You are on page 1of 2

Terima Kasih tuan pengerusi majlis tuan moderator kita pada pagi yang mulia ini.

Isu yang sedang dibincangkan pada pagi ini ialah tentang kelestarian alam sekitar.
Sering kita lihat didalam dada akhbar tentang usaha-usaha kerajaan dalam
mencapai target membina sebuah negara yang dapat melestarikan alam sekitar.
Namun terdapat segilintir masyarakat yang menganggap hal ini ialah hal yang remeh
dan tidak mengambil tindakan dan inisiatif yang sistematik, pragmatik, dan vital
dalam bangkit bersama-sama membantu kerajaan dalam menaikkan nama negara
ke persada dunia. Menurut kajian yang telah dibuat oleh pihak kami telah
memperlihatkan hampir 50% masyarakat di negara kita tidak tahu akan erti dan
maksud kelestarian alam sekitar itu sendiri. Apa itu maksud kelestarian alam
sekitar ? mengapa negara kita lambat berkembang dan maju dalam hal kelestarian
alam sekitar ? apakah punca ianya berlaku ? itu adalah persoalan yang sering
dipersoal oleh masyarakat sama ada masyarakat dalam negara kita sendiri
mahupun masyarakat seantero dunia. Saya selaku pegawai jabatan kesihatan dan
alam sekitar akan mengupas dengan lebih lanjut supaya tiada lagi perkara yang
perlu dipersoal dan masyarakat boleh turut membantu menjayakan kelestarian alam
sekitar.

Maksud kelestarian ialah mengekalkan manakala maksud alam sekitar ialah apa
yang ada disekeliling kita sama ada haiwan atau tumbuhan serta persekitaran kita
atau dalam bahasa saintifiknya flora dan fauna. Maka dengan itu apabila kedua-dua
perkataan itu digabungkan maka tercetuslah maksud kelestarian alam sekitar iaitu
mengekalkan flora dan fauna.

Manakala, punca-punca yang boleh diketengahkan dalam terbantut atau


terganggunya usaha kerajaan dalam melestarikan alam sekitar ialah yang pertama
dari sikap seseorang individu itu sendiri. Terdapat segolongan masyarakat yang
tidak membantu dalam menjayakan kelestarian alam sekitar dan ada juga
masyarakat yang bukan sahaja tidak membantu malah makin mencemarkan imej
negara dengan sikapnya seperti membuang sampah merata-rata, memusnahkan
habitat haiwan, mencabut dan menebang pohon-pohon di sekelilingnya. Perkara
sebegitu tidak seharusya terjadi oleh kerana penerapan nilai sudah di asuh dan
disemai sejak di bangku sekolah lagi. Dalam hal ini, kematangan minda individu itu
sendiri perlu di pupuk dengan cinta akan alam sekitar. Dengan cara itu, masyarakat
sekaligus dapat turut bersama membantu dalam melestarikan alam sekitar kita yang
indah ini.

Punca kedua yang saya akan bahas dalam forum pagi ini ialah punca daripada
agensi atau beberapa syarikat yang tiada nilai tanggungajawab mencemarkan
negara. Kenapa saya sebut mencemarkan? Hal ini kerana asap-asap daripada
kilang mengakibatkan populasi asap kotor dan karbon mnoksida, sulphur dioksida,
bau-bauan, klorofluokarbon, dan lain-lain lagi di udara akan bertambah dan
seterusnya mengancam habitat flora dan fauna. Asap yang dilepaskan tanpa ditapis
merupakan sejenis gas yang boleh dianggap beracun oleh kerana kandungannya
yang sangat tidak sihat. Sebagai langkah pencegahan, kilang-kilang di negara kita
perlu memasang penapis asap di setiap kilang. Selain itu, pencemaran air yang
berpunca juga daripada beberapa kilang. Baru baru ini negara kita baru sahaja di
gemparkan dengan berita kilang yang membuang bahan toksik dan kimia ke dalam
sungai dan mengakibatkan beberapa masyarakat mengalami masalah dan penyakit
berikutan sikap pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab itu. Tidak mustahil
sekiranya perkara ini makin dibiarkan dan tidak mengambil tindakan, perkara ini
mungkin akan merosakkan seluruh habitat flora dan fauna yang berada dalam
kawasan sekeliling tempat kejadian serta penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid,
dan pemanasan bumi juga akan meningkat.

Apa yang saya dapat rumuskan daripada hujah saya ialah semua laipsan
masyarakat seyogialah sedar akan kepentingan memelihara alam sekitar yang
masih ada pada hari ini. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran
tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang tercemar ini
dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan.
Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan juga haruslah lebih
memainkan peranan yang penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar.
Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Oleh itu, setiap orang
perlu turut serta supaya pembangunan negara dapat dikekalkan dan melahirkan
modal insan yang mencintai dan ingin melestarikan alam sekitar supaya dapat
dinikmati oleh generasi akan datang.

You might also like