You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


KAJIAN REKAAN SENI VISUAL PSV SPM 2013
PERINGKAT KEBANGSAAN
Tarikh

: 10 - 12 April 2013

Masa

: 8.00 pagi 10.00 malam

Tempat

: Hotel Gold Course, Klang, Selangor

Pengerusi

: Encik Salbani Bin Shamsuri

Kehadiran

: 17 orang

Nama Yang Hadir

Encik Salbani bin Shamsuri (Ketua Pentaksir Kebangsaan)


Encik Zainal bin Baharom (KPN Johor)
Encik Nazri bin Ahmad (KPN Kedah)
Encik Adam bin Haji Ibrahim (KPN Kelantan)
Encik Zaini bin Aman (KPN Melaka)
Encik Abdul Aziz in Udin (KPN Negeri Sembilan)
Encik Jailani bin Hassan (KPN Perlis)
Encik Ali bin Sulaiman (KPN Pulau Pinang)
Encik Mohd Yakof bin Mohd Asman (KPN Sabah)
Encik Chai Khuan Fen (KPN Sarawak)
Datin Noor Azam binti Ahmad (KPN Putrajaya)
Puan Yushida binti Mohd Afpandi (KPN Pahang)
Puan Halijah binti Hamzah (KPN Selangor)
Puan Hajah Lashita binti Ghazali
Puan Noor Aishah binti Shaaban (KPN Kuala Lumpur)
Puan Jamaliah binti Razali (KPN Labuan)

Nama Yang Tidak Hadir

Encik Amra bin Ismail (KPN Terengganu)

Turut Hadir

Puan Julia binti Mohamed

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1.

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran Ketua Pentaksir Negeri


(KPN) dan ucapan tahniah kepada KPN kerana telah menerima tugas
sebagai KPN tahun 2013. Beliau menyatakan ada KPN membuat kerja
mengikut buku dan bersungguh-sungguh tetapi disalah anggap; ada KPN
yang kurang menjalankan tugas dan tidak mengikut prosedur pun
dipersalahkan juga. Walau bagaimanpun tugas mesti dilaksanakan dengan
sebaik mungkin demi masa depan murid dan masa depan Pendidikan Seni
Visual.

Pengerusi merakamkan tahniah kepada dua ahli baru AJK Pengurusan


Pentaksiran Peringkat Kebangsaan, KPN Kedah dan KPN WP Labuan.
Kepada mantan KPN, ucapan penghargaan dan terima kasih atas khidmad
dan kerjasama.
Tindakan: Semua KPN

1.2.

Seharusnya mesyuarat peringkat Lembaga Peperiksaan diadakan pada bulan


Februari setiap tahun. Memandangkan pihak Lembaga Peperiksaan agak
lewat mengadakan mesyuarat ini, ada negeri yang telah menjalankan
mesyuarat di negeri masing-masing. Jika ada perubahan maklumat
mesyuarat , Pengerusi berharap maklumat tersebut mesti disampaikan
kepada pentaksir-pentaksir sekolah di negeri masing-masing.
Tindakan: Semua KPN

1.3.

Beberapa tahun akan datang kemungkinan markah akan dibuat oleh pihak
sekolah, seperti PBS lain. Oleh itu, Satu mekanisma pentaksir perlu dilantik
untuk memikirkan cara yang terbaik untuk menguruskan pemberian markah
tersebut.
Tindakan:

Makluman

1.4.

Pihak Lembaga Peperiksaan telah menerima laporan bahawa ada negeri


memberi markah yang agak tinggi kepada calon. Ada juga pengetua yang
tidak mahu menandatangani borang markah calon kerana markah calon yang
rendah, jadi pentaksir sekolah terpaksa menaikkan markah calon. KPN
diminta memastikan bahawa semua eviden disimpan dalam dua cara: eviden
sebenar dan eviden dalam fail. Semua eviden mesti disimpan selama enam
bulan selepas keputusan peperiksaan SPM dikeluarkan. Satu fail eviden
hendaklah disimpan oleh Pengetua, KPN dan Ketua Pentaksir Sekolah.
Tindakan: Semua KPN

1.5.

Kemasukan markah mesti diseragamkan antara subjek PSV dan subjeksubjek lain dari segi ketidak hadiran: TH dan T. Ketua Pentaksir Sekolah
(KPS) mesti duduk sekali dengan Setiausaha Peperiksaan semasa
kemasukan markah. KPS mesti membuat semakan kali kedua dengan teliti
sebelum markah dihantar ke Lembaga Peperiksaan untuk mengelakkan
kesilapan salah masuk markah yang sering berlaku.
Tindakan: Semua KPN

JADUAL TUGASAN KPN


2.1. CEO: KPN Johor & Sarawak
Setiausaha mesyuarat: KPN Putrajaya
Tugasan 1, 2 & 3: KPN Kedah, Perlis, Pulau Pinang
Tugasan 4, 5 & 6: KPN Sabah, Perak & Kuala Lumpur
Tugasan 7, 8 & 9: KPN Negeri Sembilan, Selangor & Pahang
Tugas Khas: KPN Melaka, Kelantan & Labuan

Tindakan:
Makluman

PERBINCANGAN TUGASAN KRSV 2013


3.1. RUJUK LAMPIRAN
Tindakan: Semua KPN

HAL-HAL LAIN
5.1. Encik Zaini Aman (KPN Melaka) berpendapat bahawa satu perubahan perlu
dibuat untuk proses penilaian oleh guru pembimbing memberi markah . Semakan
sepatutya berlaku selepas lima tahun. Cadangan pendekatan PBS Tingkatan 1 & 2
boleh diaplikasi kerana adanya deskriptor dan eviden. Jumlah pemberian markah
amat berbeza antara guru opsyen dan guru bukan opsyen. Kadang-kadang
pemberian markah melibatkan emosi guru. Guru pembimbing mesti sentiasa merujuk
manual agar markah yang diberi benar, jujur dan telus.

Tindakan:
Makluman
5.2. Encik Salbani bin Shamsuri memaklumkn bahawa beliau telah menghantar surat
kepada pihak Lembaga Peperiksaan supaya diadakan semakan semula proses
penilaian KRSV dan juga tentang soalan-soalan KRSV yang berkualiti dan mencabar
kreativiti murid selepas berlakunya kes ukiran menggunakan getah EVA.

Tindakan: Makluman
5.3. Puan Julia binti Mohamed menegaskan tentang pemberian skor portfolio dan
produk. Fahaman tentang markah portfolio 75% dan markah produk 25% adalah
salah. Kalau calon siap portfolio tetapi tidak ada produk, calon itu tidak layak dapat
75%. Kalau calon siap produk, tetapi tidak ada portfolio, calon layak mendapat lebih
25%. Calon layak diberi markah untuk alat dan bahan, proses dan teknik, nilai dan
semua markah ini dicampur dengan markah produk tadi. Beliau juga menegaskan
bahawa markah yang telah dimasukkan mesti disemak semula sebelum dihantar ke
Lembaga Peperiksaan untuk mengelakkan kesilapan berlaku. Baru-baru ini berlaku
lima orang calon mendapat status TH dalam keputusan peperiksaan SPM sedangkan
mereka hadir peperiksaan dan mendapat markah cemerlang untuk kerja kursus. Ada
juga sekolah yang telah menghantar markah ke Lembaga Peperiksaan sebelum
pemantauan dilakukan. Beliau juga menerima laporan bahawa standard KRSV
Kebangasan agak rendah. Encik Zainal Baharom (KPN Johor) menjelaskan bahawa
ketika standard pentaksiran peringkat Kebangsaan diadakan ramai calon masih
belum menyiapkan portfolio dan produk mereka menyebabkan tiada portfolio dan
produk yang boleh dijadikan standard.
Tindakan:
Makluman

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

........................
(NOOR AZAM BINTI AHMAD)

............................................
(SALBANI BIN SHAMSURI)

Setiausaha

Pengerusi

You might also like