You are on page 1of 12

LAPORAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN SK ULU DONG

RASIONAL :
Murid-murid perlu dipupuk dengan amalan keagamaan sempena menjalani ibadah puasa di
bulan yang mulia. Ia juga merupakan salah satu agenda untuk menghidupkan syiar Islam di samping
untuk melahirkan murid yang berakhlak mulia dan cintakan agama.

OBJEKTIF:
1. Yakin dengan agama Islam dan sentiasa menta’ati perintah Allah S.W.T. serta melazimi amalan
Islam dalam kehidupan.
2. Memenuhi dan menghargai bulan Ramadhan dengan berbagai bentuk ibadat dan amalan yang
berfaedah.
3. Membentuk peribadi murid supaya berakhlak selaras dengan ajaran Islam.
4. Menanamkan minat dan kecintaan terhadap pembacaan al-Quran.
5. Memupuk silaturrahim dan keharmonian antara semua warga sekolah.

TARIKH: 13 JUN 2017 – 22 JUN 2017

TEMPAT: Kelas/Tapak Perhimpunan/Dewan Sekolah / Surau

TEMA: ”Selamat Datang Ramadhan” (SEDARA)

SASARAN: Semua Murid-murid dan Guru-guru SKUD

AKTIVITI: (LAMPIRAN)

KOS PERBELANJAAN : ( LAMPIRAN)

SUMBER PERUNTUKAN :

1. Kegiatan Agama Islam


2. Sumbangan PIBG
JAWATANKUASA INDUK
1. Penasihat : Pn Yuhana binti Mihat (GB )
2. Pen. Penasihat : Pn. Shafiah binti Jali (GPK 1)
3. Pengerusi : Pn. YM Ungku Ahmad Danial bin Ungku Ali (GPK KO)
4. Naib Pengerusi : Pn Norita binti Abdul Samat (GPK HEM)
5. Penyelaras : Pn Yusmira binti Mohd Nor
6. Setiausaha : Pn.Nor Aida binti Kadir
7. Bendahari : Pn Zakiah binti Deraman

JAWATANKUASA PELAKSANA:

Hadiah
- Pn Norita Binti Abdul Samat
- Pn. Asmaliza binti Abdullah
- Pn Saadah bt Abdul Rahim

Siaraya : - En Ridzwian bin Ishak

Persiapan Tempat dan Back Drop :


- Cik Hasliza binti Md zin

- Pn Zakiah bt Deraman

Buku Program / Pamplet :


- Pn Yusmira binti Mohd Nor
- Pn Nor Aida binti Kadir

Pengacara Majlis (Penutup ) : En Zamzuri bin Dzulkifli

Kawalan Murid : - Pn Zaharatullaili binti Mohd Daud

Fotografi / Dokumentasi : Ustaz Ibrahim bin Alias


ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL AKTIVITI KOS

1 Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan

2 Alunan ayat suci Al-Qur’an dan zikir

3 Risalah Ramadhan

- Kertas A4 warna – 1 rim RM 19.00

RM 19.00

4 Al-Qur’an Sahabatku ( Hafazan)

- Hadiah
Tempat pertama
RM10.00
Tempat ke-2
RM 8.00
Tempat ke-3
RM 5.00
Saguhati - 4orang x RM 3
RM 12.00

RM 35.00

5 Pertandingan Bercerita

- Hadiah
Tempat pertama
RM10.00
Tempat ke-2
RM 8.00
Tempat ke-3
RM 5.00
Saguhati - 3 orang x RM 3
RM 9.00

RM 32.00

7 Cipta Kad Raya / Mewarna Poster Hari Raya

- Hadiah
Tempat pertama - 2 orang x RM 10.00
Tempat ke-2 - 2 orang x RM 8.00 RM 20.00

Tempat ke-3 - 2 orang x RM 5.00 RM 16.00

Saguhati - 8orang x RM 3 RM 10.00

RM 24.00

RM70.00

8 Tabung Ihya’Ramadhan

9 Tazkirah Ramadhan

10 Kuiz Ramadhan

- Hadiah
12 orang x 1.00
RM 12.00

RM 12.00

JUMLAH RM 191.00
SENARAI AKTIVITI IHYA’ RAMADHAN

BIL AKTIVITI TARIKH TINDAKAN

1 Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan 26 Mei 2017 Pn Yusmira

 Merupakan majlis perasmian program


 Sasaran : Semua warga SKUD

2 Alunan ayat suci Al-Qur’an dan zikir Setiap pagi hari persekolahan Pn Yusmira

 CD bacaan ayat suci Al-Qur’an dan zikir


diperdengarkan kepada warga sekolah melalui alat
siaraya sekolah pada setiap waktu pagi sebelum sesi
pembelajaran bermula.
 Sasaran: Semua warga SKUD

3 Risalah Ramadhan Setiap hari Isnin Pn Yusmira

 Diedarkan setiap hari isnin


 Sebagai pengisian rohani disamping menyampaikan
info-info tentang puasa di bulan Ramadhan.
 Sasaran: Guru-guru dan murid-murid SKUD
4 Al-Qur’an Sahabatku ( Hafazan) Waktu Rehat Pn Zakiah

 Murid-murid menghafaz surah-surah berdasarkan


sukatan mata pelajaran pendidikan islam bimbingan
fasilitator dikalangan guru-guru SKUD yang dilantik.
 Sasaran: Semua murid tahun 1-6
5 Pertandingan Hafazan Penutup Program Pn Zakiah

 Penyertaan terbuka kepada tahun 1 -6


 Had penyertaan adalah 10 orang
 Saringan akan diadakan sebelum hari pertandingan.
 Sasaran : Semua murid SKUD tahun 1-6
6 Pn Zakiah

Cipta Kad Raya / Mewarna Poster Hari Raya


17 Jun 2017
 Murid Pra-sekolah, tahun 1 dan 2 akan menyertai acara
mewarna Poster Hari Raya manakala murid tahun 3
hingga 6 menyertai acara Cipta Kad Raya.
 Bertujuan mencungkil bakat reka cipta dan mewarna
dikalangan murid.
 Sasaran: Semua murid SKUD.
Pn Nor Aida

8 Tabung Ihya’Ramadhan Sepanjang Hari Persekolahan Ustaz ibrahim

 Tabung Ihya’ Ramadhan akan disediakan sepanjang


hari persekolah di bulan Ramadhan.
 Terbuka kepada warga SKUD yang sudi menderma.
 Tujuan : Hasil kutipan derma tersebut akan diserahkan
kepada anak-anak yatim dikalangan murid SKUD

9 Tazkirah Ramadhan Setiap pagi Pn Yusmira

 Tazkirah Ramadhan akan disampaikan oleh seorang


murid pada waktu pagi hari Isnin semasa perhimpunan
rasmi sekolah.
 Bertujuan melatih murid-murid berucap dikalangan
awam.
 Sasaran : Semua murid SKUD
10 Kuiz Ramadhan Setiap Hari Khamis –waktu rehat Pn Yusmira

 Soalan kuiz akan diajukan secara lisan kepada murid-


murid semasa perhimpunan pada setiap hari Khamis
 Sasaran : Semua murid tahun 1 hinnga 6

12. Majlis Penutup Ihya’ Ramadhan 22 Jun 2017 Semua guru-guru SKUD

 Merupakan acara kemuncak Program Ihya’


Ramadhan SKUD 2016.

 Upacara penyampaian hadiah bagi setiap acara yang


dipertandingkan
 Perasmian penutup program.
Aturcara Majlis Penutupan Program Ihya’ Ramadhan 2017

10.30 pagi - Murid berkumpul didalam dewan

10.40 pagi - Kuiz Ramadhan

10.45 - Pertandingan Hafazan

11.45 - Majis perasmian penutupan program Ihya’ Ramadhan 2017

 Ucapan alu-aluan pengerusi majlis


 Ucapan perasmian
 Penyampaian Hadiah
 Penyampaian Duit Tabung Derma kepada anak-anak
yatim
 Bersalam-salaman

12.30 - Majlis Bersurai


Soalan Kuiz Ramadhan

Tahun 1

1) Sebutkan niat berpuasa


2) Selain makan dan minum dengan sengaja, berikan 1 perkara yang membatalkan
puasa

Tahun 2

1) Apakah nama solat sunat yang dikerjakan pada bulan Ramadhan.


2) Berikan 1 perkara sunat ketika berpuasa

Tahun 3

1) Sebutkan doa berbuka puasa


2) Ibadah puasa adalah rukun islam yang ke berapa?

Tahun 4

1) Sebutkan erti puasa


2) Apakah hukum solat terawih di bulan Ramadhan?

Tahun 5

1) Sebutkan rukun puasa


2) Bulan Ramadhan adalan bulan yang ke berapa di dalam bulan-bulan islam?

Tahun 6

1) Apakah panggilan lain bagi bulan Ramadhan?


2) Apakah nama malam yang istimewa yang terdapat di dalam bulan Ramadhan
LAPORAN BERGAMBAR

Majlis Pelancaran Al-Qur’an Sahabatku

Pertandingan Hafazan
Pertandingan mewarna

Hafazan Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah


PENUTUP:

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam program ini secara langsung atau tidak
langsung. Semoga segala kerjasama yang telah diberikan ini mampu mencapai objektif yang telah
digariskan. Seterusnya dapat memberi impak dan natijah yang baik serta mampan kepada semua pihak
yang terlibat.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(PN NOR AIDA BINTI KADIR) (EN MUHAMMAD RIDZWIAN BIN ISHAK)

Setiausaha, GPK Ko Kurikulum,

Program Ihya’ Ramadhan SK Ulu Dong

SK Ulu Dong 1438H/2017H

Disemak oleh :

(PN YUHANA BINTI MIHAT)


Guru Besar,
SK Ulu Dong

You might also like