You are on page 1of 14

Topik 1 Pengenalan

Kesihatan Diri
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan fungsi setiap bahagian dan organ tubuh manusia;
2. Menghuraikan aspek-aspek pengurusan kesihatan diri yang baik; dan
3. Menerangkan peranan setiap gender dalam masyarakat.

PENGENALAN
Tubuh kita terdiri daripada sekumpulan besar sel. Sel-sel ini bersatu membentuk
sekumpulan tisu yang mempunyai fungsi tersendiri. Tisu-tisu pula akan
bercantum untuk membina bahagian dan organ, misalnya jantung, otak, hati,
ginjal dan perut dalam tubuh kita. Tubuh dilengkapkan oleh bahagian (kepala,
dada, abdomen, kaki dan tangan) yang mempunyai fungsi tersendiri. Bahagian
dan organ membentuk sistem yang membolehkan tubuh berfungsi sepenuhnya.

Sistem tubuh yang mampu berfungsi sepenuhnya memerlukan penjagaan yang


betul. Pengetahuan dan amalan berkaitan dengan asas penjagaan kesihatan amat
penting. Pengetahuan dan amalan penjagaan tubuh adalah kemahiran asas yang
diperlukan oleh setiap individu. Kemahiran asas ini perlu diperkembangkan
daripada peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah ke peringkat
warga emas.

Penjagaan kesihatan asas diri merangkumi kebersihan tubuh badan, pakaian dan
peralatan yang digunakan, pengurusan pemakanan yang betul, pengurusan
berat badan, pengurusan tekanan dan pemeriksaan kesihatan. Kesihatan diri
yang sejahtera akan memastikan setiap individu menjalankan fungsi sosial
mereka dengan berkesan. Lelaki dan perempuan dapat memainkan peranan
masing-masing dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
2 TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI

AKTIVITI 1.1
Bincangkan dalam kumpulan bagaimana tahap kebersihan diri
mempengaruhi tahap kesihatan.

1.1 MENGENALI TUBUH BADAN


Tajuk-tajuk kecil berikutnya akan menerangkan peranan dan fungsi organ serta
bahagian tubuh badan. Mengenali tubuh badan kita adalah langkah pertama
yang kita patut ambil untuk menghargai tubuh badan kita.

1.1.1 Mengenali Organ dan Bahagian Tubuh Badan


Rajah 1.1 Menunjukkan lakaran organ dan bahagian tubuh badan kita.

Rajah 1.1: Tubuh manusia


TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI ! 3

AKTIVITI 1.2
Senaraikan fungsi organ-organ berikut:
(i) Jantung
(ii) Paru-paru
(iii) Perut

1.1.2 Fungsi Organ dan Bahagian Tubuh Badan


Mengenali fungsi organ dan bahagian tubuh badan adalah penting supaya kita
tahu bagaimana untuk menjaga dan menghargainya. Jadual 1.1 mengandungi
sinopsis organ-organ utama tubuh badan, kedudukan di dalam tubuh serta
fungsinya.

Jadual 1.1: Kedudukan dan Fungsi Organ

Organ Kedudukan Fungsi


Otak Terletak di dalam ruang Memuatkan pusat-pusat (intelek, fikiran,
tengkorak ingatan/kuasa kemahuan) yang mengawal
aktiviti-aktiviti tubuh.
Paru-Paru Terletak di dalam ruang Membawa masuk udara beroksigen ke
toreks dalam tubuh dan membawa keluar karbon
dioksida serta wap dari darah.
Jantung Terletak pada belakang Mengepam dan mengalirkan darah ke
tulang dada di dalam seluruh tubuh serta mengekalkan aliran atau
ruang toreks di antara peredaran darah setiap masa.
paru-paru.
Perut Perut bersambung terus Ia menerima bahan makanan daripada
daripada kerongkong. Ia kerongkong dan menyimpan buat sementara
bergantung bebas di waktu untuk dilembutkan dan dihadamkan.
bahagian atas sebelah kiri
dalam ruang abdomen.
Hati Terletak di bawah otot Menghasilkan cecair hempedu dan bahan
diaphragm dalam ruang yang terdapat di dalam darah seperti serum
abdomen. untuk perkumuhan serta metabolisme.
Buah Terletak di dinding Membuang air yang berlebihan dalam tubuh.
Pinggang belakang abdomen Membuang hasil perkumuhan seperti urea
dan asid urik.
Mengawal kepekatan atau kuantiti bahan
yang terkandung dalam darah.
4 TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI

1.1.3 Menghargai Anggota Tubuh Badan


Cara paling asas untuk menghargai anggota tubuh ialah dengan mengenali
setiap bahagian anggota itu sendiri. Setiap bahagian anggota tubuh kita
memerlukan cara penjagaan dan pemuliharaan yang berbeza. Cara penjagaan
meliputi dalaman dan luaran (Rajah 1.2).

Rajah 1.2: Cara-cara penjagaan tubuh badan

Kita juga harus menjaga anggota tubuh badan daripada tercedera. Kementerian
Kesihatan Malaysia melalui „Kempen Cara Hidup Sihat 1999: Promosi
Keselamatan dan Pencegahan Kecederaan‰ menyeru kita mengambil langkah
keselamatan di dalam dan luar rumah. Kita perlu memastikan peralatan dalam
rumah disimpan ditempat yang selamat. Kita juga memerlukan taman
permainan yang selamat untuk mengelak kecederaan. Aktiviti berisiko seperti
menunggang motosikal secara berbahaya atau mendedahkan seseorang kepada
kecederaan. Jika kita menghargai anggota tubuh badan, kita perlu menjauhi
aktiviti berbahaya.
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI ! 5

1.2 PENJAGAAN KESIHATAN DIRI


Tajuk-tajuk kecil berikutnya akan menerangkan cara-cara untuk menguruskan
kesihatan diri dan juga cara-cara kesedaran amalan tubuh dapat dididik.

1.2.1 Pengurusan Kesihatan Diri


Pengurusan kesihatan diri yang baik akan menjamin tahap kesihatan yang
sentiasa sempurna. Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan diri
menjadi aset yang penting untuk hidup sihat sepanjang hayat. Berikut adalah
aspek pengurusan diri yang harus diberi perhatian (Rajah 1.3):

Rajah 1.3: Pengurusan kesihatan diri

(a) Pengurusan Kebersihan Tubuh


Membersihkan tubuh badan adalah rutin harian yang
perlu dilakukan. Kita perlu mandi sekurang-kurangnya
dua kali sehari. Bersihkan tubuh dengan sabun dan air
bersih untuk membuang kekotoran dan kuman. Amalan
ini dapat menjauhkan kita daripada dijangkiti penyakit
kulit seperti kudis dan badan berbau.
6 TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI

Tangan kita adalah di antara anggota yang paling


banyak mengumpul kuman. Setiap kali kita
memegang tombol pintu atau duit kertas, pelbagai
kuman orang lain dipindahkan kepada tangan kita.
Bersihkan tangan dengan sabun dan air bersih
setiap kali selepas ke tandas sebelum menyediakan
makanan dan sebelum makan. Kuku yang panjang
akan menyediakan ruang masuk untuk kuman
pindah ke mulut dan makanan kita. Pastikan kuku sentiasa dipotong
pendek dan bersih.
Rambut perlu dibersihkan dengan menggunakan syampu yang bersesuaian
dengan jenis kulit kepala. Biasanya terdapat dua jenis kulit kepala iaitu
berminyak dan kering. Pilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut.
Kutu rambut dan masalah kulit kepala adalah di antara masalah kesihatan
yang biasa berlaku. Dapatkan rawatan dan nasihat di klinik.

Penjagaan mulut termasuk gigi penting dalam


pengurusan kesihatan diri. Gosok gigi menggunakan
berus gigi yang sesuai dan ubat gigi. Pastikan mulut dan
gigi dibersihkan setiap kali selepas makan dan sebelum
tidur malam. Gunakan „floss‰ untuk membuang sisa
makanan pada celah gigi. Dapatkan pemeriksaan gigi 2
kali setahun. Gunakan alat pelindung gigi jika terlibat
dalam sukan lasak.
Tubuh badan kita memerlukan masa rehat yang
secukupnya untuk memulihkan tenaga dan minda.
Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Kanak-
kanak dan remaja memerlukan masa tidur yang
lebih berbanding dengan orang dewasa. Pastikan
tubuh dibersihkan sebelum tidur.

(b) Pengurusan Kebersihan Pakaian


Negara kita mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Tubuh kita cepat
berpeluh. Oleh yang demikian adalah penting untuk kita menukar pakaian
setiap hari. Pastikan pakaian dibersihkan sebelum dipakai semula. Kita
juga perlu membersih dan menjemur bantal, selimut, tilam dan cadar untuk
mengelak pembiakan hama.
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI ! 7

(c) Pengurusan Tahap Kesihatan


Sesetengah penyakit adalah „pembunuh
senyap‰. Ada di antara kita tidak mengetahui
bahawa kita sedang diancam penyakit.
Misalnya penyakit kardiovaskular seperti
penyakit Jantung dan strok. Penyakit ini
dikenal pasti sebagai salah satu daripada 10
penyebab kematian di Malaysia. Kita boleh
mengurus tahap kesihatan melalui pemeriksaan
kesihatan di klinik atau hospital.
Pemeriksaan kesihatan membolehkan kita mengetahui tanda-tanda awal
sesuatu penyakit, misalnya melalui pemeriksaan tahap glukos darah,
seseorang dapat mengetahui sama ada dirinya berisiko untuk mendapat
penyakit diabetis.
Jenis-jenis pemeriksaan yang boleh dijalankan ialah:

Pemeriksaan tekanan darah


Saringan paras glukos darah
Saringan paras kolesterol
Indeks jisim badan
Pemeriksaan kanser serviks dan payu dara
Ujian kadar lemak
Saringan minda sihat

(d) Pengurusan Pemakanan yang Sihat


Adakah kita hidup untuk makan
atau makan untuk hidup? Kita
makan untuk menghidupkan fungsi
organ tubuh kita. Makanan memberi
segala zat yang diperlukan oleh
tubuh. Adalah amat penting untuk
memakan sajian seimbang untuk
mendapat semua jenis zat yang
diperlukan. Makanan seimbang
bermaksud makanan yang terdiri
dari komponen karbohidrat, protein,
lemak, vitamin dan lain-lain. Pengambilan makanan seimbang daripada
setiap komponen akan memberi tenaga, membina badan dan mencegah
penyakit.
8 TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI

Pengurusan pemakanan yang sihat merujuk kepada amalan pemakanan


seseorang. Tiga waktu makan utama ialah sarapan pagi, makan tengahari
dan makan malam. Kita dinasihatkan supaya wajib makan sarapan pagi.
Pengambilan sarapan pagi mampu memberikan kita tenaga untuk
memulakan kerja. Tenaga dan zat-zat ini perlu ditambah untuk memulih
tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan minda.
Makan mengikut keperluan adalah salah satu daripada pengurusan amalan
makan yang sihat. Pengambilan jumlah makanan hendaklah bersesuaian
dengan jenis pekerjaan atau penggunaan tenaga kita. Kanak-kanak dan
remaja yang sedang membesar dan aktif secara fizikal memerlukan jumlah
makanan yang banyak. Begitu juga dengan mereka yang bekerja sebagai
petani, nelayan dan buruh. Penggunaan tenaga mereka adalah tinggi.
Mereka yang bekerja tanpa memerlukan penggunaan tenaga yang banyak
seperti bekerja di pejabat kurang memerlukan tenaga yang banyak. Oleh
yang demikian, amalan makan berlebihan akan menyebabkan badan
mereka menyimpan lebih tenaga dalam bentuk lemak. Lemak yang
berlebihan ini akan menyebabkan seseorang menjadi gemuk.
Antara pengurusan amalan makan yang tidak sihat ialah:

Tidak mengambil makanan semasa waktu makanan utama


terutamanya sarapan pagi dan makan tengahari. Amalan ini akan
menyebabkan kita berasa terlalu lapar dan makan dengan lebih
banyak.
Tidak mengambil pelbagai jenis makanan seimbang. Amalan ini
akan menyebabkan tubuh badan tidak mendapat pelbagai zat
yang diperlukan.
Mengambil snek yang tidak sihat seperti ais krim, jeruk dan kek.
Mengambil secara berlebihan makanan yang mempunyai
kandungan gula yang tinggi. Amalan ini akan mendedahkan
seseorang kepada risiko mendapat penyakit diabetis.
Mengambil secara berlebihan makanan yang tinggi kadar lemak
dan minyak. Amalan ini akan mengumpulkan lebihan lemak di
dalam tubuh badan jika tidak digunakan.
Mengambil makanan yang tinggi kandungan garam seperti ikan
masin. Amalan ini dikenal pasti sebagai faktor risiko untuk
penyakit tekanan darah tinggi.
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI ! 9

(e) Pengurusan Berat Badan


Obesiti merupakan salah satu risiko untuk
mendapat penyakit diabetis, jantung, darah tinggi
dan kanser. Risiko lain ialah merokok dan kurang
bersenam. Di Malaysia, prevalen penyakit
diabetis dalam kalangan penduduk Malaysia
pada tahun 1986 ialah 6.3% dan meningkat
kepada 8.3% pada tahun 1996. (National Health
and Morbidity Survey, 1996).

Fizikal yang cergas adalah satu indikator untuk kesihatan tubuh badan.
Kecegasan fizikal di sini tidak merujuk kepada senaman yang tetap semata-
mata. Ia meliputi segala aktiviti yang menggerakkan anggota fizikal seperti
menjalankan kerja di rumah dan membersihkan kawasan rumah. Aktiviti
fizikal memerlukan tenaga yang berupa pembakaran lemak dalam tubuh
kita. Pembakaran lemak secara konsisten akan menyisihkan lebihan lemak
yang disimpan di dalam badan. Penyisihan lemak mengelak badan
daripada berlebihan berat. Aktiviti fizikal akan meningkatkan high density
lipoprotein (HDL) atau lemak darah berkepadatan tinggi yang baik untuk
melindungi jantung. Ia adalah bahan darah yang dapat memungut
kolesterol dan membantu membuangnya dari badan melalui hati. Ia
dikenali sebagai kolesterol baik.

(f) Pengurusan Tekanan (stress)


Tekanan (stress) adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental terhadap
perubahan dan cabaran. Stres boleh dialami sama ada di rumah, sekolah
dan tempat kerja. Stres yang sedikit boleh menjadi faktor motivasi kepada
kita. Seseorang individu yang mengalami stres yang serius mungkin
cenderung untuk terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan alkohol. Kita
mesti belajar hidup dengan stres kerana ia adalah sebahagian dari
kehidupan. Belajar mengurus stres dapat menjauhkan kerunsingan.
Pengurusan masa dan kerja secara bijak dapat membantu mengurangkan
stres. Amalkan pemikiran dan komunikasi yang positif. Dapatkan bantuan
jika tidak mampu menguruskan tekanan dengan sendiri.
10 TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI

1.2.2 Kesedaran dan Tanggungjawab Menjaga Tubuh


Bagaimanakah caranya kesedaran dan amalan penjagaan tubuh dapat dididik?
Berikut adalah beberapa cara:

(a) Keluarga
Kesedaran dan amalan penjagaan tubuh perlu dididik oleh keluarga
semenjak di peringkat kanak-kanak lagi. Keluarga memainkan peranan
yang penting dalam memberi kesedaran, pengetahuan dan amalan
penjagaan tubuh. Ibu bapa adalah model terbaik dalam penjagaan
kesihatan. Nilai terhadap kesihatan yang dipegang oleh sesuatu
masyarakat turut memainkan peranan. Jika sesuatu masyarakat melihat
mandi pagi sebagai satu nilai kesihatan, maka amalan ini akan menjadi
budaya ahli-ahlinya. Seseorang individu diharap akan dapat
bertanggungjawab ke atas kesihatan mereka sendiri apabila meningkat
dewasa.

(b) Klinik Kesihatan atau Hospital


Selain daripada keluarga, staf klinik kesihatan ibu dan anak turut
memainkan peranan. Ibu-ibu akan diberi nasihat dan tunjuk cara
bagaimana penjagaan asas kesihatan yang baik, misalnya, dalam
penyediaan makanan seimbang untuk kanak-kanak.

(c) Sekolah
Kesedaran dan amalan ini akan diperkukuhkan lagi melalui subjek
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di peringkat sekolah rendah.
Di samping itu, pasukan kesihatan sekolah dari pejabat kesihatan daerah yang
berdekatan dengan sekolah turut menjalankan lawatan secara berkala ke
sekolah untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada pelajar. Program
Doktor Muda yang diperkenalkan ke sekolah-sekolah rendah turut
mempromosikan amalan penjagaan kesihatan di kalangan pelajar-pelajar
sekolah rendah. Kerajaan telah melaksanakan „Kempen Cara Hidup Sihat‰
melalui Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai wadah untuk penjagaan
kesihatan secara menyeluruh dan berterusan. Ini meliputi aspek jasmani,
emosi, rohani, mental dan sosial seseorang.
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI ! 11

1.2.3 Penjagaan Peralatan dan Kebersihan


Dalam penjagaan kesihatan, kita memerlukan pelbagai peralatan. Penjagaan
kebersihan amat penting untuk mengelak peralatan ini daripada menjadi tempat
pembiakan kuman yang boleh menyebabkan penyakit.

Dalam pencegahan penyakit berjangkit seperti penyakit tangan, kaki dan mulut,
kebersihan peralatan amat penting. Pastikan peralatan mainan kanak-kanak
sentiasa dibersihkan.

1.3 PERANAN GENDER


Tajuk-tajuk kecil berikutnya menerangkan peranan lelaki dan perempuan dalam
penjagaan kesihatan diri.

1.3.1 Peranan Lelaki


Negara kita mengamalkan sistem patriaki yang mana
golongan lelaki mengetuai sesebuah keluarga. Secara
tidak langsung sistem ini memberi kuasa kepada lelaki
dalam memimpin keluarga, membuat keputusan,
menyediakan sumber ekonomi serta kemudahan asas
yang selesa untuk kesejahteraan kesihatan hidup
berkeluarga. Namun begitu, amalan ini semakin terhakis
akibat tuntutan semasa seperti peningkatan kos hidup
dan bertambahnya bilangan perempuan yang
berpendidikan tinggi. Tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan mencari
rezeki dikongsi bersama dengan isteri.

Teladan yang baik yang ditunjukkan oleh seorang bapa akan membantu anak
lelaki membesar sebagai individu, bapa, suami dan pekerja yang sihat dari aspek
fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

Peranan lelaki yang sering dibincangkan dalam kesihatan keluarga ialah dalam
aspek perancang keluarga. Peranan merancang keluarga dilihat lebih memfokus
kepada perempuan. Untuk membentuk sebuah keluarga yang sejahtera dan
bahagia pihak lelaki perlu mengambil bahagian dalam perancangan keluarga.
Penjagaan kesihatan dan kesejahteraan sebuah keluarga memerlukan peranan
dua pihak iaitu suami dan isteri. Pendek kata, tanggungjawab membina keluarga
sihat, sejahtera dan bahagia harus dipikul secara bersama dan adil.
12 TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI

1.3.2 Peranan Perempuan


Salah satu peranan biologi yang menjadi keistimewaan perempuan ialah hamil
dan melahirkan anak. Pada masa kini, peranan biologi ini tidak menghadkan
kemampuan dan keupayaan golongan perempuan untuk mencari rezeki kepada
keluarga. Ini menyebabkan bilangan mereka menjawat jawatan di sektor awam
atau swasta semakin meningkat dari masa ke semasa. Begitu juga dengan
penglibatan mereka dalam industri secara kecil-kecilan di rumah secara separuh
masa seperti membuat kuih, keropok dan sebagainya tetapi pada masa yang
sama mampu menjalankan tanggungjawab menjaga anak. Kegigihan mereka
memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan dan menjana
ekonomi keluarga.

Dalam konteks amalan kesihatan keluarga, peranan mereka termasuklah:

Menjadi contoh kepada ahli keluarga yang lain berkaitan dengan


amalan cara hidup sihat.
Mempunyai hak yang sama dengan suami dalam menentukan isu yang
berkaitan dengan kesihatan dan keluarga.
Merancang dan menyediakan pemakanan dan makanan yang sihat
kepada keluarga.
Mengurus kebersihan di dalam dan luar rumah.
Memastikan ahli keluarga yang sakit mendapat rawatan dan jagaan
yang sebaik-baiknya.
Mendidik anak berkaitan pencegahan penyakit berjangkit dan tidak
berjangkit.

Peranan perempuan seperti yang disebutkan perlu dipikul bersama oleh suami
dan anak. Walaupun dalam masyarakat kita seorang suami dianggap sebagai
seorang ketua dalam keluarga tetapi ini tidak bermakna tanggungjawab
mengurus rumah tangga dan keluarga perlu diserah bulat-bulat kepada isteri.

1.3.3 Stereotaip Gender


Stereotaip gender terutama dari aspek peranan, terus menjadi isu perbualan.
Dalam sistem komuniti yang diketuai oleh lelaki atau kaum bapa, stereotaip
gender ini masih jelas diamalkan. Sejak usia muda lagi anak lelaki dididik untuk
berperwatakan, budaya pakaian, komunikasi serta bersosial seperti seorang
lelaki yang diharapkan oleh masyarakat secara lazimnya.
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI ! 13

Perwatakan dan budaya berpakaian serta penampilan yang terkeluar daripada


ciri-ciri hakiki seorang lelaki dilihat sebagai satu masalah dalam gender,
misalnya, lelaki „pondan‰. Apabila sudah dewasa mereka diharap akan mampu
mencari rezeki dan mengetuai keluarga sendiri.

Anak perempuan akan dididik dengan nilai, peranan serta perwatakan seorang
perempuan yang diterima secara lazim oleh masyarakat. Mereka dididik untuk
bersifat lemah-lembut, bersopan-santun dan tahu serta mahir dalam
menguruskan rumah tangga. Perempuan yang lebih menonjolkan ciri-ciri
seorang lelaki akan dilabel sebagai tomboy.

Walaupun golongan perempuan telah mencapai tahap pendidikan dan kerjaya


setanding dengan lelaki, tetapi mereka masih perlu menjalankan tugas-tugas
sebagai seorang isteri dan ibu. Walaupun perempuan memilih untuk hidup
membujang tetapi ibu bapa atau masyarakat masih berharap agar seorang
perempuan itu masih mampu menjalankan tugas-tugas seperti memasak dan
mengemas rumah.

Dalam dunia pekerjaan, stereotaip gender dilihat semakin berkurangan. Ramai


perempuan yang mampu melaksanakan kerjaya yang sebelum ini dikuasai oleh
lelaki. Misalnya bekerja sebagai anggota polis dan tentera.

SEMAK KENDIRI 1.1


1. Huraikan aspek-aspek pengurusan kesihatan diri yang baik.
2. Bincangkan bagaimana peranan amalan pengurusan pemakanan
dan kecergasan fizikal membantu mengurangkan berat badan.
3. Jelaskan peranan lelaki dan perempuan dalam penjagaan kesihatan
diri.
4. Kecelaruan gender menjadi satu isu sosial yang penting pada masa
kini. Apakah peranan ibu bapa dalam mengatasi masalah ini?

Sistem tubuh yang mampu berfungsi sepenuhnya memerlukan penjagaan


yang betul.

Tubuh manusia terdiri daripada beberapa bahagian iaitu: kepala-leher, dada,


tangan, abdomen dan kaki.
14 TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI

Bahagian-bahagian ini pula terbahagi kepada beberapa organ contohnya


otak, jantung dan paru-paru.

Kita perlu mengetahui fungsi organ-organ supaya kita tahu bagaimana untuk
menghargai dan menjaganya.

Cara penjagaan tubuh meliputi penjagaan dalaman dan penjagaan luaran.

Pengurusan kesihatan diri meliputi pengurusan kebersihan tubuh,


pengurusan kebersihan pakaian, pengurusan tahap kesihatan, pengurusan
pemakanan yang sihat, pengurusan berat badan serta pengurusan tekanan.

Kesedaran dan amalan penjagaan tubuh perlu dididik oleh keluarga, di


klinik kesihatan atau hospital dan juga di sekolah.

Peranan setiap gender dalam masyarakat adalah sangat penting dalam


menjaga kesihatan kita.

Gender Pemakanan
Kebersihan Pemeriksaan kesihatan
Kecergasan fizikal Pengurusan berat badan
Kesihatan Penjagaan kesihatan
Menguruskan tekanan (Stress)

Kementerian Kesihatan Malaysia. (1997). Modul kempen cara hidup sihat:


Promosi makan secara sihat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (1998). Modul kempen cara hidup sihat:
Promosi senaman dan kecergasan fizikal. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2000). Modul kempen cara hidup sihat:
Promosi mental sihat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Masood Abdul Rashid dan Mohamad Ariffin Siri. (1985). Anatomi dan fisiologi.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like