You are on page 1of 4

@sushiemilia

Hadis Orang Beriman Kekasih Allah (Tingkatan 5)

Jawab semua soalan berikut.

I. Nyatakan maksud ibadat nawafil berserta dengan contoh. [2 markah]

Maksud ibadat nawafil ialah ibadat yang sunat dilakukan sekiranya ditinggalkan tidak
berdosa. Contohnya, membaca al-Quran, puasa sunat dan solat sunat.

II. Nyatakan maksud wali. [2 markah]

Maksud wali dari segi bahasa ialah bantuan atau perlindungan daripada Allah. Manakala dari
segi istilah ialah manusia biasa yang beriman, bertakwa, beristiqamah melaksanakan segala
perintah Allah dan menjauhi segala larangannya secara zahir dan batin.

III. Nyatakan dua contoh wali Allah SWT. [2 markah]

Contoh wali Allah SWT​ ialah:

1. Uwais al-Qarni
2. Hasan al-Basri
3. Rabiatul Adawwiyah
@sushiemilia

IV. Jelaskan dua cara seseorang pelajar mendekatkan diri kepada Allah SWT. [2
markah]

Cara seseorang pelajar mendekatkan diri kepada Allah SWT​ ialah:

1. Rajin melakukan amalan-amalan sunat


2. Berdoa agar dipermudahkan menimba ilmu
3. Menghormati guru untuk mendapat keberkatan ilmu
4. Melakukan solat hajat
5. Menghormati ibu bapa
6. Berkongsi ilmu dengan rakan / Memanfaatkan ilmu / Mendalami ilmu / Belajar
bersungguh-sungguh
7. Melaksanakan ibadah fardu

V. Terangkan dua kelebihan orang yang mendekatkan diri kepada Allah SWT /
kelebihan melakukan ibadah nawafil. [4 markah]

Kelebihan orang yang mendekatkan diri kepada Allah SWT / kelebihan melakukan ibadah
nawafil​ ialah:

1. Allah menyayanginya kerana berusaha menjadi hamba yang terbaik


2. Allah merahmati dan memberkati kehidupannya kerana mentaati perintahnya
3. Terpelihara daripada melakukan maksiat kerana takut akan azab Allah
4. Dimakbulkan doa kerana mengharap kepada Allah
5. Mendapat pahala dan ganjaran kerana sentiasa beribadat kepadaNya

VI. Apakah dua ciri orang yang soleh selain daripada banyak melakukan ibadat
nawafil? [2 markah]

Ciri orang yang soleh selain daripada banyak melakukan ibadat nawafil​ ialah:

1. Berilmu pengetahuan tinggi


2. Beramal dengan ilmu yang dimiliki
3. Berakhlak mulia

VII. Jelaskan dua perbezaan ciri antara wali Allah dan rasul. [4 markah]
@sushiemilia

Perbezaan ciri antara wali Allah dan Rasul​ ialah:

Wali Allah Rasul

● Tidak maksum ● Maksum


● Tidak diberi mukjizat ● Diberikan mukjizat
● Tidak dikurniakan wahyu ● Dikurniakan wahyu
● Tidak mempunyai kitab suci ● Mempunyai kitab suci
● Lelaki atau perempuan ● Lelaki sahaja

VIII. Jelaskan ancaman Allah terhadap orang yang memusuhi walinya. [2 markah]

Ancaman Allah terhadap orang yang memusuhi walinya ialah Allah SWT mengisytiharkan
perang terhadapnya dan melaknatinya serta membencinya. Orang itu dimurkai Allah.

IX. Nyatakan dua amalan untuk menjadi kekasih Allah yang terdapat dalam hadis.
[2 markah]

Amalan untuk menjadi kekasih Allah yang terdapat dalam hadis ialah menunaikan ibadah
fardu dan memperbanyakkan ibadat sunat / nawafil.

X. Jelaskan dua kesan kasih sayang Allah yang terdapat dalam hadis. [2 markah]

Kesan kasih sayang Allah yang terdapat dalam hadis​ ialah:

1. Allah akan menjaga pancainderanya daripada melakukan maksiat


2. Doa akan dimakbulkan oleh Allah
3. Allah akan melindungi daripada sebarang musibah

XI. Terangkan dua pengajaran daripada hadis di atas. [4 markah]

Pengajaran daripada hadis di atas​ ialah:

1. Kita hendaklah melaksanakan ibadah fardu supaya mendapat keredaan Allah


2. Kita mestilah memperbanyakkan ibadah nawafil / sunat supaya menjadi kekasih Allah
3. Kita hendaklah menjauhi perbuatan memusuhi orang bertakwa / wali Allah agar tidak
dimurkai oleh Allah
@sushiemilia

4. Kita hendaklah berusaha untuk menjadi kekasih Allah agar mendapat kebahagian di
dunia dan akhirat

You might also like