You are on page 1of 1

PELANTIKAN PENGERUSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Dr.

Haili bin Dolhan telah dilantik sebagai Pengerusi, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia yang baharu mulai 26 November 2013 menggantikan YBhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Haji Awang yang telah tamat kontrak perkhidmatan pada 31 Oktober 2013.

2.

YBhg. Datuk Dr. Haili bin Dolhan dilahirkan di Sibu, Sarawak pada 16

September 1952. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Sastera dari Durham University, United Kingdom dan Ijazah Doktor Falsafah dari University of Birmingham, United Kingdom. Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Guru Sandaran pada tahun 1970 di SMK Matu/Daru, Sarawak. Beliau pernah dilantik untuk memegang jawatan Pengetua di beberapa buah sekolah di Sarawak dan juga pernah berkhidmat di Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak sehingga tahun 2005.

Mulai tahun 2005, YBhg. Datuk Dr. Haili bin Dolhan telah memegang beberapa jawatan di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau pernah

dilantik sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum, Pengarah Peperiksaaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan). Jawatan terakhir beliau ialah sebagai

Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia sebelum dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran pada 17 Mei 2013.

You might also like