Professional Documents
Culture Documents
Sifat 20
Sifat 20
Sifat Nafsiah:
Wujud
Sifat Nafsiah iaitu dari zat itu sendiri, bukan sifat yang menumpang pada zat itu. Sifat ini
dikatakan Nafsiah kerana tidak menunjukkan makna yang menumpang pada diri zat. Menurut
Jumhur Ulama’ sifat ini menunjukkan kepada zatnya, bukan menunjukkan kepada perkara
yang menumpang pada zat.
Sifat ‘Wujud’ dikatakan Sifat Nafsiah ertinya, wujud itu bukan merupakan sifat yang
menumpang atau menempel pada Zat Allah s.w.t. akan tetapi Zat Allah s.w.t. itu dengan
sendirinya kewujudan Allah. Ataupun Zat Allah dengan Wujud Allah tidak dapat dipisahkan.
Berbeza dengan Sifat Ma’ani seperti Ilmu, kerana sifat ini merupakan sifat yang menempel
pada Zat Allah. Ertinya sifat Ilmu itu terpisah dengan Zat Allah. Sebab Allah mengetahui
sesuatu dengan IlmuNya, bukan dengan ZatNya. Hanya sifat ‘wujud’ sahaja yang termasuk
dalam Sifat Nafsiah.
Sifat Salbiah:
Qidam, Baqa’, Mukhalafatuhu Lilhawadith, Qiyamuhu Binafsih, Wahdaniat
Salbiah maksudnya, menanggalkan, menolak ataupun menafikan. Maksud sifat
Salbiah dalam hal ini iaitu menolak sifatsifat yang tidak layak bagi Allah s.w.t. Umpamanya
menolak sifatsifat yang tidak layak bagi Allah seperti Baqa’ ertinya kekal. Sifat ini
menafikan sifat Fana’ ataupun binasa bagi Allah s.w.t.
Sifat Ma’ani:
Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’, Bashar, Kalam
Sifat Ma’ani ialah sifat yang Maujud atau ada yang berdiri pada Zat Allah s.w.t. yang
menyebabkan Zat itu bersifat dengan suatu hukum Sifat Ma’nawiyah. Umpamanya Sifat
Ma’ani seperti Ilmu, sifat ini ialah sifat yang berdiri pada Zat Allah. Ertinya Ilmu itu sifat
Allah bukan Zat Allah. Allah s.w.t. dapat mengetahui sesuatu dengan IlmuNya bukan dengan
ZatNya. Yang menyebabkan zat itu bersifat dengan sifat suatu hukum Sifat Ma’nawiyah
maksudnya Allah dikatakan Kaunuhu ‘Aliman (KeadaanNya Berilmu). Kerana Allah
mempunyai sifat Sama’ maka Allah dikatakan Kaunuhu Sami’an (KeadaanNya Mendengar).
Sifat Ma’nawiyah:
Kaunuhu Qadiran , Kaunuhu Muridan , Kaunuhu ‘Aliman , Kaunuhu Hayyan, Kaunuhu
Sami’an , Kaunuhu Bashiran , Kaunuhu Mutakalliman
Sifat Ma’nawiyah iaitu suatu perkara yang sabit atau yang tetap bagi Zat Allah
s.w.t.bersifat dengan Sifat Ma’ani. Di antara Sifat Ma’ani dengan Sifat Ma’nawiyah tidak
terpisahkan. Misalnya Keadaan Allah Berilmu (Kaunuhu ‘Aliman – Sifat Ma’nawiyah), ini
kerana Allah mempunyai sifat Ilmu (Sifat Ma’ani). Ataupun Allah s.w.t. dikatakan Kaunuhu
Qadiran (KeadaanNya Berkuasa – Sifat Ma’nawiyah) kerana Allah mempunyai sifat Qudrat
(Kuasa – Sifat Ma’ani) dan bergitu seumpamanya.
Ada beberapa sebab sifatsifat ini dinamakan dengan Sifat Ma’nawiyah iaitu, Sifat
Ma’nawiyah merupakan cabang dari Sifat Ma’ani. Sesuatu yang bersifat dengan ‘Alim dan
Qadir umpamanya tidak boleh bersifat dengan sifatsifat itu melainkan setelah adanya ilmu
dan qudrat baginya. Sifat Ma’ani adalah sebagai ilat atau sebagai malzum kepada Sifat
Ma’nawiyah sejak Azali lagi, perhubungan antara keduanya adalah sebagai hubungan antara
ilat dengan ma’lulnya.
Sifat yang Wajib bagi ALLAH:
1. Sifat WUJUD: Ada
Allah s.w.t. wajib memiliki sifat Wujud ertinya Allah s.w.t. itu wajib ada. Allah s.w.t. adalah
sebagai Zat yang Wajibul Wujud ertinya Zat yang wajib adanya. Wujudnya Allah s.w.t. tidak
diragukan lagi, kerana adanya Allah dapat dibuktikan dengan dalil AlQuran dan AlHadith
(dalil naqal) dan dapat dibuktikan dengan akal (dalil aqali)
Allah s.w.t. tidak ada yang menjadikanNya dan tidak pula Allah menjadikan diriNya sendiri.
Adanya Allah tidak diduhului dengan tiada dan tidak diakhiiri dengan tiada. Dan mustahil
Allah itu tiada. Wujudnya Allah s.w.t. mutlak ertinya adanya Allah s.w.t. itu wajib, dan
mustahil jika Allah tiada ada. KewujudanNya tidak dibatasi oleh sesuatu, waktu, keadaan
mahupun tempat.
Wajib pada Syara’ atas tiaptiap mukalah mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan
tentu sungguh ada Allah Ta’ala dan tidak terima ‘Adam (tidak ada). Pengakuan didalam hati
dengan tentu ada sungguh Allah Ta’ala itulah dinamakan wajib pada ‘aqal. Dan pengakuan
tentu tidak, tiada Allah Ta’ala itulah dinamakan mustahil.
2. Sifat QIDAM: Sedia
Qidam ertinya ‘Sedia’, iaitu adanya Allah s.w.t. tidak dengan permulaan dan mustahil bagi
Allah kalau berpermulaan. Sebab jika Allah berpermulaan bererti ada yang menjadikan dan
jika sesuatu itu ada yang menjadikan maka sudah pasti itu bukan Tuhan. Allah tidak beranak
dan tidak pula diperanakkan, kerana Allah Dialah yang awal dan Dialah yang akhir.
Qidamnya Allah, atau Allah itu dahulu atau sedia, ertinya adanya Allah itu tidak bermula dan
tidak berakhiran itu maksud tiada kesudahan bagi Allah. Adanya Allah jelas dan nyata dan
menguasai atas segala yang batin atau mengetahui segala yang tersembunyi. ZatNya tidak
dapat disaksikan dengan mata begitu juga akal dan hati tidak mampu untuk mengetahui
tentangNya.
Sifat Qidam merupakan Sifat Salbiah, iaitu menafikan atau menolak sifat yang berlawanan
dengannya. Jika sudah terang dan nyata Allah bersifat Qidam ertinya tidak berpermulaan,
bererti sifat Qidam itu sendiri menafikan sifat yang menjadi lawan dengannya, iaitu sifat
Huduts atau baharu. Adanya Allah sudah tentu semenjak dari zaman Azali lagi iaitu sebelum
segala sesuatu itu ada. Setiap insan wajib mengimani tentang kewujudan Allah itu tidak
berpermulaan dan tidak pula akan berakhir.
Wajib pada syara’ atas tiaptiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan
tentu sungguh Sedianya Allah Ta’ala dan tidak terima Huduth (baharu atau berpermulaan).
Pengakuan didalam hati dengan tentu sungguh Allah Ta’ala bersifat Sedia itulah dinamakan
dai wajib pada ‘aqal, dan pengakuan didalam hati dengan tentu tidak baharu itulah dimanakan
dia mustahil pada ‘aqal.
3. Sifat BAQA’: Kekal
Allah s.w.t wajib mempunyai sifat Baqa’,ertinya kekal ataupun tidak berkesudahan, wujud
Allah kekal untuk selamalamanya, tidak ada batasan waktu ataupun masa. Orang yang
beriman kepada Allah menyakini bahawa yang menciptakannya itu kekal tanpa berkesudahan,
begitu juga harus dipercayai oleh setiap insan bahawasanya kehidupan makhluk akan berakhir
dengan kebinasaan dan kehancuran, dan akan ia kembali kepada Allah s.w.t. Yang Maha
Kekal.
Dengan mempercayai akan Allah mempunyai sifat Baqa’, ianya akan menguatkan keyakinan
tentang adanya kehidupan di akhirat, sebagai meneruskan kehidupan di atas dunia yang fana’
ini. Kerana masih ada Pencipta Yang Maha Baqa’ yang mengaturkan tentang kehidupan di
akhirat kelak.
Wajib pada syara’ atas tiaptiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan tentu
sungguh Allah Ta’ala Kekal dan tidak menerima Fana’ (binasa). Pengakuan didalam hati
dengan tentu sungguh Allah Ta’ala bersifat Baqa’ itulah dikatakan wajib pada ‘aqal, dan
pengakuan tentu didalam hati akan binasa Allah Ta’ala itu mustahil pada ‘aqal.
4. Sifat MUKHALAFATUHU LILHAWADITH: Berlainan dengan sekali makhluk
Allah s.w.t. bersifat Mukhalafatuhu Lilhawadith, ertinya Allah berlainan dengan sekalian
makhluk. Sudah tentu mustahil bagi Allah menyerupai akan sesuatu. Sebab Allah tidak sama
dengan bentuk makhluk ciptaanNya, baik makhluk yang bernyawa ataupun tidak bernyawa.
Berbeza Zat Allah dengan makhluk ertinya ZatNya tidak sama dengan makhluk. Berbezanya
sifatsafit Allah dengan makhluk ciptaanNya maksudnya, sifatsifat Allah tidak sama dengan
makhluk.
Perbezaan Zat Allah dengan sesuatu yang baharu maksudnya bahawa Zat Allah tidak sama
dengan benda lain yang diciptakanNya, yang memiliki zat yang baharu. Berbeza sifat Allah
dengan sesuatu yang baharu juga tidak sama dengan sifat segala benda selain Allah. Begitu
juga dengan perbuatan Allah, tidak sama dengan perbuatan baharu atau segala benda yang ada
di alam ini.
Jika kita bayangkan Allah itu dengan sesuatu benda yang ada di alam ini bererti kita telah
mempersekutukan Allah dengan yang lain, syirik hukumnya. Oleh sebab itu, berhatihatilah
dalam menghayati sifatsifat yang wajib bagi Allah ini, jangan sampai pemikiran dan minda
kita dipimpin oleh syaithan, sehingga sampai pada peringkat mempersekutukan Allah.
Na’zubillah.
Wajib pada syara’ diatas tiaptiap mukalaf mengetahui serta i’tiqad dan mengaku putus
didalam hati akan tentu sungguh bersalahan Allah Ta’ala bagi segala yang baharu dan tiada
menyamaiNya (Mumathalatuhu Lilhawadith). Firman Allah Ta’ala:
“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi
Maha Melihat.” (AsySyura, 11)
Dan bersalahan Allah Ta’ala bagi segala yang baharu dan juga tidak menyamaiNya itulah
dikatankan sifat Mukhalafatuhu Ta’ala Lilhawadith dan makna bersalahan itu tiga perkara:
1) Bersalahan pada zat dengan makna Zat Allah Ta’ala bukannya Jirim yang bertempat
walaupun dimana tempat an makhluk itu semuanya jirim yang bertempat. Kalau bergitu tidak
boleh dikatakan Allah Ta’ala itu bertempat dimanamana tempat, maka jika didapati didalam
AlQuran atau Hadith barang yang memberi waham menyerupai dan bertempat maka
dinamakan ayat itu ayat Mutashabihat dan Hadith Mutashabihat.
2) Dan bersalahan sifa itu ialah sifatsifat Allah itu bukan ‘Aradh yang bertangkap pada
jirim dan bertempat bersama dengan jirim. Kalau bergitu. Tidak bolehlah dikatakan Allah
Ta’ala berhajat dimanamana hajat dan sebagainya daripada sifatsifat yang baharu. Dan
bersalahan pada perbuatan itu ialah perbuatan Allah Ta’ala, bukan seperti perbuatan yang
baharu. Kerana perbuatan Allah Ta’ala menjadikan yang tiada itu ada, dan bukan pula
perbuatan Allah Ta’ala itu daripada yang baharu.
3) Dan dalil bersalahan Allah Ta’ala bagi segala yang baharu dan tidak menyamai itu
ialah kita fikir, jikalau Allah Ta’ala tidak bersalahan bagi segala yang baharu, nescaya adalah
Ia menyamai dengan sesuatu yang baharu ini, maka jika menyamai dengan yang baharu
tentulah Ianya baru seperti itu juga dan iaitu bathal kerana telah terdahulu bersifat Qadim
dengan dalildalil yang nyata maka tetaplah Allah Ta’ala bagi segala yang baharu dan tidak
menyamainya itulah pengakuan yang sebenar.
5. Sifat QIYAMUHU BINAFSIHI: Berdiri dengan sendiriNya.
Qiyamuhu Binafsihi maksudnya berdiri dengan sendiriNya, bahawa Allah bersifat berdiri
dengan sendiri bukan bergantung dengan selain dariNya. Allah tidak bergantung terhadap
yang diciptakanNya, sebaliknya sesuatu yang diciptakanNya itu setiap saat selalau berhajat
kepada Allah s.w.t.
Allat s.w.t. tidak berhajat dan berkehendak terhadap sesuatu yang lain, tidak memerlukan
bantuan kepada makhlukmakhlukNya. Allah bersifat Qiyamuhu Binafsihi, mustahil jika
Allah berhajat dan meminta pertolongan dengan alam yang akan binasa.
Allah Maha Berkuasa memiliki segala apa yang ada dilangit dan bumi. Kemudian tidak sukar
bagi Allah untuk mengurusi segala sesuatu yang ada di alam ini. Dia Maha Perkasa tidak pula
Ia memerlukan bantuan dalam mengurusi segala ciptaanNya yang banyak itu.
Wajib pada atas tiaptiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan tentu sungguh
berdirinya Allah Ta’ala dengan sendirinya (Qiyamuhu Binafsihi), dan tidak berkehendak
kepada yang menjadi dan tidak berkehendak kepada zat (Muhtajun Ila Ghairih).
6. Sifat WAHDANIYAH: Allah Maha Esa (KeEsaan)
Wahdaniyah ertinya Allah Maha Esa, tidak berbilangbilang jumlahnya. Esa Allah Ta’ala itu
ialah pada ZatNya, SifatNya dan Af’alNya. Allah itu Esa, maka janganlah sekalikali kita
membayangkan atau memikirkan bahawa ada tuhan yang lain selain daripada Allah. Beriman
kepada keEsaan Allah, memudahkan bagi kita untuk beribadah dan berharap kepada Yang
Satu.
Di samping kita percaya bahawa Zat Allah s.w.t. itu Esa, kita juga harus yakini bahawa sifat
sifat Allah itu mempunyai nilai yang tidak mengenal batas. Jika dikatakan Allah itu Maha
Pemurah, maka pemurahnya Allah itu tidak mengenal batas. Jika Allah itu bersifat Maha
Pengampun, maka ampunan Allah itu tidak mengenal batas. Walau betapa besar dosa dan
kesalah nseseorang itu, jika Allah menghendaki keampunanNya, maka dosadosa orang
tersebut akan diampuni Allah s.w.t.
Dan makna Esa pada Zat Allah itu ialah Zat Allah yang tidak bersusun daripada beberapa Zat
yang boleh dibilangkan dengan sekurangkurangnya bilangan dengan baharu, boleh dikerat,
dibelah dan dipotong seperti bagi zat yang baharu.
Kammutashil Zat Berbilangan yang berhubungan dengan Zat Allah Ta’ala
Sifat Berbilangan yang berhubungan dengan Sifat Allah Ta’ala
Perbuatan Berbilangan yang berhubungan dengan Perbuatan Allah Ta’ala
<>Wajib pada atas tiaptiap mukalaf mengetahui serta mengaku putus dalam hatinya akan
tentu sungguh Allah Ta’ala itu Esa pada ZatNya, SifatNya dan Af’alNya. Dan tidak
Ta’addud (berbilangbilangan).<><><>
7. Sifat QUDRAT: Allah Maha Kuasa (Pekuasa)
Qudrat ertinya Allah Maha Berkuasa keatas segala sesuatu. Hanya Allah yang berkuasa,
sedangkan selain Allah sebenarnya tidak mempunyai kekuatan dan kekuasaan. Kekuasaan
Allah mutlak milikNya. Kekuasaan Allah itu bukan datangnya kemudian, tetapi sudah ada
semenjak zaman Azali lagi, iaitu sebelum adanya sesuatu selain daripada Alah s.w.t.
Allah s.w.t. menjadikan segala sesuatu yang dikehendakiNya. Firman Allah s.w.t.:
“Sesungguhnya keadaanNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata
kepadanya: “Jadilah”, maka jadilah ia.” (Yassin: 82)
Pada sifat Qudrat, Allah Ta’ala Maha Kuasa mengadakan dan meniadakan sesuatu mumkin,
dan bagi Qudrat itu beberapa takluq (menuntut sifat akan satu pekerjaan lain daripada
menuntut di ZatNya), iaini beberapa tugas.
Wajib pada syara’ diatas tiaptiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan
tentu sungguh ada Tuhan Pekuasa, iaitu Allah Maha Kuasa, dan tidak sekalikali ‘Ajzun
(lemah).
8. Sifat IRADAT: Berkehendak
Allah s.w.r. mempunyai sifat Iradat, iaitu berkehendak, maksudnya bahawa Allah
s.w.t. dalam menciptakan segala sesuatu berpedoman kepada kehendakNya. Begitulah alam
semesta ini terjadi, kerana Kudrat dan Iradat Allah, diatas Kekuasaan dan Kehendak Allah
s.w.t. dan tidak ada batasannya dan tidak dapat dilukiskan melalui fikiran manusia tentang
keinginan Allah.
Dan Iradat itu ialah satu sifat yang sedia kala pada Zat Allah. Dengan sifat Iradat,
Allah Ta’ala mengkehendaki dan menentukan mumkin dengan setengahsetengah barang
yang harus atas mumkin.
Wajib pada syara; atas tiaptiap mukalaf mengetahui serta mengaku akan tentu
sungguh didalam hatinya ada Allah Ta’ala itu bersifat Iradat, dan tidak menerima Karahah
(terpaksa).
9. Sifat ILMU: Allah Maha Mengetahui
Allah bersifat ilmu, ertinya bahawa Allah Maha Mengetaui. Allah memiliki pengetahuan dan
mengetahui akan segala sesuatu, yang sudah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan
berlaku, baik di langit, dibumi mahupun yang diantaranya, dan segala sesuatu yang
diciptakanNya.
Dan Ilmu itu ialah sifat yang ada ia di Zat Allah Ta’ala, yang nyata segala perkara yang wajib
dan yang mustahil dan yang harus itu dengan Ilmu yakni dengan pengetahuan tidak jahil. Dan
makna mengetahui akan segala perkara yang wajib itu mengetahui dengan sungguhnya dan
mengetahuisegala yang mustahil itu mengetahui dengan tidaknya, dan mengetahui perkara
yang harus itu mengetahui akan ada atau tiada atau akan tiadanya.
Wajib atas syara’ atas tiaptiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan tentu
sungguh ada di Zat Allah Ta’ala itu Ilmu, dan tidak menerima akan Allah itu Jahlun (jahil).
10. Sifat HAYAT: Hidup
Allah s.w.t. wajib mempunyai sifat Hayat iaitu hidup, dan mustahil bagiNya mempunyai sifat
binasa yang sama dengan makhluk. Sifat hidup Allah ini tidak sama sebagaimana dengan
kehidupan alam, seperti manusia, malaikat haiwan dan makhlukmakhluk yang lainnya. Allah
hidup tidak berhajat terhadap sesuatu, seperti pada makhluk yang menghajatkan dan
memerlukan nyawa, nafas, makan dan minum. Kehidupan makhluk merupakan hasil daripada
pemberian Allah, maka pada saat yang dikehendakiNya, kehidupan makhluk itu dapat
berakhir.
Wajib diatas tiaptiap mukalaf mengetahui serta mengaku akan tentu sungguh didalam hatinya
Allah mempunyai sifat Hayat, satu sifat yang ada pada Zat Allah dan dengan sifat Hayat ini
Allah Ta’ala hidup, dan tidak akan menerima akan Maut.
11. Sifat SAMA’: Allah Maha Mendengar
Sama’ ertinya Mendengar dan Allah bersifat Sama’ bahawa Allah Maha Mendengar segala
sesuatu yang diperkatakan oleh makhlukmakhlukNya. Allah Maha Mendengar baik yang
kuat mahupun perkara yang dibisikkan oleh makhlukNya. Walaupun begitu pendengaran
yang ada pada Allah tidak berhajat pada sesuatu yang ada pada makhlukNya.
Wajib pada syara’ atas tiaptiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku akan tentu sungguh
pada hatinya akan sifat Sama’ ini yang ada pada Allah Ta’ala, dan tidak sekalikali Allah
menerima sifat Shomam (tuli).
12. Sifat BASYAR: Allah Maha Melihat
Allah bersifat Basyar ertinya bahawa Allah Maha Melihat apa sahaja yang ada di alam
ini. Allah dapat melihat segala gerak geri makhlukNya. Namun Penglihatan Allah itu
tidaklah sama dengan penglihatan makhluk ciptaanNya. Allah tidak berhajat seperti
makhlukNya untuk melihat.
Wajib pada syara’ atas tiaptiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan
tentu sungguh ada pada Allah Ta’ala itu sifat Basyar, dan iaitu satu sifat yang ada di Zat
Allah. Tidak Allah sekalikali menerima akan sifat ‘Umyun (buta).
13. Sifat KALAM: Allah Berkatakata
Allah mempunyai sifat Kalam atau berkatakata, dan mustahil bagi Allah Yang Maha Agung
itu bersifat berlawanan dengan sifat Kalam. Walaubagaimanapun Kalam Allah tidak seperti
yang dihajatkan oleh makhlukNya. Kalam Allah itu dinamakan Wahyu yang diberikan
kepada makhlukNya sebagai mendatangkan kebenaranNya.
Wajib diatas tiaptiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku akan tentu sungguh pada hatinya
akan Allah mempunyai sifat Kalam. Iaitu satu sifat yang sedia kala di Zat AllahTa’ala.
Dengan adanya sifat inilah Allah tidak akan sekalikali menerima sifat Bukmun (bisu)
14. Sifat KAUNUHU QADIRAN: Allah tetap selalau dalam keadaan Berkuasa
15. Sifat KAUNUHU MURIDAN: Allah tetap dalam keadaan Menghendaki
16. Sifat KAUNUHU ALIMAN: Allah tetap dalam keadaan Mengetahui
17. Sifat KAUNUHU HAYYAN: Allah tetap dalam keadaan Hidup
18. Sifat KAUNUHU SAMI’AN: Allah tetap dalam keadaan Mendengar
19. Sifat KAUNUHU BASIRAN: Allah tetap dalam keadaan Melihat
20. Sifat KAUNUHU MUTAKALLIMAN: Allah tetap dalam keadaan Berkatakata<>