You are on page 1of 19

PANDUAN MENDIDIK

ANAK MENURUT
IMAM AL-GHAZALI
Diantara ramai ahli falsafah dan ahli fikir Islam, hanya Imam Al-Ghazali sahaja

yang telah mengkhususkan dalam penulisan beliau satu bab untuk kanak -

kanak diberi nama ”Ayyuh Al-Walad” bermaksud ”Wahai Anak”.

Di dalam bab itu Imam Al-Ghazali telah membentangkan dengan jelas prinsip -

prinsip asas yang penting untuk mendidik anak.

Menurut beliau, hati kanak-kanak adalah suci. Kemudian hati itu akan dicorak

oleh setiap apa yang menjadi cenderung kepadanya.

Sabda Nabi Muhammad(S.A.W) yang bermaksud:

“Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan fitrah(suci bersih); ibu bapa lah

yang menjadikan mereka Yahudi,Nasrani atau Majusi.” (Riwayat Bukhari)

Pendidikan kanak-kanak pada umumnya adalah berasaskan pada dua bahagian

iaitu apa yang ditiru daripada orang yang rapat sama ada ahli keluarga ataupun

rakan dan apa yang diperolehi secara asuhan. Oleh itu, keluarga dan sekolah

menjadi dua institusi terpenting dalam memupuk keperibadian kanak kanak.


INSTITUSI KELUARGA

Anak merupakan anugerah Allah SWT yang amat berharga kepada sesuatu

keluarga dan menjadi amanah Allah SWT kepada ibubapa.

Dengan itu, peranan mendidik anak itu menjadi tanggungjawab yang penting

bagi mereka. Imam Al-Ghazali menyebut ayat Al-Qur’an daripada Surah At-

Tahrim(66) :6, yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkanlah diri kamu serta keluarga

kamu daripada api neraka…”

Dan Nabi Muhammad (SAW) pula telah bersabda yang bermaksud:

“Adalah menjadi hak seseorang anak untuk mendapat nama yang baik dan

pendidikan yang betul daripada ayahnya” (Riwayat Bukhari)

Oleh kerana kanak-kanak meniru kelakuan ibubapanya, maka perlu ibubapa

menunjukkan contoh kelakuan yang sopan. Dalam institusi keluarga, kanak-

kanak perlu dididik dalam tiga aspek:

• Sebagai Individu

• Sebagai Ahli Masyarakat

• Sebagai Seorang yang Beragama


DIDIK ANAK SEBAGAI SEORANG INDIVIDU

Pendidikan sebagai individu boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu

pendidikan zahir dan pendidikan batin.

i. Pendidikan zahir adalah untuk memastikan pembentukan tubuh badan

yang sihat.

Dalam hal ini Al-Ghazali memberikan nasihat berikut:

a) Kanak-kanak memerlukan latihan jasmani setiap hari untuk mengelakkan

mereka daripada menjadi bosan dan malas.

b) Tabiat tidur pada waktu siang perlulah dihindarkan kerana kanak-kanak

menjadi bodoh dan malas. Tetapi, mereka jangan diganggu daripada tidur awal

pada waktu malam.

c) Jangan biarkan kanak-kanak tidur atas tilam yang terlalu lembut(empuk)

kerana ini akan menganggu pertumbuhan tubuh dan serta pembentukan otot-

otot yang sihat.

d) Selepas menyiapkan kerja rumah atau sekolah,kanak-kanak mestilah dibiar

bermain. Supaya tubuh badan dan daya pemikiran kanak-kanak berkembang

dengan baik.
DIDIK ANAK SEBAGAI SEORANG AHLI MASYARAKAT

Untuk mendidik kanak-kanak supaya dapat bergaul di dalam masyarakat

secara bertimbang rasa serta harmoni, Al-Ghazali memberi nasihat begini:

a) Ibubapa mesti duduk makan bersama-sama anak-anak mereka. Ini dapat


membantu pergaulan mereka dan mereka dapat mempelajari nilai bertimbang
rasa serta pengorbanan diri.

b) Kanak-kanak dilatih supaya tidak meminta daripada orang. Jika keluarga


dia kaya, dia perlu dinasihatkan supaya tidak kedekut untuk mendermakan
hartanya kepada orang miskin. Jika keluarganya miskin pula, dia perlu diajar
supaya tidak meminta-minta kerana sifat ini memalukan. Malah dia perlu
dibimbing supaya berusaha mencari harta sendiri secara yang jujur.

c) Kanak-kanak mestilah dilatih supaya tidak membangga diri. Dia juga perlu
diajar supaya tidak membazir dari segi makanan serta pakaian dan keperluan
lain. Apabila berhadapan dengan orang, dia haruslah diajar bersopan-santun,
berlemah-lembut serta merendah diri.

d) Ibubapa mestilah menjauhkan anak-anak daripada bergaul dengan orang


yang berakhlak buruk. Anak-anak perlulah dihindarkan daripada bercakap
kosong, mengatakan sesuatu yang tidak senonoh atau lucah. Dalam mendidik
anak, yang terpenting sekali ialah menjauhkan anak daripada bergaul dengan
mereka yang di gelar sebagai sampah masyarakat.

e) Ibubapa perlu mendidik anak-anak supaya menghormati orang-orang tua


serta mengikuti nasihat mereka yang baik dan berguna. Mereka mesti
bersopan - santun dan tidak mempermainkan orang tua.
DIDIK ANAK SEBAGAI SEORANG ORANG YANG BERAGAMA

Ibubapa bertanggungjawab mengajar agama kepada anak-anak.

Setelah berusia enam atau tujuh tahun,kanak-kanak mestilah diberi

tunjuk ajar serta kefahaman mengenai puasa, sembahyang,

menunaikan haji dan lain-lain.

Apabila mereka meningkat dewasa dan meningkat keupayaan

membezakan antara baik dengan buruk, mereka mesti diajar sekali

lagi berkenaan amal ibadat secara lebih mendalam serta

memberikan sebab-sebab dan kelebihan mengerjakan amal ibadat

itu.

Imam Al-Ghazali juga menyatakan bahawa ibubapa bukan sahaja

menjadi model dan teladan yang boleh ditiru oleh anak anak, malah

mereka mesti jugalah bertindak sebagai penasihat terhadap kelakuan

anak-anak.
Untuk membetulkan kelakuan yang buruk, Imam Al-Ghazali

memberikan petunjuk berikut:

a) Ibubapa mestilah memaafkan apa jua perkara yang tidak baik

yang dilakukan oleh kanak-kanak pada pertama kali ia

dilakukan.

Ibubapa perlu bercakap dengan anak-anak dengan penuh perasaan

dan belas kasihan.Terangkan kepada mereka mengapa kelakuan

mereka salah atau mengapa perbuatan mereka dikatakan tidak elok.

Kemudian, jelaskan apa yang patut mereka lakukan. Kanak-kanak

yang selalu dimarahi atau selalu dipukul dan didenda akan menjadi

susah untuk diasuh dan dididik.

b) Janga biar kanak-kanak melakukan sesuatu kegiatan tanpa

pengetahuan ibu bapa.

Anak-anak harus dilatih supaya bersikap telus dengan ibubapa

tentang setiap kegiatan mereka. Dengan tabiat telus, mereka tidak

akan melakukan perkara yang dilarang.


INSTITUSI SEKOLAH
Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa kanak-kanak perlu dihantar ke

sekolah di mana mereka akan diajar ilmu agama dan ilmu sains yang

berguna.

Seperti ibubapa, guru juga mempunyai tanggungjawab dan

kewajipan terhadap pendidikan kanak-kanak.

Al-Ghazali telah menerangkan kewajipan guru seperti berikut:

a) Seorang guru berkewajipan mempunyai perasaan belas kasih

terhadap kanak - kanak dan menganggap mereka seperti anak

sendiri.

b) Guru mestilah bertindak sebagai seorang yang memberikan

hukum hakam. Guru janganlah menganggap bahawa kanak-kanak

bertanggungjawab kepadanya walaupun perasaan

bertanggungjawab itu disemaikan padanya.


c) Guru wajib memberi apa jua bentuk nasihat yang berguna

kepada kanak kanak.

Guru juga perlu memastikan kanak-kanak tidak melakukan sesuatu

yang mereka masih belum layak untuk melakukannya. Mereka juga

perlu diasuh supaya memahami asas sesuatu ilmu dengan jelas

sebelum mereka meneroka ke bidang ilmu yang lebih mendalam.

d) Seorang guru memerlukan ketabahan dan kesabaran, iaitu

menasihati kanak-kanak supaya mengelakkan daripada

berkelakuan buruk.

Cara paling berkesan memberi teguran kepada kanak-kanak adalah

secara individu, berterusterang bukan dikhalayak ramai. Teguran

pula perlulah disampaikan dengan nasihat yang lemah-lembut serta

penuh belas kasih. Kecaman secara terbuka tidak akan berkesan

menghindarkan kelakuan buruk, malah ia akan menyebabkan kanak-

kanak menjadi ingkar dan menyimpan perasaan dendam.


e) Apabila guru menyampaikan sesuatu ilmu Agama atau ilmu Sains,

janganlah dia memperlekehkan bidang ilmu lain dihadapan kanak-

kanak yang diajarnya.

f) Guru mestilah memastikan bahawa penyampaiannya jelas dan

tidak mengelirukan kanak-kanak.

Guru juga hendaklah memastikan bahan pengajaran tidak terlalu

tinggi bagi pemahaman peringkat umur kanak-kanak yang diajarnya.

Ini adalah untuk memastikan kanak-kanak tidak mengalami

kebuntuan fikiran yang akan membuat mereka bosan dengan apa

yang diajar.

g) Bagi kanak-kanak yang lemah daya pemikirannya, guru dan ibu

bapa hendaklah berganding bahu serta memberi perhatian dan

penumpuan yang lebih demi untuk memastikan pencapaian mereka

tidak tergugat.
h) Guru hendaklah mengamalkan apa sahaja yang diajarnya dan

jangan membiarkan perbuatan atau kelakuannya bercanggah

dengan nasihatnya. Ini adalah kerana contoh melalui teladan

dikuasai oleh apa yang dilihat oleh pancaindera.

Daripada apa yang telah dibentangkan,jelaslah bahawa prinsip yang

diutarakan oleh Imam Al-Ghazali untuk mendidik anak adalah

berasaskan kebijaksanaan serta pengalaman beliau sebagai pendidik.

Beliau amat mementingkan cara mendidik yang lemah-lembut serta

penuh belas kasih dan timbang rasa.

Beliau tidak menggalakkan kekerasan atau ugutan bagi membentuk

keperibadian anak. Malah, lebih suka anak dinasihatkan secara

berbincang dan diterangkan dengan jelas mengapa perasaan atau

perbuatan mereka itu dikatakan baik atau buruk.

Semoga nasihat Imam Al-Ghazali menjadi pedoman dan amalan kita

bersama untuk mengasuh dan mendidik generasi kita masa kini dan

akan datang.
10 NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA

Berdasarkan al-Qur’an surat Luqman ayat 13, 16, 17, 18, dan 19

terdapat sepuluh Nasihat Lukmanul Hakim kepada anaknya.

10 nasihat tersebut adalah sebagai berikut:

1. Bersyukurlah kepada Allah, kerana bersyukur itu adalah untuk

dirimu sendiri dan jika tiada sesiapa yang bersyukur,

sesungguhnya Allah itu Maha kaya lagi Maha Terpuji.

Lukman berpesan kepada anaknya sebagai orang yang paling

disayanginya dan paling berhak mendapat pemberian paling utama

dari pengetahuannya. Oleh karena itulah, Lukman dalam nasihat

pertamanya berpesan agar anaknya menyembah Allah semata, tidak

mempersekutukan-Nya dengan dengan sesuatu pun seraya

memperingatkan kepadanya.
2. Nasihat Agar Berbuat baik kepada kedua orang ibu bapa

(Surah 31 Luqman : ayat 14)

Ertinya: "Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik)

kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam

keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam

usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang

tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.”

Ini disokong lagi dengan Surah 17 Al-Isra : ayat 23

Ertinya : “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan

menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu

bapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara

keduanya atau kedua -duanya sampai berumur lanjut dalam

pemeliharaanmu. Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan

kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak

mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.”


3. Nasihat agar Memegang Teguh Ketauhidan dan sedar akan
pengawasan Allah. (Surah 31 Luqman ayat 16)

Ertinya: (Luqman berkata): “Hai anakku, sesungguhnya jika ada

(sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di

langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya

(membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha

Mengetahui.”

Seandainya amal sekecil dzarrah (biji kecil) itu dibentengi dan

ditutupi berada dalam batu besar yang membisu atau hilang dan

lenyap di kawasan langit dan bumi, maka sesungguhnya Allah SWT

pasti akan membalasnya. Demikianlah karena sesungguhnya Allah

pasti akan membalasnya. Demikianlah karena sesungguhnya Allah,

tiada sesuatu pun yang tersembunyi bagi-Nya dan tiada sebutir

dzarrah pun, baik yang ada di langit maupun di bumi, terhalang dari

penglihatan-Nya.
Oleh sebab itulah disebutkan oleh firman-Nya
(Surah 31 Luqman : ayat 13)

Ertinya: “Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.”

Lathiifun, Maha Halus pengetahuan-Nya, sehingga segala sesuatu

tiada yang tersembunyi betapa pun lembut dan halusnya. Khabiirun,

Maha Mengetahui langkah-langkah semut sekecil apa pun yang ada

di kegelapan malam yang sangat pekat.

Jamaal ‘Abdul Rahman mengutip pemaparan al-Qurthubi, diceritakan

bahawa anak Lukman al-Hakim bertanya kepada ayahnya tentang

sebutir biji yang jatuh ke dasar laut, apakah Allah mengetahuinya?

Maka Lukman menjawabnya dengan mengulangi jawaban semula

yang disebutkan dalam firman-Nya (Surah 31 Luqman : ayat 16)


4. Nasihat Agar Mendirikan Solat (Surah 31 Luqman : ayat 17)

Lukman al-Hakim terus-menerus memberikan arahan kepada

anaknya dalam pesan selanjutnya.

Kisahnya disebutkan oleh firman-Nya,

Ertinya : “Hai anakku, dirikanlah solat….”

5. Nasihat Agar Memiliki Keberanian Memerintah kepada

Kebaikan (Surah 31 Luqman : ayat 17)

Pesan Lukman al-Hakim adalah agar anaknya memiliki keberanian

untuk memerintah manusia untuk berbuat baik.

Firman Allah SWT,

Ertinya: “…dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik….”

6. Nasihat Agar Memiliki Keberanian Mencegah Kemungkaran


(Surah 31 Luqman : ayat 17)

Ertinya :“…dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar….”


7. Nasihat Agar Bersabar Terhadap Musibah yang Menimpa

(Surah 31 Luqman: ayat 17)

Ertinya: “…dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.

Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan

(oleh Allah).”

8. Nasihat Agar Tidak Bersikap Sombong terhadap Orang Lain

(Surah 31 Luqman: ayat 18)

Ertinya: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia

(karena sombong)….”

Maksudnya di sini ialah hadapkanlah wajahmu ke arah mereka

dengan penampilan yang simpatik dan menawan.

Apabila orang yang paling muda di antara kita berbicara dengan kita,

dengarkanlah ucapannya sampai dia menghentikan perbicaraannya.

Demikianlah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.


9. Nasihat Agar Tidak Angkuh dalam Menjalani Hidup
(Surah 31 Luqman : ayat 18)
Ertinya: “…dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan

angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang

sombong lagi membanggakan diri.”

Berjalan di muka bumi dengan angkuh, ialah cara berjalan dengan

langkah yang angkuh dan sombong dan enggan untuk bercampur

gaul dengan orang lain (disebabkan kesombongannya itu). Cara

berjalan yang maupun Khalik (Allah SWT) atapun makhluk (manusia)

sama-sama tidak menyukainya. Cara berjalan yang sombong adalah

melambangkan akan lupa dirinya seorang hamba kepada Dzat Allah

SWT (yang hanya Dia yang berhak untuk sombong).

Manusia menjalani hidup diantaranya dengan berjalan menelusuri

relung-relung kehidupan setiap harinya. Lukman al-Hakim

mengajarkan kepada anaknya untuk tetap tawadlu’ (rendah hati) dan

tidak takabbur (sombong) diantaranya dengan menekankan agar

dalam cara berjalan tidak berjalan dengan angkuh dan sombong.


10.Nasihat Agar Menyederhanakan Cara Berjalan (Surah 31
Luqman : ayat 19)

Ertinya: “Dan sederhanalah kamu dalam berjalan….”

Maksudnya berjalanlah dengan cara jalan yang pertengahan, tidak


dengan langkah yang lambat dan tidak pula dengan langkah yang
terlalu cepat, namun dengan langkah yang pertengahan antara
lambat dan cepat. Nasihat Lukman al-Hakim ini adalah sesuai dengan
salah satu sifat ‘Ibaadu’r-Rahmaan (hamba-hamba yang baik dari
Tuhan yang Maha Penyayang).

Firman Allah SWT (Surah 25 Al-Furqan : ayat 63)

Ertinya: “Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah)


orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan
apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan
kata-kata (yang mengandung) keselamatan.”

11.Nasihat Agar Melunakkan Suara (Surah 31 Luqman : ayat 19)

Ertinya: “…Dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk


suara ialah suara keldai.”

Nasihat ini bukan sahaja untuk Luqman kepada anaknya pada


hakikatnya, tapi juga nasihat untuk diri kita sendiri dan anak-anak
kita berjalan menelusuri relung-relung kehidupan setiap harinya.

You might also like