You are on page 1of 35

Topik X Puasa

8
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menghuraikan definisi dan dalil pensyariatan;

2.

Membezakan empat jenis puasa;

3.

Menerangkan perkara-perkara sunat ketika berpuasa;

4.

Menjelaskan rukun dan perkara yang membatalkan puasa; dan

5.

Mengenal pasti rukhsah dalam ibadat puasa; dan

6.

Menghuraikan bagaimana menggantikan puasa Ramadan.

PENGENALAN

Kebanyakan agama dan bangsa tertentu mempunyai ibadat puasanya yang


tersendiri. Lebih-lebih lagi agama Allah yakni Islam yang disyariatkan sejak
zaman Nabi Adam a.s lagi hinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Semuanya mempunyai ibadat puasanya yang tersendiri. Ini adalah berdasarkan
firman Allah:

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sama


seperti diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudakan kamu
bertakwa.
(Surah al-Baqarah, 2:183)

TOPIK 8

PUASA

W 127

Dalam topik ini, kita akan membincangkan ibadat puasa dan perkara-perkara
yang berkaitan dengannya mengikut syariat Nabi Muhmmad s.a.w.

8.1

DEFINISI PUASA DAN PENSYARIATAN


PUASA

Puasa dalam penggunaan bahasa Arab ialah menahan diri daripada sesuatu
seperti makan, minum, hubungan kelamin, bercakap atau lainnya. Ini
dinyatakan dalam firman Allah:

Maksudnya:

Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang
merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka
katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah)
Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan
berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.
(Surah Maryam, 19:26)
Dalam perbincangan fiqh puasa diistilahkan sebagai,
Puasa ialah menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa mulai
dari naik fajar hingga tenggelam matahari.

Tahukah anda, bila puasa disyariatkan kepada umat Islam? Puasa telah
disyariatkan pada tahun kedua Hijrah. Kefarduannya sabit melalui dalil-dalil
syarak: al-Quran, Hadis dan ijma ulama ummah. Nas Quran yang mensabitkan
wajib puasa ialah ayat 183 Surah al-Baqarah, seperti dalam pengenalan tadi.

128 X

TOPIK 8

PUASA

Nas hadis yang mensabitkan wajib puasa ialah yang diriwayatkan oleh Bukhari
sabda Rasulullah s.a.w.:

   
#*
     
      
  !" #$% &'()
;!<  =>/ ?  " + 
#,

 ./ 012  354  6 78  $9

Maksudnya:

Islam dibina di atas lima perkara: mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah, dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat,
mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan puasa di bulan Ramadan.
Puasa juga disabitkan melalui ijma ulama sejak zaman Rasulullah masih hidup
hinggalah ke hari ini. Tiada sesiapa yang menafikannya.

AKTIVITI 8.1
Anda dikehendaki membuat carian di laman web untuk mengumpul
maklumat-maklumat dan penulisan sarjana bagi menulis sebuah esei
yang bertajuk Puasa dalam Pelbagai Agama.

8.2

PUASA SEPANJANG SEJARAH

Sejarah amalan berpuasa muncul serentak dengan kelahiran manusia di muka


bumi ini. Puasa bukan sahaja telah menjadi ibadah kepada umat Islam, malahan
puasa turut menjadi amalan lazim masyarakat bukan Islam termasuk Mesir
kuno, Yunani, bangsa Rumawi dan Cina kuno.
Semenjak permulaan sejarah tamadun manusia, puasa telah diterima sebagai
salah satu kaedah mencapai ketinggian darjat di sisi Tuhan selain bertindak
sebagai kaedah rawatan penyakit fizikal dan penyakit jiwa atau menghindari
kemungkaran.
Bukti yang menunjukkan ibadah puasa telah disyariatkan sebelum kedatangan
Islam lagi ialah ayat 183 Surah al-Baqarah yang telah diberikan dalam
subtopik 8.1.

TOPIK 8

PUASA

W 129

Ibadah puasa yang telah dilakukan oleh umat terdahulu dilakukan dalam empat
cara seperti yang diterangkan dalam Rajah 8.1.

Rajah 8.1: Empat bentuk utama puasa umat terdahulu

Bagi umat Islam, ibadah puasa diriwayatkan oleh Bukhari daripada Abdullah
Ibn Umar, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

   
#*
     
      
  !" #$% &'()
;!<  =>/ ?  " + 
#,

 ./ 012  354  6 78  $9

Maksudnya:

Islam dibina di atas lima perkara: mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat,
menunaikan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadan.

130 X

8.3

TOPIK 8

PUASA

KELEBIHAN PUASA

Sebagai seorang Islam, kita harus yakin bahawa setiap ibadat yang disyariatkan
oleh Islam tentu ada kelebihannya. Sebahagian hikmahnya boleh kita ketahui
dan sebahagian hikmah yang lain tidak terjangkau akal untuk kita ketahui.
Begitu juga dengan ibadah puasa yang sedang dibincangkan di mana puasa
mempunyai beberapa kelebihan sama ada dari segi keagamaan hinggalah
kesihatan. Dalam subtopik seterusnya, kita akan membincangkan kelebihan
puasa dari sudut keagamaan.
Terdapat banyak kelebihan berpuasa sebagaimana yang disabdakan oleh
Rasulullah s.a.w. (rujuk Jadual 8.1).
Jadual 8.1: Kelebihan Berpuasa Menurut Sabda Rasulullah s.a.w.
Kelebihan
Sebagai perisai daripada
melakukan maksiat

Sabda Rasulullah s.a.w.

) @5A B   BC #.9   # D) E " E3


 FCG8 $C ;3
2 #, #8 3 HC I'A #.9 
#6, B EJ.!C !K* 
2  K C EL8 M>98
D.KG
Semua amalan anak Adam untuknya kecuali puasa,
sesungguhnya ia adalah untuk Ku (Allah). Aku
membalasnya. Puasa itu perisai, apabila seseorang kamu
berpuasa janganlah melakukan rafath (perbuatan kotor
dan keji), jangan maki hamun dan jangan berkelahi.
Sekiranya seseorang memaki atau menyerangnya beliau
hendaklah berkata sebanyak dua kali: Sesungguhnya aku
berpuasa .

Di hari kiamat, Allah


akan menjauhkan muka
orang yang berpuasa dari
api neraka

' #. NO) 


")   E./ C  8
/" #98 
P8G D.Q/ A D"
Tidaklah seorang berpuasa satu hari kerana Allah
melainkan Allah menjauhi mukanya dari api neraka pada
hari itu (kiamat) sejauh tujuh puluh musim rubtuk.

TOPIK 8

Pahala orang yang


berpuasa tidak ada
bandingannya

PUASA

W 131

;! .!"  !,   -.K * I   &) D"


 BC #9) N.!" * I'L '!
8 E Q) BG -!JC
#.9) N.!" JC .BR 7.K ;S  
"
Abi Umamah meriwayatkan, aku datang menemui
Rasulullah s.a.w. maka aku berkata:
Perintahkan aku satu amalan yang membolehkan aku
masuk syurga. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda:
Hendaklah engkau berpuasa, sesungguhnya puasa itu
tidak ada tandingan. Kemudian aku datang kali kedua
Rasulullah s.a.w. (mengulangi apa yang aku katakan pada
kali pertama) kata hendaklah engkau berpuasa.

Semua itu adalah kelebihan puasa yang boleh dipandang dari kaca mata syarak.
Bagaimana pula pandangan saintis? Sebenarnya berpuasa banyak memberikan
manfaat kepada kesihatan manusia. Selain dapat menurunkan berat badan,
berpuasa dapat menurunkan paras gula di dalam darah dan mampu menolong
proses detoksifikasi. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci
mengenai perkara ini, sila buat pencarian di dalam Internet. Rujukan buku
Quran Saintifik oleh Danial Zainal Adibin juga boleh membantu mengetahui
kelebihan berpuasa dari aspek kesihatan dalam perspektif sains.

SEMAK KENDIRI 8.1


1.

Bilakah ibadat puasa disyariatkan oleh Allah s.w.t. ke atas umat


Islam?

2.

Apakah yang membezakan puasa dalam syariat Islam dengan


puasa dalam budaya dan agama lain?

3.

Apakah keistimewan ibadat puasa berbanding ibadat-ibadat lain


berdasarkan nas syarak?

8.4

JENIS PUASA

Sebagaimana yang kita ketahui puasa merupakan salah satu daripada bentuk
ibadah dalam Islam. Puasa boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang
tahun. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa hari yang diharamkan kita
berpuasa.

132 X

TOPIK 8

PUASA

Rajah 8.2 berikut menyenaraikan empat jenis puasa.

Rajah 8.2: Empat jenis puasa

8.4.1 Puasa Wajib


Puasa wajib terbahagi kepada tiga seperti yang diterangkan dalam Rajah 8.3.

TOPIK 8

PUASA

W 133

Rajah 8.3: Puasa wajib

Selain daripada puasa wajib, terdapat pula beberapa jenis puasa lain yang tidak
wajib. Puasa yang dimaksudkan adalah puasa sunat, puasa makruh dan puasa
haram. Bagaimana pula puasa boleh jadi haram? Mari sama-sama kita
pelajarinya selepas ini.

8.4.2 Puasa Haram


Mengikut jumhur ulama, puasa haram adalah seperti yang diterangkan dalam
Rajah 8.4.

134 X

TOPIK 8

PUASA

Rajah 8.4: Puasa haram

Berikut adalah huraian puasa yang menjadi haram:


(a)

Isteri Berpuasa Sunat Tanpa Izin Suami atau Tanpa Mengetahui


Keredaannya
Puasa isteri tersebut menjadi puasa haram kecuali suaminya tidak berhajat
kepada isteri. Contohnya: Apabila suami tidak ada di dalam negeri atau
masih dalam ihram haji atau umrah. Hal ini berdasarkan kepada hadis:

BHV) 
T AU #9K  G % E 8 
Maksudnya:

Tidak halal bagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada bersama kecuali
dengan keizinannya.

TOPIK 8

PUASA

W 135

(b)

Puasa Hari Syak


Iaitu puasa pada 30 Syaaban sekiranya orang ramai ragu-ragu bahawa
pada hari itu 1 Ramadan atau tidak. Bagi mazhab Syafie, hukum berpuasa
pada hari itu adalah haram, walaupun
mazhab-mazhab lain
menganggapnya makruh.

(c)

Puasa Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha
Fuqaha sepakat mengatakan bahawa berpuasa pada hari raya puasa dan
hari raya korban adalah haram, sama ada puasa itu fardu seperti puasa
qada, sunat atau nazar wajib atau sunat. Hukum ini telah disabitkan oleh
hadis riwayat Umar Bin al-Khattab r.a.:

  ;Y , D ;3GWXC GWX #8   D. . D8OT #.9 D" B   


;YY<B D !YC  Z #8
Maksudnya:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melarang berpuasa dua hari ini, iaitu (hari
raya puasa dan hari raya korban). Adapun hari raya fitrah hari kamu
berbuka daripada puasa kamu dan hari raya korban hendaklah kamu
makan daging korban kamu.
(d)

Puasa Hari Tasyriq


Hari tasyriq ialah tiga hari selepas hari raya korban iaitu hari ke-11,12 dan
13 dalam bulan Zulhijjah. Mengikut mazhab Hanafi, berpuasa pada hari
tersebut makruh tahrim. Abu Hurairah meriwayatkan :

 : ' C [W8 I 5 D) 
/" FQ) ;! .!"  !,   
EA5"  G3H ]G E3 #8 BC #8 ?OT  9K
Maksudnya:

Rasulullah S.A.W telah mengutus Abdullah Bin Jazamah supaya


mengelilingi Muna (dan menyerukan): Kamu jangan berpuasa pada harihari ini, kerana hari-hari ini adalah hari untuk makan dan minum dan
untuk zikrullah azzawajalla.
Sementara mazhab Syafie mengharuskan puasa yang bersebab dilakukan
pada hari-hari tasyriq, seperti puasa sebab nazar, kaffarah atau sebab qada.

136 X

TOPIK 8

PUASA

(e)

Puasa Wanita yang Didatangi Haid dan Nifas


Wanita yang sedang mengalami kedatangan haid dan sedang bernifas,
sama ada kerana melahirkan secara normal, pembedahan atau kerana
mengalami keguguran  dilarang dan haram sekiranya berpuasa.

(f)

Puasa bagi Mereka yang Dibimbangi boleh Mengakibatkan Kehilangkan


Nyawa Menurut Pandangan Doktor Pakar
Pesakit kronik yang dibimbangi oleh doktor pakar tidak dibolehkan
berpuasa kerana takut boleh kehilangan nyawa. Contohnya seperti puasa
bagi ibu sedang mengandung yang dibimbangkan akan mengakibatkan
kematian janin di dalam kandungannya, ibu yang sedang menyusukan
bayinya atau pesakit yang dikenal pasti jika dia berpuasa akan membawa
maut.

8.4.3

Puasa Makruh

Sekarang mari kita pelajari empat jenis puasa yang dimakruhkan (rujuk
Rajah 8.5).

Rajah 8.5: Puasa makruh

Berikut adalah huraian puasa yang dimakruhkan:

(a)

Puasa Hari Jumaat Sahaja


Mengikut jumhur ulama, puasa pada hari Jumaat sahaja adalah makruh
melainkan digabungkan dengan sebelum hari Jumaat atau selepasnya.
Begitu juga tidak makruh berpuasa pada hari Jumaat sekiranya hari

TOPIK 8

PUASA

W 137

bertetapan dengan sunat puasa kerana hari Arafah atau hari 10 Muharam.
Sebagaimana hadis:

?
Q)  8  !/*  8 #98   IQ L #8 ;3
2 #98 
Maksudnya:

Tidak boleh seseorang kamu berpuasa pada hari Jumaat kecuali dia
berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.

(b)

Puasa Hari Sabtu Sahaja


Hal ini sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w.:

 M'" "  ;3
2
L8 ; BC ;Y.!" ^G7C  .C  -/< #8  9K 
_+ .!C GL 6 
Maksudnya:

Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu melainkan yang telah di fardu
ke atas kamu sekiranya di kalangan kamu tidak dapati (makanan) kecuali
ranting anggur atau kulit pokok hendaklah memamahkannya.

(c)

Puasa Sepanjang Tahun


Puasa makruh ini adalah dibimbangi boleh mendatangkan kemudaratan
pada tubuh badan atau mengakibatkan cuai tanggungjawab yang
diwajibkan ke atasnya. Rasulullah s.a.w. bersabda:

@H E3 `"  N!T a6  ;B ;* GWC  ;9C J2 N.!" N!T J2 N.!" N)G 
J2 b2
Maksudnya:

Sesungguhnya bagi Tuhan ke atasmu ada hak dan bagi keluarga ke atasmu
ada hak. Hendaklah engkau puasa dan berbuka, qiam dan tidur dan
datangilah isterimu dan berilah setiap yang berhak haknya.

(d) Puasa Berterusan Tanpa Berbuka (, #,)


Puasa berterusan bermaksud seseorang puasa dua hari berturut-turut
tanpa berbuka. Hukum puasa jenis ini sabit dengan hadis riwayat Bukhari
daripada Abu Hurairah:

138 X

TOPIK 8

PUASA


 ! %& ' :       
  
  
    
      ! " # $ %
  
 
  4 5
  + ,- . 01   2 3 ()
<; 6 7.  8 9
" :     
 !  
0 
  
  / 
  '6 :*
     & F
G   A +  3 *

 2 ,
" B; = +>?
@#
 C .D 
 C .D 
 E 0 
 "  

 
   A



& F 
G   A *
 N  I 0# 8 FO  8 4JK  L M4   :  2 3   H I  " 
Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah s.a.w. melarang


menyambung puasa. Salah seorang daripada muslimin berkata: Engkau
sendiri menyambung puasamu ya Rasulullah. Baginda bersabda: Siapa
antara kamu sama denganku?. Sesungguhnya aku bermalam, Tuhanku
memberiku makan dan minum. Apabila mereka enggan berhenti daripada
menyambung puasa, Baginda berpuasa bersama mereka, sehari ke sehari,
kemudian mereka melihat anak bulan lalu Baginda bersabda: Kalaulah
anak bulan itu lewat nescaya aku tambah (puasa) untuk kamu. Ini
dilakukan Baginda seolah-olah mengenakan hukuman ke atas mereka
apabila mereka enggan berhenti (menyambung puasa).

8.4.4

Puasa Sunat

Kita telah mempelajari puasa wajib, puasa haram dan puasa makruh. Sekarang,
kita akan melihat jenis yang terakhir iaitu puasa sunat (rujuk Rajah 8.6).

Rajah 8.6: Puasa sunat

TOPIK 8

PUASA

W 139

Berikut adalah huraian kepada puasa sunat:


(a)

Puasa Nabi Daud a.s.


Puasa Nabi Daud a.s. ialah puasa yang dilakukan selang sehari dengan
berpuasa satu hari berbuka satu hari. Hadis bersabit dengan puasa ini ialah
sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:

Paling afdal puasa ialah puasa Nabi Daud a.s, dia berpuasa sehari dan
berbuka (tidak puasa) sehari.
(b)

Puasa Aiyam al-Baiydh (


)
Puasa aiyam al-Baiydh atau puasa tiga hari di pertengahan bulan iaitu
pada hari ke-13, 14 dan 15 pada setiap bulan. Hadis bersabit dengan puasa
ini ialah sabda Rasulullah s.a.w. kepada Abu Dzar:

Maksudnya:

Jika engkau berpuasa tiga hari daripada satu bulan, puasalah pada hari
ke-13, 14 dan 15.
(c)

Puasa Isnin dan Khamis


Puasa yang dilakukan pada hari Isnin dan Khamis sahaja, selain daripada
hari-hari yang diharamkan dan dimakruhkan berpuasa. Aisyah
meriwayatkan:

Maksudnya:

Bahawa Rasulullah s.a.w. sangat ambil berat dengan puasa hari Isnin dan
Khamis.
(d)

Puasa Enam Hari dalam Bulan Syawal


Puasa yang dilakukan sebanyak enam hari dalam bulan Syawal selepas
Hari Raya Aidil Fitri. Hadis bersabit dengan puasa ini ialah sabda
Rasulullah s.a.w.:

140 X

TOPIK 8

PUASA

Maksudnya:

Siapa yang berpuasa Ramadan kemudian mengiringinya dengan enam hari


bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.
(e)

Puasa Hari Arafah


Berpuasa pada hari Arafah ialah melakukannya pada hari ke-9 dalam bulan
Zulhijjah bagi mereka yang tidak mengerjakan haji. Hadis bersabit dengan
puasa ini ialah sabda Rasulullah s.a.w.:

" ?
Q) &7 I'<  !/* &7 I'< GXY8 B  !" M<72 CG" #8 #.,
Maksudnya:

Puasa hari Arafah saya harap daripada Allah bahawa ia menjadi kiffarat
kepada (dosa) setahun sebelumnya dan kiffarat kepada (dosa) setahun
selepasnya.
(f)

Puasa Hari Asyura


Puasa hari Asyura dilakukan pada hari-9 dan ke-10 dalam bulan Muharam.
Hadis riwayat Bukhari yang menjelaskan bahawa Ibn Abbas berkata:

c c!,
( 8   # 8 # .  O T 4  ? G .d !" (!+
c C # 8
# .,
 &
c /c' -
 @cG  78 ; c!   . !" (
e6  ( "
Maksudnya:

Saya tidak melihat Rasulullah s.a.w. ambil berat berpuasa sebagaimana


Baginda utamakan daripada puasa lain kecuali (puasa) hari ini, hari
Asyura.
(g)

Puasa dalam Bulan al-Haram


Bulan-bulan al-Haram yang disunatkan berpuasa ialah pada bulan
Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Hadis riwayat Imam Ahmad,
Abu Daud, Ibn Majah dan Baihaqi:

EAG B   8 :JC ;! .!"  !, /' K B : !T ) D EA D"
;S e g N<XB -)O" ; : ;! .!"  !,   JC e  #" N7fA @O
;, : * e * ) hC BU : * e G E3 D  8 e G/9 G ;, : *
D ;, e iGK  #G  D ;, e iGK  #G  D ;, : * e BU :* e D. 8
. ! ;S  +C e S$R Q),h)   e iGK  #G 

TOPIK 8

PUASA

W 141

Maksudnya:

Diriwayatkan daripada seorang lelaki yang (datang) dari (kabilah) Bahilah,


dia datang menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata: Saya ialah lelaki yang
datang menemui engkau pada tahun pertama. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Kenapa kamu menyeksa diri kamu? Kemudian Baginda bersabda lagi:
Puasalah pada bulan kesabaran dan sehari setiap bulan. Lelaki itu berkata
lagi: Tambahlah untuk saya lagi, saya punya kekuatan. Rasulullah
bersabda: Puasalah dua hari. Lelaki itu berkata lagi: Tambahlah lagi untuk
saya. Rasulullah s.a.w. bersabda: Puasalah daripada bulan al-Haram dan
tinggalkan. Puasalah daripada bulan al-Haram dan tinggalkanlah. Puasalah
daripada bulan al-Haram dan tinggalkanlah. Dan Baginda memberi isyarat
dengan tiga jejarinya, Baginda merapatkannya (tiga jari) kemudian
menjarangkannya.
Menurut para fuqaha, puasa dalam bulan Rejab tiada kelebihan daripada
puasa dalam bulan-bulan lain. Cuma bulan Rejab tersebut berada dalam
salah satu daripada bulan-bulan haram. Tiada dalam sunnah yang sahih
secara khusus menyatakan kelebihan berpuasa dalam bulan Rejab. Kalau
adapun, riwayat hadis mengenainya tidak mencapai tahap boleh dijadikan
hujah. Kata Ibn Hajar:
Maksudnya:

Tiada nas mengenai kelebihannya yang boleh dijadikan hujah; tidak juga
berkaitan puasanya, tidak juga berkaitan puasa tertentu padanya dan tidak
juga berkaitan qiamullail (pada malam) tertentu daripadanya.
(h)

Puasa Sunat Bulan Syaaban


Puasa beberapa hari dalam bulan Syaaban dan melalui riwayat al-Nasaie
dalam hadis fi`ili Rasulullah s.a.w. bersabda:

D G D #9K i ; :  8 -!* :*  '"  &Z


8U D) I  D"
MA D.) e'" .C l' EXmK G i H : * g/Q D #9K  k
B &! " nCG8  M2 eD. Q ]   "o .C nCGK G T e+ 
;p,
Daripada Usamah Bin Zaid r.a beliau berkata: Aku katakan kepada
Rasulullah s.a.w.: Saya tidak melihat engkau berpuasa daripada manamana bulan seperti engkau puasa pada bulan Syaaban. Baginda bersabda:
Itulah bulan yang manusia dilalaikan daripadanya antara Rejab dan
Ramadan. Ia adalah bulan yang amalan manusia diangkatkan kepada
Allah Rabbul `alamin. Dan saya suka amalan saya diangkat sewaktu saya
berpuasa.

142 X

TOPIK 8

PUASA

Puasa bulan Syaaban juga sabit dengan hadis riwayat Muslim berikut yang
menyatakan bahawa Ummul Mukminin `Aisyah mengatakan:

G  `* G #., E Y7 ;! .!"  !,   -8 


./Q &C '  ., GR3 G &C 78   e+ 
Maksudnya:

Aku tidak sama sekali melihat Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa


sebulan kecuali puasa bulan Ramadan dan aku tidak melihat Baginda
paling banyak berpuasa berbanding dalam bulan Syaaban.

SEMAK KENDIRI 8.2


1.

Berikan definisi terma-terma berikut:


a.

, #,

b.

WC E.LQK

c.

b8Gk7 #8 #,

d.

  #,

e.

  e i<

2.

Senaraikan hari-hari yang diharamkan berpuasa dan hari-hari yang


makruh berpuasa.

3.

Berikan beberapa contoh orang yang harus meninggalkan


puasanya kerana doktor pakar bimbang ia boleh mengakibatkan
kematian.

AKTIVITI 8.2
1.

Anda diminta untuk membuat kajian terperinci mengenai khilaf


jumhur dan mazhab Syafie mengenai puasa di hari Tasyriq dan
hari Syak.

2.

Sila buat carian di laman-laman web secara terperinci mengenai


khilaf fuqaha mengenai hukum berpuasa dalam bulan Rejab.

3.

Buat kajian secara rawak mengenai amalan puasa pada hari


Isnin dan Khamis dalam qariah anda.

TOPIK 8

8.5

PUASA

W 143

PERKARA SUNAT SEMASA PUASA

Puasa adalah suruhan Allah s.w.t yang wajib kita lakukan. Nabi Muhammad
s.a.w. pula mengajar kita amalan-amalan lain yang sunat dilakukan semasa kita
berpuasa. Tujuannya ialah supaya kita mendapat ganjaran yang berlipat kali
ganda dari Allah s.w.t. Antara perkara sunat tersebut adalah seperti yang
diterangkan dalam Rajah 8.7.

Rajah 8.7: Perkara sunat semasa puasa

144 X

TOPIK 8

PUASA

Berikut adalah huraian lanjut bagi amalan sunat tersebut:


(a)

Bersahur
Sebagaimana hadis yang menyatakan sunat bersahur berdasarkan sabda
Rasulullah s.a.w.:

I3G)  < C VC G <K


Maksudnya:

Bersahurlah kerana bersahur itu berkat.


Antara sebab keberkatan bersahur ialah:
(i)

Sahur dapat menguatkan dan mencergaskan orang berpuasa; dan

(ii)

Meringankan kepenatan berpuasa.

Waktu bersahur bermula dari separuh malam hingga terbit fajar dan
digalakkan melewatkannya.
(b)

Menyegerakan Berbuka
Sunat menyegerakan berbuka puasa thabit dengan sebuah hadis Qudsi di
mana Allah s.w.t. berfirman:

GWC ;!L" &


c  @/" M2 
Maksudnya:

Hamba yang paling aku sayangi ialah mereka yang paling segera berbuka
(puasa).
(c)

Membaca Doa Semasa Berbuka


Menjadi lebih afdal berdoa sebelum berbuka. Doa berbuka puasa ialah:

aGWC N*U !" - , N ;!


Maksudnya:

Ya Allah aku berpuasa untuk-Mu dan aku berbuka dengan rezeki


(pemberian-Mu).
(d)

Mandi Wajib atau Mandi Junub Sebelum Fajar


Adalah disunatkan (sekiranya anda dalam keadaan berhadas besar) untuk
menghilangkannya dengan mandi wajib atau mandi junub sebelum fajar.

TOPIK 8

(e)

PUASA

W 145

Memelihara Ucapan
Disunatkan umat Islam supaya memelihara lidah daripada percakapan
yang tidak berfaedah ( m! ) seperti berbohong, mencaci, memaki,
menimbulkan permusuhan dan riyak. Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu
Majah dan Hakim daripada Rasulullah s.a.w. bersabda:


2 N)  FCG  m! D #.9  B ]Gk  E3o D #.9 .
;p, B e ;p, B EJC N.!" EA
Maksudnya:

Puasa itu bukan setakat (menahan) makan dan minum, tetapi puasa itu
(menahan) daripada sesuatu yang tidak berfaedah dan lucah. Jika
seseorang mencaci atau memaki kamu, katakanlah: Aku berpuasa, aku
berpuasa.
(f)

Memelihara Penglihatan
Umat Islam yang berpuasa disunatkan untuk memelihara mata daripada
melihat perkara tercela dan dibenci oleh agama.

(g)

Memelihara Pendengaran
Selain ucapan dan penglihatan, umat Islam disunatkan untuk memelihara
pendengaran daripada mendengar perkara yang dilarang.

(h)

Memelihara Seluruh Anggota


Umat Islam disunatkan untuk memelihara seluruh anggota yang lain
daripada membuat dosa seperti tangan dan kaki. Begitu juga menahan
perut daripada makan makanan syubhat semasa berbuka.

(i)

Memperbanyakkan Sedekah
Puasa seseorang akan menjadi lebih berkat apabila dibanyakkan
bersedekah kepada golongan fakir dan miskin. Sunat banyak bersedekah di
bulan puasa thabit dengan hadis fi`li:

E8G/A ?J!8 D.2 +  C Y8  A 3 l' A (r)   3
Maksudnya:

Rasulullah s.a.w. paling pemurah dan Baginda paling pemurah di bulan


Ramadan apabila Jibrail bertemu dengannya.

146 X

(j)

TOPIK 8

PUASA

Memperbanyakkan Amalan Lain


Mereka yang berpuasa disunatkan untuk memperbanyakkan amalan lain
seperti menghadiri majlis-majlis ilmu, membaca al-Quran, bertadarus
al-Quran, berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

tGJ 
.C +  D I!. E3 C ?J!8 3
Maksudnya:

Baginda bertemu Jibrail pada setiap malam bulan Ramadan dan bertadarus
Quran dengannya.
(k)

Beriktikaf 10 Hari Terakhir dalam Bulan Ramadan


Galakkan membanyakkan ibadat iktikaf dalam bulan Ramadan, terutama
10 hari terakhir dalam bulan Ramadan. Hal ini dapat dilihat dalam sebuah
hadis yang diriwayatkan Ummul Mukminin `Aisyah r.a.:

E.! .2 G o GkQ H 3 (r) /'  :-* '"  Z Ikp" D"
Of 
 !T uJ8
Maksudnya:

Daripada `Aisyah r.a dia berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. apabila


sampai 10 hari terakhir (Ramadan) Baginda akan menghidupkan malammalam (Ramadan). Baginda menggerakkan para isterinya dan mengetatkan
ikatan kainnya.

AKTIVITI 8.3
Imam Syafie dan Imam Hanafi khilaf mengenai wajib niat puasa
Ramadan pada setiap malam. Sila sediakan bahan-bahan untuk anda
bincangkan tajuk ini dengan rakan tutorial anda.

8.6

RUKUN PUASA

Seperti yang telah sedia maklum, setiap ibadat dalam Islam mempunyai syarat
dan rukunnya. Puasa merupakan salah satu ibadat dalam Islam. Oleh itu, untuk
menjadikan ibadat itu sah di sisi Allah, kita mestilah menjaga syarat dan
rukunnya. Rukun puasa ialah sesuatu yang kita mesti patuhi, jika tidak, maka
puasa kita tidak sah.

TOPIK 8

PUASA

W 147

Rajah 8.8 berikut menunjukkan rukun puasa yang perlu dipatuhi.

Rajah 8.8: Beberapa rukun puasa

8.7

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Selain daripada rukun dan syarat, kita juga harus tahu apakah perkara-perkara
yang membatalkan puasa. Tanpa mengetahuinya, kita akan tersalah melakukan
perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Akibatnya puasa kita menjadi
sia-sia sahaja, kerana tidak diterima oleh Allah s.w.t. sebab puasa itu telah
terbatal. Apakah antara perkara yang membatalkan puasa?
Perkara yang membatalkan puasa terbahagi kepada dua isu seperti yang
diterangkan dalam Rajah 8.9.

148 X

TOPIK 8

PUASA

Rajah 8.9: Perkara yang membatalkan puasa

8.7.1

Perkara Membatalkan Puasa dan Diwajibkan


Qada

Subtopik ini membincangkan perkara yang membatalkan puasa dan diwajibkan


untuk qada puasa tersebut (rujuk Rajah 8.10).

Rajah 8.10: Perkara yang membatalkan puasa dan diwajibkan qada

TOPIK 8

PUASA

W 149

Berikut adalah huraian lanjut perkara yang membatalkan puasa:


(a)

Memasukkan Sesuatu ke dalam Rongga dengan Sengaja


Seperti memasukkan ke dalam mulut, hidung, telinga, qubul dan dubur.
Beberapa masalah bersabit memasukkan sesuatu ke dalam rongga ialah
seperti berikut:
(i)

Menyuntik ubat di bawah kulit atau melalui urat walaupun ubat itu
sampai ke rongga tidak membatalkan puasa kerana urat bukan
rongga yang biasa.

(ii)

Menitikkan ubat ke dalam mata tidak membatalkan puasa kerana


mata bukan rongga biasa.

(iii) Memasukan ubat melalui dubur bagi orang yang mengalami penyakit
buasir. Mengikut Ibn Hazm, Ibn Taimiyyah dan Yusuf Qardhawi
tidak batal puasa kerana ubatan itu tidak termasuk ke dalam kategori
makan dan minum. Mazhab Syafie pula berpendapat memasukkan
sesuatu ke dalam boleh membatalkan puasa kerana dubur dianggap
sebagai rongga.
(iv) Memasukkan air glukos ke dalam tubuh melalui pembuluh darah.
Ulama khilaf mengenai hukum masalah ini. Pendapat pertama
mengatakan batal puasa kerana glukos dianggap telah masuk ke
dalam rongga dan mengenyangkan. Pendapat kedua mengatakan
tidak batal puasa kerana tidak masuk ke dalam rongga, tetapi masuk
melalui saluran darah.
(b)

Muntah dengan Sengaja


Muntah yang disengajakan boleh membatalkan puasa, tetapi muntah yang
tidak disengajakan tidak membatalkan puasa seperti ibu mengandung
yang tidak dapat menahan muntah. Rasulullah s.a.w. bersabda:

vJ.!C 6J7 D  6+* .!" .!C ;p, T 6&J "H D


Maksudnya:

Sesiapa dikuasai muntah (muntah tanpa sengaja) sedangkan dia


berpuasa, dia tidak diwajibkan mengqada (puasanya). Sesiapa yang
sengaja muntah beliau hendaklah mengqada puasanya.
(c)

Onani
Sekiranya orang yang berpuasa beronani iaitu mengeluarkan mani dengan
tangan, keluar mani dengan bersentuh atau berkucup tanpa berlapik, dia
perlu mengqada puasanya.

150 X

TOPIK 8

PUASA

(d)

Keluar Darah Haid atau Nifas


Wanita yang berpuasa mendapati keluar darah haid atau nifas walaupun di
saat hampir berbuka puasa wajib qada.

(e)

Terbukti Kesilapan Makan dan Minum Selepas Tamat Sahur atau Sebelum
Berbuka Puasa
Terbukti kesilapan makan dan minum selepas tamat waktu sahur ataupun
sebelum waktu berbuka puasa iaitu ketika matahari naik atau sebelum
tenggelam matahari. Kes ini boleh digambarkan apabila seseorang bangun
terlewat dan terus bersahur dengan anggapan bahawa waktu bersahur
belum luput, tetapi setelah dia makan ternyata waktu fajar atau Subuh
telah masuk sewaktu dia makan. Begitu juga seorang yang berbuka puasa
dengan anggapan waktu Maghrib telah masuk, tetapi setelah dia berbuka
ternyata waktu Maghrib belum masuk lagi ketika dia berbuka.

(f)

Makan dan Minum dengan Sengaja


Sekiranya orang yang berpuasa, tidak sengaja termakan atau terminum,
maka masih boleh diteruskan puasanya. Manakala, perbuatan makan dan
minum dengan sengaja, puasanya perlu diqada.

(g)

Tertelan Kahak
Bagi mazhab Syafie dan Hambali, tertelan kahak boleh mambatalkan puasa
manakala tertelan air liur walaupun setelah dikumpulkan tidak
membatalkan puasa.

8.7.2

Perkara Membatalkan Puasa, Wajib Qada dan


Bayar Kaffarah

Mengikut jumhur ulama perkara yang membatalkan puasa, wajib qada dan
membayar kaffarah ialah melakukan jimak di siang hari dalam bulan Ramadan.
Ini berdasarkan hadis riwayat Abi Hurairah yang bermaksud:

Seorang lelaki telah datang menemui Nabi Muhammad s.a.w. lalu berkata:
saya telah melakukan kebinasaan, wahai Rasulullah. Rasulullah bertanya
Apa yang menyebabkan engkau melakukan kebinasaan?. Dia menjawab:
Saya telah melakukan persetubuhan ke atas isteri saya pada siang hari
dalam bulan Ramadan. Rasulullah bersabda: Adakah engkau boleh
dapati hamba untuk di merdekakan?. Dia menjawab: Tidak. Baginda
bersabda lagi: Adakah engkau mampu berpuasa dua bulan berturutturut?. Dia menjawab: Tidak. Baginda bersabda lagi: Adakah engkau
mampu memberi makan enam puluh orang miskin?. Dia menjawab:
Tidak. Lalu Baginda s.a.w. membawa segantang buah tamar, baginda

TOPIK 8

PUASA

W 151

bersabda kepadanya: Sedekahlah ini. Lelaki itu berkata: Adakah orang


yang paling fakir daripada aku? Tidak ada orang yang paling berhajat di
lembah ini daripada aku. Baginda tersenyum sehingga nampak gigi
bongsu. Lalu berkata: Pergilah dan berilah makan (ini) kepada ahli
keluargamu.
Hukum membayar kaffarah bagi orang yang mengulangi perbuatan jimak di
siang hari bulan Ramadan adalah seperti berikut:
(a)

(b)

Ulama khilaf menentukan hukum ke atas orang yang mengulangi jimak di


siang hari bulan Ramadan pada hari yang berlainan sebelum membayar
kaffarah:
(i)

Mazhab Hanafi dan Hanbali mewajibkannya membayar satu kaffarah


sahaja kerana alasan dikenakan membayar kaffarah adalah sama iaitu
melakukan jimak di siang hari; cuma dia belum menyempurnakan
bayaran kaffarah. Jadi kaffarah yang kedua termasuk dalam kaffarah
pertama yang belum disempurnakan lagi.

(ii)

Mazhab Syafie dan Maliki mewajibkannya membayar dua kaffarah


kerana setiap hari ibadat adalah berasingan.

Dalam hukum kes mengulangi jimak di siang hari Ramadan dalam satu
hari, fuqaha sepakat mengatakan dia wajib membayar satu kaffarah sahaja.

Syarat-syarat wajib qada dan kaffarah bagi orang berjimak di siang hari
mengikut mazhab Syafie adalah seperti yang diterangkan dalam Rajah 8.11.

152 X

TOPIK 8

PUASA

Rajah 8.11: Syarat wajib qada dan kaffarah bagi orang berjimak di siang hari mengikut
mazhab Shafie

TOPIK 8

PUASA

W 153

SEMAK KENDIRI 8.3


1.

Ulama khilaf mengenai hukum kes memasukkan glukos melalui


suntikan dan memasukkan ubat melalui dubur. Apakah perbuatan
ini boleh membatalkan puasa atau tidak? Anda diminta
mengemukakan hujah para ulama dan berikan pendapat pilihan
anda serta nyatakan justifikasinya.

2.

Kelaskan puasa yang wajib diqada tetapi tidak wajib kaffarah


dengan puasa yang wajib qada dan kaffarah. Bincangkan jawapan
anda bersama rakan sekelas anda.

8.8

KEUZURAN YANG MEMBOLEHKAN


BERBUKA PUASA

Islam ialah agama yang bersifat thabat wa murunah. Maknanya tetap tetapi
anjal. Merujuk kepada ibadat puasa, Islam tetap mewajibkan setiap umat Islam
yang telah cukup syaratnya supaya berpuasa dalam bulan Ramadan. Walaupun
begitu, jika ada keuzuran maka ia boleh diringankan. Kewajipannya itu bersifat
anjal. Mereka yang uzur boleh berbuka puasa dalam bulan Ramadan sekiranya
tidak berdaya, tetapi selepas Ramadan dan keuzurannya telah pulih, maka
puasanya wajib diqada.
Syariat Islam mesra kepada penganutnya kerana memberikan keringanan
(rukhsah) untuk berbuka puasa. Siapakah yang layak mendapat keringanan atau
rukhsah dalam ibadat puasa. Rujuk Rajah 8.12 untuk mengetahui jawapannya.

154 X

TOPIK 8

PUASA

Rajah 8.12: Sebab yang layak mendapat keringanan atau rukhsah dalam ibadat puasa

Berikut adalah huraian lanjut bagi rukhsah ini:


(a)

Musafir
Seseorang yang dalam keadaan musafir diharuskan oleh syarak dibolehkan
membuka puasanya, tetapi wajib mengqadanya. Ini telah dijelaskan dalam
firman Allah s.w.t.:

TOPIK 8

PUASA

W 155

Maksudnya:

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang
padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,
dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu,
sesiapa antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau
mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang
sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia
berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.
(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh
kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan
supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan
supaya kamu bersyukur.
(Surah al-Baqarah, 2:185)
(b)

Sakit yang ada Harapan Sembuh


Pesakit yang masih ada harapan untuk sembuh dibolehkan membuka
puasanya dan wajib mengqadanya setelah mampu untuk berbuat
demikian.

(c)

Sakit yang tidak ada Harapan Sembuh


Pesakit yang tidak ada harapan untuk sembuh dibolehkan membuka
puasanya dan tidak perlu diqada. Namun, wajib membayar fidyah dengan
memberikan makanan kepada orang miskin, satu cupak untuk satu hari
puasa yang ditinggalkan.

(d)

Wanita Mengandung atau Menyusukan Anak


Wanita ini dibenarkan tidak berpuasa, yakni bimbang kemudaratan ke atas
dirinya, kandungannya atau yang disusukannya. Beliau diwajibkan
mengqada puasa yang ditinggalkannya.

156 X

(e)

TOPIK 8

PUASA

Orang Tua yang Terlalu Uzur


Orang tua yang terlalu uzur dibolehkan membuka puasanya dan wajib
membayar fidyah seperti pesakit yang tiada harapan sembuh. Firman Allah
s.w.t.:

Maksudnya:

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka
sesiapa antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka),
kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada harihari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa
(kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang
miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah)
lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan
baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu
daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
(Surah al-Baqarah, 2:184)
(f)

Orang yang Dipaksa Membuka Puasanya


Seseorang itu dibolehkan membuka puasanya dan wajib mengqadanya
setelah dia mampu berbuat demikian.

AKTIVITI 8.4
Sila lawati laman web www.yasaloonak.net. Rumuskan pendapat
fuqaha mengenai isu wanita hamil meninggalkan puasa.

TOPIK 8

8.9

PUASA

W 157

MENGGANTIKAN PUASA RAMADAN

Menggantikan atau menqadakan puasa Ramadan, hukumnya wajib bagi mereka


yang berbuka puasa kerana keuzuran atau sengaja. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa
antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian
wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain;
dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan
sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin. Maka
sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang
ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun
demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau
kamu mengetahui.
(Surah al-Baqarah, 2:184)
Qada puasa juga sabit dengan hadis marfu` riwayat Dar al-Qutni daripada Ibn
Umar:
Maksudnya:

Mengqada (puasa) Ramadan, jika dia mahu dia boleh memisah-misahkannya,


jika dia mahu dia lakukan berturut-turut.
Hadis riwayat `Aisyah:

158 X

TOPIK 8

PUASA

Maksudnya:

Sesungguhnya seorang wanita bertanya kepada `Aisyah: Kenapa wanita haid


mengqada puasa dan tidak mengqada solat?. `Aisyah bertanya: Adakah kamu
seorang daripada kabilah Haruriyah?. Wanita itu menjawab, aku bukan
Haruriyah, tetapi aku ingin bertanya. `Aisyah berkata: Keadaan sedemikian telah
berlaku kepada kami ketika bersama Rasulullah s.a.w., kami diperintah dan
tidak diperintah. Baginda memerintahkan mengqada puasa dan tidak
memerintahkan mengqada solat.
Waktu mengganti atau mengqada puasa bermula sejak awal Syawal tahun
tersebut hingga ke akhir bulan Syaaban tahun yang sama. Begitu juga waktu
melaksanakan pembayaran kaffarah sama dengan masa untuk mengqada puasa.
Sesiapa yang membuka puasa tanpa keuzuran adalah haram dan berdosa.
Rasulullah s.a.w. bersabda:

 ,  !3 GT
 #, +J8 ; ^G  I9 G.d D +  D  8 GWC D
Maksudnya:

Siapa yang tidak berpuasa satu hari daripada bulan Ramadan tanpa rukhsah dan
tanpa sakit, puasa setahun tidak dapat menggantinya, sekalipun dia
melakukannya.
Masalah Melewatkan Qada Puasa
Fuqaha khilaf mengenai kes seseorang yang melewatkan mengqada puasa
Ramadannya sehingga masuk Ramadan tahun yang berikutnya:
(i)

Mazhab Hanafi berpendapat orang yang membatalkan puasa mestilah


menqada puasa tersebut bila-bila masa sahaja dan tidak diwajibkan
membayar fidyah.

(ii)

Mazhab Syafie, Maliki dan Imam Ahmad pula berpendapat orang yang
membatalkan puasa wajib mengqada puasa tersebut. Di samping itu juga
diwajibkan membayar fidyah secupak makanan asasi atau nilainya bagi
setiap hari puasa yang ditinggalkan sehingga melangkah tahun.

(iii) Bagi mazhab Syafie kadar fidyah akan bertambah apabila tahun kelewatan
puasa itu diqada bertambah. Contohnya, Ali tidak mengqada tiga hari
puasa Ramadan yang ditinggalkannya tiga tahun lepas. Dia wajib
mengqada tiga hari puasa yang ditinggalkannya dan wajib menbayar
fidyah tiga cupak untuk satu hari yang ditinggalkan. Ini bererti Ali wajib
membayar fidyah sebanyak sembilan cupak untuk tiga hari yang tidak
diqadanya selama tiga tahun.

TOPIK 8

PUASA

W 159

SEMAK KENDIRI 8.4


1.

Terangkan bentuk keuzuran yang membolehkan seseorang


mukallaf meninggalkan puasanya.

2.

Ulama mazhab khilaf mengenai hukum melewatkan mengqada


puasa Ramadan hingga ke tahun berikutnya. Huraikan
pandangan-pandangan dan hujah ulama mazhab-mazhab
tersebut.

3.

Nyatakan pandangan ulama mengenai hukum menggantikan


puasa orang yang telah mati.

Dalam bahasa Arab, puasa ialah menahan diri daripada sesuatu seperti
makan, minum, hubungan kelamin, bercakap atau lainnya. Dari sudut fiqh
pula, puasa bermaksud menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan
puasa mulai dari naik fajar hingga tenggelam matahari.

Dalil bagi pensyariatan puasa adalah daripada al-Quran, hadis dan ijma
ulama ummah. Antaranya ialah Surah Maryam, ayat 26 dan hadis yang
diriwayatkan oleh Bukhari.

Terdapat empat jenis puasa iaitu puasa wajib, puasa haram, puasa sunat dan
puasa makruh. Puasa wajib terdiri daripada puasa bulan Ramadan, puasa
kaffarah dan puasa nazar. Puasa haram pula terdiri daripada enam jenis.
Antaranya puasa hari tasyriq, puasa hari syak dan puasa pada dua hari raya
(Aidil Fitri dan Aidil Adha). Bagi puasa makruh pula, ia terdiri daripada
puasa sepanjang tahun, puasa hari Jumaat sahaja, puasa hari Sabtu sahaja
dan puasa berterusan tanpa berbuka. Akhir sekali, puasa sunat terdiri
daripada lapan jenis. Antaranya ialah puasa hari Asyura, puasa hari Arafah
dan puasa enam hari dalam bulan Syawal.

Antara perkara sunat yang digalakkan semasa berpuasa ialah bersahur,


menyegerakan berbuka, memelihara penglihatan, pendengaran dan seluruh
anggota badan, memperbanyakkan sedekah dan membaca doa semasa
berbuka.

Rukun puasa ada dua iaitu niat dan menahan diri daripada perkara yang
boleh membatalkan puasa. Perkara yang boleh membatalkan puasa pula
terbahagi kepada dua iaitu (i) batal puasa dan wajib qada dan (ii) batal puasa,
wajib qada dan membayar kaffarah.

160 X

TOPIK 8

PUASA

Antara perkara yang membatalkan puasa dan wajib qada ialah tertelan
kahak, onani, keluar darah nifas atau haid dan muntah dengan sengaja.
Perkara yang membatalkan puasa, wajib qada dan membayar kaffarah ialah
melakukan jimak di siang hari dalam bulan Ramadan.

Rukhsah bagi puasa diberikan kerana beberapa sebab seperti musafir, sakit
yang ada harapan sembuh, sakit yang tiada harapan sembuh, wanita
mengandung atau menyusu, orang tua yang terlalu uzur, orang yang
dipaksa membuka puasanya.

Menggantikan atau menqadakan puasa Ramadan, hukumnya adalah wajib


bagi mereka yang berbuka puasa kerana keuzuran atau sengaja. Waktu
mengganti atau mengqada puasa bermula sejak awal Syawal tahun tersebut
hingga ke akhir bulan Syaaban tahun yang sama. Begitu juga waktu
melaksanakan pembayaran kaffarah sama dengan masa untuk mengqada
puasa.

Puasa makruh
Puasa sunat
Puasa wajib
Qada
Rukshah
Sahur

Berbuka puasa
Fajar
Fidyah
Imsak
Jimak
Kaffarah
Puasa haram

Al-Nawawi. (t.t).
al-Ilmiyah.

Raudah

al-Talibin

(Jld.

1).

Beirut:

Dar

al-Kutub

Al-Sayyid, Sabiq. (t.t). Fiqh al-Sunnah (Jld. 1) Kaherah: Maktabah Dar


al-Turath.
Al-Zuhaili. (1997). Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu. Damsyikascus: Dar
al-Fikr.
al-Khin. (1987). al-Fiqh
al-Syafii. Damsyik: Dar al-Qalam.

Mustafa,

al-manhaji

ala

mazhab

al-Imam

You might also like