You are on page 1of 13

ISMP PENDIDIKAN ISLAM (SEM 4/ 2015)

HIS3023USUL FIQH

TUGASAN BERKUMPULAN

KONSEP JAHIL MENURUT PANDANGAN ULAMA USUL.

NAMA PENSYARAH : DR MOHD NOOR DAUD

NAMA PELAJAR NO. ID NO. TEL

NURUL SHADILA ASNIRA BT SALDI D20131062756 010-4053722

SITI HAJAR BT ABD HAMID D20131062660 018-955849

ROSELINA BT JOHAR D20131062636 017-5145717

KONSEP JAHIL MENURUT ULAMA USUL

1
1.0 PENGENALAN

Perkataan jahil yang menjadi topik kupasan oleh ulama usul fiqh ialah
ketidaktahuan mukallaf yang dikenali sebagai mahkum alaih yang melepasi
syarat-syarat mahkum alaih itu sendiri. Pengertian jahil iaitu tidak tahu amat
berbeza maksudnya dengan bodoh dan kedua-duanya telah dikategorikan dalam
kategori keahlian yang berbeza. Bodoh ialah kerosakan pada akal fikiran di mana
orang yang mengalami masalah bodoh tidak boleh memahami dengan baik dan
percakapan yang tidak teratur1.

Sebelum konsep jahil dihuraikan dengan lebih luas melalui perbincangan


ulama usul, amat perlu untuk difahami kelayakan-kelayakan ahliyah yang telah
dibahagikan kepada dua bahagian oleh ulama usul iaitu ahliyatul wujub dan
ahliyatul adaa. Ahliyatul wujub ialah kelayakan manusia untuk menerima hak-
hak dan kewajipan. Ulama feqah mengatakan keahlian wajib ini adalah
tanggungjawab atau zimmah. Asas utama keahlian wujub ialah kehidupan. Untuk
itu seseorang manusia selagi bergelar manusia, iaitu semenjak dari janin lagi,
dilahirkan hinggalah ia mati dikira layak untuk menerima keahlian wajib tersebut 2.
Melihat kepada penerangan yang lain ahliyatul wujub yang tidak sempurna berlaku
bagi manusia di tahap janin dan ianya mencapai tahap kesempurnaan setelah masa
kelahirannya3

Manakala ahliyatul adaa dilihat berdasarkan akal fikiran 4. Hal tersebut


berlaku kerana ahliyatul adaa yang tidak sempurna berlaku kepada anak kecil yang
mumayyiz dan ianya akan sempurna jika akal fikirannya telah sempurna seiring
dengan usia yang telah akil baligh. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa
halangan yang boleh mengurangi kelayakan tersebut atau merubah sebahagian
hukum-hakam yang kelayakannya menghadapi penghalang-penghalang
kelayakan. Pada bab seterusnya penulis akan menyentuh beberapa bahagian
jahil antaranya:

Pengertian al-Ahliyyah

1
Syarh Al-Kanz karya az-Zailiy juz 5 hal.101.
2
Kitab pengantar usul fiqh, abd latif muda
3
Kaedah usul fiqh (fotostat)
4
Ibid

2
Bahagiannya

i. Ahliyatul wujub

ii. Ahliyatul Adaa

Penghalang-penghalang keahlian

i. Pengertian Halangan

ii. Halangan Samawiyyah

iii. Yang Halangan Muktasabah

Halangan Jahil merangkumi:

i. Pengertian Jahil Dari Sudut Bahasa

ii. Pengertian Ilmu

iii. Pengertian Jahil Dari Sudut Istilah

Kesan Jahil Pada Taklif

i. Pengertian Taklif

ii. Syarat Taklif

iii. Jahil daripada halangan Taklif

iv. Sebab-sebab di atas keuzuran bagi Jahil

1.1. PENGERTIAN AHLIYYAH

Ahliyyah adalah masdar sunai bagi kalimah ahli 5. Ahliyyah pada bahasa
menbawa maksud sebagai kesesuaian seseorang individu untuk melakukan
sesuatu perkara atau untuk dituntut untuk melakukan sesuatu. Menurut istilah
pula al-Ahliyyah merujuk kepada kesesuaian individuuntuk berhadapan dengan

5
Muhammad Bin Abdul Wahid, Imam daripada ulama Hanafi. Fathul Qadir Syarah
Hidayah (Al-Alam Lizzakari : 6/200)

3
kewajipan atau hak yang boleh menjadi miliknya atauberhak dituntut
daripadanya. Al-Ahliyyah pada istilah daripada taarif terbahagi kepada dua iaitu
ahliyyatul wujub dan ahliyyatul adaa.

1.2 PENGERTIAN AHLIYYAH AL-WUJUB DAN PEMBAHAGIANNYA

Ahliyyah al-Wujub dapat ditakrifkan sebagai kesesuaian individu untuk menerima


sesuatu hak dan diwajibkan melaksanakan sesetengah kewajipan. Tidak dikatakan
al-ahliyyah itu melainkan selepas dhimmah dan ia di anggap wujud pada diri
setiap manusia6. Kewujudan yang dimaksudkan ialah sejak saat dia mula
bernyawa dalam rahim ibunya sehinggalah menghembuskan nafasnya yang
terakhir. Asas kepada kewujudan al-Ahliyyah al-Wujub ialah nyawa yang dimiliki
oleh setiap manusia sekalipun dia masih belum menjadi mukalaf.

Ahliyyah al-wujub atau Keahlian wujub wajib terbahagi kepada dua bahagian:

I. Keahlian Wajib Naqisah

Keahlian wajib naqisah atau kurang ialah kelayakan untuk menerima hak-hak
sahaja tanpa sebarang kewajipan ke atasnya, dengan syarat ia dilahirkan dalam
keadaan hidup. Contohnya: Janin atau anak yang berada dalam perut ibu berhak
menerima hak-hak yang yang tidak memerlukan qabul, seperti pusaka dan
wasiat7.

Contoh untuk keahlian wajib naqisah yang mana ia layak menerima hak tanpa
sebarang kewajipan ke atasnya atau ia tidak mempunyai sebarang kewajipan
terhadap orang lain seperti: orang yang mati berhutang. Di mana pemberi hutang
masih berhak terhadap si mati, tetapi si mati tidak mempunyai apa-apa hak lagi.

Manakala hak-hak yang perlukan qabul, seperti: Jual beli, mereka yang tertakluk
dalam jenis keahlian wajib naqisah ini tidak berhak menerimanya.

II. Keahlian Wajib Kamaliah

Iaitu kelayakan menerima hak-hak dan memikul kewajipan. Keahlian wajib


sempurna ini bermula dari saat seseorang manusia itu dilahirkan hinggalah ia
6
Ibid
7
Kitab pengantar usul fiqh, Dr. Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zain, 2012. Pustaka
Salim Sdn. Bhd.

4
mumayyiz. Pada tempoh dan keadaan ini, wali bolehlah melaksanakan kewajipan
tertentu sebagai wakil. Contohnya: Mengeluarkan zakat.

1.2 Bahagian keahlian al-Adaa

Keahlian al-Adaa iaitu8:

I. Tiada atau Hilang Keahlian al-Adaa sama sekali

Contoh: manusia sewaktu kanak-kanak dan orang gila sewaktu ia gila. Maka
kedua-dua golongan ini tiada akal dan tiada keahlian al-Adaa. Ini bermakna
segala ucapan dan perbuatannya tidak ada hukum, begitu juga akad dan
tindakannya batal. Sebarang kesalahan yang melibatkan jiwa dan harta orang
lain tidak akan dikenakan hukuman terhadap dirinya tetapi hanya akan
dikenakan denda atau diyat ganti rugi sahaja.

II. Mempunyai keahlian al-Adaa yang kurang.

Golongan ini ialah kanak-kanak mumayyiz hingga zaman sebelum baligh dan
orang yang lemah akalnya. Golongan ini masih tertakluk dengan keahlian al-
Adaa kerana golongan ini akalnya tidak cacat dan tidak hilang terus.

III. Mempunyai keahlian al-Adaa yang sempurna.

Keahlian al-Adaa dengan sempurna membawa maksud golongan yang


mempunyai tahap akal yang sempurna dan mencapai peringkat baligh.

1.3 JENIS-JENIS PEGHALANG

Penghalang-pengahalang kelayakan terbahagi kepada 2 bahagian 9:

1.3.1 AWARIDU SAMAWIYYAH

Awaridu samawiyyah iaitu penghalang-penghalang samawi ialah perkara-perkara


yang berlaku dan datang dari pihak Allah S.W.T tanpa ada keinginan manusia dan di
luar kekuasaannya. Contoh seperti:

8
Ibid
9
Abdul karim Zaidan. 2001.Al-wajiz fi Usul Fiqh. Muassa ar-Risalah..

5
i. Gila (Junun) Ianya tidak akan menafikan al-ahliyyahal-Wujub kerana setiap
pesakit gila sememangnya masih memiliki nyawa yang merupakan asas
kepada kewujudan jenis Aliyyah di atas. Oleh itu, para ulama menegaskan
bahawa pesakit gila yang berpanjangan tidak diwajibkan untuk
menunaikan ibadat khusus dan tidak pula menqadanya memandangkan ia
akan mengundang kesulitan kepada dirinya.

Melihat kepada perbuatan pesakit gila dalam pengurusan hariannya


terutama sekali yang melibatkan harta maka hukumnya terbatal. Hal
demikian disebabkan kesahihan sesuatu tindakan yang melibatkan harta
adalah berasaskan kepada kewarasan akal dan ianya jelas bertentangan
dengan pesakit gila.

ii. Kebodohan Semula Jadi (Atah )

Kebodohan semulajadi ialah seseorang yang sukar memahami sesuatu


perkara, bercakap tanpa focus dan gagal menguruskan sesuatu. Atah
tidak menafikan kewujudan al-Ahliyyah al-Wujub. Manakala al-Ahliyyah al-
Ada, dilihat jenis atah yang menimpanya iaitu:

1. Atah yang bersifat total akan menafikan kewujudan al-Ahliyyah al-


Ada iaitu mengalami penyakit gila sehingga menyebabkan hilang
kewarasan akal.

2. Atah yang bersifat separa iaitu masih memiliki sebahagian


kewarasan maka hukum dirinya boleh disamakan seperti kanak-
kanak mumaiyiz yang memiliki Ahliyyah al-ada yang tidak
sempurna.

iii. Terlupa (Nisyan)

Tidak menafikan kewujudan kedua-dua al-Ahliyyah al-Wujud dan al-


Ahliyyah al-Ada. Ini kerana sifat lupa pada hakikatnya masih memiliki
fikran yang waras.

iv. Tertidur (Nawm) dan Pengsan (Ighma)

6
Kedua-dua keadaan diatas tidak memiliki kewarasan akal. Justeru itu
kedua-dua keadaan tersebut telah menafikan kewujudan Aliyyah al-Ada.

v. Sakit (Marad)

Para ulama menegaskan bahawa ia tidak akan menafikan kewujudan


kedua-dua Ahliyyah al-Wujub dan Ahliyyah al-Ada memandangkan
individu yang sakit masih bernyawa dan waras.

vi. Kematian (Mawt)

Kematian dikategorikan Awarid Samawiyyah yang teakhir kerana ia akan


menafikan kewujudan al-Ahliyyah al-Wujub al-Ahliyyah al-Ada. Justeru itu
segala hak dan tanggungjawab yang ditanggung oleh si mati sewaktu
hayatnya akan gugur selagi mana ia tidak melibatkan hak-hak orang
lain contohnya hutang. Firman Allah S.W.T 10:




Maksudnya: Allah menceritan kematian dan kehidupan

1.3.2 AWARIDU MUKTASABAH

Awaridu muktasabah membawa maksud penghalang-penghalang buatan


iaitu penghalang-penghalang yang berlaku pada diri manusia kerana perbuatan
dan keinginannya. Penghalang-penghalang buatan ini terbahagi pula kepada dua
bahagian iaitu yang pertama penghalang yang datang dari diri manusia itu sendiri
antaranya ialah:

i. Kejahilan (Jahl)

Ia tidak menafikan kewujudan ke dua-dua jenis Ahliyyah namun, ia boleh di


anggap sebagai keuzuran dalam sesetengah keadaan. Sebagai contoh seorang
yang baru memeluk Islam yang menetap di negara anti Islam telah minum arak,
lalu dia mendakwa tidak tahu dan jahil mengenai pengharamannya. Dalam situasi
ini, dakwaan kejahilannya tentang pengharaman arak boleh diterima. Dia tidak
dianggap tidak berdosa serta tidak dikenakan hukuman hudud kerana dia
10
Al Mulk:2

7
menetap di negara yang asing daripada pengaruh Islam dan kemungkinan
sampainya ilmu mengenai hukum-hukum Islam adalah tipis.

seperti tidak tahu, mabuk dan yang lainnya. Kedua adalah yang datang dari orang
lain seperti pemaksaan.

ii. Tersilap (Khata)

Boleh ditafsirkan sebagai perbuatan tidak sengaja dan ia juga tidak boleh
menafikan al-Ahliyyah al-Wujub mahupun al-Ahliyyah al-Ada. Alasan yang di
gunapakai ialah setiap individu yang tersilap masih memiliki kewarasan akal
sekalipun dia tidak sedar ketika melakukan perkara tersebut. Pun begitu ,
Islam tetap menghukumkan bahawa kesilapan yang dilakukan oleh
seseorang dalam perkara berkaitan dengan hak Allah tetap dikira sebagai
keuzuran yang mengecualikan hukuman sebenar dan dosa kepada
pelakunya.

iii. Kebodohan dalam Menguruskan Harta (Safh)

Boleh ditarifkan sebagai kebodohan dalam pengurusan harta sehingga ia di


belanjakan secara boros dan bercanggha dengan batas syara serta logic akal
sedangkan pelakunya memilikiakal yang waras. Haldemikian sama seperti
hazl, safh, tidak menafikan kewujudan kedua-dua jenis Ahliyyah namun ia
masih boleh memberikan kesan kepada sesetengah hukum.

iv. Kemabukan (Sakr)

Kemabukan yang diakibatkan oleh tindakan meminum arak atau seumpanya


sehingga menyebabkan pelakunya tidak sedar apayang dilakukannya ketika
mabuk. Kemabukan boleh menadfikan kewujudan al-Ahliyyah namun para ulama
telah memperincikan lagi persoalan ini di mana mereka menegaskan kemabukan
yang boleh menafikan ahliyyah al-Ada sehingga mengcualikan dosa kepada
pelakunya adalah khusus kepada kemabukan yang berlaku secara tidak sengaja.

v. Sikap bermain-main (Hazl)

8
Perkataan yang dituturkanbertujuan untuk gurauan. Dalam keadaan ini hazl tidak
menafikan kewujudan al-Ahliyyah al-Wujub dan Ahliyyah Al-Ada, namun ia masih
memberi kesan kepada sesetengah hukum.

vi. Paksaan (Ikrah)

Tindakan yang memaksa seseorang individu untuk melakukan peerkarayang tidak


diinginkan dengan cara memberikan amaran bunuh kepadanya atau ancaman
untuk mengenakan seksaan fizikal yang teruk.

1.4 PENGERTIAN JAHIL PADA BAHASA

Jahil berasal daripada perkataan .11 Telah dimaklumi oleh


orang Arab jahil ialah apabila ia tidak mengetahui sesuatu perkara 12. Jahil juga
dikatakan bahawa perbuatan yang dilakukan tanpa pengetahuan 13. Jahil dari
sudut pandangan ulama usul ialah mukallaf tidak tahu dalam sesuatu perkara
yang berkaitan dengan hukum-hukam. Jahil iaitu salah satu daripada penghalang
penghalang buatan (Awaridu Muktasabah) yang akan disentuh oleh penulis secara
khusus berdasarkan kupasan ulama usul.

Jahil merujuk kepada kamus istilah Fiqh ialah bodoh , tolol, tidak tahu.
Sifatnya disebut jahlu atau jahalah. Orang yang melakukan pelanggaran atau
membuat dosa kerana tidak tahu maka diampunkan dosanya. Jahil Basith
ertinya bodoh, tetapi menyedari di atas kebodohannya. Orang yang seperti ini
perlu di beri petunjuk. Jahil murakkab ertinya bodoh, tetapi tidak menyedari di
atas kebodohannya. Firman Allah S.W.T14








Maksudnya: Mereka bertanya, apakah engkau akan menjadikan kami sebai
ejekan? Dia Musa menjawab, Aku berlindung kepada Allah agar tidak termasuk
orang-orang yang bodoh.

11
Zahran bin Ibrahim.2007. lamiahil dengan Hukum-hukum Syariah dan Kesan Dalam
Feqh Isk
12
Tazhibul lughah.
13
Kitabul Ain (al-Jahlu)
14
Surah al-Baqarah : 67

9
1.5 JAHIL DALAM NEGARA ISLAM

Kaedah menyebut tidak tahu tidak dianggap sebagai uzur di negeri Islam. 15
Hal yang demikian adalah kerana sesiapa yang tinggal di dalam negara Islam maka
dituntut untuk mengetahui segala hukum hakam yang melibatkan undang-undang
di negara tersebut. Oleh itu tidak dikatakan uzur bagi orang Islam terhadap hukum
hakam Islam yang umum dan jelas kerana tidak berlaku rukhsah bagi sesiapa pun
yang tidak mengetahuinya. Iaitu hukum hakam yang ditetapkan di dalam al-Quran,
sunnah Rasulullah s.a.w. yang mutawatir serta yang didukung oleh ijma para ulama
kaum muslimin. Contohnya kewajipan solat dan puasa, pengharaman khamar , zina,
membunuh jiwa tanpa hak dan sebagainya.

Dalam hal ini, tidak ada pengecualian bagi kafir Dzimmah. Sebagai penduduk
yang tinggal di negara Islam maka seharusnya mereka mengetahui hukum hakam
Islam malah ketidaktahuannya dalam hukum hakam Islam bukan dikira sebagai
uzur. Contohnya seperti qisas, had zina, had pencurian. Oleh yang demikian itu,
sekiranya kafir dzimmah memeluk Islam, lalu melakukan sebarang kesalahan yang
melibatkan hukum hakam agama maka wajib ke atasnya dijatuhi hukuman.
Contohnya: seorang kafir dzimmah yang telah bermastautin di negara Islam
kemudia memeluk Islam lalu minum arak. Maka dia wajib dijatuhi hukuman kerana
tegahan minum arak dan hukum minum arak telah dimaklumi secara umum di
negara Islam.

Contoh seperti yang disebutkan sebelumnya ketidaktahuan tidak boleh


dijadikan sebagai uzur adalah ketidaktahuan seseorang itu dengan ijtihadnya
menentang hukum al-Quran dan sunah nabawi. Seperti orang yang mengatakannya
halalnya sembelihan yang tidak disebutkan basmallah dengan sengaja saat
menyembelihnya atas alasan hal yang demikian itu disamakan atau dibandingkan
dengan yang tidak disebut basmalah kerana lupa. Perkara tersebut jelas
bertentangan dengan firman Allah S.W.T :

Maksudnya: Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut


nama Allah ketika menyembelihnya.16

15
Abdul karimZaidan . 2001. Al wajiz fi usul fiqh. Musasatul Risalah.
16
Surah al-Anam: 12

10
Contoh lain adalah mendukung nikah tahlil atau muhallil, tanpa terjadi
hubungan suami isteri. Perkara ini jelas bertentangan dengan sunnah nabawi.
Dihuraikan dalam permasalahan di atas iaitu orang yang ditalak tiga, tidak halal
lagi bagi yang mentalak tiganya kecuali si perempuan telah menikah lagi dengan
lelaki lain dan melakukan hubungan intim dengannya, lalu diceraikan lagi. setelah
habis masa iddahnya, maka dirinya boleh halal kembali dengan lelaki yang pertama
kali menceraikannyadengan talak tiga (suami pertamanya), namun harus dengan
akad pernikahan yang baru. Halalnya si perempuan itu untuk si suami pertama,
disyaratakan harus disetubuhi dahulu oleh suami keduanya (suami barunya) dan
inilah yang dituntut oleh sunnah nabawi dan disepakati oleh ulama fikh. Kecuali
pendapat yang tidak benar yang diriwayat yang datang dari Said Bin Al
Musayyab, yang menentang hal ini dengan menyatakan bahawa akad nikah
sahaja dengan lelaki lain cukup menghalalkan si perempuan dengan suami
17
pertamanya.

Pun begitu menjadi catatan dalam hal ini adalah bahawa penguasa,
sekiranya ia berpegang dengan salah satu pendapat ijtihad dan mengarahkan
agar rakyat dibawah pemerintahannya mengikutinya dengan cara mengumumkan
hingga menyebar ke seluruh penjuru daerah yang dipimpinnya, maka dalam
keadaan seperti ini pendapat ijtihad yang dipilih tersebut dimasukkan ke bahagian
hukum hakam umum yang berlaku. Ini bermaksud tidak dibenarkan lagi bagi
seorang pun untuk mengatakan tidak mengetahuinya.

1.4.1 KAEDAH PERUNDANGAN KONVESIONAL

Kaedahnya adalah: apabila kaedah tersebut diumum dengan membuat


penyebaran secara berleluasa, maka ketika itu menjadi keharusan bagi seluruh
rakyat dan jahil seseorang itu tidak dikategorikan sebagai keuzuran.

1.5 JAHIL DALAM NEGARA BUKAN ISLAM

Sebuah kaedah menyatakan bahawa pengetahuan di negeri non Muslim


tidak diharuskan kerana negeri non Muslim tidak termasuk negeri yang boleh
mengetahui hukum hakam Islam.18 Dalam erti kata lain jahil dalam negara bukan

17
Ibid m/s 92.
18
Kaedah usul fiqh

11
Islam boleh dikatakan sebagai keuzuran. 19 Sekalipun begitu negeri non Muslim
yang dimaksudkanadalah negeri di mana seseorang tidak boleh mengetahui
hukum hakam Islam di sana.

Dengan demikian, jika seseorang itu memeluk Islam di sana dan tidak
mengetahui hakikat wajibnya ibadah ke atas dirinya seperti solat dan
kefardhuan yang lain sehingga tidak melaksanakannya, maka di sini tidak perlu
ia untuk mengulangi dan menggantikannya jika telah mengetahuinya dan dia
tidak dihukum berdosa dan tidak dijatuhi hukuman. Ini kerana sesuatu hukuman
padanya dan keharusan taklif atas dirinya berlakunya dakwah kepadanya secara
hakikat, atau dengan cara hukum-hakam tersebut diketahui di mana-mana. Oleh
itu negeri non Muslim bukanlah negeri di mana hukum hakam islam dikenal
20
luas.

RUJUKAN

Ibrahim al-Mukhtar Ahmad Omar alJibrati al-zailaiy. 1406, Syarh


Al-Kanz karya az-Zailiy .Darul Gharib Islami. juz 5 hal.101.

Dr.Muhammad Amar Adly,2013. Kaedah Usul Fiqh. Kuala Lumpur


Bs Print (M) Sdn. Bhd.

19
Prof Madya DatinDr Noor Naemah Abd Rahman. Usul fiqh 1. Open Universiti.
20
At Talwih juz 2 hal.184-185

12
Prof Madya DatinDr Noor Naemah Abd Rahman. Usul fiqh 1.
Open Universiti.

Tukhfat al-Ahwazi . Syarah Jami al-Tarmizi. Darul Kitab al-


Alamiah,Bairut.

Abdul karimZaidan . 2001. Al wajiz fi usul fiqh. Musasatul


Risalah.

Muhammad Bin Abdul Wahid, Imam daripada ulama Hanafi.


Fathul Qadir Syarah Hidayah (Al-Alam Lizzakari : 6/200)

Kitab pengantar usul fiqh, Dr. Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @
Mat Zain, 2012. Pustaka Salim Sdn. Bhd.

13

You might also like