You are on page 1of 24

CLUSTER OF EDUCATION AND SOCIAL SCIENCES (CESS)

SEMESTER 4 / TAHUN 2018

ABSB 3103

FIQH IBADAT

NO. MATRIKULASI : 921204146439001


NO. KAD PENGNEALAN : 921204-14-6439
NO. TELEFON : 0122987734
E-MEL : adham_92@live.com

PUSAT PEMBELAJARAN : Batu Pahat Learning Center


ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN ....................................................................................................... 1


1. PENDAHULUAN ................................................................................................. 2
1.1. Pengenalan Topik .......................................................................................... 2
1.2. Objektif .......................................................................................................... 2
1.3. Kandungan Penulisan ................................................................................... 2
2. PENGERTIAN HAJI SERTA HIKMAH PENSYARIATAN IBADAH HAJI .... 3
2.1. Pengertian Haji .............................................................................................. 3
2.2. Hikmah Pensyariatan Ibadah Haji.............................................................. 4
2.3. Haji Melambangkan Pelbagai Perkara ................................................... 5
2.4. Haji Bukti Amali kepada Beberapa Prinsip Islam ................................. 5
2.5. Haji Madrasah mengangkat mukmin ke darjat yang tinggi ................. 7
3. RUKUN HAJI BAGI SETIAP MUSLIM YANG INGIN MENUNAIKAN
IBADAH HAJI .............................................................................................................. 8
3.1. Niat Ihram Haji ............................................................................................. 9
3.2. Wuquf di Arafah ......................................................................................... 10
3.3. Tawaf Ifadah (Tawaf Rukun) .................................................................... 11
3.4. Sai di antara Safa dan Marwah ................................................................. 12
3.5. Bercukur atau Berguntuing ....................................................................... 12
3.6. Tertib ............................................................................................................ 12
4. MAKSUD DAN KESAN-KESAN YANG DAPAT DILIHAT JIKA
SESEORANG JEMAAH HAJI ITU DIKATAKAN MENDAPAT HAJI YANG
MABRUR...................................................................................................................... 13
4.1. Maksud Haji Mabrur.................................................................................. 13
4.2. Kesan Mendapat Haji Mabrur .................................................................. 13
5. ANALISIS PERANAN DAN KEBERKESANAN LEMBAGA TABUNG HAJI
DI MALAYSIA DALAM MENGURUSKAN JEMAAH HAJI DI MEKAH DAN
MADINAH .................................................................................................................. 18
5.1. Sebagai penjana pelaburan strategik pada peringkat global dan
tempatan ................................................................................................................. 18
5.2. Memperkaya modal pendeposit sedia ada supaya terus meningkat ...... 19
5.3. Memberikan perkhidmatan haji yang cemerlang dan memuaskan
kepada semua jemaah............................................................................................ 19
5.4. Membantu memudah dan menyempurnakan urusan Jemaah ke arah
mendapat haji yang mabrur .................................................................................. 19
6. KESIMPULAN .................................................................................................... 20
7. RUJUKAN / REFERENSI ................................................................................... 22
1. PENDAHULUAN

1.1. Pengenalan Topik

Fiqh terbahagi kepada jenis-jenis yang berikut:

a) Fiqh Ibadat

b) Fiqh Jenayah

c) Fiqh Munakahat

d) Fiqh Muamalat

Apa yang akan dikupaskan adalah tentang Fiqh Ibadat. Ibadah pula boleh
didefinisikan sebagai perkara yang mendapat ganjaran apabila dilakukan dengan
ikhlas. Ia terbahagi kepada dua, iaitu ibadah wajib (fardhu ain) dan ibadah sunat
(fardu kifayah). Haji yang dilakukan oleh umat islam pada setiap tahun adalah
salah satu ibadah yang wajib dilaksanakan bagi umat islam yang mampu dan
termasuk dalam rukun islam yang ke-lima.

َ
َّ َ ۡ َ ۡ ْ ‫َوأت ُِّموا‬
ِۚ�ِ ‫ٱ� َّج َوٱل ُع ۡم َرة‬

Maksudnya:

“ Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah keranaAllah.”

(Surah al-Baqarah, 2:196)

1.2. Objektif

penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan konsep ibadah Haji dalam kalangan
umat Islam dan isu-isu yang berkaitan dengannya serta menganalisis peranan dan
keberkesanan Lembaga Tabung Haji di Malaysia dalam menguruskan jemaah Haji
di Mekah dan Madinah.

1.3. Kandungan Penulisan

Mengandungi:
i. Pengertian Haji berserta hikmah pensyariatan ibadah Haji.

ii. Huraian rukun haji bagi setiap Muslim yang ingin menunaikan ibadah
Haji.

iii. Pendapat tentang maksud dan kesan-kesan yang dapat dilihat jika
seseorang jemaah Haji itu dikatakan mendapat Haji yang ‘mabrur’.

iv. Analisis peranan dan keberkesanan Lembaga Tabung Haji di Malaysia


dalam menguruskan jemaah Haji di Mekah dan Madinah dari segi
pengurusan pertukaran wang, kesihatan serta kawalan keselamatan para
jemaah Haji di sana.

2. PENGERTIAN HAJI SERTA HIKMAH PENSYARIATAN IBADAH HAJI

2.1. Pengertian Haji

Secara estimologi (bahasa), Haji bererti niat (‫)اﻟﻘﺼﺪ‬, sedangkan menurut syara’
bereti niat menuju Baitul Haram dengan amal-amal yang khusus (Galih G. Center,
2009).

Selain itu, Perkataan “haji” berasal daripada bahasa Arab iaitu hajj (‫)ﺣﺞ‬
yang membawa maksud ziarah ke tempat tertentu dalam waktu yang lama untuk
menunaikan kewajipan agama. Dalam segi bahasa itu juga, haji boleh membawa
maksud menuju kepada Allah Yang Maha Agung. Dari segi syarak pula, ia
membawa maksud mengunjungi rumah Allah dalam bulan-bulan haji atas sebab
melakukan pekerjaan seperti wukuf di Arafah, tawaf, sai dan sebagainya menurut
syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu dengan niat semata-mata kerana Allah
(Haji, t.t.).

Prof Madya Dr Anisah Abdul Ghani (2018) menyebut dalam bukunya,


Haji dari sudut penggunaan bahasa Arab, haji bermaksud pemergian ke satu
tempat ke tempat yang diagungkan.

Dari sudut penggunaan istilah dalam pengajian fiqh pula, haji bermaksud
pergi ke Baitullah untuk menunaikan ibadat tertentu dengan syarat tertentu. Ibadat
haji merupakan salah satu daripada lima rukun islam. Hukumnya adalah fardhu ke
atas setiap mukalaf yang telah memenuhi syarat wajib haji sekali dalam seumur
hidup.

Kefardhuan ibadat haji adalah berdasarkan kepada firman Allah SWT:

َ ‫� َعن ٱلۡ َ�ٰلَم‬ ٗ َ َ ۡ ‫اس ح ُِّج ۡٱ�َ ۡيت َمن‬ َ َ َّ


٩٧ � ٌّ ‫ٱ� َغ‬
َ َّ ‫� َف َر فَإ َّن‬
َ
‫ٱس َت َطاع إ ِ ۡ�هِ َسبِي� ۚ َو َمن‬ ِ َّ�‫َو ِ�ِ � ٱ‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ

Maksudnya:

“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi


Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur
(ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya
(tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.”

(Surah Ali Imran, 3:97)

َ ّ َ ُّ َ َۡ َ ّ ُ َٰ َ َ ٗ َ َ ُ ۡ َ ّ َۡ َّ ََّ
ٖ ‫� ف ٍج ع ِم‬
٢٧ ‫يق‬ ِ ‫� ضام ِٖر يأت ِ� مِن‬
ِ �‫اس بِٱ� ِج ي�توك رِجا� و‬ ِ �‫وأذِن ِ� ٱ‬

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka
akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan
menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan
(dan ceruk rantau) yang jauh.”

(Surah al-Hajj, 22:27)

2.2. Hikmah Pensyariatan Ibadah Haji

َ ‫ار ٗ� َو ُه ٗدى ّل ِ ۡل َ�ٰلَم‬ َّ َ


َ ‫ك َة ُم َب‬ َّ َ
‫اس ل�ِي بِب‬ ِ ‫ض َع ل َِّلن‬
ِ ‫ت ُو‬ ۡ َ َ َّ َ َّ
٩٦ � ِ ٖ ‫إِن أول �ي‬

Maksudnya:

“Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat


kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan)
petunjuk hidayah bagi umat manusia.”

(Surah Ali Imran, 3:96)


Ayat di atas menunjukkan bahawa Baitullah telah terbina sejak zaman Nabi Adam
a.s lagi. Kemudian Baitullah telah dirobihkan atau roboh dengan sendiri sehingga
tiada siapa ynag mengetahuinya. Kemudian, Nabi Ibrahim a.s menemui tempat
tersebut lalu dibina Kaabah semula bersama-sama anaknya Nabi Ismail a.s (Prof
Madya Dr Anisah A. Ghani, 2018).

Antara hikmah ibadat haji ini adalah:

2.3. Haji Melambangkan Pelbagai Perkara

Haji melambangkan sejarah yang tidak melupakan hubungan antara umat Nabi
Muhammad SAW dengan Nabi Ibrahim a.s. Pada setiap tahun, umat Nabi
Muhammad SAW akan melaksanakan amalan haji yang dilakukan sama seperti
yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. Umat Nabi Muhammad SAW melakukan
tawaf di keliling bangunan yang dibina Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail
a.s. Mereka menghidupkan syiar yang dahulunya dimulakan oleh Nabi Ibrahim a.s
(Prof Madya Dr Anisah A. Ghani, 2018)..

Melaksanakan kewajiban haji merupakan ungkapan syukur atas nikmat


harta dan kesehatan. Keduanya merupakan kenikmatan terbesar yang diterima
manusia di dunia. Dalam haji ungkapan syukur atas kedua nikmat terbesar yang
diterima manusia di dunia. Dalam haji ungkapan syukur atas kedua nikmat
terbesar ini dicurahkan, dan dalam haji pula manusia melakukan perjuangan jiwa
raga, menafkahkan hartanya dalam rangka mentaati, serta mendekatkan diri
kepada Tuhannya. Tentu mensyukuri nikmat adalah kewajiban yang diakui oleh
akal yang sederhana sekalipun dan diwajibkan oleh syariat agama (“Bimbingan
Haji Dan Umrah,” 2018).

2.4. Haji Bukti Amali kepada Beberapa Prinsip Islam

Haji juga adalah bukti amali kepada prinsip persaudaraan Islam. Sewaktu
menunaikan haji, orang Islam merasakan secara amali mereka adalah saudara
sesama Muslim di seluruh dunia. Di negara sendiri, orang Islam hanya melihat
rumpun bangsanya sahaja, tetapi semasa menunaikan haji mereka dapat mengenali
saudara selslam daripada pelbagai bangsa, ragam, budaya dan ciri yang tersendiri.
Hasilnya, mereka merasakan begitu dekat dengan saudara seIslam, sekalipun
mereka tidak memahami bahasa saudara Islam yang lain (Prof Madya Dr Anisah
A. Ghani, 2018).

Selain itu, haji melaksanakan amali terhadap prinsip persamaan dalam


darjat manusia. Ibadat haji menghakis kasta manusia. Dalam Islam, Allah SWT
tidak membezakan darjat; yang berbeza hanyalah tingkat ketakwaan kepada-Nya.
Firman Allah SWT:

ُ َ َ ۡ َ َّ ْ ٓ ۚ ُ َ َ َ َ ٓ َ َ َ ٗ ُ ُ ۡ ُ ٰ َ ۡ َ َ َ ٰ َ ُ َ َ َ ّ ُ ٰ َ ۡ َ َ َّ ُ َّ َ ُّ َ ٰٓ َ
ۡ‫�م‬ ‫ي��ها ٱ�اس إِنا خلق��م مِن ذكرٖ وأن� وجعل��م شعو�ا و�با�ِل �ِ عارفوا إ ِن أ�رم‬

َ ٌ َ َ َّ َّ ۡ ُ ٰ َ ۡ َ َّ َ
١٣ ٞ�ِ‫ِيم خب‬ ‫عِند ٱ�ِ ��قٮ� ۚم إِن ٱ� عل‬

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan
yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang
lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya
(akan keadaan dan amalan kamu).”

(Surah al-Hujurat, 49:13)

Haji merupakan manifestasi ketundukan kepada Allah SWT semata. Orang


yang menunaikan haji meninggalkan segala kemewahan dan keindahan, dengan
mengenakan busana ihram sebagai menifestasi kefakirannya dan kebutuhannya
kepada Allah SWT, serta menanggalkan masalah duniawi, dan segala kesibukan
yang dapat membelokannya dari keikhlasannya menyembah Tuhannya. Dengan
berhaji, seorang muslim menampakkan keinginan untuk mendapatkan ampunan
dan rahmat-Nya. Ketika wukuf di Arafah, ia tunduk dihadapan Tuhannya,
bersyukur atas seluruh nikmat dan keutamaan yang dianugerahkan kepadanya
seraya memohon ampun atas dosa-dosanya, baik dosanya sendiri maupun dosa
keluarganya. Di dalam Thawaf di sekeliling Kaabah ia berlindung disamping
tuhannya, memohon perlindungan dari dosa, hawa nafsu dan godaan syaitan
(“Bimbingan Haji Dan Umrah,” 2018).

Dapat dilihat pada hadis dibawah tentang fadhilat haji dan umrah:
ٌ‫ﱠﺎرة‬ ِ ِ َ َ‫ﻮل ﷲِ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﻗ‬
َ ‫ اﻟْﻌُ ْﻤَﺮةُ إ َﱃ اﻟْﻌُ ْﻤَﺮة َﻛﻔ‬:‫ﺎل‬ َ ‫ﺣﺪﻳﺚ أَِﰊ ُﻫَﺮﻳْـَﺮَة رﺿﻲ ﷲ ﻋﻨﻪ أَ ﱠن َر ُﺳ‬

ْ ‫ﺲ ﻟَﻪُ َﺟَﺰاءٌ إِﻻﱠ‬


ُ‫اﳉَﻨﱠﺔ‬ ْ ‫ﻟِ َﻤﺎ ﺑـَْﻴـﻨَـ ُﻬ َﻤﺎ َو‬
ُ ُ‫اﳊَ ﱡﺞ اﻟْ َﻤ ْﱪ‬
َ ‫ور ﻟَْﻴ‬

(Riwayat, al-Bukhari dan Muslim)

Abu hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW. bersabda: “Dan umrah pertama
hingga umrah kedua menjadi penebus dosa yang terjadi di antara keduanya,
sedang haji yang mabrur itu tidak ada balasannya kecuali syurga. Umrah kedua
menebus dosa yang terjadi sejak umrah pertama” (sesudah umrah pertama).

‫ﺖ‬ ِ ُ ‫ﺎل رﺳ‬ َ َ‫ﺣﺪﻳﺚ أَِﰊ ُﻫَﺮﻳْـَﺮَة رﺿﻲ ﷲ ﻋﻨﻪ ﻗ‬


َ ‫ َﻣ ْﻦ َﺣ ﱠﺞ ﻫ َﺬا اﻟْﺒَـْﻴ‬:‫ﻮل ﷲ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ‬ ُ َ َ َ‫ ﻗ‬:‫ﺎل‬

ُ‫ﺚ َوَﱂْ ﻳـَ ْﻔ ُﺴ ْﻖ َر َﺟ َﻊ َﻛ َﻤﺎ َوﻟَ َﺪﺗْﻪُ أُﱡﻣﻪ‬


ْ ُ‫ﻓَـﻠَ ْﻢ ﻳـَ ْﺮﻓ‬

(Riwayat, al-Bukhari dan Muslim)

Abu hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berhaji ke
baitullah, lalu ia tidak berkata (berbuat) rafats (keji) dan tidak fasiq, maka ia
akan kembali ke rumahnya bagaikan bayi baru lahir dari perut ibunya”
(Muhammad Fu'ad Abdul Baqi, 2017).

2.5. Haji Madrasah mengangkat mukmin ke darjat yang tinggi

Haji mentarbiyah kita meningkatkan kedisiplinan, ketika di tanah suci Mekkah


dan Madinah, seluruh umat yang melaksanakan ibadah haji dan umrah harus
terbiasa untuk berdisiplin ketika melaksanakan ritual haji maupun solat. Pola
disiplin ini di harapkan terus berkelanjutan meskipun waktu pelaksanaan ibadah
sudah selesai. Ketika melaksanakan ritual ibadah haji dan umrah, tentu banyak
cubaan dan godaan yang muncul. Banyak umat Islam dari pelbagai negara yang
berkumpul di satu tempat. Hal ini akan menimbulkan masalah berkenaan dengan
fasiliti yang harus digunakan bersama kerana jumlahnya yang terbatas. Di sini
sifat sabar harus dikedepankan. Kerana sifat ego dan mementingkan diri sendiri
akan mengurangi nilai ibadah yang sedang dikerjakan (Shandy Fitra Kurnia,
2017).
Haji menempa jiwa agar memiliki semangat juang yang tinggi. Dalam hal
ini memerlukan kesabaran, daya tahan, kedisiplinan, dan akhlak yang tinggi agar
manusia saling menolong satu sama lain. Mereka yang menunaikan ibadah haji
telah menempuh perjalanan yang sulit untuk berkumpul di Makkah, kemudian
bergerak bersama pada hari ke 8 bulan Dzulhijjah guna melakukan manasik haji.
Mereka bergerak dan menunaikannya secara bersama pula. Mereka semua diliputi
dengan kesenangan hati. Tidak memperdulikan kesesakan dan tidak merasa
tergangu oleh beratnya perjalanan dari satu tempat ke tempat lain. Haji merupakan
perkemahan rabbani, yang digerakkan dari Yang Maha Kuasa.

Haji juga meningkatkan dakwah, ketika umat Islam dari segela penjuru
dunia berkumpul, akan menjadi media yang tepat untuk meningkatkan dakwah
Islamiyah secara efektif. Di sini kita dapat saling belajar dan bertukar pengalaman
terhadap pelaksanaan ibadah maupun penanaman nilai-nilai Islam di kehidupan
sehari-hari dari masing-masing negara atau wilayah.

Umat islam dari berbagai penjuru dunia berhimpun pada pusat pengendali
roh dan kalbu mereka. Satu sama lain saling menyapa dan saling mengasihi. Di
sana segala perbedaan antara manusia menjadi sama: perbedaan antara kaya dan
miskin, antara jenis kelamin dan warna kulit maupun ras dan suku bangsa. Mereka
semua bersatu dalam suatu konferensi manusia yang terbesar, yang diwarnai
kebaikan, kebijakan dan permusyawarahan, serta sikap saling menasihati, saling
menolong dalam kebaikan. Tujuan utamanya adalah meningkatkan diri hanya
kepada Allah SWT (“Bimbingan Haji Dan Umrah,” 2018).

3. RUKUN HAJI BAGI SETIAP MUSLIM YANG INGIN MENUNAIKAN


IBADAH HAJI

Rukun Haji adalah segala sesuatu yang harus dilakukan atau dikerjakan oleh jemaah haji
dalam pelaksanaan ibadah haji, dan jika tidak dilaksanakan maka ibadah hajinya tidak
sah. Oleh sebab itu, jika tidak dikerjakan maka seorang jemaah haji harus mengulangi
ibadah hajinya pada tahun lain. Dalam ibadah haji terdapat 6 rukun haji yang harus
dilaksanakan sesuai urutannya (Suhe Lien, 2015).
Adapun yang termasuk rukun haji diantaranya:

3.1. Niat Ihram Haji

Ihram ialah mengerjakan ibadah haji dengan memakai pakaian ihram iaitu dengan
niat: “labbaikAllahumma hajjan wa umratan.” Jika ada yang meninggalkan
ihram, maka hajinya tidak sah. Hal ini sesuai dengan hadits Nabi:

‫ ﻓﻬﺠﺮﺗﻪ إﱃ ﷲ‬،‫ ﻓﻤﻦ ﻛﺎﻧﺖ ﻫﺠﺮﺗﻪ إﱃ ﷲ ورﺳﻮﻟﻪ‬،‫ وإﳕﺎ ﻟﻜﻞ اﻣﺮئ ﻣﺎ ﻧﻮى‬،‫إﳕﺎ اﻷﻋﻤﺎل ﺎﺑﻟﻨﻴﺎت‬

‫ ﻓﻬﺠﺮﺗﻪ إﱃ ﻣﺎ ﻫﺎﺟﺮ إﻟﻴﻪ‬،‫ وﻣﻦ ﻛﺎﻧﺖ ﻫﺠﺮﺗﻪ ﻟﺪﻧﻴﺎ ﻳﺼﻴﺒﻬﺎ أو اﻣﺮأة ﻳﻨﻜﺤﻬﺎ‬،‫ورﺳﻮﻟﻪ‬

(Riwayat, al-Bukhari dan Muslim)

“Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada niat dan setiap orang akan
mendapatkan apa yang ia niatkan.” (An-Nawawi, 2012).

Wajib ihram ada tiga iaitu:

1. Ihram sejak dari miqat.

2. Tidak memakai pakaian yang ada jahitannya (yang menunjukkan lekuk


anggota tubuh). Untuk laki-laki dilarang memakai baju, mantel, jubah,
imamah, penutup kepala, khuf atau sepatu. Untuk wanita tidak boleh
memakai cadar atau niqob dan juga sarung tangan.

3. Bertalbiyah.

Adapun sunnah ihram iaitu:

1. Mandi.

2. Memakai minyak atau wewangian.

3. Memotong bulu ketiak, bulu kemaluan, memendekkan kumis, memotong


kuku sehingga ketika dalam keadaan ihram tidak perlu lagi membersihkan
hal tadi, bahkan itu dilarang saat ihram.
4. Untuk laki-laki Memakai izar atau sarung dan rida’ atau kain atasan
berwarna putih bersih dan memakai sandal. Sedangkan untuk wanita boleh
memakai pakaian apa saja yang disukainya, tidak harus warna tertentu,
asal tidak menyerupai pakaian laki-laki dan tidak pula menimbulkan
fitnah.

5. Berniat ihram setelah sholat.

6. Memperbanyak bacaan talbiyah.

Lafaz talbiyah:

‫ﻚ‬ َ ْ‫ﻻَ َﺷ ِﺮﻳ‬.‫ﻚ‬


َ َ‫ﻚ ﻟ‬ َ َ‫إِ ﱠن اﳊَ ْﻤ َﺪ َواﻟﻨِّ ْﻌ َﻤﺔَ ﻟ‬.‫ﻚ‬
ُ ‫ﻚ َواﳌ ْﻠ‬ َ ‫ﻚ ﻟَﺒﱠـْﻴ‬ َ ْ‫ﻚ َﻻ َﺷ ِﺮﻳ‬
َ َ‫ﻚ ﻟ‬ َ ‫ﻚ اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ﻟَﺒﱠـْﻴ‬
َ ‫ﻚ ﻟَﺒﱠـْﻴ‬ َ ‫ﻟَﺒﱠـْﻴ‬
ُ
“Aku menjawab panggilan-Mu ya Allah, aku menjawab panggilan-Mu, aku
menjawab panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, aku menjawab panggilan-
Mu. Sesungguhnya segala pujian, kenikmatan dan kekuasaan hanya milik-
Mu, tiada sekutu bagi-Mu”.

Ketika bertalbiyah, laki-laki disunnahkan mengeraskan suara (Suhe Lien,


2015).

3.2. Wuquf di Arafah

Wukuf di padang Arafah merupakan rukun haji yang terpenting. Orang yang tidak
melaksanakan wukuf, berarti hajinya tidak sah.

Ibnu Rusyd berkata, “Para ulama telah sepakat bahwa wukuf di padang
Arafah merupakan bagian dari rukun haji dan barangsiapa yang luput atau
meninggalkannya, maka harus ada haji pengganti atau hajinya diulang tahun
berikutnya.”

Nabi bersabda,

“Haji adalah wukuf di Arafah.” (HR. An Nasai no. 3016, Tirmidzi no. 889, Ibnu
Majah no. 3015. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).
Yang dimaksud wukuf iaitu hadir dan diam berada di daerah Arafah, baik itu
dalam keadaan sadar, tertidur, berkendaraan, duduk, berjalan atau berbaring, entah itu
dalam keadaan suci atau tidak suci (junub, haidh, nifas) (Fiqih Sunnah, 1:494).

Waktu wukuf dimulai dari matahari tergelincir atau waktu zawal pada hari
Arafah tanggal 9 Dzulhijjah sampai waktu terbit fajar Subuh pada hari nahr tanggal
10 Dzulhijjah. Jika wukuf dilaksanakan selain pada waktu tersebut, maka wukufnya
tidak sah berdasarkan kesepakatan para ulama (Suhe Lien, 2015).

3.3. Tawaf Ifadah (Tawaf Rukun)

Tawaf ialah mengelilingi Kaabah tujuh kali putaran dimulai dari hajar aswad dengan
posisi Kaabah selalu berada disebelah kiri yang bertawaf.

Allah berfirman:

٢٩ ‫يق‬ َ ۡ ‫ور ُه ۡم َو ۡ�َ َّط َّوفُوا ْ بٱ ۡ�َ ۡي‬


َ ‫ُ� َّم ۡ�َ ۡق ُضوا ْ َ� َف َث ُه ۡم َو ۡ�ُوفُوا ْ نُ ُذ‬
ِ ِ ‫ت ٱلعت‬
ِ ِ

“Dan hendaklah mereka melakukan melakukan thawaf sekeliling rumah yang tua
itu (Baitullah).”

(Surah Al-Hajj, 22:29)

Syarat-syarat tawaf:

1. Niat melakukan tawaf

2. Suci dari hadats (pendapat mayoritas ulama)

3. Menutup aurat karena sama seperti sholat

4. Tawaf dilakukan di dalam masjid, tak apa jauh dari Ka’bah juga

5. Ketika bertawaf, Ka’bah berada di sebelah kiri

6. Tujuh kali putaran

7. Dilakukan berturut-turut

8. Tawaf dimulai dari hajar aswad


3.4. Sai di antara Safa dan Marwah

Sai ialah berlari-lari kecil dari bukit Safa ke bukit Marwah sebanyak tujuh kali.
Nabi SAW bersabda:

‫ﺐ َﻋﻠَْﻴ ُﻜ ُﻢ اﻟ ﱠﺴ ْﻌ َﻰ‬ ‫اﺳ َﻌ ْﻮا إِ ﱠن ﱠ‬


َ َ‫اﻪﻠﻟَ َﻛﺘ‬ ْ

“Lakukanlah sai karena Allah mewajibkan kepada kalian untuk melakukannya.”


(HR. Ahmad 6: 421. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits
tersebut hasan).

Syarat sai:

1. Niat.

2. Berurutan antara tawaf, lalu sai.

3. Dilakukan berturut-turut antara setiap putaran. Namun jika ada sela waktu
sebentar antara putaran, maka tidak mengapa, apalagi jika benar-benar
butuh.

4. Menyempurnakan hingga tujuh kali putaran.

5. Dilakukan setelah melakukan tawaf yang shahih.

3.5. Bercukur atau Berguntuing

Tahalul (bergunting rambut) ialah melepaskan diri dari ihram haji sesudah selesai
mengerjakan seluruh rangkaian ibadah haji dengan cara mencukur rambut paling
sedikit 3 helai rambut. Dengan ini, maka apa yang dilarang saat ihram, menjadi
boleh dilakukan. Semua mazhab berpendapat bahawa tahallul merupakan wajib
haji. Namun mazhab syafi’i berpendapat kalau tahallul termasuk rukun haji.

3.6. Tertib

Tertib ertinya rukun haji dilakukan secara berurutan dari awal hingga akhir (A.A
Zaki, 2017). Tidak hanya haji, banyak ibadah dalam syariah Islam yang
memasukan tertib sebagai rukun dan biasanya menjadi rukun terakhir.
Sedangkan rukun sendiri bermakna apa-apa yang harus dijalankan.
Sehingga dengan adanya rukun tertib, kita tidak boleh meloncati rukun-rukun
yang telah ditetapkan dan membuat umat Islam sedunia seragam dalam
menjalankan ibadah.

4. MAKSUD DAN KESAN-KESAN YANG DAPAT DILIHAT JIKA


SESEORANG JEMAAH HAJI ITU DIKATAKAN MENDAPAT HAJI
YANG MABRUR

4.1. Maksud Haji Mabrur

Haji mabrur bermaksud haji yang diterima. Ibn kholawaih mentakrifkan al


mabrur sebagai al maqbul iaitu “diterima”. Dan ada yang mengatakan sesuatu
yang tidak bercampur dengan dosa. Kemudian, diabsahkan oleh imam
nawawi dengan pendapat tersebut (tidak bercampur dosa).

Apabila merujuk kitab hadis yang muktabar seperti sahih bukhari, imam
bukhari meriwayatkan hadis-hadis daripada abu hurairah dan aisyah tentang
kelebihan “haji mabrur”, manakala imam muslim meletakkan perbincangan haji
yang diterima di dalam bab “iman kepada Allah taala seafdal-afdal amalan”.

Haji mabrur adalah haji yang diterima oleh Allah SWT. Tanda-tandanya
banyak. Di antaranya adalah hendaknya nafkah (sumber kos) haji tersebut dari
hasil usaha yang halal kerana nafkah menjadi kunci penting dalam kehidupan
manusia, terlebih lagi dalam urusan haji (Shafi-Q, 2013).

4.2. Kesan Mendapat Haji Mabrur

Secara umumnya, untuk mencapai haji yang diterima disisi Allah hendaklah
memenuhi kriteria berikut;

Hajinya hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah dan tidak riyak


(menunjuk-menunjuk).
Imam Nawawi ketika menafsirkan hadisnya dengan berkata “mabrur (diterima)
adalah baik hajinya. Dikatakan almabrur juga ialah haji yang tidak bercampur
dengan dosa. Ada yang mengatakan tidak ria pada hajinya”

Niat menunaikan haji hendaklah ikhlas bermula dari keluar rumah dan
tidak boleh berniat selain daripada Allah seperti perasaan riyak iaitu menunjuk-
nunjuk atau sebagainya yang membawa kepada kemurkaan Allah

Di dalam musnad Ahmad, ada sebuah hadis:

“sesiapa yang keluar dari rumahnya, pada tangannya ada dua bendera, satu
bendera pada malaikat dan satu bendera pada syaitan, jikalau dia keluar dengan
niat kerana Allah, malaikat akan mengekorinya bersama bendera tadi, maka
bendera tadi masih bersamanya sehingga dia kembali ke rumahnya, dan jikalau
dia keluar dari rumahnya melakukan kemurkaan kepada Allah, maka syaitan
akan mengekorinya bersama benderanya, dan bendera tersebut masih
bersamanya sehingga dia kembali ke rumahnya.” Kesannya:

• Amal ibadatnya bertambah baik dan ia rajin melakukannya berbanding


sebelumnya.

Kesemua perbelanjaan haji adalah berpunca daripada yang halal.

Di dalam sahih Muslim ada hadis menyebut:

“Sesungguhnya Allah itu baik, dan tidak menerima kecuali yang baik-baik dan
sesungguhnya Allah menyuruh orang mukmin megikut apa yang diperintahkan
oleh para utusan Allah.” Kemudian baginda membacakan ayat alquran

“Wahai sekalian rasul, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dan
beramal soleh. Sesungguhnya aku tahu apa yang kamu lakukan”

(Surah Al-Mukminun, 23:51)

Kemudian Rasulullah membacakan lagi:

“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari (makanan) yang baik-baik


(halal) dari apa yang kami rezekikan”
(Surah Al-Baqarah, 2:172)

Kemudian disebut, seorang lelaki bermusafir menadah tangan ke langit seraya


berkata “ya tuhanku” sedangnya punca makanan dari yang haram, minuman
punca yang haram, pakaiannya punca yang haram. Bagaimana ia boleh
diterima?”

Oleh itu, sewajarnya sebagai seorang yang akan menunaikan haji meneliti dan
bermuhasabah kembali sumber-sumber pendapatan, perbelanjaannya dan
bekalannya disana dari sumber-sumber yang halal. Kesannya:

• Dia menjadi seorang yang berakhlak baik seperti bertawaduk, merendah


diri, husnuzon, tolong menolong, dermawan, bercakap benar, amanah,
jujur, bersedekah dan akhlak-akhlak terpuji.

• Sifat-sifat jahat dan keji seperti tamak, hasad, dengki, riak, takabur,
angkuh, suuzon, bakhil, membazir, boros dan sebagainya terus ditinggakan
dalam urusan kehidupannya.

Melakukan fardhu haji sesuai dengan ditunjukkan oleh Sunnah yang sahih.

Bermula dengan niat sehinggalah haji wada’ ditunjukkan oleh baginda Rasulullah
didalam sunnahnya. Sebagai seorang Muslim yang sejati, kita wajar meneladani
baginda tanpa menambah-nambah ibadat yang tidak pernah dilakukan baginda.

Ini sesuai dengan sabda baginda;

“Sesiapa yang memperbaharui urusan agama (menokok tambah), maka mereka


bukan dari kalangan kami (umat Muhammad)”

Syeikh mustafa azzarqa’ ketika ditanya makna haji yang mabrur, beliau
menyatakan diantara ciri-ciri hajinya diterima ialah “hendaklah bagi tuan
empunya yang menunaikan haji tidak melampau-lampau didalam mengerjakan
kewajipan haji, tidak mengabaikan adab-adab haji dan sunnah-sunnahnya,
memperbanyakkan taat, ibadat, sedekah, menjadi teladan (kepada orang lain)
dengan memiliki budi pekerti yang baik, memberi makan sekadar kemampuannya,
berkata-kata dengan lembut, dapat mengawal setiap cabaran yang ditempuh,
bersikap berlapang dada dan pemaaf, kembalinya dari haji dengan memandang
tinggi kehidupan akhirat dan berniat untuk kekal (seperti keadaan tersebut) dan
istiqomah.” Kesannya:

• Ibadat hajinya memberi kesan positif terhadap sikap dan tingkah lakunya
dari segi perjuangan, kegigihan, keadilan dan sebagainya.

Melakukan ibadat haji sepenuhnya dengan taat tanpa mempertikaikannya

Ali r.a. ketika ditanya perbuatannya mencium hajarul aswad, maka beliau
menjawab “kau hanya sebuah batu yang tidak mempu memberi faedah dan
mudarah, kalau bukanlah kerana Rasulullah mengucupnya, sudah aku aku tidak
aku mengucupnya”

Ini jelas menunjukkan kita melakukan ibadat mengikut teladan yang ditunjukkan
oleh Rasulullah tanpa menokok tambah berdasarkan akal semata-mata. Kesannya:

• Dia menjadi seorang yang benar-benar mukmin sejati dan bertakwa


kepada Allah SWT.

• Dia terus meninggalkan apa-apa sahaja perkara maksiat dan dosa apa lagi
perkara-perkara makruhpun terus dijuhinya dalam hidupnya sehari-hari.

Setelah menunaikan haji, berusaha pula melakukan badal (ganti) haji ayah
dan ibu yang tidak berkemampuan menunaikan haji:

Ini sesuai dengan hadis:

“Ya Rasulullah, sesungguhnya emakku telah bernazar untuk menunaikan haji,


tetapi tidak ditunaikan sehingga dia meninggal dunia, adakah aku perlu
menunaikan hajinya? Sabda Rasulullah: ya, tunaikanlah haji untuknya. Adakah
kau lihat jika emakmu berhutang engkau akan membayarnya? Jawab wanita
tersebut: ya. Sabda Nabi: begitu juga (hutang) kepada Allah. Malah kepada Allah
lebih layak dilunaskan (hutangnya)”.

Didalam hadis yang lain:


“Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah mewajibkan ke atas hamba-hambanya
menunaikan haji. Bapaku seorang yang tua tidak mampu pergi bermusafir (ke
mekah), adakah aku perlu menunaikan haji untuknya? Sabda Rasulullah: ya”.
(Haji Mabrur, t.t.).

Justeru, kesan yang akan dilihat adalah:

1. Ternampak perubahan pada sikap, wajah, akhlak dan cara hidup.

2. Amal ibadah bertambah baik dan tidak cuai melakukannya berbanding


sebelumnya.

3. Sifat jahat dan keji seperti tamak, hasad, dengki, riak, takbur, bakhil,
angkuh, membazir, boros dan sebagainya terus ditinggalkan.

4. Menjadi seorang yang berakhlak baik seperti bertawaduk, merendah diri,


tolong menolong, dermawan, bercakap benar, amanah, jujur, bersedekah
dan akhlak terpuji.

5. Ibadah haji memberi kesan positif terhadap sikap dan tingkah laku dari
segi perjuangan, kegigihan, keadilan dan sebagainya.

6. Selalu mengerjakan ibadah puasa dan puasa sunnah dan ibadah lain.

7. Seseorang pernah berzina, minum arak dan sebagainya terus


meninggalkannya sama ada dosa kecil dan dosa besar.

8. Kalau dulu dia sering mendedahkan aurat tetapi kini dia terus menutup
auratnya sebagaimana dituntut oleh ajaran agama.

9. Seseorang yang baik akan bertambah baik lagi dalam urusan hidup
seharian (KS, 2008).
5. ANALISIS PERANAN DAN KEBERKESANAN LEMBAGA TABUNG
HAJI DI MALAYSIA DALAM MENGURUSKAN JEMAAH HAJI DI
MEKAH DAN MADINAH

Umum mengetahui Tabung Haji (TH) ialah salah sebuah institusi kewangan Islam
terunggul di Malaysia. Kini peranannya menyaingi kehebatan beberapa institusi
kewangan dan perbankan negara dari segi bilangan pendeposit dan produknya yang
menepati kehendak Islam. TH telah ditubuhkan pada tahun 1963 dan proses
perkembangan memperlihatkan perubahan pertama berlaku pada tahun 1969 di mana
perbadanan tersebut bercantum dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang
beroperasi di Pulau Pinang. Nama asal TH iaitu Lembaga Urusan dan Tabung Haji
(LUTH) telah ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji
1969.

Tujuan pertama penubuhannya adalah untuk membolehkan umat Islam menyimpan


secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardu haji atau lain-
lain perbelanjaan bermanfaat. Terdapat beberapa peranan yang telah dikenalpasti
boleh dimainkan oleh ke arah mengimarahkan syiar Islam di Malaysia melalui
pengurusan haji yang berkesan dan cemerlang iaitu:

5.1. Sebagai penjana pelaburan strategik pada peringkat global dan


tempatan. TH telah diberi kepercayaan untuk mentadbir dana simpanan
pendeposit ke dalam bentuk pelaburan menguntungkan dengan pulangan
yang kompetitif dan mematuhi syariah Islam. Matlamatnya untuk menjana
keuntungan yang mampan dan pengekalan modal dengan mengambilkira
keseimbangan tahap 7 risiko dan pulangan yang sepadan.

Semua aktiviti pelaburan ini dilaksanakan oleh dua jabatan di bawah


TH iaitu Jabatan Pelaburan serta Jabatan Kewangan Korporat dan
Perkhidmatan. Masa berlalu begitu pantas dan kita telah menyaksikan TH
bukan sahaja mengurus hal ehwal pemergian umat Islam ke Tanah Suci
semata-mata tetapi telah bangkit menjadi sebuah institusi pelaburan Islam
terkemuka di rantau ini dan peringkat dunia.

Bagi tujuan tersebut sebuah panel pelaburan telah dilantik terdiri


golongan korporat, pakar ekonomi dan perundangan syariah. Panel ini turut
membantu dari segi memberi nasihat dan pandangan bagi setiap prospek
pelaburan di samping membantu dalam merangka dan melaksanakan polisi
dan prosedur pelaburan. Panel ini bertanggungjawab menasihati Ahli
Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan TH mengenai sesuatu aktiviti
pelaburan dan kawalan dalamannya dalam usaha mempertingkatkan nilai
pelaburan yang boleh memberikan pulangan yang baik.

5.2. Berusaha sedaya upaya untuk menggembleng dan memperkaya modal


pendeposit sedia ada supaya terus meningkat pada setiap tahun. Maknanya
TH mempelopori usaha untuk menggalakkan umat Islam menyimpan secara
selamat. Ini selaras dengan hasrat pencetus idea penubuhan TH YM Profesor
DiRaja Ungku Aziz iaitu: “Menerusi perancangan yang tersusun telah
membolehkan para penabung mengambil bahagian yang lebih berkesan
dalam bidang pelaburan melalui penanaman modal dengan cara yang halal
seperti yang digagaskan oleh Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz
bertajuk” Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji‟ pada tahun
1959.”

5.3. Berusaha memberikan perkhidmatan haji yang cemerlang dan


memuaskan kepada semua jemaah haji Malaysia. Apa kaitannya
memberikan perkhidmatan haji yang cemerlang oleh TH dengan
mengimarahkan syiar Islam melalui pengurusan Rukun Islam kelima?
Pencapaian TH yang konsisten telah mendapat pengiktirafan dunia dan
menjadi contoh pengurusan haji dan perkhidmatan kewangan Islam yang
inovatif oleh kebanyakan negara Islam di dunia. Menurut Tengku Aziz Raja
Abdullah (2001) TH juga bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kepuasan
jemaah haji untuk menunaikan fardu haji tanpa menimbulkan sebarang
masalah sama ada daripada penerbangan, penempatan dan pengurusan haji
(Dr Khairuddin Mohamad, t.t.).

5.4. Membantu memudah dan menyempurnakan urusan Jemaah ke arah


mendapat haji yang mabrur. ‘Haji mabrur‟ bermaksud haji yang diterima
dan diredai oleh Allah SWT kerana ibadah hajinya telah dilakukan dengan
sebaik baik mungkin, benar serta sumber yang halal, suci dan bersih. Setiap
orang jemaah haji yang ke Mekah mengharapkan haji yang diterima Allah
SWT. Bagi tujuan tersebut seseorang jemaah haji itu perlulah mendapat
pemahaman yang jelas daripada segi Rukun Haji, syarat wajib haji, perkara
yang dilarang semasa berihram dan cara-cara mengerjakan ibadat haji. Selain
itu, beberapa bacaan doa tertentu perlu diketahui oleh semua bakal jemaah
haji apabila berada pada tempat-tempat tertentu yang dianggap mustajab
ketika berdoa. Bagi tujuan tersebut para Jemaah mengharapkan supaya TH
membimbing mereka bermula dari amalan yang wajib hinggalah sunat.

Oleh itu, Tabung Haji menganjurkan kursus-kursus haji sepanjang


tahun, usaha ini dilaksanakan dengan memfokuskan pembelajaran ilmu
mengenai ibadah. Kerajaan negeri amat prihatin mengenai perkara ini demi
melihat jemaah haji dari negeri masing-masing mempunyai ilmu dan disiplin
yang tinggi semasa menunaikan fardu haji di tanah suci kelak. Seperti Tabung
Haji Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), telah
menganjurkan kursus haji di 11 buah masjid di seluruh negeri yang bermula
pada 10 Disember ini hingga 2 April 2017 iaitu sebanyak 17 siri.Selain kursus
haji, Tabung Haji juga melaksanakan kursus intensif haji bagi bakal haji yang
terpilih dan kursus perdana haji sebelum bakal haji berlepas ke tanah suci
(Norliza M.Zakaria, 2016).

6. KESIMPULAN

Secara umum, Haji adalah mengunjungi Baitullah (Kaabah) di Mekah untuk


melakukan amal ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu pula. Ibadah Haji
merupakan salah satu dari rukun Islam. yakni pada rukun yang kelima yang wajib
dikerjakan bagi setiap muslim, baik bagi lelaki mahupun perempuan yang mampu dan
telah memenuhi syarat. Orang yang melakukan ibadah haji wajib memenuhi
ketentuan-ketentuannya. Ketentuan haji selain pengertian haji diatas, juga syarat haji,
rukun haji, wajib haji, larangan haji, tata cara haji, serta sunnah-sunnah haji
(Artikelsiana, 2015).

Haji menyimpan kenangan di hati, mampu membangkitkan semangat ibadah


yang sempurna dan ketundukan tiada henti kepada perintah Allah SWT. Haji juga
mengajarkan keimanan yang menyentuh jiwa dan mengarahkannya pada Tuhan
dengan sikap taat dan menghindar kesenangan duniawi (“Bimbingan Haji Dan
Umrah,” 2018).

Haji melambangkan perpaduan dan kesatuan umat Islam yang tidak


memandang bangsa, Bahasa, warna kulit, status dan kedudukan sosial. Kesatuan umat
Islam lahir daripada satu agama, akidah dan syariat.

Setiap umat pasti mempunyai sudut pandang yang berbeza terhadap pelaksanaan
ibadah yang harus dilakukan di tanah suci ini. Namun yang terpenting adalah setelah
pulang dari melaakukan haji mahupun umrah, umat Islam harus mempunyai
pencerahan jiwa yang baru yang diwujudkan dalam amal soleh, baik untuk diri sendiri
maupun bagi masyarakat dan lingkungannya (Shandy Fitra Kurnia, 2017).

(4375 pp)
APENDIKS

7. RUJUKAN / REFERENSI

Al- Quran al-Karim, tafsir pimpinan al-Rahman

Galih Gumelar Center. (2009, September 6). Pengertian haji dan umrah. [laman log].
Dicapai dari http://berumrah-berhaji.blogspot.com/2009/09/pengertian-haji-
dan-umroh.html

Prof Madya Dr Anisah Abd. Ghani. (2018). ABSB3103 Fiqh Ibadat: Topik 10 Haji
dan Umrah (edisi keempat). Open Universiti Malaysia (OUM)

Haji. (t.t.). Dlm Wiki. Dicapai Oktober 11, 2018, dari


https://ms.wikipedia.org/wiki/Haji#cite_note-Definisi_Haji-5

Muhammad Fu'ad Abdul Baqi. (2017). Al-Lu'lu wal Marjan Ringkasan Hadits Shahih
Bukhari Muslim. PT Geamedia: Jakarta.

Bimbingan Haji Dan Umrah. (Mei, 2011). [laman log]. Dicapai dari
http://baitijannatibimbinganhaji.blogspot.com/2011/05/hikmah-disyariatkan-
ibadah-haji.html

Artikelsiana. (September 2015). Pengertian Haji, Syarat, Rukun, Jenis, Tata Cara &
Manfaatnya [laman log]. Dicapai dari
http://www.artikelsiana.com/2015/09/pengertian-haji-syarat-rukun-jenis-
tata.html

Shandy Fitra Kurnia. (Mei 28, 2017). Hikmah haji dan pensyariatan haji serta
manejemennya. [laman log]. Dicapai dari
http://shandyfitrakurnia.blogspot.com/2017/05/hikmah-haji-dan-pensyariatan-
haji-serta.html

A.A Zaki. (Mei 04, 2017). Rukun Haji dan Wajib Haji serta Penjelasannya. [laman
log]. Dicapai dari
http://ilmumanasikhaji.blogspot.com/2017/05/rukunhajidanwajibhaji.html
Suhe Lien. (November 13, 2015). 6 Rukun Haji Beserta Penjelasannya. [laman log].
Dicapai dari https://satujam.com/rukun-haji/

An-Nawawi. (2012). Terjemahan Al-Azkar Imam An-Nawawi (3rd ed). Selangor,


Darul Ehsan: Al-Hidayah Publication.

Shafi-Q. (Oktober 22, 2013). 21 Tanda Memperoleh Haji Mabrur. [laman log].
Dicapai dari https://shafiqolbu.wordpress.com/2013/10/22/21-tanda-
memperoleh-haji-mabrur/

Haji Mabrur. (t.t.). Dlm Wiki. Dicapai Oktober 11, 2018, dari
https://ms.wikipedia.org/wiki/Haji_Mabrur

KS. (November 10, 2008). Menilai diri sebelum ketanah suci. [laman log]. Dicapai
dari http://lahariffin.blogspot.com/2008/11/menilai-diri-sebelum-ke-tanah-
suci.html

Norliza M.Zakaria. (2016, Disember 6). TH bukan sekadar tabungan ibadah haji.
Utusan Online. Dicapai dari http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/th-
bukan-sekadar-tabungan-ibadah-haji-1.416787

Dr Khairuddin Mohamad (t.t.). Peranan lembaga tabung haji mengimarahkan syiar


Islam melalui pengurusan rukun Islam kelima [PDF document]. Dicapai dari
https://cmsth.s3.amazonaws.com/2++24052016Pemenang+Kedua_DR.+KHA
IRUDDIN+BIN+MOHAMMAD.pdf

You might also like