You are on page 1of 17

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

KAJIAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH (AI31403)

PENSYARAH: DR SUHAILAH BINTI ABDUL MUIN

BIL NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIK

1. NURUL SYAZRIN BINTI MOHD JASNI BA19110371

2. NUR AFIFAH SYAKIRAH BINTI JEPERIH BA19110356

3. AZURA BINTI ABDULLAH BA19110206


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

1. 1.0 Pendahuluan 1-2

2. 2.0 Konsep Dosa 2

3. 2.1 Definisi Dosa 2-3

4. 2.2 Pembahagian Dosa serta Contoh 3

5. 3.0 Faktor-faktor Pelaku Dosa Besar 4

6. 3.1 Pengaruh Rakan Sebaya 4-5

7. 3.2 Pengaruh Media Massa 5-6

8. 3.3 Kejutan Budaya 6

9. 3.4 Sikap Ingin Mencuba 7

10. 3.5 Kurang Perhatian daripada Ibu bapa 7-8

11. 4.0 Pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan 8-12


Aliran Firqah Terhadap Pelaku Dosa Besar

12. Kesimpulan 13

13. Rujukan 14-15


1.0 Pendahuluan

Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah bersidang di Langkawi telah memutuskan bahawa Ahli
Sunnah Wal Jamaah sahaja yang diterima pakai di negara Malaysia. Aliran-aliran dan
fahaman-fahaman lain dilarang dari diamal dan disebarkan di kalangan masyarakat.
Keputusan tersebut dibuat ekoran dari timbulnya pelbagai fahaman di dalam masyarakat yang
membawa kepada kekeliruan di dalam masalah agama.1

Ahli Sunnah Wal Jamaah(ASWJ) adalah ahli kumpulan yang berpegang teguh dengan
Al-Qur’an, hadis dan perkara yang dibawa oleh sahabat Nabi serta menentang bidaah. Definisi
bagi Ahli mempunyai beberapa definisi antaranya orang yang paling pandai, pakar, mahir dan
bijak di dalam sesuatu perkara, kerjaya dan bidang yang diceburi. Sunnah dari segi bahasa
membawa maksud Tariqah atau Sirah, ia bermaksud jalan atau cara yang dilalui atau diikuti,
sama ada baik atau buruk. Manakala, istilah khusus bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah
golongan yang bertentangan dengan golongan bidaah dan golongan yang mengadakan
perkara baru di dalam agama seperti Syiah, Khawarij, Jahmiyyah, Muktazilah, Murjiah serta
golongan yang serupa seperti mereka.2

Nama lain bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah Ahli Sunnah, Al-Jamaah, Al-Salafu As-
Soleh, Ahlul Hadis dan Sunni. Kumpulan ini muncul setelah berlaku perpecahan dalam
kalangan umat Islam. Orang yang mempopularkan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah Abu
Hassan Al-Asyaari dan Abu Mansor al-Maturidi. Selain itu, prinsip-prinsip akidah Ahli Sunnah
Wal Jamaah adalah berpegang teguh dengan Al-Qur’an dan hadis, berpegang dengan prinsip-
prinsip as-Salafus as-Soleh, merujuk Al-Qur’an bila bertelingkah, tidak mencela sesiapa yang
tidak sealiran dengan mereka dan tidak menghukum kecuali ada bukti.

Ahli Sunnah Wal Jamaah mempunyai pandangan beberapa isu iaitu Al-Qur’an bukan
makhluk, melihat Allah, pelaku dosa besar, iman bertambah dan berkurang, dan Qada dan
Qadar. Di dalam penulisan ini akan difokuskan kepada isu Pelaku Dosa Besar iaitu apakah
“Pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah Terhadap Pelaku Dosa Besar”.

Selain itu, penulisan ini akan menghuraikan konsep dosa yang terdiri dari pengertian
dosa, pembahagian dosa dan contoh-contoh dosa. Seterusnya akan mengemukakan beberapa

1
Dr.Johari b.Mat. Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah: Satu Pengenalan. Diakses dari
file:///C:/Users/USER/Downloads/8759.pdf pada 30/3/2022
2
Ibid

1
faktor pelaku dosa besar dan pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap Pelaku Dosa
Besar.

2.0 Konsep Dosa

2.1 Definisi Dosa


Dosa dalam bahasa arab disebutkan rijzun )‫(رجز‬, ianya juga disebut keji, kotor dan
azab.3 Dosa berdasarkan hadis, An-Nawas bin Sam’an r.a. berkata bahawa Rasulullah
SAW bersabda:

Maksudnya: “Kebajikan adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa (kejahatan) adalah
sesuatu yang menimbulkan keresahan pada dirimu, di mana kamu merasa tidak
senang apabila perbuatan itu diketahui orang lain”. (HR. Muslim)4

Selain itu, menurut Imam Al Ghazali, dosa ialah segala sesuatu yang
bertentang dengan perintah Allah SWT. Menurut istilah ulama Fuqaha (ahli hukum
Islam), dosa adalah disebabkan tidak melaksanakan perintah Allah SWT, yang
hukumnya wajib dan mengerjakan larangan Allah SWT, yang hukumnya haram. Di
dalam Alquran, dosa juga disebut, seperti: itsm, zanb, dan kabair.

Para ulama telah mengklasifikasi dosa dalam tiga jenis5, sebagai berikut:

1. Dosa dengan Allah SWT. Ianya seperti kafir, menyekutukan Allah, takabur,
tidak menunaikan apa yang di perintahkan oleh Allah SWT serta tidak meninggalkan
apa yang dilarangNya, contohnya meninggalkan dengan sengaja rukun-rukun Islam
dengan hak-hak Allah.
2. Dosa dengan diri sendiri. Ianya bermaksud manusia yang tidak mentaati
perintah-perintah Allah SWT dan meninggalkan perkara yang dilarangNya,
bermaksud ia telah menzalimi diri sendiri dan sengaja mengundang kepada murka
Allah SWT. Allah SWT menjelaskan bahawa dosa manusia tidak lain hanyalah untuk
kezaliman terhadap dirinya sendiri, sebagaimana diakui Nabi Adam dan Hawa. Allah
SWT berfirman dalam surah Al-A’raf ayat 23:

ْ ‫قَ َاَل َربَّنَا ظَلَ ْمنَآ اَنْ ُف َسنَا َواِ ْن ََّّلْ تَغْ ِف ْر لَنَا َوتَ ْر ََحْنَا لَنَ ُك ْونَ َّن ِم َن‬
‫اْلٰ ِس ِريْ َن‬

3
Yasin Abdul, Fatihuddin. 2002. Golongan Dosa-dosa Besar. Surabaya: Penerbit Terbit Terang. Hlmn 30
4
Ibid
5
Ibrahim Yusuf Ali Al Karazkani. 2005. Taman Orang-orang Yang Bertaubat Terj. Tim Hawra. Jakarta: Pustaka
Zahra. Hlmn 35

2
Maksudnya: kedua berkata “Ya Tuhan Kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri,
dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya
pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi”.

3. Dosa dengan makhluk lain. Sebagai contoh sikap atau perbuatan memusuhi
dan menyakiti orang lain, merampas hak atau harta orang, memfitnah atau
menyebarkan keburukan orang lain.

2.2 Pembahagian Dosa Serta Contoh

Ulama fuqaha, membahagikan dosa dalam dua kategori iaitu6:

1. Dosa Besar

2. Dosa Kecil

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 31:

ۤ
‫اِ ْن ََتْتَنِبُ ْوا َكبَا ِٕى َر َما تُ ْن َه ْو َن َع ْنهُ نُ َك ِف ْر َع ْن ُك ْم َسيِاٰتِ ُك ْم َونُ ْد ِخ ْل ُك ْم ُّم ْد َخ اًل َك ِرْْياا‬

Maksudnya: “Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang
mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu dan akan Kami
masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga)”.

Dosa besar adalah semua larangan Allah SWT dan Rasulullah SAW yang
tercantum di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, serta dari para as-Salafu as-Soleh, dan
yang setiap melakukan dosa besar diharuskan adanya had di dunia atau yang diancam
oleh Allah SWT, dengan neraka atau laknat atau murkanya. Para ulama sepakat bahwa
yang termasuk dalam dosa besar sangat banyak. Di dalam kitab yang berjudul Kabairul
Kabair, karya Syaikh Imam Adz-Dzahabi7 disebutkan bahwa ada 70 macam dosa besar,
seperti: Syirik, riba, melarikan diri dari perang, zina dan sebagainya.

Dosa kecil pula ialah pelanggaran perintah Allah yang tidak menerima ancaman
azab yang pedih serta tidak mendatangkan murka serta laknat Allah dan RasulNya.
Contoh: Melihat sesuatu yang dilarang dan berbohong. Menurut sebagian ulama, dosa
kecil dilakukan terus menerus dapat dinilai sama dengan dosa besar.

6
Imam Adz-Dzahabi. 2007. Dosa-Dosa Besar, Terj. Abu Zufar Imtihan Asy-Syafi’i. Solo: Pustaka Arafah. Hlmn 51
7
Ibid

3
3.0 Faktor-Faktor Pelaku Dosa Besar

Nabi Muhammad SAW bersabda:

‫النفس‬
َ َ‫ والسحرَ وقتل‬، ‫ابلل‬
َ َ‫ وما هن ؟ قال الشرك‬، ‫للا‬
َ َ‫اجتنبوا السبعَ املوبقاتَ قالوا اي رسول‬
َ‫ وقذف‬،َ َ‫ والتويل يومَ الزحف‬،َ َ‫ وأكلَ مالَ اليتيم‬، ‫ وأكلَ الراب‬، ‫حرَم للاَ إال ابحل َّق‬
ّ ‫اليت‬
َ‫احملصناتَ املؤمناتَ الغافالت‬
Maksudnya: “Jauhilah tujuh dosa yang membinasakan. Para sahabat bertanya: wahai
Rasulullah, apakah ia? Rasulullah menjawab, ‘Syirik terhadap Allah, sihir, membunuh jiwa
yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari
ketika peperangan, menuduh wanita baik-baik berzina”.

Seiring dengan peredaran zaman, semakin ramai umat manusia yang semakin lalai dan
semakin jauh dari pegangan agama yang sebenar. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka
terlalu mencintai dunia berbanding akhirat. Hal ini berlaku disebabkan beberapa faktor yang
mempengaruhi mereka. Antara faktor tersebut ialah pengaruh rakan sebaya, pengaruh media
massa, kejutan budaya, sikap ingin mencuba, dan kurang perhatian daripada ibu bapa.

3.1 Pengaruh Rakan Sebaya


Rakan merupakan teman yang paling akrab dalam hidup seseorang. Kajian pada April
2019 yang melibatkan 10,000 individu berusia dari 13 hingga 75 tahun dari Australia,
Perancis, Jerman, India, Malaysia, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), United
Kingdom (US), dan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan satu daripada 10 individu tidak
mempunyai sahabat langsung dan satu daripada lima individu menyatakan mereka
tidak berminat untuk memilih rakan karib. Hal ini jelas menunjukkan bahawa majoriti
individu pada hari ini mempunyai rakan yang menjadi peneman mereka disaat suka
dan duka kerana jika seseorang individu tersebut tidak mempunyai rakan pasti mereka
akan merasa kesunyian kerana tiada tempat mengadu dan berkongsi segala cerita.
Segala masalah dan nasihat sering dibincang bersama rakan malah rakan juga
merupakan titik tolak seseorang untuk melakukan samada perkata negatif atau positif.
Satu kajian telah dijalankan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

4
pada tahun 1993 yang menunjukkan punca salah laku pelajar. Hasil daripada kajian
menunjukkan bahawa 4.1 peratus adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya.8
Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan antara
faktor pelaku dosa besar. Hal ini dikatakan demikian setiap individu khususnya remaja
pada hari ini lebih banyak meluangkan masa bersama rakan-rakan mereka berbanding
bersama keluarga. Oleh itu, mereka pasti banyak melakukan banyak perkara bersama-
sama. Apabila seseorang itu mempunyai rakan yang membawa pengaruh negatif maka
mereka akan banyak melakukan perkara-perkara negatif bersama. Sebaliknya jika
mereka mempunyai rakan yang membawa pengaruh positif maka mereka akan sama-
sama banyak meluangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang positif. Oleh
itu, kita hendaklah bijak memilih kawan yang akan sama-sama berpimpinan tangan
membawa kita ke syurga.

3.2 Pengaruh Media Massa


Pengaruh Media Massa merupakan antara faktor terbesar penyumbang kepada
keruntuhan akhlak. Zaman serba moden kini terdapat pelbagai taktik atau cara yang
digunakan untuk merosakkan jiwa seseorang remaja khususnya remaja Islam. Sebagai
contoh, rancangan hiburan yang keterlaluan aksinya semakin berleluasa di tayangkan
disetiap sudut Media Massa sehingga menjatuhkan maruah dan martabat wanita
Islam. Aksi berpelukan antara lelaki dan perempuan dianggap perkara biasa dalam
kalangan remaja sehingga maksiat tersebut menjadi sebati dan tidak dianggap sebagai
dosa sedangkan dari sudut hukum ianya merupakan dosa besar.

Tambahan lagi, Media Massa yang kurang kawalan dan membawa kepada
keruntuhan akhlak dan cara hidup yang tidak sepatutnya. Banyak bahan-bahan yang
tidak sesuai seperti bahan-bahan lucah sangat mudah untuk diakses pada masa kini
kerana segalanya berada hanya dihujung jari. Di samping itu, kebanyakan filem yang
dibawa masuk dari luar negara membawa norma yang bertentangan dengan budaya
kita khususnya bagi orang Islam. Sebagai contoh, filem Baywatch dan Friends amat
bertentangan dengan nilai hidup masyarakat kita. Pakaian pelakon-pelakon dalam
filem tersebut amat menjolok mata dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
dikemukakan sebagai suatu perkara yang biasa sedangkan ia bercanggah dengan

8
Azizi Yahaya, Muhamad Jumat Aliju. Pengaruh Negatif Rakan Sebaya. Universiti Teknologi Malaysia. Johor
Bahru. Hlmn 2

5
Islam.9 Hal ini boleh merosakkan minda masyarakat dan mendorong mereka menjadi
jahat. Tambahan lagi, penyiaran drama atau filem yang memaparkan aksi ganas,
porno dan sebagainya dapat mendorong masyarakat yang menontonnya meniru aksi-
aksi tersebut tanpa menyedari akibat daripada perbuatan tersebut dan menganggap
hal tersebut sebagai perkara biasa remeh dan biasa. Sebagai contoh, terdapat banyak
filem dan drama yang menyiarkan pasangan kekasih berpegangan tangan. Hal ini akan
menyebabkan masyarakat akan mengikuti aksi tersebut tanpa rasa segan dan malu
sedangkan perkara tersebut adalah sangat dilarang dalam Islam. Perkara-perkara
tersebut akan mendorong masyarakat untuk melakukan dosa-dosa besar tanpa
mereka sedari.

3.3 Kejutan Budaya


Kejutan budaya yang dibawa oleh anasir-anasir barat amat memberi kesan kepada
pelaku dosa besar. Hal ini dikatakan demikian kerana gaya hidup yang bebas dan cara
pemakaian barat telah mempengaruhi minda dan pemikiran masyarakat Islam.
Sebagai contoh, isu yang hangat diperbualkan kini apabila remaja wanita Islam dengan
rela hati berpelukan dengan penyanyi korea idamannya tanpa menghiraukan maruah
dan harga dirinya sebagai wanita Islam.10

Kejutan budaya juga terjadi apabila berlakunya perpindahan masyarakat


daripada kampung ke bandar. Kebanyakan remaja pada masa kini berhijrah dari
kampung ke bandar untuk mencari pekerjaan. Mereka berjauhan daripada keluarga
dan tiada siapa yang boleh mengawasi mereka ditambah lagi kurangnya iman
menyebabkan mereka mudah terjebak ke sarang maksiat dan masalah sosial yang
lain.

9
Ma Razhanlaily Abd Razak, Salasiah Hanin Hamjah. (2017). Faktor Zina dan Kesannya dalam Kehidupan
Remaja. Jurnal Sains Insani 2(2), 1-9. Hlmn 3
10
Malaysiakini. (2015). Aksi Gadis Peluk Artis K-pop Undang Cemuhan. Diatas talian
https://www.malaysiakini.com/news/286006. Diakses pada 28/3/2022

6
3.4 Sikap Ingin Mencuba
Sikap ingin mencuba dalam diri seseorang juga antara faktor yang mendorong
seseorang itu untuk melakukan perkara baik dan buruk. Menurut laporan Sinar Harian,
seorang remaja berusia 16 tahun mula ketagihan Syabu sejak beliau mencubanya
ketika berusia 15 tahun.11

Masyarakat hari ini lebih mengutamakan gaya hidup bebas berbanding gaya
hidup yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Sikap ingin mencuba dalam diri
menyebabkan banyak berlaku masalah gejala sosial yang semakin hari semakin susah
untuk dibendung. Menerusi laporan Harian Metro, seramai 744 lelaki dan 756 wanita
disabit kesalahan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997
kerana berkhalwat dan persetubuhan luar nikah sepanjang tahun 2017.12 Hal ini amat
menyedihkan kerana masyarakat semakin tidak bertanggungjawab dan sanggup
menggadai maruah diri demi kepentingan nafsu mereka.

3.5 Kurang Perhatian Daripada Ibu Bapa


Anak-anak yang tidak mendapat perhatian sepenuhnya daripada kedua ibu bapa
merasakan bahawa mereka tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya. Hal ini
akan menyebabkan mereka merasakan perlu mencari sesuatu untuk memenuhi ruang
kosong yang tidak diperolehi daripada keluarga mereka. Maka terjadilah perbuatan
yang tidak bermoral antara lelaki dan perempuan tanpa batasan dan sekatan daripada
kedua ibu bapa.

Di samping itu, terdapat sesetengah ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab


menjaga anak-anak mereka kepada orang lain seperti orang gaji, jiran tetangga,
kawan-kawan dan sebagainya. Kesannya, rasa kasih sayang dan hormat anak-anak
kepada ibu bapa semakin berkurang dan lama kelamaan akan terhakis. Apabila mereka
membesar, nasihat dan teguran daripada kedua ibu bapa akan diingkari tanpa rasa
bersalah.

Selain itu, ramai ibu bapa pada masa kini terlalu sibuk dengan pekerjaan
masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-

11
Sinar Harian. (2021). Bahana Ingin Mencuba, Remaja 16 Tahun Tak Mampu Lawan Ketagihan Syabu. Diatas
talian https://www.sinarharian.com.my/article/172954/BERITA/Semasa/Bahana-ingin-mencuba-remaja-16-
tahun-tak-mampu-lawan-ketagih-syabu. Diakses pada 28/3/2022
12
Harian Metro. (2017). Masih Ramai yang Berzina. Diatas talian
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/279818/masih-ramai-yang-berzina. Diakses pada 28/3/2022

7
anak dengan ajaran agama yang betul. Mereka lebih selesa untuk menyerahkan
tanggungjawab tersebut kepada orang lain seperti guru-guru di sekolah mahupun di
pusat tusyen. Oleh yang demikian, anak-anak akan kurang mendapat didikan agama
khususnya daripada ibu bapa mereka sejak mereka kecil. Ibu bapa juga tidak
mempunyai masa terluang untuk mendengar segala cerita atau masalah anak-anak
sehingga anak-anak berasa mereka sering diabaikan.Hal ini akan menyebabkan anak-
anak sentiasa berasa kosong dan mengisi kekosongan tersebut dengan perkara-
perkara yang tidak berfaedah.

4.0 Pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Aliran Firqah Terhadap Pelaku Dosa
Besar

Fahaman atau I’tiqad yang dipegang dan dibawa oleh Ahli Sunnah Wal Jamah bukan sesuatu
yang baru atau yang dicipta oleh ulama islam13.Oleh itu, di dalam Al-Quran dan Hadis
Rasulullah SAW, segala bukti atau fakta mengenai ciri I’tiqad ini memang sedia ada yang
mana Imam Abu Hasan Al-Asy’ari menjadi orang yang bertanggungjawab untuk menyusun
dan mengumpulkan semua fakta tentang mazhab ini. Tambahan daripada itu, dapat dilihat
bahawa susunan beliau tidak ada sedikit perbezaan pun dengan prinsip iman seperti yang
dibawa oleh Rasulullah SAW yang bermaksud :

Maksudnya: “Seorang lelaki bertanya: Beritahulah kami (Wahai Rasulullah) mengenai


iman,Lalu Nabi menjawab : Engkau hendaklah percaya akan adanya Allah, malaikat-malaikat-
Nya, kitab-kitab suci-Nya, Rasul-rasul-Nya, Hari akhirat dan qada-qadar”.

Oleh hal demikian, apabila adanya hadis ini, dengan itu dapatlah diketahui bahawa prinsip
iman juga turut dikenali sebagai rukun iman yang 6 iaitu14:

I. Beriman kepada Allah


II. Beriman kepada Malaikat
III. Beriman kepada Kitab-Kitab suci
IV. Beriman kepada Rasul
V. Beriman kepada Hari Akhirat
VI. Beriman kepada Qada’ dan Qadar

Oleh itu, dapat diketahui bahawa iman itu haruslah disertakan dengan amal yang soleh
yang mana membawa maksud melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan

13
Haji Said Haji Ibrahim. 2011. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.Hlm 19-20.
14
Ibid.Hlm 20.

8
apa juga larangan yang ditegah oleh Allah SWT. Jelaslah juga bahawa islam dan iman
merupakan suatu kombinasi bagi membentuk diri menjadi seorang muslim yang sejati yang
berusaha untuk tunduk dan patuh kepada Allah SWT bagi meraih syurga di akhirat kelak.

Seterusnya, Pandangan Ahli sunnah Wal jamaah terhadap pelaku dosa besar, Menurut
kepada perspektif kalam, pelaku dosa besar terdapat pelbagai aliran-aliran yang menyebutkan
mengenai hukuman terhadap pelaku dosa besar tersebut. Disamping itu, diketahui juga
bahawa persoalan yang pertama kali dibangkitkan adalah siapa yang kafir dan siapa yang
bukan kafir yang mana dalam erti kata lain siapa yang telah keluar dari islam dan siapa yang
pula masih teguh dalam islam. Menurut keyakinan Ahli Sunnah Wal Jamaah, pelaku dosa
besar yang mana dari kalangan kaum muslim digelar sebagai muslim fasiq. Ini kerana, dosa
besar yang dilakukan ataupun kemaksiatan yang ia lakukan tidak menyebabkan ia keluar
daripada islam yang mana ia bukanlah mukmin yang sempurna imannya dan ia dikatakan
mukmin dengan imannya tetapi fasiq dengan dengan dosa besar yang dilakukannya15.

Tambahan lagi, terdapat pelbagai pandangan mengenai pelaku dosa besar menurut
aliran Khawarij dan pembahagiannya adalah berbeza-beza mengenai pelaku dosa besar yang
bertentangan dengan Pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, antaranya adalah16:

I. Aliran Khawarij

Aliran yang muncul akibat tidak setuju dengan tahkim yang telah diadakan pada
perang siffin diantara Saidina Ali Bin Abi Thalib dan Saidina Muawiyah. Aliran ini memfatwakan
bahawa jika yang dinamakan sebagai dosa besar ia tetap dosa besar dan tidak pulak terbahagi
kepada dosa besar mahupun dosa kecil. Ditambah lagi, menurut Khawarij melanggar perintah
Tuhan adalah berdosa besar dan tidak sesekali dikategorikan dalam dosa kecil kerana tiada
dosa kecil di dalam aliran ini17.

II. Al- Muhakkimah

Menurut Al-Muhakkimah. fatwanya menyatakan bahawa orang yang melakukan dosa


besar adalah kafir yang dikategorikan keluar dari agama islam dan akan kekal di dalam neraka
serta sesiapa yang setuju kepada tahkim (yang memberi kuasa menjatuhkan hukuman ke

15
Abu Zahrah Al-Anwar. 2012. Pelaku Dosa Besar Menurut I’tiqod Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Diatas
talian:https://maktabahabiyahya.wordpress.com/2012/09/10/pelaku-dosa-besar-menurut-itiqod-ahlus-
sunnah-wal-jamaah/. Diakses pada 31/3/2022.
16
Nasution, Harun. 1986. Teology Islam: Aliran-aliran Sejarah Analisis Perbandingan. Hlm 110.
17
St Jamilah Amin. Penetapan hukum bagi pelaku dosa besar, Iman dan Kufur dalam Aliran teologi. Diatas talian
:https://media.neliti.com/media/publications/285439-penetapan-hukum-bagi-pelaku-dosa-besar-i-
5a57b1f4.pdf. Diakses pada 31/3/2022.

9
atas seseorang), berzina, membunuh tanpa sebab dan lain-lain lagi dikategorikan kepada
orang yang berbuat salah dan disahkan kafir18.

III. Al-Najdat

Kefahaman kepada Al-najdat pula terhadap pelaku dosa besar adalah kefahaman
mereka dibina atas dasar bahawa orang kafir yang tidak bersetuju dengan mereka tempatnya
akan kekal di dalam neraka19. Manakala mereka yang menjadi pengikut yang melakukan dosa
besar akan melalui penyiksaan di dalam neraka tetapi tidak lama kemudian akan dimasukkan
ke dalam syurga.

IV. Al- Sufriah

Pemimpin bagi Al-Sufriah adalah Ziad Ibn Al-Asfar, yang mana berpendapat bahawa
tidak boleh membunuh anak-anak orang Musyrik kerana ada di antara mereka yang
membahagi dosa dalam dua golongan iaitu, pertama: dosa membunuh dan berzina, kedua :
dosa meninggalkan solat dan puasa golongan kedua ini tidak dianggap sebagai kafir. Ini
kerana, isi kufur bagi aliran ini terbahagi kepada dua iaitu “kufr bi inkar al-ni’mah”
(mengingkari nikmat tuhan) dan yang kedua pula“ ingkar al-rububiyyah” ( mengingkari
Tuhan). Oleh hal yang demikian, orang-orang kafir tidak diistilahkan kepada orang yang keluar
dari islam20.

V. Al-Ibadah

Manakala bagi Al-Ibadah pula, pemimpinnya adalah Abdullah Ibn Ibad yang merupakan
antara pemimpin yang sederhana diantara golongan Khawarij yang lain. Kefahaman mereka
tentang dosa besar adalah sebagai pelaku dosa besar Muwahid (Meng-Esakan tuhan) tetapi
tidak layak digelar mukmin dan adapun dianggap kafir al-ni’mah bukan kafir al-millah ataupun
dalam erti kata lainnya tidak membuatkan seseorang pelaku dosa besar itu keluar daripada
agama islam21.

Tambahan lagi, bagi pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap pelaku dosa besar
adalah berbeza dengan tokoh lain22, yang mana Al-Baqilani membezakan iman dan islam

18
Ibid.Hlm 14.
19
Ibid.
20
Muhammad Amri. 2011. Khazanah pemikiran Ilmu Kalam. Cet 1. Hlm 111.
21
Ibid.Hlm 111.
22
Ilhamuddin.1997. Pemikiran Kalam al-Baqilani : Studi tentang Persamaan dan Perbezaannya dengan al-
asy’ary. Cet 1. Hlm 126-127.

10
dengan menyatakan bahawa setiap mukmin adalah muslim tetapi tidak setiap muslim itu
bererti mukmin. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat 49 : 14 :

‫اَل ْْيَا ُن ِ ِْف قُلُ ْوبِ ُك ْم َۗواِ ْن‬


ِْ ‫اب ٰامنَّا ۗ قُل ََّّلْ تُ ْؤِمنُ وا وٰل ِكن قُولُٓوا اَ ْسلَمنَا ول ََّما ي ْد ُخ ِل‬
َ َ ْ ْْ ْ َ ْ
ِ
ْ َ ُ ‫قَالَت ْاَلَ ْع َر‬
ٰ ‫اّللَ َوَر ُس ْولَه ََل يَلِْت ُك ْم ِم ْن اَ ْع َمالِ ُك ْم َش ْياا ۗاِ َّن‬
‫اّللَ غَ ُف ْوٌر َّرِح ْي ٌم‬ ٰ ‫تُ ِط ْي عُوا‬

Maksudnya: Orang-orang Arab Badui telah berkata: “Kami telah beriman.” Katakanlah
(kepada mereka ), Kamu belum beriman tetapi katakanlah “Kami telah tunduk (Islam), kerana
iman belum masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia
tidak akan mengurangi sedikit pun pahala amal perbuatanmu. Sungguh Allah Maha
Pengampun, dan Maha Penyayang”.

Daripada ayat diatas menunjukkan, bahawa Allah SWT tidak memandang orang Badwi
sebagai orang yang beriman meskipun mereka mengaku bahawa mereka beriman, namun
pada hakikatnya mereka baru sahaja mengenal islam23. Jelaslah, Al-Baqilani juga turut
menerangkan pembahagian iman dan kafir yang mana beliau membahagikan orang kafir itu
kepada tiga jenis iaitu pertama , kafir I’tiqadi iaitu kafir yang menafikan sifat-sifat Allah dan
beriman bahawa Allah adalah “nur” dalam kefahaman cahaya atau sinar, roh atau jisim yang
duduk di atas arasy. Kedua pula adalah kafir fi’li yang mana seperti melemparkan Al-Quran ke
dalam kotoran manakala yang ketiga adalah kafir Qauli yang mana menyamakan Allah dengan
Makhluknya baik zat, alam mahupun dengan perbuatan24.

Oleh hal yang demikian, termasuk dalam golongan ini adalah golongan yang mana
mereka menafikan kandungan Al-Quran atau ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad
seperti mengatakan bahawa syurga dan neraka itu tiada serta mereka yang ingkar terhadap
kebangkitan jasad dan roh di akhirat , ingkar dalam kewajipan mengerjakan solat 5 waktu,
puasa, zakat dan mereka yang mengharamkan talak tetapi menghalalkan arak. Oleh itu, jelas
kafir yang paling berat ialah orang-orang yang mendustakan Allah SWT. Justeru itu,
pembahagian kepada 3 kafir yang dinyatakan di atas, menunjukkan bahawa konsep iman
yang diperkatakan oleh Al- Baqilani bahawa amal yang penting kerana perbuatan boleh
membawa kepada kekufuran serta juga dapat dilihat yang mana amal tidak lepas dengan

23
Nasution, Harun. 1986. Teology Islam: Aliran-aliran Sejarah Analisis Perbandingan. Hlm 113.

24
Ibid.Hlm 113.

11
iman dan orang yang termasuk dalam tiga bahagian kafir diatas adalah mereka yang mensia-
siakan kebaikan.

Secara tuntasnya, selaras dengan pandangan al-Asy’ary al-maturidi iaitu tokoh lain
Ahli Sunnah Wal Jamaah menolak kepada fahaman Mu’tazilah tentang dosa besar kerana Al-
maturidi berpendapat bahawa orang yang melakukan atau berdosa besar masih tetap beriman
dan mengenai soal dosa besar yang dilakukan akan ditentukan oleh Allah SWT kelak di akhirat
nanti25. Oleh itu, secara jelasnya tiada orang mukmin yang akan kekal di alam neraka
meskipun mereka adalah pelaku dosa besar yang sesungguhnya sebagaimana yang
dinyatakan dalam pandangan aliran Khawarij dan aliran Muktazilah yang bertentangan dengan
pandangan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

25
Ibid. Hlm 114.

12
Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kita sebagai umat Islam perlulah sentiasa teguh berpegang kepada
aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang mana hari ini terdapat banyak penyelewengan yang
berlaku dan ini amat membahayakan kepada akidah kita sebagai umat Islam. Contoh
fenomena penyelewengan yang berlaku adalah golongan yang memerangi Islam dari dalam,
penolakan sesetengah umat Islam dalam isu akidah, antaranya golongan yang menolak hadis,
golongan yang mengambil hadis mutawattir sahaja, golongan yang tidak menerima pakai
hadis ahad dan sebagainya.26

Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk memelihara pegangan terhadap Ahli Sunnah
Wal Jamaah iaitu belajar akidah daripada guru yang diiktiraf, sentiasa merujuk kepada al-
Qur’an dan Hadis, sentiasa bergaul dengan alim ulama dan menghindari orang yang terlibat
dengan ajaran yang lain.

Selain itu, kepentingan berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah
dapat membersihkan akidah daripada kesesatan, amalan diterima oleh Allah SWT, hidup
diredhai Allah SWT dan tidak sesat kerana berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

Apabila kita ingin kembali menjadi umat Islam yang diredhai oleh Allah SWT dan
menjadi ikutan bangsa-bangsa lain di dunia, juga sebagai pemimpin umat manusia seluruhnya
sebagaimana telah dicapai oleh umat Islam di zaman kegemilangan terdahulu, maka umat
Islam pada hari ini perlu kembali kepada asas dan prinsip-prinsip yang telah dapat
menyatupadukan umat Islam seluruhnya sebagaimana yang telah dibawa oleh al-Quran dan
Sunnah Rasulullah SAW.

26
Dr.Johari b.Mat. Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah: Satu Pengenalan. Diakses dari
file:///C:/Users/USER/Downloads/8759.pdf pada 30 Mac 2022

13
Rujukan

Abu Zahrah Al-Anwar. 2012. Pelaku Dosa Besar Menurut I’tiqod Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Diatas talian:https://maktabahabiyahya.wordpress.com/2012/09/10/pelaku-dosa-besar-

menurut-itiqod-ahlus-sunnah-wal-jamaah/. Diakses pada 31/3/2022

Al-Hidayah.2018. Terjemahan Al-Quran Al-Karim. Batu Caves: Selangor Darul Ehsan. Al

Hidayah House of Quran Sdn.Bhd

Azizi Yahaya, Muhamad Jumat Aliju. Pengaruh Negatif Rakan Sebaya. Universiti Teknologi

Malaysia. Johor Bahru

Berita Harian. (2019). Individu Tiada Sahabat Mungkin ada Masalah. Diatas talian

https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2019/07/580442/individu-tiada-sahabat-

mungkin-ada-masalah. Diakses pada 28/3/2022

Dr.Johari b.Mat. Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah: Satu Pengenalan. Diakses dari

file:///C:/Users/USER/Downloads/8759.pdf pada 30 Mac 2022

Haji Said Haji Ibrahim. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Darul Ma’rifah : Kuala Lumpur.

Cetakan Ketiga 2011

Harian Metro. (2017). Masih Ramai yang Berzina. Diatas talian

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/279818/masih-ramai-yang-berzina. Diakses

pada 28/3/2022

Ibrahim Yusuf Ali Al Karazkani. 2005. Taman Orang-orang Yang Bertaubat Terj. Tim Hawra.

Jakarta: Pustaka Zahra

Ilhamuddin. 1997. Pemikiran Kalam al-Baqilani : Studi tentang Persamaan dan Perbezaannya

dengan Al-Asy’ary. Cet 1. Yogyakarta: Tiara Wacana Yogya

Imam Adz-Dzahabi. 2007. Dosa-Dosa Besar, Terj. Abu Zufar Imtihan Asy-Syafi’i. Solo:

Pustaka Arafah

14
Ma Razhanlaily Abd Razak, Salasiah Hanin Hamjah. (2017). Faktor Zina dan Kesannya dalam

Kehidupan Remaja. Jurnal Sains Insani 2(2), 1-9

Malaysiakini. (2015). Aksi Gadis Peluk Artis K-pop Undang Cemuhan. Diatas talian

https://www.malaysiakini.com/news/286006. Diakses pada 28/3/2022

Nasution Harun.1986. Teology Islam: Aliran- aliran Sejarah Analisis Perbandingan. Jakarta: UI

Press

Sinar Harian. (2021). Bahana Ingin Mencuba, Remaja 16 Tahun Tak Mampu Lawan Ketagihan

Syabu. Diatas talian

https://www.sinarharian.com.my/article/172954/BERITA/Semasa/Bahana-ingin-mencuba-

remaja-16-tahun-tak-mampu-lawan-ketagih-syabu. Diakses pada 28/3/2022

St Jamilah Amin. Penetapan Hukum Bagi Pelaku Dosa Besar , Iman dan Kufur dalam Aliran

Teologi. Diatas talian:https://media.neliti.com/media/publications/285439-penetapan-

hukum-bagi-pelaku-dosa-besar-i-5a57b1f4.pdf. Diakses pada 31/3/2022

Yasin Abdul, Fatihuddin. 2002. Golongan Dosa-dosa Besar. Surabaya: Penerbit Terbit Terang

15

You might also like