You are on page 1of 21

KARANGAN CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG (BRILLIANT AND LANDING CONDUCT)

Merangka Karangan
Pendahuluan: konsep pelajar cemerlang, mengapa cemerlang, gambaran isi, peribahasa
Isi karangan: 1) cemerlang akademik - pencapaian pembelajaran, pencapaian peperiksaan awam,
lanjut pelajaran
2) cemerlang kokurikulum - penglibatan, perkhidmatan / sumbangan, kepimpinan
3) cemerlang disiplin - patuh peraturan, tepat masa, tugas selesai
4) cemerlang sahsiah - asertif, sopan santun, boleh dipercayai
Penutup: kesimpulan am, saranan, harapan.
Karangan Penuh
Antara tajuk pilihan utama program motivasi ialah tentang ciri-ciri pelajar cemerlang. Malah,
kebanyakan organisasi yang berkaitan dengan pendidikan menjadikan ungkapan pelajar cemerlang
sebagai cogan kata utama. Pendek kata, ciri-ciri pelajar cemerlang menjadi dambaan semua pihak
sama ada pihak berkuasa pendidikan, masyarakat dan para pemimpin semua peringkat. Pelajar
cemerlang
umpama
benih
yang
baik,
campak
ke
laut
menjadi
pulau.
Ciri pelajar cemerlang yang sering ditonjolkan ialah dari segi pencapaian akademik. Pelajar
cemerlang akan sentiasa mengutamakan pembelajaran menerusi aktiviti terancang di bilik darjah, dan
pembelajaran kendiri serta bersama kumpulan sebaya di luar bilik darjah. Pelajar cemerlang sentiasa
menggembleng segala potensi dan fakulti yang ada dalam diri mereka bagi memperoleh hasil
pembelajaran yang optimum. Mereka menetapkan matlamat pembelajaran yang munasabah, dan
berusaha untuk mencapainya. Dengan itu, pelajar cemerlang akan mengenepikan sebarang bentuk
gangguan.
Semasa di bilik darjah, pelajar cemerlang sentiasa memberi tumpuan terhadap aktiviti
pembelajaran terancang bersama guru. Pelajar cemerlang akan menunjukkan motivasi pembelajaran
yang maksimum dengan memberi kerjasama dan perhatian yang tidak berbelah bahagi. Mereka tidak
mudah dipengaruhi hasutan negatif sama ada yang datang daripada dalam diri sendiri, apatah lagi
daripada pendapat yang bersifat songsang. Pelajar cemerlang tidak meletakkan terlalu banyak syarat
dalam pembelajaran supaya semuanya berkenan di hati. Mereka tidak bersifat sentimental dengan
terlalu banyak berharap tentang guru yang sempurna atau persekitaran bilik darjah yang sempurna.
Mereka
mampu
bertahan
dalam
iklim
pembelajaran
yang
seadanya.
Demikian juga apabila melaksanakan tugasan kumpulan, mahupun menyertai kumpulan
belajar, pelajar cemerlang menampilkan peranan yang seimbang, iaitu tidak terlalu menonjol dan
tidak hanya sebagai penumpang. Mereka mungkin memiliki banyak idea, tetapi bersabar mendengar
idea rakan sekumpulan. Pelajar cemerlang tidak cuba berlagak menguasai perbincangan, tetapi
kelihatan sebagai pemimpin yang boleh dipercayai dan adil. Mereka datang dengan persediaan yang
mencukupi, bukan dengan tangan kosong. Maka, kehadiran pelajar cemerlang dalam mana-mana
aktiviti pembelajaran berorientasi kumpulan sentiasa meninggalkan impak, bukan sekadar melukut di
tepi
gantang,
datang
tidak
menambah,
pergi
tidak
disuruh.
Pelajar cemerlang juga meletakkan sasaran yang tinggi dalam peperiksaan awam. Sasaran
yang dibuat bukan sekadar cakap kosong, tetapi dibuktikan menerusi strategi dan usaha yang
optimum. Mereka tidak bergantung kepada soalan ramalan, tetapi lebih fokus terhadap perancangan
jawapan yang menepati tugasan soalan. Pelajar cemerlang menggunakan segala pengalaman

pembelajaran di bilik darjah untuk mematuhi segala kehendak sukatan pelajaran yang menjadi asas
penggubalan item soalan peperiksaan awam. Dengan meletakkan sasaran yang tinggi dari segi
peperiksaan awam, pelajar cemerlang berpeluang mengintai peluang melanjutkan pengajian dalam
bidang yang diklasifikasikan sebagai kritikal dan menjadi rebutan, di samping melamar tempat di
institut
pengajian
tinggi
terkemuka
dengan
tajaan
biasiswa
yang
berprestij.
Pelajar cemerlang tidak rela dicop atau dilabel sebagai ulat buku semata-mata. Mereka juga
menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam bidang kokurikulum. Sebenarnya bidang kokurikulum
ialah pelengkap kepada aktiviti kurikulum di bilik darjah. Aktiviti kokurikulum ialah wahana bagi
aplikasi pengetahuan dan kemahiran kurikulum. Pelajar cemerlang menjadikan aktiviti kokurikulum
sebagai kesempatan bagi menggilap bakat kepimpinan, memupuk semangat suka rela dalam
perkhidmatan sosial dan mendekati aktiviti kebajikan. Pelajar cemerlang akan menggunakan kapasiti
diri sama ada sebagai pemimpin, peserta atau petugas dalam aktiviti kelab, persatuan, unit pakaian
seragam, permainan dan sukan. Mereka sentiasa cuba mencari pengalaman dengan mengamalkan
sikap ringan tulang dalam membantu pihak sekolah menjayakan sebarang aktiviti kokurikulum.
Pelajar cemerlang juga sinonim dengan amalan disiplin yang tinggi. Mereka tidak kisah jika
digelar sebagai sebagai pelajar skema yang akur dengan segala peraturan sekolah. Walaupun mungkin
kelihatan berbeza dari segi penampilan dan tingkah laku, pelajar cemerlang tidak berasa kekok untuk
bergaul dan berkomunikasi dengan rakan yang sinikal, mahupun rakan yang kurang beruntung.
Pelajar cemerlang akan berusaha untuk muncul sebagai peribadi rujukan yang mampu mempengaruhi
lebih ramai pelajar supaya bersikap positif dalam menimba pengalaman pembelajaran di sekolah.
Mereka tidak perlu membutirkan tunjuk ajar, sebaliknya cukup dengan pencapaian dan tingkah laku
yang disenangi. Pelajar cemerlang mementingkan ketepatan masa, dan sentiasa melaksanakan sesuatu
tugasan sesempurna mungkin. Pelajar cemerlang tidak seperti "melepaskan batok di tangga". Batok
merujuk kepada bekas air basuhan kaki pada zaman dahulu yang dilempar semula ke bawah setelah
seseorang
itu
menaiki
tangga
tanpa
turun
semula.
Pelajar cemerlang juga menampilkan sahsiah yang mulia dan murni. Percakapan mereka
dihiasi dengan sopan santun bagaikan butir-butir mutiara yang berharga. Rakan akan berasa selamat
dan dilindungi kerana mereka akan hanya mendengar hal yang baik-baik, serta tidak mengalami
provokasi yang tidak berfaedah. Sudah tentu, sebagai manusia biasa, pelajar cemerlang tetap
memiliki kelemahan tertentu, tetapi mereka akan cuba melakukan kawalan sebaik mungkin supaya
tidak
mendatangkan
mudarat
kepada
mana-mana
pihak.
Pelajar cemerlang selanjutkan menampilkan ciri asertif secara konsisten. Maksudnya, mereka
sentiasa mengimbangi hak diri sendiri dengan hak orang lain. Mereka tidak bersikap agresif, iaitu
hanya menjaga hak diri sendiri, atau bersikap permisif dengan hanya mementingkan hak orang lain
semata-mata. Sikap asertif bererti tegas diri. Dengan sikap asertif, pelajar cemerlang sentiasa
berupaya mempertahan pendirian, tetapi dalam masa yang sama menghormati pendapat yang
berbeza. Mereka menyedari bahawa rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain.
Kesimpulannya, pelajar cemerlang memiliki sejumlah kualiti diri yang tinggi dari segi
akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Mereka menepati ciri-ciri modal insan minda kelas
pertama yang disebut sebagai hala tuju pendidikan negara. Mereka menjadi harapan negara untuk
meletakkan daya saing negara di pentas antarabangsa. Pelajar cemerlang tidak menganggap bahawa
diri mereka serba sempurna, sebaliknya sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan. Maka, wajar
sekali ciri-ciri pelajar cemerlang dijadikan slogan dan tema untuk semua organisasi yang berkaitan
dengan pendidikan.

Posted by CIKGU AZHAR RODZI at 6:07 AM


Ciri-ciri pelajar yang cemerlang dalam pelajaran.
Setiap murid senantiasa berharap agar menjadi seorang murid yang
cemerlang dan gemilang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga
dalam bidang kokurikulum dan kesahsiahan diri. Oleh itu, pelajar yang
cemerlang perlu memiliki ciri-ciri yang baik dan terpuji dalam kehidupan seharihari.
Pertama sekali, pelajar cemerlang mestilah rajin belajar dan mengulang
kaji pelajaran saban hari agar berjaya dalam dalam pelajaran dan peperiksaan.
Persediaan awal amat perlu dan penting untuk mencipta kejayaan bak kata
peribahasa sediakan payung sebelum hujan.
Di samping itu, pelajar cemerlang hendaklah selalu membaca bahan
bacaan yang berfaedah dan bermutu seperti buku cerita, majalah dan surat
khabar sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Amalan membaca
bukan sahaja dapat manambahkan ilmu bahkan juga melengkapkan diri kita
dengan nilai-nilai murni dan seribu satu pengalaman yang berguna bak kata
membaca jambatan ilmu.
Dalam pada itu, sebagai murid yang cemerlang, kita mestilah senantiasa
menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran guru di dalam
bilik darjah. Kita juga harus mendengar dengan teliti dan mencatatkan butiran
atau maklumat yang diajarkan oleh guru sebagai pedoman dan iktibar yang
berguna dalam buana ilmu.
Pelajar yang cemerlang juga hendaklah mempunyai sikap yang baik
seperti baik hati, bersopan-santun dan berdisiplin. Contohnya, kita mestilah
membantu guru apabila perkhidmatan kita diperlukan di samping menghormati
dan mengenang jasa bakti mereka selagi hayat dikandung badan. Tambahan
pula, setiap kerja sekolah yang diberikan oleh guru perlulah kita siapkan
menepati waktu yang diberikan tanpa gagal.
Kesimpulannya, pelajar yang cemerlang dalam pelajaran mestilah
mempunyai tingkah laku yang baik dan terpuji selain bersikap rajin dan
beriltizam dalam kehidupan sehari-hari. Sesungguhnya, pelajar hari ini
merupakan pemimpin negara pada masa depan.

Disediakan oleh:

Tan Wai Pin, Tingkatan 2 Hijau,SMJK Katholik,35900 Tanjong Malim, Perak Darul
Ridzuan.

KARANGAN A
CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
CONTOH KARANGAN LENGKAP:
Belakangan ini, isu pelajar cemerlang semakin hebat diperdebatkan
oleh masyarakat kita dalam media massa di seluruh pelusuk negara.
Sehubungan dengan itu, para pelajar mestilah menunjukkan keiltizaman
yang tinggi untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh agar menjadi
seorang yang cemerlang. Persoalannya, apakah ciri-ciri seorang pelajar
cemerlang yang perlu dihayati oleh para pelajar di negara ini?
Pada pandangan saya, antara ciri pelajar cemerlang ialah
menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar di dalam kelas. Hal
ini demikian kerana, para pelajar akan mudah memahami ilmu yang
disampaikan oleh guru- guru semasa belajar di dalam kelas tanpa
sebarang gangguan.Sebagai contoh, kejayaan Nik Nur Madihah dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kerana selalu memberi
tumpuan semasa belajar di bilik darjah. Bak kata pepatah, hendak seribu
daya, tidak hendak seribu dalih sangat sesuai diamalkan oleh para pelajar
supaya sentiasa memberi tumpuan semasa belajar di sekolah. Tegasnya,
apabila para pelajar menumpukan perhatian kepada pengajaran guru
setiap hari sudah pasti mereka akan mudah menguasai ilmu untuk menjadi
seorang pelajar cemerlang.
Selain itu, membuat ulang kaji dan menyiapkan latihan di rumah juga
merupakah salah satu ciri penting seorang pelajar cemerlang. Saya
berpandangan demikian kerana, langkah ini akan meningkatkan lagi
penguasaan para pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari di sekolah.
Tamsilnya, setiap pelajar perlu memperuntukan selama tiga jam sehari
untuk mengulang kaji di rumah seperti yang pernah disarankan oleh Dr.
Fadilah Kamsah seorang pakar motivasi pelajar. Orang-orang tua ada
berpesan, belakang parang kalau diasah lagikan tajam perlu diamalkan
oleh para pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Jelaslah, mengulang
kaji pelajaran di rumah wajib dilakukan oleh para pelajar untuk mendapat
kecemerlangan dalam pelajaran.

Di samping itu, ciri lain sebagai seorang pelajar cemerlang ialah rajin
membaca pelbagai bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan buku
rujukan. Dalam konteks ini, para pelajar akan menjadi lebih matang
semasa berhujah dengan menjana pelbagai idea yang menepati
perkembangan dunia sains dan teknologi. Misalnya, Amalina pelajar
cemerlang SPM telah menjadikan kamus dan majalah Siswa sebagai bahan
bacaan wajib baginya untuk peperiksaan.Oleh itu, budaya membaca tidak
boleh dipisahkan daripada para pelajar yang bercita-cita untuk menggapai
kecemerlangan dalam pelajaran mereka.
Tuntasnya, terdapat banyak ciri untuk menjadi seorang pelajar cemerlang
dalam pelajaran yang perlu dimiliki oleh generasi muda kini. Sehubungan
dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk melahirkan seramai yang
mungkin pelajar cemerlang untuk membangunkan negara kita pada masa
akan datang. Dengan ini, hasrat Pedana Menteri untuk melahirkan
generasi yang berilmu pengetahuan dan berwibawa akan dapat
direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.

BAHASA INDAH 1
Koleksi Mutiara Kata

BAHASA INDAH / UNGKAPAN MENARIK - PENULISAN KARANGAN SPM


Pepatah
A
599 Ada air, adalah ikan [Ada negeri tentulah ada rakyatnya]
600 Ada angin, ada pokoknya [Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya]
601 Ada bangkai adalah hering [Di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat]
602 Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh [Di mana-mana sahaja

FOKUS KERTAS 1 TAHUN 2012


TEMA POPULAR KARANGAN 2012
1. Semangat Kejiranan- Langkah memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
2. Gaya hidup sihat- Peranan ibu bapa dalam menyemai amalan gaya hidup sihat terhadap anak-anak.
3. Displin- Peranan ibu bapa dalam memupuk disiplin anak-anak.
4.

TEKNIK MENULIS KARANGAN SPM BAHAGIAN A


TEKNIK BARALISMAK 2
(BACA, RANGKA, TULIS dan SEMAK)
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pelajar cemerlang.
Panjangnya huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.
CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
1. Rajin Membaca
2.
1

KOLEKSI FRASA MENARIK 1


1.

.antara satu kaedah yang boleh anda praktikan bagi merangsang minda si manja.

2.

Biar apa pun pilihan paling penting ialah aktiviti permainan

3.

Hal ini turut diakui oleh..dapat menyerak masuk ke minda

4.

August 6th, 2012


TEKNIK BARALISMAK (KHAS) PELAJAR SEDERHANA
LANGKAH 1: BACA SOALAN
LANGKAH 2: MENGENAL PASTI TEMA, TUGASAN DAN KUMPULAN SASARAN
LANGKAH 3: MENULIS RANGKA KARANGAN
RANGKA JAWAPAN:
LANGKAH 4: MENULIS PENDAHULUAN
LANGKAH 5: MENULIS ISI KARANGAN (Isi 1-4)
Isi 1: Menjalani pemeriksaan kesihatan
Is

TEKNIK BARALISMAK (KHAS) PELAJAR LEMAH


BARALISMAK ( BACA, RANGKA, TULIS DAN SEMAK)

LANGKAH 1: BACA SOALAN


LANGKAH 2: MENGENAL PASTI TEMA, TUGASAN DAN
KUMPULAN SASARAN
TEMA:
Mengekalkan Bangunan Bersejarah
TUGASAN:
Cara-Cara Mengekalkan Bangunan Bersejarah Di negara kita
KUMPULAN SASARAN:
Semua Pihak
(Pihak kerajaan, Masyar

TEKNIK MENGARANG BARALISMAK 2


CONTOH 3
PENDAHULUAN:
ISI 1: MENGGUNAKAN WANG SIMPANAN
ISI 2: MENDORONG KEGIATAN TIDAK SIHAT
ISI 2:LEKA
KESIMPULAN:

TEKNIK MENGARANG BARALISMAK 2


CONTOH 2
RANGKA:
Pendahuluan:
Tema:Kegiatan Lumba Haram (Rempit)
Kumpulan Sasaran: para remaja dan semua pihak
Tugasan:punca-punca berlakunya gejala mat rempit
Isi-Isi Jawapan:
Sikap remaja yang tidak mempunyai jati diri yang kental.

Aug
6

TEKNIK MENJANA IDEA: KATA TUGAS LANGKAH/ CARA/ USAHA/


STRATEGI
1.

TEKNIK MENGARANG BARALISMAK 2


CONTOH 1
PENDAHULUAN
ISI 1: mengamalkan cara hidup sihat dengan menghindari tabiat merokok.

BAHASA INDAH / UNGKAPAN MENARIK


Kata-Kata Hikmat
Kata hikmat adab
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak
pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.

TEKNIK MENJANA IDEA: KATA TUGAS PERANAN IBU BAPA


1.

TEKNIK MENJANA IDEA: KATA TUGAS PUNCA/ SEBAB/ FAKTOR


TEKNIK MENJANA IDEA / ISI KARANGAN
1.
PENANDA WACANA
PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN
Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini
tentang isu
Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah .

NOTA CERPEN BIARKAN SAMUDERA


Biarkan Samudera
(Raihanah Salleh)
SINOPSIS
Mir atau Amirah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak berminat
terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan serta masyarakat.
SOALAN 1:
Kemajuan bidang teknologi maklumat dan komunikasi membawa banyak manfaat kepada kehidupan
masyarakat di Malaysia.
Bincangkan.

KARANGAN A (1)
KARANGAN BAHAGIAN A (TINGKATAN 4)
LATIHAN 1
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk memupuk
semangat kejiranan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KOLEKSI SOALAN KARANGAN TINGKATAN 4 (1)


SOALAN 1:
Kemajuan bidang teknologi maklumat dan komunikasi membawa banyak manfaat kepada kehidupan
masyarakat di Malaysia.
Bincangkan.

KOLEKSI SOALAN KARANGAN B, (EDISI 6)


LATIHAN 26
Kemasukan pendatang asing yang semakin bertambah di rantau ini telah memberi kesan kepada
rakyat dan negara.
Bincangkan kerjasama yang boleh dilakukan oleh Malaysia dengan negara jiran untuk mennagani
masalah tersebut.

KOLEKSI SOALAN KARANGAN B, (EDISI 5)


LATIHAN 21
Puisi tradisional seperti pantun, gurindam dan syair merupakan warisan yang perlu dipelihara.

Berikan pendapat anda tentang keistimewaan-keistimewaan puisi tradisional.

KOLEKSI SOALAN KARANGAN B, (EDISI 4)


LATIHAN 16
Makanan segera dan makanan ringan seperti burger, mi goreng dan kentang goring telah menjadi
pilihan masyarakat kini kerana kesunukan masa untuk memasak sendiri di rumah setelah lewat
pulang dari tempat kerja.

KOLEKSI SOALAN KARANGAN B, (EDISI 3)


LATIHAN 11:
Langkah-langkah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat lebih berkesan sekiranya
dimulakan dari rumah. Bincangkan peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa dalam usaha
menyemai semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak.

KOLEKSI SOALAN KARANGAN B, (EDISI 2)


SOALAN 6:
Kesesakan lalu lintas di Bandar-bandar utama perlu ditasi oleh pelbagai pihak untuk memberikan
keselesaan kepada pengguna jalan raya.
Beri komen anda.

KOLEKSI SOALAN KARANGAN B, EDISI 1


SOALAN 1:
Dalam keadaan kesesakan lalu lintas terutama di Bandar-bandar besar hari ini, anda beraskan sudah
tiba masanya anda menggunakan pengangkutan awam sebagai pilihan utama.
Bincangkan.

PANDUAN MENGEMBAGKAN ISI KARANGAN B, BAGI CALON


CEMERLANG
KATA TUGAS: PUNCA/ SEBAB/ FAKTOR
ISI 1: SIKAP INDIVIDU YANG TERLIBAT
Punca utama menularnya masalah atau gejala ini di Malaysia ialah sikap setiap individu yang terlibat
yang suka melakukan aktiviti negatif.

PANDUAN MENULIS KARANGAN B, BAGI CALON SEDERHANA


LANGKAH 1: CALON HENDAKLAH BACA SEMUA SOALAN YANG DIBERIKAN

Anda akan menerima skrip soalan kertas 1 (1103/1).

Pastikan anda telah menyiapkan karangan bahagian A

Lihat bahagian B, terdapat lima soalan yang dikemukan untuk anda jawab salah satu
daripadanya.

MODUL PEMULIHAN KARANGAN B, CALON LEMAH

TEKNIK: BACA, INGAT DAN TULIS SEMULA


KATA TUGAS: LANGKAH/ USAHA/ CARA/ STRATEGI
ISI 1: PERANAN PIHAK BERKUASA
Antara usaha untuk menyelesaikan masalah ini ialah pihak kerajaan mestilah bertindak dengan lebih
tegas lagi. Tindakan ini akan menyedarkan orang yang terlibat akan kesalahan mereka.
1

MODUL PEMULIHAN KARANGAN B, CALON LEMAH


TEKNIK: BACA, INGAT DAN TULIS SEMULA
KATA TUGAS: SEBAB/ FAKTOR / PUNCA
ISI 1: KELEMAHAN DIRI SENDIRI
Antara sebab berlakunya masalah ini ialah kelemahan diri sendiri. Kelemahan ini boleh dikaitkan
dengan kurang ilmu agama di jiwa.

MODUL PEMULIHAN KARANGAN B, CALON LEMAH


TEKNIK: BACA, INGAT DAN TULIS SEMULA
KATA TUGAS: PERANAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK
ISI 1: MEMBERI DIDIKAN AGAMA YANG SEMPURNA
Antara peranan ibu bapa untuk menjaga anak-anak ialah memberi didikan agama yang sempurna
sejak kecil lagi.

PROSA TRADISIONAL TINGKATAN 4


Prosa Tradisional
(Hikayat Khoja Maimun)
Sinopsis

Bab 1 :
Khoja Maimun yang berasal dari negeri Ajam, mempunyai seorang isteri yang cantik bernama Bibi
Zainab. Pada suatu hari, mereka pergi ke pekan lalu membeli seekor burung Bayan jantan dengan
harga seribu dinar.

TATABAHASA SIRI 1
LATIHAN 1
SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA (1)
[SOALAN PERCUBAAN 2007 SMK DMM)
a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham
akan perbezaan maksud dan penggunaannya.

DRAMA GELANGGANG TUK WALI


SINOPSIS
BABAK 1
Masa: pagi
Tempat: Rumah Pendekar Tuk Wali
Rumah Tuk Wali adalah rumah kampung tradisional Melayu yang mempunyai beranda sebagai
tempat berehat atau ambil angin. Pada dindingnya pula terpamer beberapa bilah keris, lembing dan
pelbagai senjata lama.

May
1

CERPEN PAHLAWAN BUNTUNG


Sinopsis Cerpen
Khalid anak kepada Pak Hassan telah bertemu semula dengan Pak Husain di Kota Bharu sempena
perayaan menyambut ulangtahun hari kemerdekaan negara.

NOVEL SUTERA DALAM LUKISAN


SINOPSIS NOVEL SUTERA DALAM LUKISAN

BAB 1: SURATAN YANG PERLU KUTERIMA


Bujei sedang berada di tebing sungai di kampungnya. Sungai itu cetek dan sentiasa mengalir
walaupun pada musim kemarau. Setiap hari dia pasti berkunjung ke situ untuk mengisi masa
lapangnya.

KARANGAN A
CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
CONTOH KARANGAN LENGKAP:
Belakangan ini, isu pelajar cemerlang semakin hebat diperdebatkan oleh masyarakat kita dalam
media massa di seluruh pelusuk negara.
4

February 7th, 2011


SUTERADALAM LUKISAN
NANTIKAN SINOPSIS MENGIKUT BAB AKAN DIPAPARKAN PADA MINGGU HADAPAN

NOVEL SUTERA DALAM LUKISAN


SINOPSIS KESELURUHAN
Novel ini mengisahkan kehidupan seorang pemuda yang bernama Muhamad Hafiz (Bujei) yang
hidup menderita dan sengsara akibat kematian ibu bapanya sejak diri masih kecil lagi.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2010

Sep
2

September 2nd, 2010


SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MANYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI BAGI TAHUN
INI KEPADA SEMUA PELAJAR YANG MENGGUNAKAN BLOG SAYA INI. MAAF ZAHIR
DAN BATIN SEMOGA ANDA SEMUA BERGEMBIRA PADA HARI LEBARAN NANTI.
JANGAN LUPA MEMOHON KEMAAFAN DARIPADA IBU BAPA TERCINTA.
1

RAMADHAN TIBA

KETERANGAN:
1. Maksud Puasa pada syarak ialah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa
dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa, kerana mengharapkan
keredhaan Allah.
2.

LATIHAN
SOALAN
Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk
meningkatkan sumbangan sector pelancongan terhadap ekonomi Negara.
Bincangkan tanggungjawab seluruh rakyat untuk menjayakan kempen tersebut.

July 15th, 2010


SOALAN:
Hidup Sihat Tanpa Dadah merupakan satu slogan yang patut diberi perhatian oleh semua pelajar.

LATIHAN
SOALAN
Semangat kejiranan sangat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat.
Jelaskan pendapat anda tentang cara-cara memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
Malaysia.
Rangka (10 minit)
Pendahuluan:
Tema: Semangat kejiranan menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat.

LATIHAN
SOALAN:
Isu gejala sosial dalam kalangan remaja sedang hebat diperkatakan oleh masyarakat di negara kita
apabila meningkatnya gejala penagihan dadah, pergaulan bebas dan buang bayi. Pelbagai langkah
telah diambil untuk menangani masalah tersebut, namun tetap gagal membendungnya.

LATIHAN
SOALAN:

Ibu bapa amat berperanan untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam diri anak-anak. Huraikan
langkah-langkah yang wajar diambil oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan ini dalam diri anak-anak.

LATIHAN KARANGAN
SOALAN:
Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysia semakin terhakis.
Anda sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk mengekalkan budaya
warisan rakyat Malaysia.

PERIBAHASA UNTUK KARANGAN SPM


Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

LATIHAN 1
Dewasa ini, semangat patriotik dalam kalangan genrasi muda sering menjadi topik perbincangan
hangat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Hal ini demikian kerana semangat cinta akan tanah
air kian terhakis dan hilang dalam jiwa generasi muda hari ini.

SELAMAT MEDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN 2010


JANGAN MEDERHAKA KEPADA IBU BAPA KITA
LATIHAN TATABAHASA
Latihan Membina Ayat
SPM 2004
3.(a).
i. garis panduan
_____________________________________________________________________
ii. baik pulih
__________________________________________________________________________
iii.

KEMPEN AMALAN MEMBACA


AMALAN MEMBACA
1995
Mari Membaca Bersama
1996
Generasi Berilmu Penggerak Wawasan
1997
Melangkah ke Era Siber: teruskan dengan membaca Mendalami Ilmu Pengetahuan: teruskan dengan
membacaMenjelajahi Dunia Ilmu: teruskan dengan membaca
1998
Kalau dahulu saya amalkan membaca - anda masih belum t

KENANG PENGORBANAN IBUMU WAHAI ANAKKU


NAZAM KASIH AYAH DAN IBU
Ibu mengandung sembilan bulan,
Lebih dan kurang tak ditentukan,
Lahirkan dikau berapa kesakitan,
Berpantang pula minum dan makan.
Cukuplah masa sampai ketika
Lahirlah engkau ke dalam dunia
Barulah suka ibu dan bapa
Kepada engaku sangat kasihnya.

KEINSAFAN MASIH BELUM TERLAMBAT


CARA MENANGANI KERCUNAN MAKANAN
Makanan Bersih Keluarga Sihat
Tema yang dipilih pada tahun ini ialah " Makanan Bersih Keluarga Sihat ".
Selarasdenganpertumbuhan ekonomi yang pesat, sektor industri pemakanan khususnya premispremismakananturut berkembang.

Apr
28

BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT


ISU PENDATANG ASING
Kesan kemasukan pekerja asing ke Malaysia
Malaysia adalah antara 10 buah negara teratas yang tersenarai sebagai penggaji warga asing tertinggi
di dunia.

MENANGANI MASALAH PELAJAR MASA KINI


Peranan institusi keluarga bagi mengatasi jenayah pelajar
Kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar mengenai pembabitan pelajar
sekolah dalam kegiatan jenayah yang semakin membimbangkan wajar diberi perhatian serius oleh
semua pihak.

KATA TUGAS
Golongan Kata Tugas
Hadir dalam ayat untuk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis tertentu. Jadual berikut menjelaskan
fungsi kata tugas.

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG


CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG.

1 . TAAT KEPADA ALLAH


2.

MENGHORMATI IBUBAPA DAN MENDOAKAN MEREKA.

3.

MENGHORMAT DAN MENYAYANGI GURU.

4.

MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA DIRI SENDIRI

5.

SENTIASA BERDOA DAN BERSYUKUR KEPADA ALLAH.

6.

SELALU BERTAWAKKAL DAN REDHA KEPADA ALLAH

7.

BERIMEJ POSITIF DAN KEMAS.

8 BERMOTIVASI TINGGI DAN MELAKUKAN SEMUA PEKERJAAN


DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH
9.

MAHIR STRATEGI DAN TEKNIK BELAJAR

10. MAHIR CARA MENGHADAPI PEPERIKSAAN


11. SUKA KEPADA SEMUA MATA PELAJARAN YANG DIPELAJARI
12. BERKAWAN DENGAN ORANG YANG BERFIKIRAN POSITIF
13. MENOLONG KAWAN YANG MEMERLUKAN
14. MENJALANKAN KEGIATAN RIADAH (BERSUKAN) UNTUK
MENYIHATKAN TUBUH BADAN

Soalan.
Hampir setiap hari media massa membuat liputan tentang peningkatan kadar kemalangan jalan raya.
Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menanganinya.
Rangka karangan.
Pendahuluan.

Media massa banyak memaparkan berita tentang peningkatan kadar kemalangan jalanraya.

Isu ini sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat, terutamanya di musim perayaan.

Peranan pihak polis - Ops Sikap - menjalankan pemeriksaan di jalanraya - musim perayaan.

Peranan Jabatan Pengangkutan Jalan - lesen memandu

Servis Kenderaan

Sikap pemandu

Isi

Keadaan jalanraya

Penutup

Berpadu tenaga - mengurangkan kadar kemalangan jalanraya

Contoh karangan. (Siti Munirah Kamarudin, Tingkatan 3I, SMK Tun Mutahir, 2011)

Media massa sering memaparkan berita mengenai peningkatan kadar kemalangan jalanraya. Isu
ini sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat terutamanya pada musim perayaan.

Terdapat beberapa langkah yang bole diambil bagi mengurangkan kadar kemalangan yang sentiasa
meningkat dari tahun ke tahun ini. Antara langkah-langkah bagi menangani peningkatan kadar
kemalangan jalanraya ialah peranan pihak polis. Peranan polis amat penting dalam memastikan
peningkatan kadar kemalangan dapat dikurangkan terutamanya pada musim perayaan iaitu dengan
mengadakan Ops Sikap atau sekarang dikenali pula dengan Ops Selamat. Ops Sikap ialah satu
operasi keselamatan jalan raya yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia bagi memastikan
keselamatan pengguna jalan di Malaysia semasa musim-musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri,
Deepavali, Hari Natal dan Tahun Baru Cina.

Selain itu, pihak media massa juga sering mengiklankan di kaca-kaca tv dan radio supaya pemilik
kenderaan menghantar kenderaan mereka untuk penyelenggaraan sebelum memulakan perjalanan
balik ke kampung. Penyelenggaraan enjin dan tayar amat penting untuk memastikan kenderaan anda
berada pada tahap terbaik agar perjalanan anda menjadi lancar.

Sikap pemandu yang lalai dan terburu-buru seringkali menjadi faktor utama berlakunya
kemalangan jalanraya. Sikap pemandu yang lalai dapat dilihat apabila seorang pemandu bas tertidur
kerana letih mencari nafkah untuk diberi kepada anak dan isteri. Dalam hal seperti ini, pemandu bas
sepatutnya berhenti sebentar di hentian rehat dan rawat yang banyak disediakan di sepanjang
lebuhraya. Akibat sikap pemandu tersebut yang lalai dan terburu-buru untuk meneruskan perjalanan
boleh menyebabkan berlakunya kemalangan hingga menyebabkan kecederaan parah atau kematian.
Sehubungan itu, pemandu-pemandu amat digalakan untuk memastikan diri sentiasa cergas dan tidak
mengantuk semasa memandu. Janganlah diikutkan sangat perasaan bak kata pepatah, 'ikut hati mati,
ikut rasa binasa'.

Seterusnya keadaan jalanraya yang berlubang-lubang dan tidak rata juga sering menyebabkan
berlakunya kemalangan. Dalam hal ini, Jabatan Kerja Raya atau lain-lain jabatan yang terlibat dalam
penyelenggaraan jalanraya perlulah menjalankan peranan masing-masing dengan membaikpulih
jalanraya yang rosak. Janganlah tunggu sehingga berlaku kemalangan baru hendak dibaikpulih.

Konklusinya, semua pihak harus memerah keringat dalam mencapai matlamat kita yang satu iaitu
mengurangkan kadar kemalangan jalanraya terutamanya di musim perayaan. Oleh itu, kita semua
hendaklah berusaha dan berganding bahu dalam membendung kemalangan jalanraya yang semakin
berleluasa.

Karangan (Fakta) Mengurangkan Kemalangan


Jalan Raya
Posted September 4, 2012 by tatapanminda in Bahasa Malaysia (Karangan), TINGKATAN 3.
Tinggalkan Komen

Soalan :
Jumlah kemalangan jalan raya dicatat sepanjang program Ops Sikap dilancarkan menunjukkan
peningkatan yang amat membimbangkan. Jelaskan cara-cara untuk mengurangkan jumlah
kemalangan jalan raya yang perlu diamalkan oleh setiap pengguna jalan raya di negara ini.
Sampel Jawapan
Setiap tahun, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Operasi Ops Sikap telah dilancarkan oleh
pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Langkah ini dilaksanakan untuk mengawal berlakunya
kemalangan jalan raya ketika sambutan perayaan ini. Program ini dilancarkan sebagai sebahagian
daripada tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengawal jumlah kemalangan jalan raya yang tercatat
sepanjang musim perayaan Apakah langkah-langkah yang terbaik yang perlu diamalkan oleh
pengguna sendiri untuk mengelakkan kemalangan jalan raya ini berlaku?
Langkah yang pertama, pemandu yang hendak memulakan sesuatu perjalanan perlulah berada pada
tahap fizikal dan mental yang baik. Oleh itu, pemandu disarankan untuk mendapat rehat yang
secukupnya sebelum memandu. Pemandu hendaklah berehat seketika jika berasa letih atau
mengantuk ketika memandu. Hal ini demikian, pemandu akan dapat mengawal diri dan kenderaan
mereka dengan sempurna dalam usaha mengelakkan kemalangan.
Pengguna jalan raya juga disarankan untuk memastikan kenderaan mereka dalam keadaan yang baik
dan sempurna .Sebelum memulakan sesuatu perjalanan yang jauh pengguna digalakkan untuk
menyelenggara kenderaan mereka. Selain itu, brek, lampu brek, lampu utama dan sebagainya
perlulah juga dipastikan dapat berfungsi dengan baik. Semua perkara ini penting dilakukan demi
mengelakkan kemalangan jalan raya.

Semasa pemandu sedang menggunakan jalan raya, mereka hendaklah sentiasa berhati-hati dan peka
akan keadaan sekeliling. Pemandu perlulah memandu secara berhemah dan berdisiplin. Sekiranya
berlaku keadaan kecemasan, pemandu akan dapat bertindak dengan pantas dan selamat. Bak katakata hikmah pandu cermat jiwa selamat
Pengguna jalan raya juga hendaklah mematuhi peraturan jalan raya. Sebagai contoh, mematuhi had
laju yang ditetapkan, mematuhi lampu isyarat di persimpangan jalan ,sentiasa memakai tali pinggar
keledar atau topi keledar. Hal ini penting untuk menjamin keselamatn diri sendiri serta pengguna
jalan raya yang lain.
Dengan mengamalkan langkah-langkah yang telah dinyatakan, diharapkan kemalangan jalan raya
sewaktu musim perayaan dapat dielakkan dan banyak nyawa dapat diselamatkan.

You might also like