You are on page 1of 2

PELAJARAN 14 : MURUNAH DAN THABAT

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Murunah

2. Nyatakan prinsip-prinsip murunah

3. Jelaskan dua kelebihan sifat murunah

4. Terangkan dua contoh konsep murunah

5. Apakah yang dimaksudkan dengan thabat

6. Jelaskan perkara-perkara yang thabat ( tetap ) dalam ajaran Islam

7. Huraikan perkaitan antara murunah dengan thabat


Maksud Murunah ialah : • Ajaran Islam boleh diperluaskan, berubah mengikut kesesuaian manusia
tanpa mengubah prinsip asas yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan al-Hadis. • Ajaran Islam
boleh berubah mengikut kesesuaian hidup manusia tanpa merubah prinsip asalnya.

2. Prinsip-prinsip murunah • Islam agama yang mudah • Ajaran Islam dilaksanakan mengikut
keadaan dan kemampuan manusia

3. Kelebihan sifat murunah • menunjukkan sifat toleransi ajaran Islam yang tidak bertentangan
dengan dengan Islam • Menunjukkan berhikmahnya Islam kepada kehendak hidup manusia •
menarik minat orang bukan Islam untuk memahami ajaran Islam dengan lebih mendalam •
mengalakkan umat Islam mentaati dan melaksanakan segala perintah Allah SWT dengan sempurna
• memastikan kesinambungan Islam dan ajarannya di dunia ini. • Islam memudahkan,
menyenangkan umatnya dalam dalam urusan seharian.

4. Contoh konsep murunah • rukhsah dalam solat contohnya solat boleh diqasarkan jika dalam
keadaan bermusafir • umat Islam dibenarkan memakai pakaian berfesyen dengan syarat menutup
aurat • rukhsah dalam puasa contohnya boleh berbuka puasa ketika sakit • rukhsah dalam haji
contohnya haji hanya diwajibkan keatas orang yang berkemampuan sahaja.

5. Maksud Thabat ialah : • Ajaran Islam tetap dan tidak berubah dalam apa jua keadaan contohnya
akidah, hukum wajib dan sebagainya

6. Perkara-perkara yang thabat ( tetap ) dalam ajaran Islam ialah : 1. Akidah. • Akidah ialah
keyakinan kepada Allah SWT yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Keyakinan ini tidak boleh
berubah walau apa pun yang berlaku

2. Ibadat. • Dalam melakukan ibadat wajib, Islam tidak pernah memberi toleransi kepada umatnya.
Kita tetap wajib menunaikan ibadat walau dalam apa jua keadaan cuma caranya sahaja yang
berbeza.

3. Ketetapan Hukum Syarak. • Hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT seperti hukum
wajib, haram, sunat, makruh dan harus akan tetap kekal sehingga ke hari kiamat

7. Perkaitan antara murunah dengan thabat • Islam bersifat tetap dalam perkara asas dan prinsip
tetapi murunah (anjal) dalam perkara cabang dan pelaksanaanya. Contohnya kewajipan menutup
aurat adalah tetap, tetapi cara menutup aurat ( berpakaian ) di beri kelonggaran kepada manusia
mengikut feysen dan keselesaan mereka. • Setiap perkara telah ditetapkan asasnya dalam Islam,
tetapi terpulanglah kepada manusia untuk melaksanakannya. Contohnya Islam menggalakkan
perniagaan dan mengharamkan riba.

You might also like