You are on page 1of 7

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : NURHAYATI MARDHIAH BT ZULKAFLI


PROGRAM : PISMP PENGAJIAN ISLAM AMBILAN JAN 2011
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN WARISAN PUTERI
NAMA PROJEK : PROGRAM IHYA RAMADHAN AL-MUBARAK
TEMPOH PELAKSANAAN : 14 JULAI - 24 JULAI 2014


OBJEKTIF
Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk:
1) Melahirkan pelajar yang berdisiplin dalam melaksanakan ibadah puasa.
2) Memberikan pendedahan dan bimbingan dalam melaksanakan nilai-nilai islam
dalam kehidupan seharian.
3) Melahirkan murid-murid yang berkeyakinan diri serta memberi peluang
kepada murid mencungkil bakat dalam setiap aktiviti yang dijalankan.





STRATEGI PELAKSANAAN:

1. Pada 7 Julai 2014, saya, rakan guru pelatih dan mentor (guru) telah membuat
perbincangan tentang projek-projek yang boleh dijalankan sebagai projek
internship kali ini. Hasil keputusan perbincangan tersebut, kami bersetuju
untuk menjadikan Program Ihya Ramadan sebagai salah satu projek
internship kami di sekolah ini. Program ini berjalan sepanjang bulan
Ramadhan iaitu bermula 14 Julai hingga 24 Julai 2014. Pelbagai aktiviti serta
pertandingan telah dijalankan antaranya pertandingan azan, kuiz,
persembahan nasyid serta penyampaian tazkirah oleh murid-murid.
2. Pada 9 Julai 2014, kami telah berjumpa dengan Ketua Panatia Pendidikan
Islam iaitu Puan Madznah bt Maharuddin untuk memohon kerjasama dan
penglibatan daripada persatuan tersebut bagi melaksanakan projek yang
dirancang. Kami juga menunjukkan draf pertama kertas cadangan di samping
meminta pendapat dan cadangan penambahbaikan untuk projek ini.
3. Selepas itu, proses menyiapkan kertas cadangan yang lengkap terus bermula
supaya ia dapat dihantar kepada pihak pengurusan sekolah dengan kadar
segera. Setelah kertas cadangan disokong oleh Ketua Panatia Pendidikan
Islam iaitu Puan Madznah bt Maharuddin, ia terus dihantar sebelum diluluskan
oleh Guru Besar iaitu Puan Hjh Raziah bt Mansor pada 10 Julai 2014.
Kemudian, saya bersama rakan guru pelatih telah mengadakan satu
mesyuarat bersama dengan penyelaras program dan AJK yang terlibat untuk
pembahagian tugasan.
4. Kami juga meminta guru-guru yang bertugas mingguan sentiasa memberi
makluman dan peringatan kepada murid-murid berkaitan dengan program ini
dan menggalakkan murid-murid menyertai pertandingan-pertandingan serta
aktiviti-aktiviti yang diadakan. Murid-murid yang ingin menyertai pertandingan
dikehendaki mendaftar nama pada guru Pendidikan Islam.


REFLEKSI:
1) KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

Kekuatan yang pertama ialah dapat memberi pendedahan kepada warga sekolah
terutamanya murid berkaitan dengan kelebihan bulan Ramadhan. Program yang
diadakan dalam bulan Ramadhan sememangnya bertujuan untuk memberi
pendedahan dan mengingatkan kembali perkara-perkara yang berkaitan dengan
kelebihan, batal, makruh serta kebesaran dan keberkatan yang terdapat di dalam
bulan ini. Melaluinya, diharapkan semua pihak dapat memanfaatkan sepenuhnya
kelebihan yang terdapat dalam bulan Ramadhan..
Kekuatan yang kedua ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan
tentang Ramadhan seterusnya mempraktikkan dalam kehidupan seharian.
Walaupun isi pelajaran tentang Ramadhan telah diajar dalam subjek Pendidikan
Islam, namun dengan adanya program ini, ia dapat menambahkan pengetahuan
baharu yang belum dipelajari sebelum ini. Sebagai contoh, mungkin sebelum ini
murid hanya mengetahui apabila bulan Ramadhan hendaklah berpuasa. Namun,
melalui pogram ini, murid mendapat pengetahuan baharu bahawa umat Islam perlu
menjaga tujuh anggota iaitu termasuk tangan, kaki, telinga, mulut, lidah, perut dan
kemaluan selain daripada berpuasa.
Kekuatan yang ketiga ialah melahirkan murid yang mempunyai sahsiah diri yang
tinggi dan terpuji. Pertamanya, melalui pendedahan tentang kelebihan dan manfaat
yang akan diperoleh pada bulan Ramadhan, ia akan memberi kesedaran dan
mendorong murid untuk melakukan kebaikan secara berterusan dan meninggalkan
perkara kejahatan. Kedua, melalui penglibatan dalam pertandingan-pertandingan
yang dianjurkan dapat melahirkan murid-murid yang berani, berkeyakinan diri serta
dapat mencungkil bakat mereka.

2) KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

Kelemahan yang didapati sepanjang program ini dijalankan ialah penglibatan
murid yang agak kurang memuaskan. Tidak semua murid yang melibatkan diri dalam
aktiviti yang dijalankan dan didapati murid yang menyertai pertandingan merupakan
murid yang seringkali menyertai pertandingan sebelum ini. Malahan, didapati juga
murid yang menyertai sesuatu pertandingan telah menyertai pertandingan yang lain.
Ini bermakna seorang murid menyertai sehingga dua atau tiga pertandingan. Perkara
ini agak mengecewakan kerana program yang dijalankan adalah bertujuan memberi
pendedahan dan peluang kepada murid-murid dalam melaksanakan nilai-nilai Islam
dalam kehidupan seharian.


CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada
masa akan datang:
Penambahbaikan yang pertama ialah guru-guru perlu memberi galakan
kepada murid-murid untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan.
Semangat berani mencuba perlu disemai dalam diri murid-murid supaya mereka
lebih yakin dengan kebolehan diri mereka sendiri.
Selain itu, guru-guru juga perlu mengenal pasti murid-murid yang berpotensi
dan berbakat tertentu diberi pendedahan awal pada peringkat sekolah lagi sebelum
menjurus peringkat yang lebih tinggi.

KESIMPULAN:

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya melaksanakan
program mengikut perancangan yang dibuat. Melalui program ini, diharapkan semua
warga sekolah termasuk guru dan murid akan dapat menghayati dan tidak
melepaskan peluang merebut hikmah dan ganjaran daripada Allah semasa
menyambut bulan mulia iaitu bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Nabi
Muhammad S.A.W sendiri pernah menyatakan jangan kamu jadikan Ramadhan
sama dengan bulan-bulan yang lain. Selain itu, diharapkan program ini akan
diteruskan pada tahun- tahun akan datang. Sesungguhnya apa yang baik itu datang
dari ALLAH S.W.T dan apa yang buruk itu datang dari kelemahan diri kami sendiri.
GALERI FOTO:
























Penyampaian tazkirah Ramadhan dari murid-murid tahun 5.
Pertandingan azan sedang dijalankan.














Pertandingan kuiz terbuka bagi semua murid sedang dijalankan.
Pertandingan hafazan terbuka bagi setiap tahap sedang diadakan.

You might also like