You are on page 1of 24

TENDER

MUHAMMAD FIRDAUS BIN JASMAN


MUHAMMAD NURDIN BIN ZAKARIA

Maksud
Tender ialah suatu kenyataan yang dikeluarkan kepada
seseorang untuk melakukan kerja di samping mendapatkan
persetujuan daripada pihak yang berkenaan (Saidin, 1998).
Menurut March (2003) pula, proses menender merupakan proses
taktikal bagi pemilihan satu-satu pihak bagi membekalkan suatu
perkhidmatan, produk atau item kerja. Tanpa menghiraukan
mekanisme pemilihan, proses tawaran dan pemerimaan perlu
ada di dalam tender. Ia merupakan suatu proses bertaktik
sebagai keputusan yang strategik terhadap suatu pihak serta
skop kerja yang telahpun dikenalpasti.

Tender merupakan proses utama yang dilakukan oleh klien untuk


mendapatkan kontraktor yang layak. Pemilihan kontraktor
biasanya dibuat melalui pertandingan yang melibatkan
perbandingan antara perkara tertentu seperti harga dan masa
pembinaan. Ini adalah antara faktor utama pemilihan kontraktor
selain reputasi serta pengalaman kontraktor tersebut.

Tender Kerajaan
2.2.1 Syarat-syarat Perolehan Kerajaan
Perolehan yang melebihi RM200,000 perlu dipelawa secara
tender. Tender terbuka hendaklah dipelawa untuk bekalan
yang nilainya melebihi RM200,000 setahun bagi satu jenis
item atau kelas jenis item, kecuali jika dibenarkan oleh
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan
Negeri mengikut mana-mana yang berkenaan. Semua
jabatan kerajaan hendaklah menggunakan syarat-syarat
am tender sebagaimana ditentukan oleh Ketua Setiausaha
Perbendaharaan. Jika perlu sesuatu jabatan itu menambah
syarat-syarat tertentu asalkan ianya tidak bercanggah
dengan syarat-syarat am Arahan Perbendaharaan (A.P.
171.1). Semua perolehan yang dipelawa secara tender
hendaklah dipertimbangkan oleh Lembaga Perolehan.

Perbezaan tender dengan


sebutharga
2.2.1.1 Kerja
Kerja merupakan perolehan yang melibatkan kerja-kerja
pembinaan dan sivil seperti bangunan, lapangan terbang,
pelabuhan, jalanraya, tapak kawasan dan empangan air
serta kerja perparitan. Ia juga merangkumi kerja-kerja
mekanikal dan elektrikal.
Menurut Elias (2000), sebelum sesuatu tender kerja
ditender, pihak penguasa tempatan memperuntukkan
sekurang-kurangnya 30% daripada nilai kerja tahunan
khas untuk ditandingi di kalangan kontraktor Bumiputera
sahaja dan ianya tidak termasuk kontrak kerja di bawah
RM100,000.00.

Tambahan beliau lagi, pihak penguasa tempatan juga


mengkhususkan semua tender bernilai RM100,000.00 kepada
kontraktor Bumiputera sahaja dan mengagihkan sekurangkurangnya 50% daripada kerja-kerja yang bernilai dari
RM1000,000.00 hingga RM350,000.00 kepada kontraktor
Bumiputera. Pelawaan tender dibuat kepada syarikat-syarikat
tertentu mengikut had kewangan iaitu tender kerja yang
kurang daripada RM10 juta dibuka kepada syarikat 100% milik
tempatan sahaja. Bagi tender di antara RM10 juta hingga
RM25 juta pula dipelawa daripada kalangan syarikat 100%
tempatan dan syarikat tempatan yang disenaraikan di Bursa
Malaysia iaitu syarikat yang ditubuhkan dan diperbadankan di
Malaysia oleh warganegara Malaysia dengan syarat pegangan
saham individu asing tidak melebihi 30% dan Lembaga
Pengarah, pengurusan dan pekerja dianggotai 100% oleh
warganegara Malaysia.

Bagi tender yang melebihi RM25 juta pula boleh


dipelawa daripada 100% milik tempatan, syarikat
temapatan yang disenaraikan di BSKL dan syarikat
usahasama yang diperbadankan di Malaysia dengan
syarat pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49%
dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan
dan pekerja adalah warganegara Malaysia (Elias,
2000). Tender kerja-kerja khas yang memerlukan
kepakaran khusus yang tidak boleh diperolehi
melalui kepakaran tempatan boleh ditender secara
antarabangsa.

2.2.1.2 Bekalan
Bekalan adalah dimaksudkan sebagai barangan yang dibekalkan
bagi menjalankan sesuatu aktiviti, program atau projek agensi
Kerajaan. Ia juga merupakan input kepada sesuatu proses kerja
atau perkhidmatan. Bekalan dimaksudkan adalah seperti bahan
binaan, makanan, pakaian, kenderaan dan kelengkapan pejabat.
Bagi tender yang bernilai RM100,000.00, pihak penguasa tempatan
perlu mempelawa tender di kalangan syarikat Bumiputera sahaja.
Tender tempatan hendaklah dipanggil berasaskan harga bersih
sekiranya sumber boleh didapati di dalam negeri. Bagi tender
antarabangsa, ianya hanya boleh dipelawa bagi tender bekalan
yang tidak boleh diperolehi di dalam negeri atau tidak mempunyai
sekurang-kurangnya lima pembekal yang berdaftar dengan pihak
penguasa tempatan (Elias, 2000).

2.2.1.3 Perkhidmatan
Perkhidmatan Perunding
Perkhidmatan perunding meliputi semua jenis
kajian seperti kajian ekonomi, penswastaan,
pengurusan, pembangunan fizikal yang
memerlukan input seperti senibina, kejuruteraan
dan kerja-kerja ukur, pengurusan perundangan
dan perkhidmatan kepakaran dalam bidangbidang khusus seperti alam sekitar dan pertanian.

Perkhidmatan Bukan Perunding


Perkhidmatan bukan perunding meliputi perkhidmatan
seperti pengendalian kursus dan latihan, penyenggaraan
dan pembaikan, pencucian dan pembersihan, penyewaan
dan pengurusan bangunan.
Bagi tender perkhidmatan yang bernilai tidak melebihi
RM100,000.00, pihak penguasa tempatan hendaklah
mempelawa tender di kalangan syarikat Bumiputera
sahaja. Tender perkhidmatan ini hendaklah dipelawa di
kalangan pentender tempatan sahaja. Tender
antarabangsa boleh dipelawa sekiranya didapati
perkhidmatan yang hendak diperolehi tiada di dalam
negeri atau tidak mempunyai sekurang-kurangnya lima
syarikat yang berdaftar dengan pihak penguasa tempatan
(Elias, 2000).

2.2.2 Prosedur Perolehan


Bekalan, Perkhidmatan dan
Kerja
Perbendaharaan adalah pihak berkuasa pusat bagi
perolehan (bekalan, perkhidmatan dan kerja) kerajaan
sama ada di Malaysia atau di luar negara dalam
pengawalan, penguatkuasaan, penyeliaan, penyelarasan,
penggunaan, pembahagian, penyimpanan, pemindahan
antara jabatan dan pelupusan barang-barang. Selain kuasa
am yang diberi kepadanya dengan nyata oleh A.P. 166.1,
Perbendaharaan mempunyai kuasa khusus bagi perkaraperkara berikut yang antaranya adalah:
Menentukan kriteria, syarat-syarat pendaftaran dan
mendaftarkan individu, firma, syarikat atau pertubuhan
bagi membolehkan mereka berurus niaga dengan
kerajaan
Membeli atau memperolehi dengan cara yang paling

Mengambil tindakan termasuk menggantung atau


membatalkan pendaftaran ke atas individu, firma,
syarikat dan pertubuhan serta perunding yang
didapati oleh Perbendaharaan telah bersalah
kerana keingkaran dalam melaksanakan sesuatu
kontrak atau prestasi tidak memuaskan daripada
memasuki tender atau menyebut harga atau
memberi perkhidmatan kepada kerajaan bagi
suatu tempoh yang berpatutan

Perbezaan tender
Tender
Ia adalah bagi bekalan, perkhidmatan atau kerja yang nilainya
melebihi RM200,000 setahun.
Ia hendaklah diiklankan sekurang-kurangnya 1 akhbar utama
berbahasa Melayu jika tender tempatan; dan satu Melayu dan
satu Inggeris bagi tender antarabangsa. Diiklankan sekurangkurangnya 21 hari bagi tender tempatan dan 56 hari bagi tender
antarabangsa.
Tender hendaklah dihantar dalam sampul berlakri, disediakan
peti tender berkunci, dibuka oleh jawatankuasa pembuka tender
secepat mungkin, seeloknya hari yang sama. Ia kemudian dinilai
oleh jawatankuasa penilaian tender. Kemudian Lembaga
Perolehan akan mempertimbang untuk melulus tender. Mereka
yang dipilih melaksanakan kerja tender itu kemudian akan
bersetuju/tidak bersetuju dengan tawaran tender

Sebut Harga
1 )Had nilai perolehan secara sebut harga telah dinaikkan
daripada RM200 ribu kepada RM500 ribu.
2) Bagi bekalan dan perkhidmatan yang bernilai RM50 ribu
hingga RM100 ribu hendaklah dipelawa secara sebut harga
di kalangan sekurang-kurangnya lima (5) syarikat bertaraf
Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
3) Bagi bekalan dan perkhidmatan yang bernilai melebihi
RM100 ribu hingga RM500 ribu hendaklah dipelawa di
kalangan sekurang-kurangnya lima (5) pembuat/pembekal
tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan
dalam kod bidang berkaitan.

PERKARA YANG PATUT


DIPERTIMBANGKAN KETIKA
MENYEDIAKAN PROPOSAL

Keuntungan yang dihasilkan


Kos yang digunakan
Masa yang digunakan
Kepentingan projek kepada komuniti manusia
Kuantiti projek yang dibuat

JENIS TAWARAN TENDER


Terdapat beberapa jenis tender yang dipraktiskan di
Malaysia. Antara yang sering diamalkan adalah
tender terbuka, tender terpilih dan tender
perundingan. Setiap jenis tender mempunyai
kelebihan dan kelemahan masing-masing dan
perlaksanaannya adalah bergantung kepada
kesesuaian dalam proses menender. Pemilihan jenis
tender dalam sesuatu projek pembinaan banyak
bergantung kepada beberapa faktor utama seperti
saiz projek, lokasi pembinaan, kesesuaian dengan
masa serta kos yang diperuntukkan, pengalaman
dan sebagainya.

Tender Terbuka
Tender terbuka untuk ditandingi oleh semua kontraktor /
pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan
bagi bekalan dan perkhidmatan dan Lembaga
Pembangunan Industri pembinaan Malaysia (CIDB) dan
Pusat Khidmat kontraktor (PKK) bagi kerja.
Tender terbuka sering diamalkan di dalam industri
pembinaan di Malaysia untuk memilih kontraktor yang
berkelayakan dan untuk melaksanakan suatu pembinaan
yang dirancang. Persaingan secara tender terbuka adalah
lebih adil dan dapat menjamin harga tender yang
ditawarkan mengikut pasaran semasa. Klien akan
mengiklankan tawaran dalam akhbar-akhbar tempatan
untuk menjemput kontraktor yang berminat menawarkan
harga yang munasabah bagi projek tersebut.

Pentender akan dikenakan sejumlah wang tertentu untuk


membeli dokumen tender terebut dan dokumen yang telah
lengkap diisi hendaklah dihantar pada tarikh dan tempat yang
telah ditetapkan.
Penawaran harga oleh kontraktor biasanya berdasarkan
jumlah anggaran kasar sesebuah pembinaan berdasarkan
pengalaman kontraktor itu sendiri. Harga ini termasuklah
harga bahan binaan, gaji pekerja, bayaran untuk subkontraktor, kerja sampingan dan juga keuntungan. Harga
tender yang diserahkan itu merupakan tawaran yang
muktamad tanpa apa-apa perundingan dan tawar-menawar
dengan pihak klien (Clough dan Sears, 1994). Semua
kontraktor yang berkelayakan boleh mencuba nasib mereka
untuk memenangi tender tersebut kerana klien tidak terikat
untuk memilih mana-mana pentender yang menawarkan
harga yang paling rendah.

Kelebihan
Tender terbuka mempunyai beberapa kelebihan berbanding
dengan jenis-jenis tender yang lain.
1) Tender terbuka memberi peluang yang sama rata kepada
semua kontraktor terutamanya kontraktor yang baru
mendaftar dan kurang pengalaman. Ini kerana pemilihan
adalah berdasarkan kos yang ditawarkan oleh setiap
kontraktor.
2) Tidak memerlukan kemahiran dan kelayakan yang khusus.
Tender jenis ini juga tidak menggalakkan manipulasi dan
pakatan harga di antara kontraktor yang memasuki tender
(Milne, 1980).
3) Tender jenis ini bersifat kompetitif dan ini boleh mewujudkan
persaingan yang sihat antara kontraktor yang terlibat dan
kebaikan kepada klien pula adalah dari aspek pemilihan
kontraktor yang dapat menawarkan harga yang paling
munasabah.

Kekurangan
Tender jenis ini jarang dipraktiskan oleh pihak swasta. Ini
adalah kerana proses yang panjang diperlukan bermula
daripada peringkat penyediaan dokumen, mengiklankan,
penyediaan lukisan spesifikasi sehinggalah kepada proses
penilaian dan pemilihan kontraktor yang layak yang mana
berlaku pembaziran wang dan masa.
Tender terbuka kurang menggalakkan penggunaan alatanalatan moden kerana projek yang biasanya terlibat dengan
tender terbuka adalah berkos rendah atau sederhana.
Kesukaran untuk memilih kontraktor yang layak juga
menjadi satu masalah bagi pihak klien kerana ia
melibatkan jumlah yang agak besar dan ini membazirkan
masa dan wang bagi kedua-dua pihak iaitu kontraktor dan
klien.

Tender Kontraktor
Antarabangsa

Tender ini biasanya dijalankan untuk membina projek yang besar,


berteknologi tinggi dan memerlukan kepakaran yang sangat khusus.
Deposit antarabangsa
Deposit Tender Bekalan/Perkhidmatan
Anggaran Nilai Tender
Jumlah Deposit Tender
(i) Hingga RM5 juta
RM62,500
(ii) Melebihi RM5 juta sehingga RM187,500
RM10 juta
(iii) Melebihi RM10 juta sehingga RM375,000
RM20 juta
Deposit Tender Kerja
(i) Hingga RM10 juta RM50,000
(ii) Melebihi RM10 juta sehingga RM150,000
RM20 juta
(iii) Melebihi RM20 juta sehingga RM350,000
RM50 juta
Semua deposit tender, hendaklah dalam bentuk deraf bank atau jaminan bank.

Perkara yang patut dipertimbangkan


sebelum menyediakan proposal

Keuntungan yang dihasilkan


Kos yang digunakan
Masa yang digunakan
Kepentingan projek kepada komuniti manusia
Kuantiti projek yang dibuat

Proses tender

Perolehan tender
Menjana pendapatan dan menjana keuntungan
kepada diri sendiri dan kerajaan.
Menjana pendapatan berterusan
Membantu penggunan Negara
Meningkatkan pengalaman dan syarikat
Meningkatkan kreadibiliti dan syarikat di mata
swasta dan kerajaan
Membantu kerajaan meningkatkan perkhidmatan
kepada rakyat
Mencapai impian dalam membina empayar
perniagaan dengan pantas

Rujukan
Internet:
http://lulusptk.blogspot.my/
http://www.treasury.gov.my/index.php?option=c
om_content&view=article&id=1068&lang=ms
http://bendahari.upsi.edu.my/v2/images/bursaryc
ircular2010/bab%207.pdf
http://hrd.water.gov.my/blkk/sukatan09/fungsi
an/awam/Sukatan_Fungsional_Gred%2026%20TK4%20
-%20JT04_A_.pdf
http://ukurbahan-qs.blogspot.my/2007/08/proses-t
ender.html
http://www.research.usm.my/bursary/files/Tat
acaraSebutharga/Tatacara%20Sebutharga%20Beka
lan%20dan%20Perkhidmatan%20V2.pdf
http://www.icu.gov.my/pdf/pk/pkpop/sap2008-03-2

You might also like