You are on page 1of 71

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/347245756

TAHAP KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN KAWALAN DIRI PELAJAR YANG


TINGGAL DI DALAM KAMPUS DAN LUAR KAMPUS UNIVERSITI MALAYSIA
SABAH SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN.

Thesis · October 2020


DOI: 10.13140/RG.2.2.35502.33609

CITATIONS READS

0 3,381

1 author:

Zaiton Nur Aqilah Zainal


Universiti Malaysia Sabah (UMS)
1 PUBLICATION   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Zaiton Nur Aqilah Zainal on 15 December 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


TAHAP KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN KAWALAN DIRI PELAJAR YANG
TINGGAL DI DALAM KAMPUS DAN LUAR KAMPUS UNIVERSITI MALAYSIA
SABAH SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN.

ZAITON NUR AQILAH BINTI ZAINAL

BP17110231

SARJANA MUDA PSIKOLOGI (PEMBANGUNAN BELIA DAN KOMUNITI)

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

2020
Abstrak

Tahun 2020 menjadi saksi bahawa Malaysia telah dilanda dengan kehadiran virus baru yang

telah dikenalpasti berasal dari Wuhan, China. Virus yang dinamakan sebagai Novel

Coronavirus-19 (2019-Ncov ) atau lebih dikenali sebagai COVID-19 ini merupakan sejenis

virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran. Penyebaran wabak virus secara drastik

telah menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PKP turut telah

menyebabkan institusi pengajian tinggi terpaksa ditutup. Penutupan tersebut telah

menyebabkan ramai pelajar terkandas di kediaman dalam dan luar kampus. Impaknya dapat

dilihat apabila tahap kesejahteraan psikologi dan kawalan diri menjadi semakin merosot.

Kajian ini bertujuan untuk meneroka, mengenalpasti, memahami dan memerihalkan tentang

perbezaan tahap kesejahteraan psikologi dan kawalan diri pelajar yang berada di dalam

kampus dan di luar kampus dalam tempoh PKP. Kajian ini telah menggunakan kaedah

quantitatif. Seramai 367 pelajar UMS telah berhasil dikumpulkan untuk menjawap soal

selidik yang telah disediakan dan Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 26

telah digunakan untuk menganalisis keputusan kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa

tidak terdapat perbezaan tahap kesejahteraan psikologi pelajar yang tinggal di dalam dan di

luar kampus dalam tempoh PKP. Hal ini disebabkan oleh pelajar masih tertekan walaupun

berada di kediaman yang berbeza. Hasil perbincangan menyatakan bahawa antara penyebab

tahap kesejahteraan psikologi pelajar semakin merosot kerana lambakan tugasan yang

diberikan oleh pensyarahnya dan tidak mendapat sokongan moral yang sewajarnya. Secara

rumusannya bahawa tahap kesejahteraan psikologi pelajar dan kawalan diri dipengaruhi oleh

keadaan PKP malah pelajar mengambil masa lama beradaptasi dengan keadaan norma baru

pengajaran dan pembelajaran untuk menamatkan pengajian dan orang disekeliling

memainkan peranan penting untuk memberi sokongan moral kepada mereka.

Kata kunci : tahap kesejahteraan psikologi, kawalan diri.

i
Abstract

The year of 2020 is a witness that Malaysia had been hit by the presence of a new virus that

had been identified as originating from Wuhan, China. The virus named Novel Coronavirus-

19 (2019-Ncov) or better known as COVID-19 is a virus that can cause channel infections.

The drastic spread of the virus has led to the implementation of the Movement Control Order

(MCO). MCO has also forced the closure of institutions of higher learning. The closure has

left many students stranded in and out of campus. The impact can be seen as the level of

psychological well-being and self-control becomes declining. This study aims to explore,

identify, understand and describe the differences in the level of psychological well-being and

self-control of students who are on campus and off-campus during the MCO period. This

study used quantitative methods. A total of 367 UMS students were successfully collected to

answer the questionnaire provided and Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS)

version 26 was used to analyze the results of the study. The findings of the study found that

there was no difference in the level of psychological well-being of students living on and off

campus during the MCO period. This is because students are still depressed despite being in

different residences. The results of the discussion stated that among the causes of the level of

psychological well-being of students is deteriorating due to the dumping of assignments

given by their lecturers and not getting proper moral support. In summary, the level of

psychological well-being of students and self-control is influenced by the situation of MCO

and even students take a long time to adapt to the new norms of teaching and learning to

graduate and people around them need to play an important role to provide moral support to

them.

Keywords: psychological well-being level, self-control.

ii
Penghargaan

Bismillahirrahmanirrahim

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas segala

rahmatnya yang telah memberi saya inspirasi, kebijaksanaan, kekuatan dan kesabaran dalam

menyempurnakan tesis ini.

Seterusnya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Dr.

Getrude C. Ah Gang @ Grace di atas segala masa yang berharga, ilmu dan nasihat yang tidak

terkira, serta bimbingan dan dorongan yang sangat memberi motivasi. Tanpa bantuan beliau,

saya tidak akan dapat menyiapkan tesis ini.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ibubapa

saya iaitu Encik Zainal Bin Samat dan Puan Zaiton Binti Sekdek di atas segala kesabaran,

pertolongan dan kata-kata semangat yang sangat memberi makna. Ianya telah memberi

kekuatan kepada saya sepanjang perjalanan pengajian ini. Terima kasih atas segala

pengorbanan dan iringan doa yang sentiasa membakar semangat saya untuk terus berjuang

dalam kehidupan ini Terima kasih di atas keizinan yang telah diberikan. Tesis ini saya

hadiahkan khas kepada mereka berdua.

Penghargaan turut diberikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu

saya sepanjang pembelajaran saya. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih

kepada Universiti Malaysia Sabah dan semua yang telah menyumbang secara langsung dan

tidak langsung dalam menyiapkan tesis ini. Terima Kasih.

iii
Isi kandungan

Abstrak…………………………………………………………………………………….. i

Abstract…………………………………………………………………………………… ii

Penghargaan………………………………………………………………………………. iii

Isi kandungan…………………………………………………………………………….. iv

BAB SATU PENDAHULUAN………………………………………………………….1

1.1 Pengenalan…………………………………………………………………………... 1

1.2 Permasalahan Kajian………………………………………………………………….3

1.3 Tujuan Kajian…………………………………………………………………………6

1.4 Hipotesis Kajian………………………………………………………………………6

1.5 Kepentingan Kajian…………………………………………………………………..7

1.6 Sorotan Kajian Lepas…………………………………………………………………8

1.7 Pendekatan Teori……………………………………………………………………..10

1.8 Definisi Konsep dan Operasi…………………………………………………………10

1.9 Kesimpulan Bab Satu…………………………………………………………….......13

BAB DUA METODOLOGI…………………………………………………………….14

2.1 Pengenalan…………………………………………………………………………….14

2.2 Subjek Kajian………………………………………………………………………….14

2.3 Tempat Kajian…………………………………………………………………………15

iv
2.4 Alat Kajian…………………………………………………………………………..15

2.5 Tatacara Kajian………………………………………………………………………15

2.6 Analisis Data…………………………………………………………………………17

2.7 Kesimpulan Bab Dua………………………………………………………………..18

BAB TIGA DAPATAN KAJIAN………………………………………………..........19

3.1 Pendahuluan…………………………………………………………………………19

3.2 Analisis Deskriptif……………………………………………………………..........19

3.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina…………………………………….19

3.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur……………………………………...20

3.2.3 Taburan Responden Mengikut Kediaman…………………………………21

3.3 Analisis Inferensi…………………………………………………………………….21

3.3.1 Analisis Kesahan dan Kebolehpercayaan Berdasarkan Kajian Lepas........21

3.3.2 Analisis Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian………………23

3.3.3 Analisis Ujian t……………………………………………………….........24

3.3.3.1 Analisis Persoalan Kajian Satu……………………………........24

3.3.3.2 Analisis Persoalan Kajian Dua……………………………........26

3.3.3.3 Analisis Persoalan Kajian Tiga………………………………....27

3.4 Kesimpulan Bab Tiga……………………………………………………….29

BAB EMPAT PERBINCANGAN KAJIAN…………………………………………30

v
4.1 Pendahuluan………………………………………………………………………30

4.2 Perbincangan Hasil Kajian………………………………………………………..30

4.2.1 Perbincangan Persoalan Satu…………………………………………..30

4.2.2 Perbincangan Persoalan Dua…………………………………………..33

4.2.3 Perbincangan Persoalan Tiga………………………………………….37

4.3 Kesimpulan Bab Empat………………………………………………………….40

BAB LIMA RUMUSAN…………………………………………………………...41

5.1 Pendahuluan……………………………………………………………………..41

5.2 Rumusan Kajian…………………………………………………………............41

5.3 Implikasi Kajian…………………………………………………………............42

5.4 Limitasi Kajian…………………………………………………………………..44

5.5 Saranan Kajian…………………………………………………………………..44

5.6 Kesimpulan Bab Lima………………………………………………………….45

BAB ENAM RUJUKAN…………………………………………………………46

LAMPIRAN………………………………………………………………………53

vi
BAB SATU

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Tahun 2020 merupakan tahun istimewa terutama kepada Malaysia kerana Malaysia

dijangka akan menjadi negara maju menerusi Wawasan 2020 dan tahun 2020 turut

merupakan tahun melawat Malaysia. Namun tahun 2020 yang diharapkan oleh majoriti

rakyat Malaysia melihat Malaysia menuju kearah negara maju, berkembang, dibanjiri

pelancong domestik dan antarabangsa punah apabila tahun 2020 telah menjadi tahun di mana

kehadiran virus bahaya baru yang bukan sahaja Malaysia tetapi negara lain turut terkena

tempias akibat kehadiran virus bahaya baru yang dikenali sebagai COVID-19.

Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (2020), CoV atau nama

penuhnya Coronavirus ialah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran

pernafasan. Coronavirus mempunyai beberapa jenis seperti severe acute respiratory

syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus

(MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-

19) dan COVID-19 telah merebak ke Malaysia pada awal tahun 2020. Jangkitan Coronavirus

menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru yang teruk.

Kronologi bagaimana COVID-19 telah merebak ke Malaysia bermula di bandaraya

Wuhan, Hubei China pada pertengahan Disember 2019. Pada 23 Januari 2020 Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis

Kebangssaan (CPRC) telah menerima laporan terdapat tiga kes disyaki dijangkiti coronavirus

2019 iaitu dua kes di Sabah dan satu kes di Selangor namun KKM sahkan kes di Sabah

1
adalah negatif. Pada keesokan hari (24 Januari 2020), Kementerian Kesihatan Malaysia

memaklumkan lapan kontak rapat kepada kes pertama coronavirus 2019 di Singapura telah

berada di Johor Bahru dan dikuarantin.

Seterusnya pada 25 Januari 2020 Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad iaitu, mantan

Menteri Kesihatan telah mengesahkan kes pertama coronavirus 2019 di Malaysia merupakan

tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura. Pada 16 Mac 2020,

sebanyak 125 kes baharu dilaporkan positif Coronavirus 2019 (COVID-19) menjadikan

jumlah kumulatif meningkat kepada 553. Sebanyak 95 daripada 125 kes baharu dikaitkan

dengan kluster perhimpunan tabligh yang telah berlangsung di Masjid Sri Petaling sekaligus

menyebabkan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit

Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 bermula 18 Mac 2020.

Perintah Kawalan Pergerakan merupakan larangan pergerakan kepada semua orang di

seluruh negeri termasuk perhimpunan ramai seperti aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan

budaya. PKP ini menyebabkan semua rumah ibadat, premis perniagaan bukan pasaraya atau

kedai runcit, malah semua sekolah dan institut pengajian tinggi awam dan swasta dihentikan

sementara proses pembelajaran dan pengajaran. Justeru itu, pelajar institut pengajian tinggi

yang berada di kawasan kampus tidak dapat pulang ke rumah masing-masing selama 54 hari

hingga 80 hari semasa Peritah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mei 2020 sehingga 5 Jun

2020. Hal ini menyebabkan kebanyakan pelajar institut pengajian tinggi tidak kira berada di

kawasan dalam kampus atau di luar kampus mengalami gangguan emosi dan tahap kesihatan

mental yang merosot.

Menurut artikel ditulis Mohd Izani Mohd Zain, Abdul Halim Abdullah dan Firdaus

Abdul Gani (2020) , tahap kesejahteraan pelajar khususnya di institusi pengajian tinggi telah

2
dipengaruhi oleh pandemik Covid-19 melalui pertama, penangguhan kuliah yang lama

bermula 13 April 2020 hingga 8 Jun 2020. Kedua, penyebaran berita palsu yang berleluasa di

sosial media. Ketiga, gejala gemuruh seperti berasa cemas, sukar tidur dan merasakan

bahawa kesihatan mereka juga turut akan terjejas. Keempat, mereka terpaksa dikuarantin jauh

dari ahli keluarga dalam tempoh yang lama.

1.2 Permasalahan Kajian

Tahun 2020 menjadikan kesihatan mental sebagai isu semasa yang hangat dibicarakan

terutamanya sejak COVID-19 melanda di Malaysia sejak hampir enam bulan yang lepas.

Ramai rakyat Malaysia yang diberhentikan kerja, dikurang gaji dan pendapatan perniagaan

hasil tanaman merosot. Manakala bagi pelajar di institusi pengajian tinggi pula, rutin

pembelajaran menghadiri kuliah dan tutorial secara bersemuka tidak dapat diadakan. Hal ini

menjadi kerisauan pelajar-pelajar sama ada mereka perlu menambah tahun pengajian,

penambahan bayaran pinjaman pelajaran, dan pelajar-pelajar tahun akhir yang perlu menukar

latihan industri kepada latihan ilmiah dan tidak dapat bergraduasi pada tahun ini. Kerisauan

ini menyebabkan mereka hilang semangat untuk meneruskan pengajian, dan membuat kerja

kursus yang diberikan oleh pensyarah.

Menurut Muhammad Adib Farhan Abdullah (2020), Secara asasnya apabila wabak

Covid-19 ini menular, ia telah menimbulkan pelbagai kesan emosi seperti kekeliruan,

kerisauan, kesedihan seperti takut kepada kematian, kerisauan yang berlebihan terhadap

kesihatan (health anxiety) kepada sesiapa sahaja, apatah lagi kepada golongan pelajar yang

sudah ada diagnosis penyakit mental seperti kemurungan, skizofrenia, bipolar, kecelaruan

obsesif dan kompulsif sehinggalah dalam kalangan mereka yang sering terfikir untuk bunuh

diri! Hal ini kerana pelajar-pelajar ini sudah terbiasa bebas untuk melakukan apa mereka

3
mahukan. Namun, apabila COVID-19 ini melanda dan Perintah Kawalan Pergerakan ini

dilaksanakan seperti menyekat kebebasan mereka yang dinikmati selama ini.

Namun begitu, Yingfei Zhang dan Zheng Feei Ma (2020), mendapati bahawa tahap

kesejahteraan psikologi adalah positif semasa Covid-19 melanda negara China. Hasil kajian

tersebut mendapati lebih separuh responden iaitu sebanyak 69.2% tidak ada peningkatan

tekanan akibat Covid-19. Selain itu, 76.8% responden dak mengalami tekanan kewangan yang

meningkat akibat wabak Covid-19. Manakala sebanyak 74.5% responden tidak mengalami

peningkatan tekanan dari rumah semasa Covid-19. Hal ini disebabkan semasa wabak berlaku

sebanyak 67.7% responden kajian mementingkan kesihatan mental mereka. Di samping itu,

64.2% menghabiskan lebih banyak masa untuk berehat. Tambahan, sebanyak 59.7%

menghabiskan lebih banyak masa untuk bersenam.

Seterusnya, Halimatus Sadiah (2019) dan Lee Ming Foong (2016), mendapati

kesihatan mental pelajar di institusi pengajian tinggi sebelum COVID-19 melanda Malaysia

adalah tinggi. Kajian mendapati 23% pelajar mengalami kebimbangan yang melampau, 8-

11% pelajar akan mengalami masalah depresi, 5-6% pelajar mengalami stress melampau. Hal

ini demikian, tiada kemungkinan peratus tahap kesejahteraan psikologi pelajar di institusi

pengajian tinggi semasa tempoh perintah kawalan pergerakan akan menurun. Namun kajian

lain menyatakan tahap kesejahteraan pelajar lebih banyak terganggu dala tempoh Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP). Dapatan kajian yang berbeza inilah yang menumbulkan

dilemma/permasalahan kajian kepada pengkaji. Justeru, perlu ada kajian yang dijalankan

untuk mengenalpasti tahap kesejahteraan pelajar yang sebenarnya dialami.

Walaubagaimanapun, kajian yang dilakukan oleh Cao et. al. (2020), mendapati bahawa

kesihatan mental pelajar institusi pengajian tinggi di China terjejas pada tahap yang berbeza

semasa wabak pandemik Covid-19. Dari 7143 pelajar, tiga perempat iaitu sebanyak 75.1%

4
tidak mempunyai gejala kegelisahan, manakala sebanyak 21.3% pelajar yang mempunyai

gejala kegelisahan ringan/sederhana, dan sebanyak 0.9% pelajar mengalami gejala kegelisahan

yang teruk semasa wabak pandemik berlaku. Hal ini kerana pelajar yang mengalami

kegelisahan ringan, sederhana dan teruk tidak tinggal di bersama keluarga mereka semasa

wabak berlaku.

Tambahan, kajian Odriozola-Gonzalez, Planchuelo-Gomez, Irurtia dan de Luis-Garcia

mendapati bahawa tahap kesejahteraan psikologi selepas dua minggu tempoh lockdown di

Sepanyol pada tahap yang membimbangkan. Sebanyak 34.19% responden mengalami

simptom kegelisahan sederhana hingga teruk manakala 28.14% responden mengalami gejala

tekanan yang sederhana hingga teruk. Selain itu, sebanyak 50.43% responden memperoleh

skor kesan kesejahteraan psikologi yang sederhana hingga teruk semasa tempoh wabak

pandemik dan tempoh lockdown berlaku.

Namun begitu, berita yang dikeluarkan oleh pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP),

mengatakan bahawa terdapat pelajar-pelajar yang mempunyai tahap kesejahteraan psikologi

yang positif semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hal ini didapati kerana

pelajar-pelajar tersebut merasakan kekal menetap di kampus universiti semasa situasi

pandemik ini membuatkan mereka berasa selamat berbanding pulang ke rumah kerana pihak

keselamatan universiti mengambil serius terhadap sekatan masuk orang luar ke dalam

kawasan universiti. Selain itu, kebajikan pelajar-pelajar yang menetap di kampus semasa

tempoh PKP turut terjaga seperti diberi makanan dan minuman secukupnya setiap hari.

Tambahan, pihak universiti turut mengadakan pelbagai program dan aktiviti yang menarik

untuk pelajar sebagai salah satu inisiatif supaya pelajar-pelajar tidak berasa bosan berada di

dalam kampus.

5
Berdasarkan kajian yang dinyatakan terdapat perbezaan dapatan kajian. Kajian di

Malaysia mendapati kesan yang negatif terhadap tahap kesejahteraan psikologi semasa corona

virus diseases (Covid-19). Manakala kajian di China mendapati kesan yang positif terhadap

tahap kesejahteraan psikologi semasa corona virus diseases (Covid-19). Tetapi kajian di

Sepanyol mendapati kesan yang negatif terhadap tahap kesejahteraan psikologi semasa wabak

pandemik corona virus diseases (Covid-19) melanda negara mereka. Perbezaan dapatan kajian

ini mendorong pengkaji untuk mengenalpasti sama ada tahap kesejahteraan psikologi pelajar-

pelajar Universiti Malaysia Sabah adalah positif atau negatif semasa tempoh Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) di dalam kampus dan luar kampus.

1.3 Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji perbezaan tahap kesejahteraan pelajar

Universiti Malaysia Sabah yang tinggal dalam kampus dan luar kampus sepanjang tempoh

Perintah Kawalan Pergerakan yang mempunyai subskala seperti aspek kesejahteraan dan

kebahagiaan: autonomi, penguasaan alam sekitar, pertumbuhan peribadi, hubungan positif

dengan orang lain, tujuan hidup, dan penerimaan diri. Selain itu, kajian ini juga bertujuan

untuk mengenalpasti kawalan diri pelajar semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

di dalam kampus dan luar kampus.

1.4 Hipotesis Kajian

Dalam kajian ini terdapat tiga hipotesis yang dibentuk iaitu:

Hipotesis 1: Terdapat perbezaan antara pelajar yang berada dalam dan luar kampus dari segi

tahap kesejahteraan psikologi.

6
Hipotesis 2: Terdapat perbezaan antara pelajar Universiti Malaysia Sabah di dalam kampus

dan di luar kampus dari segi kawalan diri.

Hipotesis 3: Terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan Universiti Malaysia

Sabah dari segi tahap kesejahteraan psikologi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP).

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji ini penting bagi mengenalpasti tahap

kesejahteraan psikologi pelajar dalam kampus dan luar kampus. Hal ini kerana, menurut

berita dalam talian MyMetro, terdapat pelajar universiti mengalami tekanan semasa Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Saefi et. al. (2020), kajian yang dilakukan penting

kerana data yang diperoleh berguna untuk pengkaji yang ingin membandingkan kajian yang

sama atau hampir sama tentang tajuk kajian yang dijalankan seperti yang berkaitan dengan

Covid-19 dari negara lain di seluruh dunia terutamanya dalam kalangan pelajar sarjana atau

menyumbang kepada meta-analisis pada masa akan datang. Menurut Yusmizal (2020),

perkhidmatan kaunseling dalam talian mendapat peningkatan panggilan semasa Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) dan kebanyakan pemanggil adalah daripada golongan pelajar

institusi pengajian tinggi yang tidak dapat pulang ke rumah. Oleh itu, dapatan ini dapat

membantu pihak tertentu seperti Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), dan Institusi

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengetahui tahap kesejahteraan psikologi pelajar yang

sebenar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, dapatan kajian ini juga dapat

digunakan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai rujukan penambahbaikan yang

memberikan penekanan bukan sahaja fizikal malah mental pelajar seperti dapat mewujudkan

perkhidmatan kaunseling atas talian oleh kaunselor bertauliah UMS jika berlaku lagi situasi

7
pandemik seperti ini pada masa akan datang. Sebagai contoh, berita daripada berita harian

online bertajuk COVID-19: Universiti perlu menjaga kesihatan mental pelajar mengatakan

bahawa Isu berkaitan kesihatan mental pelajar yang diarah terus kekal di kampus kediaman

sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir menjadi agenda utama pihak

universiti awam (UA) bagi memastikan mereka tidak tertekan sepanjang tempoh itu.

1.6 Sorotan Kajian Lepas

Kajian lepas Halimatus Sakdiah (2019) dan Lee Ming Foong (2016) mendapati 23%

daripada pelajar institusi pengajian tinggi mengalami kebimbangan yang melampau. Manakala

8-11% pelajar akan mengalami masalah depresi dan 5-6% pelajar mengalami stress

melampau. Keputusan kedua-dua kajian lepas ini membuktikan bahawa pelajar turut

mengalami masalah kesihatan mental daripada tahap ringan hingga berat walaupun ketika itu

Malaysia belum dilanda COVID-19 dengan menggunakan alat pengukuran DASS-21 untuk

mengukur kemurungan, kegelisahan dan tekanan. Faktor yang menyebabkan pelajar

mengalami masalah kesihatan mental ini berkemungkinan daripada silibus kursus pengajian

yang berbeza dan mempunyai tahap kesukaran yang berlainan pada subjek yang berbeza. Ini

dapat dibuktikan perbezaan kedua-dua kajian lepas, di mana keputusannya keputusan stres

pelajar perubatan lebih tinggi berbanding pelajar teknikal. Namun, tidak dinafikan pelajar

teknikal daripada kajian lepas kedua turut mengalami kesihatan mental terganggu seperti

stress selain faktor tekanan belajar seperti faktor persekitaran, faktor hubungan antara

keluarga, kawan-kawan dan faktor kewangan.

Selain itu, kajian lepas oleh Yingfei Zhang dan Zheng Feei Ma pada 2020, telah

mendapati sebanyak 69.2% responden tiada peningkatan tekanan akibat Covid-19. Manakala,

76.8% responden didapati mereka tidak mengalami tekanan kewangan yang meningkat akibat

8
wabak Covid-19. Seterusnya, sebanyak 74.5% responden tidak mengalami peningkatan

tekanan dari rumah semasa Covid-19. Hal ini disebabkan sebanyak 67.7% responden

mementingkan kesihatan mental mereka. Selain itu, sebanyak 64.2% responden menghabiskan

lebih banyak masa untuk berehat dan sebanyak 59.7% responden menghabiskan lebih banyak

masa untuk bersenam. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kajian-kajian lepas diatas,

terdapat hubungan yang tidak signifikan tentang tahap kesejahteraan psikologi.

Di samping itu, kajian lepas oleh Bilal Ahmad Bhat (2020), mendapati sebanyak

67.5% responden percaya bahawa lockdown dalam tempoh yang lama di Kashmir boleh

menjejaskan tahap kesejahteraan psikologi. Manakala 23.5% responden mendapati lockdown

dalam tempoh yang lama di Kashmir tidak menjejaskan tahap kesejahteraan psikologi kerana

responden mengetahui lockdown yang dilakukan untuk memberi perlindungan kepada

masyarakat yang belum dijangkiti corona virus diseases (COVID-19) dan 9% responden

didapati neutral terhadap lockdown yang dilakukan oleh kerajaan Kashmir.

Tambahan, menurut Islam et. al. (2020), mendapati keadaan kesihatan mental pelajar

universiti di Bangladesh di semasa wabak pandemik corona virus diseases (COVID-19)

adalah pada tahap yang membimbangkan. Anggaran prevalensi pelajar yang mengalami

kemurungan semasa wabak pandemik corona virus diseases (COVID-19) di Bangladesh

adalah sebanyak 62.9% manakala 63.6% mengalami kegelisahan dan 58.6% pelajar

mengalami tekanan. Hal ini kerana, semasa wabak pandemik corona virus diseases (COVID-

19) di Bangladesh semua institusi pendidikan dan institusi pengajian tinggi ditutup.

Seterusnya, menurut Wang et. al. (2020), seramai 296 responden telah menyertai

sebagai responden kajian. Hasil dapatan kajian mendapati sebanyak 24.5% responden telah

didapati mengalami kesan psikologi yang minimum manakala sebanyak 21.7% responden

telah dikenalpasti mengalami kesan psikologi ringan dan bakinya iaitu sebanyak 53.8%

9
responden mengalami kesan psikologi sederhana atau teruk semasa berlaku wabak pandemik

corona virus diseases (COVID-19) di China.

1.7 Pendekatan Teori

Menurut Kohn dan Frazer (1986), pelajar universiti sering berhadapan dengan stres

dalam menjalani kehidupan akibat daripada sumber stres seperti beban tugas yang diberikan

oleh pensyarah, situasi kolej yang tertekan, masalah penyesuaian, konflik dan persaingan

dalam pencapaian akademik. Hans Selye telah mencipta model Teori Sindrom Adaptasi Am

(General Adaptation Syndrome Theory) dan melalui teori ini beliau memperkenalkan model

fisiologi stres. Menurut Berry (1998), stres yang berasaskan fisiologi ini adalah berdasarkan

pengaktifan berterusan beberapa mekanisma hormon dan sistem saraf badan manusia ketika

menghadapi stress. Berdasarkan teori yang dinyatakan, kaitan teori stres dengan kajian adalah

apabila pelajar-pelajar tidak dapat melakukan aktiviti harian seperti keluar daripada kediaman

untuk pergi ke kelas atau beriadah dan berinteraksi secara fizikal bersama individu lain

kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka tahap kesejahteraan psikologi pelajar akan

merosot kerana stres. Oleh itu, kaitan teori stres dengan kajian adalah pengkaji ingin

mengetahui bagaimana stres boleh memberi impak kepada tahap kesejahteraan psikologi

pelajar semasa wabak pandemik corona virus diseases (COVID-19) melanda Malaysia dan

semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

1.8 Definisi Konsep Dan Operasi

Pada bahagian ini, pengkaji akan menerangkan definisi konsep dan operasi untuk

kesejahteraan psikologi dan kawalan diri.

10
Kesejahteraan Psikologi

Definisi konsep kesejahteraan psikologi menurut Ryff (1989), ialah usaha mencapai

kesempurnaan berdasarkan realisasi potensi diri. Manakala menurut White (2004)

kesejahteraan psikologi adalah kesihatan emosi berdasarkan estim diri yang tinggi dan

mempunyai perhubungan positif dengan orang lain serta kurang berasa risau, tidak murung

dan tidak bertingkah delinkuen.

Manakala, definisi operasi kajian ini adalah merujuk kepada keperibadian, kisah

hidup yang memberikan kegembiraan kepada diri sendiri, menjalani hidup dengan tujuan,

perasaan terhadap tuntutan kehidupan seharian, perasaan terhadap pencapaian dalam hidup,

perasaan untuk mengekalkan hubungan erat, memikirkan masa depan semasa menjalani

kehidupan seharian, tanggungjawap terhadap situasi tempat tinggal, pengurusan kehidupan

seharian, melakukan semua yang harus dilakukan dalam hidup, kehidupan yang telah menjadi

proes pembelajaran, perubahan, dan pertumbuhan yang berterusan, pengalaman baru yang

mencabar bagaimana untuk berfikir tentang diri dan dunia, memberi dan bersedia berkongsi

masa dengan orang lain, melakukan peningkatan atau perubahan dalam hidup, cenderung

dipengaruhi oleh orang yang mempunyai pendapat yang kuat, mengalami hubungan yang

mesra dan boleh dipercayai dengan orang lain, keyakinan terhadap pendapat sendiri

walaupun berbeza dari cara orang lain berfikir, dan menilai diri dengan apa yang penting

bukan berdasarkan nilai penting yang difikirkan oleh orang lain.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merujuk kepada larangan pergerakan kepada

semua orang di seluruh negeri termasuk perhimpunan ramai seperti aktiviti keagamaan,

sukan, sosial dan budaya. PKP ini dilaksanakan untuk membendung penularan wabak

COVID-19 di Malaysia bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020. PKP terbahagi kepada

11
lima fasa. Peritah Kawalan Pergerakan Fasa satu bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Perintah Kawalan Pergerakan Fasa dua bermula 1 April 2020 hingga 14 April 2020. Perintah

Kawalan Pergerakan Fasa tiga, bermula 15 April 2020 hingga 28 April 2020. Perintah

Kawalan Pergerakan Fasa empat, bermula 29 April 2020 hingga 12 Mei 2020. Perintah

Kawalan Pergerakan Bersepadu (PKPB) bermula 13 Mei 2020 hingga 9 Jun 2020. Perintah

Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020. Pengkaji

menggunakan kira tempoh enam fasa PKP ini semasa menjalankan kajian.

Kawalan Diri.

Konsep kawalan merupakan kognitif yang dibincangkan dalam sains sosial dan

tingkah laku dalam pelbagai bentuk, seperti kawalan peribadi, lokus orientasi kawalan,

instrumentalisme, keberkesanan diri, penguasaan, pengarahan diri, autonomi peribadi,

ketidakberdayaan , dan kawalan diri. Menurut Ross dan Sastry (1999), definisi konsep

kawalan peribadi adalah kepercayaan bahawa anda boleh menguasai, mengawal, dan

membentuk kehidupan anda sendiri.

Definisi konsep operasi kawalan diri adalah merujuk kepada boleh melakukan apa

sahaja yang difikirkan, apabila melakukan sesuatu kebiasaannya akan mencari jalan untuk

berjaya, individu akan berupaya untuk mendapatkan apa yang dimahukan dengan usaha

mereka sendiri, bertanggungjawap terhadap keputusan yang dilakukan sekarang akan

memberi impak kepada akan datang, melakukan sesuatu untuk mengubah perkara yang

penting dalam hidup, mempunyai daya untuk menghadapi masalah kehidupan, menentukan

sebahagian besar dari apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan, perkara yang terjadi sering

di luar kawalan hidup, perkara yang mengganggu apa yang ingin dilakukan, mengawal

perkara yang berlaku kepada diri sendiri, cara menyelesakan masalah yang ada, dan perasaan

dipaksa dalam kehidupan.

12
1.9 Kesimpulan Bab Satu

Bab ini membincangkan secara ringkas berkenaan penyelidikan ini. Antaranya, pertama bab

ini memperkenalkan latar belakang kajian. Kemudian, permasalahan kajian, tujuan kajian dan

hipotesis kajian dibentangkan. Kepentingan kajian juga telah digariskan. Seterusnya, sorotan

kajian lepas telah digambarkan. Selanjutnya, pendekatan teori dan diakhiri dengan definisi

konsep dan operasi. Bab berikutnya akan mengkaji berkenaan metodologi, subjek kajian,

tempat kajian, alat kajian, tatacara kajian dan analisis data.

13
BAB DUA

METODOLOGI

2.1 Pengenalan

Objektif bab ini ialah untuk menerangkan metodologi yang akan digunakan dalam kajian ini.

Terdapat enam subtopik untuk bab ini iaitu metodologi kajian, subjek kajian, tempat kajian,

alat kajian, tatacara kajian dan analisis data. Bab ini diakhiri dengan kesimpulan.

2.2 Metodologi Kajian

Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif untuk kajian ini. Metodologi kajian yang

digunakan ialah kaji selidik. Kajian kaji selidik ialah satu set soalan atau item dalam bentuk

tulisan. Ia merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat

bagi tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian (Tabrani, 2019). Pengkaji

menggunakan kaedah kaji selidik kerana masa yang diperuntukkan singkat dan pengkaji

boleh memperolehi data atau maklumat dari responden dengan cepat. Selain itu, kaji selidik

yang fleksibel di mana responden boleh memilih tempat dan masa yang mereka mahukan

untuk melengkapkan borang kaji selidik yang diberikan kerana pengkaji akan memberikan

borang kaji selidik tersebut dengan menggunakan google form survey. Data yang diperoleh

daripada semua responden akan dikumpulkan dalam google sheet dan pengkaji akan

menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26 untuk mengukur

data yang telah dikumpulkan. Pengkaji turut memilih untuk memberikan soalan tertutup

kerana lebih mudah, dapat keseragaman jawapan daripada responden dan lebih mudah untuk

dianalisis.

14
2.3 Subjek Kajian

Pengkaji memilih subjek daripada pelajar Universiti Malaysia Sabah. Pemilihan

responden adalah berdasarkan persampelan bertujuan. Menurut Sugiyono (2008), teknik

persampelan bertujuan ialah pengambilan sampel dengan menentukan kriteria-kriteria

tertentu. Antara kriteria responden kajian ini melibatkan semua pelajar yang masih berada di

kediaman dalam kampus dan kediaman luar kampus semasa bermula Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) dari pelbagai fakulti, dari semua kolej kediaman dan hanya melibatkan

Universiti Malaysia Sabah kampus Kota Kinabalu sahaja. Anggaran seramai 100 pelajar akan

terlibat untuk menjawap kaji selidik.

2.4 Tempat Kajian

Pengkaji menetapkan untuk menjalankan kajian di Universiti Malaysia Sabah yang

hanya melibatkan pelajar-pelajar di kampus Kota Kinabalu, Sabah. Pengkaji menetapkan

untuk membuat kajian di kampus utama sahaja kerana kampus Kota Kinabalu berada di

kawasan pusat bandar terbesar di Sabah dan jumlah pelajar yang terkandas di kampus Kota

Kinabalu lebih ramai berbanding di kampus Labuan dan kampus Sandakan.

2.5 Alat Kajian

Bahagian A : Demografi responden – untuk mengukur latar belakang responden seperti

jantina, umur, kaum, agama, fakulti, tahun pengajian, negeri asal dan tempat tinggal di UMS

(residen dalam kampus atau residen luar kampus. Terdapat dua pilihan skala untuk item

jantina dan kediaman semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala untuk

item dalam demografi untuk mengukur jantina dan umur.

15
Bahagian B : Psychological Wellbeing (PWB) Scale – Diperkenalkan oleh psikologis Carol

D. Ryff (1989), Skala Kesejahteraan Psikologi mempunyai 18 item (PWB) untuk mengukur

enam aspek kesejahteraan dan kebahagiaan: autonomi, penguasaan alam sekitar,

pertumbuhan peribadi, hubungan positif dengan orang lain, tujuan hidup, dan penerimaan diri

(Ryff, 1989). Selain itu, Skala Kesejahteraan Psikologi juga terdapat dalam versi 42 item

(PWB), namun pengkaji menggunakan skala versi pendek iaitu 18 item. Skala ini terdiri

daripada lima pilihan skala yang mempunyai gradasi dari Sangat Setuju (SS) hingga Sangat

Tidak Setuju (STS). Lima pilihan skala tersebut adalah Sangat Setuju (SS), Setuju (S),

Neutral (N), Tidak Setuju (TS) dan Sangat Tidak Setuju (STS). Antara contoh soalan item

positif ialah “Apabila saya melihat kisah hidup saya, saya gembira dengan keadaan hidup

setakat ini.” Namun, terdapat item negatif dalam skala ini seperti soalan “Saya menyerah

kalah untuk cuba melakukan peningkatan atau perubahan dalam hidup pada suatu masa

dulu."

Bahagian C : Sense of Control Scale - Diperkenalkan oleh Lachman dan Weaver (1998),

Skala Sense of Control mempunyai 12 item yang mengukur rasa kawalan seseorang

terhadapnya atau hidupnya. Skala ini terdiri daripada lima pilihan skala yang mempunyai

gradasi dari Sangat Setuju (SS) hingga Sangat Tidak Setuju (STS). Lima pilihan tersebut

adalah Sangat Setuju (SS), Setuju (S), Neutral (N), Tidak Setuju (TS) dan Sangat Tidak

Setuju (STS). Antara contoh soalan item positif ialah “Saya boleh melakukan apa sahaja yang

saya fikirkan.” Namun, terdapat item negatif dalam skala ini seperti soalan “Tidak banyak

yang dapat saya lakukan untuk mengubah banyak perkara penting dalam hidup saya.”.

16
2.6 Tatacara Kajian

Sebelum kajian dijalankan, pengkaji akan memberikan maklumat ringkas tentang kajian

tetapi tidak secara terperinci. Hal ini kerana, supaya responden mengetahui maklumat asas

tentang kajian yang dijalankan. Setiap responden diminta untuk menjawab semua soalan

dalam kaji selidik yang diberikan. Masa yang akan diambil oleh responden untuk menjawap

soal selidik ini adalah dianggarkan selama 10 minit. Setelah kaji selidik lengkap diisi,

responden akan menghantar jawapan kaji selidik melalui google form kepada pengkaji .

Adalah dimaklumkan kepada semua responden bahawa semua maklumat akan disimpan

dengan baik dan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan semata-mata. Pengkaji

mengucapkan terima kasih kepada responden sebagai tanda penghargaan pada akhir halaman

google form survey.

2.7 Analisis Data

Jenis analisis yang akan digunakan oleh pengkaji semasa kajian dijalankan ialah Ujian

T Bebas. Menurut Azizi Yahya (2017), teknik statistik ini digunakan untuk menganalisis atau

membandingkan skor min dua kelompok yang berbeza pada pembolehubah bersambung.

Sebagai contoh, hipotesis pertama ialah terdapat perbezaan antara pelajar Universiti Malaysia

Sabah dari segi tahap kesejahteraan psikologi yang berada di dalam kampus dan di luar

kampus . Ujian T Bebas yang digunakan untuk hipotesis pertama ini akan menentukan sama

ada terdapat perbezaan nilai min bagi tahap kesejahteraan psikologi pelajar residen dalam

kampus UMS dan residen luar kampus UMS. Selain itu, hipotesis kedua ialah terdapat

perbezaan antara pelajar Universiti Malaysia Sabah di dalam kampus dan di luar kampus dari

segi kawalan diri. Ujian yang digunakan untuk hipotesis kedua ialah ujian-t bebas. Jenis

ujian-t bebas digunakan untuk membuat perbandingan skor min daripada dua kumpulan yang

17
berbeza. Seterusnya, hipotesis ketiga ialah terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan

perempuan Universiti Malaysia Sabah dari segi tahap kesejahteraan psikologi semasa tempoh

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ujian yang akan digunakan untuk hipotesis ketiga ialah

ujian-t bebas. Ujian-t bebas ini digunakan untuk membuat perbandingan skor min daripada

dua kumpulan yang berbeza.

2.8 Kesimpulan Bab Dua

Bab ini menerangkan berkenaan kaedah kajian dan metodologi yang telah digunakan dalam

kajian ini. Kajian ini telah menggunakan kaedah pendekatan kuantitatif. Untuk tujuan

pengumpulan data, teknik soal selidik telah digunakan manakala teknik persampelan adalah

secara rawak. Data kajian ini akan dianalisa dengan menggunakan Statistical Package for the

Social Sciences (SPSS) versi 26. Kaedah untuk membangunkan instrumen turut dibincangkan

dalam bab ini. Ianya turut melibatkan sorotan kajian lepas.

18
BAB TIGA

KEPUTUSAN KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan berkenaan analisis data dan dapatan kajian bagi kajian ini. Bahagian

ini membentangkan keputusan bagi analisis deskriptif dan inferensi yang melaporkan profil

latar belakang responden, penilaian kepercayaan pemboleh ubah alat kajian serta analisis

ujian-t. Seterusnya hasil keputusan hipotesis akan dibincangkan. Bab ini akan diakhiri dengan

kesimpulan.

3.2 Analisis Deskriptif

3.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

Hasil daripada analisis yang dijalankan, responden perempuan sebanyak 50.4 peratus

bersamaan 185 orang responden perempuan manakala 49.6 peratus bersamaan 182 orang

adalah daripada responden lelaki. Jadual 3.1 menunjukkan maklumat demografi responden

berdasarkan jantina.

Demografik N=367 Peratus (%)


Kategori Jantina
Lelaki 182 49.6
Perempuan 185 50.4

Jadual 3.1

19
3.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur

Majoriti responden adalah berumur 23 tahun iaitu sebanyak 41.7 peratus bersamaan 153

orang responden manakala responden kedua tertinggi adalah berumur 22 tahun iaitu sebanyak

26.4 peratus bersamaan 97 orang responden. Selain itu, responden ketiga tertinggi merupakan

responden dari kalangan umur 21 tahun iaitu sebanyak 15.5 peratus bersamaan 57 orang

responden. Selebihnya minoriti responden adalah berumur 24 tahun iaitu sebanyak 9.3

peratus bersamaan 34 orang responden manakala responden berumur 20 tahun sebanyak 3.3

peratus bersamaan 12 orang responden dan responden berumur 25 tahun sebanyak 2.2

peratus bersamaan 8 orang responden. Terdapat dua golongan responden yang mempunyai

peratus paling sedikit iaitu responden berumur 26 tahun iaitu sebanyak 1.1 peratus bersamaan

4 orang responden dan responden berumur 27 tahun mempunyai peratusan sebanyak 0.5

bersamaan 2 orang responden. Jadual 3.2 menunjukkan maklumat umur responden.

Demografik N=367 Peratus (%)


Kategori Umur (Tahun)
20 12 3.3
21 57 15.5
22 97 26.4
23 153 41.7
24 34 9.3
25 8 2.2
26 4 1.1
27 2 0.5

Jadual 3.2

20
3.2.3 Taburan Responden Mengikut Kediaman

Berdasarkan hasil analisis menunjukkan bahawa responden yang tinggal di luar kampus

semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih tinggi berbanding responden yang

tinggal di dalam kampus semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebanyak 57.5

peratus bersamaan 211 orang responden yang tinggal di luar kampus semasa tempoh

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala selebihnya iaitu sebanyak 42.5 peratus

bersamaan 156 orang responden tinggal di dalam kampus semasa tempoh Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP). Jadual 3.3 menunjukkan maklumat kediaman responden semasa tempoh

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Demografik N=367 Peratus (%)


Kategori Kediaman
Dalam Kampus 156 42.5
Luar Kampus 211 57.5

Jadual 3.3

3.3 Analisis Inferensi

3.3.1 Analisis Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Berdasarkan Kajian Lepas

Berdasarkan kajian lepas oleh Shariff, M. I. A. S., & Sulaiman, W. S. W. (2018),

menunjukkan, kaedah kesahan telah dilakukan oleh pakar untuk menguji kesahan item untuk

skala tahap kesejahteraan psikologi oleh Ryff (1989). Pengkaji telah mendapat kajian

kerjasama bersama pihak Seksyen Pengurusan Psikologi, Bahagian Inovasi Pengurusan

Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri. Instrumen ini dibahagikan kepada beberapa

21
dimensi personaliti iaitu autonomi, penguasaan persekitaran, perkembangan peribadi, tujuan

dalam hidup, penerimaan diri, hubungan positif dengan orang lain. Instrumen ini juga

terdapat dua jenis item iaitu item positif dan item negatif. Semua item yang dijawap oleh

responden adalah menggunakan skala likert satu hingga lima. Sebagai contoh, skala likert

yang digunakan oleh item positif ialah skala 1 mewakili “sangat setuju”, skala 2 mewakili

“setuju”, skala 3 mewakili “neutral”, skala 4 mewakili “tidak setuju” dan skala 5 mewakili

“sangat tidak setuju”. Manakala skala likert yang digunakan oleh item negatif adalah

sebaliknya seperti skala 1 mewakili “sangat tidak setuju”, skala 2 mewakili “tidak setuju”,

skala 3 mewakili “neutral”, skala 4 mewakili “setuju” dan skala 5 mewakili “sangat setuju”.

Hasil analisis kesahan dan kebolehpercayaan instrumen ini menunjukkan jumlah keseluruhan

item nilai pekali alfa Cronbach’s yang tinggi iaitu .748. Secara tidak langsung kajian lepas ini

diterima oleh pengkaji.

Selain itu, analisis kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian lepas untuk skala

kawalan diri oleh Lachman dan Weaver (1998) telah dilakukan. Terdapat dua dimensi

diadalam skala kawalan diri pertama, penguasaan peribadi dan kedua ialah kekangan yang

dirasakan. Penguasaan peribadi bermaksud keberkesanan seseorang dalam melakukan

sesuatu tujuan manakala kekangan yang dirasakan didefinisikan sebagai perasaan yang

dirasakan untuk menunjukkan sebanyak mana individu tersebut mempunyai kepercayaan

bahawa terdapat halangan atau faktor yang berada di luar kawalan untuk menganggu

pencapaian matlamat individu tersebut. Responden menjawap soalan soal selidik skala

tersebut dengan menggunakan skala likert satu hingga lima. Skala likert yang digunakan oleh

seperti skala 1 mewakili “sangat setuju”, skala 2 mewakili “setuju”, skala 3 mewakili

“neutral”, skala 4 mewakili “tidak setuju” dan skala 5 mewakili “sangat tidak setuju”. Hasil

analisis kesahan dan kebolehpercayaan instrument kajian lepas ini menunjukkan dimensi

penguasaan peribadi nilai pekali alfa Cronbach’s yang tinggi iaitu .70 dan dimensi kekangan

22
yang dirasakan pula juga menunjukkan nilai pekali alfa Cronbach’s yang tinggi iaitu .86

Secara tidak langsung kajian lepas ini diterima oleh pengkaji.

Jadual 3.4 menunjukkan analisis kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian lepas.

Konstruk Bil Item Nilai Kebolehpercayaan


(%)
SSI (keseluruhan) 27 .748

Jadual 3.4

3.3.2 Analisis Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Berdasarkan jadual 3.5 kesahan dan kebolehpercayaan SSI untuk skala tahap kesejahteraan

psikologi mempunyai pekali kebolehpercayaan nilai pekali alfa Cronbach’s keseluruhan yang

rendah iaitu .597. Nilai kesahan dan kebolehpercayaan kajian pengkaji rendah berbanding

kajian lepas yang telah dilakukan oleh pengkaji lain. Hal ini kerana, pengkaji dari kajian

lepas menggunakan skala tahap kesejahteraan psikologi versi penuh iaitu sebanyak 41 item

mankala pengkaji untuk kajian kini menggunakan skala tahap kesejahteraan psikologi versi

ringkas iaitu sebanyak 18 item yang memberi impak kesahan dan kebolehpercayaan skala ini

menjadi rendah berbanding pengkaji kajian lepas.

Konstruk Bil Item Nilai Kebolehpercayaan


(%)
SSI (keseluruhan) 18 .597

Jadual 3.5

23
Selain itu, berdasarkan jadual 3.6 nilai kesahan dan kepercayaan untuk skala kawalan diri

mempunyai pekali kebolehpercayaan nilai pekali alfa Cronbach’s keseluruhan yang tinggi

iaitu .701. Nilai kesahan dan kebolehpercayaan kajian pengkaji pada tahap tinggi yang sama

seperti berbanding kajian lepas yang telah dilakukan oleh pengkaji lain. Hal ini kerana, kajian

lepas menggunakan skala kawalan diri versi penuh yang sama seperti pengkaji kini iaitu

sebanyak 12 item. Oleh itu, kesahan dan kebolehpercayaan untuk skala kawalan diri ini

diterima oleh pengkaji.

Konstruk Bil Item Nilai Kebolehpercayaan


(%)
SSI (keseluruhan) 12 .701

Jadual 3.6

3.3.3 Analisis Ujian-t

3.3.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1: Perbezaan pelajar dalam dan luar kampus dari segi

tahap kesejahteraan psikologi

Group Statistics

Std. Error

Kediaman N Mean Std. Deviation Mean

Jumlah Dalam 156 50.9872 3.57047 .28587

Luar 211 50.9147 3.64003 .25059

Jadual 3.7

24
Independent Samples Test

Levene's Test for Equality of

Variances t-test for Equality of Means

F Sig. t df Sig. (2-taile

jumlah Equal variances assumed .044 .834 .190 365 .849

Equal variances not .191 337.600 .849

assumed

Jadual 3.8

Berdasarkan jadual 3.7 dan jadual 3.8 iaitu hipotesis pertama ialah terdapat perbezaan antara

pelajar yang berada dalam dan luar kampus dari segi tahap kesejahteraan psikologi. Ujian ini

menggunakan ujian t sampel bebas dalam mengenalpasti wujud perbezaan tahap

kesejahteraan psikologi pelajar yang berada di dalam kampus dan luar kampus dalam tempoh

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Keputusan ujian T (independent sample t-test) bagi

tahap kesejahteraan psikologi berdasarkan kedua-dua kediaman adalah menunjukkan nilai (p)

sig.(2-tailed) ialah .849 iaitu nilai tersebut lebih besar daripada nilai a=.05. Oleh yang

demikian, hipotesis null 1 dalam kajian ini iaitu terdapat perbezaan antara pelajar yang berada

dalam dan luar kampus dari segi tahap kesejahteraan psikologi ditolak. Jadual 3.

menunjukkan maklumat analisis keputusan hipotesis pertama iaitu tahap kesejahteraan

25
psikologi pelajar yang berada di kediaman dalam dan luar kampus semasa tempoh Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP).

3.3.3.2 Persoalan kajian 2: Perbezaan pelajar dalam dan luar kampus dari segi kawalan

diri.

Group Statistics

Std. Error

Kediaman N Mean Std. Deviation Mean

Jumlah Dalam 156 37.6795 2.97731 .23838

kampus

Luar 211 37.4645 2.83892 .19544

kampus

Jadaul 3.9

Independent Samples Test

Levene's Test for Equality of

Variances t-test for Equality of Means

F Sig. T df Sig. (2-tail

26
Jumlah Equal variances assumed .327 .568 .703 365 .483

Equal variances not .698 325.022 .486

assumed

Jadual 3.10

Berdasarkan jadual 3.9 dan jadual 3.10 iaitu hipotesis kedua ialah terdapat perbezaan antara

pelajar Universiti Malaysia Sabah di dalam kampus dan di luar kampus dari segi kawalan

diri. Ujian ini menggunakan ujian t sampel bebas dalam mengenalpasti sama ada wujud

perbezaan kawalan diri pelajar Universiti Malaysia Sabah yang tinggal dalam kampus dan

luar kampus dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Keputusan ujian T

(independent sample t-test) bagi kawalan diri berdasarkan kedua-dua kediaman adalah

menunjukkan nilai (p) sig.(2-tailed) ialah .483 dan .486 iaitu nilai tersebut lebih besar

daripada nilai a=.05. Oleh yang demikian, hipotesis null 2 dalam kajian ini iaitu terdapat

perbezaan antara pelajar Universiti Malaysia Sabah di dalam kampus dan di luar kampus dari

segi kawalan diri diterima. Jadual 3. menunjukkan maklumat analisis keputusan hipotesis

kedua iaitu terdapat perbezaan antara pelajar Universiti Malaysia Sabah di dalam kampus dan

di luar kampus dari segi kawalan diri.

3.3.3.3 Persoalan kajian 3: Perbezaan tahap kesejahteraan psikologi mengikut jantina.

27
Group Statistics

Std. Error

Jantina N Mean Std. Deviation Mean

jumlah Lelaki 182 50.8901 3.51618 .26064

Perempu 185 51.0000 3.70076 .27209

an

Jadual 3.11

Independent Samples Test

Levene's Test for Equality of

Variances t-test for Equality of Means

F Sig. T df Sig. (2-taile

Jumlah Equal variances assumed .026 .873 -.292 365 .771

Equal variances not -.292 364.560 .771

assumed

Jadual 3.12

28
Berdasarkan jadual 3.11 dan jadual 3.12 iaitu hipotesis ketiga ialah terdapat perbezaan antara

pelajar lelaki dan perempuan Universiti Malaysia Sabah dari segi tahap kesejahteraan

psikologi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ujian ini menggunakan ujian

t sampel bebas dalam mengenalpasti wujud perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan

Universiti Malaysia Sabah dari segi tahap kesejahteraan psikologi semasa tempoh Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP). Keputusan ujian T (independent sample t-test) bagi perbezaan

antara pelajar lelaki dan perempuan Universiti Malaysia Sabah dari segi tahap kesejahteraan

psikologi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah menunjukkan nilai (p)

sig.(2-tailed) ialah .771 iaitu nilai tersebut lebih besar daripada nilai a=.05. Oleh yang

demikian, hipotesis null 3 dalam kajian ini iaitu terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan

perempuan Universiti Malaysia Sabah dari segi tahap kesejahteraan psikologi semasa tempoh

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditolak. Jadual 3. menunjukkan maklumat analisis

keputusan hipotesis ketiga iaitu perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan Universiti

Malaysia Sabah dari segi tahap kesejahteraan psikologi semasa tempoh Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP).

3.4 Kesimpulan Bab Tiga

Pada bab ini. Hasil keputusan demografik telah dibincangkan. Seramai 367 orang responden

tang telah terlibat dengan soal selidik dan kesemua e-borang soal selidik dapat digunakan.

Seterusnya, Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26 telah digunakan untuk

menganalisis model pengukuran. Hasil menunjukkan bahawa terdapat satu hipotesis diterima

dan dua hipotesis ditolak. Bab seterusnya adalah berkenaan perbincangan hasil kajian.

29
BAB EMPAT

PERBINCANGAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan berkenaan hasil kajian. Perbincangan hasil kajian akan

dibincangkan berdasarkan perosalan kajian yang telah dibentangkan pada bab pertama.

Seterusnya, bab ini akan membincangkan sumbangan kajian secara teori dan praktikal.

4.2 Perbincangan Hasil Kajian

Bagi sub topik ini, perbincangan mengenai hasil kajian dilakukan berasaskan kepada

persoalan kajian yang dinyatakan di dalam bab pertama.

4.2.1 Perbincangan persoalan kajian 1 : Apakah terdapat perbezaan antara pelajar

yang berada dalam dan luar kampus dari segi tahap kesejahteraan psikologi?

Hasil daripada analisis yang dijalankan, hipotesis satu dalam kajian ini iaitu terdapat

perbezaan antara pelajar yang berada dalam dan luar kampus dari segi tahap kesejahteraan

psikologi ditolak. Hal ini kerana pelajar Universiti Malaysia Sabah yang tinggal di dalam

kampus dan luar kampus mengalami tahap kesejahteraan psikologi yang sama semasa dalam

tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hasil kajian ini dapat dibuktikan dengan kajian

lepas oleh Sundarasen, S., Chinna, K., Kamaludin, K., Nurunnabi, M., Baloch, G. M.,

Khoshaim, H. B., ... & Sukayt, A. (2020). menunjukkan bahawa 20.4% pelajar mengalami

tahap minimum hingga sederhana, 6.6% pelajar dikategori di tahap teruk dan 2.8% pelajar

30
pada tahap kebimbangan yang paling melampau. Kajian lepas ini membuktikan bahawa

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh yang lama akan memberi impak yang

negatif kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang terkandas di dalam dan luar kampus.

Pengumuman Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 tentang Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 membuatkan ramai pelajar institusi

pengajian tinggi mengambil keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing. Namun, tidak

semua dapat berpeluang untuk pulang dalam tempoh yang terdekat. Hal ini disebabkan oleh

semua syarikat penerbangan seperti AirAsia, Malindo Air, dan Malaysia Airlines telah

menaikkan harga tiket penerbangan domestik secara mendadak. Sebagai contoh, tiket

penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur kebiasaanya dianggarkan berharga

RM200 hingga RM300 telah naik secara mendadak kepada RM700 hingga RM1000. Hal ini

membuatkan sesetengah pelajar yang kurang berkemampuan yang telah menyambung

pelajaran di negeri berlainan yang memerlukan untuk menaiki kapal terbang untuk pulang ke

negeri masing-masing akan merasa terbeban dan tidak mampu untuk membeli tiket

penerbangan yang mahal lalu mengambil keputusan untuk terus tinggal di kediaman asrama

atau kediaman rumah sewa mereka berhampiran dengan institusi pengajian tinggi. Menurut

artikel daripada Berita Harian Online, seramai 80 000 penuntut berada di kampus masing-

masing susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dan kedua.

Selain itu, kajian lepas oleh Meo, S. A., Abukhalaf, A. A., Alomar, A. A., Sattar, K.,

& Klonoff, D. C. (2020). menunjukkan penurunan yang ketara dalam keseluruhan prestasi

kerja pelajar. 56.2% pelajar merasakan penurunan masa mereka menghabiskan masa belajar

semasa pandemik korona virus ini berlaku. Hal ini kerana mereka tidak dapat menjalani

kehidupan harian sebagai seorang pelajar seperti sedia kala seperti pergi ke kelas secara

bersemuka, dan membuat kerja lapangan,. Ini memberi impak yang negatif kepada mereka

dengan lebih cenderung atau berpengaruh untuk menghabiskan masa yang tidak berfaedah

31
seperti tidur melebihi waktu yang disarankan, melayari internet, melayan drama atau filem,

menghabiskan masa bermain permainan maya seperti PUBG, mobile legend, candy crush,

atau ketagih melihat sosial media seperti facebook, instagram, dan twitter.

Di samping itu, kajian lepas oleh Naser, A. Y., Dahmash, E. Z., Al-Rousan, R.,

Alwafi, H., Alrawashdeh, H. M., Ghoul, I., ... & Abuthawabeh, R. (2020), menunjukkan

bahawa kegelisahan paling banyak berlaku pada pelajar universiti sebanyak 21.5%, diikuti

oleh pekerja kesihatan sebanyak 11.3% dan populasi umum sebanyak 8.8%. Hasil analisis

kajian lepas ini membuktikan bahawa pelajar juga berpotensi untuk mengalami tahap

kesejahteraan psikologi yang merosot semasa pandemik korona virus ini menyerang hampir

semua negara di dunia. Hal ini disebabkan majoriti pelajar semasa tempoh pandemik ini

berada dalam kediaman kampus dan kediaman rumah sewa di luar kampus. Selain daripada

tidak dapat pergi ke kampus untuk kelas bersemuka dan melakukan kajian lapangan pelajar-

pelajar institusi pengajian tinggi ini juga tidak dapat melakukan aktiviti harian mereka seperti

jogging, keluar bersiar-siar, bersenam, bermain permainan fizikal di padang untuk

menghilangkan stres yang dialami oleh mereka sepanjang tempoh pandemik ini.

Seterusnya, kajian lepas oleh Cao, W., Fang, Z., Hou, G., Han, M., Xu, X., Dong, J.,

& Zheng, J. (2020), menunjukkan bahawa pelajar yang tinggal secara bersendirian dalam

tempoh pandemik korona virus mengalami tekanan yang lebih tinggi berbanding pelajar yang

telah pulang dan tinggal bersama ibubapa atau ahli keluarga lain. Keputusan analisis kajian

lepas ini terbukti kerana majoriti pelajar yang tidak sempat untuk pulang ke rumah sebelum

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa tinggal bersendirian di dalam kediaman mereka

dalam tempoh yang lama. Lebih teruk lagi apabila mereka rakan-rakan serumah mereka telah

pulang ke rumah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan mereka

lebih cendurung untuk mengalami tahap kesejahteraan psikologi yang merosot kerana tiada

32
kawan terdekat di dalam kediaman yang sama semasa dalam tempoh yang lama untuk

berkongsi masalah dan tekanan yang sama.

Akhir sekali, kajian lepas oleh Satpathy, B., & Ali, E. (2020), menunjukkan bahawa

kira-kira 43% pelajar mengalami kemurungan, 16% pelajar mempunyai mengalami

kegelisahan, dan tekanan 11%. Antara punca kemurungan berlaku disebabkan ketegangan

mental, masalah kerjaya dan psikologi negatif iaitu sebanyak 80%. Antara faktor lain adalah

seperti kemerosotan ekonomi, masalah kewangan, kehidupan masa depan, kesusahan sosial,

kepuasan dalam hidup, dan tawaran pekerjaan hilang. Pelajar tertekan kerana mereka

merasakan jika mereka tidak mendapat pekerjaan dengan sesuatu syarikat mereka selepas

mereka tamat pengajian akibat daripada situasi pandemik korona virus ini. sekiranya mereka

dapat bergabung dengan syarikat dan jika ya, itu mungkin terjejas kerana kelembapan

ekonomi. Namun dalam situasi pandemik sekarang telah memberi impak yang negatif kepada

kebanyakan syarikat. Impaknya, kebanyakan syarikat merancang untuk memberhentikan

pekerja mereka untuk jangka masa tertentu kerana tidak mampu untuk membayar gaji

pekerja. Hal ini menyebabkan pelajar terutama pelajar tahun akhir merasakan situasi ini

sebagai ancaman serius terhadap kerjaya pelajar untuk menyertai syarikat selepas tamat

pengajian. Dari kajian tersebut, didapati bahawa pelajar mengalami ketegangan mental,

kegelisahan, dan tekanan kerana memikirkan situasi yang akan berlaku kepada mereka seperti

menganggur dan sekaligus menyebabkan kemerosotan ekonomi negara.

4.2.2 Perbincangan persoalan kajian 2 : Apakah terdapat perbezaan antara pelajar

Universiti Malaysia Sabah di dalam kampus dan di luar kampus dari segi kawalan diri.

Hasil daripada analisis yang dijalankan, hipotesis dua dalam kajian ini iaitu terdapat

perbezaan antara pelajar yang berada dalam dan luar kampus dari segi tahap kesejahteraan

33
psikologi diterima. Hal ini kerana kajian lepas oleh Akulwar-Tajane, I., Parmar, K. K., Naik,

P. H., & Shah, A. V. (2020), menunjukkan bahawa penggunaan masa skrin oleh pelajar

meningkat kepada 94.7%. 43.3% pelajar telah menghabiskan lebih daripada 6 jam pada

peranti digital setiap hari. Tambahan, penggunaan media pada waktu malam juga meningkat.

Majoriti pelajar mempunyai akses ke internet, dan banyak mempunyai profil media sosial

semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kegiatan media digital ini

meliputi kerja tugasan yang diberikan oleh pensyarah, emel/pesanan segera, laman rangkaian

sosial, permainan video, melayari internet, panggilan/panggilan video di telefon, menonton

video dalam talian, dan membaca e-buku. Majoriti tujuan penggunaan utama adalah hiburan

iaitu sebanyak 40%, manakala untuk tujuan pendidikan adalah 34% pelajar dan 30.6% pula

adalah untuk rangkaian sosial malah turut untuk tujuan komunikasi juga mempunyai

peratusan yang sama iaitu 30.6%. Hasil analisis bertujuan untuk menunjukkan bahawa

semasa penggunaan pandemik berlaku telah menyebabkan peningkatan penggunaan secara

mendadak terutama dalam kalangan pelajar. Lebih-lebih lagi majoriti pelajar banyak

menghabiskan masa semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kediaman asrama atau

rumah sewa berhampiran dengan kampus dengan penggunaan internet sebagai hiburan untuk

menghilangkan rasa kebosanan tidak dapat keluar dari kediaman mereka untuk melakukan

aktiviti harian. Terdapat banyak rangkaian sosial di seluruh dunia yang telah diterbitkan oleh

pelbagai agensi media komersial seperti YouTube, Zoom, Amazon, Netflix, Facebook,

pengedar permainan digital seperti PUBG dan Mobile Legend. Selaras dengan keadaan

pandemik yang telah menyebabkan aktiviti sosial secara bersemuka telah menyebabkan

komunikasi bersama orang lain menjadi berkurangan justeru, kita dapat memanfaatkan

teknologi moden seperti ini untuk berinteraksi secara sosial dalam talian supaya sokongan

sosial dan hubungan sosial dapat mengatasi kesunyian. Malah, teknologi digital ini

membolehkan pelajar institusi pengajian tinggi dapat mengurangkan kawalan diri negatif

34
seperti tekanan tinggal bersendirian dan tidak dapat melakukan aktiviti fizikal harian. Namun,

menurut ahli sosiologi, ahli teori media dan pakar teknologi berpendapat bahawa teknologi

digital dapat mengalihkan perhatian kita, tetapi impaknya akan mengakibatkan kesan sosial

dan emosi yang negatif. Secara tidak langsung, impaknya akan memberi kesan kepada

kawalan diri pelajar yang akan menyebabkan mereka lalai atau menangguhkan melakukan

tugasan yang diberikan oleh pensyarah mereka.

Selain itu, kajian lepas oleh Zhou, X., & Yao, B. (2020), menunjukkan bahawa

kawalan diri mempunyai hubungan secara tidak langsung dengan sokongan sosial. Pandemik

ini membuatkan ramai pelajar institusi pengajian tinggi mengalami tekanan yang

menyebabkan ada sesetengah daripada mereka hilang kawalan diri. Namun, untuk melawan

hilang kawalan diri semasa wabak COVID-19, orang sekeliling memainkan peranan yang

penting untuk mendapat sokongan sosial supaya dapat meningkatkan kawalan diri. Antara

caranya ialah membantu mereka membina hubungan interpersonal yang positif, dan

memuaskan keperluan mereka untuk berhubung seperti meluangkan masa untuk berbual.

Apabila keperluan ini dipenuhi keadaan kawalan diri mereka akan dipertingkatkan dan

semakin stabil. Hal ini kerana, perbincangan interpersonal seperti mengenai kesukaran dapat

membantu seseorang untuk membina semula pemahaman mereka dari pelbagai perspektif.

Malah, apabila keperluan perhubungan dapat dipenuhi akan memberi impak positif seperti

dapat membina hubungan interpersonal yang positif. Proses ini dapat mendorong kepada

pengembangan kemahiran yang diperlukan, memberikan bantuan maklumat dalam mencapai

sumber daya yang diperlukan, mengatur strategi untuk mencapai tujuan, dan memberikan

arahan atau maklum balas secara langsung. Proses ini dapat meningkatkan rasa kawalan

seseorang individu dan dapat mengurangkan sikap pasif dan tidak berdaya dalam menghadapi

kesukaran, dan pada akhirnya dapat menghilangkan tekanan yang dialami semasa pandemik

ini.

35
Di samping itu, kajian lepas oleh Sun, Y., Li, C., & Jiang, L. (2020), menunjukkan

bahawa rasa kawalan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memotivasi

individu lain. Kawalan diri yang rendah adalah disebabkan oleh kekurangan motivasi yang

secara langsung dan tidak langsung akan menyebabkan timbul emosi yang negatif seperti

kemurungan, kemarahan, dan kegelisahan yang menimbulkan rasa tidak percaya terhadap diri

sendiri. Semasa wabak pandemik, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi

saranan untuk memakai topeng muka yang mempunyai tiga lapisan dan sentiasa memakai

hand santizer selepas memegang tempat yang terdedah kepada banyak bakteria dan virus di

tempat awam. Malah, bermula 1 Ogos 2020 semua individu telah diwajibkan untuk memakai

topeng muka di tempat awam dan denda sebanyak RM1000 akan dikenakan kepada individu

yang ingkar arahan ini. Tambahan, individu yang pulang dari negara atau negeri yang

diumum merupakan zon merah diberi arahan untuk menjalani ujian swab dan perlu kuarantin

di pusat kuarantin atau kuarantin kendiri. Walaupun arahan tersebut telah diumumkan dan

diketahui oleh ramai namun terdapat juga sesetengah individu yang ingkar arahan tersebut

yang mengakibatkan individu lain terjangkiti oleh mereka. Hal ini menyebabkan ramai

individu yang masih merasa was-was untuk berada di tempat awam dan berjumpa dengan

orang secara bersemuka. Sebagai contoh, artikel yang telah dikeluarkan oleh Berita Harian

Online menyatakan lima pelajar universiti dikesan positif COVID-19 iaitu dua pelajar adalah

dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan tiga lagi pelajar Universiti Malaysia Sabah

(UMS). Kenyataan tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor

Hisham Abdullah. Dalam kenyataan itu juga diberitahu bahawa Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM) mensyaki pelajar terbabit terdedah kepada pekerja yang keluar masuk di

kampus atau di kafe universiti. Kenyataan tersebut memberi impak kepada kawalan diri

pelajar yang lain yang menyebabkan mereka berasa risau akan kesihatan mereka walaupun

mereka telah menjalani kuarantin di dalam dan luar kampus selama dua bulan sebelum

36
dihantar pulang ke negeri/daerah/rumah masing-masing oleh pihak Kementerian Pengajian

Tinggi dengan usahasama Malaysia Airlines dan kerjasama dari semua pihak universiti.

Kawalan diri pelajar yang semakin merosot selepas mendapat berita tersebut kerana mereka

perlu membuat ujian swab sekali lagi dan perlu mengulang kuarantin wajib selama dua

minggu dan secara tidak langsung jadual penerbangan dan penghantaran melalui kenderaan

darat juga dibatalkan oleh pihak atasan untuk membendung penularan COVID-19. Antara

kerisauan yang menyebabkan kawalan diri mereka merosot adalah seperti kerisauan adakah

mereka juga akan dijangkiti virus tersebut dari pelajar lain, jika dijangkiti apakah mereka

akan sembuh atau adakah mereka tidak dapat berjumpa dengan ahli keluarga mereka selepas

ini, dan tidak dapat pulang ke rumah untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama

keluarga bagi pelajar muslim kerana perlu menjalani tempoh kuarantin wajib. Oleh itu,

individu lain perlu memainkan peranan penting untuk menaikkan semula kawalan diri pelajar

yang berada dalam situasi begini. Antara individu lain yang boleh memberikan dorongan dan

sokongan moral dan mental kepada pelajar adalah kawan-kawan satu universiti. Mereka

boleh mengambil inisiatif untuk kerap bertanya khabar atau berbual melalui panggilan video

atau melalui pesanan ringkas atau di laman sosial masing-masing. Melalui cara ini, kawalan

diri pelajar yang berada di situasi tersebut lama kelamaan akan semakin baik.

4.2.3 Perbincangan persoalan kajian 3 : Apakah terdapat perbezaan antara pelajar

lelaki dan perempuan Universiti Malaysia Sabah dari segi tahap kesejahteraan psikologi

semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hasil daripada analisis yang dijalankan, hipotesis tiga dalam kajian ini iaitu terdapat

perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan Universiti Malaysia Sabah dari segi tahap

kesejahteraan psikologi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditolak. Hal ini

37
kerana kajian lepas oleh Idowu, A., Olawuyi, D. A., & Nwadioke, C. O. (2020) menunjukkan

bahawa 55% responden mengalami penurunan kesejahteraan psikologi kerana lockdown.

56.8% responden mempunyai kesan kesejahteraan psikologi kerana lockdown merupakan

dalam kalangan pelajar yang tidak berpuas hati dengan pertukaran kaedah pengajaran dalam

talian. Pada zaman digital kini, teknologi maklumat atau ICT telah memberikan impak yang

luar biasa dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran di peringkat global lebih-lebih

lagi pada situasi pandemic kini yang memerlukan majoiti proses pengajaran dan

pembelajaran dilakukan secara digital. Oleh itu, kaedah pengajaran dalam talian menjadi

popular kerana didapati senang, kurang menakutkan pelajar dan fleksibel. Oleh itu, majoriti

institusi pengajaran tinggi turut mengetengahkan pengajaran dan pembelajaran dalam talian

semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walau bagaimanapun, kaedah

pengajaran dalam talian turut mempunyai beberapa cabaran. Antara contoh cabarannya, ialah

kurang interaktif berbanding kepada kaedah pengajaran tradisional. Walaupun beberapa

aplikasi seperti Zoom, Webex, dan Skype membenarkan beberapa tahap interaksi, seperti

pengajaran dan pembelajaran pelajar ke pengajar fizikal, dan pelajar ke pelajar interaksi, yang

merupakan unsur utama namun pendidikan secara bersemuka tetap tidak boleh diganti secara

berkekalan. Hal ini kerana, interaksi secara bersemuka membantu mewujudkan ikatan yang

berkekalan antara pengajar dan pelajarnya serta antara pelajar dengan rakan-rakan.

Tambahan, ajaran dalam talian mendorong secara tidak sengaja gaya hidup / kegemukan di

kalangan pelajar dan guru, kesunyian di kalangan pelajar boleh mengakibatkan peningkatan

masalah mata kerana penggunaan komputer riba yang konsisten dan terdedah kepada masalah

teknikal seperti sambungan internet yang lemah yang boleh mengganggu sesi kuliah.

Selain itu, kajian lepas oleh Marelli, S., Castelnuovo, A., Somma, A., Castronovo, V.,

Mombelli, S., Bottoni, D., ... & Ferini-Strambi, L. (2020), menunjukkan bahawa semasa

lockdown pelajar mengalami gangguan waktu tidur yang ketara seperti peningkatan jam

38
waktu tidur, tidur latensi, dan waktu bangun yang tidak konsisten yang menyebabkan

kemerosotan kualiti tidur dan gejala insomnia. Tidak mengira jantina, kedua-dua pelajar

lelaki dan perempuan mengalami gangguan waktu tidur yang ketara. Hal ini kerana semasa

lockdown pelajar tidak mempunyai jadual yang ketat, lalu mereka beradaptasi dengan "jenis

petang" tidur dan bangun kemudian, mengikuti irama biologi mereka, sementara pada "jenis

pertengahan" dan "jenis pagi" kesannya kurang, kerana biologi mereka irama lebih sesuai

dengan rutin sosial. Situasi begini menarik perhatian pengkaji kerana walaupun dengan

kelewatan waktu tidur dan kelewatan waktu bangun tetap akan menyebakan pelajar akan

merasa tetap ingin tidur lagi selepas itu walaupun sudah melepasi tempoh tidur yang

mencukupi.

Di samping itu, kajian lepas oleh Arslan G. (2020), menunjukkan bahawa individu

yang kesepian lebih cenderung mempunyai daya hidup subjektif dan kesejahteraan psikologi

yang lebih rendah daripada individu yang tidak kesepian. Dengan penyebaran coronavirus,

kebanyakan negara mengeluarkan pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang

mewajibkan perniagaan yang tidak penting bekerja dari rumah. Tidak ketinggalan pelajar

institusi pengajian tinggi turut terlibat untuk belajar dalam talian di rumah. Walaupun

langkah-langkah ini sangat penting untuk menurunkan kadar jangkitan, namun mereka

cenderung untuk mengalami perasaan kesepian kerana interaksi sosial, hubungan, atau

aktiviti mereka menjadi terbatas. Namun, perasaan kesepian tersebut tidak menyelebelahi

satu jantina sahaja malah kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan akan merasai perasaan

kesunyian tersebut.

Akhir sekali, kajian lepas oleh Islam, M. A., Barna, S. D., Raihan, H., Khan, M. N.

A., & Hossain, M. T. (2020), menunjukkan bahawa lebih daripada dua pertiga pelajar

mengalami kemurungan ringan hingga teruk iaitu sebanyak 82.4% dan kegelisahan pula

sebanuak 87.7%. Kajian lepas ini memerhatikan kehadiran kemurungan dan kegelisahan di

39
kalangan pelajar di akademik yang lebih tinggi. Pandemik COVID-19 muncul sebagai krisis

yang paling dahsyat dan telah mencabar pelbagai individu di dunia kontemporari kini. Imapk

angka kematian yang melambung tinggi kian hari menyebabkan negara-negara di seluruh

dunia juga turut mengalami lonjakan kemerosotan tahap kesejahteraan psikologi yang luar

biasa, iaitu kegelisahan dan kemurungan di kalangan orang-orang dari pelbagai latar belakang

usia. Pelajar universiti juga turut tidak terkecuali. Hal ini kerana, kesemua semua institusi

pendidikan yang belum pernah terjadi sebelumnya ditutup dalam tempoh yang lama telahpun

ditutup lebih daripada tiga bulan berturut-turut di Malaysia. Penutupan seperti itu, secara

tidak langsung, akan mencetuskan rasa tidak mengubah cara pengajaran dan pembelajaran

kerjaya akademik dan profesional di kalangan para pendidik dan meningkatkan lagi cabaran

kesihatan mental yang berterusan di kalangan pelajar universiti untuk meneruskan pengajian

yang masih berbaki. Oleh itu, pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan mengalami

kemerosotan tahap kesejahteraan psikologi semasa dalam tempoh Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP).

4.3 Kesimpulan Bab Empat

Pada bab ini, hasil perbincangan daripada analisis keputusan telah dibincangkan. Setiap

persoalan di kemukakan bukti daripada perbincangan hasil kajian lepas untuk menguatkan

lagi setiap persoalan dalam perbincangan. Hasilnya, satu persoalan hipotesis diterima dan dua

persoalan hipotesis ditolak. Bab seterusnya akan membincangkan berkenaan rumusan

keseluruhan kajian.

40
BAB LIMA

RUMUSAN

5.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan berkenaan rumusn keseluruhan kajian. Rumusan berkenaan

hasil kajian berdasarkan dari bab pertama hingga bab keempat. Selanjutnya, bab ini akan

menjelaskan berkenaan kelemahan bagi kajian ini dan kemudian akan memberi cadangan

untuk kajian lanjutan. Bab ini akan diakhiri dengan ringkasan bab.

5.2 Rumusan Kajian

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji tentang tahap kesejahteraan psikologi pelajar

Universiti Malaysia Sabah yang berada di dalam kampus dan di luar kampus semasa dalam

tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Untuk mencapai objektif kajian ini, soal selidik secara

maya “google form” telah dilakukan kepada pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah secara

rawak untuk melihat sejauh mana tahap kesejahteraan psikologi dan kawalan diri

mempengaruhi pelajar Universiti Malaysia Sabah dalam tempoh Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) sejak bulan Mac yang lalu.

Kajian ini telah melihat dari pelbagai kajian lepas dan juga telah melakukan

pemeriksaan yang teliti dalam mengenal pasti teori yang sesuai untuk digunakan dalam

mengkaji tahap kesejahteraan psikologi dan kawalan diri. Berdasarkan sorotan kajian, tiga

persoalan kajian diperoleh, tiga hipotesis telah dikenal pasti dan model kajian telah

dibangunkan.

Berdasarkan hasil keputusan analisis, didapati bahawa tahap kesejahteraan psikologi

pelajar yang tinggal di dalam kampus dan di luar kampus dalam tempoh Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) didapati tidak mempunyai perbezaan kediaman yang akan mempengaruhi

41
tahap kesejahteraan psikologi. Malah pelajar-pelajar yang tinggal di dalam kampus dan di

luar kampus dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengalami

kemerosotan tahap kesejahteraan psikologi dalam tempoh yang lama dengan dipengaruhi

oleh pelbagai faktor dalaman dan faktor luaran.

Kajian ini telah melihat sumbangan dari segi teori dan praktikal. Dari segi teori kajian

ini menyumbangkan dalam memberi kefahaman berkenaan bagaimana situasi pandemik telah

memberi impak yang besar dari segi kesihatan mental kepada semua masyarakat terutama

kepada pelajar yang harus membiasakan norma baru untuk meneruskan pengajian dan

menjalani kehidupan harian dengan cara yang berbeza.

5.3 Implikasi Kajian

Sub topik ini akan membincangkan tentang implikasi yang terdapat dalam kajian ini.

Berdasarkan perbincangan, cadangan untuk penambahbaikan untuk kajian lanjutan pada masa

akan datang.

Antara implikasi kajian ini ialah pengkaji mendapati bahawa kajian tentang tahap

kesejahteraan psikologi semasa pandemik COVID-19 ini masih kurang. Hal ini disebabkan

corona virus disease (COVID-19) merupakan virus yang masih baru dijumpai. Seperti

diketahui umum, corona virus disease (COVID-19) dijumpai pada penghujung tahun 2019 di

Wuhan, China dan mula tersebar virus tersebut di Malaysia pada awal tahun 2020. Oleh

kerana virus ini masih baru dan pada permulaannya tiada penyelidikan dan kajian dilakukan

oleh mana-mana penyelidik atau pengkaji dari segi kesan kepada kesihatan mental manusia

telah memberi impak yang sukar kepada masyarakat untuk mendapatkan info hasil daripada

penyelidikan dan kajian yang dilakukan. Sehingga kini walaupun corona virus disease

(COVID-19) telah melanda negara Malaysia selama 10 bulan, pengkaji mendapati terdapat

penambahan hasil penyelidikan dan kajian yang telah disiarkan di laman sesawang

42
pembelajaran berbanding pada permulaan tahun dan pertengahan tahun yang menyukarkan

pengkaji mendapatkan info terkini tentang penyelidikan dan kajian yang terbaru tetapi

penyelidikan dan kajian yang lebih tertumpu kepada tahap kesejahteraan psikologi dan

kawalan diri semasa corona virus disease (COVID-19) masih tidak mencukupi yang

menyebabkan pengkaji agak sukar untuk mencari bukti kajian yang lebih spesifik kepada

tahun kajian pengkaji.

Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa implikasi kajian ialah pengkaji dapat

mengetahui kebenaran apakah benar tahap kesejahteraan psikologi pelajar-pelajar institusi

pengajian tinggi semakin merosot sejak pandemik corona virus disease (COVID-19) ini

melanda negara sekaligus menyebabkan berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

sehingga 31 Disember 2020 seperti yang diviralkan di laman sosial seperti Facebook,

Instagram dan Twitter. Dengan melakukan kajian ini, pengkaji dapat membuktikan bahawa

memang benar tahap kesejahteraan psikologi pelajar dan kawalan diri semakin merosot sejak

Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan tidak kira mereka berada di kediaman dalam

kampus atau di kediaman luar kampus.

Di samping itu, pengkaji mendapati implikasi kajian ialah kajian ini dapat digunakan

sebagai rujukan kepada pihak-pihak tertentu seperti Kementerian Pengajian Tinggi,

Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak universiti supaya mengetahui tentang situasi

sebenar yang berlaku akibat dari penularan corona virus disease (COVID-19) dan penutupan

institusi pengajian tinggi kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pihak-pihak ini boleh

menggunakan kajian ini supaya dapat membuat persiapan untuk menangani dan

membendung masalah tahap kesejahteraan psikologi pelajar dan kawalan diri pelajar sebelum

impaknya semakin lebih teruk. Sudah tentu pihak-pihak tersebut akan menggunakan kajian

ini sebagai rujukan untuk mengatasi masalah kesihatan mental pelajar yang semakin merosot

kerana perubahan norma baru pengajaran dan pembelajaran institusi pengajian tinggi.

43
5.4 Limitasi Kajian

Sub topik ini akan membincangkan berkenaan limitasi yang terdapat dalam kajian ini.

Berdasarkan perbincangan, cadangan untuk penambahbaikan untuk kajian lanjutan pada masa

akan datang akan dibincangkan.

Antara limitasi kajian ini pengkaji mendapati bahawa resiprokal tidak mempunyai

hubungan yang signifikan dengan niat perkongsian maklumat. Kajian ini telah melihat

konsep resiprokal ini hanya antara dua pihak sahaja iaitu pemberi maklumat dan penerima

maklumat. Oleh itu, kajian lanjutan digalakkan untuk mengkaji konsep resiprokal ini secara

lebih terbuka, iaitu tidak terhad kepada individu sahaja tetapi resiprokal yang melibatkan

pihak ketiga/individu lain.

Selain itu, kaedah pengumpulan data bagi kajian ini hanya diberi tumpuan kepada

pelajar Universiti Malaysia Sabah di kampus Kota Kinabalu sahaja. Tambahan pula, ketika

pengumpulan data dilakukan pengkaji tidak dibenarkan untuk pergi ke kampus lain kerana

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, pengkaji tidak dapat mendapat responden dari

kampus lain seperti kampus Sandakan dan Labuan. Perbezaan untuk hasil kajian keputusan

berkemungkinan besar akan berlaku jika terdapat penambahan sampel dilakukan di beberapa

kampus lain seperti di kampus Sandakan dan Labuan. Perbezaan hasil keputusan analisis

mungkin berlaku jika sampel dilakukan di beberapa lagi kampus cawangan lain yang turut

mengalami situasi yang sama di kampus induk.

5.5 Saranan Kajian

Sub topik ini akan membincangkan berkenaan saranan atau cadangan yang terdapat dalam

kajian ini. Berdasarkan perbincangan, cadangan untuk penambahbaikan untuk kajian lanjutan

pada masa akan datang akan dibincangkan.

44
Antara saranan kajian ini ialah pengkaji mendapati bahawa lebih baik pada kajian

lanjutan pada masa akan datang untuk meluaskan lagi skop subjek kajian iaitu daripada lebih

fokus kepada satu kampus induk kepada meluaskan subjek kajian ke semua kampus

cawangan yang lain supaya mendapat keputusan analisis yang lebih adil kerana meliputi

keseluruhan wakil untuk setiap kampus cawangan universiti.

Selain itu, saranan kajian yang boleh dilakukan untuk kajian lanjutan pada masa akan

datang ialah menggunakan skala versi penuh berbanding versi ringkas atau versi pendek. Hal

ini disebabkan ada kemungkinan besar semasa melakukan kesahan dan kebolehpercayaan

untuk sesuatu kajian akan menyebabkan mendapat keputusan yang tidak memuaskan atau

keputusan analisis kesahan dan kebolehpercayaan tersebut tidak seperti yang sepatutnya.

Sebagai contoh, yang telah terjadi kepada pengkaji sendiri apabila menggunakan skala tahap

kesejahteraan psikologi versi pendek telah menyebabkan kesahan dan kebolehpercayaan

menjadi rendah. Apabila diselidik dengan mencari kajian lepas kesahan dan kepercayaan

skala tahap kesejahteraan psikologi telah mendapati bahawa perbezaan versi panjang dan

versi pendek skala tersebut telah menyebabkan apabila melakukan kesahan dan

kebolehpercayaan hasil keputusan berbeza daripada versi panjang tetapi walaupun hasil

analisis kesahan dan kebolehpercayaan tersebut berbeza namun skala tahap kesejahteraan

psikologi masih boleh dilakukan untuk menghasilkan keputusan yang lebih tepat.

5.6 Kesimpulan Bab Lima

Pada bab ini, hasil keseluruhan rumusan, limitasi kajian, saranan kajian, dan implikasi kajian

telah dibincangkan. Hasilnya, semua yang dibincangkan dalam bab ini telah mencapai satu

sepakat untuk menghasilkan satu kesimpulan untuk keseluruhan kajian ini.

45
BAB ENAM

RUJUKAN

Abdul H. A. (2020 Mac 28). COVID-19 Buka Mata Warga Pendidik, Pelajar. Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/03/670374/covid-19-buka-

mata-warga-pendidik-pelajar

Akulwar-Tajane, I., Parmar, K. K., Naik, P. H., & Shah, A. V. (2020). Rethinking Screen

Time during COVID-19: Impact on Psychological Well-Being in Physiotherapy

Students.

Arslan, G. (2020). Loneliness, college belongingness, subjective vitality, and psychological

adjustment during coronavirus pandemic: Development of the College Belongingness

Questionnaire. Journal of Positive School Psychology.

Azizi Y., Sri K. A. R., Abu B. M. H. M., Suraya T., Baharudin M. A. (2017). Membuat

Penyelidikan dengan Mudah. Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

Berry, L.M. (1998). Psychology At Work. McGraw-Hill.

Bilal A.B., Samira K., Shazia M., Afreen N., Humaira J.T., Sidrat U.M.A., Shaziya G.,

Intizar A. (2020). A Study on Impact of COVID-19 Lockdown on Psychological

Health, Economy and Social Life of People In Kashmir. International Journal of

Science and Healthcare Research 5(2): 36-46.

Cao, W., Fang, Z., Hou, G., Han, M., Xu, X., Dong, J., & Zheng, J. (2020). The

46
psychological impact of the COVID-19 epidemic on college students in

China. Psychiatry research, 112934.

Firdaus. A. G. (2020 Mac 14). Impak Psikologi Akibat Wabak COVID-19. Astro Awani.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/impak-psikologi-akibat-wabak-covid-19-

233648

Halimatus S. M, Tasneem A. A. (2019). Risks of Mental Problems Among Medical Students

in a Public University in Malaysia. Mal J Med Health Sci 15(SP3): 65-69.

Idowu, A., Olawuyi, D. A., & Nwadioke, C. O. (2020). Impacts OF CoVID-19 Pandemic on

the Psychological Well Being of Students in a Nigerian University. Journal of

Medical and Surgical Research, 7, 798-806.

Islam, M. A., Barna, S. D., Raihan, H., Khan, M. N. A., & Hossain, M. T. (2020). Depression

and anxiety among university students during the COVID-19 pandemic in

Bangladesh: A web-based cross-sectional survey. PloS one, 15(8), e0238162.

Islam, M. S., Sujan, M. S. H., Tasnim, R., Sikder, M. T., Potenza, M. N., & Van Os, J.

(2020). Psychological responses during the COVID-19 outbreak among university

students in Bangladesh.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). Soalan Lazim Penyakit Coronavirus (COVID-19).

Dimuat turun daripada http://www.myhealth.gov.my/wp-content/uploads/FAQ-

COVID-19.pdf

47
Kohn, J. P., and Frazer, G. H. (1986). An Academic Stress Scale: Identification And Rated

Importance Of Academic Stressors. Psychological Reports, 59: 415-426.

Lachman, M. E., and Weaver, S. L. (1998). The Sense Of Control As A Moderator Of Social

Class Differences In Health And Well-Being. Journal of Personality and Social

Psychology, 74(3), 763–773.

Lee, M. F. and Syaid, S. (2016). Factors Contributing towards Malaysian Technical

University (MTU) Students’ Mental Health. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 25 (S): 93

– 100.

Marelli, S., Castelnuovo, A., Somma, A., Castronovo, V., Mombelli, S., Bottoni, D., ... &

Ferini-Strambi, L. (2020). Impact of COVID-19 lockdown on sleep quality in

university students and administration staff. Journal of Neurology, 1-8.

Meo, S. A., Abukhalaf, A. A., Alomar, A. A., Sattar, K., & Klonoff, D. C. (2020). COVID-19

Pandemic: Impact of Quarantine on Medical Students’ Mental Wellbeing and

Learning Behaviors. Pakistan Journal of Medical Sciences, 36(COVID19-S4).

Mohd Izani M. Z. (2020, Mei 7). Pendidikan Tinggi di Malaysia Pasca COVID-19:

Perubahan dalam Kesinambungan. Astro Awani. http://www.astroawani.com/berita-

malaysia/pendidikan-tinggi-di-malaysia-pasca-covid-19-perubahan-dalam-

kesinambungan-241929

Muhammad A. F. A. (2020). Wabak Covid-19 ; Mahasiswa Manja & Kesihatan

48
Mental: Sejauh Mana Kebenarannya?. https://medium.com/@adibbtp/wabak-covid-

19-mahasiswa-manja-kesihatan-mental-sejauh-mana-kebenarannya-63a748245469

Naser, A. Y., Dahmash, E. Z., Al-Rousan, R., Alwafi, H., Alrawashdeh, H. M., Ghoul, I., ...

& Abuthawabeh, R. (2020). Mental health status of the general population, healthcare

professionals, and university students during 2019 coronavirus disease outbreak in

Jordan: a cross-sectional study. medRxiv.

Nor`Asyikin M. H. (2020 Mei 3). Mengurus Emosi, Mental Ketika PKP. My Metro.

https://www.hmetro.com.my/sihat/2020/05/573954/mengurus-emosi-mental-ketika-

pkp

Odriozola-González, P., Planchuelo-Gómez, Á., Irurtia, M. J., & de Luis-García, R. (2020).

Psychological effects of the COVID-19 outbreak and lockdown among students and

workers of a Spanish university. Psychiatry Research, 113108.

Ross, C. E., & Sastry, J. (1999). The sense of personal control. In Handbook of the sociology

of mental health (pp. 369-394). Springer, Boston, MA.

Ryff, C. D. (1989). Happiness Is Everything, Or Is It? Explorations On The Meaning Of

Psychological Well-Being. Journal of Personality and Social Psychology, 57, 1069-

1081.

Saefi, M., Fauzi, A., Kristiana, E., Adi, W. C., Muchson, M., Setiawan, M. E., ... &

Ramadhani, M. (2020). Survey data of COVID-19-related Knowledge, Attitude, and

Practices among Indonesian Undergraduate Students. Data in Brief, 105855.

49
Satpathy, B., & Ali, E. (2020). A study on psychological well-being of final year

management students during COVID-19 pandemic lockdown in India.

Shariff, M. I. A. S., & Sulaiman, W. S. W. (2018). Penerokaan Ciri-Ciri Psikometrik Skala

Kesejahteraan Psikologi dalam Kalangan Sampel Malaysia (Exploring the

Psychometric Properties of the Psychological Well-Being Scale among Malaysian

Samples). JURNAL PSIKOLOGI MALAYSIA, 32(3).

Siti. N.A.Z. (2020 April 3). UMP Utamakan Kebajikan Dan Keselamatan Pelajar. UMP

News. http://news.ump.edu.my/bil-73-apr-2020

Sun, Y., Li, C., & Jiang, L. (2020). Combat the COVID-19 Pandemic: Motivating Self-

Surveillance Behavior Through Enhanced Sense of Control. Available at SSRN

3661623.

Suzalina H. (2020). COVID-19: Universiti kena jaga kesihatan mental pelajar. Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/676692/covid-19-universiti-

kena-jaga-kesihatan-mental-pelajar

Sugiyono. (2008). Metode Penelitian Bisnis. Alfabeta.

Sundarasen, S., Chinna, K., Kamaludin, K., Nurunnabi, M., Baloch, G. M., Khoshaim, H. B.,

... & Sukayt, A. (2020). Psychological impact of Covid-19 and lockdown among

university students in Malaysia: Implications and policy

50
recommendations. International Journal of Environmental Research and Public

Health, 17(17), 6206.

Tabrani. (2019). Apa Maksud Soal Selidik Beserta Kaedah Soal Selidik.

https://www.tarahap.xyz/2019/09/apa-maksud-soal-selidik-beserta-kaedah.html

Wang, C., Pan, R., Wan, X., Tan, Y., Xu, L., Ho, C. S., & Ho, R. C. (2020). Immediate

psychological responses and associated factors during the initial stage of the 2019

coronavirus disease (COVID-19) epidemic among the general population in

China. International journal of environmental research and public health, 17(5),

1729.

White, L. B. (2004). The Psychological Well-being and Academic Achievement of Children

Raised by Single Parents. Master dissertation, University of Wisconsin-Stout.

http://www.uwstout.edu/lib /thesis/2004/20Mwhitel.pdf

Yusmizal D. A. (2020, April 15). Ada Penuntut Universiti Mula Tertekan. My Metro.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/567022/ada-penuntut-universiti-mula-

tertekan

Zheng. Y. F., Ma. Z. F. (2020). Impact of the COVID-19 Pandemic on Mental Health and

Quality of Life among Local Residents in Liaoning Province, China: A Cross-

Sectional Study. International Journal of Environmental Research and Public Health.

17:2381. China. https://doi.org/10.3390/ijerph17072381

Zhou, X., & Yao, B. (2020). Social support and acute stress symptoms (ASSs) during the

51
COVID-19 outbreak: deciphering the roles of psychological needs and sense of

control. European Journal of Psychotraumatology, 11(1), 1779494.

52
LAMPIRAN

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PESERTA KAJIAN

Sukacita dimaklumkan kepada para responden bahawa saya merupakan pelajar tahun akhir,

Program Pembangunan Belia dan Komuniti (HA16), Fakulti Psikologi dan Pendidikan,

Universiti Malaysia Sabah dan saya kini sedang menjalankan projek tahun akhir yang

memfokuskan kepada kajian tentang kesejahteraan psikologi pelajar Universiti Malaysia

Sabah (UMS) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PKP yang bermula daripada fasa 1 dan kini memasuki fasa 5 PKPP memberi kesan terhadap

persekitaran pembelajaran pelajar universiti yang menyebabkan stres dan perasaan negatif.

Sehubungan dengan itu, kajian ini merupakan salah satu usaha dalam memahami tahap

kesejahteraan pelajar universiti dalam berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP).

Sebelum menjawap soal selidik ini, anda dimohon untuk klik ‘Ya’ pada bahagian persetujuan

sebagai tanda persetujuan untuk menjawap soal selidik ini.

Sila baca setiap kenyataan dalam soal selidik ini dengan teliti kemudian tandakan pilihan

yang paling menggambarkan keadaan anda. Soal selidik ini berbentuk laporan kendiri. Sila

53
rujuk arahan pada setiap bahagian soal selidik bagi menjawab setiap item. Masa yang akan

diambil untuk menjawap soal selidik ini adalah dianggarkan selama 10 minit.Tidak ada

jawapan yang betul atau salah. Pilihan jawapan anda adalah berdasarkan kepada pendapat

individu ke atas setiap kenyataan. Anda digalakkan untuk bertanya soalan kepada pentadbir

soal selidik iaitu pada email : bp17110231@student.ums.edu.my ini jika tidak memahami

atau terdapat kenyataan dalam soal selidik ini yang tidak jelas.

Setiap maklumat yang anda berikan adalah “SULIT” dan dijaga kerahsiaannya. Kerjasama

yang anda berikan merupakan sumbangan yang tinggi nilainya dalam membantu

perkembangan ilmu pengetahuan akademik dan penyelidikan di negara kita.

Sekian, Terima Kasih.

GREETINGS TO ALL PARTICIPANTS.

Respondents are pleased to inform that I am a final year student, Youth and Community

Development Program (HA16), Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia

Sabah and I am currently conducting a final year project focusing on the study of

psychological well-being of Universiti Malaysia Sabah (UMS) students during the period of

the Movement Control Order (MCO).

54
The Movement Control Order (MCO) which started from phase 1 and now enters phase 5 of

the Rehabilitation Movement Control Order (RMCO) have affected many university students’

leaning environment which cause stress and negative feelings.

In this regard, this study is one of the efforts in understanding the level of well-being of

university students in dealing with the Movement Control Order (MCO).

Before answering this questionnaire, you are requested to click ‘Yes’ on the agreement

section as a sign of agreement to answer this questionnaire.

Please read each statement in this questionnaire carefully then mark the option that best

describes your situation. This questionnaire is in the form of a self-report. You will be guided

by the instructions to answer each item. The time to complete the questionnaire is

approximately 10 minutes. There are no right or wrong answers. The answer choice of these

respondents is based on their opinion on each statement. You are encouraged to ask

questions to the administrator of the questionnaire at email:

bp17110231@student.ums.edu.my or phone number 0196974922 if you do not understand or

there is a statement in this questionnaire that is not clear.

All information provided is "CONFIDENTIAL " and will be kept in this manner. Cooperation

of all respondents is highly valuable in contributing towards the development of academic

knowledge and research in our country.

Thank you.

55
BAHAGIAN A/ PART A: MAKLUMAT DIRI /PERSONAL INFORMATION

Arahan. Sila tandakan (/) dan isi jawapan dalam kotak yang disediakan.

Instructions. Please indicate with a tick (/) and fill the answer in the space provided.

Jantina/ Gender:

1. Lelaki/ Male

2. Perempuan/ Female

Umur/ Age:

Kediaman semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)/ Residence during Movement

Control Order (MCO):

1. Dalam kampus/ On-campus

2. Luar kampus/ Off-campus

56
BAHAGIAN B / PART B : KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI SEMASA PERINTAH

KAWALAN PERGERAKAN (PKP) / PSYCHOLOGICAL WELLBEING DURING

THE MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO).

Arahan. Sila tandakan (/) dalam kotak yang paling menggambarkan diri anda dari 1 =

Sangat setuju hingga 5 = Sangat tidak setuju

Instructions. Please indicate with a tick (/) in the box that best describes you from 1 =

Strongly agree to 5 = Strongly disagree

No

Strongly Disagree
Strongly agree
Sangat Setuju

Sangat Tidak
Tidak Setuju
.

Disagree
Neutral
Item-item
Setuju

Setuju
Agree

1. 1. "Saya suka sebahagian besar keperibadian saya." 1 2 3 4 5

“I like most parts of my personality.”

2. “Apabila saya melihat kisah hidup saya, saya gembira


1 2 3 4 5
dengan keadaan hidup setakat ini. "

“When I look at the story of my life, I am pleased with

how things have turned out so far.”

3. "Beberapa orang menjalani hidup tanpa tujuan 1 2 3 4 5

57
sepanjang hidup, tetapi saya bukan salah seorang dari

mereka."

“Some people wander aimlessly through life, but I am

not one of them.”

4. "Tuntutan kehidupan seharian sering membuat saya


1 2 3 4 5
sedih."

“The demands of everyday life often get me down.”

5. "Dalam banyak cara, saya merasa kecewa dengan


1 2 3 4 5
pencapaian saya dalam hidup."

“In many ways, I feel disappointed about my

achievements in life.”

6. "Mengekalkan hubungan erat adalah sukar dan


1 2 3 4 5
membuat saya kecewa."

“Maintaining close relationships has been difficult

and frustrating for me.”

7. "Saya menjalani kehidupan satu hari pada satu masa


1 2 3 4 5
dan tidak terlalu memikirkan masa depan."

“I live life one day at a time and don't really think

about the future.”

8. "Secara umum, saya merasa saya bertanggungjawab


1 2 3 4 5
atas situasi di mana saya tinggal."

“In general, I feel I am in charge of the situation in

which I live.”

58
9. "Saya baik dalam menguruskan kehidupan seharian." 1 2 3 4 5

“I am good at managing the responsibilities of daily

life.”

10. "Kadang-kadang saya merasa seolah-olah telah

melakukan semua yang harus dilakukan dalam 1 2 3 4 5

hidup."

“I sometimes feel as if I've done all there is to do in

life.”

11. "Bagi saya, kehidupan telah menjadi proses

pembelajaran, perubahan, dan pertumbuhan yang 1 2 3 4 5

berterusan."

“For me, life has been a continuous process of

learning, changing, and growth.”

12. "Saya rasa penting untuk memiliki pengalaman baru

yang mencabar bagaimana saya berfikir tentang diri 1 2 3 4 5

saya dan dunia."

“I think it is important to have new experiences that

challenge how I think about myself and the world.”

13. "Orang akan menggambarkan saya sebagai orang

yang memberi, bersedia berkongsi masa saya dengan 1 2 3 4 5

orang lain."

“People would describe me as a giving person,

willing to share my time with others.”

59
14. "Saya menyerah kalah untuk cuba melakukan

peningkatan atau perubahan dalam hidup pada suatu 1 2 3 4 5

masa dulu."

“I gave up trying to make big improvements or

changes in my life a long time ago”

15. "Saya cenderung dipengaruhi oleh orang yang


1 2 3 4 5
mempunyai pendapat yang kuat"

“I tend to be influenced by people with strong

opinions”

16. "Saya tidak banyak mengalami hubungan yang mesra


1 2 3 4 5
dan boleh dipercayai dengan orang lain."

“I have not experienced many warm and trusting

relationships with others.”

17. "Saya mempunyai keyakinan terhadap pendapat saya

sendiri, walaupun mereka berbeza dari cara 1 2 3 4 5

kebanyakan orang lain berfikir."

“I have confidence in my own opinions, even if they

are different from the way most other people think.”

18. “Saya menilai diri saya dengan apa yang saya fikir

penting, bukan berdasarkan nilai penting yang 1 2 3 4 5

difikirkan oleh orang lain. "

“I judge myself by what I think is important, not by

the values of what others think is important.”

60
BAHAGIAN C/ PART C: SKALA KAWALAN DIRI SEMASA PERINTAH

KAWALAN PERGERAKAN (PKP) / SENSE OF CONTROL SCALE DURING

MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO)

Arahan. Sila tandakan (/) dalam kotak yang paling menggambarkan diri anda dari 1 =

Sangat setuju hingga 5 = Sangat tidak setuju

Instructions. Please indicate with a tick (/) in the box that best describes you from 1 =

Strongly agree to 5 = Strongly disagree

Sangat tidak setuju

Strongly Disagree
Strongly agree
Sangat setuju

Tidak setuju

Disagree
Neutral
Setuju

Agree

No

. Item-Item

1. “Saya boleh melakukan apa sahaja yang saya fikirkan.” 1 2 3 4 5

“I can do just about anything I really set my mind to.”

2. “Apabila saya benar-benar ingin melakukan sesuatu, saya


1 2 3 4 5
biasanya mencari jalan untuk berjaya.”

“When I really want to do something, I usually find a way

to succeed at it.”

61
3. “Sama ada atau tidak saya berupaya dapat apa yang saya
1 2 3 4 5
mahukan, ada pada tangan saya sendiri.”

“Whether or not I am able to get what I want is in my own

hands.”

4. “Apa yang berlaku pada saya pada masa akan datang


1 2 3 4 5
bergantung kepada saya.”

“What happens to me in the future mostly depends on me.”

5. “Tidak banyak yang dapat saya lakukan untuk mengubah


1 2 3 4 5
banyak perkara penting dalam hidup saya.”

“There is little I can do to change many of the important

things in my life.”

6. “Saya sering merasa tidak berdaya menghadapi masalah


1 2 3 4 5
kehidupan.”

“I often feel helpless in dealing with the problems of life.”

7. “Orang lain menentukan sebahagian besar dari apa yang


1 2 3 4 5
saya boleh dan tidak boleh lakukan.”

“Other people determine most of what I can and cannot

do.”

8. “Apa yang berlaku dalam hidup saya sering di luar


1 2 3 4 5
kawalan saya.”

62
“What happens in my life is often beyond my control.”

9. “Terdapat banyak perkara yang mengganggu apa yang


1 2 3 4 5
ingin saya lakukan.”

“There are many things that interfere with what I want to

do.”

10. “Saya tidak dapat mengawal perkara yang berlaku kepada


1 2 3 4 5
saya.”

“I have little control over the things that happen to me.”

11. “Tidak ada cara untuk menyelesaikan masalah yang saya


1 2 3 4 5
ada.”

“There is really no way I can solve the problems I have.”

12. “Saya kadang kala berasa saya dipaksa dalam kehidupan


1 2 3 4 5
saya.”

“I sometimes feel I am being pushed around in my life.”

TERIMA KASIH ATAS MAKLUM BALAS YANG DIBERIKAN

63

View publication stats

You might also like