

Secara keseluruhannya, kajian ini telah mencapai tujuan dan objektif asal.
Walau bagaimanapun, masih terdapat kekurangan dan kelemahan dalam kajian yang
dilakukan ini. Hal ini kerana terdapat beberapa masalah-masalah yang timbul semasa
menjalankan kajian ini. Oleh yang demikian, demi meningkatkan mutu dan
keberkesanan kajian ini pada masa hadapan, beberapa cadangan akan diberikan.
Cadangan tersebut adalah:

129
130

i. Membesarkan lagi skop bagi kawasan kajian bagi mendapat maklumat yang
lebih sahih.

ii. Mengkaji semua faktor-faktor yang terlibat bagi kaedah pencegahan hakisan
tebing sungai.

iii. Mengkaji lebih lanjut masalah-masalah yang dihadapi oleh JPS dalam
mengenal pasti kaedah yang akan digunakan berdasarkan faktor-faktor
pemilihan dan perlaksanaan.

iv. Diharapkan supaya kajian yang akan datang, akan dapat mengkaji dengan
lebih mendalam mengenai faktor-faktor pemilihan dan perlaksanaan kaedah
pencegahan hakisan tebing sun

130
131

RUJUKAN

Akintoye, A. (2000). Analysis of Factors Influencing Project Cost Estimating


Practice. Construction Management & Economics, 18(1), 77-89.

Abdullah, N. W., & Toriman, M. E. H. (2011). Ciri persekitaran hidrologi dan


sedimentasi Sungai Telom, Cameron Highlands. E-BANGI: Jurnal Sains
Sosial dan Kemanusiaan, 5(2), 161-172.

Ahmed, A. M., (2012) Lembangan Saliran (Hakisan). [Didapati pada Oktober 31,
2016] [Diperoleh daripada: Http://Pagarmuseh.Blogspot.My/].

Allianz, (2015), Allianz General Insurance Company Malaysia. [Brochure]. Kuala


Lumpur.

Amin, A., (2011). Kekuatan dan Kestabilan Struktur [Didapati pada: November 14,
2016] [Diperolehi daripada:
Http://Norazlinaamin.Blogspot.My/2011/12/Kekuatan-Kestabilan-
Struktur.Html].

Aslila Abd. Kadir. (2006). Risiko Dan Pengurusannya Dalam Pembinaan: Prespektif
Kontraktor. Tesis Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Pembinaan). Universiti
Teknologi Malaysia. Skudai.

Azhan, (2017). Bon Perlaksanaan vs Wang Jaminan Perlaksanaan. [Didapati pada:


Januari 12, 2017] [Diperolehi daripada: http://www.azhan.co/bon-
pelaksanaan-vs-wang-jaminan-pelaksanaan-wjp/]

Betty Subaryati (2015). Penduduk di tebing Sungai Kelantan diancam hakisan.


Berita Harian Online. [Didapati pada Oktober 28, 2016] [Diperoleh daripada
http://www.bharian.com.my/].

131
132

Boote, D. N., & Beile, P. (2005). Scholars before Researchers: On the Centrality of
the Dissertation Literature Review in Research Preparation. Educational
Researcher, 34(6), 3-15.

Creswell J.W. (2009). Research Design Qualitative, Quantitative, And Mixed Methods
Approaches (Edisi Ketiga). Sage Publication.

Colorado Department of Transportation (2016). Drainage Design Manual: Bank


Protection. [Brochure] Department of Transportation. Colorado.

Dewan Bahasa Dan Pustaka, (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Penerbitan Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (2013). Garis Panduan Papan Tanda Pembinaan Di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jabatan Reka Bentuk Bandar &
Bangunan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Designing Building Wiki (2016). Sheet pile. [Didapati pada: Mac 25, 2017]
[Diperolehi daripada:
https://www.designingbuildings.co.uk/wiki/Sheet_piles]

Edd (2011). Civil Construction Tips. [Didapati pada: Februari 2, 2016]. [Diperoleh
daripada: http://civilconstructiontips.blogspot.my/2011/06/rubble-walling-
and-random-rubble-wall.html]

Escpile, (2016). Flood Protection. [Didapati pada: November 29, 2016] [Diperolehi
daripada: http://www.escpile.com/flood-protection]

Fangmeier, D. D., Elliot, W. J., Workman, S. R., Huffman, R. L., & Schwab, G. O.
(2006). Soil and Water Conservation Engineering (5th Ed.). Clifton Park,
NY: Delmar Learning.

Fine Mesh Metals Ltd (2002). [Didapati pada November 03, 2016] [Diperoleh
daripada http://www.gabionbasket.info/gabionbasket.html].

Farhana, H., (2013), Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kos Projek. [Didapati pada
November 14, 2016] [Diperolehi daripada: http://borak-
qs.blogspot.my/2013/02/faktor-faktor-yang-mempengaruhi-kos.html]

132
133

Fadzida Ismail (2005). Pengurusan Insurans Dalam Industri Pembinaan Di Malaysia.


Tesis Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Pembinaan). Fakutlti Kejuruteraan
Awam. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai.

Gilbert Gedeon, P. E. (1994). Design of Sheet Pile Walls. Department of the Army
U.S. Army Corps of Engineers. Washington, D.C.

Das, B.M., (2010). Principles of Foundation Engineering. (7th Ed.) Boston. Cengage
learning.

Goldman, S. J., Jackson, K., & Bursztynsky, T. A. (1986). Erosion and Sediment
Control Handbook. New York: Mcgraw-Hill.

Gopal Mishra, (2015). The Constructor. [Didapati pada: Januari 23, 2017] [Diperolehi
daripada: http://theconstructor.org/geotechnical/sheet-pile-walls/7131/]

Geofabrics, (2017). Site instruction for the assembly and erection of Reno Mattress.
[Didapati pada: April 21, 2017] [Diperolehi daripada:
https://www.geofabrics.co/products/maccaferri-reno-mattresses]

G&P Geotechnics, (2001). Specifications for gabion, stone pitching and riprap.
[Didapati pada: April 23, 2017] [Diperolehi daripada:
https://www.maccaferri.com/za/download/brochure-gabion-assembly-
manual/?wpdmdl=4938].

Husna Farhana, (2012). Polisi-polisi Insurans dalam Industri Pembinaan. [Didapati


pada: Mac 3, 2017] [Diperolehi daripada http://borak-
qs.blogspot.my/2012/01/polisi-polisi-insuran-dalam-industri.html]

Hesly, (2017). Hesly Gabion Barrier. [Didapati pada: April 21, 2017] [Diperolehi
daripada: http://www.gabionbarrier.com/153245-794239.html]

Iowa Department of Natural Resources. (2006). How to control streambank erosion.


U.S department of Agriculture. Kansas

Investopedia, (2017). Contractor’s All Risky (CAR) Insurans. [Didapati pada: Mac 6,
2017] [Diperolehi daripada:
http://www.investopedia.com/terms/c/contractors-all-risks-car-insurance.asp]

133
134

Ismail, S., & Atan, A. (2011). Aplikasi Pendekatan Penyelesaian Masalah Dalam
Pengajaran Mata Pelajaran Teknikal Dan Vokasional Di Fakulti Pendidikan
UTM. Journal of Educational Psychology and Counselling, 2(1), 113-144.

Jabatan Pengairan Dan Saliran (2012). Pengurusan Sungai: Garis Panduan


Pembangunan Melibatkan Sungai Dan Rezab Sungai. [Didapati Pada:
November 02, 2016] [Diperoleh Daripada
Http://Www.Water.Gov.My/Resource-Centre-Mainmenu-255/Manual-A-
Guidelines/River-Management-Mainmenu-289?Lang=En]

Jabatan Metreologi Malaysia (2016). Laporan Cuaca Bulan November 2015 dan
Tinjauan Cuaca Pada Bulan Januari Hingga Februari 2016. [Didapati pada:
Oktober 24, 2016] [Diperolehi daripada:
http://www.met.gov.my/web/metmalaysia/monsoonoutlook]

Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia (2016). Pengurusan Sungai. [Didapati pada:
7 November 2016] [Diperoleh daripada: http://www.water.gov.my/our-
services-mainmenu-252/river-management-mainmenu-278/activities-
mainmenu-265?lang=my]

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, (2013). Akta pampasan pekerja 1952.
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Kementerian Sumber Manusia.
[Didapati pada: March 5, 2017].

Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif.


Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012. 28-29 Mac. Puteri Resort Melaka.
3-15

JKR 203A (2007). Syarat-syarat kontrak JKR 203A Pindaan 2010. Kerajaan Malaysia.

Malaysia (1965). Kanun Tanah Negara (1965). Seksyen 5.

Kassim, R. (2007). Kajian Keberkesanan Penggunaan Geoprotect Sebagai Kawalan


Hakisan Tebing Sungai. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.

Khalid, A. G. (2008). Model Ramalan Kos Pembinaan. Pusat Penyelidikan. VOT


78159. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai

134
135

Kamarudin, M. K. A., Toriman, M. E., Sulaiman, N. H., Ata, F. M., Gasim, M. B.,
Muhamad, A.,& Aziz, N. A. A. (2015). Klasifikasi sungai tropika
menggunakan teknik kemometrik. Malaysian Journal of Analytical Sciences,
19(5), 1001-1018.

Kiciman (2016). Gabion Matrress. [Didapati pada: Oktober 23, 2016] [Diperolehi
daripada: http://www.kiciman.com/page/gabion-mattresses, 7.php]

Lange, D., Dlamini, S., Rossouw, G., & Van Rooyen, M. (1976). A green solution for
the design and construction of steep slopes and embankments. Civil
Engineering Siviele Ingenieurswese, 18(3), 46-53.

Lebar, O., (2009). Penyelidikan Kualitatif. Pengenalan Kepada Teori Dan Metod.
Tanjung Malim. Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung
Malim

Lembaga Hasil Dalam Negeri (2009). Insurans Indemnity Professional. Ketetapan


Umum NO.3/2009. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Lee (2009). Piling, piling driving and construction. How to install sheet pile.
[Didapati pada: April 21, 2017] [Diperolehi daripada: http://pile-
driving.com/2009/03/how-to-install-sheet-pile]

Mohd Syazwan Bin Mohd Latifi (2005). Pemilihan Tembok Penahan Dalam Projek
Pembinaan (Menggunakan Kaedah Analytic Hierarchy Process). Tesis Ijazah
Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Pengurusan Pembinaan). Universiti
Teknologi Malaysia. Skudai

Maccaferri (2016). Products. [Didapati Pada: November 03. 2016] [Diperolehi


daripada https://www.maccaferri.com/us/products/gabions/

Maccaferri (2016). Gabion [Didapati Pada: November 03. 2016] [Diperolehi


daripada http://www.maccaferri.com/us/products-list/].

Maccaferri (2015). Green Terramesh System. [Didapati pada: April 21, 2017
[Diperolehi daripada: https://www.maccaferri.com/us/products/green-
terramesh/]

135
136

Maccaferri (2017). Green Terramesh System. [Didapati pada: 2017, Mac 24]
[Diperolehi daripada: https://www.maccaferri.com/us/products/green-
terramesh/]

Maccaferi, (2012). Gabion Assembly Manual. [Didapati pada: 2017, April 21]
[Diperolehi daripada: https://www.maccaferri.com/za/download/brochure-
gabion-assembly-manual/?wpdmdl=4938]

Masri, S., (2005). Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan: Esei, Proposal,
Tesis. Kuala Lumpur. Utusan Publications.

Mandavkar, S., & Stralla, A. (2011). Maccaferri Terramesh System, Gabion Face MSE
Walls at St. Anthony Falls (I-35W) Bridge. In Geo-Frontiers 2011: Advances
in Geotechnical Engineering (pp. 3449-3458).

Malaysia (1952). Akta Pampasan Pekerja 1952. Akta 273.

Nuraini, S. (2014). Hakisan Sungai. [Didapati Pada 2016, November 15] [Diperoleh
Dari Http://Mte3012-Sitinuraini.Blogspot.My/2014/11/Hakisan-
Sungai.Html].

Osman, O., (2014). Pengurusan Pembinaan: Konsep, Strategi Dan Aplikasi. Pulau
Pinang. Penerbit Universiti Sains Malaysia.

O'leary, Z. (2004). The Essential Guide to Doing Research. California. Sage


Publications LTD.

Omisay (2013). Contoh Kajian Pra University 3. [Didapati Pada: 2016, November 4]
[Diperoleh Daripada: Http://Omisay.Blogspot.My/2013/01/Contoh-Kajian-
Prauniversiti-3.Html]

Razif Rosli (2016, Mei 17). Hakisan tebing semakin teruk. Sinar Harian Online.
[Didapati pada: Oktober 24, 2017] [Diperolehi daripada:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/hakisan-tebing-semakin-teruk-
1.521913]

Raihan, (2015). Insurans Indemnity Professional. [Didapati Pada: 2017, Mac 6]


[Diperoleh Daripada: Http://Insuransliabiliti.Blogspot.My/P/Insurans-
Indemniti Professional.Html’]

136
137

Roslan, Z. A., Naimah, Y., & Roseli, Z. A. (2012). River Bank Erosion Risk
Potential With Regards To Soil Erodibility. River Basin Management VII,
172, 289.

Rosmawati. (2011) Analisis Kandungan Kualitatif. [Didapati Pada 2016, November


22] [DiPeroleh Daripada:
Https://Rosma212.Wordpress.Com/2011/08/18/Analisis-Kandungan-
Kualitatif-Qualitative-Content-Analysis/]

Rivo Bina, (2012). Precast Sheet Pile Wall. [Didapati pada: 2017, Februari 14]
[Diperolehi daripada:
http://www.rivo.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=
174&Itemid=422]

Railsystem, (2015). Sheet pile wall construction. [Didapati pada: 2017, April 21]
[Diperolehi daripada: http://www.railsystem.net/sheet-pile-wall-
construction/].

Roche Bros Inc, (2017). Retaining Walls. [Didapati pada: 2017, Mac 24] [Diperolehi
daripada: http://www.rochebrothers.com/picture_gallery/index.html]

Salleh R., Sulaiman, S. Dan Shafie, C.Z. (2007). Teks & Rujukan Lengkap STPM dan
Pra-U Geografi Fizikal. (1st Ed), Selangor. Aras Pendidikan Sdn.Bhd.

Shazlina Sahrizal (2015) Punca Hakisan Tebing Sungai Dan Pantai. [Didapati Pada
Oktober 31, 2016] [Diperoleh Daripada: Http://Documentslide.Com/].

Strahler, A.N. (1978). Terj. Geografi Fizikal. New York: John Wiley & Sons Inc.

Saidin, M., & Majid, L. A. (2012). Pembentukan Jati Diri Kanak-Kanak Melalui
Bahan Bacaan Bahasa Malaysia. Jurnal Hadhari, 4(1), 77-102.

Scotish Environment Protection Agency. (2008). Engineering In the Water


Environment Good Practice Guide. Bank Protection: River and Lochs (1st
Ed.) [Brochure]. Scotland. Royal Haskoning.

Smoltczyk, U. (2003). Geotechnical engineering handbook (Vol. 3, Elements and


structures). Berlin: Ernst & Sohn.

137
138

Shahir, M. (2014). Hakisan Sungai. [Didapati Pada 2016, November 15] [Diperoleh
Dari: Http://Mte3012-Mohamadshahir.Blogspot.My/2014/11/Hakisan-
Sungai.Html]

Schimmel, B., Nieland, C., Teichmann, C., Jansen, F., & Gunst, L. (2014). A study on
solutions to decrease erosion problems and enhance biodiversity and nature
development in the river Spui. Wageningen University. Netherland.

Syafiq Ab Aziz, (2015). Penyediaan Tapak. [Didapati pada: 2017, Mac 8]


[Diperolehi daripada: Http://Documents.Tips/Documents/Penyediaan-
Tapak.Html].

Suhada Sabre, (2015). Teknologi Pembinaan. [Didapati pada: 2017, Mac 8]


[Diperolehi daripada: http://suhadasabre.blogspot.my/2016/01/pengenalan-
papan-tanda-merupakan-elemen.html]

Suzee Lanar, (2015). Kerja tanah. [Diperolehi pada: 2016, Februari 14] [Diperolehi
daripada: http://documents.tips/documents/unit-5-kerja-tanah.html]

Surat Pekeliling JKR.KPKR:020.050/03, (2002). Panduan Menetapkan Liputan


Insurans Tanggungan Awam. Jabatan Kerja Raya Malaysia. 9 Mei 2002.

Toriman, M. E., Ata, F. M., Kamarudin, M. K. A., & Idris, M. (2013). Bed-Load
Sediment Profile and Effect of River Bank Erosion on River Cross-Section.
American Journal of Environmental Sciences, 9(4), 292.

Toriman, M. E. H., & Che’Lah, H. (2007). Ciri Hidrologi Dan Hakisan Tebing
Sungai Di Sungai Lendu, Alor Gajah Melaka. E-BANGI: Jurnal Sains Sosial
Dan Kemanusiaan, 2(2), 12.

Toriman, M. E., Kamarudin, M. K. A., Aziz, N. A. A., Din, H. M., Ata, F. M.,
Abdullah, N. M., ... & Abdullah, N. W. (2012). Pengurusan Sedimen Terhadap
Sumber Air Bersepadu: Satu Kajian Kes Di Sungai Chini, Pekan Pahang. E-
BANGI: Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 7(1), 267-283

Ta Wee, S., & Ariffin, R. (2011). Kajian terhadap struktur bagi mengawal hakisan
dan banjir di tepi sungai kelantan. Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan
dan Keusahawanan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Parit Raja.

138
139

Thyy, V., Sobey, I., & Truong, P. Canal and River Bank Stabilization for Protection
against Flash Flood and Sea Water Intrusion in CentralVietnam. Cantho City:
Cantho Press, 2006, 2: 1-12.

Towonsing, A. (2016). Hakisan tanah: tindakan air mengalir, kesan terhadap alam
sekitar dan ekonomi. [Didapati Pada November 01, 2016] [Diperoleh
Daripada: Https://Www.Malaysian-Ghost-Research.Org]

Vincent Tan (2016, Oktober 28). Works on Kayu Ara riverbank begins. The Star
Online. [Didapati pada: Januari 24, 2017] [Diperolehi daripada:
http://www.thestar.com.my/metro/community/2016/10/28/work-on-kayu-ara-
riverbank-begins-project-involves-repairing-three-collapsing-monsoon-drain-
outlets/]

Wolf Remediation Ltd (2017). Vinyl sheet piles in wall for Dasserat Lake. [Didapati
pada: 2017, Mac 24] [Diperolehi daripada:
http://www.wolfremediation.com/vinyl-sheet-piling-solutions-
2/projects/dasserat-lake-dam/].

Yahaya, A. Hashim, S., Ramli J., Boon, Y., Hamdan, A. R., (2007). Menguasai
Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis & Interpretasi Data. Seri
Kembangan. PTS Professional.

Yusoff, M., (2001). Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman Kerja Lapamgan Kajian.


Kuala Lumpur. Penerbitan Universiti Malaya

Yee, K. C. (2006). Study of floodwall system for a river rehabilitation and flood
control method. Department of civil engineering. Universiti Teknologi
Malaysia. Skudai.

Zairi Affendi (2012). Penentuan Kadar Hakisan Di Kawasan Pertanian Menggunakn


Simulasi Hujan. Tesis Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Universiti
Teknologi Malaysia. Skudai.

139
140

LAMPIRAN

1) Borang Soal Selidik


2) Borang Analisis Dokumen

140
141

LAMPIRAN
Borang soal selidik

141
142

JABATAN UKUR BAHAN


FAKULTI ALAM BINA

SOALAN TEMU BUAL SEMI STRUKTUR


PERLAKSANAAN KAEDAH PENCEGAHAN HAKISAN SUNGAI

OBJEKTIF:

iii. Untuk mengenal pasti kaedah yang biasa dipraktikan berdasarkan faktor-faktor
pemilihan dan perlaksanaan untuk mencegah hakisan sungai

iv. Untuk mengenal pasti kos yang terlibat bagi kaedah pencegahan hakisan sungai.

PERHATIAN:

Soalan soal selidik ini adalah untuk mengumpul data berkaitan dengan kajian seperti
di atas. Semua maklumat adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan.
Kerjasama dari pihak anda amatlah dihargai. Terima kasih

Disediakan Oleh:
Nurerlina Binti Ramlee (B14BE0017)
921230125172
4SBEC (Sarjana Muda Sains (Pembinaan))
Email: erlinaramlee@gmail.com
Tel: 0177710443
Penyelia: Sr. Dr. Mohd Saidin Bin Misnan

142
143

BAHAGIAN A

Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang responden
dan projek yang terlibat

Nama Organisasi : Jabatan Pengairan dan Saliran

Nama Projek :_______________________________________

Lokasi : _______________________________________

Tempoh projek :________________________________________

Nama Responden :_______________________________________

Jawatan :_______________________________________

Lokasi Temu bual :_______________________________________

Tandatangan Responden :________________________________________

Tarikh :____/____/ 2017

Cop Organisasi :

143
144

BAHAGIAN B

Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan objektif pertama kajian
iaitu: Untuk mengenal pasti kaedah yang dilaksanakan berdasarkan faktor-
faktor pemilihan dan perlaksanaan untuk mencegah hakisan sungai.

1. Faktor berlakunya hakisan sungai di kawasan berkenaan?


YA TIDAK
i. Isipadu dan halaju air
ii. Kecerunan
iii. Jenis batuan
iv. Bentuk alur
v. Bahan muatan
vi. Tindakan manusia
vii. Lain-lain (nyatakan)

Berdasarkan jawapan di atas, nyatakan dengan lebih terperinci bagi setiap


faktor tersebut

Bil. Faktor Justifikasi

a. Isipadu dan halaju air

b. Kecerunan

c. Jenis batuan

d. Bentuk alur

e. Bahan muatan

f. Tindakan manusia

g. Hujan lebat

144
145

2. Apakah kaedah pencegahan hakisan sungai yang digunakan dan mengapa kaedah ini dipilih?

Tida
Bil Kaedah Pencegahan Hakisan Sungai Ya Mengapa Mengapa
k
a.
Sheet Pile

b.
Green Terawall

c. Dinding batu (Riprap)

d. Gabion Mattress

e. Batu sangkar (Gabion Wall)

f. Reno Mattress

g.
Rubble wall
h. Lapisan geotekstil berisi bahan berbutir
(Sand filled mattress)
i.
Lain-lain

145
146

3. Berdasarkan faktor pemilihan dan perlaksanaan, mengapa faktor tersebut mempengaruhi pemilihan kaedah pencegahan hakisan?
JUSTIFIKASI
FAKTOR YA
MENGAPA
1. Faktor kos pembinaan

Kos merupakan elemen penting dalam pembinaan

Pemilihan kaedah perlu sesuai dengan peruntukan


2. Faktor reka bentuk

a. Faktor reka bentuk

Mengenal pasti mod kegagalan dan mekanisma hakisan

Kawasan yang terdapat halangan dan terhad

Kukuh dan penahan kepada tindakan tanah

Tanah stabil dan tidak mudah runtuh

Sesuai dengan kaedah yang digunakan

146
147

JUSTIFIKASI
FAKTOR YA
MENGAPA
Kestabilan struktur mampu menampung beban dan daya

Kecerunan tanah yang melebihi tahap optimum

Berupaya menahan tanah.

Reka bentuk yang optimum dan kos yang efektif

Menjimatkan masa pembinaan


Reka bentuk yang ekonomi dan meminiumumkan masa
pembinaan.
b. Faktor nilai estetika

Daya penarik

Mesra alam
c. Faktor penyelengaraan

Berkala atau kerap

Mudah dan tidak rumit

147
148

JUSTIFIKASI
FAKTOR YA
MENGAPA
3. Faktor ciri-ciri tanah

a. Faktor geoteknik

Tanah yang sesuai dengan kaedah

Jenis tanah di kawasan tersebut (pasir, tanah gambut,


kerikil,tanah liat)

Berisiko hakisan tanah (kecerunan tanah)


4. Faktor kaedah pembinaan

a. Faktor kaedah pembinaan

Kaedah pembinaan yang sesuai

Kerja pembinaan yang tepat

Pemilihan kaedah yang tepat dapat menjimatkan masa


pembinaan.
b. Faktor bahan binaan

148
149

JUSTIFIKASI
FAKTOR YA
MENGAPA

Bahan binaan yang digunakan.

Kualiti bahan binaan

Sumber yang mudah didapati


5. Faktor keadaan dan lokasi tapak

a. Keadaan tapak

Tapak bersesuaian dengan kaedah

Akses keluar dan masuk

Keupayaan jentera bergerak di kawasan pembinaan

Lokasi tapak yang sesuai

Mudah memperoleh bahan binaan

Mudah bagi pengangkutan bahan dan jentera

Bahan binaan yang mudah didapati

149
150

LAMPIRAN
Borang Analisis Dokumen

150
151

ANALISIS DOKUMEN

Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan objektif kedua kajian iaitu:
Kos yang terlibat bagi pencegahan hakisan sungai.

1. Berapakah kos yang terlibat dalam pemilihan kaedah pencegahan hakisan sungai?

Kaedah

Peratus (%) Kos (RM) Peratus (%) Kos (RM) Peratus (%) Kos (RM)
Kos
1. Kos kerja awalan (preliminaries)

a. Insurans bon perlaksanaan

b. Insurans kerja

c. Insurans tanggungan awam

d. Insurans pampasan kerja

e. Insurans idmeniti professional

151
152

Kaedah

Peratus (%) Kos (RM) Peratus (%) Kos (RM) Peratus (%) Kos (RM)
Kos
f. Polisi semua risiko kontraktor

2. Kerja-kerja penyediaan tapak

a. pembersihan

b. Laluan keluar dan masuk/


jalan sementara
c. Papan tanda

3. Kerja-kerja tanah

a. Pengorekan/ pemotongan

b. pemadatan

c. pencerunan

4. Kerja-kerja pembinaan

a. Konkrit

152
153

Kaedah

Peratus (%) Kos (RM) Peratus (%) Kos (RM) Peratus (%) Kos (RM)
Kos
b. Acuan

c. Tetulang besi

153

You might also like