You are on page 1of 17

1

KONSEP DAN FALSAFAH ISLAM DALAM MEDIA

Razaleigh Muhamat @ Kawangit

Abstrak
Falsafah Islam adalah satu bidang pengajian Islam yang sangat luas
merangkumi semua aspek kehidupan seorang Muslim. Falsafah Islam mengajar
Musli sifat budipekerti yang tinggi dalam apa juga penglibatan dalam
kehidupan. Dari Sudut amalan media, konsep falsafah Islam perlu difahami
agar tindakan dalam amalan media selari denga napa yang dianjurkan Islam

1.0 Pengenalan

Menghampiri tahun 2020, teknologi kini semakin canggih dan semakin kerap digunakan.
Sepertimana yang telah kita ketahui, teknologi merupakan satu aplikasi daripada ilmu
sains yang mana banyak membantu dan memudahkan manusia dalam urusan seharian.
Antara teknologi tersebut ialah teknologi media.
Sebagai definisi, media mengikut Kamus Dewan diertikan sebagai alat atau
perantara komunikasi (perhubungan). Dapatlah kita fahami bahawa media ialah satu alat
atau wasilah yang digunakan secara langsung atau tidak langsung untuk menyampaikan
sebarang maklumat kepada golongan sasaran.
Media juga tidak hanya terbatas kepada media cetak semata-mata, akan tetapi
ianya juga merangkumi audio visual, bahasa isyarat, dan sebagainya. Teknologi media
juga boleh dikategorikan kepada dua iaitu berbentuk maklumat dan juga hiburan.
Dalam konteks dakwah kontemporari, tidak dapat dinafikan bahawa peranan
media massa amat signifikan dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat. Namun,
harus diingati bahawa sesuatu perkara yang mendatangkan faedah, apabila disalahguna
tetap juga akan membawa kepada keburukan. Maka, di sinilah pentingnya syariat, ajaran,
dan juga nilai yang dibawa oleh agama Islam bagi membimbing manusia agar tidak
menyimpang kepada sesuatu yang memudharatkan.
Islam mempunyai sudut pandang yang berbeza dengan pandangan Barat. Ini
kerana Islam meletakkan sesuatu perkara sesuai dengan syariat dan juga peraturan yang
telah ditetapkan oleh Allah. Berbeza dengan agama lain yang kebanyakannya hanya
mengikut akal dan nafsu mereka sahaja. Justeru, Islam juga turut mengambil berat dalam
meneliti hal-hal yang berkait rapat dengan media. Antara perkara-perkara tersebut ialah
konsep dan juga falsafah media selain daripada objektif, matlamat, dan juga ciri-ciri
media itu sendiri.
Akhir sekali, garis-garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama Islam ini
penting untuk difahami agar dapat mencapai tahap penggunaan media yang memuaskan
tanpa melanggar batas-batas

syara’ dan tidak berlebih-lebihan dalam bersosial. Diharapkan dengan mengetahui dan
memahami konsep dan falsafah Islam dalam media dapat menjelaskan kekaburan dan
salah faham masyarakat Islam terhadap konsep media sekaligus dapat menggunakannya
dengan berhikmah.

2.0 Konsep Islam dalam Media

Konsep ialah pengertian iaitu pendapat yang terbentuk dalam fikiran mengenai sesuatu,
tanggapan, gagasan, dan juga idea. Selain itu, konsep juga turut didefinisikan sebagai
2

rancangan seperti surat, rencana, dan sebagainya. Dapat dilihat bahawa konsep ialah yang
terkandung di dalamnya pemikiran termasuklah tanggapan mengenai sesuatu perkara.
Dalam konteks konsep Islam dalam media, gagasannya adalah satu gagasan yang
luas yang mungkin boleh disifatkan sebagai universal kepada sesuatu perkara. Sesuatu
yang berkaitan atau dikaitkan dengan Islam perkara asas yang akan dibicarakan adalah
mengenai tuhan yang satu iaitu Allah SWT. Seterusnya akan membicarakan pula
mengenai salah satu ciptaan-Nya yang hebat di atas muka bumi ini iaitu manusia.

Manusia dianugerahkan oleh Sang Pencipta dengan sifat kekuatan, akal, dan juga
ilmu yang boleh melahirkan kreativiti sesuai dengan amanah yang dipikul manusia iaitu
menjadi khalifah di atas muka bumi ini seperti firman-Nya:
ِ ‫ض خلِي َفةً قَالُواْ أ َََتعل فِيها من ي ْف ِس ُد فِيها ويس ِفك‬ ِ ِ ِ ِ َ ُّ‫ال رب‬
‫الد َماء َوََْن ُن‬ ُ ْ ََ َ ُ َ َ ُ َْ َ ِ ‫ك ل ْل َمالَئ َكة إِِّن َجاع ٌل ِِف األ َْر‬ َ َ َ‫إ ْذ ق‬
ِ
﴾٣٠﴿ ‫ال إِِّن أ َْعلَ ُم َما لَ تَ ْعلَ ُمو َن‬ َ َ‫ك ق‬ ِ ِ ِ ِ
َ َ‫س ل‬
ُ ‫نُ َسب ُح ِبَ ْمد َك َونُ َقد‬
(Surah al-Baqarah: 30)
Maksudnya: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan
padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji
Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui
apa yang tidak kamu ketahui".

Bagi menjadikan seseorang manusia itu sebagai manusia dalam erti kata yang
sebenar, seseorang insan itu perlulah sejahtera dari semua aspek termasuklah roh dan
jasad. Kesejahteraan yang sememangnya memberikan kebaikan di dunia dan juga di
akhirat. Sejahtera di sini bukanlah mengambil kira pada kaca mata manusia sahaja, tapi
perlulah mengikut kepada kehendak dan acuan Allah SWT. Firman Allah:
﴾١٣٨﴿ ‫َح َس ُن ِم َن اّللِ ِصْب غَةً َوََْن ُن لَهُ َعابِدو َن‬ ِ ِ
ْ ‫صْب غَةَ اّلل َوَم ْن أ‬
(Surah al-Baqarah: 138)
Maksudnya: “Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak
Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap
percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.
Sejahtera rohani dan jasmani yang dimaksudkan dalam konteks penggunaan
perkataan Arab ialah Islam itu sendiri seperti firmanNya:
‫اب إِلَّ ِمن بَ ْع ِد‬ ِ
َ َ‫ين أ ُْوتُواْ الْكت‬
ِ َّ َ‫ند اّللِ ا ِإلسالَم وما اخت ل‬
َ ‫ف الذ‬َ َْ ََ ُ ْ َ ِ‫ين ع‬ ِ َّ
َ ‫إن الد‬
ِ ‫ت اّللِ فَإِ َّن اّللِ س ِريع ا ْْلِس‬
﴾١٩﴿ ‫اب‬ ِ ‫ما جاءهم الْعِلْم ب غْيا ب ي نَ هم ومن ي ْك ُفر ِِبَي‬
َ ُ َ َ ْ َ َ َ ْ ُ َْ ً َ ُ ُ ُ َ َ
(Surah Ali ‘Imran: 19)
Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.
Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan kitab itu tidak berselisih
(mengenai agama Islam dan tidak menerimanya) melainkan setelah sampai kepada
mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-
mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa
yang kufur ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan
hisab-Nya”.
Firman Allah SWT lagi:
3

ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َ ِ‫َومَ ْن يَ بْ تَ ِغ غَ ْْيَ ْاإل ْس َال م د ينًا فَ لَ ْن يُ ْق بَلَ م نْ هُ َو ُه َو ِِف ْاْل خ َرة م َن ا ْْلَاس ر‬
‫ين‬
(Surah Ali ‘Imran: 85)

7
Maksudnya: “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali
tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-
orang yang rugi”.
Islam adalah agama yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan nabi-nabi
sebelum Baginda. Akan tetapi, risalah yang dibawa oleh nabi-nabi sebelum ini telah
diganggu gugat sehingga risalah Allah SWT itu telah dikelirukan oleh syaitan menerusi
media yang tersendiri. Berbeza dengan umat Nabi Muhammad yang dibekalkan dengan
wahyu yang terpelihara iaitu al-Quran. Dan kenyataan ini sangatlah bertepatan dengan
firman Allah dalam Surah al-Hijr ayat 9. Allah berfirman:
‫إِ ََّّن ََنْ ُن نَ َّزلْنَا الذِ ْك َر َوإِ ََّّن لَهُ َْلَافِظُو َن‬
(Surah al-Hijr: 9)
Maksudnya: “ Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya
Kami benar-benar memeliharanya”.
Ini bermakna Allah memelihara al-Quran daripada segala bentuk
penyimpangan baik daripada segi huruf ataupun

makna. Allah juga memelihara al-Quran daripada segala bentuk penambahan dan
pengurangan. Bahkan, Allah SWT telah menjadikan al-Quran sebagai satu
keajaiban dan mukjizat.

3.0 Falsafah Islam dalam Media

Menurut Kamus Dewan, falsafah didefinisikan sebagai pengkajian tentang sifat, dasar,
dan erti kehidupan. Setelah jelas konsepnya iaitu menjadikan manusia berminda bersih
dan suci daripada segala pencerobohan yang boleh mencemarkan minda, maka
falsafahnya dihuraikan melalui beberapa perkara.
Pertama ialah berpaksikan paradigma Tauhid. Berpaksikan paradigma tauhid,
bukanlah bermakna menyebut dan menceritakan mengenai tauhid dan sifat dua puluh
bagi Allah semata-mata, akan tetapi bahan atau media yang dihasilkan mestilah tidak lari
daripada ajaran tauhid dan mempunyai nilai-nilai tauhid. Ini bermaksud, hasil itu dapat
membawa masyarakat dan golongan sasaran kepada menghayati dan menambahkan
ketaqwaan kepada Allah SWT.
Kedua ialah berorentasikan ilmu dan pendidikan. Ilmu mestilah dikaitkan dengan
kebaikan dan kebenaran yang hakiki. Proses pendidikan, menurunkan, mengijazahkan
ilmu kepada murid-murid adalah tradisi turun-temurun dengan penuh penghayatan nilai-
nilai sebagai manusia yang berilmu. Sebagai manusia berilmu matlamat selanjutnya ialah
mendidik generasi demi generasi bukan semata-mata hiburan untuk tujuan hawa nafsu
semata-mata. Setiap hasil karya ialah amanah yang dipertanggungjawabkan di sisi Allah.
Ketiga ialah memahami dan menguasai sifat-sfat mahmudah. Sifat-sifat mahmudah
ialah sifat-sifat baik dan terpuji yang seharusnya dijadikan amalan dan dipraktikkan oleh
masyarakat. Manusia yang memiliki sifat mahmudah ini akan menyebarkan kebaikan
menerusi media dengan sehabis daya mereka kerana berpegang teguh dengan konsep
amar ma’ruf nahi mungkar. Ukuran sifat-sifat mahmudah ini pula ialah mempraktikkan
akhlak-akhlak yang unggul dengan mencontohi Rasulullah SAW.
4

Keempat ialah mengangkat martabat minda manusia. Manusia berhak mendapat apa
sahaja yang terbaik sesuai dengan kedudukan manusia itu sendiri sebagai khalifah yang
dilantik Allah. Manusia sewajarnya memperoleh minda kelas pertama menurut acuan
wahyu dan bukannya acuan Barat. Seterusnya adalah menjadi kewajipan bagi manusia
untuk mewujudkan mekanisme agar boleh dinikmati oleh orang lain dan seterusnya
membudayakan pemikiran insan-insan lain dengan nilai-nilai dan cara yang
mendatangkan kebaikan di dunia dan di akhirat. Setelah mekanisme ini wujud, maka
sewajarnya pula diperluaskan dan memperkukuhkannya sehingga mampu melahirkan
cendekiawan yang terdiri daripada pemikir, pemimpin, dan sebagainya sehingga mampu
membentuk generasi ulul-albab iaitu generasi yang berilmu dan mempunyai nilai iman
yang kukuh seperti melahirkan generasi Quranik, Ensiklopedia dan Ijtihadik. Ulul-albab
ialah golongan yang mampu menghafal 30 juzuk al-Quran serta dapat memahami
maknanya, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan
memerhati kejadian Allah swt melalui mata hati dan akal serta mengambil iktibar
daripadanya. Bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah dan salah faham,
pendekatan media mestilah mengambil kira latar belakang minda setiap golongan sasar
atau penonton agar tahap pemikiran mereka sesuai dengan bahan atau karya yang
dipertontonkan. Ada perkara yang perlu disembunyikan daripada pengetahuan
masyarakat umum bagi mengelakkan masalah dan fitnah. Sebagai contoh, melihat kepada
perjalanan dakwah Rasulullah SAW khususnya di Mekah, terdapat tiga fasa penting iaitu
bersifat rahsia, terbuka, dan fasa yang lebih terbuka meliputi kaum dan individu di
seluruh Mekah. (Mohd Yusof Husain 2006: 36). Ungkapan dan gaya bahasa juga penting
untuk dititikberatkan agar menepati dengan mesej yang ingin disampaikan, tidak
mengundang fitnah, dan seterusnya dapat mengelakkan kecelaruan kefahaman.
Keenam ialah memperjuangkan kesejahteraan dan keharmonian universal untuk
mencapai maratib (tingkatan) yang tertinggi dalam hidup manusia sesuai dengan konsep
maqasid (maksud-maksud) syariah yang terdiri daripada menjaga harta, akal, keturunan,
nyawa, dan agama. Dan maratib tertinggi ialah maratib menjaga agama. Sesungguhnya
tidak ada yang terbaik melainkan memahami dan mempraktikkan nasihat Allah dan
Rasul-Nya. Untuk itu, kefahaman yang jitu ialah dengan memahami maksud syariat
dengan sebenarnya agar kita tidak membazir masa dengan wawasan pemikiran yang tidak
jelas, tidak meluas dan seterusnya terperangkap dengan wawasan syaitan yang akhirnya
hanya merosakkan.
Ketujuh ialah memantapkan media perdana daripada sebarang pencerobohan
maklumat sehingga dimanipulasi dengan tujuan yang berbeza dengan tujuan sebenar
seperti yang dibicarakan di atas sehingga memudharatkan masyarakat dengan pelbagai
fitnah. Negara adalah anugerah daripada Allah SWT. Adalah penting untuk dijaga
daripada diceroboh oleh anasir dan bentuk-bentuk yang tidak disenangi. Sejarah
merakamkan bagaimana bangsa Yahudi menggunakan media tulis (cetak) untuk
membangkitkan kekacauan pada zaman Sayyidina Uthman bin ‘Affan ketika Abdullah
bin Saba’ dan para pembantunya menulis surat-surat tersebut yang dihantar ke bandar-
bandar seperti Kufah, Mesir dan Basrah bagi melemahkan kepercayaan masyarakat
terhadap khalifah dan agar mereka bangkit menentangnya. Perkara ini dapat dibongkar
oleh para sahabat ketika penduduk bandar-bandar berkenaan datang bertanyakan A’isyah
tentang surat menentang Uthman yang ditulis menggunakan namanya, lalu A’isyah
berkata: “Aku tidak menulis sepatah perkataan pun (berkenaan perkara ini).” Para
sahabat lain juga mengingkari bahawa mereka pernah menulis surat seumpama itu ke
bandar-bandar Islam yang lain. Perkara yang sama yang dilakukan untuk menggugat
Daulah
5

‘Uthmaniyyah. Seorang Rabbi Yahudi bernama Rashuruwan pernah berkata: “jika emas
menjadi bekalan pertama kita untuk menguasai dunia, maka sepatutnya akhbar-akhbar
menjadi bekalan kita yang ke dua.” Hertzel pernah berkata: “Saya masih lagi berperang
menggunakan pedang kayu seperti kanak-kanak, sedangkan saya mahu sebilah pedang
daripada besi waja iaitu sebuah akhbar besar yang melaluinya saya dapat menetapkan
sesuatu polisi, memberikan khidmat dan mengadakan hubungan-hubungan. Jika saya
dapat menguasai satu sahaja akhbar baru yang bebas, nescaya saya dapat melakukan
keajaiban” (Eeman Mohamad Abbas 2002). Yahudi menggunakan media massa sebagai
alat untuk menguasai minda manusia seperti yang terdapat dalam protokol 9 dan 10 (Nik
Azran 2005) iaitu Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi
dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu yang batil. Manakala, protokol 12 pula
berbunyi kalau bangsa Yahudi diberi permit menerbit sepuluh akhbar atau majalah, maka
bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah.

Kelapan ialah media adalah luas selagi tidak bercanggah dengan perkara-perkara
yang dilarang oleh syariat Islam. Kebebasan terpimpin bukannya kebebasan mutlak.
Kehidupan manusia adalah amanah Allah dan kehidupan yang terhad ini sebenarnya tidak
ada masa untuk berfoya-foya dengan mengikut telunjuk syaitan dan hawa nafsu. Ia wajar
diisi dengan budaya intelektual dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.
Kesembilan ialah matlamat akhir ialah mewujudkan suatu gagasan besar modal insan
yang mempunyai sikap kekhalifahan yang menyeluruh terhadap perintah Allah SWT
memakmurkan dunia dengan syariat Islam. Bukan bermakna memaksa seluruh manusia
untuk memeluk Islam, kerana tidak ada paksaan terhadap agama tetapi mampu
membudayakan keharmonian sejagat dengan mengikut sistem atau acuan Islam. Sejarah
membutikan bahawa di zaman Madinah golongan minoriti umat Islam mampu menguasai
penduduk Madinah yang majoritinya bukan Islam dan mereka hidup dengan gaya hidup
sebagai manusia yang terhormat kerana membudayakan budaya saling hormat-
menghormati serta tolong-menolong sekalipun berlainan agama. Sesungguhnya, hanya
Allah yang mampu memberikan ketenangan sejagat dan perkara ini akan berlaku apabila
manusia mempraktikkan akidah Islam secara menyeluruh dalam kehidupan.

4.0 Objektif dan Matlamat Islam dalam Media

Dalam sesuatu penciptaan, sudah tentu terdapat objektif dan matlamatnya yang tersendiri.
Matlamat ini juga mungkin berbeza daripada pelbagai sudut pandang. Oleh itu, matlamat
dan objektif media Islam boleh diringkaskan dan dibahagikan kepada beberapa perkara.
Matlamat yang pertama dan paling utama ialah berdakwah kepada Allah. Dakwah
di sini ialah dakwah secara am, iaitu menyeru manusia sekaliannya samada muslim
ataupun tidak ke arah kebaikan yang dituntut dalam Islam. Firman Allah yang
bermaksud:
ِ
َ ِ‫َولْتَ ُك ْن مِ نْ ُك ْم أُمَّ ةٌ يَ ْد عُ و َن إِ ََل ا ْْلَ ْْيِ َو ََيْمُ ُرو َن ِِب لْ َم عْ ُروف َويَ نْ َه ْو َن عَ نِ ا لْ ُم نْ َك رِ ۚ َوأُولََٰ ئ‬
‫ك‬
‫ح و َن‬ ِ
ُ ‫ُه مُ ا لْ ُم ْف ل‬
(Ali-Imran: 104) Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat
yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh
kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang
beruntung”.

Firman-Nya lagi dalam kitab suci al-Quran:


6

ِِ ِ ِ ِ َِّ ‫وم ن أَح س ن قَ و ًل ِِمَّن د ع ا إِ ََل‬


َ ‫اّلل َوعَ م لَ صَ اْلًا َوقَا َل إِن َِِّن م َن ا لْمُ ْس ل م‬
‫ي‬ ََ ْ ْ ُ َ ْ ْ ََ
(Fussilat: 33)
Maksudnya: “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru
kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku
termasuk orang-orang yang menyerah diri?"
Tanggungjawab ini merupakan fardhu Kifayah.yang mana jika dilaksanakan
secara mencukupi oleh sebahagian yang berkelayakan, maka tidak wajib kepada
sebahagian yang lain. Namun begitu, media Islam yang menggalas tanggungjawab ini
perlu mempunyai ciri-ciri ataupun adab-adab murni. Objektif dan matlamat Islam dalam
media yang kedua ialah untuk berkhidmat membela kaum muslimin serta membantu
urusan mereka. Hal ini kerana, umat Islam ialah sebuah umat yang bersatu tanpa mengira

kaum, pangkat, atau harta kekayaan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah.
ِ ُ‫أََّن ربُّ ُك م فَاتَّ ق‬ ِ ِِ ِ
‫ون‬ ْ َ َ ‫َوإ َّن ََٰه ذ ه أُمَّ تُ ُك ْم أُمَّ ةً َواح َد ةً َو‬
(Al-Mu’minun: 52)
Maksudnya: “ Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang
satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku”.
Begitu juga sebagaimana yang disifatkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam
hadith riwayat Muslim bahawa orang muslim itu bersaudara, dan mereka bagaikan satu
jasad yang mana jika disakiti sebahagian anggota maka akan memberi kesan kepada
sebahagian anggota yang lain. Ayat-ayat al-Quran dan hadith yang membicarakan
tentang perkara ini sangat banyak yang membawa kepada kesimpulan menunjukkan
kewajipan untuk membela saudaranya dan mempertahankan hak-hak yang dhoruriy.
Sebaliknya, jika disalah gunakan untuk menindas saudaranya tanpa asas, maka telah
dijanjikan balasan yang dasyat. Media merupakan barisan hadapan umat Islam dalam
membantu dan membela umat Islam di seluruh dunia. Maka di sinilah media Islam
berperanan menyampaikan maklumat yang tepat tentang saudaranya di seluruh negara.
Malah, dengan peranan media, pelbagai jenis bantuan dan mesej dapat di salurkan dengan
lebih berkesan dan pantas. Ini bermakna, Islam menyarankan media agar tidak
menhabiskan masa menyiarkan program-program yang tidak bermanfaat dari barat
seperti hiburan yang melampau dan sebagainya.
Objektif dan matlamat Islam dalam media seterusnya ialah mempertahankan
Islam itu sendiri. Ini bermaksud, dalam Islam media berperanan untuk mempertahankan
Islam dengan menangkis doktrin-doktrin para musuh Islam yang merancang untuk
menimbulkan kecelaruan dan fitnah dalam Islam. Malah, terdapat juga agenda-agenda
yang bertujuan untuk menggoyahkan aqidah umat Islam dan melemahkan pegangan umat
Islam terhadap agama. Ini dapat dilihat dengan ramainya umat Islam pada hari ini yang
tidak mempedulikan urusan halal dan haram walaupun terdapat nas-nas yang jelas
terhadapnya. Salah satu faktor penyebab terjadinya hal yang sedemikian ialah berpunca
daripada rancangan-rancangan atau program-program yang direncanakan demi
menimbulkan keragauan dan mengasimilasikan umat Islam dengan budaya acuan barat.
Program-program ini termasuklah menerusi filem-filem yang direncanakan begitu halus
dan beransur-ansur sehingga dapat membangkitkan perasaan cinta dan senang umat Islam
terhadap budaya bebas mereka, dan sekaligus dapat mengaut keuntungan yang besar
daripada umat Islam.
Dan objektif dan matlamat yang terakhir ialah membina akhlak masyarakat.
Pembinaan akhlak dan modal insan ini merangkumi semua lapisan masyarakat samada
muslim mahupun bukan muslim. Ini memandangkan masyarakat yang berada pada
7

peringkat kanak-kanak sehinggalah orang tua mudah tertarik dan terpengaruh dengan apa
yang mereka dapati daripada sajian-sajian media. Kerana itu, masyarakat yang terdedah
kepada pornografi sebagai contoh akan terdapat padanya kes-kes penzinaan dan juga kes
jenayah seksual yang tinggi. Malah boleh dikatakan hampir setiap rumah di negara ini
pasti mempunyai internet, televisyen, radio, akhbar, dan saluran-saluran media yang lain.
Hal ini menyebabkan media begitu sebati dan berpengaruh dalam kehidupan mereka.

5.0 Ciri-ciri Islam dalam Media

Ciri-ciri Islam dalam media akan menjadikan sesuatu media itu berdiri dan berkembang
selaras dengan nilai-nilai yang dianjurkan dalam Islam. Ini akan membawa kepada
keselamatan, keharmonian, dan bagi mengelakkan daripada terjadinya segala hal-hal
yang mampu memudharatkan manusia sejagat.
Seperti yang kita sedia maklum, agama Islam tidak menganjurkan keganasan dan
permusuhan, bahkan menggalakkkan keharmonian dan kesejahteraan sejagat. Antara
ciri-ciri tersebut ialah berkata benar, menentang penghinaan, mendamaikan
persengketaan dan sebagainya.
Ciri pertama yang ingin dibincangkan ialah berkata benar dalam apa jua situasi
dengan mementingkan maslahat umum. Islam merupakan sebuah agama yang benar dan
mementingkan kebenaran. Malah Islam melarang menutup kebenaran, serta
mengharamkan sebarang bentuk penipuan.
Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 119:
‫ي‬ ِِ َّ ‫ين آمَ نُوا اتَّ قُ وا‬ ِ َّ
َ ‫اّللَ َو ُك ونُوا مَ عَ ال صَّ اد ق‬ َ ‫ََي أَيُّ َه ا ا ل ذ‬
(At-Taubah: 119)
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu sekalian
kepada Allah, dan jadilah bersama orang -orang yang benar”.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Syaqiq daripada Abdullah RA, Nabi
Muhammad SAW bersabda yang bermaksu d:
“Hendaklah kamu sentiasa berpegang kepada kebenaran. Maka
sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada ketaatan, dan
sesungguhnya ketaatan itu membawa kepada syurga. Dan seseorang
yang sentiasa membuat kebenaran dan mencari -cari kebenaran akan
ditulis di sisi Allah sebagai Siddiq. Dan jauhilah kamu daripada
pendustaan. Maka sesungguhnya pendustaan itu membawa kepada
penyimpangan daripada kebenaran, dan penyimpangan itu membawa
kepada neraka. Dan seseorang yang sentiasa berdusta dan

mencari-cari pendustaan itu akan ditulis di sisi Allah itu sebagai


Kadzzab (pendusta)”.
(Sahih Bukhari)
Baginda SAW bersabda lagi dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah RA yang bermaksud:
“Kamu akan mendapati di antara seburuk-buruk manusia di sisi Allah
pada hari kiamat kelak ialah si talam dan muka, yang mendatangi satu
kelompok dengan suatu wajah, dan mendatangi kelompok lain pula
dengan wajah yang lain”.
(Sahih Muslim)
8

Ciri seterusnya ialah Islam menuntut media agar menentang sebarang laporan dan
penyebaran yang berbaur penghinaan dan membuka keaiban seseorang muslim yang lain
melainkan dalam beberapa situasi khusus yang membawa maslahat yang lebih besar
kepada agama dan masyarakat.
Selain itu, Allah SWT juga telah memberi amaran yang keras kepada mereka yang
gemar menjatuhkan maruah seorang
wanita mu’minah dan membuka keaibannya yang pastinya akan menyakitinya dan
menggangu kehidupannya. Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 11:
ِ ِ ِ ِِ ِ َّ
‫اَّن َو إِ ْْثًا مُ بِينًا‬ ْ ‫ي َوا لْمُ ْؤم نَات بِغَ ْْيِ مَ ا ا ْك تَ سَ بُوا فَ قَ د‬
ً َ‫اح تَ َم لُوا ُُبْت‬ َ ‫ين يُ ْؤذُ و َن ا لْ ُم ْؤم ن‬
َ ‫َوا ل ذ‬
(Al-Ahzab: 58)
Maksudnya: “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan
mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah
memikul kebohongan dan dosa yang nyata”.
Walaupun mereka yang terlibat dalam perkara ini telah dijanjikan hukuman yang
buruk, akan tetapi sebaliknya mereka yang berusaha menutup keaiban saudaranya di
dunia ini telah dijanjikan kegembiraan oleh Allah SWT sepertimana dari sebuah hadis
sahih yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menutup (keaiban) seorang muslim itu, maka Allah akan
menutup (keaibannya) di dunia dan di akhirat”.
(Riwayat Muslim)
Oleh itu, setiap individu perlu menjauhi daripada melanggar perintah Allah yang jelas
dan nyata ini. Begitu juga daripada mengikut gossip-gosip dan tohmahan sangka-
sangkaan, kerana ianya akan melibatkan diri ke dalam dosa yang besar. Rasulullah SAW
pula bersabda dalam menjelaskan perkara ini dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah RA yang bermaksud:
“Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu
adalah saudara bagi seorang muslim, (dia) tidak menzaliminya, tidak
menjatuhkannya (mengkhianatinya), dan tidak merendah-rendahkannya. Taqwa
di sini- sambil mengisyaratkan ke dadanya tiga kali- Memadailah seseorang itu
dengan kejahatan hanya dengan memperlekehkan saudara muslimnya. Setiap
muslim itu haram untuk (ditumpahkan) darahnya, (dirosakkan) hartanya,
(dicabul) maruahnya”.
(Sahih Bukhari)
Ciri Islam dalam media yang seterusnya ialah media Islam mestilah sebuah badan
info yang berpaksikan fakta yang jelas dan
benar, serta tidak tergesa-gesa bersaing dalam menyiarkan sebuah berita yang tidak sahih
lagi kesahihannya. Malah berita-berita sebegini kebanyakanya tidak sepenuhnya benar
dan mampu menyebabkan konflik yang lebih besar kepada individu mahupun negara.
Dalam menjelaskan kepentingan sumber-sumber maklumat yang tepat dan benar Allah
SWT telah berfirman dalam Surah al-Hujurat ayat 6. Firman Allah:
ٍ‫ص يب وا قَ وم ا ِِب ه ا لَة‬
ِ ِ ِ َّ
َ َ ً ْ ُ ُ‫ين آمَ نُوا إِ ْن َج اءَ ُك ْم فَاس ٌق بِنَ بَإٍ فَ تَ بَ يَّ نُوا أَ ْن ت‬ َ ‫ََي أَيُّ َه ا ا ل ذ‬
ِِ
‫ي‬ ُ ِ‫ص ب‬
َ ‫ح وا عَ لَ َٰى مَ ا فَ عَ لْ تُ ْم ََّن د م‬ ْ ُ‫فَ ت‬
(Surah al-Hujurat: 6)
Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik
membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan
suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan
kamu menyesal atas perbuatanmu itu”.
Firman Allah lagi dalam surah yang sama:
9

ِ ِ ِ ‫َي أَيُّ ه ا ا لَّذِ ين آم نُوا‬


ٌ‫ض ال ظَّنِ إِ ْْث‬
َ ْ‫اج تَن بُوا َك ث ْيًا م َن ال ظَّنِ إِ َّن بَ ع‬
ْ َ َ َ َ
(Surah al-Hujurat: 12)
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah daripada banyak
berprasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa”.
Ciri lain ialah media berperanan mendamaikan persengketaan, bukannya
memecah belahkan keluarga, masyarakat seagama, mahupun politik. Media dalam Islam
bukan hanya menyebarkan maklumat-maklumat benar, akan tetapi dalam masa yang
sama memikirkan impak atau kesan bagi penyebaran maklumat tersebut. Aspek
kemaslahatan umum yang lebih utama diberi keutamaan dan perhatian.
Pertikaian dan persengketaan yang membawa kemudharatan perlu diberi
penekanan oleh media untuk dicari jalan penyelesaiannya bersama. Ini boleh dilihat di
mana-mana negara bahawa kerosakan atau perpecahan daripada peringkat keluarga,
sahabat, sehingga kepada peringkat negara, serta kegoncangan kedamaian awam terjadi
banyak disebabkan oleh laporan-laporan media yang hanya mementingkan aspek
persaingan dan keuntungan. Bahkan, mereka mengenepikan aspek kemaslahatan dan
tanggungjawab media yang telah digariskan oleh Islam. Allah SWT telah berfirman
dalam Surah al-Hujurat ayat 9-10:
‫األخَرى فَ َقاتِلُوا الَِِّت‬ ِ ‫ان ِمن الْمؤِمنِي اقْ ت ت لُوا فَأ‬
ْ ‫اُهَا َعلَى‬ ُ ‫ت إِ ْح َد‬ ْ َ‫َصل ُحوا بَْي نَ ُه َما فَإِ ْن بَغ‬ ْ َ َ َ ْ ُ َ ِ َ‫َوإِ ْن طَائَِفت‬
‫ي‬ ِِ
َ ‫ب الْ ُم ْقسط‬ َّ ‫َصلِ ُحوا بَْي نَ ُه َما ِِبلْ َع ْد ِل َوأَقْ ِسطُوا إِ َّن‬
ُّ ‫اّللَ ُُِي‬ ْ ‫ت فَأ‬
َِّ ‫تَبغِي ح ََّّت تَِفيء إِ ََل أَم ِر‬
ْ َ‫اّلل فَإِ ْن فَاء‬ ْ َ َ ْ
‫اّللَ لَ َعلَّ ُك ْم تُ ْر ََحُو َن‬
َّ ‫َخ َويْ ُك ْم َواتَّ ُقوا‬ ِ ‫إََِّّنَا الْمؤِمنو َن إِخوةٌ فَأ‬
َ‫يأ‬ َ ْ َ‫َصل ُحوا ب‬
ْ َْ ُ ُْ
(Surah al-Hujurat: 9-10)
Maksudnya: "Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang, maka
damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya
terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu
sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah.
Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara
keduanya dengan adil, dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang
yang berlaku adil. Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu
damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu
mendapat rahmat."
Bebas juga merupakan antara ciri Islam dalam media. Media bercirikan bebas ini
mempunyai syarat iaitu ianya mestilah tidak menjurus ke arah keburukan seperti
menyakiti seseorang, mengaibkan, mengganggu ketenteraman hidupnya dan sebagainya.
Kebebasan yang disebutkan ini bukanlah seperti apa yang didakwa sebagai
tanggungjawab kewartawanan, tetapi ianya merupakan satu kebebasan yang tertakluk
kepada adab-adab dan akhlak Islamiyyah yang unggul. Firman Allah dalam Surah an-
Nur ayat 19:
‫اب أَلِيمٌ ِِف‬ ِ َّ
َ ‫ش ةُ ِِف ا ل ذ‬
ٌ ‫ين آمَ نُوا ََلُ ْم عَ َذ‬ َ ‫اح‬ِ َ‫أَ ْن تَ ِش يع ا لْف‬
َ ‫ين ُُيِ بُّ و َن‬ ِ َّ ِ
َ ‫إ َّن ا ل ذ‬
‫اّللُ يَ عْ لَ مُ َوأَنْ تُ ْم َل تَ عْ لَ ُم و َن‬
َّ ‫َو‬ ۚ ِ‫الد نْ يَا َو ْاْل ِخ َرة‬
ُّ
(Surah an-Nur: 19)
Maksudnya: “ Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat
keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia
dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui”.
Sesungguhnya Islam telah menjamin hak kebebasan individu dan perhubungan
sesama manusia 14 kurun yang lepas. Islam juga menjamin kebebasan meluahkan,
10

mencari maklumat dan kebenaran untuk ditafsirkan, disebarkan manfaatnya dan


diselesaikan bersama. Kebebasan ini sama seperti kebebasan beragama seperti dalam
Surah al-Baqarah ayat 256 Allah berfirman:
ُّ َ‫َل إِ ْك َراهَ ِِف الدِ ي نِ قَ ْد تَ بَ َّي‬
ۚ ِ‫الر ْش ُد ِم َن ا لْغَي‬
Maksudnya: “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya
telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat”.

Akan tetapi, ia bukanlah kebebasan sepenuhnya seperti yang diperkenalkan oleh


barat ketika memperjuangkan hak-hak kebebasan sehingga terhakisnya hak-hak
kehormatan. Ini kerana, kebebasan sepenuhnya ini banyak didorong oleh syahwat yang
membawa ke arah kerosakan. Oleh itu, Islam telah menetapkan garis-garis panduan yang
memandu kebebasan ini bagi menjamin keharmonian masyarakat.
Imam Syafi’e dalam bait sya’irnya berkata:
Jika kamu tersepit di antara dua urusan,
Dan kamu tidak ketahui manakah yang salah dan yang
benar,
Maka belakangilah hawa nafsumu kerana ia,
Memandu diri ke arah lembah yang mengaibkan (tercela).
Ciri lain ialah bercirikan kesyumulan Islam, tidak hanya memilih-milih
sebahagian aspek Islam dan meninggalkan sebahagian yang lain demi kepentingan
tertentu. Malah, media berperanan menyebarkan segala yang bersangkut paut dengan
agenda Islam seperti aqidah, hukum-hakam, adab, akhlak, dan segala yang bersangkut
paut dengan kepentingan dunia dan akhirat.
Sesungguhnya Da’wah Islamiyyah itu merupakan dakwah yang umum
merangkumi keseluruhan manusia pada setiap zaman dan tempat.
Firman Allah ketika mencela sikap Yahudi yang meninggalkan sebahagian ajaran
Taurat dan mengambil sebahagian yang lain mengikut kehendak dan kepentingan
mereka. Firman Allah:
ِ ِ ِ َ ِ‫ض ۚ فَم ا ج زاء م ن ي ْف ع ل ذََٰ ل‬ ٍ ْ‫اب َوتَ ْك فُ ُرو َن بِبَ ع‬ ِ َ‫ض ا لْكِ ت‬ ِ ْ‫أَفَ تُ ْؤ ِم نُو َن بِبَ ع‬
ٌ ‫ك م نْ ُك ْم إ َّل خ ْز‬
‫ي‬ ُ َ َ ْ َ ُ ََ َ
‫اّللُ بِغَافِ ٍل عَ َّم ا تَ عْ َم لُو َن‬ ِ ‫أَش دِ ا لْعَ َذ‬
َّ ‫اب ۗ َومَ ا‬ َ َٰ‫الد نْ يَا َويَ ْومَ ا لْقِ يَامَ ةِ يُ َردُّ و َن إِ ََل‬
ُّ ِ‫ِِف ا ْْلَيَاة‬
(Al-Baqarah: 85)
Maksudnya: “Apakah kamu beriman kepada sebahagian Kitab (Taurat), dan ingkar
terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian
daripadamu melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari Kiamat mereka

dikembalikan (kepada Allah) dengan azab yang paling dasyat. Dan tidaklah Allah lalai
daripada apa yang kamu kerjakan”.
Selain itu, Islam juga menuntut media untuk menjaga kemaslahatan umum dan
tidak menyalakan bibit-bibit fitnah yang mampu memecah-belahkan ummah. Firman
Allah dalam Surah an-Nisa’ ayat 148:
‫يما‬ ِ ُّ ‫اّلل ا ْْلهر ِِب‬
ِ ِ َّ ‫وء ِمن الْ َقوِل إَِّل من ظُلِم ۚ وَكا َن‬ ُّ ‫َل ُُِي‬
ً ‫اّللُ ََس ًيعا َعل‬ َ َ َْ ْ َ ‫لس‬ َ ْ َ َُّ ‫ب‬
(Surah an-Nisa’: 148)
Maksudnya: “Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang
kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui”.
11

Media Islam juga mengutamakan uslub-uslub yang baik dalam menyampaikan


mesej samada dalam bentuk paparan imej, video, ucapan, mahupun tulisan, serta
menegah dari uslub-uslub ta’sub, ekstrim, menyakiti dan segala bentuk uslub yang
bertentangan dengan kaedah Islam. Manhaj ini dapat dipetik dari firman Allah SWT
dalam Surah an-Nahl ayat 125:
ِ ِ ِ ‫ك ِِب ْْلِ ْك م ةِ وا لْم وعِ ظَةِ ا ْْل‬
‫أَح سَ ُن ۚ إِ َّن‬
ْ ‫س نَ ة َو َج اد َْلُ ْم ِِب لَّ ِِت ه َي‬
ََ َْ َ َ َ ِ‫ادعُ إِ ََلَٰ َس بِي ِل َرب‬
ْ
‫ين‬ ِ ِ ِِ ِ ِ
َ ‫ك ُه َو أَعْ لَ مُ ِبَ ْن ضَ لَّ عَ ْن َس ب يل ه َوهُ َو أَعْ لَمُ ِب لْ ُم ْه تَد‬َ َّ‫َرب‬
(Surah an-Nahl: 125)
Maksudnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran
yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah
yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih
mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”.
Segala kritikan dan teguran serta isu-isu besar dan kontroversi dalam media perlu
dilaksanakan secara berhikmah, iaitu seperti yang dikatakan oleh Dr. Wahbah az-
Zuhailiy (1991) ketika mengulas tafsir ayat di atas: “Dengan kata-kata yang

bijaksana dengan disertakan dengan bukti-bukti yang jelas sekaligus menghilangkan


keraguan”.
Allah berfirman lagi ketika memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun AS untuk
menyampaikannya mesejnya kepada pemerintah paling berkuasa di muka bumi ketika itu
yang paling keras penentangannya terhadap mesej Allah, iaitu Firaun yang bermaksud:
“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui
batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang
lemah-lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut”.
(Surah Taha: 43-44)
Ciri seterusnya ialah media ditegah dari mencela atau menyingkap aib pemimpin
Islam. Walaupun terdapat pada diri pemimpin muslim tersebut beberapa kemungkaran
yang wajar diubah, akan tetapi ianya tidak dilakukan secara terang-terangan
ataupun disebarkan kepada umum. Apatah lagi sekiranya khabar tersebut tidak benar
pada hakikatnya, maka perkara tersebut sudah menjadi fitnah. Bantahan atau teguran
kepada pemimpin-pemimpin Islam seharusnya dilakukan secara tersembunyi.

6.0 Jenis-jenis Media

Apabila menyebut sahaja media, ia sebenarnya sesuatu yang agak umum. Hal ini kerana,
media sebenarnya mempunyai beberapa jenis. Antaranya ialah media visual, media
audio, media audio visual dan yang terkahir ialah multimedia.
Media visual ialah mencakupi semua media yang dapat dilihat, dibaca, dan diraba.
Maka, secara jelasnya media jenis ini memerlukan kepada penggunaan pancaindera
penglihatan manusia ataupun teknik rabaan bagi mereka daripada golongan orang
kelainan upaya. Contoh kepada media ini ialah gambar, buku, teks, dan al-Quran.
Manakala, media audio pula ialah media yang memerlukan penggunaan
pancaindera pendengaran manusia. Media jenis ini mengandungi pesan dan mesej dalam
bentuk auditif yang dapat
merangsang fikiran dan juga perasaan pendengar. Contoh media jenis ini ialah suara,
muzik, lagu, kaset, dan siaran radio.
Media jenis audio visual pula ialah kombinasi dan gabungan daripada media
audio dan juga media visual. Ini bermakna, media ini ialah media yang memerlukan
kepada pancaindera pendengaran dan penglihatan sekaligus. Contohnya seperti filem,
12

video, drama, pementasan, dan juga televisyen yang mana semua ini memerlukan kepada
pendengaran dan juga penglihatan untuk menghayatinya.
Dan yang terakhir ialah multimedia. Multimedia juga sebenarnya merupakan
media audio visual tetapi multimedia lebih lengkap berbanding media audio visual. Ini
kerana, media jenis ini menggabungkan pelbagai format media seperti teks, gambar,
grafik, suara, video, dan animasi. Dan contoh media jenis ini ialah internet.

7.0 Prinsip Perundangan Islam terhadap Media

Dewasa ini, jika kita meneliti rancangan televisyen dan radio, kita dapati bahawa terdapat
pencampuran antara kebaikan dan keburukan dalam siarannya.
Siaran yang membawa kepada kebaikan boleh kita klasifikasikan terhadap
beberapa rancangan seperti siaran berita, hal ehwal semasa, rancangan berbentuk ilmu
pengetahuan, agama, dan juga hiburan dan kesenian yang selari dengan syariat Islam.
Manakala, rancangan yang membawa kepada keburukan ialah hiburan yang tidak selari
dengan syariat Islam, pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, mendedahkan aurat,
hasutan, dan sebagainya. Jika disimpulkan, dapat kita lihat bahawa hanya sedikit sahaja
rancangan yang bermotifkan ilmu pengetahuan dan menyuruh kepada kebaikan dan
kesejahteraan.
Pendekatan Islam dalam menanggani apa jua masalah semasa adalah jelas iaitu
asal sesuatu itu adalah harus. Keharusan ini diberi selagi tidak membawa apa-apa
kemudaratan. Justeru, jika timbul sebarang kemudaratan maka hukumnya akan berubah
kepada tahap yang seterusnya iaitu makhruh dan juga haram. Jika siaran di dalam media
berkenaan menyeru kepada kebebasan yang melampau, kemungkaran dan kejahatan,
maka memiliki, membaca, menonton, dan mendengar rancangan-rancangan tersebut
adalah haram dan berdosa di sisi Islam.
Ulama berhujah dengan dalil-dalil berikut (Ulwan 1986):
1. Memelihara dan menjaga maqasid syaria’h (gagasan perundangan Islam) yang
lima iaitu memelihara agama, akal fikiran, keturunan, nyawa dan harta benda.
Segala yang dibawa oleh syariat Islam ialah untuk memelihara lima perkara
tersebut. Oleh itu segala siaran yang bertentangan dengan syariat Islam adalah
diharamkan.
2. Hadis Nabi Muhammad SAW:
‫الضرر و الضرار‬
Maksudnya: “Tidak membahayakan diri sendiri dan tidak membahayakan diri
orang lain”.
Bagi mencegah kemungkaran dan kejahatan, maka memiliki, menonton, dan
mendengar media berkenaan adalah haram.
3. Kebanyakan siaran media yang disiarkan adalah diiringi dengan muzik-muzik,
nyanyian-nyayian yang mempersonakan, dan tarian yang mendedahkan aurat.
Mendengar muzik dan nyayian yang melalaikan adalah diharamkan, maka
memilikinya juga adalah haram. Firman Allah SWT:
‫فَ َال‬ َّ‫ۚ إِ ِن اتَّ قَ يْ ُُت‬ ِ‫َي نِس اء ال ن َِّبِ لَس ُتَّ َك أَح دٍ ِم ن النِس اء‬
َ َ َ ُْ َ َ َ
‫قَ ْو ًل مَ عْ ُروفًا‬ ‫ض َوقُ لْ َن‬ ِ‫ََتْض ع ن ِِب لْقَ و ِل فَ ي طْم ع ا لَّذِ ي ِِف قَ لْ بِ ه‬
ٌ ‫مَ َر‬ ََ َ ْ ََْ
(Surah al-Ahzab: 32)
Maksudnya: “Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana
perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu, janganlah kamu
berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing)
kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit
13

dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah
dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)”.
Firman-Nya lagi:
ۚ ‫ي عَ لَيْ ِه َّن ِم ْن َج َال بِي بِ ِه َّن‬ ِ ِِ ِ ِ ِ ِ
َ ‫ي يُ ْد ن‬َ ‫ك َون سَ اء ا لْ ُم ْؤم ن‬ َ ِ‫ك َوبَ نَات‬ َ ‫ََي أَيُّ َه ا ال ن َِّبُّ قُلْ أل َْز َواج‬
ِ ِ
‫يم ا‬
ً ‫ورا َرح‬ ً ُ‫اّللُ غَ ف‬ َ ‫ذََٰ ل‬
َّ ‫ك أَدْ ََنَٰ أَ ْن يُعْ َرفْ َن فَ َال يُ ْؤذَ يْ َن ۗ َوكَ ا َن‬
(Surah al-Ahzab: 59)
Maksudnya: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak
perempuanmu serta perempuan -perempuan yang beriman, supaya
melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa
mereka keluar). Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal
(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak
diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani”.
Berdasarkan hujah dan dalil di atas bolehlah kita katakan bahawa
siaran media adalah alat yang boleh digunakan ke arah kebaikan dan
kemungkaran. Tidak dinafikan juga terdapat siaran -siaran dan rancangan-
rancangan yang memberi faedah dan manfaat yang bes ar terhadap masyarakat
secara umum. Mendengar bacaan al-Quran, hadis-hadis Nabi, ceramah-
ceramah agama, nasihat, saranan, berita dalam dan luar negara, lakonan suara
kisah-kisah bersejarah dan lain-lain siaran yang berfaedah adalah diharuskan
(Solahin 1999).
Islam tidak melarang umatnya membuat lakonan dan ianya bukanlah
dianggap sebagai satu tiruan atau penipuan kerana semua individu
mengetahui bahawa tontonan mereka bukanlah sesuatu yang hakiki, tetapi
hanyalah lakonan dan gambaran semata-mata. Akan tetapi, lakonan bukanlah
diharuskan tanpa batasan dan Islam telah menetapkan ciri -ciri lakonan yang
dibenarkan oleh syara’.
Antara ciri-ciri lakonan yang dibenarkan oleh syara’ ialah tidak
melakonkan watak individu-individu yang suci dalam sejarah manusia sep erti
para nabi-nabi, Khulafa al-Rasyidin, dan tidak melakonkan sesuatu yang
melalaikan. Lakonan juga mestilah bermotifkan kepentingan agama, ilmu dan
akhlak berlandaskan al-Quran dan juga al-Sunnah, tiada unsur-unsur Barat
atau lakonan yang menghina ajaran Islam dan lain-lain.
Selain itu, daripada aspek penulisan skrip pula mestilah bertujuan
menyeru ke arah jalan kebaikan dan kebenaran. Menonton wayang dan teater
pula mestilah menurut lunas-lunas syara’ dan tiada percampuran antara lelaki
dan perempuan serta perkara yang melalaikan.

8.0 Peranan Media

Sudut pandang Islam dan Barat dalam membicarakan soal peranan media sememangnya
agak berbeza. Ini kerana fokus utamanya adalah mencapai redha Allah. Manakala
daripada sudut Barat pula hanya mementingkan dunia dan untuk dunia semata-mata.
Namun, tidak dapat dinafikan ada juga peranan-peranan yang sama akan tetapi berlainan
cara dan perlaksanaannya sudah semestinya mengikut hukum syariat Islam.

8.1 Pandangan Dari Sudut Barat


Pengkaji media massa di Barat seperti Laswell, Schramm, Wright, dan Lazarsfeld lima
peranan utama media iaitu pengawas kepada alam sekeliling (surveillance), membincang
14

dan mencadangkan perubahan-perubahan yang perlu dilakukan dalam masyarakat


(correlation), menyampaikan warisan ilmu, norma dan nilai kepada generasi baru
(ethicizing function), menafsirkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat
(interpreter), dan akhir sekali watchdog (pengawas atau muhtasab) kepada kerajaan
(Zulkiple 2001).
Perubahan yang berlaku dalam masyarakat juga menambah beberapa peranan
baru bagi media seperti membentuk pendapat umum terutama ketika pilihanraya
dijalankan, menjual barangan atau perkhidmatan melalui pengiklanan, membentuk
keharmonian dan perpaduan kaum, serta menjadi catalist dalam pembangunan negara.

8.2 Pandangan Dari Sudut Islam

Peranan media dari perspektif Islam antaranya ialah menyuruh ataupun menyeru kepada
yang makruf, menegah perkara yang mungkar, menyatakan sesuatu yang benar dan tidak
memutarbelitkan kenyataan dan kepentingan diri atau kumpulan.
Bagi menikmati suatu kehidupan yang selamat dan maju, manusia sentiasa
memerlukan informasi dan maklumat. Oleh itu manusia berhubung dengan sumber ilmu
samada secara langsung ataupun melalui media massa yang menyalurkan ilmu dan
maklumat dari paparan berita, hiburan dan lain-lain.
Islam melihat media sebagai penyampai informasi yang memikul tanggungjawab
yang besar bagi mencapai matlamat yang digariskan. Antara matlamat media yang perlu
dicapai adalah memantapkan ummah dengan kefahaman-kefahaman terhadap hakikat
agama Islam bagi melindungi umat Islam dari bencana kejahilan terhadap ajaran agama.
Di samping itu, media bermatlamat memperkukuh usaha kearah pembentukan umat Islam
yang multazim dengan akidah dan syariah serta memiliki akhlak dan sahsiah seorang
muslim.
Malah, di dalam era informasi ini, media massa mempunyai pengaruh yang cukup
besar terhadap pembentukan pemikiran masyarakat. Dengan kemajuan teknologi terkini,
semua maklumat samada baik atau tidak baik dapat sampai ke segenap lapisan
masyarakat di dalam dan di luar bandar. Oleh itu, media sewajarnya menjalankan fungsi
dan peranan mereka sebagai pembimbing, pemdakwah, dan pendidik yang
bertanggungjawab dalam kerangka mewujudkan masyarakat yang maju dan beradab.
Namun hakikat yang berlaku ialah fungsi tersebut tidak seimbang di mana fungsi
menghibur lebih menonjol kerana kepentingan tertentu sehingga fungsi pendidikan
menjadi terpinggir.
Bagi memastikan matlamat media ini dicapai, kod etika media berlandaskan
lunas-lunas syariat Islam wajar dilhat dan dipatuhi. Antara perkara yang perlu ditekankan
ialah konsep hikmah atau bijaksana yang ditekankan dalam Islam iaitu dengan
menyesuaikan program-program yang disiarkan dengan sasaran penonton itu sendiri. Ini
adalah kerana penonton-penonton yang disasarkan terdiri daripada pelbagai peringkat
umur. Ini juga bagi memastikan program-program yang disiarkan bertepatan dengan
waktu yang sesuai dan sasaran khalayak penonton. Selain itu juga, kandungan dan intipati
program yang disiarkan terkandung nilai pendidikan yang baik, mendorong manusia
untuk maju, sejahtera, dan memiliki budi pekerti yang mulia. Dalam hal ini, program
yang disiarkan tidak harus meminggirkan unsur hiburan yang cuba diketengahkan dalam
kehidupan masyarakat. Apa yang penting bagaimana ia diolah dan diterjemahkan akan
selari dan tidak bertentangan dengan apa yang dibawa oleh syariat Islam.
Media juga harus berhati-hati agar tidak terjebak dengan cara yang tidak beretika
seperti memfitnah sama ada dalam bentuk ucapan, tulisan, atau gambar yang boleh
menjatuhkan kehormatan orang lain. Ini tertulis dalam kitab Allah, bahawa membuka aib
15

orang lain (ghibah) sangat ditegah oleh Islam kerana ia boleh memecah-belah dan
memporak-perandakan umat Islam. Namun, hakikatnya, inilah yang banyak berlaku
terutama di dalam
rancangan yang berbentuk hiburan yang kadang-kala mengambil kesempatan di atas
cerita-cerita dan khabar angin yang disampaikan sehingga boleh mengaibkan dan
menjatuhkan maruah seseorang individu dan juga keluarganya.
Di dalam al-Quran Allah ada berfirman yang bermaksud:
“…..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada
pembunuhan”.
Selain itu, Islam juga turut menegah mengadu-domba (namimah) antara
seseorang dengan seseorang yang lain kerana boleh menimbulkan perpecahan. Perbuatan
ini jelas membawa keburukan dan tiada kesudahannya kerana masing-masing cuba untuk
menegakkan benang yang basah sehingga membawa permusuhan dan pergolakan.
Sebaliknya, Islam bukan hanya menekankan hubungan yang baik tetapi perlunya rasa
ikhlas dalam hati agar wujudnya perasaan kasih-sayang (mahabbah) dan hormat
menghormati antara satu sama lain. Malah, dalam melaksanakan etika media yang
dinyatakan, setiap proses komunikasi yang berlaku dilandaskan atas prinsip dakwah iaitu
menyeru kepada

kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran (Zaki 2011). Ini ditegaskan dalan Surah
al-Imran ayat 104. Allah SWT telah berfirman:
َ ‫أُولَِئ‬ ِ
َٰ ‫وف وي نْ ه ونَ عَ ِن ا لْم نْكَ ِر ۚ و‬ ِ
‫ك‬ َ ُ ْ َ َ َ ُ‫وَلْتَكُ نْ م نْكُ مْ أُمَّ ةٌ يَدْ عُونَ إِ ََل ا ْْلَ ْْيِ وََيَْمُرُونَ ِِب لْمَعْر‬
‫ح ون‬ ُ ِ ‫هُمُ ال ْ مُ ف ْ ل‬
(Surah al-Imran:104)
Maksudnya: “Dan hendaklah diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh membuat segala perkara yang
baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”.

9.0 Penutup

Sebagai kesimpulan, Islam dalam media ialah suatu proses


mengislamisasikan perkhidmatan penyampaian maklumat dalam segenap
aspek seperti sumber, bahan, tujuan, perancangan, kaedah, uslub, dan
sebagainya. Ia sepatutnya
dipatuhi bagi membanteras media semasa yang kebanyakannya hanya
bermotifkan keuntungan dan hiburan semata-mata.
Konsep dan falsafah Islam dalam media melihatkan kepada garis -garis
panduan yang sememangnya berpegang kepada ajaran agama Islam secara
keseluruhan. Matlamat dan objektif media dalam Islam pula adalah untuk
berkhidmat serta memberi manfaat kepada Islam dan umatnya ia itu dengan
membela nasib, hak, dan kepentingan umat Islam. Selain itu, memelihara
media mengikut acuan syariat Islam juga dapat membina akhlak insan yang
akan melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun dan berakhlak baik.
Media juga hendaklah sentiasa be rpegang kepada kata dan maklumat
yang benar dalam apa jua situasi dengan mementingkan kemaslahatan umum
serta menentang sebarang bentuk laporan dan juga penyebaran yang
mengandungi unsur-unsur penghinaan dan membuka aib seseorang muslim
yang lain kecuali dalam beberapa keadaan yang dibenarkan oleh syara’.
16

Media merupakan perantaraan yang perlu dimanfaatkan untuk tujuan


tersebut. Walaupun istilah “media” bukan berasal daripada tamadun
keagungan Islam, tetapi ia merupakan medium yang perlu digerakkan secara
praktikal bagi memenuhi matlamat dakwah. Peranan media yang dimiliki oleh
orang Islam perlu digaris secara jelas tanpa kabur kerana umat Islam berhak
mendapat khidmat media seperti yang diajar dalam Islam.
Kurangnya asas agama yang terdapat dalam diri pen onton kadangkala
akan menjebakkan diri mereka untuk meniru gaya dan perbuatan daripada
gaya yang tidak baik yang ditontoni di kaca televisyen. Rancangan -rancangan
yang berunsurkan seksual sepatutnya tidak ditayangkan langsung demi
menjaga kemaslahatan masyarakat lebih-lebih lagi kepada golongan kanak-
kanak dan remaja yang mempunyai pemikiran yang cetek dalam membezakan
antara yang benar dan yang batil. Manakala, rancangan -rancangan yang
berunsurkan mistik dan seram yang berupaya menjejaskan akidah patut
dihindarkan. Peranan ibu bapa, warga pendidik dan keseluruhan masyarakat
adalah amat besar dalam memantau anak-anak remaja serta ahli keluarga
mereka daripada terpengaruh secara keseluruhan dengan unsur -unsur
negative yang disiarkan di kaca televisyen. Menir u dan percaya secara
membuta tuli tentang budaya asing, unsur -unsur khurafat, dan perkara yang
bersalahan dengan akidah bukan sahaja akan merendahkan keperibadian,
merosakkan akhlak, menghilangkan harga diri sebagai seorang Islam, tetapi
juga akan melalaikan seseorang individu itu untuk melaksanakan
tanggungjawabnya terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, serta
menyumbang kepada keruntuhan tamadun serta pembangunan ekonomi
ummah.

Rujukan
Al-Quran.
Dr. Wahbah az-Zuhailiy. 1991. Tafsir al-Munir, Darul Fikr al-
Mua’sir, cetakan pertama, Beirut. Lubnan.
Eeman Mohamad Abbas. 2002. Sultan ‘Abd al-Hamid II dan
Kejatuhan Khilafah Islamiah. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Muhamad Zaki Mustafa, Ainurliza Mat Rahim, Zainol Abidin
Ahmad & Noor Adzrah Ramle. 2011. Representasi Islam dalam Media. Negeri
Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.
Mohd Yusof Hussain. 2006. The Practices and Roles of
Communication in Islam. Dlm Mohd Yusof Hussain. Media & Muslim Society.
Kuala Lumpur: International Islamic University Malaysia.
Nik Azran Mohamed & Mohd Mahadi Hj. Isa. 2005. Gerakan
Freemasonary Musuh dalam Menghancurkan Islam. Selangor. Lakhauf
Resources.
Siti Fatimah Sudin. 2002. Kedudukan dan Kemuliaan Manusia
Dlm. Mohd Nor Mamat, Mujaini Tarimin, Fatimah Salleh & Azizon Salleh. Insan
dan Manhaj Ketuhanan. Shah Alam: Pusat Pendidikan Islam, Universiti
Teknologi Mara.
Zulkiple Abd.Ghani & Mohd Safar Hasim. 2015. Komunikasi &
Media dari Perspektif Islam Konsep dan Amalan. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Zulkiple Abd.Ghani. 2001. Islam, Komunikasi dan Teknologi
17

Maklumat. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Disributors Sdn. Bhd.

You might also like