You are on page 1of 1

TEMA 2011

1.0 PENGUMPULAN
1.1 Bidang
Kepenggunaan.

1.2 Fokus
Reka ciptaan yang digunakan untuk aktiviti pengajaran / pembelajaran / pengurusan
bilik darjah / bilik khas (bengkel / makmal dan sebagainya) di sekolah.

1.3 Pengenalan
Mengumpul bahan/alatan sering berlaku dalam proses pengajaran / pembelajaran /
pengurusan bilik darjah / bilik khas (bengkel / makmal dan sebagainya) di sekolah.

1.4 Takrif
Pengumpulan merupakan satu proses kerja mengumpul / menghimpun bahan / alatan
yang berselerak.
Kamus Dewan : Pengumpulan : perihal atau perbuatan mengumpulkan, penghimpunan.
mengumpulkan : menjadikan atau membuat supaya berkumpul, mengambil (mengutip)
benda-benda yang berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok.

1.5 Aplikasi
Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk mengumpul/menghimpun bahan / alatan
dalam proses pengajaran / pembelajaran / pengurusan bilik darjah / bilik khas (bengkel /
makmal dan sebagainya) di sekolah.

1.6 Kaedah
Kaedah yang mesti digunakan untuk mengumpul / menghimpun bahan / alatan adalah
menarik / menolak / menyedut / mencengkam / menyepit / mencucuk / mengaut /
menyembur / mengait / menyapu / menyodok / menguis.

You might also like