You are on page 1of 13

ADAT-ADAT MENUNTUT ILMU......

Bagi seorang pelajar atau murid haruslah menepati beberapa syarat untuk
menuntut ilmu agar ilmu yang dicari akan memberi manfaat kepadanya di
dunia mahupun di akhirat. Di antara adab-adab yang perlu dimiliki oleh
seorang penuntut ialah seperti berikut:

- Niat yang ikhlas kepada Allah swt . Yakni mencari ilmu kerana ia merupakan
satu kefardhuan daripada Allah. Mencari ilmu bukan bertujuan untuk
mendapat habuan dunia semata-mata atau untuk berdebat dengan orang
jahil. Barang siapa yang mencari ilmu dengan tujuan selain daripada kerana
Allah swt maka telah siap untuknya neraka Allah swt.

- Tekun dan bertawakkal hanya kepada Allah swt. Sesungguhnya Allah swt
sangat suka kepada orang yang
melakukan sesuatu pekerjaan lalu ia tekun mengerjakannya. kita hendaklah
bertawakkal hanya kepada Allah swt. sahaja dalam segenap hal, lebih-lebih
lagi dalam masalah menuntut ilmu . Ini kerana kita sebagai hamba hanya
mampu berusaha tetapi Allahlah yang menentukan segalanya.

- Menjauhi segala maksiat. Maksiat adalah satu punca daripada punca-punca
seseorang pelajar itu susah untuk menerima, memahami dan mengamalkan
sesuatu ilmu. Seorang pelajar perlulah berusaha semampu yang boleh untuk
mengelakkan dirinya daripada sebarang maksiat. Sekiranya ia melakukan
maksiat secara tidak sedar maka segeralah bertaubat kepada Allah swt.
Orang yang sempurna bukan orang yang tidak pernah melakukan maksiat
tetapi orang yang sempurna ialah orang yang apabila ia melakukan maksiat ia
terus bertaubat kepada Allah swt dengan segera.

- Memilih kawan yang soleh. Kawan memainkan peranan penting bagi orang
yang hendak menuntut ilmu. Kita akan senang terpengaruh dengan akhlak
kawan, sekiranya kita memilih kawan yang soleh mudah-mudahan kita akan
menjadi insan yang soleh juga.

- Banyakkan zikir atau mengingati Allah swt. Kita tidak akan melakukan
sesuatu maksiat di saat kita mengingati Allah swt. Zikir juga akan memberi
ketenangan kepada jiwa kita. Apabila jiwa kita tenang maka segalah masalah
akan dapat diselesaikan dengan baik.

- Menghormati diri sendiri dan orang lain. Ramai orang yang boleh
menghormati orang lain tetapi tidak ramai orang yang mampu menghormati
diri sendiri seperti tidak melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan
badan,roh dan akal.

- Doa daripada ibubapa. Doa ibubapa memainkan peranan penting dalam
kejayaan seseorang pelajar. Doa yang tidak akan ditolak oleh Allah swt ada
tiga golongan iaitu doa orang yang dizalimi,doa ibubapa dan doa orang
musafir.

- Menghormati guru. Seorang pelajar wajib menghormati gurunya untuk
mendapat keberkatan dalam hidupnya. Gurulah yang berkorban untuk
menjadikan kita seorang yang berilmu pengetahuan sehingga dapat
memasuki menara gading dan mendapatkan pekerjaan yang baik.

- Beramal dengan ilmu yang dipelajari. Allah amat murka kepada mereka
yang mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkannya. Ilmu yang tidak diamal
ibarat pohon yang tidak berbuah.












BERKONGSI RAHSIA DENGAN PELAJAR-PELAJAR YANG INGIN & TELAH BERJAYA
Search...
Search

TIP-TIP BELAJAR
& MENGHADAPI
PEPERIKSAAN
ABOUT
21 Teknik Pembelajaran yang Betul dan
Berkesan (UPSR/PMR/SPM)
27JUL
by AH Ramat






21 TEKNIK PEMBELAJARAN YANG BETUL DAN BERKESAN

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah
mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut
tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar
yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
Pertama Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa
pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan
makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji
pelajaran yang telah mereka baca.
Kedua Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita
mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-
apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan
terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar
yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Ketiga Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang
anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak
terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental
terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan
azam untuk berjaya.
Keempat Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah
untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak
menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan
adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih
mudah.
Kelima Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari
tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar
pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan
membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda
tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan
masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai
kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
Keenam Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan
setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering
keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya
begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka
tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
Ketujuh Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada
had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa
yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya.
Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk
lulus dengan cemerlang.
Kelapan Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk
menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh
menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan
guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang
boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa
yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan
abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian
yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan
bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat
atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka
belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara
satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat
dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan
memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka
Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang
kepada masa depan. Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin
tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda
serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan
perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang
akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai
masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam
lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi,
anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.
Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi
peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda
mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur
masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika
anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa
yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah
yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai
tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak
mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat
remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca
buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang
dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu
belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , saya tidak relakan masa depan
saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini. Sebaik pemikiran atau perasaan
negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas
peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan
suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan
minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah
tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka
yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya
berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai
dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.
Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum
peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca,
dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan
bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal
mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm
pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca
mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca
mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang
ditetapkan untuk hari tersebut.
Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi
penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar
menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan
anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , biar apa
yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang
yang tahan lasak.
Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan
dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka
cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya
membuangkan masa anda. Berani berkata tidak dan menolak mereka
dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya
anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka,
anda akan melukakan masa depan sendiri.
Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan
kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang
nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda
bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah.
Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus
atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan
berhenti.
Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk
bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang
kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-
cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau
sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa
untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda
membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna
pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda
mempunyai hala tujuan yang nyata.
Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh
berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga
lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih
cemerlang dalam pelajaran.










CIRI-CIRI PELAJAR YANG GAGAL
15MAR
1. Mempunyai sifat malas yang menjadi musuh utama
kejayaan.
2. Tidak bermotivasi.
3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu
memberi jaminan masa depan.
4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.
5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.
6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.
7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-
perjara yang tidak baik.
8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir
peperiksaan.
9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.
10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.
12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses
pembelajaran.
13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah
di sekolah dan luar sekolah.
14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan
rakan-rakan di bandar-bandar, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral
15. Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam
pendidikan.
16. Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk
mengubah dirinya.
17. Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk
belajar. Tidak boleh berdikari.
18. Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual
waktu.
19. Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak
penting.
20. Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk
mencari dan menambahkan ilmu.
21. Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi
untuk pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka
untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran mereka.
22. Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.
23. Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah
pembelajaran.
24. Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
25. Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun
tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.
26. Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.

LANGKAH-LANGKAH
MENGHADAPI PEPERIKSAAN
14MAR
PERSEDIAAN ASAS
1. Semangat Yang Tinggi
2. Pembacaan Yang Banyak
3. Kefahaman Yang Jelas
4. Ulangkaji Berterusan
5. Keyakinan Diri
Di dalam menghadapi peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM, satu perkara
yang tidak boleh dilupakan ialah persediaan di peringkat awal secara
berterusan sehingga tiba masa yang ditetapkan dan akan menjadi lebih
berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan. Namun,
ramai juga pelajar yang tidak dapat menghadapi peperiksaan dengan baik
walaupun telah menumpukan banyak masa di saat awal hinggalah ke
akhirnya. Malahan ramai juga yang pada saat-saat akhirnya menjadi putus
asa.
Untuk menjawab pertanyaan ini cubalah bertanya kepada diri anda tentang :-
1. Adakah anda telah menghabiskan topik-topik penting ?
2. Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri
?
3. Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ?
4. Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ?
5. Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti ?
UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN PENGGAL
Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan
peperiksaan penggal dan ada yang menganggapnya tidak penting. Pada hal
ujian dan peperiksaan ini boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan nanti.
Akibatnya ramai pelajar yang gagal dan mendapat markah yang rendah di
dalam setiap ujian /peperiksaan.
Sikap seperti ini hendaklah dikikiskan. Walaupun demikian, seandainya anda
gagal di dalam ujian, jadikanlah ia suatu pengajaran untuk lebih memahami
dan bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran. Kegagalan di dalam ujian
mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :-
a) Kurang memahami apa yang diajar
b) Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran.
c) Tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan.
KEARAH MEMBENTUK KEYAKINAN
Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang
sudah betul-betul membuat persiapan yang rapi. Antara persiapan yang perlu
diberi perhatian ialah :-
a) Habis mengulangkaji topik-topik yang disoal.
b) Mengingati dengan baik nota-nota yang penting.
c) Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal.
d) Bertawakkal kepada Allah S.W.T.
BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR
o Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur.
o Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau
masalah diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan
pembelajaran/study.
o Disiplinkan diri anda. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-
kerja yang sia-sia. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan
pastikan anda ada masa untuk merehatkan otak secukupnya. Elakkan
daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan
mengantuk.
o Elakkan diri anda daripada membaca dan menghafal matematik. Sebaliknya
cubalah memperbanyakkan latihan mengira dan memahami formula dan
konsepnya.
o Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat
malu bertanya.
o Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru
serta jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan
tanpa memahami akan maksud dan konsepnya.
o Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun
barulah hendak mengulangkajinya.
Sesungguhnya seseorang pelajar akan mencapai tahap penguasaan yang
maksimun jika dia mampu mengaplikasikan teknik dan kaedah belajar yang
betul. Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza, janganlah meniru
gaya belajar orang lain yang tidak sesuai dengan kita. Nota ini sebagai
panduan sahaja, ubahlah ia agar sesuai dengan teknik dan cara anda sendiri.
InsyaAllah kejayaan itu milik semua

You might also like