You are on page 1of 13

SUBJEK DAN KOD KURSUS

PEMIKIRAN ISLAM SEMASA USI31702

TAJUK
TOKOH ISLAM : YUSUF AL-QARADHAWI

PENSYARAH
DR. MOHD RASHIDI BIN HAJI WAHAB

PROGRAM PENGAJIAN
IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN DENGAN KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN (B)
SEMESTER 7

NAMA NO MATRIK
NUR AMIRAH AIDA BINTI MOHD KAMIL 047361
ANNIS NAJIEHAH BINTI A.K. RUHAIZAN 046777
PENGENALAN
Yusuf al-Qaradawi merupakan salah seorang tokoh Islam yang amat
berpengaruh dan terulung dalam zaman ini.
Beliau terkenal dengan pandangan kesederhanaan dari pandangan
mereka yang mengikuti sumbangan pemikirannya dan dianggap
sebagai sarjana Islam yang kontroversi oleh lawannya.
Penulisan beliau mepunyai kehebatan dan keikhlasan dari sudut
pemikiran beliau. Tugasan ini akan membicarakan tentang biografi
Yusuf al-Qaradhawi, sumbangan Yusuf al-Qaradawi, pemikirannya
serta analisis kritikan terhadapa beliau.
BIOGRAFI
• Nama penuhnya ialah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf.
• Dilahirkan di desa Shafat al-Turab, Mahallah al-Kubra Negeri Gharbiah, Mesir
pada 9 september 1926 bersamaan 1344 H.
• Bapanya : petani dan ibunya : peniaga.
• Beliau dibesarkan oleh bapa saudaranya Ahmad setelah bapanya meninggal
ketika beliau berusia 2 tahun.
• Beliau memasuki sekolah rendah di Madrasah Ilzamiyyah kemudian beliau
melanjutkan pelajaran ke maahad rendah Tanta selama empat tahun dan di
Maahad menengah (madrasah Thanawiyyah) selama lima tahun.
• Al-Qaradhawi bercita-cita untuk belajar di universiti al-Azhar dan ingin
menjadi salah seorang daripada ulamanya.
• Guru-guru : Hamid Zawil, guru semasa beliau belajar di Kuttab. Abdul
Mutalib al-Battah, Mahmud al-Diftar dan Abdul Basit Salim mengajar
fiqah mazhab hanafi, Mutawwali al-Sya’rawi mengajar ilmu balaghah,
Fauzi Khasibah, Muhammad al-Syanawi dan al-Bahi al-Khuli.

• Rakan-rakan: Abdullah Uqail, Ahmad Asal, Abdul wahab al-Batattuni,


Muhammad Saftawi, dan Abdul Wadud al-Syalabi
• Rakannya dari Malaysia ialah Ustaz Dahlan Arshad yang merupakan
kenalan mereka semenjak tahun 1970-an ketika al-Qaradhawi datang ke
Malaysia dan beliau merupakan orang yang dipercayai oleh al-Qaradhawi
untuk menterjemahkan ceramahnya apabila al-Qaradhawi berada di
Malaysia.
• Jawatan:

• Penyelia Hal Ehwal di kementerian Wakaf dan Jabatan Kebudayaan


Islam al-Azhar kemudian.
• Pengarah Kolej Agama Qatar selama 12 tahun semenjak tahun 1961.
• Pengarah Bahagian Pengajian Islam di Fakulti Pendidikan pada tahun
1973.
• Dekan Fakulti Syariah dan Pengajian Islam Universiti Qatar pada tahun
1977 sehingga tahun 1989.
• Pada tahun 1991, beliau menjadi pengarah Pusat Pengajian Sunnah
dan Sirah, Universiti Qatar.
SUMBANGAN
• Sumbangan : bidang ilmuan, pemikiran, hukum islam, dakwah, tarbiah, dan
jihad di seluruh dunia islam.

• Bidang penulisan:
merangkumi pelbagai bidang dalam pengajian islam, seperti penulisan fiqh
dan usul sebanyak 15 buah buku, al-Quran dan al-Sunnah 10 buah buku,
akidah 11 buah buku, dakwah dan tarbiah 6 buah buku, ekonomi islam 6
buah buku, isu pemikiran dan gerakan islam semasa 29 buah buku,
tasawwuf 4 buah buku.
karya pertama beliau ialah Al-Halal wa Al-Haram kedua beliau ialah, Fiqh al-
Zakah Karya ketiga beliau Fatwa Mu’asirah,
• Bidang dakwah:
beliau mempunyai sumbangan melalui penyampaian khutbah dan pengajaran di
masjid.
Menjadi khatib di masjid Bandar al-Mahallah Kubra, sebuah Bandar perindustrian
di Mesir
Beliau berdakwah melalui penulisan majalah dan jurnal Islam seperti al-Azhar,
Nur al-Islam, Minbar al-Islam, al-Da’wah, al-Sha’b, Liwa’ al-Islam, al-I’tisan, dan al-
Ariwayatam.

• Sumbangan kepada kebangkitan Islam


Yusuf al-Qaradhawi banyak memberikan tumpuan terhadap bimbingan kepada
generasi muda bagi menyemarakkan kebangkitan islam melalui ceramah dan
muktamar.
Beliau juga pada peringkat awal lagi telah menyertai gerakan Ikhwan al-Muslimin
dan sempat berkenalan dengan Hasan al-Banna,
Pemikiran yusuf al-qardhawi
dalam isu-isu fiqah

A. Berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah

o Kadang-kadang al-Qardhawi bersetuju dengan jumhur dan


kadang-kadang beliau menyalahi pendapat jumhur. Selagi ianya
tidak terkeluar daripada nilai-nilai al-quran dan al-sunnah.

B. Memegang prinsip wasatiyyah

o Pendapat-pendapatnya yang sederhana dengan meraikan


pendapat-pendapat ulama muktabar dan merujuk terus kepada
fiqah sahabat dalam menetapkan sesuatu hukum.
Beliau bersumberkan hukum-hukum fiqah yang berdasarkan kepada:
a) Al-Quran dan al-Sunnah
• Sumber utama rujukan ialah al-Quran, wahyu yang diturunkan
Allah kepada hambaNya Nabi Muhamma d SAW.
• al-Sunnah dijadikan sumber kedua, penerang kepada ayat-ayat al-
Quran.
• Beliau berpendapat tidak ada feqah tanpa sunnah dan tidak
sunnah tanpa feqah.
b) Maslahat umum selagi tidak bertentangan dengan Nas
• Menolak golongan yang menggunakan maslahat dalam konteks
yang menyeleweng dan bertentangan dengan nas yang qat’i.

c) Maslahat umum selagi tidak bertentangan dengan Nas


• Menolak golongan yang menggunakan maslahat dalam konteks yang
menyeleweng dan bertentangan dengan nas yang qat’i.
• Menghormati dua aliran terpenting iaitu aliran Ma’thur (teks) dan
aliran Ra’yi (pemikiran).
• Al-Qardhawi juga lebih mirip kepada aliran pemikiran dalam
ijtihadnya, bersandarkan lafaz-lafaz umum dan zahir nas al-quran.
• Dalam aliran pertimbangan dan membuat tarjih (Madrasah Al-
Muwazanah Wa Al-Tarjih) , beliau bersetuju dengan Ibn Taimiyyah
dan Ibn Qayyim bahawa talak tiga dalam satu lafaz dikira talak satu.
•Menghormati dua aliran terpenting iaitu aliran Ma’thur (teks) dan aliran Ra’yi
(pemikiran).
•lebih mirip kepada aliran pemikiran dalam ijtihadnya, bersandarkan lafaz-lafaz
umum dan zahir nas al-quran.
•Al-Qardhawi juga Dalam aliran pertimbangan dan membuat tarjih (Madrasah Al-
Muwazanah Wa Al-Tarjih) , beliau bersetuju dengan Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim
bahawa talak tiga dalam satu lafaz dikira talak satu.

d)Feqah dalam khidmat dakwah


• Kemestiaan seorang faqih mengkaji buku-buku turath dalam setiap zaman
dengan kajian yang baru berdasarkan al-quran dan al-sunnah, maqasid
syariah dan nilai-nilai murni islam.
• Mengingkari golongan-golongan yang ingin menghapuskan khilaf dan
menghimpunkan manusia dalam satu pendapat iaitu dengan mengikut
pendapat mereka semata-mata.

e) Mengambil pendapat yang kuat alasannya dan mudah


• menyatakan bahawa perselisihan pendapat harus dilihat dari segi positif.
• Al-Qardhawi telah mengupas perkara ini dalam Fatawa AlMu’asarah yang
beliau memgambil pendapat yang bertentangan dengan mazhab empat,
perbezaan imam-imam dan hukum bertaklid.
• fiqah islam bukan hanya terhad kepada yang empat seperti yang diketahui
umum, malahan terdapat ulama-ulama yang memiliki keilmuan yang tinggi
seperti yang dimiliki oleh imam yang empat seperti Imam Laith bin Saad,
Sufian al-Thauri, al-Awza’iy dan lainlain.
Kritikan terhadap Yusuf
al-Qardhawi
1. Kitab Raf’ul Litsaam ‘An Mukhaalaafatil Qaradhawi Li Syari’atil
Islam yang dikarang oleh Syeikh Ahmad bin Muḥammad bin Manṣur
al-’Adini

-berselisih pandangan Yusuf Al-Qardhawi yang menghalalkan nyanyian


muzik. Berkata al-Qardhawi: “Dan diantara hiburan yang menenangkan
jiwa, menyenangkan hati, dan dinikmati oleh telinga adalah nyanyian”.

-dikomentari oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah sebagai berikut:


“Batasan ini hanyalah teori yang tidak mungkin dipraktikkan kerana yang
membangkitkan perasaan adalah hubungan berbeza seiring dengan
perbezaan watak dan karakter seseorang lelaki dan perempuan, tua dan
muda dan sebagainya”.
2. Kitab Al-Radd’ ala al-Qardhawi karangan Syeikh ‘Abd Allah
Ramadan Musa.

i. Sikap Pendirian Qardhawi Terhadap Orang-orang Kafir.


 al-Qardhawi bersikap berpendirian tidak tetap dan mematikan aqidah
(keyakinan) yakni berbuat baik kepada orang yang beriman dan bermusuhan
dengan orang-orang kafir.
 mengatakan berkenaan orang-orang Kristian Qithbi (di mesir) bahawa orang-
orang Kristian Qithbi pun dapat mempersembahkan barisan syuhada’ (orang-
orang yang mati syahid).

ii. Sikap Al-qardhawi Terhadap Kaum Wanita.


 memisahkan tempat kaum wanita dari tempat kaum lelaki hukumnya adalah
bid’ah dan tergolong tradisi yang tidak berasal dari ajaran islam.
 Beliau juga membenarkan pasangan suami isteri yang salah satu
pasangannya yang masih berada dalam agama terdahulu (bukan islam) boleh
tinggal bersama dan juga menyatakan kaum wanita seharusnya memegang
tampuk kepimpinan.
 wanita-wanita berhijab pun harus muncul dalam acara-acara televisyen dan
tayangan-tayangan perdana, dan mengharuskan kaum wanita untuk turut
serta dalam pementasan drama mahupun teater.
PENUTuP

 Sumbangan kepada kebangkitan Islam, Yusuf al-Qardhawi banyak


memberikan tumpuan terhadap bimbingan kepada generasi muda
bagi menyemarakkan kebangkitan islam melalui ceramah dan
muktamar, bukan saja di Negara Arab malah di Amerika, Kanada,
Eropah Asia dan Afrika.
 Daripada beberapa hasil penulisannya dalam bidang fiqah, tokoh ini
cuba meletakkan Islam secara amali atau praktikal dan meletakkan
syariat Islam sesuai untuk sepanjang zaman.

You might also like