You are on page 1of 5

[UNIT KO-KURIKULUM SJKTLJ] April 20, 2018

LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA


SJK TAMIL LADANG JURU

PENGENALAN

Kejohanan merentas desa sekolah adalah merupakan salah satu program tahunan sekolah.
Kejohanan ini dirancang bagi mengisi program kokurikulum Sekolah Jenis Kebangsaan
(Tamil) Ladang Juru bagi tahun 2018. Kejohanan pada tahun ini adalah merupakan kali ke-
43 pernah diadakan.

OBJEKTIF PERTANDINGAN

Kejohanan Lari Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama. antaranya
adalah untuk :

i. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara tahunan.

ii. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu
yang cergas.

iii. Memupuk semangat kerjasama dikalangan warga SJK(T) Ladang Juru dalam
mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya.

iv.Menambahkan ilmu pengetahuan murid dan warga SJK(T) Ladang Juru tentang
alam sekitar

v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang di dalam kalangan
murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan .

vi.Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah.

1 | LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA


[UNIT KO-KURIKULUM SJKTLJ] April 20, 2018

TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Sekolah akan mengadakan kejohanan merentas desa tahun 2018 pada tarikh, hari, masa, dan
tempat seperti di bawah:

Tarikh : 13 April 2018

Hari : Jumaat

Masa : 8.00 PAGI- 11.00 PAGI

Tempat : PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG JURU

KUMPULAN SASARAN/PESERTA

Pertandingan ini diwajibkan kepada semua murid Tahap 1 dan 2 SJK(T) Ladang Juru kecuali
bagi murid-murid yang mendapat kebenaran pengecualian daripada Guru Besar atau murid-
murid yang mendapat pengesahan sakit atau tidak boleh menyertai pertandingan ini daripada
doktor.

Semua peserta mestilah cukup sihat. Setiap Ketua guru rumah mestilah memastikan kesihatan
peserta rumah masing-masing semasa sesi latihan dan semasa kejohanan diadakan.

Kategori Pertandingan

Pertandingan ini dikelaskan kepada 4 kelas dan kategori:-

i. Lelaki Kelas 1 – Tahun 5 & 6 (L1)


ii. Perempuan Kelas 1 – Tahun 5 & 6 (P1)
iii. Lelaki Kelas 2 – Tahun 3 & 4 (L2)
iv. Perempuan Kelas 2 – Tahun 3 & 4 (P2)

2 | LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA


[UNIT KO-KURIKULUM SJKTLJ] April 20, 2018

Pencapaian

- Nama peserta dan kedudukan tempat di lampirkan.

Rumusan

Kejohanan merentas desa Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Juru bagi tahun 2018
berjalan seperti yang dirancangkan. Segala persiapan yang rapi sempena merentas desa telah
menjayakan kejohanan merentas desa.

Kekuatan :

 Perancangan sebelum dan awal yang sistematik dan teratur.

 Kerjasama semua guru, kakitangan amat baik.

 Kerjasama antara guru rumah sukan juga amat ketara baiknya.

 Kesepakatan Jawatankuasa Pengelola dengan semua pihak juga amat baik.

 Jawatankuasa memahami peranan masing-masing.

 Dedikasi keinginan program berjalan dengan lancar dan berjaya.

 Kawalan trafik dan pengaturan peserta berjalan dengan lancar dan baik.

 Susunan aturcara yang teratur bagi pertandingan.

 Pengalaman mengajar kita erti kesepakatan, kesepaduan serta fokus ke arah


kecemerlangan.

Kelemahan:

 Pengaturan cheak point kurang sistematik pada awal permulaan.

 Susunan aturcara yang kurang teratur dan kurang menepati masa yang dijangka.

 Bilangan pegawai merntas desa yang berkurangan.

 Penentuan tarikh merentas desa yang agak singkat menyebabkan kedesakkan


penjalanan sebulum pertandingan seperti latihan.

3 | LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA


[UNIT KO-KURIKULUM SJKTLJ] April 20, 2018

Cadangan / Pandangan :

 Mesyuarat Ko-Kurikulum/PIBG mengenai merentas desa lebih awalkan supaya


jawantakuasa merentas desa dapat menjalankan segala aktiviti dengan terancang.

 Upacara penyampaian hadiah perlu disertakan bersama atucara majlis.

 Ahli Jawatankuasa bagi jawatankuasa tertentu perlu diperbanyakan.

 Pegawai keselamatan jalan raya perlu lebih peka terhadap kelelamatan peserta.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

………………………………… ……………………………………

(EN.S.SUTAANANTHAN) (EN.S.KUMARAVELLO)
Setiausaha Pengerusi Kejohanan Merentas Desa
Kejohanan Merentas Desa Penolong Kanan Kokurikulum
SJK(T) Ladang Juru SJK(T) Ladang Juru

Disahkan Oleh,

…………………………………..

(PN.N.PUSPAVATHY)
Guru Besar
SJK(T) Ladang Juru

4 | LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA


[UNIT KO-KURIKULUM SJKTLJ] April 20, 2018

Laporan Bergambar

Pelepas dan Tempat Permulaan

Penyampaian Hadiah

5 | LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA

You might also like