You are on page 1of 1

PINDAAN ARAHAN PERBENDAHARAAN

_____________________________________________________________________________________

190. Perolehan Perkhidmatan Bukan Perunding

190(b) (i) Bagi perolehan perkhidmatan yang bernilai melebihi RM50,000


hingga RM100,000 setahun atau sesuatu kontrak hendaklah
dipelawa secara sebut harga daripada sekurang-kurangnya lima (5)
pembekal/syarikat bertaraf Bumiputera tempatan yang berdaftar
dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang berkaitan; dan

(ii) Bagi perolehan perkhidmatan yang bernilai melebihi RM100,000


hingga RM500,000 hendaklah dipelawa secara sebut harga
daripada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal/syarikat tempatan
yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang
berkaitan.

190(c) Tender hendaklah dipelawa bagi semua perkhidmatan yang nilainya


dianggarkan melebihi RM500,000 setahun atau satu (1) kontrak.

You might also like