You are on page 1of 22

BAB 7

SISTEM PEROLEHAN
NEGARA
OBJEKTIF BAB

• Mendefinisikan perolehan kerajaan.


• Mengenal pasti prinsip dan objektif perolehan
kerajaan.
• Membincangkan strategi-strategi perolehan
kerajaan.
• Menjelaskan beberapa kaedah perolehan
kerajaan.
• Mengetahui tentang pengurusan risiko.
PENGENALAN

• Dalam bab ini, anda akan mempelajari


objektif, prinsip, strategi dan kaedah-
kaedah perolehan yang dilakukan oleh
kerajaan dalam membuat perolehan
barang, perkhidmatan dan kerja.
KUASA PERBENDAHARAAN
• Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan supaya
pengurusan kewangan dan perakaunan negara diletakkan di bawah
tanggungjawab Menteri Kewangan.

• Seksyen 6(1) Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) telah


memberi kuasa kepada menteri berkenaan untuk menyelia dan
menyelaras perolehan kerajaan.

• Perbendaharaan telah mengeluarkan Arahan Perbendaharaan dan


Surat Pekeliling Perbendaharaan sebagai panduan kepada pihak
pentadbir bagi mengendalikan urusan perolehan dengan cekap dan
berkesan.
ARAHAN PERBENDAHARAAN
• i) menentukan kriteria, syarat-syarat pendaftaran dan mendaftarkan
individu, firma, syarikat atau pertubuhan untuk membolehkan mereka
berurus niaga dengan kerajaan;
• ii) membeli atau memperoleh dengan cara yang paling menguntungkan
iaitu secara tender atau sebut harga atau lain-lain cara;
• iii) membuat kontrak perolehan dengan mengadakan syaratsyarat dan
terma-terma yang paling menguntungkan bagi pihak jabatan;
• iv) memiliki, memegang, mengurus, mengendali, menyiap, memasang,
mentauliahkan, mengangkut, memperbaiki, menyenggara dan menjaga
barang-barang dan memperoleh harta alih dan tak alih atau kelengkapan
yang diperlukan;
• v) menjual, menukar, meminjamkan, mengarah atau memberi kuasa
pemindahan antara jabatan atau memperuntukkan cara pelupusan lain
mengikut syaratsyarat tertentu;
ARAHAN PERBENDAHARAAN
• vi) mengeluarkan arahan kepada jabatan bagi pengawalan, penyeliaan
dan penyelarasan mengenai perolehan, penyimpanan, pembahagian,
penggunaan, pemindahan antara jabatan dan pelupusan barang-barang;
• vii) menjalankan pemeriksaan ke atas jabatan mengenai perolehan,
penyimpanan, pembahagian, penggunaan, pemindahan antara jabatan
dan pelupusan;
• viii) menjalankan penyiasatan ke atas jabatan jika diperlukan terhadap
urusan perolehan, penyimpanan, pembahagian, penggunaan,
pemindahan antara jabatan dan pelupusan dengan cara yang cekap dan
berkesan;
• ix) mengambil tindakan ke atas individu, firma, syarikat dan pertubuhan
yang didapati bersalah oleh Perbendaharaan disebabkan keingkaran
melaksanakan sesuatu kontrak atau dihalang memasuki tender atau sebut
harga kepada Kerajaan untuk suatu tempoh yang berpatutan disebabkan
prestasi yang tidak memuaskan.
PRINSIP DAN OBJEKTIF PEROLEHAN
• Prinsip akauntabiliti awam :- Ia bermaksud setiap penjawat
awam mesti melaksanakan tanggungjawab dengan
beramanah, beretika dan bersungguh-sungguh untuk
mencapai hasil yang terbaik.
• Pengurusan perolehan perlu dilakukan secara telus
(transparent).
• Pengurusan perolehan juga mesti membawa kepada nilai
faedah yang terbaik (best value for money).
• Prinsip seterusnya adalah saingan terbuka iaitu semua pihak
yang layak untuk bersaing.
OBJEKTIF PEROLEHAN
• Menguruskan perolehan secara cekap, berkesan dan paling
menguntungkan;
• Mendapatkan harga yang berpatutan dan menguntungkan dengan
mengambil kira kualiti, kuantiti, tempoh penyerahan barang atau
tempoh siap kerja yang telah ditetapkan;
• Menggalakkan pertumbuhan industri tempatan dan penggunaan
sumber-sumber tempatan;
• Membangun, mengembang dan memindahkan teknologi yang
bersesuaian dengan keperluan semasa negara;
• Memastikan barang dan aset kerajaan diuruskan dengan berkesan;
dan
• Menjadi asas bagi pencapaian objektif dasar-dasar kerajaan
DASAR PEROLEHAN NEGARA (DPN)
• Dasar Perolehan Kerajaan (DPK) diadakan bagi mencapai matlamat Dasar
Pembangunan Nasional (DPN) dan Wawasan 2020.
• Tujuan DPN?
• Menggalakkan pertumbuhan industri tempatan selain daripada
penggunaan sumber atau bahan tempatan dengan optimum.
• Menggalakkan penglibatan usahawan dan syarikat Bumiputera selaras
dengan hasrat mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera (MPPB).
• Meningkatkan keupayaan industri dan firma tempatan melalui pemindahan
teknologi dan kepakaran.
• Menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan sektor perkhidmatan
tempatan terutamanya perkhidmatan pengangkutan dan insurans
tempatan.
• Bertindak sebagai umpilan (leverage) bagi merealisasikan tanggungjawab
kerajaan kepada masyarakat.
STRATEGI PELAKSANAAN
1) Keutamaan kepada Barangan Tempatan dan Pembangunan Industri
Tempatan:
- memberi keutamaan kepada barangan atau bahan buatan tempatan
kecuali jika barangan atau bahan tersebut tidak dapat diperoleh daripada
sumber tempatan.
- perolehan bekalan atau perkhidmatan, anda perlu memberi keutamaan
kepada barangan buatan tempatan walaupun perbezaan kos keseluruhan
ke atas barang buatan tempatan berbanding barangan buatan asing yang
serupa adalah lebih tinggi dengan syarat kualiti barang buatan tempatan
itu memuaskan
• ‘Kos keseluruhan’ yang dimaksudkan di dalam Arahan Perbendaharaan
meliputi tambang, insurans, cukai dan sebagainya. Jika barang itu diimport,
cukai yang terlibat merupakan duti kastam dan cukai jualan. Bagi barangan
tempatan pula, cukai yang dikenakan ialah cukai eksais dan cukai jualan.
STRATEGI PELAKSANAAN
2) Pembelian Melalui Kontrak Pusat:
• Perbendaharaan akan menguruskan kontrak pusat bagi tujuan perolehan.
• Semua agensi mesti menggunakan kontrak pusat apabila membeli
barangan ini.
• Ia hanya boleh dibeli melalui pembekal-pembekal kontrak pusat yang telah
dilantik oleh Perbendaharaan, melainkan dengan pengecualian
Perbendaharaan atau Pihak Berkuasa Kewangan.
• Barangan guna sama ini dibeli secara pukal di bawah suatu kontrak pusat.
Sekiranya kontrak pusat tidak berkuatkuasa, maka jabatan boleh
menguruskan sendiri pembelian mengikut arahan yang telah ditetapkan.
• Ia bertujuan untuk menjimatkan kos melalui pembelian pada skala besar-
besaran. Selain daripada barang ini dapat dibeli dengan lebih murah,
agensi kerajaan juga menjimatkan masa dan tenaga pekerja kerana tidak
perlu mengikuti tatacara pembelian secara berulang-ulang kali.
STRATEGI PELAKSANAAN
3) Penggunaan Kontrak Jabatan Lain:
• Jabatan lain boleh memperoleh barang yang sama yang diperlukan
itu melalui jabatan yang menjadi pengguna utama barang itu
ataupun melalui kontraktor atau pembekal bagi jabatan pengguna
utama tadi dengan syarat-syarat yang sama.
• Perolehan melalui kaedah ini hendaklah terlebih dahulu mendapat
kelulusan Perbendaharaan.
• Jabatan yang lain dapat menjimatkan kos di samping menikmati
faedah daripada kepakaran jabatan pengguna utama.
STRATEGI PELAKSANAAN
4) Pemindahan Teknologi untuk Institusi dan Industri
Tempatan:
• Strategi ini bertujuan membantu industri tempatan
meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai
bidang yang strategik dan yang melibatkan teknologi
tinggi. Ia selalu dilaksanakan melalui program timbal balas
(offset) dan kerjasama industri.
STRATEGI PELAKSANAAN
5) Keutamaan kepada Syarikat Bumiputera :
- Sebuah syarikat Bumiputera perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
• sekurang-kurangnya 51% sahamnya dimiliki oleh Bumiputera, iaitu saham
individu Bumiputera adalah melebihi saham individu bukan Bumiputera;
• sekurang-kurangnya 51% daripada jawatan Lembaga Pengarah syarikat
dipegang oleh Bumiputera;
• jawatan-jawatan penting seperti Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan atau
Pengurus Besar dipegang oleh Bumiputera;
• sekurang-kurangnya 51% daripada pekerja syarikat adalah Bumiputera;
• pengurusan kewangan syarikat dikuasai oleh Bumiputera, dan
• carta organisasi dan fungsi pengurusan menunjukkan penguasaan
penuh oleh Bumiputera.
STRATEGI PELAKSANAAN
5) Pembangunan Industri Perkhidmatan:
• Dasar Perolehan Negara telah menetapkan supaya hanya
perkhidmatan syarikat tempatan digunakan bagi perkhidmatan
pengangkutan dan insurans yang diperlukan.
• Pada kebiasaannya, perkhidmatan pengangkutan dan insurans
adalah diperlukan bagi pembelian barang dari luar negara.
• Penggunaan perkhidmatan pengangkutan dan insurans syarikat
tempatan adalah bertujuan mengurangkan pengaliran keluar wang
negara.
JENIS-JENIS PEROLEHAN
• Perolehan kerajaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu
perolehan secara “centralized” dan secara “decentralized”?
• “Centralized”
- Ia dikendalikan secara pusat oleh Perbendaharaan selaras dengan
kuasa yang diberikan melalui Arahan Perbendaharaan nombor 178.
- Cth: perolehan barangan guna sama.
• “Decentralized”
- Perolehan bentuk ini akan dikendalikan sendiri oleh
Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun secara berasingan.
- Cth: melibatkan perolehan melalui pembelian runcit, sebut harga
dan tender.
KAEDAH PEROLEHAN
PEMBELIAN TERUS

KERJA-KERJA REQUISITION

KAEDAH SEBUT HARGA


PEROLEHAN

TENDER

RUNDINGAN TERUS
KAEDAH PEROLEHAN

1) Pembelian Terus:
- perkhidmatan < RM10,000 setahun bagi satu item atau kelas jenis item,
agensi kerajaan dibenarkan membuat pembelian secara terus daripada
mana-mana pembekal.
- pembelian bernilai antara RM10,000 - RM20,000 setahun bagi satu item atau
kelas jenis item, pihak pegawai dibenarkan oleh kerajaan untuk membuat
pembelian terus daripada pembekal yang berdaftar dalam bidang yang
berkenaan.

2) Kerja-Kerja Requisition:
- kerja-kerja kecil dan pembaikan yang tidak mengubah struktur asal.
- kerja-kerja yang < RM50,000 dan mesti mengikut jadual kadar kerja
kejuruteraan awam. Pemilihan kontraktor untuk kerja jenis ini boleh dibuat
secara undi atau pusingan.
KAEDAH PEROLEHAN
3) Sebut Harga
- bekalan dan perkhidmatan yang bernilai > RM20,000 hingga RM50,000
setahun. Sebut harga perlu dipelawa daripada sekurang-kurangnya lima (5)
pembekal atau kontraktor Bumiputera.

4) Tender
- melibatkan nilai > RM50,000 setahun, maka tender hendaklah dipelawa
daripada para pembekal atau kontraktor.
- 4 kategori tender:
i) Tender Terbuka
ii) Tender Terbuka yang Dikhaskan kpd Kontraktor Bumiputera
iii) Tender Terbuka Berasaskan Prakelayakan
iv) Tender Terhad
KAEDAH PEROLEHAN

5) Rundingan Terus
- Memerlukan kelulusan khas Perbendaharaan untuk dilaksanakan.
- Kaedah ini digunakan apabila didapati bahawa hanya terdapat satu
pembekal sahaja yang boleh membekalkan barang dan
perkhidmatan yang diperlukan.
- Perolehan jenis ini juga boleh dilaksanakan bagi kontrak kerja jika
projek yang terlibat adalah sangat penting dan perlu dilaksanakan
dengan segera.
PENGURUSAN RISIKO
• Pengurusan risiko dapat membantu organisasi mengelakkan risiko
yang keterlaluan.
• Pengurusan risiko adalah proses membuat dan melaksanakan
keputusan yang boleh meminimumkan kesan-kesan akibat daripada
kerugian kemalangan yang menimpa sesebuah organisasi.
• Pengenalpastian, penganalisisan dan pengawalan yang ekonomik
terhadap risiko-risiko yang boleh mengancam aset-aset atau
keupayaan dalam mendapatkan pulangan kapasiti perniagaan.
• Adalah penting bagi organisasi awam mempraktikkan pengurusan
risiko demi menjamin kerugian yang mungkin berlaku akibat
kemalangan, bencana, pecah amanah, kerosakan dan
penyelewengan dapat diminimumkan.
RUMUSAN
• Dasar Perolehan Negara telah menggariskan
dengan terperinci prinsip dan objektif perolehan.

• Pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk menjayakan


dasar ini adalah Perbendaharaan Malaysia.

• Arahan Perbendaharaan pula menyatakan dengan


spesifik kaedah-kaedah pelaksanaan dasar ini.

You might also like