You are on page 1of 2

LAPORAN PROGRAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENGAGIHAN DUIT

RAYA SMK (P) AIR PANAS.


Bulan Ramadhan menjadi titik permulaan kepada langkah mendidik dan melatih murid-murid
untuk terus mendekati dan memahami isi kandungan dalam Al-Quran. Majlis Khatam Al-Quran
yang diadakan ini bertujuan untuk meneruskan konsep dan budaya cinta Al-Quran dalam
kalangan generasi muda. Di samping itu, ia adalah untuk meraikan kejayaan murid-murid
menamatkan program tadarus yang diadakan sepanjang Bulan Ramadhan di sekolah.
Majlis khatam Al-Quran SMK (P) Air Panas yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam telah
berlangsung pada hari rabu, 23 Julai 2014 iaitu bersamaan 25 Ramadhan 1435 H bertempat di
Surau Fatimah Az-Zahra SMK (P) Air Panas bermula jam 7.30 pagi sehingga 10.00 Pagi. Majlis
ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Puan Darlilah Binti Daraman.
Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis dan diteruskan dengan Khatam Al-Quran.
Selepas itu, Puan Darlilah Binti Daraman selaku Penolong Kanan Pentadbiran memberikan
ucapan aluan sempena majlis ini. Majlis diteruskan dengan Penyampaian hadiah kepada
peserta kuiz terbaik sepanjang Ihya Ramadhan, Tadarus Al-Quran dan penyampaian
sumbangan duit raya kepada pelajar yang layak menerima zakat.
Majlis Khatam Al-Quran merupakan program tahunan melibatkan seluruh warga sekolah yang
diadakan bersempena dengan bulan Ramadhan sebagai sebuah ladang yang subur untuk
beribadah sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah sebagai satu bulan yang penuh dengan
keberkatan. Oleh sebab itu, dengan alternatif ini pihak Panitia telah merangka program ini
khusus untuk warga sekolah yang beragama islam dengan tadarus al-Quran di peringkat guru
dan pelajar. Sempena bulan Syawal yang akan menjelang tiba pihak Panitia juga turut
mengadakan Majlis Sumbangan Duit Raya untuk diagihkan kepada pelajar yang layak
menerima zakat.

MATLAMAT
Memperingati hari Nuzul Quran (17 Ramadhan) disamping membina keyakinan diri pelajar.

OBJEKTIF
Memberi kesan kepada sekolah akan keagunan agama Islam sebagai dinul hayat.
Menanam sikap suka bersedekah.

SASARAN
Semua pelajar Islam daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6 iaitu seramai 372 orang pelajar.
RASIONAL
Sempena Ramadhan al-mubarak, pihak panitia Pendidikan Islam telah mengambil inisiatif untuk
megimarahkan bulan Ramadhan dengan mengadakan tadarus al-Quran di peringkat guru dan
pelajar.
Sempena bulan Syawal yang akan menjelang tiba pihak Panitia juga turut mengadakan Majlis
Sumbangan Duit Raya untuk diagihkan kepada pelajar yang layak menerima zakat.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.
Haniza Binti Hashim Ramziah Binti Ismail

You might also like