You are on page 1of 5

ADAB- ADAB BERSELISIH PENDAPAT

. , .
(213 : )
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar akan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum antara manusia mengenai apa-apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka kitab-kitab suci itu; iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran tentang perkara yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), 1

dengan izin-Nya. dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturan-Nya). Dahulu, dalam lingkungan yang pertama, manusia merupakan satu ummat. Mereka hidup di atas satu agama dan satu kepercayaan serta satu fahaman sahaja. Kemudian, zaman itu pun berlalu. Bilangan manusia telah berkembang menjadi ramai dan berpecah di merata-rata tempat. Di sinilah mula lahirnya bakat-bakat dan kebolehan yang berbagai-bagai, minat dan cita-cita sehinggalah kepada melahirkan kepelbagaian fahaman dan pendapat serta pertikaian mazhab malah hal ini juga telah membawa perpecahan yang sangat buruk, selain daripada berlakunya ketidakadilan, kezaliman, penipuan dan sebagainya. Dalam perkataan yang lain, perpecahan telah mula terjadi dengan sebab- sebab perbezaan pendapat tadi. Ikhwanul Muslimin Rahimakumullah, Di mimbar ini ingin dijelaskan suatu prinsip umum bahawa tidak semua perpecahan itu tidak baik dan tidak semua perpaduan itu baik. Malah, perpecahan untuk menentang kebatilan merupakan suatu tuntutan di sisi agama Islam manakala perpaduan untuk menegakkan kebatilan pula boleh menjadi suatu larangan. Di sudut yang lain, perbuatan sengaja mencari perpecahan dengan sebab yang kecil atau atas sebab perbezaan fahaman dan pendapat merupakan suatu hal yang dibenci oleh Islam. Dalam Islam, perbezaan pendapat merupakan suatu yang normal, sihat, serta perlu bagi mengatasi pelbagai masalah dan merupakan suatu jalan penyelesian dalam lingkungan isu-isu dalam apabila fikiran dan ijtihad manusia diperlukan sehinggalah sabda Rasulullah s. a. w. :


Perbezaan pendapat di kalangan ummatku adalah rahmat Walau bagaimanapun, perbezaan dalam perkara-perkara yang sabit dengan nas secara Qati mengenainya merupakan suatu tegahan dalam syarak seperti hukum-hukum yang berkaitan dengan jenayah syarie seperti qisas, hudud, hukumhukum ibadah dan seumpamanya yang sabit hukumnya dalam Al- Quran. Dengan sebab itu, Allah menyebutkan kepada kita bahawasanya ia menurunkan bersama-sama nabi nabi itu kitab-kitab suci yang mengandungi ajaran yang benar untuk menjalankan hukum antara manusia tentang apa-apa yang mereka perselisihkan itu. Penjelasan kitab ini bahawa ajaran yang benar merupakan simbolik kepada Hakim Yang Adil. Hakim Yang Adil merupakan simbol yang amat penting untuk memisahkan asas-asas agama daripada bidaah-bidaah yang dimasukkan oleh manusia ke dalam urusan agama. Misalnya di dalam sejarah, telah terjadi suatu penyelewengan yang terus berkembang subur atas nama Islam seperti amalan bidaah, khurafat dan lain-lain sedangkan Islam tidak ada kena-mengena dengan amalan tersebut walaupun ia terus menerus berlaku dan dihayati pula oleh orang ramai. Sebenarnya sesuatu yang diamal dan dihayati oleh orang ramai tidaklah semestinya menjadi hukum Islam. Saudara kaum muslimin sekalian, Perbezaan pendapat bukanlah perkara baru, tetapi hal sudah wujud semenjak dari zaman sahabat, zaman tabiin seperti berlakunya perbezaan antara mazhab2

mazhab dalam Islam termasuklah zaman empat mazhab terkemuka sehinggalah ke hari ini. Kesemua aliran mazhab seperti mazhab Hanafi, Syafei, Maliki, Hambali dan Daud Zohiri itu walaupun mereka memiliki pendapat-pendapat yang berbeza dalam masalah furu tetapi perbezaan pendapat tadi tidak pula sampai berlaku perpecahan yang buruk sebagaimana tragedi yang ada pada hari ini. Rasulullah s. a. w. menegaskan dalam sabdanya:


Tidak akan sepakat ummatku atas perkara yang sesat (dalam agamanya) Saudara kaum muslimin, Bagi memastikan bahawa perbezaan pendapat antara ummat tidak membawa kepada perpecahan yang buruk maka perlulah diingat perbahasan mengenai perkara khilafiah hendaklah berlaku dalam suasana baik dan harmoni serta memelihara dan menjaga adab masing-masing. Antara adab-adab yang perlu dipelihara ialah: 1. Meraikan pandangan orang lain walaupun tidak sehaluan dan sealiran dengan pandangan kita. Sebagai contoh, kita ambil dari peristiwa di zaman Imam Syafei, apabila pernah pada suatu ketika beliau berkunjung ke Madinah lalu dijemput untuk menjadi imam sembahyang subuh oleh penduduk di situ. Dalam sembahyangnya, beliau tidak membaca doa Qunut. Sesudah sembahyang pengikutnya bertanya kenapakah beliau tidak berqunut lalu beliau menjawab sebagai menghormati budaya kaum di sini. Perbezaan tersebut hendaklah dalam skop lingkungan yang dibenarkan oleh Islam. Hal ini tentunya dalam masalah furu seperti hukum membaca doa qunut, talqin, tahlil dan lain- lain Bersedia menerima pandangan yang betul dengan jujur dan adil, tanpa ada rasa prejudis dan prasangka buruk Perbezaan yang tidak membawa kepada perbalahan dan perpecahan dengan sebab fanatik dan taksub Tidak mudah melabel seseorang dengan label-label tertentu dengan tujuan merendah-rendahkan pandangan mereka seperti tuduhan sesat, dan seumpamanya. Menggunakan perkataan-perkataan baik yang dapat memberi keyakinan dan kepercayaan ketika berhujjah sebagaimana firman Allah dalam surah Al- Nahl ayat 135:

2. 3. 4. 5. 6

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah, bijaksana dan nasihat pengajaran yang baik, serta berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik 3

Saudara kaum muslimin yang berbahagia, Terkadang, golongan yang menyampaikan mesej kebenaran, oleh sebab mereka menggunakan pendekatan yang tidak tersusun, tidak berdisiplin dan tidak berhikmah menyebabkan perjuangan dan seruannya ditolak. Sebaliknya berlaku pula, golongan yang salah atau sesat, tetapi disebabkan pendekatan yang digunakannya secara tersusun, rapi dan teliti, maka pandangan dan perjuangan golongan itu dilihat sebagai indah dan baik serta diterima oleh manusia walaupun pada hakikatnya pandangan tersebut menyeleweng daripada landasan sebenar. Seorang sahabat yang terkemuka iatu Saidina Umar r. a. berkata:

Perjuangan untuk menegakkan kebenaran tanpa sistem akan dapat


oleh kebatilan yang tersusun rapi.

dikalahkan

Dalam dunia ini juga kita melihat bagaimana golongan penyesat berjaya mempertahankan kesesatan mereka apabila kesesatan itu didokong dengan bersistem dan teratur, di samping mereka mengambil kesempatan daripada kelemahan lawan untuk mempertahankan kebatilannya, sehingga manusia melihat yang benar itu batil dan batil itu benar, yang amanah dikatakan khianat dan khianat pula dikatakan amanah. Sabda Rasulullah s. a. w. lagi dari riwayat Abu Hurairah r. a.

katanya:

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Rasulullah s. a. w. bersabda; akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang) dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar pula dikatakan dusta. Saudara kaum muslimin yang berbahagia, Sebagai rumusannya, seperti yang dinyatakan bahawa fanatik dan taasub adalah tidak sesuai dalam adab khilafiah. Oleh itu, golongan yang hendak mencari sesuatu kebenaran sepatutnya tidak melihat siapakah yang berkata dan bagaimana ia disampaikan tetapi lihatlah pada apa yang dikatakannya sebagaimana kata- kata hikmah Saidina Ali r. a.


Mudah- mudahan sedikit sebanyak dari penjelasan yang dapat diberikan dalam mimbar khutbah pada kali ini dapat memberi manfaat kepada diri kita bersama, khususnya untuk mencari jalan keluar dari kemelut perpecahan yang hanya merugikan kebenaran Islam, sebaliknya menguntungkan kebatilan musuh.

, . .
Disediakan Oleh : Imam Mohd Ridzuan Zaidin

You might also like