You are on page 1of 4

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA ( UUM )

KAMPUS PJJ JA211 MELAKA

SEMESTER APRIL 2021/2022

Nama PENSYARAH:
PN.norhalida binti abd.rahim

KOD KURSUS / subjek:


GMGf 2023 – Pentadbiran kewangan

TAJUK TUGASAN :
Dasar perolehan negara

DISEDIAKAN OLEH :

274948 NASIR BIN SUDIRMAN


Dasar Perolehan Negara dilaksanakan untuk menggalakkan pertumbuhan industri tempatan
daripada penggunaan sumber yang optimum. Terdapat 6 startegi pelaksanaan dalam Dasar
Perolehan Negara iaitu:

a) Keutamaan Kepada Barangan Tempatan Dan Pembangunan Industri Tempatan


 Semua syarikat yang memperolehi tender kerajaan barangan perkhidmatan
perlu mempunyai sijil kelulusan dari SIRIM, lesen standard cop MS, dan
standard antarabangsa yang lain.
 Perlu mempunyai logo “BUATAN MALAYSIA”
 Bagi syarikat senarai bahan-bahan pembinaan tempatan yang dikeluarkan
oleh IKRAM QA SERIVICES SDN BHD.
 Kelulusan perolehan barangan import melebihi RM 50 ribu bagi satu item
dari Ketua Setiausaha.
 Bahan atau barangan yang melebihi RM 50 ribu bagi satu kontrak melalui
secara “free on board”
 Menggunakan perkhidmatan pengangkutan tempatan.
 Mempunyai perlindungan “Kumpulan Wang Insurans Barang-Barangan
Kerajaan”

b) Pembelian Melalui Kontrak Pusat


 Berasaskan penjimatan di dalam Perolehan Kerajaan dengan berpandukan
kepada 5 prinsip iaitu :-
1) Akauntabiliti Awam.
2) Diuruskan Secara Telus.
3) Persaingan Terbuka.
4) Nilai Faedah Yang Terbaik.
5) Mengambil kira Dasar Keutamaan Bumiputera.

c) Penggunaan Kontrak Jabatan Lain


 Mendapat persetujuan daripada agensi yang mengikat kontrak dan
memerlukan kelulusan dari jabatan perbendaharaan.
 Kontrak masih berkuatkuasa.
 Tiada penambahan kuantiti dari kontrak yang asal.
 Berbaki kepada kuantiti yang sama dari dan masih belum digunakan oleh
agensi utama.
d) Pemindahan Teknologi Untuk Institusi Dan Industri Tempatan
 Membantu institusi dan industri tempatan dalam mempertingkatkan
kepakaran dalam pelbagai bidang terutama nya yang melibatkan teknologi
terkini dan kepakaran yang moden.
 Kebiasaanya dilaksanakan melalui program “off set” denghan kerjasama
industry tempatan terutama sekali bagi perolehan yang strategik dan
berteknologi tinggi.

e) Keutamaan Kepada Syarikat Bumiputera


 Semua pembekal dan kontraktor bumiputera perlu berdaftar dengan
kerajaan dan memiliki lesen kelas dan perakuan bidang khusus dari agensi
pembinaan seperti CIDB atau sebagainya.
 Mempunyai had nilai gred harga projek mengikut lesen kelas syarikat yang
berdaftar.
 Syarikat bumiputera yang bebas dari senarai hitam pihak perbankan
Malaysia.
 Membantu kerajaan dalam usaha menggubal perolehan.

f) Pembangunan Industri Perkhidmatan


 Semua urusan pendaftaran syarikat pembangunan dan oerkhidmatan di
semenanjung Malaysia dikendalikan oleh kementerian kewangan sahaja.
Manakala pendaftaran syarikat pembangunan dan perkhidmatan di Sabah
dan Sarawak dikendalikan oleh jabatan persekutuan yang berkenaan.
 Kementerian dan jabatan dikehendaki mempelawa hanya syarikat yang
berdaftar dengan kementerian kewangan termasuk Perbendaharaan
Malaysia Sabah dan Sarawak untuk mengambil bahagia didalam semua
urusan perolehan pembangunan atau perkhidmatan atau kecualiperolehan
pembangunan dan perkhidmatan tidak melebihi RM50 ribu.

Rujukan Dari :
www.kkmm.gov.my

www.bendahari.upnm.edu.my

www.ruralink.gov.my

www.pmo.gov.my

www.bursar.upm.edu.my

www.ppp.treasury.gov.my

www.pkb.edu.my

www.jtm.gov.my

www.anm.gov.my

You might also like