You are on page 1of 3

NOTA 2 TAUHID SIFAT 20

Dua puluh sifat yang wajib diketahui bagi Allah SWT terbahagi kepada empat
bahagian; iaitu sifat nafsiyah, sifat salbiyah, sifat ma’ani dan sifat ma’nawiyah. Di bawah
ini akan dinyatakan dan dihuraikan mengenai sifat-sifat tersebut dan huraian secara satu
persatu mengenai sifat-sifat dua puluh tersebut.

2.1 Sifat Nafsiyah

Sifat nafsiyah iaitu dari zat itu sendiri, bukan sifat yang menumpang pada zat itu. Sifat ini
dikatakan nafsiyah kerana tidak menunjukkan makna yang menumpang pada diri zat.
Menurut Jumhur Ulama’ sifat ini menunjukkan kepada zatnya, bukan menunjukkan
kepada perkara yang menumpang pada zatNya (Muhammad Ramli ; 2002).

Sifat “wujud” dikatakan sifat Nafsiyah, ertinya wujud itu bukan merupakan sifat yang
menumpang atau menempel pada Zat Allah SWT. Akan tetapi Zat Allah SWT itu dengan
sendirinya adalah kewujudan Allah SWT Ataupun Zat Allah SWT dengan Wujud Allah
SWT tidak dapat dipisahkan. Berbeza dengan sifat ma’ani seperti ilmu, kerana sifat ini
merupakan sifat yang menempel pada Zat Allah SWT Ertinya sifat ilmu itu terpisah
dengan Zat Allah SWT Sebab Allah SWT mengetahui sesuatu dengan ilmuNya, bukan
dengan ZatNya. Hanya sifat “wujud” sahaja yang termasuk dalam sifat Nafsiyah.

2.2 Sifat Salbiyah

Sifat Salbiyah ialah sifat yang menafikan perkara yang tidak layak bagi Allah SWT, atau
madlul bagi setiap sifat itu bermakna tiada, iaitu perkara yang tidak layak bagi Allah
SWT dan madlulNya bukanlah sebagai sifat yang maujud pada diriNya atau makna
salbiyah ialah penafian, kerana sifat ini adalah menafikan kepada Allah SWT perkara
yang tidak layak bagiNya. Termasuk dalam sifat salbiyah ialah qidam, baqa’,
mukhalafatuhu lilhawadith, qiamuhu binafsihi dan wahdaniyyah.

2.3 Sifat Ma’ani

Perkara yang dimaksudkan dengan sifat ma’ani ialah sifat yang maujud pada diriNya,
sama ada sifat itu baharu seperti keputihan pada jirim atau sifat yang qadim seperti ilmu
Allah SWT dan sifat Allah SWT Ini adalah takrif sifat ma’ani bagi segala yang maujud,
sama ada bagi yang baharu atau yang qadim. Secara keseluruhannya boleh
disimpulkan bahawa setiap sifat yang maujud pada diriNya dinamakan sifat ma’ani.
Sifat ma’ani ditakrifkan sebagai sifat yang maujud atau ada yang berdiri pada zat Allah
SWT, yang menyebabkan zat itu bersifat dengan suatu hukum sifat ma’nawiyah.
Umpamanya sifat ma’ani seperti ilmu, sifat ini ialah sifat yang berdiri pada zat Allah SWT
Ertinya ilmu itu sifat Allah SWT bukan zat Allah SWT, Allah SWT dapat mengetahui
sesuatu dengan diriNya, bukan dengan zatNya. Sifat-sifat yang terkandung dalam sifat
ma’ani sebanyak tujuh sifat iaitu qudrat, iradat, ilmu, hayat, sama’, basar dan kalam.

2.4 Sifat Ma’nawiyah

Terdapat dua pengertian sifat ma’nawiyah. Pengertian pertama ialah ibarat daripada
setiap hal yang bersabit kepada zat yang diislahkan dengan makna yang berdiri dengan
zat. Manakala pengertian kedua ialah setiap sifat yang mesti bagi zat disebabkan
kerana adanya makna yang berdiri dengan zat. Kedua-dua takrif ini menerangkan
hubungan antara sifat ma’ani dengan ma’nawiyah adalah bergantung kepada
kewujudan sifat ma’ani.

Dengan takrif lain yang sama ertinya, sifat ma’nawiyah ialah suatu perkara yang sabit
atau yang tetap bagi zat Allah SWT bersifat dengan sifat ma’ani. Antara sifat ma’ani
dengan sifat ma’nawiyah tidak terpisah. Contohnya, keadaan Allah SWT berilmu (sifat
ma’nawiyah), ini disebabkan Allah SWT. mempunyai sifat ilmu (ma’ani). Sifat-sifat yang
terkandung dalam sifat ma’nawiyah sebanyak tujuh sifat iaitu kaunuhu qadiran, kaunuhu
muridan, kaunuhu ‘aliman, kaunuhu hayyan, kaunuhu sami’an, kaunuhu basiran dan
kaunuhu mutakalliman.

2.5 Uluhiyyah

Uluhiyyah menurut pengertian ulama tauhid ialah mengiktiqadkan dengan iktiqad yang
jazam bahawa Allah swt adalah ilah yang berhak disembah tiada ilah yang lain selain
daripadaNya iaitu Allah swt. Terdapat dua aspek penting dalam sifat uluhiyyah iaitu
sifat Istighna’ (kaya) yakni Allah terkaya (tidak berhajat kepada sesiapa pun) dan sifat
Iftiqar (makhluk berhajat kepada Allah Taala) yakni segala sesuatu selain Allah Taala

(iaitu makhluk) memerlukan Allah Taala. Dalam sifat ini terdapat kalimah tauhid iaitu ‫ال‬

‫إله إال اهلل‬ “Tidak ada yang tidak berhajat kepada yang lain dan tidak ada yang perlu

2
kepada-Nya oleh yang lain, melainkan Allah Taala”. Oleh itu hanya Allah Taala
sahajalah yang paling layak disembah kerana sifat ketuhanan hanya ada pada Allah
Taala.

2.6 Asmaa’uLllah

Asmaa’ adalah bentuk jamak dari kata ‘ism’ yang berarti nama dari dzat yang memiliki
nama dan sifat. Nama-Nama Allah adalah nama-nama yang paling mulia, yang Allah
menamai Diri-Nya dengan nama-nama tersebut atau nama yang ditetapkan oleh
Nabi-Nya shallallaahu ‘alaihi wa sallam.

Husna adalah bentuk mu’annats (lafazh berjenis wanita) dari kata ‘ahsan’ (paling


bagus) bukan bentuk mu’annats dari kata ‘hasan’. Sepadan dengan ‘kubro’ (bentuk
mu’annats dari ‘akhbar’) dan ‘mutsla’ (bentuk mu’annats dari ‘amtsal’)

Nama-Nama Allah adalah husna artinya mencapai puncak kesempurnaan dan


keindahan. Allah Ta’ala berfirman, “Hanya milik Allah Asmaa’ul Husna/Nama-Nama
yang paling indah…” (QS. Al A’raaf: 180).

Hal itu kerana Nama-Nama Allah mengandung sifat-sifat kesempurnaan yang tidak
terdapat sedikitpun kekurangan padanya dari sisi manapun, baik dari
sisi ihtimal (kemungkinan asal makna lafazh) atau dari sisi taqdir (penetapan makna
pelengkap yang muncul dari hasil terkaan dalam pikiran pendengar).

Semua Nama Allah menunjukkan sanjungan dan pujian bukan sekadar label. Akan
tetapi Nama Allah berlaku sebagai nama yang sekaligus mengandung sifat. Allah
yang Maha Suci lagi Maha Tinggi telah memerintahkan hamba-hamba-Nya supaya
mereka berdo’a kepada-Nya dengan perantara menyebut Nama-Nama-Nya.

You might also like