You are on page 1of 18

KAJIAN KEBERKESANAN KURIKULUM DI PUSAT DAKWAH SERANTAU,

BANGI UNTUK MELAHIRKAN PENDAKWAH.

BAB 1 : PENGENALAN
1.1. LATAR BELAKANG KAJIAN
Dakwah Islamiah merupakan satu cabang ilmu-ilmu Islam. Melalui dakwah Islamiah,
agama Islam dapat disebarluaskan di atas muka bumi ini. Ini bertujuan untuk memberi
kemanfaatan serta kehidupan yang tenteram kepada seluruh umat di muka bumi ini.
Pendakwah memainkan peranan yang penting di dalam menyambung legasi yang dibawa
oleh Rasulullah SAW di dalam menyebarkan agama Allah SWT kepada masyarakat. Sebelum
bersemuka dengan masyarakat, menjadi kewajiban ke atas setiap para pendakwah untuk
mengisi atau memperlengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu-ilmu pengetahuan yang
berkaitan seperti ilmu fiqh, usuluddin dan banyak lagi.
Bagi menjamin dan memastikan kejayaan misi tersebut, ia memerlukan kepada
beberapa faktor dan mekanisme bagi merealisasikan misi tersebut selaras dengan sunnah
rasulullah SAW. Ini kerana dakwah Islamiah merangkumi ilmu-ilmu yang berkaitan dengan
kemasyarakatan dan kemanusiaan. Oleh itu, seharusnya elemen-elemen penting di dalam
bidang terebut diberi perhatian dan dititik beratkan supaya kerja-kerja dakwah Islamiah
dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Setiap muslim memainkan peranan untuk menyebarkan agama Allah SWT kepada
masyarakat. Diantara perkara yang dilakukan ialah dengan menubuhkan institusi dan pusat
dakwah yang berperanan untuk mendidik remaja-remaja tentang dakwah. Setiap institusi
dakwah mempunyai kurikulum yang pelbagai mengikut institusi dan dan pusat masing-
masing. Keadaan ini disebabkan ia merupakan institusi swasta yang menerima hasil
sumbagan daripada masyarakat. Diantara institusi swasta yang memainkan peranan untuk
mendidik remaja tentang metodologi dakwah ialah Pusat Dakwah Serantau, Bangi. Pengkaji
merasa tertarik untuk menkaji kurikulum institusi ini, kerana ia merupakan institusi yang
mempunyai pelajar dari pelbagai negeri dan negara.

1.2. PERNYATAAN MASALAH


Dakwah Islamiah memerlukan beberapa elemen penting di dalam menjamin kejayaan
penyebarannya. Kurikulum merupakan salah satu daripada elemen tersebut merangkumi
pelbagai skop yang mana ia mampu menjadi landasan yang sesuai kepada penyampaian
mesej Islam tersebut. Secara umumnya kurikulum ialah sejumlah pengalaman pembelajaran
meliputi pengetahuan, pemikiran, perasaan, perbuatan serta perlakuan yang dihasratkan.
Justeru kurikulum sekolah atau sesuatu pusat pendidikan adalah wadah untuk menitiskan
ilmu pengetahuan ke dalam diri pelajar agar mereka mampu mengaplikasikan ilmu tersebut
ke dalam masyarakat.
Pengkaji tertarik untuk mengkaji kurikulum Institusi Pusat Dakwah Serantau untuk
menjawab persoalan dan permasalahan yang timbul berhubung model dan amalan kurikulum
di Pusat Dakwah Serantau. Selain daripada itu, perlu juga dilihat tentang kemampuan Pusat
Dakwah tersebut dalam mengendalikan program-program yang berkaitan dengan kurikulum
sesuai dengan tuntutan masyarakat Islam di tempat masing-masing. Cabaran-cabaran yang
dihadapi seperti masalah kurikulum juga perlu diambil kira di dalam kajian ini bagi
mengenalpasti akan kewujudan kekangan dan halangan yang boleh merencatkan kepada
perkembangan dakwah Islamiah di negara masing-masing.
Dalam setiap permasalahan yang diketengahkan di atas, ia telah membuka laluan
kepada pengkaji untuk melaksanakan kajian ini dengan berlandaskan setiap permasalahan
tersebut.

1.3. OBJEKTIF KAJIAN


Di sini disenaraikan beberapa objektif kajian yang dijalankan khusus, iaitu:
1. Mengkaji sukatan kurikulum yang dilaksanakan.
2. Mengenalpasti keberkesanan kurikulum yang telah dilaksanakan mampu melahirkan
sukarelawan pendakwah.
1.4. PERSOALAN KAJIAN
2. Apakah sukatan kurikulum yang dilaksanakan di Pusat Dakwah Serantau?
3. Sejauh mana keberkesanan kurikulum yang diamalkan di pusat ini?
4. Adakah tempoh pengajian sesuai dengan kurikulum yang disediakan?
5. Adakah hasil keluaran dari pusat ini membantu gerakkan dakwah dalam masyarakat
masing-masing?

1.5. HIPOTESIS KAJIAN


Kurikulum di Pusat Dakwah Serantau mampu melahirkan pendakwah.

1.6. BATASAN KAJIAN


Dalam kajian ini, pengkaji tidak mampu untuk mengkaji sesuatu yang besar secara
lebih khusus, jadi pengkaji membataskan kajian ini supaya dapatan kajian adalah
memuaskan. Kajian ini mengkaji mengenai kurikulum yang dilaksanakan di Pusat Dakwah
Serantau. Selain itu, pengkaji juga membataskan seramai 30 orang pelajar dari sekolah
tersebut untuk dijadikan sampel dalam kaedah pengumpulan data secara soal selidik. Kaedah
pemilihan sampel ini dilakukan secara rawak. Batasan yang dilakukan adalah bertujuan untuk
memudahkan penyelidik mendapat dan mengumpul data yang diperlukan dalam menjalankan
kajian yang dirancang. Segala proses penganalisisan data dan dapatan kajian adalah
berdasarkan kepada kajian yang dibuat terhadap kumpulan ini. Penyelidik menganggap
segala data yang diperolehi adalah benar dan ikhlas untuk menggambarkan keadaan sebenar
dalam usaha untuk mencapai objektif kajian.

1.7. KEPENTINGAN KAJIAN


Diharapkan agar kajian ini mampu memberi informasi yang baik dan bernas kepada
institusi-institusi dakwah lain di Malaysia Khususnya kepada pusat dakwah Islamiah yang
berdekatan. Ini disebabkan peranan mereka dalam memikul aspirasi dan tanggungjawab
kepada umat Islam amnya.
Natijah daripada ini, ia dapat memberikan input berhubung perkara-perkara berikut:
1. Menilai semula konsep kurikulum sama ada berbentuk konvensional dan Islam sesuai
diaplikasikan di dalam institusi dakwah yang terdapat di negara ini.
2. Institusi dakwah yang terdapa di Malaysia harus memikirkan dan merangka program-
program yang berdaya saing dan berkesan agar memberi kesan yang positif terhadap
perkembangan dakwah Islamiah di Malaysia.
3. Mengkaji setiap kepincangan dan masalah yang wujud di dalam institusi dakwah
tersebut serta mencari jalan penyelesaian yang baik.
4. Menitikberatkan setiap pandangan dan komentar pelajar agar kurikulum yang akan
dilaksanakan dapat dijalankan dengan sempurna.

1.8. TAKRIFAN OPERASI


Definisi istilah-istilah yang diterankan ini merupakan istilah khusus yang digunakan
dalam kajian ini.Juga diterangkan definisi istilah ini dalam konteks kajian yang dijalankan
oleh penyelidik.

1.8.1. Keberkesanan
Menurut kamus Dewan (Edisi ketiga, 1996), maksud keberkesanan ialah
menimbulkan hasil (kesudahan dan sebagainya) yang diahrapkan membawa kepada sesuatu
perubahan (perkembangan), efektif atau mendatangkan sesuatu pengaruh kepada pemikiran
(sikap, watak dan sebagainya) seseorang atau sesuatu golongan dan lain-lain (seperti
mengubah sikap, membangkitkan sessuatu kecenderungan atau perasaan dan sebagainya).
Menurut “The Concise Oxford Dictionary Of Current English (1995) ‘Keberkesanan
bermaksud penghasilan kesan, akibat atau kesimpulan yang dihajati dari perspektif
penyelidik dan pentadbir. Keberkesanan merujuk kepada kegunaan sepenuhnya sumber untuk
meningkatkan jumlah dan mutu hasil yang dikeluarkan. Definisi keberkesanan adalah
berdasarkan tahap pengukuran yang telah ditetapkan.

1.8.2. Kurikulum
Istilah kurikulum (curriculum), yang pada awalnya digunakan dalam dunia olahraga,
berasal dari perkataan curir (pelari) dan curere (tempat berpacu). Pada masa tersebut
kurikulum diertikan sebagai jarak yang harus dilalui oleh seseorang pelari, bermula dari garis
permulaan dan sampai kepada garis penamat untuk memperolehi penghargaan atau pingat.
Kemudian pengertian tersebut diterapkan dalam dunia pendidikan. Jika kita mendalami
rujukan-rujukan lainnya tentang kurikulum, terutama yang berkembang di negara-negara
maju, maka kita akan menemui pelbagai pengertian tentang kurikulum di mana pengetiannya
lebih luas dan pelbagai. Harold B. Alberty (1965) mendefinisikan kurikulum sebagai semua
kegiatan yang diberikan kepada pelajar di bawah tanggungjawab sesuatu sekolah (all of the
activities that are provided for the student by the school) kurikulum tidak dibatasi pada
kegiatan di dalam sebuah bilik kelas sahaja, tetapi ia merangkumi juga kegiatan-kegiatan
yang dilakukan oleh pelajar di luar kelas. Menurut Saylor, Alexenderm dan lewis (1974) yang
menganggap kurikulum sebagai segala usaha sekolah untuk mempengaruhi pelajar, baik di
dalam kelas, di halaman sekolah, mahupun di luar sekolah.
Menurut Harold Alberty (1953) kurikulum ialah semua aktiviti-aktiviti yang
disediakan untuk pelajar oleh pihak sekolah. Manakala menurut Harold Alberty (1953)
kurikulum adalah rancangan pembelajaran, oleh itu, apa yang diketahui tentang proses
pembelajaran dan perkembangan individu telah menewaskan pembentuk kurikulum. Peter F.
Oliva (1982) berpendapat kurikulum ialah rancangan atau program untuk pelajar di bawah
arahan sekolah. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan
pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani , akal dan emosi serta menyemai, menanam
dan memupuk nilai-nilai akhlak dan adab yang diingini di samping menyampaikan ilmu
pengetahuan.
Kurikulum adalah sejumlah pengalaman pendidikan, kebudayaan, sosial, sukan dan
kesenian yang disediakan oleh sekolah bagi pelajar-pelajar di dalam dan di luar sekolah
dengan maksud menolongnya untuk berkembang secara menyeluruh dalam segala segi dan
merubah tingkah laku mereka sesuai dengan tujuan-tujuan pendidikan (Ibrahim Saad 1990).
Kurikulum terbahagi kepada dua iaitu kurikulum terancang dan kurikulum terpendam.
Kurikulum terancang dianggap sebagai usaha menyedia dan melengkapkan pelajar dengan
pelbagai pengalaman pembelajaran dari segi pengetahuan, pemikiran, perasaan, perbuatan
serta perlakuan yang diiktiraf. Kurikulum terpendam atau tersembunyi dapat diertikan
sebagai menyediakan pengamalan pelajar secara tidak terancang yang timbul daripada situasi
yang terdapat di sekolah. Berdasarkan perspektif ini, kurikulum pendidikan sekoalh digubal
bertujuan untuk menanam dan memupuk nilai serta tatacara hidup masyarakat dan
selanjutnya memastikan kewujudan budaya dan peradaban masyarakat itu berterusan
(Syarifah Nor Puteh 2009).

1.8.3. Dakwah
Perkataan dakwah ialah bersumberkan daripada perkataan bahasa Arab, ia berasal
daripada perkataan da’a yang bermakna antara lain meminta tolong, beribadat, memandu,
menjemput, memanggil, mengajak, melaung dan menyeru. Sementara dari sudut istilah ia
bermakna uasaha yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan dengan pendekatan tertentu
untuk membawa manusia kepada keredhaan Allah SWT (Ab. Aziz Mohd Zin 1997).
Dari segi istilah, bahawasanya perkataan dakwah menurut al-Sayyid Nawfal ialah
dakwah islamiah itu senagai usaha golongan tertentu yang mempunyai kemampuan memberi
nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membaw mereka kepada agama Islam dan
menjauhkan mereka daripada kepercayaan-kepercayaan selain daripada Allah SWT dengan
cara-cara tertentu. (al-Sayyid Nawfal 1997).
Menurut al-Qardawi pula, dakwah Islamiah merupakan usaha untuk membawa orang
lain kepada agama Allah SWT iaitu Islam, supaya mengikut panduan agama ini,
melaksanakan segala ketetapan di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk
penghambaan diri, permohonan dan taat setia kepada Allah SWT sahaja, melepaskan diri
daripada segala kongkongan yang bukan daripada Allah SWT (Thaghut) yang terpaksa
dipatuhi, memberi hak kepada orang yang ditentukan hak dari Allah SWT menyeru kepada
kebaikan, mencegah kemungkaran dan berjihad di jalan Allah SWT (al-Qaradawi 1981).
Manakala menurut al-Ghazali, dakwah Islamiah merupakan satu program yang
lengkap, Pada Peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh
manusia bagi menjalankan matlamat hidup dan bagi menyingkap jalan yang menjadi
petunjuk kepada mereka (al-Ghazali 1981).

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1. KAJIAN PERPUSTAKAAN

Menurut Sidek Baba (2006) ilmu dalam Islam terbentuk dalam acuan yang sepadu.
Ilmuilmu seperti akidah, ibadah dan akhlak serta yang lainya menjadi tunjang gandingan
dengan ilmu seperti sains dan teknologi serta ilmu-ilmu kemanusiaan. Islam mengambil
pendekatan yang teliti dan sepadu tentang sains. Islam tidak menentang usaha-usaha
penyelidikan mendapatkan data dan fakta, menghasilkan hipotesis dan teori. Tradisi
menyepadukan ilmu mendorong umat Islam untuk mengetahui apa yang mereka perhati dan
saksikan dan menghubungkan fakta dan data sebagai sumber kebesaran Allah s.w.t.

Sejak tahun 1980an, banyak inovasi kurikulum telah diusahakan dan dilaksanakan
lebih-lebih lagi pada tahun 1960an dan 1970an merupakan tahun-tahun yang memberikan
penumpuan terhadap proses pelaksanaan kurikulum (Fullan, 1991; Berman dan McLaughlin,
1978). Pada ketika itu, banyak usaha dilakukan untuk memperkembangkan kurikulum dan
inovasi kurikulum ini. Fullan (1991) mendapati kebanyakan usaha perkembangan kurikulum
ini tidak dilaksanakan dalam amalannya. Berman dan McLaughlin (1978) juga mendapati
hampir semua kajian yang dibuat, penerimaan program kurikulum bukan menjadi isu utama
tetapi masalah pelaksanaan terhadap kurikulum yang diterima menguasai hasil dan kejayaan
semua projek yang dikaji. Secara relatifnya, tidak banyak idea yang telah berjaya
dilaksanakan di dalam bilik darjah sedangkan pelaksanaan kurikulum merupakan agenda dan
matlamat yang penting dalam sistem pendidikan.
Dalam usaha untuk melaksanakan sesuatu inovasi, wujudnya dua faktor utama iaitu
kekangan yang akan menghalang dan peluang yang menggalakkan inovasi itu. Kekangan
merupakan faktor-faktor yang menghalang kepada pencapaian matlamat yang telah
ditetapkan pada akhir pengajaran. Peluang pula merujuk kepada faktor-faktor yang
menggalakkan pencapaian matlamat akhir yang telah ditetapkan (Taylor et al, 1974).

Miles (1965) telah mengemukakan beberapa pendapatnya mengenai peluang-peluang


bagi seseorang guru melaksanakan inovasi. Untuk mencapai satu dasar sistem perubahan,
sesuatu organisasi itu perlulah memiliki sepuluh elemen bagi memperolehi satu organisasi
yang sihat. Elemen-elemen itu ialah matlamat yang jelas, kelengkapan komunikasi,
kesamarataan kuasa maksima iaitu antara pentadbir (pengetua) dan guru, penggunaan
sumber-sumber dengan optima, guru yang menyayangi institusi dan rakan sejawat, semangat
guru yang tinggi, inovatif, otonomi, adaptasi dan kelengkapan untuk menyelesaikan masalah.
Dalam kajiannya ‘Purpose, Power and Constraint in Primary School Curriculum’, Taylor et al
(1974) telah memperincikan kekangan kepada lima aspek iaitu, fizikal yang merujuk kepada
bangunan, kemudahan dan peralatan; sekolah iaitu batasan yang muncul dari keadaan fizikal
dan psikologikal sekolah.; staf iaitu batasan kepada guru yang meliputi keupayaan, latihan
dan tingkahlaku di dalam kelas dan tingkahlaku di dalam sekolah; polisi pula adalah batasan
hasil dari polisi pendidikan tempatan dan juga kebangsaan; pelajar-pelajar iaitu batasan latar
belakang keluarga, umur, sikap dan kepercayaan.

Namun, pelaksanaan kurikulum di bilik darjah tetap ditentukan oleh guru kerana guru
ialah orang yang membuat keputusan sama ada hendak melaksanakan atau menentang
kurikulum tersebut (Anna Christina, 1989). Zainal (1988) mendapati bahawa penghujung
proses pelaksanaan bukan persoalan tentang penerimaan atau penentangan inovasi, tetapi
penggubahsuaian untuk memenuhi keperluan dan halangan. Kajian-kajian oleh Siti Hawa
(1986), Charlesworth (1975), Wright (1987) dan Zainal (1988) menunjukkan guru telah
mengubahsuaikan aspek-aspek kurikulum yang dianggap kurang sesuai mengikut
kemampuan sendiri.

Kepentingan pengajaran Pendidikan Islam telah bermula semenjak perbincangan


tentang paradigma baru kurikulum Pendidikan Islam seluruh dunia dalam sebuah konvesyen
“ The First Conference on Muslim Education” yang diadakan di Mekah pada tahun 1977
(Syed Ali Ashraf, 1994). Negara Malaysia semenjak itu mula merangka dan melaksanakan
falsafah dan konsep pendidikan Islam. Usaha murni dimulakan dengan penggubalan Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) pada tahun 1987, selaras
dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi
negara serta berpandukan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukunegara (1970).

Wan Zahid Wan Nordin (1994) menyatakan bahawa dalam konteks dunia moden hari
ini, Pendidikan Islam amat penting untuk memastikan pelajar mempunyai kekuatan dalaman
untuk menyesuaikan diri dengan keperluan semasa agar mereka tidak terkeluar daripada
landasan nilai etika dan kerohanian.

Sehubungan dengan itu, peranan guru adalah sangat penting dalam mendidik anak
didiknya. Di dalam kelas guru berperanan sebagai pendidik, pemudahcara dan fasilitator.
Guru yang menggunakan strategi pengajaran berkesan memudahkan pelajar memahami
sesuatu konsep atau sesuatu kemahiran, manakala guru yang sebaliknya akan menyebabkan
objektif pengajaran dan pembelajaran tidak tercapai.

2.2. KAJIAN BERKAITAN

1. Azizi Umar & Supyan Hussin. 2009. Model Pengurusan Sekolah Agama Rakyat dan
Negeri Di Malaysia: Satu Penstrukturan Semula. Seminar Pengurusan Hal Ehwal
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kajian ini membincangkan tentang pengurusan di sekolah agama rakyat dan negeri
yang perlu diuruskan melalui model pembangunan dan pengurusan bersama diantara
kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Kajian ini telah mengambil langkah untuk
mengenal pasti kelemahan yang terdapat di dalam pengurusan sekolah agama rakyat
yang perlu diberi bantuan sepenuhnya. Menurut Ahmad Atory (1996) pengurusan
adalah aktiviti utama dalam sesuatu organisasi yang mampu memajukan masyarakat.
Beroganisasi adalah alat yang sesuai dalam mencapai sesuatu matlamat.
2. Menurut Missildine, Fountain, Summers dan Gosselin (2013), pendekatan flipped
classroom mula diperkenalkan pada tahun 90-an di sekolah rendah dan menengah
yang menegaskan pembelajaran berasaskan pelajar, iaitu guru harus memainkan
peranan sebagai fasilitator yang membimbing pelajar, bukan sebagai pelakon utama di
atas pentas dalam kelas. Namun, pendekatan tersebut tidak menjadi popular kerana
pada masa itu tidak mempunyai kemudahan teknologi peranti digital dan capaian
talian seperti masa sekarang.
3. Missildine, Fountain, Summers dan Gosseli (2013) juga mengatakan pendekatan
Flipped classroom merupakan satu bentuk kaedah pengajaran dan pembelajaran
blended learning ataupun kaedah hibrid. Blended learning fokus kepada penglibatan
pelajar dan menggunakan pelbagai media dalam pengajaran untuk menarik minat
pelajar. Manakala flipped classroom fokus kepada pelajar menggunakan sumber
internet seperti audio dan video untuk sesuatu kandungan pengajaran tertentu di
rumah sebagai kerja rumah, dan menumpukan masa dalam kelas kepada interaksi
antara guru dan pelajar untuk menyelesaikan perkara yang dikenali sebagai “kerja
rumah” dalam pengajaran dan pembelajaran tradisional.
4. Thornbury (2009), Akbari menyatakan percantuman kaedah pengajaran dengan buku
teks merupakan idea yang dikemukakan semula. Idea tersebut pada asasnya adalah
daripada kaedah langsung dan kaedah nahu terjemahan. Beliau turut menerangkan
bahawa setiap buku teks untuk kursus bahasa kedua mempunyai objektif
pembelajaran tertentu. Contohnya buku teks yang mempunyai matlamat dan objektif
pembelajaran melalui mempraktikan peraturan bahasa dengan mengguankan latihan
yang senang, seterusnya digunakan semula dalam aktiviti pertuturan. Pelaksanaan
pengajaran tersebut selaras dengan pendekatan pengajran bahasa komunikatif.
Terdapat juga kursus yang cenderung kepada tatabahasa dan pendekatan leksikal serta
korpus linguistik.
BAB 3 : METADOLOGI

3.1. PENDAHULUAN

Bab ini akan menerangkan kaedah bagaimana kajian telah dijalankan. Aspek-aspek utama
yang akan dibincangkan di bawah melibatkan reka bentuk kajian, populasi kajian, pemilihan
sampel kajian, instrumen dan kesahan serta kebolehpercayaannya, prosedur pengumpulan
dan teknik penganalisisan data.

3.2. REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian adalah kaedah bagi membolehkan maklumat diperoleh untuk menjawab
masalah kajian yang dibina. Menurut Sabitha (2006) reka bentuk kajian ialah pelan tindakan
yang memperlihatkan Secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan. Reka bentuk
kajian juga adalah sebagai keseluruhan rangka kerja penyelidikan bagi menjawab dan
mencapai objektif kajian. Selain itu ia juga berfungsi sebagai panduan dalam membantu
penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan membuat penafsiran hasil daripada
penyelidikan yang dijalankan.

Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk deskriptif yang bermatlamat untuk
meninjau dan meneroka sumber ralat dalam pengukuran. Kajian di sini ialah untuk
mengetahui kurikulum yang dijalankan di Pusat Dakwah Serantau. Kajian ini merupakan satu
kajian tinjauan untuk mendapatkan faktor-faktor yang menjadi kaedah pengurusan yang
dijalankan sehingga mencapai keputusan yang cemerlang. Untuk mendapatkan data, pengkaji
telah memilih untuk menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Gabungan
pendekatan ini dipilih atas beberapa faktor.

1. Mengenalpasti sukatan kurikulum yang dilaksanakan di Pusat Dakwah Serantau.


2. Mengkaji keberkesanan kurikulum yang telah dilaksanakan mampu melahirkan
sukarelawan pendakwah untuk masyarakat di luar sana.

Kajian berbentuk deskriptif ini juga dikenali sebagai kajian secara tinjauan. Menurut
Cohen dan Manion dalam Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) tinjaun ialah mengambil
dalam satu masa tertentu sahaja. Kajian ini dijalankan secara soal selidik dan melalui
pemerhatian yang menyeluruh dan dapatan akan dinteprasi secara deskriptif. Melalui cara ini
juga ukuran secara kuantitatif dan kualitatif mudah diperolehi.
Pendekatan ini dipilih kerana cara ini dapat memperolehi data terpiawai dengan
berkesan dan mudah. Burns (2000), menyatakan kaedah tinjauan bersifat saintifik, logic dan
khusus. Melalui kaedah ini ukuran kuantitatif dan kualitatif mudah diperolehi. Penyelidik
menggunakan soal selidik sebagai instrumen adalah kerana soal selidik ini dapat
mengurangkan kos perbelanjaan, menjimatkan masa dan tenaga penyelidik bagi
pengumpulan data. Selain itu, soal selidik ini mengandungi arahan dan soalan-soalan yang
sama untuk dijawab oleh semua responden yang terlibat dalam kajian ini data yang dikumpul
dan hasil kajian ini dapat memberi maklumat untuk mencpaai objektif yang telah ditetapkan.

3.3. POPULASI KAJIAN

Populasi ialah kumpulan sasaran penyelidik supaya sesuatu dapatan kajian dapat
diaplikasikan (Fraenkel & wallen, 1990). Menurut Mc Milan dan Shumacer (1984) sampel
adalah kumpulan subjek yang terdiri daripada individu yang dipilih daripada sekumpulan
pelajar yang dikenali sebagai populasi. Menurut Fink (1995) sampel adalah satu bahagian
atau subset kumpulan yang besar yang disebut populasi. Manakala populasi adalah
keseluruhan yang disampelkan. Manakala menurut Mohd Majid (2005) pula, saiz sampel
kurang penting. Apa yang penting ialah saiz sampel yang diambil dapat mewakili populasi.
Dalam kajian ini sampel yang dipilih secara rawak seramai 30 orang daripada penuntut yang
belajar di Pusat Dakwah Serantau, Bangi.

3.4. PEMBOLEH UBAH

Menurut Gay & Airasian (2000), pemboleh ubah ialah konsep ataupun konstuk yang diselidik
oleh penyelidik. Ia adalah merupakan ciri atau faktor dalam sesuatu penyelidikan yang boleh
berubah dari segi kuantiti dan kualiti. Dalam mengenalpasti gaya dan corak pengurusan yang
dilaksanakan sehingga mencapai keputusan yang cemerlang.

Pemboleh ubah dalam kajian ini ialah sukatan kurikulum yang terdapat di Pusat
Dakwah Serantau. Pemboleh ubah ini merupakan pemboleh ubah tidak bersandar. Seterusnya
pemboleh ubah bersandar di dalam kajian ini ialah keberhasilan keluaran penuntut dari
institusi ini menjadi seorang sukarelawan pendakwah.
3.5. KAEDAH PERSAMPELAN KAJIAN

Dalam kajian ini, kaedah persempelan yang digunakan ialah persempelan rawak mudah.
Pemilihan sampel ini dibuat secara rawak bagi memberikan peluang yang sama kepada
individu untuk terlibat sebagai sampel kajian ini dalam mewakili populasi yang dikaji (Mohd
Majid, 2005). Seramai 15 orang responden lelaki dan 15 orang responden perempuan
dijadikan sampel dalam kajian ini. Jumlah keseluruhan pelajar di institusi ini seramai 41
orang. Jadi, 73% peratus penuntut di institusi ini terlibat dalam sampel kajian ini. Oleh yang
demikian, dalam kajian ini pengkaji memilih persampelan rawak mudah iaitu sampel kajian
daripada jumlah populasi.

3.6. INSTRUMEN KAJIAN

Pengkaji menggunakan beberapa metod dalam mengumpulkan data dan maklumat yang
berkaitan. Sumber-sumber data umumnya diperolehi dari sumber pertama di samping data
dari sumber kedua. Pengkaji berusaha mencari dan mengumpulkan data-data yang
mempunyai hubungkait dengan tajuk kajian sebelum membuat penafsiran terhadap data-data
tersebut. Di antara metod yang digunakan oleh penulis dalam kajian ini ialah borang soal
selidik, boring temu bual dan pemerhatian. Bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan dan
menjawab hipotesis, instrumen utama telah dibina iaitu soal selidik ibubapa.

3.6.1. SOAL SELIDIK

Kaedah soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Menurut Mohd Najib (2001) kajian
yang berbentuk kes dan tinjauan sesuai menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian.
Segala soalan yang dibina dalam soal selidik ini adalah memadai untuk memperolehi
maklumat-maklumat bagi mencapai objektif-objektif kajian.

Setiap soalan soal selidik mengandungi arahan soalan-soalan jenis tertutup untuk
dijawab oleh responden yang terlibat dalam kajian ini. Semua maklumat yang diperolehi akan
diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditentukan dan dianalisis secara kuantitiatif.
Kajian yang dijalankan ini melibatkan kaedah berbentuk deskriptif bertujuan untuk
mengumpulkan maklumat terperinci dan mengkaji tentang kurikulum yang dijalankan di
Pusat Dakwah Serantau.
Borang soal selidik ini mengandungi 8 soalan. Setiap item yang dikemukakan akan
disertai dengan lima skala berdasarkan skala likert lima mata sebagaimana yang dijelaskan
dalam jadual 3.3.

Jadual 3.6.1.2. Permarkahan Item-Item Skala Likert

Skala Makna Skala


1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Kurang Setuju
4 Setuju
5 Sangat Setuju

3.6.2. TEMU BUAL

Temu bual merupakan satu kaedah pengumpulan data yang melibatkan aktiviti seorang
penyelidik menyoal untuk mendapatkan jawapan atau respons yang dihajati daripada
responden atau peserta penyelidikan (Rosbon, 2002). Mathers et al. (1998) dan Punch (2001)
menghuraikan kaedah temu bual sebagai satu kaedah yang membolehkan penyelidik
mengakses persepsi responden, makna atau pemahaman yang dibina oleh responden, takrifan
tentang sesuatu situasi dan konstruk realiti dunia sebagaimana dilihat dan dialami oleh
responden.

Kaedah temu bual bersemuka turut digunakan untuk memperoleh dan mengumpulkan
data dengan cara menterjemah pokok persoalan kajian (research problem) dan mengajukan
soalan-soalan ini kepada responden scara verbal. Ia merupakan satu proses aktif yang
melibatkan dua pelakon iaitu penemubual dan responden.Ini adalah seperti yang dikatakan
oleh Syed Arabi Idid (1992) bahawa temu bual bersemuka yang dirangka dan dilaksana
dengan terancang akan menghasilkan kadar gerak balas antara 80 hingga 85 peratus daripada
responden.

Kaedah ini digunakan selepas soal selidik dilakukan. Ini intuk mendapatkan
pernerangan lebih mendalam dan jelas daripada responden yang telah menjawab borang soal
selidik. Ia bersifat terbuka dan pula memerlukan respond meluahkan pandangan dan
cadangan secara bebas. 12% daripada jumlah responden (50) yang telah menjawab soal
selidik iaitu sebanyak 6 responden akan dijadikan sasaran temu bual bersemuka. Teknik temu
bual bersemuka ini berbentuk tidak berstruktur iaitu responden diberi kebebasan dan
kelonggaran untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh pengkaji. Setiap responden
akan ditanyakan soalan mengikut urutan.

3.7. KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN

Instrumen-instrumen kajian ini dibina berasaskan kepada kajian-kajian lepas dan perlu
melalui proses kesahan dan kebolehpercayaan bagi menjamin kualiti data yang diperolehi.
Untuk mendapatkan kesahan, item-item yang dibina dalam instrumen telah dirujuk kepada
beberapa pihak termasuk pakar bidang. Proses untuk mendapatkan kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen kajian dimulakan dnegan membuat perbincangan dengan
pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu instrumen adalah penting bagi memastikan dapatan
yang diperolehi boleh dipercayai dan tidak dipersoalkan (Kerlinger & Lee, 2001).

3.8. KESAHAN INSTRUMEN

Kesahan bermaksud mengesahkan sesuatu secara rasmi. Dalam konteks penyelidikan pula,
kesahan merujuk kepada mengukur apa yang sepatutnya diukur (Kerlinger, 1986). Aspek
kandungan adalah aspek penting dalam memastikan item ujian yang diguna benar-benar sah.
Kesahan sesuatu alat pengukuran atau instrumen merujuk sejauh mana instrumen berkenaan
dapat mengukur aspek yang diperlukan (Mohd Majid, 2005), dalam konteks ini, instrumen
yang diguna ialah soal selidik dan temubual. Pengkaji menggunakan kesahan dalaman
dengan berjumpa dengan pensyarah dari Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pengkaji cuba untuk mendapatkan persetujuan pakar rujuk berkaitan dengan item soalan dan
seterusnya perkara lain yang berkaitan.

3.10. KESIMPULAN

Sebagai rumusan, bab ini merupakan penerangan tentang prosedur-prosedur utama yang
berkaitan dalam kajian ini terutama perkara yang berkaitan dengan reka bentuk kajian
populasi kajian, pemboleh ubah, kaedah persampelan kajian, kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen, tatacara pengumpulan data tatacara penganalisisan data dan instrumen kajian
dijalankan.
RUJUKAN

Burns, R. B .2000. Introduction To research Methods (2nd ed.) Melbourne: Longman.

Fink, A. 1995. The Survey Hanbook (Vol. 1). Thousands Oaks, CA: Sage.

Fraenkel, J. R., & Wallen, E.W. 2006. How To Design And Evalaute Research in Education.
Boston, MA: McGraw-Hill.

Gay, L. Mills, K., & Airasian, P. 2000. Educational Research: Compentencies For Analysis
And Applications (8th ed.). Columbus, OH: Merill.

Kerlinger, F.N. 1986. Foundations Of Behavioral Research. New York, NY: Holt Rinehart &
Winston.

Mc Milan, J.H dan Shumacher, S.1984. Reseach In Education. Boston: Little, Brown &
Company Limited.

McMacmillan, J.H., & Schumacher, S. 1984. Research In Education: A Conceptual


Introduction. Toronto: Little, Brown.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. 2001. Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.

Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohd Majid Konting. 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Pallant, J. 2001. SPSS Survival Manual: A Step By Step Guide To Data Analysis Using SPSS
for Window (Version 10). Victoria: McPherson’s.

Punch, K.F. 2001. Introduction To Sosial Research Quantitative & Qualitative Approaches.
London: Sage.

Rosbon, C. 2002. Real World Research: A Resource For Social Scientists And Practitioner-
Researhers (2nd ed.) Oxford: Blackwell.

Sabitha Marican. 2006. Penyelidikan Sains Sosial - Pendekatan Pragmatik. Selangor


Edusystem Sdn Bhd.
BORANG KAJI SELIDIK

PANDUAN-PANDUAN PENTING

1. Sila baca kesemua soalan yang dikemukakan dan anda diminta menjawab dengan
jujur dan ikhlas.
2. Jangan tulis nama dan sebarang maklumat peribadi anda atas borang ini kerana
jawapan akan dirahsiakan melainkan apabila mendapat keizinan bertulis daripada
anda.
3. Segala maklumat yang diperolehi akan dirahsiakan dan maklumat tersebut hanya bagi
tujuan semata-mata.
4. Borang kaji selidik mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

TERIMA KASIH

SEGALA KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI


Makluman: Borang soal selidik ini mempunyai dua bahagian (A dan B). responden
dikehendaki menjawab kesemua bahagian berdasarkan keperluan jawapan.

Bahagian A (Maklumat Responden)

Arahan : sila Tandakan ( / ) dalam ruang berkaitan bagi soalan di bawah.


1. Jantina
a. Lelaki
b. Perempuan
2. Umur
a. 17 tahun ke bawah
b. 18-30 tahun
c. 31-40 tahun
d. 45 tahun ke atas

3. Pihak pengurusan
Pengajar
Penuntut

4. Bangsa
a. Melayu
b. Cina
c. India
d. Iban
e. Kadazan /Dusun
f. Lain-lain
Nyatakan …………….
5. Warnanegara

a. Malaysia
b. Lain-lain
Nyatakan …………….
Bahagian B

Arahan: Diharap anda dapat membaca setiap pernyataan yang dikemukan dengan teliti dan tandakan
( / ) di petak yang sesuai dengan diri anda mengikut skala di bawah.

1 Sangat Tidak Setuju STS


2 Tidak Setuju TS
3 Kurang Setuju KS
4 Setuju S
5 Sangat Setuju SS

BIL PERKARA STS TS KS S SS


Pusat Dakwah Serantau mempunyai visi dan
1
misi yang jelas untuk melahirkan pendakwah.
Pusat Dakwah Serantau mempunyai kurikulum
2
yang tersusun dan sistematik.
Silibus yang disediakan mudah dipelajari oleh
3
penuntut.
Penuntut dapat menerima dengan baik silibus
4
yang ditetapkan
Tenaga pengajar menguasai kurikulum yang
5
disediakan.
Tempoh pengajian mencukupi untuk penuntut
6
menguasai silibus kurikulum yang ditetapkan.
Pihak pengurusan membantu dalam
7
meningkatkan kualiti kurikulum.
Keluaran penuntut daripada pusat ini dapat
8
membantu dakwah dalam masyarakat.

“TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA”


Soalan Temubual

1. Apakah sukatan kurikulum yang dilaksanakan di Pusat Dakwah Serantau?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

2. Adakah pusat dakwah ini mempunyai kurikulum yang berkualiti dalam


menghasil pendakwah untuk masyarakat?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

3. Berapa tempoh pengajian ini dijalankan?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

4. Sejauh manakah kualiti hasil keluaran peuntut di institusi ini untuk menjadi
sukarelawan pendakwah?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

You might also like