You are on page 1of 5

2.

IBNU SINA.

2.1

PENGENALAN

Nama penuh beliau ialah Abu Ali al-Hussain Ibnu Abdullah. Beliau dilahirkan di kampung Afsyara, Bukhara, Asia Tengah pada 980M. Beliau berketurunan Iran dan ayahnya berasal dari Balkh. Abu Abdullah Natali ialah antara guru beliau dalam bidang ilmu perubatan ketika masih berumur 17 tahun. Beliau lebih dikenali sebagai Avicenna di Barat. Ketokohannya memang terserlah semenjak kecil lagi. Ini terbukti sewaktu berusia 17 tahun, beliau telah berjaya menyembuhkan Putera Raja Bukhara, Nooh Ibn Mansoor selepas semua pakar perubatan yang terkenal gagal dalam usaha tersebut. Raja Mansoor amat terhutang budi dan telah menawarkan hadiah yang lumayan kepadanya. Namun begitu, beliau menolak dan hanya meminta kebenaran untuk menggunakan perpustakaan Di Raja sahaja. Sewaktu berumur 20 tahun iaitu selepas kematian ayahnya, beliau telah mengembara ke Juran dan bertemu dengan Abu Raihan Al-Biruni sebelum berhijrah ke Hamadan. Di Hamadan, beliau mengarang kitab al-Qanun fit Tibb untuk mengubati Raja Hamdan iaitu Shams al-Daulah. Dari Hamadan beliau menuju pula ke Ispahan (Iran) di mana beliau telah menyempurnakan penulisannya dalam pelbagai bidang. Beliau merancang untuk meneruskan pengembaraannya, namun terpaksa kembali semula ke Hamadan kerana faktor kesihatan.Ibn Sina telah menghembuskan nafas terakhirnya di sana pada tahun 1037M ketika berusia 56 tahun. Potret beliau telah digantungkan didinding Fakulti Perubatan Universiti Paris sebagai mengenang jasa beliau dalam bidang ilmu perubatan.

2.2

PENDIDIKAN

Beliau mendapat pendidikan awal di kampong halamannya. Beliau telah dapat menghafal Al-Quran dengan baik sewaktu berusia 10 tahun dan telah dilantik menjadi Doktor Di Raja pada umur 18 tahun. Beliau mula belajar mengenai falsafah dengan membaca pelbagai tulisan seperti tulisan Greek, Muslim dan buku-buku lain 2

mengenai subjek ini serta mempelajari logik dan subjek lain daripada Abu Abdallah Natili iaitu seorang ahli falsafah terkenal pada waktu itu. Ibn Sina merupakan seorang yang bertuah kerana mempunyai seorang ayah yang amat mementingkan pendidikan agama dan juga keduniaan walaupun beliau dilahirkan dalam keluarga seorang pemungut cukai. Ibn Sina merupakan seorang yang rajin membaca buku dan tidak mudah berputus asa. Pernah suatu ketika beliau telah membaca buku "Metafizik Aristotle" sebanyak 40 kali hanya semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi.

2.3

SUMBANGAN

Ibnu Sina telah memberi sumbangan besar dalam bidang perubatan dan dalam bidang penulisan. Dalam bidang perubatan Ibnu Sina ialah tabib pertama yang secara tepat menerangkan meningitis, beliau juga telah menemui bagaimana jangkitan tibi berlaku dan menjelaskan penyakit yang menyebabkan demam kuning (jaundice)1. Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan telah membuatkan beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali sehingga hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatiks (psychosomatic medicine)2. Ibnu Sina juga telah memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenalpasti ketidakseimbangan3. Diagnosis mengenai denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh doktor-doktor muslim di Pakistan, Afganistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Kaedah ini bukan sahaja mengira berapa denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai merangkumi sama ada kuat atau tidak, masa antara denyutan, kandungan kelembapan di paras kulit dekat dengan denyutan tersebut dan sebagainya. Dari ukuran-ukuran denyutan jantung tersebut seorang doktor dapat mengetahui dengan tepat penyakit yang dihadapi oleh pesakitnya.

1 2 3

Hj Ahmad Fauzi Hj Morad, (2008), Tamadun Islam, Kuala Lumpur : Penerbitan UPM, h.133 Ali Mohamad, (2004), Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur: Penerbitan UM, h.96 ibid, h.94

Selain itu, Ibnu Sina juga telah menyedari betapa pentingnya emosi dalam pemulihan seseorang pesakit4. Apabila seseorang pesakit mengalami sakit jiwa kerana dipisahkan dengan kekasihnya, maka beliau boleh mendapatkan nama dan alamat kekasihnya dengan satu cara. Caranya ialah menyebut banyak nama dan mengulanginya. Dalam masa yang sama, jarinya diletakkan atas denyutan nadi (pulse) apabila denyutan itu menjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti, seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikian, nama jalan, keluarga dan alamat rumah disebutkan. Selepas itu, kata Ibnu Sina Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah.(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya5. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi. Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang penulisan juga amat besar. Sepanjang riwayat hidupnya, Ibnu Sina telah menghasilkan sebanyak 250 buah karya yang masih kekal sehingga ke hari ini, termasuklah 116 buah karya dalam bidang ilmu perubatan6. Hampir keseluruhan karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan terdapat juga yang ditulis dalam bahasa Parsi. Karya beliau iaitu Al-Qanun fit Tibb merupakan karyanya yang terulung mengandungi 14 jilid dan kerap kali dicetak di Eropah pada zaman Renaisans dan telah menjadi bahan rujukan yang utama di Universitiuniversiti Eropah sehingga kurun ke 17. Ibnu Sina pernah berkata bahawa perubatan adalah satu cabang ilmu mengenai kesihatan dan sakit pada tubuh badan manusia. Oleh itu tugas doktor ialah untuk pemulihan atau penjagaan keadaan keseimbangan yang disebut kesihatan, yakni

http://annaziir.wordpress.com/2009/11/29/ibnu-sina--tokoh-perubatan-islam/

. http://www.dakwah.info/ini-sejarah-kita/85-era-bani-abbas/360-tokoh-perubatan-islamAli Mohamad, (2004), Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur: Penerbitan UM, h.96

tugas doktor adalah pemulihan dan penjagaan kesihatan. Selaras dengan patologi unsur-unsur Hiprocates (Yunani)7. Tokoh perubatan muslim menganggap bahawa tubuh badan manusia mengandungi empat unsur iaitu darah, lendir, hempedu kuning dan hempedu hitam. Setiap unsur badan mempunyai dua sifat iaitu darah (panas dan lembap), lender (dingin dan lembap), hempedu kuning (panas dan kering) dan hempedu hitam (dingin dan kering). Selain itu, dunia alam dibahagikan kepada empat unsur juga iaitu api (darah), udara (hempedu kuning), air (lender) dan tanah (hempedu hitam). Campuran keempat-empat unsur tersebut akan menentukan keadaan kesihatan. Sekiranya keempat-empat unsur tersebut seimbang maka sihatlah tubuh badan dan sebaliknya jika keempat-empat unsur tersebut tidak seimbang, maka penyakit akan menyerang. Tenaga badan yang akan mempertahankan dan memperbaiki keseimbangan serta menentukan kesihatan badan seseorang. Ubat akan membantu pesakit tetapi badan sendiri yang akan melakukan proses ke arah kesihatan manakala tabii pula yang akan memulihkan sesuatu penyakit (Nature Cures not the medicine). Keadaan tubuh atau temperamen setiap individu akan menentukan bahan makanan yang bermanfaat baginya. Selain itu Ibn Sina turut mencatatkan bahawa penyakit adalah disebabkan umur, jantina, pekerjaan, tempat kediaman, cuaca dan musim, makanan dan minuman, udara dan air, serta aktiviti fizikal dan mental. Ini bererti cara perubatan Ibn Sina adalah merangkumi bahan makanan, udara, aktiviti fizikal dan mental, rehat dan sebagainya. Selain itu pada jilid kedua di dalam buku yang sama Al-Qanun fit Tibb Ibn Sina ada menulis mengenai kajiannya terhadap tumbuh-tumbuhan. Beliau telah

membahagikan sesi pertama jilid ini kepada enam bab iaitu pengenalan campuran ubat dadah melalui percubaan dan kias. Manakala di bahagian kedua ia mengandungi beberapa lukisan dan peraturan. Bagi setiap tumbuhan ini beliau akan menceritakan mengenai bentuk dan sifatnya dengan tepat serta membandingkannya antara satu sama lain di samping memberikan petikan-petikan berkenaan dengan tumbuhan tersebut daripada ahli
7

http://www.dakwah.info/ini-sejarah-kita/85-era-bani-abbas/360-tokoh-perubatan-islam-

sains purba seperti Dioscorides dan Galen. Selepas itu beliau akan membuat ujian bagi setiap tumbuhan sama ada dari segi tabii ataupun sifatnya. Seterusnya Ibn Sina turut membuat kajian mengenai pelbagai tumbuh-tumbuhan herba, tanaman bunga, kulat(fungi), rumpai-rumpai(algae) dan mengambil berat mengenai pelbagai jenis tumbuhan dari spesis yang berlainan bagi setiap genis. Beliau juga membuat catatan berkenaan dengan tumbuhan yang sama dan tidak sama serta membincangkan mengenai kediaman asli(habitat) bagi setiap tumbuhan, di samping tanah yang sesuai bagi tumbuhan berkenaan sama ada bergaram atau tidak. Selain itu beliau ada menceritakan mengenai warna-warna bunga dan buah-buahan, sama ada keras atau kering; daunnya yang lebar atau sempit; bergigi atau kesemuanya bertepi. Bahagian yang terbaik baginya ialah senarai tumbuh-tumbuhan di mana beliau telah memberi pelbagai nama bagi setiap tumbuhan Yunani dan tempatan. Beliau telah merakamkan fenomena berbuah, selang-seli bagi tumbuh-tumbuhan dan palma, iaitu sebahagian pokok-pokok yang memberikan hasil yang banyak dalam satu tahun dan hasil yang sedikit bagi tahun yang lain, atau berbuah satu tahun dan tidak berbuah sama sekali dalam tahun yang lain. Ibn Sina juga ada merujuk kepada kebolehan bau dan rasa bagi setiap tumbuhan dan ia telah mendahului Karl Metz pada tahun 1934 dengan menekan betapa pentingnya diagnosis melalui getah tumbuhan.

You might also like