You are on page 1of 8

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/259932672

Sikap dan Amalan Murid Sekolah Rendah dalam konsep Lestari

Conference Paper · September 2012

CITATION READS
1 2,501

2 authors:

Amir Hamzah Sharaai chee keong Chin


Universiti Putra Malaysia Universiti Sains Malaysia
60 PUBLICATIONS   113 CITATIONS    12 PUBLICATIONS   31 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

secondary metabolites from Dendrobium View project

teacher Continuing Professional Development View project

All content following this page was uploaded by Amir Hamzah Sharaai on 30 January 2014.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Sustainable Education 1

Sikap dan Amalan Murid Sekolah Rendah dalam Konsep Lestari


1
Amir Hamzah Sharaai dan 2Chin Chee Keong
1
Jabatan Pengurusan Alam Sekitar, Fakulti Pengajian Alam Sekitar, UPM
2
Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
: amirhamzahsharaai@hotmail.com

Diterima untuk diterbitkan pada: 1 JUN 2012

Abstrak

Kajian ini bertujuan meninjau sikap dan amalam murid sekolah rendah mengenai konsep lestari.
Responden kajian terdiri daripada 647 murid sekolah rendah dalam beberapa buah negeri di
Malaysia. Soal selidik yang digunakan terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan
pengetahuan, kemahiran dan sikap murid dalam konsep lestari. Hasil tinjauan mendapati
pengetahuan murid berada pada tahap sederhana manakala amalan dan sikap kelestarian pada
tahap baik yang baik. Analisis korelasi Pearson pula mendapati tiada hubungan signifikan
antara pengetahuan, amalan dan sikap kelestarian. Walau bagaimanapun, murid sekolah dapat
dianggap telah diberi pendedahan yang sewajarnya tentang kelestarian. Usaha meningkatkan
pengetahuan, amalan dan sikap kelestarian dalam kalangan murid memerlukan komitmen yang
tinggi bukan sahaja daripada pihak pendidik tetapi juga melibatkan ibu bapa dan masyarakat.

Pengenalan

Pendidikan Alam Sekitar merujuk pada pembelajaran untuk memahami interaksi manusia
dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan
bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Pendidikan Alam Sekitar merangkumi
pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar (Palmer & Neal,
1994). Reid (2002) menyatakan bahawa pendidikan untuk alam sekitar berkait rapat dengan
tanggungjawab dan empati individu dalam sikap dan tindakan yang positif. Matlamat pendidikan
alam sekitar di sekolah adalah untuk melahirkan murid yang lebih peka dan prihatin terhadap
isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk
berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.

Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia telah dimulakan pada tahun 1998 dengan penerbitan Buku
Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia untuk kegunaan guru-guru di sekolah rendah dan
sekolah menengah (Mohammad Zohir Ahmad & Nordin Abdul Razak (2007). Usaha penerapan
nilai tentang alam sekitar juga disokong oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar yang
giat menganjurakan pelbagai aktivit alam sekitar yang melibatkan murid sekolah (Jabatan Alam
Sekitar, 2009).

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Sustainable Education 2

Kajian Tiwi (2007) mendapati program Pendidikan Alam Sekitar untuk guru pelatih yang
dijalankan secara kerja lapangan dapat meningkatkan kesedaran alam sekitar dan motivasi untuk
mengintegrasi Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum. Dalam satu kajian berasingan
yang dijalankan dalam kalangan pelajar tahun satu Universiti Kebangsaan Malaysia, didapati
42% responden menunjukkan keprihatinan terhadap isu-isu alam sekitar, manakala 52% tidak
pernah terlibat dalam aktiviti berkaitan alam sekitar. Walaupun sudah hampir 25 tahun
Pendidikan Alam Sekitar dimulakan di Malaysia, keberkesanan inisiatif ini dalam kalangan
murid sekolah rendah masih tidak banyak diketahui. Kesedaran murid berkaitan alam sekitar
adalah penting untuk dikaji kerana peluang pendidikan alam sekitar yang diwujudkan dalam
kandungan kurikulum tidak semestinya dapat menghasilkan kesan pembelajaran yang
dihasratkan.

Persoalan Kajian

1. Sejauhmanakah pengetahuan, sikap dan amalan terhadap konsep lestari dalam kalangan
pelajar sekolah rendah?
2. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara:
a. Pengetahuan konsep lestari dengan amalan seharian pelajar
b. Pengetahuan konsep lestari dengan sikap pelajar
c. Sikap pelajar dengan amalan seharian pelajar

Metodologi Kajian

Kajian tinjauan ini telah dibuat di beberapa buah sekolah di Sarawak, Perak, Pulau Pinang dan
Kedah. Seramai 647 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini. Pelajar yang dipilih untuk
kajian ini adalah pelajar yang berusia antara 9 hingga 12 tahun. Satu soal selidik diedarkan
kepada pelajar-pelajar ini bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan di atas. Terdapat 3
bahagian dalam soalan selidik tersebut iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

Bahagian A merupakan bahagian yang menguji pengetahuan pelajar terhadap kefahaman dan
pengetahuan mereka dalam konsep kelestarian. Terdapat 10 item dikemukakan bagi menguji
tahap pengetahuan dan kefahaman mereka dalam konsep kelestarian ini. Bagi soalan yang
pertama, pelajar diberi pilihan jawapan untuk memilih jawapan yang betul tentang bahan yang
dikategorikan dalam bahan boleh diperbaharui. Terdapat 10 bahan yang perlu pelajar kenalpasti
sebagai bahan-bahan boleh diperbaharui. Manakala item 2 hingga 10 merupakan soalan objektif
mudah yang memerlukan pelajar memilih satu jawapan yang benar-benar tepat. Pelajar hanya
memilih satu jawapan dari dua jawapan yang diberikan.

Bahagian B menguji amalan kelestarian dalam kehidupan harian pelajar. Manakala Bahagian C
pula menguji sikap pelajar. Kedua-dua bahagian ini mengandungi 10 item dalam bentuk soalan
objektif dengan dua pilihan jawapan mudah.

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Sustainable Education 3

Analisis secara deskriptif bagi mendapatkan peratus, kekerapan dan min telah digunakan bagi
menggambarkan skor pelajar dalam ketiga-tiga bahagian. Hal ini juga berguna bagi menjawab
persoalan yang pertama kajian ini. Bagi memudahkan interpretasi dibuat pada nilai-nilai yang
diberikan, pengkaji telah mengkelaskan kepada 4 tahap pencapaian iaitu 0 – 39% (lemah), 40% –
60% (sederhana), 61% – 79% (baik) dan 80% - 100% (cemerlang).

Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu mengkaji perhubungan antara ketiga-tiga
pembolehubah (pengetahuan lestari, sikap dan amalan), ujian korelasi pearson telah digunakan.

Analisis Data

Dalam Bahagian A, pengetahuan pelajar terhadap konsep kelestarian telah diuji. Hasil dari
analisis soal selidik (Jadual 1) didapati tahap pengetahuan pelajar adalah di tahap sederhana iaitu
dengan nilai purata keseluruhan adalah 55.31% (min 335.4 orang pelajar). Hasil dari analisis ini
juga terdapat 3 soalan yang mencapai tahap lemah iaitu soalan A1 (31.6%), soalan A6 (soalan
24.4%) dan Soalan A8 (22.1%). Tidak ada soalan yang mampu dijawab dengan baik oleh
pelajar-pelajar. Skor paling tinggi adalah 79.4% iaitu pada soalan A9.

Jadual 1. Analisis Pengetahuan Pelajar Terhadap Konsep Kelestarian


Soalan Bahagian A. Bulatkan bahan-bahan yang Bilangan Pelajar Tahap Pengetahuan
anda kenalpasti sebagai sumber yang boleh
diperbaharui.
A1. Ikan 203 31.6%
A2. Hutan 322 50.1%
A3. Bahan api fosil 420 65.3%
A4. Arang batu 440 68.4%
A5. Tenaga angin 470 73.1%
A6. Lobak merah 157 24.4%
A7. Intan 482 75.0%
A8. Ayam 142 22.1%
A9. Tenaga solar 510 79.4%
A10. Gas asli 408 63.7%
PURATA 355.4 55.31%

Bagi mendapat gambaran mengenai amalan pelajar dalam kelestarian alam sekitar, di Bahagian
B telah memperuntukkan sebanyak 10 soalan. Dari analisis yang dijalankan (rujuk Jadual 2),
didapati tahap amalan pelajar dalam kelestarian alam sekitar adalah pada tahap baik iaitu pada
nilai purata 76.1%. Terdapat lima soalan yang dijawab dengan cemerlang (B1 – 91.8%, B6 –
80.9%, B7 – 83.9%, B8 – 82.7% dan B10 – 81.9%).

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Sustainable Education 4

Jadual 2. Analisis amalan kelestarian dalam kalangan murid

Soalan bahagian B Bilangan Pelajar Amalan Positif


B1: Apabila membawa makanan dari rumah untuk 593 91.8%
dibawa ke sekolah, saya bawa sandwich buatan ibu
B2: Semasa latihan sukan, saya membawa air kosong 502 77.8%
yang menggunakan botol isian semula
B3: Saya tinggal berdekatan sekolah, saya berjalan kaki 383 59.8%
B4: Saya perlu membeli alat tulis, saya akan memilih 506 78.3%
kertas yang ada tanda boleh dikitar semula
B5: Ibu memberitahu susu di rumah sudah habis, saya 588 51.2%
akan menawarkan untuk berjalan ke kedai yang
jauhnya 500 m
B6: Kami sekeluarga selalu ke pasar untuk membeli 522 80.9%
barang keperluan saya, saya mendapatkan buah-
buahan tempatan seperti betik dan pisang
B7: Kami memukat ikan untuk mendapatkan 540 83.9%
secukupnya untuk keperluan keluarga dan
melepaskan yang selebihnya supaya ikan dapat
membiak
B8: Saya akan mula berkebun. Saya bercadang untuk 534 82.7%
mencabut rumpai dengan tangan sendiri
B9: Apabila besar nanti, saya bercita-cita untuk 469 72.7%
membeli kereta sendiri. Saya bercadang membeli
kereta yang jimat minyak
B10: Untuk mengekalkan hutan sebagai sumber yang 526 81.9%
boleh diperbaharui, hanya sebahagian sahaja
boleh dipotong dan selebihnya dibiarkan untuk
tempat tinggal haiwan
PURATA 516.3 76.10%

Jadual 3 menunjukkan analisis sikap pelajar terhadap kelestarian alam sekitar. Dari jadual ini,
jelas menunjukkan terdapat kecenderungan pelajar bersikap positif dalam memastikan
kelestarian alam sekitar. Secara puratanya sikap positif pelajar adalah pada tahap baik iaitu 68%.
Terdapat 3 soalan yang menunjukkan sikap positif pada tahap cemerlang iaitu C1 (99.2%), C2
(82.1%), dan C7 (96.3%). Namun begitu terdapat satu soalan telah menunjukkan kecenderungan
untuk tidak bersikap positif atau yang dikategorikan sebagai lemah iaitu soalan C5 (31%).

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Sustainable Education 5

Jadual 3. Analisis Sikap Kelestarian Dalam Kalangan Pelajar

Soalan bahagian C Bilangan Pelajar Bersikap Positif


C1: Saya suka persekitaran yang sentiasa bersih 642 99.2%
C2: Saya mengitar semula plastik yang telah digunakan 531 82.1%
C3: Saya sering mengutip sampah dalam sungai 387 59.9%
C4: Saya mengasingkan kertas, kaca dan plastik untuk 462 71.4%
dikitar semula
C5: Saya mengumpul bahan buangan dapur basah 200 31.0%
untuk dijadikan kompos
C6: Saya menggunakan hanya secawan air untuk 407 63.1%
memberus gigi
C7: Saya menutup lampu & kipas bila tidak digunakan 622 96.3%
C8: Saya mandi dengan air yang banyak supaya saya 335 51.9%
benar-benar bersih
C9: Saya sering mengumpul dan membakar sampah 347 53.8%
untuk mencantikkan kawasan rumah
C10: Saya sering menggunakan kertas terbuang yang 458 71.2%
hanya bercetak sebelah untuk membuat nota
PURATA 439.1 68.0%

Bagi menguji perhubungan antara pengetahuan, amalan dan sikap kelestarian alam sekitar,
hipotesis-hipotesis dibina iaitu:

Kes 1

Ho1: ρ = 0 (tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara pengetahuan dan amalan)
Ha1: ρ ≠ 0 (terdapat perhubungan yang signifikan antara pengetahuan dan amalan)

Jadual 4 menunjukkan output program SPSS bagi pengetahuan dan amalan kelestarian alam
sekitar. Memandangkan nilai kebarangkalian yang diperoleh dari program SPSS (.432) adalah
lebih dari nilai alfa yang ditentukan (.05), maka hipotesis nol diterima. Terdapat bukti-bukti
kukuh untuk membuat kesimpulan bahawa ρ > 0. Ini bermakna tidak terdapat perhubungan yang
signifikan antara pengetahuan dan amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan pelajar.
Kesimpulan ini dibuat pada tahap kesignifikan, α = .05 (5%) atau tahap keyakinan (95%).

Jadual 4. Analisis perhubungan antara pengetahuan dan amalan kelestarian


dalam kalangan murid

Bahagian B (Amalan)
Bahagian A Kolerasi Pearson -.281
(Pengetahuan) Sig. (2-Hujung) .432

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Sustainable Education 6

Kes 2

Ho2: ρ = 0 (tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara pengetahuan dan sikap)
Ha2: ρ ≠ 0 (terdapat perhubungan yang signifikan antara pengetahuan dan sikap)

Jadual 5 menunjukkan output program SPSS bagi pengetahuan dan sikap kelestarian alam
sekitar. Memandangkan nilai kebarangkalian yang diperoleh dari program SPSS (.694) adalah
lebih dari nilai alfa yang ditentukan (.05), maka hipotesis nol diterima. Terdapat bukti-bukti
kukuh untuk membuat kesimpulan bahawa ρ > 0. Ini bermakna tidak terdapat perhubungan yang
signifikan antara pengetahuan dan sikap kelestarian alam sekitar dalam kalangan pelajar.
Kesimpulan ini dibuat pada tahap kesignifikan, α = .05 (5%) atau tahap keyakinan (95%).

Jadual 5. Analisis perhubungan antara pengetahuan dan sikap kelestarian


dalam kalangan murid

Bahagian C (Sikap)
Bahagian A Kolerasi Pearson -.143
(Pengetahuan) Sig. (2-Hujung) .694

Kes 3

Ho3: ρ = 0 (tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap dan amalan)
Ha3: ρ ≠ 0 (terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap dan amalan)

Jadual 6 menunjukkan output program SPSS bagi pengetahuan dan sikap kelestarian alam
sekitar. Nilai kebarangkalian yang diperoleh dari program SPSS (.687) adalah lebih dari nilai
alfa yang ditentukan (.05), maka hipotesis nol diterima. Terdapat bukti-bukti kukuh untuk
membuat kesimpulan bahawa ρ > 0. Ini bermakna tidak terdapat perhubungan yang signifikan
antara sikap dan amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan pelajar. Kesimpulan ini dibuat
pada tahap kesignifikan, α = .05 (5%) atau tahap keyakinan (95%).

Jadual 6. Analisis perhubungan antara sikap dan amalan kelestarian dalam kalangan murid

Bahagian B (Amalan)
Bahagian C (Sikap) Kolerasi Pearson .146
Sig. (2-Hujung) .687

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Sustainable Education 7

Kesimpulan

Dari analisis di atas, didapati pelajar dalam lingkungan 9 hingga 12 tahun mencapai tahap
sederhana dalam memahami konsep-konsep lestari. Hal ini berlaku dari pelbagai faktor yang
mungkin menyebabkan perkara ini berlaku. Sistem pendidikan di negara kita perlu lebih
menekan konsep lestari lebih awal lagi iaitu di tahap satu persekolahan mereka.

Walau bagaimanapun skor bagi amalan dan sikap pelajar terhadap kelestarian adalah pada tahap
yang baik. Usaha menerapkan nilai lestari agar diterjemah kepada sikap dan amalan pelajar
merupakan satu perkara yang agak sukar tanpa komitmen yang tinggi dari para pendidik. Walau
bagaimanapun masih ada ruang kepada sistem pendidikan kita untuk memastikan pelajar
menjadi warga Malaysia yang benar-benar mengamalkan budaya lestari dalam kehidupan
mereka seharian.

Analisis perhubungan pula mendapati tidak ada perhubungan antara ketiga-tiga pembolehubah
yang dikaji iaitu pengetahuan, amalan dan sikap. Ini menunjukkan ketiga-tiga perkara ini adalah
entiti yang terasing sama sekali. Misalnya pengetahuan tentang konsep lestari tidak ada
kaitannya dengan amalan dan juga sikap pelajar.

Rujukan

Hotinli, G. (2004). Environmental education in Turkey. Dalam MIO-ECSDE. The status of


environmental education in the Mediterranean countries within the formal & non-formal
educational systems, 12(4).

Laporan Tahunan 2009. Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor. Dimuatturun daripada
http://www.doe.gov.my/portal/wp-content/uploads/2010/11/BAB5.pdf pada 30 Julai 2012.

Mohammad Zohir Ahmad & Nordin Abdul Razak. (2007). Pendidikan alam sekitar di sekolah:
komitmen guru. Diges Pendidik, 7(2).

Palmer, J & Neal, P. (1994). The handbook of environmental education. London: Routledge.

Reid, A. (2002). Environmental change and sustainable development. Dalam Smith, M.


Teaching geography in secondary schools-a reader. London: Routledge.

Tiwi, K. (2007). Keberkesanan program pendidikan alam sekitar Institut Perguruan Batu
Lintang. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan
Batu Lintang. Dimuat turun pada 30 Julai 2012.

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012

View publication stats

You might also like