You are on page 1of 4

Ciri pelajar cemerlang

Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang

1. Bersikap optimistik. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah
kejayaan dalam pendidikan. Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu
sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang.

2. Mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai


seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan
masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada
masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang
cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini
sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran


guru. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya.
Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar
yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada
suatu masa kelak.

4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama
ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya.
Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal.
Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-
rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya
lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

5. Sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan
yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau
oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah
pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja.

pak_jat muka surat 1


Ciri pelajar cemerlang

Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan


berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku


rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, alat tulis dan sebagainya
lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan
yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati
anda
atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh
tangan selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?

7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke
sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini
akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah
tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri
dalam pembelajaran.

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal
mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan
tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan
untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan
guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas
atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah
menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah
ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu
pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana
dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan
semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan
mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini
biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam
kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu
pelajaran.

13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau
kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang
berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru
mereka.

pak_jat muka surat 2


Ciri pelajar cemerlang

14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang


mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu
pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu


pengetahuan tambahan.

17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan


seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam
peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran.
Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah
ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam
peperiksaan
yang sebenar.

19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah.
Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan
corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat


dan keyakinan diri.

21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-


teknik menjawab soalan peperiksaan.

22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan
pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan
untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its
cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru
yang
lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan
pelajar dalam pelajaran.

24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang
cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan
pemikiran yang lancar.

pak_jat muka surat 3


Ciri pelajar cemerlang

26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba
mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat
pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan,
aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan
gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara
yang kurang berfaedah.

27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat
mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik
atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam
kemalangan.

28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk
penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'.
Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah
tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini
akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan
lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh
badan.

30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah
berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah
berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi
dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah
berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah
disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat
agama masing-masing.

32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian
ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi
kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan
panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh
diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

pak_jat muka surat 4

You might also like