You are on page 1of 2

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 BAHAGIAN TILAWAH AL-QURAN PELAJARAN 1 : HIDAYAH SUMBER KEHIDUPAN KEFAHAMAN AYAT 8 SURAH ALI IMRAN

HAFAZAN AYAT 8 SURAH ALI IMRAN

(Al
(i-'Imran 008
Maksudnya : Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha pemberi kurnia.

PENGERTIAN HIDAYAH & RAHMAH : HIDAYAH Dari segi bahasa ialah : Petunjuk. Dari segi istilah Hidayah ialah : Petunjuk Allah SWT ke arah kebenaran. RAHMAH Dari segi bahasa ialah : Belas kasihan. Dari segi istilah ialah : Segala kebaikan yang Allah kurniakan kepada manusia Seperti : tubuh badan yg sihat, minda yang cerdas dan jiwa yang bersih. 1. 2. 3. 4.

CARA MEMPEROLEHI DAN MENGEKALKAN HIDAYAH : Mensyukuri nikmat Allah SWT. Yakin kepada kebenaran aqidah. Berakhlak mulia dalam kehidupan. Bersungguh-sungguh menimba ilmu. 5. Berdoa memohon pertolongan Allah. 6. Memelihara hubungan baik antara makhluk. 7. Melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahi munkar. 8. Mempertingkatkan ibadah seperti solat dan membaca al-Quran.

CIRI-CIRI ORANG MENDAPAT HIDAYAH 1. Tabah dan sabar menghadapi cabaran hidup. 2. Berfikiran terbuka dan berpandangan jauh. 3. Senang menerima kebenaran. 4. Hidup dalam keadaan tenang dan gembira. 5. Mudah melakukan kebaikan.

AKIBAT TIDAK MENDAPAT HIDAYAH : 1. Mudah kecewa apabila menghadapi kegagalan. 2. Berfikiran sempit dan bertindak melulu. 3. Susah menerima kebenaran. 4. Hidup dalam keadaan keluh kesah. 5. Sukar melakukan kebaikan.

PERKARA YANG MENGHALANG HIDAYAH ALLAH SWT. : Meninggalkan ibadah-ibadah wajib spt : solat fardhu dan puasa Ramadhan. Melakukan maksiat spt : berzina, minum arak, berjudi, derhaka kepada ibu bapa. Memiliki sifat-sifat mazmumah spt : takbur, tamak, riak, sumah dan ujub. Tidak menghormati ibu bapa dan guru.

PENGAJARAN AYAT : Hidayah ialah kurniaan Allah SWT kpd hamba-hamba-Nya. 2. Pintu hidayah dan rahmat Allah sentiasa terbuka luas kpd orang yang berusaha dan bersedia menerima kebenaran. 3. Doa ialah senjata penting umat Islam utk memperolehi hidayah Allah SWT. 4. Orang yang tidak mendapat hidayah Allah hidupnya tidak akan bahagia di dunia dan di akhirat. 5. Dosa boleh menghalang hidayah Allah. 1. RIAK

INFO KAMUS : : ialah melakukan amalan untuk menunjuk-nunjuk.

SUMAH : ialah membuat kebajikan supaya dipuji dan disebut oleh orang ramai. UJUB : ialah bangga dan megah dengan diri sendiri. AMALKAN DOA HARIAN INI :

SOALAN PENILAIAN 1. 2. 3. 4. 5. Berikan pengertian Hidayah dan Rahmah. Nyatakan empat cara untuk memperolehi hidayah Allah SWT. Apakah akibat orang yang tidak mendapat hidayah Allah SWT? Senaraikan kepentingan berdoa. Teman anda berpendapat bahawa tidak perlu berusaha mendapat hidayah kerana ia adalah milik mutlak Allah SWT. Berikan hujjah anda untuk menolak pendapatnya. 6. Nyatakan bagaimana anda dapat memanfaatkan kemajuan sains dan teknologi maklumat untuk memperolehi hidayah Allah SWT.

INFO TAMADUN Umat Islam hendaklah berusaha menyampaikan Islam kepada bukan Islam dengan cara menunjukkan contoh teladan yang baik seperti berikut : Berakhlak mulia. Menguasai ilmu. Menguasai ekonomi. Mengamalkan pengurusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kuat beribadah.

You might also like