You are on page 1of 13

NAMA DAN KELAHIRAN

Nama penuhnya ialah Abdul Karim Zaidan Bahij al-‘Ani. Bahij adalah nama
datuknya, al-‘Ani nisbah kepada kepada perkampungan Anah yang terletak dalam
daerah Al-Anbar yang merupakan tempat kelahiran bapa dan datuknya.

Sementara Abdul Karim dilahirkan di kawasan Karakh berdekatan Suq Hamadah,


di Baghdad pada tahun 1917 dalam rekod pendaftaran rasmi. Menurutnya, tarikh
kelahirannya sebenarnya pada tahun 1921. Hal ini disebabkan kelewatan
pendaftaran kelahiran yang hanya dilakukanselepas jangka masa yang panjang.
Oleh itu, kerana pendaftaran kelahiran tersebut hanya melihat berdasarkan
kepada ketinggian dan besar kanak-kanak di hadapan mereka. Bapanya telah
meninggal dunia ketika umurnya berusia tiga tahun dan ibunya pula meninggal
ketika beliau telah meningkat dewasa. Ibu dan kakak-kakaknya sangat
menyayanginya sehingga ia tidak merasai sebagai anak yatim .
Pendidikan

01 02 03

Beliau memulakan pendidikan awal Beliau seterusnya meneruskan Beliau kemudiannya

dengan mempelajari al-Quran pelajaran di Dar al-Mua’limin al- menyambung pengajian beliau

di khuttab (sekolah untuk kanak-kanak). Ibtidaiyyah. Setelah dengan memasuki Kuliah

Beliau meneruskan pendidikan secara menyelesaikan pelajaran di Dar al- Undang-undang di Baghdad.

fomal dan talaqqi dengan guru-guru Mua’limin al-Ibtidai’yah, beliau Setelah itu beliau menjadi

yang terdapat di Iraq dan Mesir. menjadi guru di sekolah rendah. pengetua di Sekolah Menengah
Agama an-Najibiyyah.
04 05

Beliau menyambung pengajian Beliau menyelesaikan pengajian


beliau di peringkat Master di peringkat Doktor Falsafah (PhD)
Ma’had as-Syari’ah al-Islamiyyah di Universiti Kaherah pada tahun
di Universiti Kaherah dan berjaya 1962 dengan keputusan Syaraf
mendapat al-U’la (kepujian tahap tertinggi).
kuputusan Mumtaz (cemerlang)
MENGHADIRI
SEMINAR
Beliau telah membentangkan kertas kerja dalam pelbagai seminar di dalam dan luar
negara. Antaranya beliau menyampaikan ceramah umum Syariah al-Islamiah di Kuwait pada tahun 1960-an dan
terlibat dalam penerbitan Ensiklopedia Fikah bersama
Kerajaan Kuwait. Pada tahun 1969, beliau membentangkan kertas kerja tajuk
“Undang-Undang Antarabangsa dalam Syariah Islamiah” dalam seminar Undang-Undang dan Sains Politik
Ketiga yang dianjurkan oleh Universiti Liga Arab di
Baghdad. Beliau turut menghadiri Muktamar Fekah di Riyadh pada tahun 1970-an
dan menyampaikan siri syarahan mengenai Fekah al-Islami di Qatar pada tahun 1995
sehingga 1996. Beliau juga terlibat dengan seminar Perbankan Islam pada tahun 1997
yang diadakan di Sana’a, Yaman.
MENGAJAR DI SANA’A DAN MENINGGAL
DUNIA
Pada tahun 1992, beliau telah pergi ke Sana’a dan menjadi pensyarah di Bahagian

Pengajian Islam, Fakulti Sastera, Universiti Sana’a dan di Universiti al-Iman

Kebanyakan subjek yang diajar menggunakan buku karangan beliau seperti al-Wajiz

fi Usaul Fiqh, Nizam al-Qada dan Madkhal Ila Syariah al-Islamiah. Beliau meninggal

dunia pada hari Isnin 27 Januari 2014/ 25 Rabiul Awwal 1435H dalam usia 97 tahun

di Sana’an dan dikebumikan di Baghdad, Iraq.


Sifat keperibadian syeikh abdul karim zaidan

Beliau sangat mengambil berat tentang urusan dakwah di Iraq. Tidak pernah
satu hari pun beliau tidak bertanya khabar tentang negaranya, tentang
para pendakwah serta hal keadaan mereka.

Beliau juga merupakan insan yang paling zuhud, tidak mementingkan


pangkat dan jawatan, tidak mengejar kemasyhuran, tidak mendampingi
pemerintah dan ketua-ketua negara, jauh daripada sifat riya' dan
mengada-ngada.

Waktu-waktunya dihabiskan dengan membaca al-Quran, meneliti tulisan


murid-muridnya dan berbincang dengan mereka di rumahnya,
mengarang, bertemu para ilmuwan dan mengajar. Tidak berlalu satu
saat pun waktunya tanpa diisi dengan amal soleh.

Beliau juga amat mengagumi Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah. Kajian dan
tulisan beliau banyak dipengaruhi oleh tokoh tersebut.
Jawatan akademik
Semasa berada di Maahad Syariah Islamiyah di Universiti Kaherah, beliau mengikuti pengajian
khas dalam Fiqh Islami dan rujukan utamanya ialah buku-buku Ibnu Taimiyah dan Ibnu
.Qayyim Al-Jauziyah. Beliau juga menyertai pengajian dan perbincangan-perbincangan fiqh

Beliau kemudiannya dilantik menjadi pensyarah Syariah Islamiyah dan Ketua Jabatan Syariah
Islamiyah di Fakulti Undang-undang di Baghdad, kemudiannya menjadi Ketua Bahagian
Agama di Fakulti Sastera Universiti Baghdad. Selepas itu, beliau dilantik menjadi pensyarah
.Syariah Islamiyah di Fakulti Pengajian Islam serta menjadi dekan di fakulti tersebut

Pada tahun 1992, beliau meninggalkan Iraq dan dilantik menjadi pensyarah Syariah Islamiyah di
Jabatan Pengajian Islam dan pengajian peringkat Master serta doktor falsafah di Universiti
.Sana’a dan tetap mengajar di universiti itu sehingga kewafatannya
.’Beliau juga menjadi pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh di Universiti Iman di San’aa

Sejak tahun 70an, beliau dilantik menjadi anggota beberapa majlis ulama dan majlis fiqh Islami
.sedunia
Beliau telah dikurniakan anugerah khas oleh Raja Faisol Arab Saudi atas karyanya iaitu “Al-
.Mausu’ah” atau Ensiklopedia berkenaan hukum-hukum wanita dan baitul muslim
Beliau juga telah menulis banyak karya ilmiah dan kebanyakan diantaranya telah dijadikan
.sebagai silibus universiti-universiti di dunia Islam
Guru syeikh abdul karim zaidan
Antara guru-guru beliau adalah:

1. Syeikh Ahmad az-Zuhawi

2. Syeikh Abdul Qadir al-Khatib

3. Syeikh Najm ad-Din al-Wa’iz

4. Syeikh Muhammad Mahmud al-Sawaf

5. Syeikh Ali al-Khafif

6. Syeikh Muhammad Abu Zahrah

7. Syeikh Hasan Ma’mun

8. Syeikh Abdul Karim al-Sa’iqah


Anggota jemaah ikhwan al-muslimin
Pada tahun 50-an, beliau berkenalan dengan dakwah Ikhwanul Muslimin Iraq melalui pemimpinnya saat itu Muhammad
Mahmud Sawaf. DR Abdul Karim Zaidan berkarya dengan menjadi penulis di beberapa penerbitan dakwah Ikhwanul
Muslimin Iraq. Pada tahun 1958, beliau memasuki jabatan dewan pimpinan Ikhwanul Muslimin Iraq dan diangkat
.menjadi Muraqib 'Amm Ikhwanul Muslimin pada tahun 1960

Semasa Iraq di bawah penguasaan Saddam Hussein, Syeikh Zaidan adalah di antara sebahagian pimpinan utama Ikhwanul
Muslimin yang amat ditakuti oleh musuh. Beliau telah ditangkap dan diseksa belasan tahun dalam penjara Iraq.
Diceritakan bahwa semua tahanan yang ditahan bersama beliau mati dibunuh kecuali beliau karena Saddam Hussein
.tidak mengizinkannya. Ini kerana Saddam dikatakan pernah berguru pada beliau

Setelah dibebaskan, Syeikh Abdul Karim mendapat pelindungan di Sana'a ,Yaman dari pimpinan Ahli Sunnah wal Jamaah
di sana. Beliau menjadi tenaga pengajar di Universiti al-Iman, universiti waqaf yang menjadi ladang melahirkan ribuan
ulama serta pejuang Islam seluruh dunia. Ramai ulama besar Ahli Sunnah yang menjadi buruan musuh Islam mendapat
.perlindungan di sini antaranya almarhum Syeikh Ali Juraisyah

Syeikh Abdul Karim Zaidan juga sangat terkesan dengan pemikiran Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah. Antara kitab yang
banyak memberi kesan kepada beliau adalah "Aqidah Wasithiyah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah", sehingga Syeikh
Zaidan pernah menulis dalam kitabnya Abdul Karim berakidah Salafi dan bermazhab Hanafi kerana terkesan dengan
penulisan Ibn Taimiyyah. Beliau juga menulis kitab ringkasan "Aqidah Thahawiyyah" dan dijadikan manhaj usrah
gerakan Ikhwanul Muslimin di Iraq serta Kuwait. Oleh kerana itu anggota Ikhwan di Iraq dan Kuwait bermanhaj Salafi
.dalam aqidah
Gabungan manhaj
fikah dan dakwah
1
2
Walaupun beliau bermazhab Hanafi, beliau
Abdul Karim Zaidan mempunyai buku khusus
mengajar fikah dengan pelbagai mazhab
menceritakan asas-asas dakwah iaitu Usul al-
serta membuat pertimbangan dan memilih
Da’wah. Keistimewaan buku ini dan buku-
pendapat yang lebih sahih dan rajih. Beliau
buku karangannya ialah ia menggabungkan
juga menghimpunkan ilmu fikah dengan
fikah dan dakwah. Abdul Karim Zaidan
unsur-unsur dakwah. Tidak semua ahli fikah
adalah seorang yang fakih dan pendakwah
berkebolehan sebagai pendakwah kerana
yang hebat, Buku-buku beliau telah menjadi
sebahagian ahli fikah hanya pakar dalam
rujukan di universiti-universiti di seluruh dunia.
bidang mereka sahaja tetapi tidak mampu
berkhutbah dan sebagainya.
Yusuf al-Qaradawi menyatakan bahawa Abdul 4
3 Beliau juga seorang yang terkenal Karim Zaidan amat serius terhadap isu umat
berpendirian tegas dalam menegakkan Islam terutama dalam isu Iraq dan mengikuti setiap
kebenaran dan mendidik umat Islam supaya perkara yang berlaku. Menurut al-Qaradawi,
sentiasa berjihad menolak kejahatan. Beliau walaupun usia Abdul Karim telah mencecah 90
menmperjuangkan semangat jihad di Iraq, di tahun, beliau tetap teguh berkhidmat kepada
Palestin dan di Yaman. Jihad semuanya dakwah dan Islam. Di dalam dirinya terdapat sifat
bukanlah jihad senjata tetapi jihad dalam ketokohan, keilmuan, kefakihan dan
menegakkan kebenaran kepada pemerintah. pendakwah serta semangat jihad yang tinggi.
Dalam buku Usul al-Da’wah seperti di
bawah, Abdul Karim Zaidan
membicarakan tentang sumber
Antara Penulisan metodologi dakwah, pendekatan dan
penyakit dakwah serta berkaitan jalan
Abdul Karim Zaidan jalan (wasilah) dakwah.

Ahkam al-Zimmiyyin wa al- Madkhal li Dirasah Syari’ah


Musta’minin fi Dar al-Islam al-Islamiyyah
Al-Kifalah wa al-Hiwalah fi Nazarat fi al-Syari’ah al-
al-Fiqh al-Maqaran Islamiyyah wa Qawanin al-
wada’iyah
Kitab al-Usul al-Da’wah
Al-Mustafat min Qasas al-
Al-Fard wa ad-Dawlah fi al- Quran al-Karim lil Da’wah wa
Syari’ah al-Da’ai Ilahiyyah-al Sunan-
Al-
Al-Mufassal fi Ahkam al- Al-Sunan al-Ilahiyyah fi al-
Mar’ah wa Bayt al-Muslim Umam wa al-Ifrad wa al-
jama’at
Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh
Buhuth Fiqhiyyah Mu’asarah
Al-Wajiz fi Syarh al-
Qawa’id al-Fiqhiyyah Nizam al-Qada’ Fi al-Syari’ah
al-Islamiyyah
SUMBER METODOLOGI DAKWAH
Sumber metodologi dakwah ialah al-Quran, al-Sunnah, sejarah hidup para
Sahabat, pendapat dan pandangan para fuqaha, serta pengalaman pendakwah
itu sendiri. Abdul Karim Zaidan juga menjelaskan perkara yang dapat memudahkan
pendakwah beriltizam dengan manhaj dan metode dakwah ialah:

1) lmu dan kefahaman yang mendalam terhadap manhaj dengan selalu


memerhati, memikir dan memahami manhaj yang disebut dalam sumber-sumber
yang telah diterangkan sebelum ini.

2) Ketakwaan kerana takwa dapat menyinari hati pendakwah cerdaskan fikiran


dalam memandang yang hak itu dengan lebih jelas dan nyata.

3) Sentiasa menyerahkan diri kepada Allah dan memohon agar diberi


ilmu pengetahuan dan fikiran yang cerdas.

Membersihkan diri dari segala penyakit riya’ dan menggantikannya dengan


4) sifat ikhlas kepada Allah sehingga tidak ada di dalam hatinya keinginan
kepada manusia, pangkat dan kemegahan.
Pendekatan dakwah dan uslub menurut Abdul
Karim Zaidan
Mengenal pasti penyakit penerima dakwah
dan mengenal ubat bagi penyakit tersebut, Pendidikan dan Pembelajaran. Apabila penerima dakwah
ubatnya ialah menerangkan akidah yang telah menerima dakwah dan mendapat hidayah, maka
sebenar, menjelaskan asas-asas ajaran kewajipan pendakwah mendidik dan mengajar mereka
agama dan melakukan amar makruf dan nahi dengan asas-asas ajaran agama kerana di dalam diri
mungkar. mereka masih banyak penyakit yang perlu dibersihkan
Menghilangkan syubhat yang timbul sama seperti penyakit syirik dan sebagainya.
ada syubhat yang berhubung dengan diri
peribadi peribadi pendakwah dengan tuduhan
dan fitnah sebagai sesat, bodoh dan gila;
syubhat yang berkaitan dengan dakwah. Abdul Karim Zaidan membicarakan wasilah dakwah.
Perkara yang dimaksudkan wasilah ialah segala yang
membantu para pendakwah dalam menyampaikan
Targhib dan tarhib. Perkara yang dakwah secara berkesan. Ia terbahagi kepada dua iaitu
dimaksudkan dengan targhib (memberi wasilah luaran dan wasilah dalaman.
kegembiraan) ialah semua perkara yang dapat
menarik penerima dakwah untuk menerima
dakwah dan tetap dengan kebenaran Wasilah luaran mempunyai tiga aspek iaitu kewaspadaan,
sementara tarhib (memberi peringatan) ialah memohon bantuan orang lain dan disiplin. Sementara
segala yang dapat menimbulkan rasa takut wasilah dalaman merangkumi dakwah dengan perkataan,
sekiranya tidak menerima atau menolak dakwah dengan perbuatan dan dakwah dengan akhlak
kebenaran atau tidak istiqamah setelah yang baik.
menerima kebenaran.

You might also like