You are on page 1of 16

dwd 20503

marahil dakwah
nama pensyarah:
ust. mohamad nurul hafiz bin ab latif
TAJUK:
AMAL JAMA’IE DALAM GERAK
KERJA DAKWAH ISLAMIYYAH
Nama ahli kumpulan:
Kandungan:
• ’

• ’



• ’
• ’
• ’

“Satu usaha secara berjemaah atau kegiatan yang lahir
bersumberkan dari satu Jemaah yang teratur
(berorganisasi) menurut dan menepati manhaj dan skima
Apa itu amal jama’ie ? tertentu menjurus ke arah matlamat yang tertentu.
Untuk penelitian yang lebih mendalam, perlulah
dihuraikan beberapa anasir amal jamaie di dalam
pengertian tersebut iaitu:
1. Amal yang diputuskan oleh jamaah.
2. Jamaah yang munazzamah (teratur).
3. Menurut manhaj yang tertentu dan kaedah-kaedah
pencapainya.
4. Untuk mencapai matlamat yang tertentu.
anasir amal jama’ie
1. AMAL YANG DIPUTUSKAN OLEH JAMAAH (organisasi)
• Amal yang dimaksudkan disini ialah semua kegiatan jamaah sama ada
luaran atau dalaman. Ia akan menjadi amal apabila diputuskan oleh jamaah
dan dilakukan di atas keputusan jamaah yang diberi amanat oleh jamaah
untuk membuat sesuatu keputusan.
• Amal jamaah diperingkat luaran:
a) menerbitkan sebaran am
b) menulis majalah atau akhbar
c) mengadakan perjumpaan
d) menziarahi orang-orang tertentu
e) mengadakan tunjuk perasaan (demonstrasi)
f) mengadakan kelas pelajaran dan lain-lain yang diterima oleh syara’.
Syarat Amal Jama’ie
• Amal tersebut tidak disyaratkan kepada semua anggota jamaah agar terlibat
sama, malah mencukupi dengan dilakukan oleh sebahagian daripadanya
sahaja. Walaupun demikian, dalam semua keadaan amal yang dilakukan itu
diputuskan oleh jamaah dan mendapat persetujuan yang jelas dari jamaah.
• Amal yang diputuskan itu hendaklah menepati syara’. Apabila amal itu
diterima syara’, maka tidak perlulah lagi dipertikaikan jenis, kadar, masa amal
tersebut. Termasuk dalam amal yang disyariatkan ialah semua amal yang
diharuskan oleh syariat dalam keadaan darurat atau yang diharuskan kerana
rukhsah.
• Amal yang diputuskan oleh jamaah mestilah disertakan dengan niat yang
baik dan ikhlas dan dilakukan semata-mata kerana Allah.
• Amal yang dilakukan mestilah disertakan dengan muraqabah kepada Allah,
berjihad melawan nafsu agar amal tersebut tidak ditulari oleh sifat-sifat
syirik dan riya’.
2. JAMAAH YANG MUNAZZAMAH (TERATUR)
Jamaah yang membuat keputusan terhadap sebarang amal jamaie itu mestilah berada dalam
satu tanzim yang kemas, teratur dan berencana serta berstrategi, unsur ini merupakan suatu
yang asasi dan dharuri bagi mana-mana jamaah yang mempunyai matlamat tertentu. Tanpa
tanzim, jamaah tidak akan berjaya dalam gerak kerjanya.
Terdapat beberapa aspek yang perlu wujud dalam jamaah munazzamah:
• Baiah - Iaitu janji taat setia ahli jamaah kepada pimpinan untuk taat dan hidup di atas
landasan yang ditentukan oleh jamaah dalam memperjuangkan Islam
• Imarah - Dalam konteks sebuah jamaah, kepimpinan mestilah dipilih oleh jamaah dan ia
mampu, cekap dalam melaksanakan tugas serta amanah dalam mentadbir menurut lunas-
lunas Islam.
• Ta’at - Bai’ah adalah untuk memastikan ketaatan kepada jamaah.
Pendokong dan ahli jamaah wajib mentaati pemimpin terutamanya
dalam melakukan amal jamaie.
• Musyawarah - Pemimpin bertanggungjawab menjalankan syura
kerana ia adalah tuntutan syara’ bagi menjamin perkembangan
jamaah berjalan dengan baik.
manhaj
Manhaj ialah metodologi atau kumpulan tindakan-tindakan atau perencanaan-perencanaan yang
digunakan oleh harakah Islamiyyah untuk mencapai matlamatnya. Ia mestilah dibentuk
berlandaskan kepada sumber-sumber berikut:
a) Al-Qur’an
b) Sunnah Rasulullah
c) Sirah para sahabat.
d) Pendapat fuqaha’.
e) pengalaman para duat.
Perlu dijelaskan disini bahawa manhaj itu dibentuk berdasarkan kepada prinsip-prinsip berikut:
a. berusaha sedaya upaya menyelaraskannya dengan kehendak-kehendak syara’. Pencapaian
matlamat yang murni hendaklah melalui jalan yang murni juga. Oleh itu, islam tidak menerima
dasar matlamat menghalalkan cara.
b. Hendaklah bersesuaian dengan kemampuan jamaah dan suasana.
c. Bersedia untuk mengalami proses ubah suai jika keadaan memerlukan.
MATLAMAT:
• Jamaah adalah satu wadah untuk mencapai dakwah.
• Amal jamaie sebagai satu program pengembelingan tenaga kearah
menjayakan aspisari perjuangan yang suci.
• Matlamatnya ialah untuk menegakkan Kalimah Allah dengan mengajak
manusia mengabdikan diri kepadaNya.
Kepentingan Amal Jama’ie
Kesan amal Jamaie
contoh amal jama’ie di Malaysia.
Aktiviti IKRAM Malaysia
IKRAMTeens - Aktviti pembangunan remaja
IKRAM Junior - Aktiviti pembangunan
kanak-kanak
i-Bantu - Aktiviti khidmat masyarakat
IKRAM Health - Aktiviti kesihatan dan
perubatan
Hidayah Centre - Aktiviti dakwah non-Muslim
penutup
Konsep ‛Amal Jamā’eī dapat disimpulkan sebagai salah
satu sistem pengurusan gerak kerja
yang bersistematik dalam sesebuah organisasi. Ia
adalah satu prosedur kerja yang
dilakukan secara berpasukan, berpandukan ketetapan
yang telah digariskan oleh
organisasi untuk menyampaikan dakwah secara lebih
berkesan.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like