You are on page 1of 25

KONSEP AKIDAH DAN PERKARA YANG MEMBATALKANNYA

'AQDAH'. Apakah yang dimaksudkan sebagai aqidah? Sepertimana yang


diketahui, perkataan aqidah sering terpacul daripada mulut seseorang yang beragama
islam tetapi tahukah mereka konsep akidah yang sebenar. Sebenarnya, konsep aqidah
ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu dari segi bahasa dan dari segi istilah ataupun
syara. Dari segi bahasa Perkataan Aqidah berasal dari bahasa Arab iaitu "aqada yang
bermaksud ikatan atau simpulan. Perkataan ini juga digunakan pada sesuatu yang
maknawi seperti akad nikah dan akad jual beli. Dari ikatan atau simpulan ini,maka
lahirlah aqidah iaitu ikatan atau simpulan khususnya dalam kepercayaan.
Dari segi istilah pula aqidah boleh didefinisikan sebagai kepercayaan yang terikat
erat dan tersimpul kuat dalam jiwa seseorang sehingga tidak mungkin tercerai atau
terurai. Juga bermakna kepercayaan atau keimanan kepada hakiki atau nilai-nilai
mutlak, yang tetap dan kekal,yang pasti dan hakiki,yang kudus dan suci, seperti yang
diwajibkan oleh syara' iaitu beriman kepada Allah S.W.T ,rukun-rukun iman,rukun-rukun
islam,dan perkara-perkara ghaibiyyat. Secara ringkasnya aqidah ialah kepercayaan dan
keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah serta sifat-sifat kesempurnaannya
berdasarkan dalil naqli dan aqli.
Selain daripada konsep aqidah, terdapat juga ciri-ciri aqidah yang betul dan juga
yang salah. Secara ringkasnya, ciri aqidah tersebut telah diterangkan di dalam jadual
berikut.
Aqidah yang Betul Aqidah yang Salah

Apakah Aqidah yang betul ?
Aqidah yang betul
ialah : Kepercayaan yang betul

Apakah Aqidah yang salah ?
Aqidah yang salah
ialah : Kepercayaan yang
berlandaskan dalil al-Quran
dan Sunnah
Apakah ciri-ciri Aqidah yg betul ?
1-Kepercayaan yang teguh terhadap
kewujudan, keesaan dan kekuasaan
Allah
2-Tidak menyekutukan Allah dengan
sesuatu
3-Kepercayaan dan keyakinan yang
berlandaskan al-Quran dan Sunnah
bercanggah dengan dalil Al-Quran
dan Sunnah.
Apakah ciri-ciri Aqidah yg salah ?
1-Menafikan kewujudan, keesaan dan
kekuasaan Allah
2-Melakukan perbuatan yang
mensyirikkan Allah
3. Mengamalkan kepercayaan yang
bertentangan dengan al-Quran dan
Sunnah

Selepas ini kita akan mengetahui pula apakah tujuan mempelajari ilmu aqidah ini.
Tujuan pertama dalam mempelajari ilmu akidah ialah untuk memantapkan keyakinan
dalam hati tentang kewujudan Allah. Selepas itu kita juga akan dapat mengenal pasti
aqidah yang betul dan salah iaitu sesat melalui ciri-ciri akidah. Selepas mengetahui ilmu
akidah ini juga, kita dapat mempertahan akidah daripada diresapi ajaran yang
menyeleweng daripada yang sebenar. Dengan itu, kita juga dapat menjaga iman
supaya tetap dan selamat di dunia dan di akhirat. Akhir sekali, kita juga dapat mendidik
umat islam mengenai akhlak dan pekerti yang mulia yang sememangnya sinonim
dengan islam.
Perkara-perkara yang boleh membatalkan aqidah pula ialah pertama,
mensyirikkan dan menyembah selain daripada Allah. Sebagai contoh, menganggap
bahawa pokok, batu dan alam sekitar mempunyai roh dan perlu disembah. Selain itu,
menyimpan atau membela jin atau syaitan seperti membela saka juga satu daripada
contoh syirik. Kedua pula ialah mengingkari dan mempersendakan hukum Allah.
Sebagai contoh, hukum jenayah hudud dan qisas. Seperti yang dapat dilihat, pada
masa ini telah ada sebahagian orang yang manganggap bahawa hukuman hudud dan
qisas adalah hukuman yang tidak relevan dan terlalu kejam. Dari itu, mereka menolak
hukuman ini dan menganggap hukuman ini tidak perlu dan menyusahkan sahaja. ni
adalah salah satu contoh perlakuan mengingkari hukum Allah.
Ketiga ialah mempercayai selain dari Allah yang boleh memberikan kesan.
Contohnya, meminta pertolongan kepada jin dan syaitan seperti berjumpa bomoh
apabila terdapat kesusahan. Perlakuan ini jelas membuktikan bahawa mereka
mempercayai jin lebih daripada Allah dan menganggap jin dapat memberikan
segalanya. ni jelas bertentangan dengan agama islam dan akhirnya boleh membawa
kepada syirik kepada Allah.
Contoh perkara yang boleh membatalkan aqidah yang seterusnya ialah menolak
alquran dan assunnah. Seperti yang diketahui ulama ahli sunnah waljamaah telah
menggariskan dua sumber perundangan islam yang sangat penting iaitu alquran dan
assunnah. Menolak mana-mana antara kedua dua sumber ini boleh menyebabkan
seseorang itu terkeluar daripada agama islam dan ini bermakna terbatalnya aqidah
seseorang itu.
Akhir sekali, mengingkari kerasulan nabi mohd juga boleh menyebabkan
terbatalnya aqidah. Seperti yang diketahui, nabi muhammad merupakan rasul terakhir
dan ini dapat dilihat di dalam alquran dan kitab samawi yang terdahulu iaitu kitab zabur,
taurat dan injil. Jadi, meragui kerasulan nabi muhammad bermakna meragui alquran
dan ini sekaligus bermakna meragui sumber perundangan islam yang pertama. ni jelas
merupakan salah satu perkara yang membatalkan aqidah.



METODOLOGI AL-QURAN DALAM MENERAPKAN AQIDAH
Alquran dan assunnah merupakan dua sumber perundangan islam yang utama
didalam hidup seseorang muslim. a meliputi aqidah, tauhid, muamalat, munakahat dan
aspek yang lain. Al-Quran juga merupakan sumber utama untuk segala persoalan umat
slam terutamanya aqidah. Al-Quran mempunyai metod terkini sehingga mampu
menjadi asas pemikiran yang ampuh dalam aspek kepercayaan dan akidah. Antara
metodologi alquran adalah seperti berikut:

1. Kebebasan akal daripada paksaan dan taklid
Al-Quran mengiktiraf akal manusia sebagai jalan untuk berfikir. Menggunakan
akal yang dianugerahkan, Al-Quran mengajak manusia berfikir dahulu untuk
memahami konsep akidah Tauhid. Justeru, Al-Quran tidak memaksa manusia untuk
menerima bulat-bulat akidahnya sebelum manusia berfikir. Al-Quran juga menerapkan
akidah ke dalam diri manusia dengan pembebasan daripada taklid buta iaitu mengikuti
sesuatu kepercayaan tanpa mengkaji dan berfikir. Al-Quran melarang sama sekali
mempercayai sesuatu tanpa berfikir dan mengkaji kebenarannya

2. Mengarahkan akal manusia untuk berfikir dan menganalisa menerusi alam nyata
Al-Quran menerapkan akidah melalui arahan dan dorongan akal manusia
untuk berfikir dan menganalisa alam nyata berbantukan anggota pancaindera.
Fenomena alam nyata terdiri daripada diri manusia sendiri semenjak bermula sebagai
janin, alam dunia termasuk gunung, bukit, lautan, haiwan serta alam langit seperti
bintang dan matahari. Dengan analisa terhadap alam nyata ini, manusia akan berfikir
wujudnya tuhan yang maha esa dan mutlak sifatnya di sebalik ciptaan2 yang unik.

3. Membentangkan akidah yang batil dan menetapkan kebatilannya
Al-Quran banyak membentangkan akidah yang batil khususnya mengenai
agama-agama lain seperti animisme, majusi, ateisme, yahudi dan kristian, kemudian
menolak kepercayaan dan akidah tersebut dan mendedahkan penyelewengannya.
Alquran juga Mendedahkan tentang kebatilan penyembahan kepada alam. Alam itu
contohnya bulan dan matahari hanyalah makhluk ciptaan Allah. Allah lah yang
berkuasa menciptakan segala yang ada di bumi dan di langit. Patutkah kita menyembah
makhluk ciptaan Allah?
dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah malam dan siang, serta matahari dan
bulan. janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan,
dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah Yang menciptakannya, kalau
betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.
Surah al-fussilat: 37

4. Membentangkan akidah yang benar dan menetapkan kebenarannya.
Al-Quran menyatakan dengan tegas dan jelas sesuatu kepercayaan dan akidah
yang benar kepada manusia untuk diikuti. Kemudian Al-Quran membuktikan kebenaran
kepercayaan tersebut dengan dengan membawa bukti-bukti yang kuat samada secara
logik atau realiti. Al-Quran sentiasa mencabar orang2 kafir untuk merenung ciptaan
Allah serta memikirkan keajaibannya. Al-Quran juga seringkali membentangkan tentang
konsep akidah yang benar terutama keesaan Allah dan sifatNya yang maha mutlak dan
sempurna seperti dalam ayat di bawah.
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti),
bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa
mentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-
orang Yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga Yang demikian); tiada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Surah aali-imraan: 18

5. Membentangkan akidah menerusi kisah2 dan teladan yang baik ( Qudwah Hasanah )
Al-Quran banyak menggunakan metod bercerita. Cerita2 ini menggunakan
contoh, perbandingan, tauladan dan kisah-kisah nabi atau kaum terdahulu. AL-Quran
juga menyampaikan kisah para-para nabi yang mempunyai teladan yang baik untuk
diikuti. Contohnya, nabi brahim dengan kesungguhan dan keberaniannya
menghapuskan berhala di zamannya serta dialog menentang berhala dengan bapanya.
Demikian juga Nabi Noh yang berusaha dakwah dalam tempoh lama menentang
amalan berhala termasuk keluarganya sendiri. Begitu juga kisah nabi Salleh, nabi Lut
dan Nabi Musa yang mempunyai nilai teladan yang terbukti kesan sejarahnya untuk
manusia mempercayai akidah Allah yang maha Esa.

6. Penekanan kepada Tauhid
Metod alquran seterusnya adalah melalui penekanan aspek akidah Tauhid dan
keesaan Allah. Al-Quran tidak menekankan tentang kewujudan Allah kerana
kebanyakan manusia telah pun memaklumi kewujudan Allah. Cuma mereka salah
menafsirkan dengan cara yang berbagai sehingga Allah menjadi bersekutu dan
beranak-pinak. Oleh itu, Al-Quran memberi telah penekanan kepada tiga aspek penting
dalah tauhid iaitu Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat.
Yang dimaksudkan dengan Tauhid Uluhiyyah ialah Beriktikad bahawa hanya
Allah sahaja yang berhak disembah, dicintai, dipatuhi, dan ditumpui untuk meminta.
Contoh yang paling jelas ialah dengan Meletakkan seluruh percakapan, perbuatan dan
tingkah laku di atas petunjuk dan perintah Allah semata-mata. Tauhid Uluhiyyah ini
berpaksikan 'Kalimah Syahadah'. Dalilnya adalah seperti berikut:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu
(Surah al-Zariyat:56)
Tauhid rububiyyah pula bermaksud Allah (SWT) ialah pentadbir, pencipta,
pemilik dan yang menguasai alam semesta. Juga dimaksudkan dengan Dia (Allah)
adalah pencipta yang menciptakan semua yang ada. Dia juga merupakan pentadbir,
pemilik dan yang menguasai seluruh alam semesta ini. Dalilnya pula ialah:
"ngatlah yang menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah,
Tuhan Alam Semesta (Surah al-A'raf:54)
"Wahai umat manusia! Kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala
perkara). Sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji
(Surah al-Fatir:15)
Ketiga pula ialah Tauhid Asma wa Sifat. Tauhid Asma wa Sifat bermaksud
Mengesakan nama-nama (asma') dan sifat Allah yan berdiri di atas 3 asas yakni:
a. Mensucikan dan meninggikan Allah dari hal yang menyamakan-Nya dengan
makhluk, atau dari suatu kekurangan.
b. Beriman kepada nama-nama (asma') dan sifat yang telah ditetapkan dalam
Kitabullah dan sunnah rasul.
c. Membuang khayalan (yang berlebih-lebihan) untuk merupakan sifat-sifat tersebut.
Tauhid Asma wa Sifat juga bermaksud ktikad bahawa Allah S.W.T patut
mempunyai sifat-sifat kesempurnaan, bersih serta suci dari sifat-sifat kekurangan atau
kelemahan, dan Dia satu-satunya memiliki sifat tersebut seperti dalam firman allah:
"Tidak ada sesuatu pun yang sama dengan-Nya. Dia Maha Mendengar lagi Maha
Melihat (Surah al-Syura:11)
Firman Allah pada ayat yang lain
"Maka janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah. Sesungguhnya Allah
mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah al-Nahl:74)

7. Penyuburan man
Al-Quran menerapkan konsep keimanan dan cara menyuburkan iman dan
kepercayaan kepada Allah bagi membentuk hati dan sikap seorang mukmin. anya
melalui penghayatan dan amalan ibadat serta jauh daripada amalan2 khurafat. AlQuran
juga menerapkan konsep keikhlasan dan ketulusan beribadah dan beriman.











HUBUNGAN ANTARA IMAN, ISLAM DAN IHSAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

KONSEP IMAN
Pengertian iman boleh dibahagikan kepada dua iaitu dari segi bahasa dan istilah.
Dari segi bahasa, iman boleh diertikan sebagai menjamin keselamatan dan tasdiq iaitu
membenarkan, percaya dan amanah. Dari segi istilah pula iman bermaksud
membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lisan serta beramal dengan ajaran-
ajaran yang dibawa oleh nabi muhammad s.a.w. man juga lebih mendalam daripada
islam dari sudut penerimaan dan kepatuhan kepada apa yang disampaikan oleh
rasulullah. man adalah berkaitan lubuk hati manakala islam ialah amalan lahir melalui
lidah dan hati.
Rukun iman terbahagi kepada 6 iaitu:

BERIMAN KEPADA ALLAH
beriman kepada allah bermaksud mengetahui, percaya dan beriktikad dengan
perkara2 yang wajib, perkara2 mustahil dan perkara yang harus bagi allah. a juga
bermakna membenarkan dengan yakin akan adanya allah dan keesaan allah baik
perbuatannya menjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima
ibadat setiap makhluk. Beriman kepada allah ini adalah pokok kepada kepercayaan
atau rukun2 iman yang lain kerana dengan adanya allah maka ada yang lain2 itu.

BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Ertinya ialah bahawa allah telah menjadikan sejenis makhluk halus yang
keadaan asalnya tidak dapat dilihat, bukan lelaki dan bukan perempuan. Hidup mereka
sentiasa taat kepada perintah allah tanpa sesekali menderhakainya. Malaikat dijadikan
oleh allah daripada cahaya. Selain daripada sepuluh malaikat yang diketahui yang
mempunyai tugas sendiri, terdapat juga beribu ribu malaikat lain yang mempunyai tugas
umum. Tugas2 tersebut adalah membawa wahyu kepada para nabi dan rasul, bertasbih
dan patuh dan sujud kepada allah, memikul arsy dan berdoa untuk orang2 yang
beriman.

BERIMAN KEPADA KITAB
Orang2 islam wajib percaya bahawa allah telah menurunkan beberapa buah
kitab kepada rasul2 nya. si pengajaran kitab2 itu adalah mengandungi ajaran2
mengenai amal ibadat untuk akhirat dan juga petunjuk2 untuk memperbaiki kehidupan
manusia di dunia. Kitab2 tersebut ialah zabur yang diturunkan dalam bahasa qibti,
taurat dalam bahasa ibrani, injil dalam bahasa suryani dan alquran dalam bahasa arab.
Kitab2 ini telah diturunkan kepada nabi daud, nabi musa, nabi isa dan junjungan kita
nabi muhammad. Alquran merupakan kitab terakhir sekali diturunkan oleh allah dan
penutup kepada segala kitab2 terdahulu.

BERIMAN KEPADA RASUL
Seseorang islam diwajibkan beriman bahawa allah telah mengutuskan beberapa
orang rasul yang dipilihnya daripada jenis manusia yang cukup sempurna. Mereka
membimbing manusia kepada kehidupan yang membawa kebahagiaan di dunia dan
akhirat. Rasul dari segi bahasa bermaksud utusan yang menyampaikan sesuatu
perutusan seseorang kepada orang lain. Manakala dari segi istilah bermaksud lelaki
utusan allah yang menerima wahyu allah untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada
umat manusia agar mereka dapat melalui jalan yang lurus dan diredhai allah.
Terdapat empat sifat yang wajib bagi rasul. Pertama ialah siddiq iaitu benar pada
segala percakapan, perkhabaran dan perbuatan. Kedua ialah amanah ataupun jujur.
Ketiga ialah tabligh iaitu menyampaikan semua perintah allah kepada manusia dan
akhir sekali fathonah. Fathonah bermaksud bijaksana.

BERIMAN KEPADA ALQURAN
Dari segi keaslian, alquran merupakan kitab yang diturunkan allah yang tetap asli
tidak ada perubahan dan tidak mampu dipinda oleh manusia berbeza dengan kitab2
samawi yang lain yang berubah dan tidak asli. Keistimewaan Alquran adalah ia sesuai
untuk semua zaman dan tempat, manakala kitab2 samawi lain hanya sesuai untuk
tempoh2 tertentu sahaja. Bahasa alquran juga adalah bahasa arab yang sentiasa
digunakan oleh orang ramai dan banyak negara di seluruh dunia.

BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT.
Beriman kepada hari akhirat merupakan masalah yang paling berat dari segala
macam akidah dan kepercayaan manusia. Sejak zaman sebelum islam sampailah
sekarang manusia telah memperkatakan masalah ini. Para ahli fikir selalu
menempatkan persoalan ini sebagai inti penyelidikan kerana beriman pada hari akhirat
akan membawa manusia kepada keyakinan bahawa terdapat satu kehidupan duniawi
dan penciptaan manusia. Demikianlah pentingnya masalah ini sehingga turunnya ayat
ayat allah yang menerangkan kedudukan hari akhirat.

BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR.
Qada dan qadar adalah takdir atau ketentuan allah terhadap makhlukNya
khususnya manusia.
KONSEP ISLAM
Di malaysia, terdiri daripada pelbagai kaum dan kaum yang terbesar adalah
bangsa melayu. Bangsa melayu ini pula boleh dikatakan kebanyakannya adalah
beragama islam. Dan ini telah menjadikan negara malaysia sebagai sebuah negara
'islam'. Tetapi apakah pula yang dimaksudkan dengan islam? Dari sudut bahasa, islam
berasal daripada perkataan arab, iaitu salima yg bermaksud selamat dan sentosa atau
kedamaian, ia juga bermaksud menyerah diri, tunduk, patuh dan taat.
Mengikut istilah atau syara' islam ialah patuh dan menyerah diri kepada Allah
dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. slam juga diistilahkan sebagai
peraturan hidup yang mengatur hidup dan kehidupan manusia. Definisi slam juga
dapat difahami ketika jibril datang bertanya Rasulullah tentang slam:
"Ceritakan padaku (wahai muhammad) tentang islam Rasulullah menjawab "Engkau
mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Muhammmad ialah hamba dan
pesuruhNya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, puasa bulan ramadhan dan
menunaikan haji ke baitullah jika engkau mampu






Rukun islam terbahagi kepada lima iaitu pertama, Mengucap dua kalimah
syahadah. Kedua ialah Sembahyang lima waktu sehari semalam. Ketiga, Berpuasa
sebulan bulan Ramadhan.keempat, Mengeluarkan zakat. Kelima dan yang terakhir
ialah Menunaikan fardhu haji bagi yang berkemampuan. ni dapat dilihat dengan jelas
dalam hadis berikut:
=- = ' - = .' _ ~ ~ ' ~- = ' - ` ~ = ' - ~ = ' = , ~ ' = ~ = = ' -- ~
' . ~ .' .' ' ~ +- = ' ~ ~ = ~ ' ` ` ~' + ~ , ~ = _ = `~ `' - ~ - = ' _ -
' . ~ ' - ~ - _ =' ' ' -' - ` -' ' ). '=' -' (.
Ertinya:
'Abdullah ibn Musa telah menceritakan kepada kami, ia berkata bahwa Hanzhalah ibn
Abi Sufyan telah memberitakan kepada kami, dari krimah ibn Khalid, dari ibn Umar r.a
berkata: Rasulullah saw. telah bersabda: "slam didirikan atas lima perkara, yakni
bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah swt, dan Muhammad adalah utusan-Nya,
mendirikan shalat, menunaikan zakat, melaksanakan ibadah haji (ke Baitullah), dan
berpuasa dibulan Ramadhan. (H.R. Al-Bukhari)

KONSEP IHSAN
Seringkali kita mendengar tentang pentingnya perlakuan ihsan kepada binatang,
kepada alam sekitar tetapi apakah kita tahu makna ihsan ini. hsan dari segi bahasa
berasal dari kata kerja ahsana-yuhsinu yang bermaksud berbuat baik. Masdar bagi kata
kerja tersebut adalah ihsan yang bererti kebaikan. Dari segi istilah pula ialah melakukan
ibadah dengan khusyuk, ikhlas dan yakin bahawa allah sentiasa mengawasi apa yang
dilakukannya. hsan juga bermakna mencapai keikhlasan dengan mendekatkan diri
kepada allah dalam setiap keadaan dan urusan.
hsan merupakan puncak ibadah dan akhlak yang sentiasa ingin dicapai oleh
seluruh hamba allah. Hal ini kerana, ihsan menjadikan seseorang itu mendapat
kemuliaan di sisi allah. Oleh itu, bagi seseorang hamba yang tidak dapat mencapai
target ini, dia telah kehilangan peluang yang sangat berharga untuk menduduki tempat
yang mulia di sisi allah. Rasulullah sangat perihatin akan hal ini sehingga ajaran islam
yang dibawanya semuanya menjurus kepada satu perkara iaitu untuk mencapai ibadah
yang sempurna dan akhlak yang mulia.




HUBUNGAN ANTARA IMAN, ISLAM DAN IHSAN

Selepas mengetahui konsep iman, islam dan ikhlas, kita akan berbincang pula
tentang hubungan antara ketiga tiga kalimah ini. Daripada takrif dan penjelasan
berkaitan dengan slam, iman dan ihsan seperti yang telah diterangkan di atas, ia jelas
menunjukan bahawa kalimah tersebut mempunyai pengertian berbeza dari sudut
bahasa sahaja . Dari sudut istilah ke tiga tiga mempunyai hubungan kait mengait antara
satu sama lain. Ahli Sunah berpendapat slam dan man berbeza disegi nama sahaja ,
tetapi membawa pengertian yang sama . Ulama' Salaf pula mengatakan jika iman dan
ihsan di sebut serentak ia menunjukan satu makna, jika di sebut berasingan ia
menunjukan slam seluruhnya .
Selain itu, terdapat juga contoh beberapa ayat di dalam alquran yang
menunjukkan bahawa slam adalah amalan lahiriah seperti solat, manakala iman pula
amalan hati seperti keyakinan atau kepercayaan . kedua dua aspek ini iaitu man dan
slam adalah penting untuk menyelamatkan manusia dari api Neraka. Sebagai contoh
jika beramal tanpa iman amalannya ditolak seperti amalan orang kafir. Begitu juga jika
beriman tanpa amalan, seseorang itu tidak dapat mencapai keridhaan Allah Justeru itu
jelas kedua-duanya saling memerlukan dan mempunyai hubungan yang erat sekali
dan tidak boleh di pisahkan .
Terdapat juga beberapa lagi hubungan antara iman, islam dan ihsan ini.
Antaranya ialah apabila islam ,iman dan ihsan dilaksanakan dalam bentuk yang
menyeluruh dan bersepadu seseorang itu layak di gelar muhsin. Golongan muhsin ini
pula boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu pertama 2aka2 2usyahadah.
Maka2 2usyahadah ini ialah peringkat yang tertinggi yang dikenali dengan iman soleh
para sahabat. Seterusnya pula ialah 2aka2 ikhlas iaitu apabila seseorang berusaha
meyakini bahawa Allah sentiasa melihatnya melakukan apa2 perbuatan. hal ini
menunjukkan bahawa ketiga tiga aspek penting ini mempunyai hubungan yang amat
erat.
Sebagai kesimpulannya, hubungan antara ketiga tiga aspek ini iaitu iman, islam
dan ihsan boleh dianggap sebagai " bagai isi dengan kuku'. Hal ini kerana hubungan
antara ketiga tiga aspek tersebut amat erat yang tidak dapat dipisahkan lagi sehingga
apabila dipisahkan ia menjadi tidak sempurna. Keadaan tidak sempurna ini seterusnya
akan mengundang kemurkaan allah dan kemudiannya allah tidak akan meredhai akan
segala amal perbuatan yang dilakukan. Oleh itu,













PENGHARGAAN



Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia-Nya, saya dapat menyiapkan kerja
kursus ini dengan sempurna dan jayanya. Kejayaan ini dapat dicapai dengan bantuan,
bimbingan, dan kerjasama dari pensyarah dan rakan-rakan.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada ustaz mohamad anuar bin hayyan yang
telah banyak memberi sokongan dan bimbingan dalam usaha melengkapkan kerja
kursus ini. Beliau telah memberikan maklumat-maklumat yang berguna ketika
menyiapkan kerja khusus ini.
Tidak dilupakan juga kepada sahabat -sahabat yang telah memberi tunjuk ajar dan
bantuan semasa menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga kerana sanggup berkongsi
idea semasa menjalankan tugasan ini. Seterusnya, saya ucapkan terima kasih juga
kepada kedua ibu dan bapa saya dan ahli keluarga atas bantuan dan sokongan anda
semua sama ada yang bersifat mental ataupun fizikal. Semoga segala usaha dan
kerjasama kalian akan diberkati oleh Allah S.W.T.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu
sepanjang melaksanakan kerja khusus ini. Mudah- mudahan kerja kursus ini dapat
dimanfaatkan sebaik mungkin dan dapat memberi panduan kepada kita semua.

Sekian, terima kasih.



REFLEKSI

Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran
kehadrat llahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan kerja kursus
pendek ini dengan sempurna.
Jutaan penghargaan kepada ustaz mohamad anuar bin hayyan kerana banyak
memberi tunjuk ajar kepada saya ketika proses pembikinan kerja kursus ini. Terima
kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan dan ibu bapa yang telah memberikan
sokongan sepanjang menjalankan kajian ini.
Sepanjang menjalankan kerja khusus ini, saya telah merujuk kepada banyak
sumber rujukan khususnya buku-buku di perpustakaan dan juga internet. Melalui
sumber-sumber rujukan ini, saya telah dapat mengkaji serta memahami tentang konsep
akidah ini dengan lebih mendalam. Sesungguhnya semasa proses menyiapkan kerja
khusus ini, saya sedar terdapat banyak lagi ilmu pengetahuan berkaitan aqidah yang
perlu didalami.
Melalui sumber-sumber ini juga, saya telah dapat mengetahui maklumat tentang
keberkesanan metod alquran dalam menerapkan aspek aqidah ini ke dalam jiwa
seseorang. Alquran sesungguhnya merupakan sebuah kitab yang paling sempurna
yang berbeza dengan kitab2 samawi yang lain. Saya juga dapat mngetahui hubungan
antara iman, islam dan ihsan yang sememangnya amat erat.
Dalam usaha melaksanakan tugasan ini juga, saya telah melalui pelbagai
pengalaman. Antaranya ialah saya merasa tekanan perasaan yang tinggi kerana komputer
riba yang digunakan sering sahaja rosak. Hal ini menyebabkan emosi saya sering terganggu
dan menyebabkan saya terasa seperti berenang di lautan yang penuh duri. Ditambah pula
dengan rangkaian internet yang terlalu lambat sehingga menyebabkan saya hampir
menghempas komputer riba. Hal ini menimbulkan penyesalan yang amat dan saya berazam
supaya hal ini tidak berlaku lagi.

Akhir sekali, dengan terhasilnya kajian ini saya berharap agar segala
maklumat dapat menjadi maklumat yang berguna di dalam hidup dan seterusnya dapat
dipraktikkan baik di masa kini mahupun di masa depan kelak.

Sekian, terima kasih.














BORANG REKOD KOLABORAS KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : MOHAMAD FADHL BN JASM
NO KAD PENGENALAN : 921003-01-6419
KUMPULAN : PENGAJAN AGAMA SLAM 1 JUN 2010
SEMESTER : SEMESTER 3
MATA PELAJARAN : pendidikan islam
PENSYARAH PEMBMBNG : ustaz anuar bin hayyan

TARKH PERKARA YANG
DBNCANGKAN
KOMEN T/TANGAN
PENSYARAH






























ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S
1 PENGHARGAAN
2 PENDAHULUAN
3 METODOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN
AQIDAH

4 KONSEP AQIDAH DAN PERKARA YANG
MEMBATALKANNYA

5 HUBUNGAN IMAN, ISLAM DAN IHSAN DALAM
KEHIDUPAN SEHARIAN

6 RUMUSAN
8 REFLEKSI
9 BIBLIOGRAFI
10 LAMPIRAN
11 BORANG KOLABORASI





INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TUN HUSSEIN ONN
SUBJEK
PENGAJIAN ISLAM 1 ( AQIDAH PA3311P4)

NAMA : MOHAMAD FADHL BN JASM
NO KAD PENGENALAN : 921003-01-6419
KUMPULAN : PENGAJAN AGAMA SLAM 1 (SEMESTER 3)
AMBLAN : JUN 2010
PENSYARAH PEMBMBNG : USTAZ MOHAMAD ANUAR BN HAYAN





PENDAHULUAN

Fitrah manusia secara semulajadinya tidak akan tenteram tanpa agama dalam
hidup mereka. Manusia yang dikurniakan akal fikiran akan sentiasa mencari suatu Zat
atau Yang Maha Kuasa yang berada di alam ghaib, diyakini Dialah yang menciptakan
dan mentadbir alam . bagi orang islam, tuhan yang berhak disembah hanyalah allah
dan di sinilah peranan aqidah itu penting.
Umat islam perlu memahami maksud akidah islamiah kerana ia dituntut dalam A-
Quran dan as sunnah. Al-Quran dan hadis ini merupakan sumber kepada Akidah ahli
sunnah waljamaah. Dengan kefahaman yang betul, umat islam akan dapat membuat
perbandingan antara akidah sahih dan akidah fasad. Dengan akidah yang benar juga,
umat slam akan sentiasa berada di jalan yang benar.
lmu akidah ini juga dikenali dengan beberapa nama iaitu pertama lmu
Usuluddin. lmu usuluddin merupakan ilmu yang perbahasannya berkisar tentang
akidah yang merupakan asas dalam agama . kedua pula ialah lmu Tauhid dan Sifat.
lmu ini membicarakan tentang hal-hal yang berkaitan dengan asas akidah serta
sebahagian besarnya berkaitan dengan sifat Allah.
Selain daripada dua ilmu di atas, terdapat juga beberapa lagi ilmu akidah.
Antaranya ialah ilmu kalam. lmu kalam berkisar tentang kalam Allah dan teori-teori
sahaja, bukan amalan anggota dan praktikal zahir. a juga berkaitan dengan cara dan
jalan menetapkan dalil bagi asas dan dasar akidah yang sama dengan ilmu mantik.
Akhir sekali ialah ilmu makrifat. lmu ini ialah suatu ilmu yang membahaskan perkara2
yang berhubung dengan cara2 mengenal allah.
Daripada penerangan yang diberikan, dapatlah disimpulkan bahawa ilmu aqidah
merupakan ilmu yang luas dan amat penting dalam kehidupan seorang muslim. Tanpa
aqidah yang benar, seseorang islam itu akan terkeluar daripada agama islam yang
syumul ini. Dan ini bermakna kemurkaan allah ke atasnya yang seterusnya mendorong
kepada kehidupan yang tidak tenang di dunia dan seksa yang pedih di akhirat.
KESIMPULAN

Daripada penerangan2 yang telah diberikan, telah banyak ilmu yang dapat
diambil sebagai peringatan khususnya perkara2 yang mendorong kepada terbatalnya
aqidah. Apabila terbatalnya aqidah seseorang islam itu, maka dia telah terkeluar
daripada agama islam dan ini bermakna kerugian yang sangat banyak kepada dia.
Segala amalannya tidak diterima dan akan sentiasa diselubungi kesusahan sepanjang
hidupnya. Oleh itu, sebagai seorang muslim, hendaklah kita sentiasa mengambil
perhatian tehadap perkara2 berkaitan aqidah sungguhpun perkara yang kecil sahaja
kerana walaupun hanya perkara kecil, ia tetap boleh mempengaruhi aqidah seseorang
itu.
Daripada penerangan ini juga, kemukjizatan alquran telah terbukti. Alquran
terbukti merupakan kitab yang paling unggul dengan mempunyai segala macam cara
untuk menerapkan aqidah ke dalam diri seseorang muslim. Aqidah merupakan perkara
pokok kepada keislamannya seseorang itu. Jadi, dengan penerapan aqidah oleh
alquran, orang islam akan menjadi lebih kuat dan berkualiti. Selain itu, hubungan antara
iman, islam dan ihsan juga dapat diketahui. Setelah mengetahui konsep ketiga tiga
kalimah itu, telah dapat dibuktikan bahawa ia mempunyai hubungan yang sangat rapat.
man, islam dan ihsan ini juga mempunyai hubungan yang rapat dengan ilmu aqidah.
Sebagai kesimpulannya, ilmu aqidah merupakan ilmu yang sangat penting dalam
kehidupan seharian sekalian orang islam tidak kira peringkat umur atau bangsa. Hal ini
terbukti dengan peranan alquran sendiri dalam menerapkan akidah dalam jiwa orang
islam. Oleh itu, sebagai seorang yang menganuti agama islam, perlulah sentiasa
memperbaiki diri dengan mempelajari dan mendalami lagi pelbagai cabang ilmu
pengetahuan islam khususnya ilmu aqidah.

You might also like