You are on page 1of 9

PPG SEMESTER 8

SMU 3063
STATISTIK ASAS

[PANDUAN KERJA KURSUS]


ARAHAN

1. Kursus SMU 3063 ini mengandungi TIGA tugasan:

Tugasan 1 : Rancangan pengajaran, bahan dan rakaman pengajaran (30%)

Tugasan 2 : Artikel dan statistik (20%)

Tugasan 3 : E-Forum : Penilaian kendiri (10%)

2. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar dalam bentuk soft-copy (CD) dan hard-copy (Cetak)
kepada pensyarah bagi kumpulan masing-masing.

3. Sila baca semua perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini supaya anda mendapat kefahaman
tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

PENJELASAN KERJA KURSUS / TUGASAN

KATEGORI TUGASAN ARAHAN MARKAH TARIKH


TUGASAN 1 Tugasan 1 : Projek mini (30%)
(Kumpulan) Tugasan 1 terdiri daripada aktiviti mengumpul dan memproses
data. Ia merupakan satu projek mini. Ia hendaklah dilaksanakan
dalam situasi sebenar. Projek ini bernilai 30% daripada markah
keseluruhan tugasan. Anda boleh menyelesaikan tugasan ini
dalam kumpulan berenam.

Arahan:

1. Baca arahan berkaitan projek ini dengan teliti.


2. Anda dikehendaki melayari laman web yang tertera.
http://www.scrabble-assoc.com/info/history.html
3. Dengan membayangkan anda berperanan seperti Alfred
Mosher Butts 2.0, lakukan siasatan sepertimana yang
dilakukan oleh beliau. Anda dikehendaki menjalankan
tugasan yang sama dengan mengambil kira siasatan
terhadap muka depan akhbar tempatan yang ada di
Malaysia bagi tempoh sebanyak 7hari.
4. Anda di kehendaki mencari kesemua taburan abjad yang
digunakan di muka hadapan akhbar utama dan nyatakan
- kekerapan (frekuensi) min, mod, median dan varians
dan sisihan piawai.
5. Anda dikehendaki menunjukkan taburan huruf
menggunakan perwakilan grafik yang sesuai dan
menerangkan secara ringkas dapatan grafik anda.
6. Buat satu refleksi tentang pengalaman semasa
Melaksanakan projek mini ini. Refleksi adalah bagi setiap
Individu di dalam kumpulan.
7. Pada akhir tugasan ini, serahkan
(a) portfolio anda yang mengandungi plan tindakan,
jadual, nota, sumber-sumber rujukan, peta minda, borang
Kolaborasi dan senarai rujukan.
(b) laporan anda tentang tugasan 1 dan tugasan 2 dan
refleksi anda tentang pengalaman dalam melaksanakan
Projek mini ini.

TUGASAN 2 Tugasan 2: (20%)


(Berpasangan) Pemberatan markah bahagian ini ialah 20% daripada keseluruhan
markah tugasan. Anda dikehendaki menyelesaikan masalah ini
secara berpasangan.

Arahan:

Jawab semua soalan. Rujuk soalan di bawah.

a. Cari satu artikel yang terdapat di dalam akhbar atau


media masa yang memperkatakan tentang kegunaan
statistik. Kenal pasti dan nyatakan :
I. Laporan statistik yang digunakan di dalam artikel
tersebut
II. Pemboleh ubah yang digunakan di dalam statistik
tersebut
III. Sampel yang digunakan di dalam artikel tersebut
IV. Populasi bagi sampel yang digunakan di dalam
statistik tersebut.

b. Anda dikehendaki mendapatkan satu artikel yang


menggunakan graf (sebarang bentuk persembahan data)
sebagai perwakilan / persembahan data secara statistik.
Terdapat graf yang menyalah tafsirkan (misrepresents)
maklumat yang terdapat di dalamnya. Bincangkan
bagaimanakah penyalahtafsiran ini boleh berlaku. Anda
boleh memasukkan sebarang keratan akhbar, carta,
gambar rajah bagi menyokong huraian tersebut.
c. Nyatakan sekurang-kurangnya 5 rujukan yang anda
gunakan dalam tugasan ini.

TUGASAN 3 Tugasan 3: Penggunaan E-Forum (10%)


(INDIVIDU)
Tugasan ini bertujuan mengetahui penglibatan anda dalam
membaca dan memberi makna kepada modul kursus ini. Semua
tugasan adalah dalam bentuk soalan yang dipilih mengikut bab.
Terdapat lima soalan forum. Anda diminta memberi respon
sekurang-kurang empat kali bagi setiap soalan forum dan respon
juga kepada tulisan dari rakan kursus.
Soalan Forum 1:
Setiap orang memerlukan kefahaman asas dalam statistik dan ia
merupakan subjek utama yang diajarkan di hampir kesemua
peringkat institusi pengajian tinggi. Jelaskan kepentingan
mempelajari literasi statistik berserta contoh yang sesuai.

Soalan Forum 2 :

Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan terma Proses


Statistik (The Statistical Process)? Apakah proses-proses yang
perlu dilalui dalam melaksanakan sesuatu proses statistik.

Soalan Forum 3:
Terangkan secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan
statistik deskriptif dan statistik inferensi.

Soalan Forum 4:
Persampelan secara rawak amat sukar untuk diperolehi.
Mengapa? Jelaskan juga mengapa persampelan secara rawak ini
begitu penting dalam menjalankan statistik.

Soalan Forum 5:
Teknologi komputer membantu dalam peningkatan kegunaan
statistik untuk golongan profesional seperti penyelidik, kakitangan
kerajaan, pekerja yang menganalisis data, perunding statistik dan
sebagainya? Bagaimanakah perisian komputer dapat membantu
anda dalam statistik?

Item petunjuk dan markah:


Tumpuan utama diberi kepada respon pertama pelajar terhadap
soalan forum. Perhatian kepada ketepatan, kewajaran dan
kesesuaiannya. Markah juga berpandu pada kekerapan
penglibatan berforum.

JUMLAH 60%

Perhatian: Segala perkara yang berkaitan merujuk dan mengikut arahan pensyarah anda.
PANDUAN PENYERAHAN TUGASAN DALAM BENTUK PORTFOLIO

1. Portfolio MESTI lengkap dengan mengandungi 3 TUGASAN di dalamnya:

Tugasan 1: Projek mini


a) Plan tindakan
b) Jadual laksana
c) Peta minda
d) Data yang dikumpul
e) Borang kolaborasi
f) Gambar rajah sebaran pada kertas graf
- Mengandungi garisan regresi, dan persamaan regresi linear
g) Sumber-sumber rujukan
h) Keputusan dan kesimpulan

(Dalam bentuk cetak dan softcopy yang menggunakan program Microsoft Excel )

l) Refleksi: Untuk Projek mini


(Dalam bentuk cetak)

Tugasan 2: Artikel dan statistik


Jawapan yang lengkap

Tugasan 3: Respon anda terhadap 5 soalan forum

2. Portfolio yang telah lengkap mestilah disusun mengikut susunan:


(a) Cover atau muka hadapan (Gunakan format seperti di LAMPIRAN 1)
(b) Mempunyai isi kandungan dan halaman (Rujuk format dalam LAMPIRAN 2)

3. Setiap pelajar mesti memuat naik (upload) portfolio masing-masing menerusi tapak penghantaran tugasan
mengikut kumpulan masing-masing menerusi LMS. Lawati laman Assignment dan uploadkan mengikut tapak
dalam kumpulan masing-masing.

4. Tarikh akhir penghantaran ialah pada (LIHAT PENGUMUMAN :. Pelajar perlu peka dengan tarikh yang
ditentukan dengan merujuk ruangan pengumuman dari masa ke semasa.

5. Penghantaran yang lewat tidak akan dilayan

6. Sebagai backup tugasan boleh dihantar melalui pos dalam bentuk berjilid dan CD (hard copy & soft copy)

7. Sebarang masalah yang timbul sila berhubung dengan pensyarah anda.


FORMAT MELAKSANAKAN E-FORUM

1. Terdapat 5 soalan untuk aktiviti pelajar berforum secara on-line di laman LMS bersama pensyarah dan
sesama pelajar yang lain.

2. Pelajar diminta menjawab SEMUA soalan forum tersebut dengan idea asli yang bernas. (2 markah
diperuntukkan bagi setiap jawapan kepada soalan yang dikemukakan)

3. Pelajar juga dimestikan memberi pandangan, ulasan, penambahan dan komentar terhadap jawapan rakan-
rakan yang lain (minimum 4 kali bagi setiap satu soalan perbincangan). Lebih banyak perbincangan adalah
lebih baik. (2 markah diperuntukkan bagi perbincangan ini)

4. Pemarkahan diberikan menerusi jawapan kepada soalan dan kekerapan penyertaan berforum dengan rakan-
rakan pelajar yang lain. Secara keseluruhannya jawapan pelajar dalam e-forum pada aras minimum ialah 5
jawapan kepada soalan dan 20 kali respon/interaksi secara on-line untuk markah penuh (10 markah).

5. Semua jawapan dan perbincangan yang dilaksanakan mestilah dicetak dan dimasukkan ke dalam portfolio
dan disalin ke dalam CD. Hantarkan kedua-dua bahan (portfolio dan CD) kepada pensyarah masing-masing
sebagai back-up.

SKALA PEMARKAHAN TUGASAN (PORTFOLIO)


PORTFOLIO
A Menepati format penulisan folio, isi mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik
dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan format
penulisan & bahasa.
A- Menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit . Ada idea asli yang
bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.
B+ Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan da nada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan format
& bahasa.
B Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan da nada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan format &
bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 3 kesalahan)
B- Kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan da nada contoh. Ada idea
sendiri. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 4 kesalahan)
C+ Kesalahan format yang diminta (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan da nada contoh. Ada idea
yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format minima (tidak melebihi 3 perkara) & kesalahan bahasa minima
(tidak lebih dari 5 perkataan).
C Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. Isi mencukupi, isi di huraikan da nada contoh. Ada idea yang diambil
dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa tidak melebihi 7 perkara.
D Kesalahan format melebihi 5 perkara. Isi tidak mencukupi, isi tidak dihuraikan. Tiada contoh. Ada idea yang
diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa melebihi 8 perkara.
E Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

PERINGATAN!!!!!!

i. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri


ii. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
iii. Sentiasa AWAS dengan tarikh-tarikh yang berkaitan.
iv. Sentiasa rujuk pengumuman dari masa ke semasa.
v. Berhubung dengan tutor E-Learning anda.
vi. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.
vii. Kegagalan anda melengkapkan tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri.
viii. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.
ix. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi kumpulan masing-masing.

TARIKH PENGHANTARAN

(Cyberjaya)

LAMPIRAN 1
PEMARKAHAN

1. PROJEK MINI (30%)

2. LATIHAN (20%)

3. Forum (10%)

JUMLAH

KOD & NAMA KURSUS


SMU3063: STATISTIK ASAS
SEMESTER 8

PORTFOLIO

KUMPULAN

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING:

TARIKH POS:

LAMPIRAN 2
ISI KANDUNGAN

1.0 TUGASAN 1: PROJEK MINI


1.1
1.2

2.0 LATIHAN Ujian Khi-kuasadua dan ANOVA

3.0 FORUM E_LEARNING

You might also like