You are on page 1of 46

Muqaddimah : Kalam Hikmah

ISLAM
& KONSEP-KONSEP ASAS
 Islam sebagai cara hidup
 Asas-asas syariat Islam

ISLAM & PEMBENTUKAN


MASYARAKAT MALAYSIA
MPU 2312
 Islam sebagai cara hidup :
 Apa itu Islam?
 Apa itu Iman?
 Apa itu Ihsan?

 Asas-asas syariat Islam :


 Apa itu aqidah?
 Apa itu Tauhid?
 Apa itu Syariah?
 Bagaimana pembahagian syariah?
 Apa itu maqasid syariah?
 Apa itu akhlak?
APA ITU ISLAM ?

APA ITU ISLAM


APA ITU ISLAM ?

EKSTREM
AMAN
APA ITU ISLAM PATUH

SEJAHTERA TULEN
&
SUCI

PAKSAAN KONGKONGAN
ISLAM
 Islam digelarkan kepada agama yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w, agama ini bukanlah rekaan Rasulullah bahkan
ketetapan dari Allah s.w.t.

 Islam dari aspek bahasa:


 Suci, sejahtera,
 Damai, aman
 Taat dan menyerah

 Islam dari segi syarak ialah : mentauhidkan Allah, patuh,


tunduk dan jujur hati kepadaNya serta beriman dengan ajaran
Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Allah
s.w.t.

 Namun makna yang paling banyak digunakan dalam al-Quran


ialah patuh dan menyerah diri kepada Allah s.w.t.
SAMB……..
 Islam adalah untuk seluruh manusia dan tidak
dikhaskan kepada bangsa tertentu dan golongan
tertentu sahaja. Kepatuhan dan penyerahan diri yang
dikehendaki oleh Allah s.w.t merupakan kepatuhan
dan penyerahan yang berpandukan ajaran Allah s.w.t
yang dibawa dan disampaikan oleh Nabi Muhammad
s.a.w.

 Kepatuhan bererti menjalani semua hukum yg


diwajibkan oleh Allah yg mencakupi hukum
iktikadiyyah (kepercayaan), hukum amaliyyah (fiqh)
dan hukum akhlakiyyah (budi pekerti). Oleh itu,
syariat mencakupi bidang iman, amalan & akhlak.
DALIL
﴾‫سلَـم‬
ْ ‫اإل‬
ِ َّ َ‫ين ِعند‬
ِ‫اَّلل‬ ِ ‫﴿ ِإ َّن‬
َ ‫الد‬
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah
Islam” (3:19)

‫سالَ ِم ِدينًا فَلَن ي ُْقبَ َل ِم ْنهُ َو ُه َو ِفي‬ َ ‫َو َمن يَ ْبت َ ِغ‬
ِ ‫غ ْي َر‬
ْ ‫اإل‬
َ ‫س ِر‬
‫ين‬ ِ ‫اآلخ َر ِة ِم َن ْال َخا‬
ِ
Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali
tidak- lah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat
termasuk orang-orang yang rugi (3:85)

‫س َك ِب ْالع ُْر َو ِة‬ ْ ‫س ٌن فَقَ ِد ا‬


َ ْ‫ستَم‬ ‫س ِل ْم َو ْج َههُ إِلَى ه‬
ِ ‫اَّللِ َو ُه َو ُم ْح‬ ْ ُ‫َو َمن ي‬
ِ ‫اَّللِ عَاقِبَةُ ْاْل ُ ُم‬
‫ور‬ ‫ْال ُوثْقَى َو ِإلَى ه‬
“Dan sesiapa Yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah
(dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan,
maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali
agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah
kesudahan segala urusan” (31:22)
APA ITU IMAN ?
IMAN
 Perkataan IMAN berasal drp perkataan Arab )‫ (امن‬yang bermaksud
aman atau membentuk keadaan aman dan tenteram.
 Dari segi istilah :
‫اإلقرار باللسان والتصديق بالجنان والعمل باْلركان‬
Iman bermakna berikrar dengan lisan membenarkan dengan hati,
dan beramal dengan ajaran-ajaran Allah s.w.t yang dibawa oleh
Nabi Muhammad s.a.w.
 Untuk memenuhi pengertian beriman kepada Islam mestilah
mempunyai ketiga-tiga perkara tersebut. Jika tidak, maka tidaklah
sempurna keimanan seseorang itu terhadap agama Islam.

 Sabda Rasulullah s.a.w :


‫ليس االيمان بالتمني وال بالتحلي ولكن ما وقر في القلب وصدقه العمل‬
Maksudnya: Iman itu bukan dengan cita-cita dan perhiasan, tetapi
ialah apa yang tersemat di hati dan dibuktikan dengan perbuatan
 Seseorang Muslim itu diwajibkan beriman kepada Allah s.w.t.
dan rasulNya yg bermaksud membenarkan segala apa yg
datang drpd Allah s.w.t. juga dari rasulNya serta
menerimanya & tunduk bukan hanya membenarkan (tasdiq)
sahaja.

 Iman itu mempunyai asasnya yg kukuh iaitu;


(Rukun Iman)
1. Beriman kepada Allah s.w.t
2. Beriman kepada para malaikat Allah
3.Beriman dengan Kitab-kitab Allah
4.Beriman dengan Rasul-rasul Allah
5.Beriman dengan hari Akhirat
6.Beriman dengan Qadha’ dan Qadar
APA ITU IHSAN ?
 Ihsan dari segi bahasa (‫ )احسان‬bermaksud membuat baik iaitu
lawan membuat jahat dan ‫ احسن‬pula ialah perbuatan baik.

 Ihsan ditakrifkan dgn makna membuat sesuatu kebaikan dgn


penuh keikhlasan kpd Allah s.w.t dan melakukan secara tekun dan
terbaik. Kesempurnaan amalan seseorang itu adalah bergantung
kepada sifat ihsan yg wujud dlm diri setiap muslim. Bahkan ibadat
yg dikerjakan oleh seseorang itu mungkin menjadi sia2 dan tidak
mendatangkan sebarang kesan yg baik kiranya tidak disertai dgn
sifat ihsan.

 Dalil : Hadith Rasulullah s.a.w apabila ditanya tentang Ihsan,


Rasulullah menjawab: “Ihsan itu adalah bahawa engkau
menyembah Allah SWT seolah-olah engkau melihatNya tetapi
engkau tidak melihatNya, maka seseungguhnya Dia melihat
engkau:
APA ITU IHSAN ?
 Dari segi hubungan, ihsan terbahagi kepada 2 bahagian:

1. Ihsan kepada Allah SWT


Iaitu kemuncak pengabdian manusia kepada Ilahi.
Cth: melaksanakan ibadah sepenuh hati dan teliti. Iaitu sedar
amal perbuatannya diperhati Allah sama ada di tempat
terbuka atau tersembunyi.

2. Ihsan kepada makhluk


hubungan sesama makhluk.
Cth: berbuat baik terhadap kedua ibu bapa, keluarga, jiran
tetangga, binatang
ASAS-ASAS
SYARIAT
ISLAM
Aqidah, Syariat,
Akhlak
AGAMA
 Agama (al-Deen) dari segi bahasa : Kepercayaan dan
keyakinan terhadap ajaran atau fahaman tertentu. Ianya
dikaitkan dgn ibadat dan hubungan dengan Tuhan.

 Istilah : Membenar dgn perkataan @ mengakui keEsaan


pencipta, mempercayai dan menyakini Pencipta serta apa
yang disampaikanya, dengan sepenuh hati dan
membuktikannya dgn amalan, di samping melakukan apa
yang diperintah serta meninggalkan apa yang dilarang. Al-
Deen mencakupi segenap aspek kehidupan, termasuk
hubungan manusia dgn Tuhan, hubungan manusia dgn
manusia dan hubungan manusia dgn alam.
APA ITU AQIDAH ?
- Berikan taarif / makna aqidah dari sudut bahasa dan istilah.
- Apakah perbezaan di antara aqidah dan tauhid. Jelaskan.
* AQIDAH *
 Aqidah ialah asas paling utama tamadun Islam. Aqidah Islam
bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.
 Definisi dari segi bahasa ia membawa maksud ikatan @
simpulan. Perkataan aqidah juga mempunyai pengertian
sesuatu yg menguatkan dan mengukuhkan.
 Dari segi istilahnya pula ialah : Kepercayaan dan keyakinan
yg teguh terhadap segala perkara yg disampaikan oleh Nabi
Muhammad s.a.w yg erat dan tersimpul kuat sehingga tidak
mungkin terurai / tercerai dgn apa cara sekalipun.
 Asas aqidah Islam ialah : Beriman kpd Allah s.w.t para
malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, percaya pada
hari Akhirat dan qada’ dan qadar. Aqidah Islam tidak boleh
dipaksa semua orang mempercayainya
APA ITU TAUHID ?
- Berikan taarif / makna tauhid dari sudut bahasa dan istilah.
- Tauhid terbahagi kepada 3 bahagian.
Sebutkan, huraikan dan berikan contoh 3 bahagian tersebut
secara terperinci.
TAUHID
 Tauhid didefinisikan sebagai : MengEsakan Allah pada sifat
Rububiyyah, Uluhiyyah dan Nama-nama serta sifat-Nya).

Pembahagian Tauhid
1. Tauhid Rububiyah
2. Tauhid Uluhiyyah
3. Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat
(Nama-nama serta Sifat-Nya)
1. TAUHID RUBUBIYAH
 Definisi : Mentauhidkan Allah s.w.t. sbg pencipta alam,
mengurus & mentadbir, menghidupkan, mematikan,
mendatangkan manfaat, mudarat dsb.

 Tauhid ini sahaja tidak mencukupi dalam mencapai iman dan


Islam kerana org kafir juga menyedari & mengetahui segala
keupayaan Allah s.w.t tetapi tidak mahu menyerah diri
kepadaNya.

 Dua golongan manusia yg ingkar akan tauhid Rububiyyah


iaitu :
i. Golongan yg ingkar akan wujudnya tuhan spt Atheis,
teori Darwin, Sosialisme, Komunisme dsb.
ii. Golongan yg mengakui wujudnya tuhan tetapi
mensyirikkannya spt golongan Majusi (dua pencipta)
dan Nasrani (konsep trinity : 3 tuhan).
2. TAUHID ULUHIYYAH

 Definisi: Mengkhususkan peribadatan/penyembahan hanya


kpd Allah s.w.t kerana hanya Allah yg layak disembah dan
diibadati. Tauhid ibadah iaitu tauhid Allah s.w.t. pada af’al
(perbuatan) hambaNya spt solat, puasa, zakat, haji,
tawakkal, minta pertolongan, takut, harap dsb. Orang-orang
musyrikin menjadikan selain Allah s.w.t. sebagai tuhan.
Mereka menyembahnya, memohon pertolongan darinya.
3. TAUHID AL-ASMA’ WA AL-SIFAT
 Definisi : beriman dengan semua nama2 dan sifat2 Allah
s.w.t. yang diberitahu oleh AQ & AS tanpa
mengumpamakannya, mengingkarinya, mengubahnya atau
membentukkannya dengan sesuatu, apatah lagi
menyamakanNya dengan makhluk-makhluk ciptaannya.
Dialah satu-satunya yg menyandang sifat2 kesempurnaan
tersebut dan bersih dari sifat kekurangan/kelemahan.

• Dari ketiga2 tauhid ini maka lahirlah “Syahadah” :


penyaksian bahawa Tiada Tuhan yg disembah kecuali
Allah iaitu penyaksian ini merangkumi ketiga2 tauhid
tersebut.
APA ITU SYARIAH ?
- Berikan taarif / makna syariah dari sudut bahasa dan istilah.
- Terdapat 5 keistimewaan syariah Islam berbanding syariah agama
lain. Sebutkan, huraikan dan berikan contoh 5 keistimewaan tersebut
secara terperinci.
* SYARIAH *
 Islam menggariskan syariah sbg peraturan hidup individu
& masyarakat yg mencakupi segala bidang kehidupan
manusia spt ibadat, ekonomi, kewangan, politik, harta
benda, jenayah, kekeluargaan, sosial, hubungan
antarabangsa dsb.

 Syariah dari segi bahasa : jalan yg lurus/sumber air yg


mengalir.

 Dari segi istilah : Undang2 (hukum) & ketetapan2 Allah


s.w.t melalui rasulNya utk menjadi amalan setiap manusia
berkaitan ibadat mahupun muamalat utk kebahagiaan
mereka di dunia dan di akhirat.
KEISTIMEWAAN SYARIAH ISLAM

Datang dari Allah s.w.t : Ia disampaikan melalui


RasulNya dan termaktub di dlm AQ & AS. Oleh itu
manusia dipertanggungjawabkan untuk memahami &
melaksanakannya tanpa ragu kerana ia bukannya
undang2 ciptaan manusia.

Sempurna : peraturannya terperinci berbanding undang2


ciptaan manusia yang banyak kelemahan dan kejahilan.
Syariat Islam mampu menyelesaikan masalah yang
dihadapi manusia setiap zaman, masa dan keadaan.

Menyeluruh (syumul) : iaitu meliputi seluruh aspek


kehidupan manusia sama ada urusan peribadi, keluarga,
masyarakat, negara & antarabangsa. Syariah juga
meliputi ibadat, jenayah, ekonomi, politik, sosial dsb.
SAMB...

Adil : keadilan yg dimaksudkan iaitu memberikan hak


kpd mereka yg berhak dan wajib diberikan kpd semua
samada muslim, kafir, keluarga / bukan ahli keluarga.

Jelas : ianya bersumberkan Al-Quran dan Hadith serta


sumber sampingan yg lain iaitu Ijma’, Qias, Istihsan,
Masalih Mursalah dsb. Jelas yg dimaksudkan di sini iaitu
tiada keraguan terhadap syariah Islamiah.
PEMBAHAGIAN SYARIAH ?
 Pembahagian syariah Islam boleh diklasifikasikan kpd dua
bahagian utama iaitu :
1. Ibadat : perbuatan/amalan yg berkaitan dgn hak Allah s.w.t,
bertujuan mendekatkan diri seseorang individu muslim dgn
Allah s.w.t. Contoh ibadat : sembahyang, zakat, puasa dan
menunaikan haji.
2. Muamalat : hukum yg berkaitan dgn perbuatan antara sesama
manusia, ianya peraturan yg mengatur cara hidup manusia spt
jual beli, nikah kahwin, pewarisan dsb. Muamalat dibahagikan
kpd beberapa bahagian, antaranya:
a. Undang2 Sivil
b. Undang2 Keluarga
c. Undang2 Jenayah
d. Undang2 Acara Sivil & Jenayah
SAMB…
a. Undang2 Keluarga : berkaitan perhubungan keluarga,
perkahwinan, hak-hak dan kewajipan dalam hubungan
rumahtangga.
b. Undang2 Sivil : berkaitan tingkah laku seseorang spt
jual beli, sewa menyewa, gadaian, jaminan,
pensyarikatan dan lain-lain.
c. Undang2 Jenayah : berhubung kesalahan jenayah yg
dilakukan oleh manusia yg menyebabkan ia wajar
menerima hukuman samada hudud, qisas @ takzir.
d. Undang2 Acara Sivil & Jenayah : berhubung undang2
kehakiman, pendakwaan, tuntutan, cara pembuktian dgn
penyaksian, ikrar, sumpah dsb.
MATLAMAT PERUNDANGAN ISLAM
 Matlamat utama ialah mengatur hidup manusia atas asas
makruf dan mengenepikan munkar.
 Syariah mengatur peraturan yg lengkap bagi keseluruhan
hidup manusia, namun manusia juga bebas membuat
undang-undang baru yg sesuai dgn keperluan semasa dgn
syarat tidak melampaui batasan haram/tidak terkeluar drp
batasan wajib.
 Dalam menggubal undang2, Islam menyarankan dua
kaedah iaitu mengutamakan kemaslahatan umum dan ia
membawa kesenangan dan kemudahan kpd manusia.
 Pelaksanaan syariah bertujuan menyelamatkan dan
memelihara kehidupan manusia. Menurut Syatibi, ada lima
perkara asas yg mesti dipelihara iaitu memelihara agama,
jiwa, keturunan, akal dan harta.
MAQASID AL-SYARIAH
(TUJUAN-TUJUAN SYARIAH)
- Berikan taarif / makna maqasid dari sudut bahasa dan istilah.
- Syariat Islam diturunkan seiring dengan maslahat (kepentingan dan
kebajikan) manusia iu sendiri. Jelaskan maslahat tersebut secara
terperinci.

- Terdapat 5 dasar utama pemeliharaan


dalam maqasid al-syariah. Sebutkan
pemeliharaan tersebut.
MAQASID AL-SYARIAH
Bahasa : ertinya tujuan-tujuan syariah.
Istilah maqasid as-syariah : makna dan tujuan yg hendak
dicapai oleh syara’ dlm mensyariatkan sesuatu hukum bagi
kemaslahatan umat manusia.

Tujuan hukum ini merupakan salah satu faktor penting dalam


menetapkan hukum melalui ijtihad. Maqasid as-Syariah di
kalangan ulama usul fiqh disebut juga dgn asrar as-Syariah
iaitu rahsia2 yg terdapat di sebalik hukum yg ditetapkan
syara’. Contoh perintah solat, larang minum arak, zina,
mencuri dan membunuh.
SAMB...
 Pemeliharaan terhadap lima dasar di atas ditinjau dari
segi kepentingan dan kekuatannya terbahagi kpd tiga
kategori iaitu:

1
• Dharuriyyat (Asasi)

2
• Hajiyyat (keperluan)

3
• Tahsiniyyat (Pelengkap)
SAMB...
a)Dharuriyyat ialah keperluan asasi yg mesti ada pada
setiap individu iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan
harta benda.

Contoh :
1. Beriman, solat, puasa, haji dimaksud untuk
memelihara agama,
2. Makan dan minum merupakan usaha untuk
memelihara jiwa atau tubuh badan,
3. Perkahwinan untuk memelihara keturunan.
SAMB...
b) Hajiyyat ialah keperluan manusia utk menghindarkan diri drp
kesulitan2 dan menghilangkan kesempitan. Kedudukan hajiyyat
dibawah dharuriyyat tetapi tetap diperlukan agar manusia dapat
untuk memelihara keperluan yg lima.

Contohnya mengerjakan solat & puasa adalah kemaslahatan


dharuriyyat dalam memelihara agama. Tetapi bagi orang yg
musafir dan menghadapi kesulitan (masyaqqah) utk
melaksanakannya, maka syariat memberikan keringanan
(rukhsah) bagi mereka utk mengerjakan solat dgn jama’ dan
qasar dan puasa di hari lain.
SAMB...
C) Tahsiniyyat adalah segala sesuatu keperluan yg
dapat menyempurnakan keperluan yg lima.

Tahsiniyyat ini berorientasi kpd kemuliaan akhlak


(makarim al-akhlak) baik dlm bidang ibadah mahupun
muamalat spt cara makan serta minum dan tatacara
pergaulan.
MAQASID AL-KHAMS :
5 DASAR UTAMA PEMELIHARAAN
Maqasid al-Khams ialah lima tujuan bagi menjaga
matlamat pelaksanaan syariah iaitu :

AGAMA

JIWA

AKAL

KETURUNAN

HARTA
2. MEMELIHARA JIWA
Islam sangat menghargai jiwa & ianya tidak dapat dinilai
dgn harga. Islam melarang perbuatan membunuh diri
dan nyawa org lain malah ia merupakan dosa terbesar
selepas syirik.

Firman Allah s.w.t yg bermaksud : “Dan janganlah kamu


membunuh jiwa yg diharamkan Allah melainkan dgn
sesuatu sebab yg dibenarkan”.
3. MEMELIHARA AKAL
 Akal mempunyai fungsi yang tinggi dalam kehidupan
dan dengan adanya akal manusia layak diberi taklif iaitu
tangungjawab. Dengan akal manusia boleh
menentukan sesuatu itu baik atau buruk, dan wajib
dijaga drpd rosak atau hilang kewarasannya.

 Islam tidak mengizinkan umatnya mendekati arak


termasuk juga segala jenis minuman yang
memabukkan dan dadah.
4. MEMELIHARA KETURUNAN
 Keturunan adalah suatu penghormatan dan amat
dihargai. Segala perbuatan yg boleh menjatuhkan
kehormatan & keturunan

 Contohnya mengumpat, menuduh, berzina dsb adalah


dilarang keras. Hukuman khusus thdp perbuatan zina
(sebat dan rejam) disyariatkan bagi tujuan tersebut.
Malah Islam juga melarang pergaulan bebas antara
lelaki & perempuan.
5. MEMELIHARA HARTA
 Semua manusia mempunyai kecenderungan ingin
memiliki dan menguasai harta dan kecenderungan yang
tinggi ini sekiranya tiada peraturan yang mengawalnya,
akan menimbulkan kesan buruk.

 Maka Islam mengharamkan riba, judi, rasuah, menipu,


mencuri, merompak & amalan2 yg membawa unsur2
negatif, malah Islam mensyariatkan zakat & sedekah ke
jalan Allah SWT.
1. MEMELIHARA AGAMA
 tujuannya untuk membebaskan manusia dari belenggu
taklid & khurafat serta mengajak manusia supaya
beriman kpd Allah & perkara2 yg berkaitan dgnnya dan
menjauhkan syirik

 Contoh : perintah solat & puasa merupakan salah satu


matlamat syariah utk memelihara agama kerana solat
dpt menghindar dari perbuatan keji & mungkar
manakala puasa dpt menundukkan hawa nafsu
manusia.
APA ITU AKHLAK?
- Berikan taarif / makna akhlak dari sudut bahasa dan istilah.
- Apakah perbezaan di antara akhlak dan etika?
- Apakah faktor-faktor dalam pembentukan akhlak?
* AKHLAK *
 Akhlak (bahasa) : al-Khulq yg bererti ciptaan, tabiat,
perangai, perilaku.

 Istilah : “Suatu sifat yg tetap dan sebati di dlm jiwa, di


mana dgnnya akan melahirkan perbuatan-perbuatan
(sama ada baik ataupun buruk) tanpa perlu kepada
pemikiran dan renungan terlebih dahulu”.

 Dalil : Sabda baginda : “Sesungguhnya orang yang paling


aku cintai dan paling dekat tempat duduknya denganku di
akhirat ialah yang paling baik akhlaknya di kalangan
kamu.”
PERBEZAAN AKHLAK DAN ETIKA
AKHLAK ETIKA

Tingkah laku berdasarkan al-Q dan Tingkah laku berdasarkan falsafah


1.
as-S. atau daya dan gaya hidup manusia.

Memberi kesan apabila seseorang


Dilakukan berdasarkan nilai dan
2. itu mempraktikkan akhlak dalam
kehendak masyarakat.
kehidupan sehariannya.

Matlamat : memenuhi kehendak


3. Matlamat : bahagia dunia akhirat. yang berorentasikan untung dan
rugi.

Etika berdasarkan pemikiran dan


Prinsip Islam diutamakan dan tidak
pandangan masyarakat semasa dan
4. membatasi oleh sistem yang dicipta
boleh berubah ikut tempat dan
oleh manusia.
keadaan.
FAKTOR PEMBENTUKAN AKHLAK
1. Wirathah (keturunan)
2. Alam persekitaran
3. Teman dan sahabat
4. Adat
5. Undang-undang dan peraturan
6. Ilmu
7. kebudayaan
KESIMPULAN

You might also like