You are on page 1of 5

@sushiemilia

Tilawah Batas-batas Pergaulan (Tingkatan 5)


@sushiemilia

Jawab semua soalan berikut.

1. Orang lelaki dan perempuan yang beriman diperintahkan oleh Allah SWT dalam ayat
di atas.

2. Menjaga pandangan​ membawa maksud memelihara mata daripada melihat


perkara-perkara yang diharamkan.

3. Empat ​cara menjaga pandangan mata​ ialah:


a. Tidak melihat aurat orang lain
b. Tidak melihat bahan lucah
c. Tidak melihat maksiat
d. Tidak membaca perkara yang melalaikan
e. Tidak memandang perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah

4. Dua ​cara menjaga kehormatan diri​ ialah:


a. Tidak memandang perkara yang diharamkan
b. Memelihara diri dengan menjauhi maksiat
c. Menutup aurat dengan sempurna
d. Bercakap dengan lemah lembut/sopan
e. Berakhlak mulia
f. Membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan

5. Dua ​akibat terhadap seseorang yang tidak menjaga maruahnya​ ialah:


a. Berlaku penzinaan secara berleluasa
b. Terdedah kepada maksiat dan kejahatan
c. Maruah diri tercemar
d. Dipandang hina oleh masyarakat
e. Dimurkai oleh Allah
@sushiemilia

6. Dua ​kebaikan menjaga kehormatan diri​ ialah:


a. Terpelihara keturunan kerana anak yang dilahirkan adalah hasil daripada
perhubungan yang sah
b. Kesihatan terjamin dan terhindar daripada penyakit seperti AIDS kerana tidak
terlibat dengan perkara haram
c. Maruah terpelihara kerana menjaga batas pergaulan
d. Dikasihi Allah SWT dan mendapat pahala kerana mengikut perintah Allah
SWT
e. Hidup tenang kerana tidak bergelumang dengan dosa
f. Dihormati masyarakat dan dipandang mulia oleh orang lain kerana berakhlak
mulia

7. Maksud ​aurat​ ialah anggota badan yang wajib ditutup daripada pandangan orang
yang diharamkan melihatnya.

8. Seseorang Islam ​harus melihat aurat bukan mahramnya​ apabila:


a. Ketika merawat dan tujuan perubatan
b. Ketika menjadi saksi
c. Untuk tujuan perkahwinan

9. Dua ​hikmah Islam mewajibkan umatnya menutup aurat​ ialah:


a. Memelihara Islam
b. Menjaga imej Islam
c. Menjaga maruah diri
d. Menghindari fitnah
e. Menjaga keselamatan diri

10. Cara berpakaian menutup aurat menurut Islam ialah:


a. Memakai pakaian yang longgar atau tidak ketat
b. Memakai pakaian yang tidak jarang
c. Memakai pakaian yang bersesuaian mengikut jantina
@sushiemilia

11. Etika pemakaian menurut Islam​ ialah:

Lelaki Perempuan

● Bukan daripada sutera ● Pakaian tidak ketat atau nipis


● Tidak menyerupai pakaian ● Tidak menyamai pakaian lelaki
perempuan ● Tidak menyerupai agama lain
● Tidak menyerupai agama lain
● Barang perhiasan bukan daripada
emas seperti cincin

12. Batas aurat

Lelaki dari pusat hingga lutut dalam semua keadaan


kecuali bersama isteri

Perempuan bersama perempuan Islam dari pusat hingga lutut


dan lelaki mahramnya

Perempuan bersama perempuan bukan seluruh anggota kecuali muka dan tapak
Islam dan lelaki bukan mahramnya tangan

Perempuan ketika mengerjakan solat seluruh anggota kecuali muka dan tapak
tangan

13. Dua ​cara menjaga batas pergaulan antara ahli keluarga​ ialah:
a. Sentiasa berpakaian sopan ketika bersama keluarga
b. Menjaga pandangan daripada melihat perkara yang haram atau filem dan
gambar yang berunsur lucah
c. Saling menasihati antara ahli keluarga
d. Menjaga percakapan ketika bergaul
e. Sentiasa berdoa untuk ahli keluarga
f. Mengasingkan bilik tidur antara adik beradik lelaki dan perempuan
@sushiemilia

14. Pada pandangan saya, Islam sangat menitikberatkan adab berpakaian kerana ia dapat
mengelakkan berlakunya kes sumbang mahram yang semakin berleluasa pada hari ini.
Lanjutan itu, kita seharusnya bersyukur dengan nikmat Allah dan menutup aurat agar
mengelakkan kes jenayah seperti rogol dan bunuh daripada berlaku. Oleh itu, adab
berpakaian dalam Islam wajib dipatuhi supaya mengenal wanita yang beriman.

15. Dua ​pengajaran daripada ayat​ di atas ialah:


a. Kita hendaklah menghindari diri daripada melihat perkara-perkara yang
diharamkan kerana perbuatan ini akan membawa kepada kemaksiatan atau
dosa
b. Kita wajiblah menjaga kemaluan kita daripada melakukan perkara-perkara
yang diharamkan supaya disayangi oleh Allah SWT
c. Kita perlulah menjauhi perbuatan memakai pakaian yang mendedahkan aurat
supaya kerhormatan diri terpelihara
d. Kita dilarang memperlihatkan perhiasan tubuh kepada golongan tertentu
supaya tidak difitnah dalam masyarakat.

You might also like