You are on page 1of 31

RESEPI KUEH MUEH.

SELAMAT MENCUBA
KEK LAPIS
MONIKA

PUDING BATIK

FUCUK BERINTI AYAM

ROTI SARDIN GORENG CILI PADI

POPIA UDANG

SERIMUKA

BERRY'D TREASURE

ICE BLENDED COFFEE

KEK OSAMA
LADEN

KARIPAP

FAMOUS AMOS COOKIES

KEK KUCH-KUCH HOTA HAI

LOMPAT TIKAM

TART GULUNG

SUGEE BISCUITS

CUCUR PISANG ISTIMEWA

RESIPI MUFIN

CHEESE CAKE

TART GULUNG/BUAH

WADEH TEPONG GANDUM

JEM NANAS

PUDING ROTI

KUIH KOLE KACANG

REMPEYEK KACANG TANAH &


TUMPI

FRUIT TART

TART NENAS

BISKUT SARANG SEMUT

CHOC CORNFLAKE MACARONI

BUBUR SOM-SOM

BISKUT MAMA CARRIES

BISKUT SEMPERIT CORNFLAKES MADU

KUIH ROS

BISKUT BADAM

CHOC CORNFLAKES

CORNFLAKES CRUNCHIES

BISKUT SUJI

KUEH TAKOO

LAPIS COFFEE PRINCESS

CHOCOLATE CHIPS COOKIES

PUDING TELUR

KEK BUAH PRUNE

MASALA VADAI

BISKUT MAMACARRIES

PUTU KACANG

BUAH ROTAN

SAGU GULA MELAKA

FRUITS PUNCH KOKTAIL SPECIAL

KEK COKLAT BASAH/LEMBAB

KEK LAPIS MONIKA


Cik Comel
Bahan-Bahannya:
20 biji kuning telur
8 biji putih telur
300 gm gula halus
300 gm mentega
1 camca teh esen vanila
1 sudu besar pes coklat
180 gm tepung gandum
4 sudu besar susu tepung
1 camca teh rempah kek
1 camca teh serbuk koko
Cara Menyediakannya:
1. Pukul putih telur bersama gula hingga pekat. Kemudian,
masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan mentega.
Pukul lagi hingga pekat.
2. Masukkan tepung, rempah kek, vanila dan susu tepung.
Kacau rata.
3. Asingkan semangkuk kecil adunan, bancuh bersama serbuk
koko dan pes coklat. Kacau rata.
4. Kemudian, masukkan dalam uncang (kertas) paiping.
5. Bakar kek selapis demi selapis. Setiap lapis dipicitkan warna
coklat. Setiap satu lapis, tuang dua senduk adunan.

Back to Index

PUDING BATIK
Cik Comel
Bahan-Bahannya:
600 gm biskut marie (pecahkan 4)
250 gm mentega
5 sudu besar koko
5 sudu besar milo
1 cawan gula
tin susu pekat
1 camca kecil esen vanila
5 biji telur (pukul sampai kembang)
1 cawan air

Cara Menyediakannya:
1. Kesemua bahan-bahan di atas (kecuali biskut) dicampurkan,
masukkan ke dalam periuk & dikacau selalu.
2. Kecilkan api sedikit, kacau lagi sampai pekat. Kemudian bila
sudah masak, tuangkan ke dalam bekas yang sebelumnya
diatur biskut marie di dasarnya.
3. Tekan-tekankan adunan agar bahan-bahan tersebut mampat
& biarkan seketika.
Back to Index

FUCUK BERINTI AYAM


Cik Comel
Bahan-Bahannya:
100 gm isi ayam
100 gm ubi keladi (diparut)
4 keping fucuk
10 ulas bawang merah ] dihiris
5 ulas bawang putih ]
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
sudu kecil minyak bijan
Garam secukup rasa
Bahan sos:
10 tangkai cili kering ]
5 ulas bawang putih ] dikisar
Sedikit halia ]
cawan cuka makan
3 sudu gula pasir
Garam secukup rasa
Cara Menyediakannya:
1. Gaulkan isi ayam dengan keladi parut. Kemudian masukkan
bahan yang lain. Perapkan selama 30 minit.
2. Gulungkan bahan tadi dengan fucuk sebesar kulit popia.
Kemudian gorengkan.
3. Satukan bahan sos dam masak selama 10 minit.
4. Hidangkan fucuk ayam dengan sos.
Back to Index

ROTI SARDIN GORENG CILI PADI

Cik Comel
Bahan-Bahannya:
100 gm sardin
4 sudu kuah sos tomato di dalam sardin
7 tangkai cili padi - dihiris
1 ulas bawang putih - dicincang
1 ulas bawang merah - dicincang
1 labu bawang besar - dihiris
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar minyak
Sedikit serbuk lada hitam dan garam
4 keping roti sandwic putih
Cara Menyediakannya:
1. Panaskan minyak goreng sardin sebentar, angkat dari kuali
dan tumis bawang putih cincang hingga wangi, masukkan
cili kisar.
2. Masukkan sardin dan hancurkan dengan senduk, tuangkan
sosnya kacau sebentar. Masukkan pula hirisan bawang besar.
Perisakan dengan garam serta percikkan serbuk lada hitam
tumbuk mengikut rasa.
3. Padamkan api dan masukkan cili padi kacau rata dan angkat dari
dapur. Potong keliling roti. Isikan inti sardin dan gulung kemas-kemas.
Jika suka dipotong menjadi gulungan kecil.
Back to Index

POPIA UDANG
Carrie
Bahan-Bahannya :
Udang besar yang sudah dikopek - 200gram
Kulit popia - 50 pcs sederhana besar
kepingan atau bukuan cheese - potong kecil2 - 50 biji potongan
lada sulah. - sesuka ati
serbuk perasa - sesuka ati
Cara membuatnya
Udang digaul bersama semua bahan, buka kepingan kulit popia,
isikan cheese dan udang.
Lipat dan gulung kulit popia sapukan bancuhan tepung untuk
menjadi gam.
lepas tu goreng la.
Ok dah tu...
Back to Index

BERRY'D TREASURE
Cik Comel
Bahan-Bahannya:
Bahan Kisar
Buah Blue Berry 60g
Buah Pisang Emas 50g
Gula 40g
Air 80ml
Ice 3 Cawan
Vanilla Powder 180 gram (with sugar added)
Sweadish Berry Tea ( boleh Dibeli di Coffee Bean
atau kedai menjual teh )
Cara Menyediakannya:
Campurkan Ice kedalam Pengisar kemudian masukkan bahan
yang telah di kisar. lalu di tambahkan vanilla powder dan
sweadish berry tea, lalu dikisar hingga 1 - 1 1/2 minit
Back to Index

ICE BLENDED COFFEE


Bahan-Bahan:
A
2 sudu susu pekat manis
1 sudu milo
1 sudu serbuj koko
sudu serbuk kopi
B
Ketulan ais
1 gelas air
Cara Menyediakannya:
1. Larutkan bahan A dalam sedikit air panas.
2. Selepas itu masukkan bahan A dan bahan B dalam pengisar.
Sedap diminum semasa sejuk jika tidak manis campurkan air gula.
Back to Index

SERIMUKA
Permela Nadarajan
Bahan2nya
2 cawan beras pulut
3 1/2 cawan santan
sedikit garam
Bahan2 utk kepalanya
2 cawan santan
1 cawan air daun pandan dicampur sedikit kapur sirih
1/2 cawan gula
1 biji kuning telur
1 sudu makan tepung jagung
3/4 tepung gandum
sedikit garam
Cara membuatnya
1)Bersihkan pulut & toskan airnya. Masukkan ke dalam loyang kemudian ambil 3 1/2 cawan santan
tadi tuangkan & gaulkan pada pulut.
Setelah itu kukus hingga masak. Bila masak ratakan sehingga padat di dalam loyang dan ketepikan
buat sementara waktu.
2) Campurkan santan,air daun pandan kemudian masukkan gula & kuning telur yg telah dikacau
terlebih dahulu. Ayak tepung gandum & jagung, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan
santan dan kacau supaya tidak bergentel, kemudian tapiskan.tambahkan sedikit garam & kacau
supaya tidak bergentel & ditapis.Setelah itu tuangkan ke atas pulut di dalam loyang & kukuskan
semula sehingga cukup masak.
Back to Index

KEK OSAMA LADEN


Jm
Bahan-bahan:10 bj telur ayam
200 gm gula halus
250 gm tep. hongkong
1 sudu makan ovallete
4 sudu makan susu pekat
450 gm mentega
1 tin tinggi serikaya

20 gm coklat masakan (lebih coklat pun sik hal)


1 sudu makan nescafe
1 sudu teh perasa sunkist (atau mana-mana perasa)

Cara membuatnya:1. Telur + gula + tepung + ovallete - pukul hingga kembang.


2. Mentega + susu + serikaya - pukul hingga putih.
3. Satukan 1 & 2.
4. Bahagi kepada 2 bahagian

1 coklat (dicairkan) masukkan nescafe


1 biar warna asal masukkan perasa sunkist

5. Bakar 5 sudu warna coklat dan tekan dengan acuan zig-zag. Lapis
warna asal dan tekan lagi dengan acuan yang sama.
6. Gunakan acuan 8" x 8".
Back to Index

KEK KUCH-KUCH HOTA HAI


Jm
Bahan-bahan:10 biji telur ayam
2 bungkus mentega 250gm
1 botol peanut butter
1 cawan tepung roti Marie
1 cawan susu manis

1 cawan tepung gandum


1 cawan gula halus
1 botol kecil horlick
1 tin kecil Milo
sedikit bijan
sedikit vanilla
Pewarna ikut suka

Cara membuatnya:1. Mentega dan gula dipukul sampai kembang & masukkan telur satu
persatu dan
gaul hingga rata
2. Masukkan tepung gandum, kemudian gaul sampai sebati
3. Masukkan tepung roti Marie, susu dan gaul hingga rata
4. Kemudian masukkan vanilla
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian - 1 masuk horlick, 2 milo & 3
peanut butter (warnakan ikut suka hati)
6. Masuk 1 senduk adunan horlicks ke dalam acuan dan kukus apabila
telah masak tabur bijan dan diikuti dengan kedua-dua adunan milo & peanut
butter. Setiap lapis hendaklah ditaburkan bijan & buatlah begitu
selapis-selapis hingga habis.
Back to Index

KARIPAP
MIJAE

Karipap ni boleh dibakar dalam oven or fried. ikut suka hati...kalau


baked lagi sedap pasal tak de minyak.
Bahan-bahan:pastry :
100gm plain flour
50gm wholemeal flour (kalau tak de, guna aje plain flour)
40gm butter
40gm shortening (kalau tak de, guna butter)
1 beaten egg mixed with 1 tablespoon water
1/4 tsp salt
cara-cara :
1. Mix salt into flour mixture.
2. Mix butter + shortening into flour mixture, make it into bread
crumbs. maknanya jgn uli, guna hujung jari gaul kan butter & tepung
sampai dia jadi berderai2 macam serbuk roti.
3. Add the beaten egg little by little until flour becomes a firm
dough. Lebihan telur disimpan untuk disapu atas karipap masa nak bakar
nanti. jgn diuli dough tu, coz too much handling will make the dough
keras and tak sedap.
4. Wrap the dough in cling wrap and leave it in the fridge for 30
mins.
5. Make dough in balls the size of limau purut or ikut suka hati how
big/small u want ur puffs to be. tips : roll the balls in between a
piece of cling wrap so that dia tak melekat-lekat kat roller and ur
work table.
6. Put the filling ( ikut suka hati la, nak letak sardine ke, chicken
or beef) in the middle and fold it over. pas tu buat la klim kat tepi
dia macam karipap tu or if u prefer, flatten the edges and press with
a fork so ada macam pattern sikit...ala yg macam kat bakery. last
sekali sapu lebihan telur tadi kat atas the puffs. kalau nak goreng,
tak payah le buat ni.
7. Masukkan kat dlm oven and bake at 150 C for 20 mins.
Pastry karipap ni memang cun rasanya. selamat mencuba!
Back to Index

FAMOUS AMOS COOKIES


Inderjeet
2 cups butter
4 cups flour
2 tsp baking soda
2 cups granulated sugar
2 cups brown sugar
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal & blend in blender to a fine
powder)
24 oz chocolate chips

1 tsp salt
18 oz cadbury bar (grated)
4 eggs
2 tsp baking powder
3 cups chopped nuts (your choice)
2 tsp vanilla
1.
2.
3.
4.

Cream butter and both the sugars.


Add eggs and vanilla.
Mix together flour, oatmeal, salt, baking powder and soda.
Add chips, cadbury bar and nuts. Roll into balls and place
2 inches apart.
5. Bake for 10 mins at 375 o C. Makes 112 cookies
Back to Index

CUCUR PISANG ISTIMEWA


Puti Mazura Binti Mashudi
Bahan-bahan serta caranya :
2 mangkuk pisang ( pisang asam ) yang sudah dikupas, buangkan urat dan
lenyek sehingga lembik.
Masukkan 2-3 senduk gula merah dan lenyek & gaul rata.
Masukkan sebiji telur ayam ( yang dipukul kembang jika tak pakai
bicarbonate soda ), gaul rata.
Secubit bicarbonate soda , setengah cawan susu penuh krim dan
semangkuk tepung gandum + secubit garam. Gaul semua rata rata.
Set aside.

Panaskan kuali, masukkan minyak yang banyak. Panaskan.


Api mesti sederhana. Masukkan daun pandan yang telah disimpul
dan bila dah agak garing, keluarkan. Boleh mula gorengkan
jemput-jemput. Either guna hujung jari ataupun dua sudu kecil.
Goreng terendam sehingga agak garing, balik-balikkan. Boleh angkat
dan serve.
P/S : Ttakde bicarbonate soda pun takpe tapi nanti tak gebu,
lembik je. Itu yang orang panggil cekodok penyek.
Alternatively, you boleh guna self raising flour ataupun you pukul
telur ayam hingga kembang sebelum masukkan dalan adunan.
Susu penuh krim tu fresh milk yang tak di skim kan. Susu ideal pun
boleh. Susu tepung anak pun boleh. Mangkuk yang digunakan
( utk sukat pisang dan tepung ) apa apa mangkuk pun boleh tapi
kena sama. Kalau mangkuknya besar, mungkin kena adjust gula,
susu, garam. Bolehlah guna mangkuk nasi cina tu. Tapi ratio tepung
dengan pisang mesti 1:2.
Boleh, memang boleh guna susu ideal/HL. About the gula, you can
use senduk nasi. ( satu senduk nasi lebih kurang 3 sudu makan kot ).
Adjust ikut suka ye. Satu lagi petua, boleh guna gula pasir tapi
kurangkan sikit dan tambahkan 1 sudu makan kicap manis, jangan
letak garam. Betul ni, tak tipu. In fact kalau nak masak pengat,
guna gula pasir + kicap manis.

The food taklah banyak kolestrol. Yang banyak kalori in the


form of sugar. Kekadang I buat letak gula sikit aje. Anggaran satu
senduk. Tapi it actually depends on how ranum the pisang are.
Memang dia sepatutnya rangup di luar and cair di dalam.
Kalau you rasa tak suka "cair" sangat, you can use susu tepung
instead of susu cair. Sebenarnya the same adunan boleh digunakan
untuk buat banana pancake ( kalau tak suka minyak banyak ).
Caranya, panaskan non-stick pan, lengserkan dengan butter
( keluarkan lebihan butter ), masukkan 2 sudu besar adunan dan
ratakan, bila sebelah bawah dah masak, terbalikkan and masak the
other side. Keluarkan and hidangkan panas-panaskan. Kalau nak
lagi menggemukkan ( which is usually delicious ) makan dengan
kuah custard. Bagus untuk breakfast bersama suami atau isteri tercinta

Back to Index

WADEH TEPONG GANDUM


Umyah

Bahan-bahan
14oz tepong gandum
4oz tepong wade (white urad flour)...carilah kat kedai mamak sure ade.....(Kalo kat Spore boleh beli
kat kedai Rasool Serangoon Rd).
11oz air
1 1/2 sudu teh garam
Ajinomoto kalo suka
1 sudu besar yeast (instant yeast)
1 sudu teh potas
2 biji telor
1/2 sudu lada hitam ditumbuk halus
1 inc halia hiris halus **
150gm bawang kecil hiris halus **
3 tangkai daun kari hiris halus
2 batang lada hijau hiris halus
Udang hidup secukupnya
Minyak utk deep fry.
Note** kalau tak suka tergigit bawang/halia boleh diblend.
Caranya
Campurkan semua bahan di atas kecuali udang dan minyak dan biarkan selama sekurang-kurangnya
1 1/2 jam.
Cara Menggoreng.
Setelah diperap bahan akan mengembang. Oleh kerana adunan ni lembut dan melekat kat tangan,
sarungkan tangan kiri dengan plastic. Basahkan tangan kanan dgn air.
Ambil sejemput adunan dan tepekkan kat tangan kiri. Buat satu bulatan spt donut, letakkan udang
diatasnya dan
perlahan-lahan masukkan dalam kuali ( minyak mesti banyak). Aromanya.. kalah mamak kat kedai
you...
Note: Kena banyak praktis untuk menggoreng.....baru wadeh boleh cun..

Wadeh ni lembut dan sedap dimakan panas-panas bersama Cili Hijau :)

Back to Index

LOMPAT TIKAM
Rosni Binti Md. Nor
Bahan-bahanya:1 bungkus tepung beras
1 bungkus gula merah / gula kabung
1 cawan gula putih
11/2 biji kelapa
sedikit kapur sireh
daun pandan
secubit garam

Cara-caranya
Untuk air gulanya.
masak gula merah, gula putih, daun pandan, garam dan air anggaran
jangan cair sangat, biar pekat sikit.
Untuk bahagian bawah yang berwarna hijau.
Blend daun pandan dengan air ambilkan airnya.
Bancuh 70 % tepung beras dengan jus pandan, untuk cantikan warna hijau
bubuh sedikit pencelup hijau.
bubuh sedikit sahaja air kapor (tujuan bagi memperjalkan tepung)
Bagi mempastikan bancuhan ok pastikan bancuhan lekat sedikit kepada
senduk.
Ini sangat penting kerana ia menentukan kepekatan adunan.
Masak adunan sehingga ia masak, pastikan dikacau sentiasa.
Adunan masak apabila ia mengelembung dan pecah (seperti gunung berapi
meletup)
Angkat dan masukkan kedalam acuan dan ratakan.
Bancuhan untuk Bahagian putih
30 % daripada tepung beras di bancuh dengan santan
Pastikan bancuhan seperti adunan hijau.
tidak perlu masukkan air kapur.
Masukkan garan secukup rasa (biar masin sedikit sahaja)
Kacau adunan atas api sehingga masak jangan terlalu lama nanti naik
minyak tak sedap
Ini puan kena agak-agak ok.
Tuang adunan yang telah masak keatas adunan hijau tadi.
Tunggu sehingga adunan keras dan boleh di makan dengan air gula.
Back to Index

RESIPI MUFIN
Kassims Plaza

Bahan-bahannya
150 gm butter
3/4 sugar powder
1 tsp vanila esen
2 biji kuning telur
2 biji telur
1/4 cawan tepung serba guna
1/4 tsp soda penaik
1/4 tsp serbuk penaik

Cara-caranya
pukul mentega dan gula hingga kembang masukan esen vanila, kuning telur, telur pukul hingga sebati
masukan tepung, soda penaik, serbuk penaik, kacau hinga sebati kemudian tuang kan adunana ke
acuan mufin bakar 180 dg 45 minit
Back to Index

TART GULUNG
Mama Sayang
Ingredients
300 gm plain flour
200 gm butter
50 gm milk powder
50 gm sugar powder
3 egg yoks
1 egg white
tsp salt
tsp vanilla

Method
Beat the egg yolk and egg white together with the
sugar powder add in all the flour, salt and vanilla
and mixed it to form a dough. (kalau lembik tambah
tepung sedikit). Masukkan inti tar dan gulung lah
seperti bantal. Dan bakar lah suhu about 180deg 30
mins.
Back to Index

SUGEE BISCUITS
Mama Sayang
Ingredient
250 gm Ghee (QBB brand green can)
200 gm castor sugar
550 gm plain flour
50 gm semolina flour (sangar dahulu)
30 gm grind cashew nut
1 teaspoon bicarbonate of soda
1 teaspoon salt

Method
Mixed all the ingredients and make a shape of ball.
Bake for 30 minutes at 180 Deg.
Back to Index

CHEESE CAKE
Nurazyyati Abdullah
Bahagian Base :
12 kpg biskut digestive
3-4 sudu besar butter
3 sudu besar gula

hancurkan/blend biskut menjadi serbuk


- cairkan butter ( guna api kecil ), campurkan gula sekali ( cukup
sekadar kedua2nya cair )
- sediakan acuan ( sapu sedikit butter supaya tak melekat )
- cepat2 campurkan cairan tadi dgn serbuk biskut, then masukkan ke
dlm acuan tekan sikit2 )
- bakar selama 5 minit

Bahagian Cheese :
1 bar Philadelphia cream cheese
4 biji telur
3/4 tin susu pekat manis
1/2 biji lemon jus ( 2 sudu besar )

- gunakan mixer, putar cheese, then masukkan telur sebiji demi sebiji
- masukkan susu, sambil putar
- masukkan lemon jus
- tuangkan ke dlm acuan tadi ( atas base )
- bakar selama 40-45 minit

- biarkan sejuk ke suhu bilik sebelum masukkan ke dalam freezer.


Back to Index

TART GULUNG/BUAH
Mariana
Bahan-bahannya
1 buku buttercup (guna brand lain pun boleh, tapi buttercup lagi lemak
dan lembut)
4 cwn tepung
2 biji kuning telur
1 sudu gula
1/4 cwn air sejuk (ais)
Back to Index

JEM NANAS
2 biji buah nanas besar
2 batang kayu manis
1 kilo gula
pewarna ikut suka

caranya
blend/parut nanas. tuang nanas bersama dengan airnya kedalam kuali dan
masukkan kayu manis. Bila agak agak kering masukkan gula, pewarna dan
sedikit garam. angkat bila telah kering dan sedikit kental.

Cara membuat doh


pukul butter+gula hingga sebati. masukkan telur, air sejuk, dan masuk
tepung sedikit demi sedikit hingga habis. dan bentukan spt buah / gulung.

note: jgn uli tpg terlalu lama, agak2 dah sebati berhenti. Apa2 jenis
biskut bila dikacau/uli terlalu lama akan 'mati' tepung tersebut. sebab itu
biskut tak lembut dan gebu.
Back to Index

PUDING ROTI
Ita
Bahan-bahannya
5 biji telur ayam
1 tin susu cair
4 keping roti putih
5 sudu gula
1 sudu esen vanila
1/4 cawan gula - untuk dibuat gula hangus

cara membuatnya :1. Buat gula hangus dan sejukkan dalam loyang.
2. Roti dipotong kecil-kecil dan direndam bersama susu cair.
3. Telur dipukul bersama gula dan esen vanila sampai kembang.
4. Satukan adunan dan masukkan ke dalam loyang.
Dikukus sehingga masak.
Back to Index

KUIH KOLE KACANG


Sazlyna Ramly
Bahan-bahan :
500 gm tepung kacang hijau
30 gm gula melaka (dimasak dengan 1 cawan air ditapis dan disejukkan)
450 gm gula pasir
1 kampit santan (fresh coconut) dijadikan tahi minyak
1 kampit santan (fresh coconut) dijadikan 1800 ml untuk dijadikan santan cair
3 sudu makan color brown (sarsapella liquid)
garam secukup rasa
1 biji telur
Peraturannya :
1. Campur semua bahan kecuali tahi minyak.
2. Jadikan satu adunan ini didalam kuali kacau rata hingga sebati dan
pekat.
3. Masak diapi yang sederhana, senantiasa dikacau supaya tidak bergentel, terus kacau hingga
adunan menjadi kilat dan berminyak, Adunan ini dikacau selama 30 hingga 40 minyak hingga adunan
tanak.
4. Bila sudah kelihatan berminyak masukkan didalam loyang ratakan dan taburkan tahi minyak.
Sejukan dan boleh dipotong mengikut cita rasa.
Back to Index

REMPEYEK KACANG TANAH DAN TUMPI


Sazlyna Ramly
Bahan-bahan :
300 gm tepung beras
4 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
2 sudu makan jintan putih
6 biji buah keras
50 gm udang kering
4 ulas bawang putih
1 sentimeter kunyit hidup
2 biji telur (kecil)
550-600 ml santan cair (dari 1 biji kelapa)
garam dan serbuk perasa secukupnya
500-600 gm kacang tanah kecil (jemur beberapa jam sebelum digunakan)
ikan bilis kering secukupnya (buang perut dan kepalanya)
(Untuk tumpi: gunakan 300 gm kacan hijau yang direndam selama 8 jam kemudian
toskan airnya.
Cara :
1. Cuci ketumbar dan jintan kemudian toskan dan tumbuk atau kisar bersama buah keras, udang
kering, bawang putih dan kunyit hidup. Jika dikisar, tambahkan 200 ml air.
2. Satukan tepung beras, bahan kisar, telur, santan, garam dan serbuk perasa.
3. Untuk menggoreng rempeyek atau tumpi, panaskan minyak dalam kuali kemudian bubuh sedikit
adunan kedalam senduk bersama sedikit kacang tanah

dan ikan bilis (utk rempeyek) atau kacang hijau dan ikan bilis (utk tumpi),
4. kemudian curahkanadunan di tepi kuali dan biarkan hingga masak.
Back to Index

CHOCOLATE CORNFLAKE MACARONI


Mama Sayang
Bahan-bahannya
4 oz putih telor
6 oz gula castor
5 oz cornflakes
9 oz renchoco chocolate
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh vanilla
Peraturan
Putih telur dan gula dipukul hingga pekat. Masukkan
garam dan vanilla kacau supaya semuanya sebati.
Masukkan pula renchoco dan cornflakes berselang seli
dan gaulkan supaya sebati.
Masukkan sedkit adunan kedalam papercup yg kecil.
Bakar selama 30 minit 150 deg.
N.B : Renchoco chocolate boleh dibeli only dikedai-kedai
yang menjual barangan kuih. Di Singapura kita boleh
beli di Phoon Huat bakery shop atau Chef Warehouse di
Toa Payoh
Back to Index

BISKUT SARANG SEMUT


Mama Sayang
Bahan-bahannya
6 oz mentega
4 oz icing sugar
6 oz tepung gandum
4 oz tepung custard
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu vanilla
secukup chocolate rice
secukup paper cup
Cara-caranya

Pukul gula dan mentega, kemudian masukkan tepung dan


uli hingga sebati. Parutkan adunan ini dan masukkan
kedalam paper cup. dan taburkan chocolate rice
diatasnya. Bakar 150deg 10 mins.
TIPS: jika suka boleh masukan 1/2 biji gajus yang
sudah disanggar di dalam biskut.
Back to Index

BISKUT MAMACARRIES
Mama Sayang
Bahan (a)
250 gm mentega
125 gm icing sugar
275 gm top flour
50 gm tepung jagung
1 sudu makan tepung susu
Bahan (b)
50 ml putih telur
150 gm icing sugar
1 sudu makan tepung jagung
Cara-caranya
Satukan bahan (a) dan putar selama 2 minit. Simpan
dlm peti sejuk 1/2 jam. Canai adun setebal 1.5 cm dan
terap dengan acuan pilihan anda.
Putar putih telur dan gula hinga pekat. masukan tepung
jagung. Bahagikan adunan 2 bahagian yg satu warna
cokelat yg satu biarkan putih.
Sapukan aduan warna putih diatas tepung yg diterap,
kemudian picitkan aduna cokela bentuk melingtang
diatasnya dan gunakan lidi, gariskan bentuk melintang
tadi. Bakar 180deg hingga masak.
Back to Index

FRUIT TART
Mama Sayang
Bahan untuk pastry:
500 gm tepung self raising

250 gm mentega sejuk (dipotong dadu)


150 gm tepung gula
1 biji telur (dipukul sedkit)
air sejuk secukupnya
Peraturan
Tepung dan gula diayak. Gaul mentega, gula dan tepung
hingga menjadi sepert serbuk roti. Kemudian masukkan
telur dan diuli lagi. Masukkan air sejuk sedikit2 dan
uli hingga menjadi lembut. Perapkan doh selama 1 jam
di dalam peti sejuk kemudian terap kedalam acuan pie
kecil2. Bakar selama 175 deg selama 20.
Adunan ini boleh disimpan dipeti sejuk dan simpan di
air tight container. (ika ada balance)
Bahan-bahan custard
200 gm gula halus
300 gm sus cair
150 gm tepung custard
450 gm air
1 biji kuning telur
1 packet agar-agar serbuk (plain)
Bancuh sedikit air, tepung custard dan telur hingga
sebati lalu ditapis. Satukan air dan sus didalm
periuk dan dimasak atas api sehingga berwap. Masukkan
adunan custard dan kacau hingga aduna licin dan pekat.
Masukkan adunan custard kedalam acuan pastri, jangan
isi penuh beri rangan untuk mengisi buah-buahan
hirisan (cocktails). sapukan adunan agar-agar keatas
buah-buah yg telah disusun atas tard dan dimasukkan ke
dalam peti sejuk.
Back to Index

SAGU GULA MELAKA


Aiza
Bahan-bahanya:100gm sagu
50gm gula melaka
biji kelapa (ambil santannya)
kismis - hiasan
Cara menyediakannya :1) Sagu dibasuh bersih kemudian toskan selama 5 hingg 8 minit.
2) Hiris gula melaka dan masak bersama air (seperti buat air gula untuk kuih lopeh)
3) Perah santan masak seketika dengan mencampurkan sedikit garam. Biar lemaknya terasa.
4) Didihkan anggaran 5 cawan air kemudian masukkan sagu. Kacau sebentar dan tutup api.
Kemudian tos sagu dan cuci dengan air sejuk. Masukkan dalam acuan kecil dan biarkan sejuk.

5) Sagu yang dibentuk tadi kemudiannya diletakan gula melaka dan santan.
Hias kismis di atasnya.
Back to Index

CORNFLAKES MADU
Aniza Haniff
Bahan-bahannya :
2 cawan cornflakes
1/3 cawan gula pasir
90 gram mentega
2 sudu besar madu
Sedikit bijan - goreng tanpa minyak
Cawan kertas - bersaiz kecil - secukupnya
Cara Membuatnya :
1. Panaskan gula pasir, mentega dan madu hingga cair di atas dapur.
2. Masukkan cornflakes dan digaul rata. Api bolehlah ditutup.
Masukkan juga bijan yang telah digoreng tanpa minyak. Gaul sehingga rata sekali.
3. Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam cawan kertas sebelum dibakar.
4. Bakar sehingga kuning keemasan - 150 darjah celsius - 10 minit.
Back to Index

BUBUR SOM-SOM
Bahan-Bahannya :
Daun pisang secukupnya
5 cawan santan daripada sebiji kelapa
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
sudu teh garam
Cara-caranya :
Daun pisang dipotong seperti untuk membuat lepat. Layur daun itu terlebih dahulu. Satukan santan,
tepung beras, gula dan garam di dalam kuali. Kacau tanpa henti di atas api perlahan hingga kental.
Angkat dan ketepikan. Ambil 1 sudu besar adunan tadi, letakkan di tengah daun pisang dan bungkus
seperti membungkus lepat. Kukus 15 minit sebelum dihidangkan.
Back to Index

BISKUT MAMA CARRIES


Sazlyna Ramly
Bahan A
180 gram mentega
secubit garam
120 gram gula
sedikit sesn vanila
Bahan B
240 gram tepung protin sederhana

3 sudu besar tepung Hun Kwee


1/2 sudu teh sodium bikarbonat
160 keping mangkuk kertas coklat
220 gram kacang gajus
coklat masak yg telah dicairkan tanpa minyak
Cara
1. Pukul Bahan (A) sehingga ringan dan kembang
2. Ayak bahan (B)
3. Campurkan (A) and (B) sehingga menjadi adunan lembut
4. Isikan adunan ke dalam mangkuk kertas. Letakkan gajus ditengah-tengahnya
5. Bakar sehingga kuning emas pada suhu 180 darjah C selama 25 minit. Biarkan sejuk
6. Ahkir sekali picikan coklat cair ke atas biskut dgn menggunakan nozel no.22

Back to Index

CORNFLAKES CRUNCHIES
Nabilah
Bahan-bahannya
105g butter
1/2 cup castor sugar
1 egg yolk
3/4 cup self-raising flour
100g cornflakes (lightly crushed)
1/4 cup toasted almond nibbles (Note: I used almond powder)
red cherry (dipotong dadu kecil) (Note: I ommitted this)
Cara-caranya
1. Pukul butter & gula hingga kembang; masukkan telur & pukul rata.
2. Gaul tepung, diselang selikan dgn cornflakes, badam & ceri (yes, ceri tu digaul sekali bukannya utk
hiasan)
3. Bentukkan bulat2 kecil & tekan sikit dgn garpu.
4. Bakar hingga masak.
Back to Index

BISKUT BADAM
Siti Solatun
Bahan:
1 cawan mentega
cawan gula pasir yang dah dikisar
3 cawan tepung gandum(sebaiknya guna 'cookies flour'-kalau nak sedap)
100g badam kisar
100g badam dibuang kulit dan dihiris nipis(atau yang siap dipotong)
cawan tepung jagung
2 biji kuning telur - untuk disapu atas biskut
cara:

1.
2.
3.
4.
5.

gula dan mentega digaul rata


masukkan tepung gandum dan jagung sedikit demi sedikit, gaul sampai sebati
masukkan badam kisar tadi, uli sehingga sebati terapkan ikut acuan kesukaan anda
sapukan kuning telur dan susun badan hiris di atas setiap terapan
bakar laa... apa lagi... bakar macam buat biskut biasatu.

Back to Index

PUDING ROTI
Bahan-bahannya
5 biji telur ayam
1 tin susu cair
4 keping roti putih
5 sudu gula
1 sudu esen vanila
1/4 cawan gula - untuk dibuat gula hangus
Cara membuatnya :1. Buat gula hangus dan sejukkan dalam loyang.
2. Roti dipotong kecil-kecil dan direndam bersama susu cair.
3. Telur dipukul bersama gula dan esen vanila sampai kembang.
4. Satukan adunan dan masukkan ke dalam loyang.
5. Dikukus sehingga masak.
Back to Index

CHOC CORNFLAKES
Salina Bte Jefrydeen
15grms margerin / butter
50grms milo
2 sudu makan madu
60grms emping jagung (cornflakes)
choc rice untuk ditabur diatas
Paper cups
Cara-cara
1) Cairkan marjerin / butter dgn api kecil
Bila dah cair, masukkan madu, milo dan kacau hingga rata
Tutup api & kemudian masukkan cornflakes dah kacau hingga cornflakes menjadi coklat
3) Masukkan adunan ke dalam acuan & taburkan choc rice di atasnya.
Selepas itu masukkan ke peti ais hingga sejuk. Lepas tu dah bolehlah makan.
Back to Index

BISKUT SEMPERIT
Yarnbutik
Bahan-bahannya:
3 biji telur
2 biji telur - diambil putih telur
250 gm tepung gandum
350 gm mentega
250 gm tepung jagung
450 gm gula halus
Sedikit susu pekat,vanilla dan serbuk penaik
Bahan hiasan:
Ikut cita rasa anda: ceri merah atau hijau
Cara membuatnya:
Tepung jagung dan tepung gandum di gaul bersama.
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Kemudian putar pula mentega sampai berkrim.
Masukkan tepung bersama susu pekat, vanila, serbuk penaik dan telur yang telah dipukul tadi.
Gaul dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Gunakan acuan biskut semperit untuk menekan doh menjadi bentuk bunga ke dalam loyang
pembakar. Hias dengan ceri. Bakar pada suhu 150 Celcius selama 20 minit.
Back to Index

BISKUT SUJI
Bahan-bahannya:
900gm tepong gandum
2 cawan gula caster
1 cawan tepong suji (samolina)
1 tin minyak sapi QBB (454gm)
1 sudu makan rata bicarbonate of soda
Caranya:
1.Gaul tepong gandom, tepong suji, gula caster dan bicarbonate of soda hingga rata.
2. Masukkan minyak sapi QBB, gaul rata.
3. Perap seketika.
4. Bulatkan ia seperti guli dan bakar 180C ditingkat paling atas oven selama 10 minit (untuk
mendapatkan cracknya). Setelah itu diturunkan ditingkat dua oven pula dan putarkan 160C lebih
kurang 15minit (agak2
lah).
Back to Index

CHOCOLATE CHIPS COOKIES


Shaiha Mahmud

6 camca besar gula perang(Brown sugar)


4 camca besar gula castor
1/2 cawan mentega (dibiarkan lembut)
1 biji telur
1/2 camca teh esen vanila
1 cawan + 2 camca besar tepung gandum )
1/2 camca teh soda bicarbonate ) diayak bersama
1 camca besar serbuk koko )
Secubit garam
1 cawan chocolate chips
3/4 cawan kekacang cincang (campuran gajus/badam/walnut)
Cara Menyediakan
1. Gula perang, gula castor dan mentega dipukul sehingga berkrim.
Masukkan esen vanila dan telur dan gaul sebati.
2. Campurkan campuran tepung yang telah diayak dengan garam. Masukkan bahan tepung tadi ke
dalam adunan mantega tadi. Gaul rata.
3. Akhir sekali masukkan kekacang cincang dan chocolate chips.
Bakar selama 10 - 15 minit pada suhu 180 darjah celcius.
Back to Index

LAPIS COFFEE PRINCESS


Mama Sayang
Bahan A :
20 biji kuning telur (disejokkan)
4 biji putih telor (disejokkan)
50 gm air sejok (putih)
150 gm tepung gandum
250 gm gula castor
1 sudu makan ovallete
1 sudu teh baking powder
Bahan B :
250 gm mentega (cair) - masukkan didalam plastic dan
dicelupkan dalam air panas.
1 sudu makan susu pekat
1 sudu makan coffee oil
1 sudu teh garam
pewarna merah
Peraturan
Pukul di bekas berasingan
Pukul semua bahan A hingga sebati
Pukul semua bahan B hingga sebati
Masukkan Bahan B kedlm bahan A dan dikacau sebati.
Bahagi adunan kepada 2 bahagian, Warnakan 1 bahagian
dengan warna merah dan satu lagi dibiarkan sahaja.
Bakarlah selapis-selapis hingga habis dengan
menggunakan api atas (grill) dan lapis yang terakhir
api atas bawah.

Cara melapis :
2 lapis warna original diikuti dengan 1 lapis warna
merah. Melapis jangan terlalu tipis agak-agak 2
senduk nasi untuk 1 lapis.
Back to Index

KUEH TAKOO
Siti Rahmah
bahagian bawah
1 cawan tepong jagong
1 1/2 cawan gula
6 cawan air pandan + air biasa + pewarna hijau
bahagian atas
1 cawan tepong jagong
1 1/2 cawan gula
santan + air biasa 7 cawan dan garam sedikit
kacau bahagian bawah tuangkan dan kacau pula bahagian atas dan tuang diatas bahagianb bawah.
kacau kena lama sikit sebab semalam saya buat cepat angkat so tak berapa pekat.
Back to Index

PUDING TELUR
Zuraini Yahya
Bahan2nya
5 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan gula + air
Cara2nya
1. gula dimasak utk dijadikan gula hangus
2. Pukul telur sampai kembang dan campurkan susu cair.
3. ratakan gula hangus di dalam loyang dan campurkan adunan telur+susu
4. Kukus sampai masak
Back to Index

KEK BUAH PRUNE


Roziah Musa
Bahan-bahan:
250 gm butter

1
6
2
1
1

3/4 cawan gula


biji telur
cawan tepung naik sendiri
paket prune (tanpa biji) - brand Del Monte
sudu teh esen vanila

Method:
1. Buah prune direbus dgn sedikit air hingga kembang dan pekat.
Kemudian lecekkan.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi
sebiji.
3. Masukkan esen vanila dan prune. Kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan tepung yg telah diayak. Bakar hingga masak.
Back to Index

KUIH ROS
Bahan-baahannya
2 tin susu tepung beras
1 biji kelapa -diambil santannya
gula secukupnya
sedikit garam
1 biji telur
minyak untuk menggoreng
Cara membuat :
1. Bancuh semua bahan. Kecairannya
seperti membuat kuih lapis.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
Rendamkan acuan didalamnya.
3. Setelah acuan cukup panas, celupkan
kedalam bancuhan tepung.
4. Masukkan ke dalam kuali sambil
digoyang-goyangkan untuk
menanggalkannya dari acuan.
5. Goreng hingga kekuning-kuningan
Back to Index

BUAH ROTAN
Bahan-bahannya :
3 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula halus
1 biji telur
1 cawan air
50 sen bijan
Cara membuat :
1. Gaul tepung pulut dengan telur dan
gula.
2. Masukkan sedikit demi sedikit air
kedalam adunan sambil diuli hingga
lembut.

3. Ambil secubit adunan dan bulatkan.


Golekkan ke dalam dulang berisi
bijan.
4. Goreng hingga kekuningan dengan
api sederhana.
Back to Index

PUTU KACANG
Bahan-bahannya :
1 kg kacang hijau - dibuang kulitnya
1 kg gula pasir
1 gelas air suam
Cara Membuat :
Goreng kacang hijau hingga kekuningan. Ambil sebahagian daripada segelas air suam tadi, renjiskan
ke atas kacang sedikit demi sedikit hingga rata. Perapkan kacang hingga kering semula. Selepas satu
jam, renjiskan lagi lebihan air suam tadi (1/2 gelas) ke atas kacang sedikit demi sedikit. Perapkan lagi
selama satu jam. Kisarkan kacang hingga halus dan ayak hingga habis. Kisar pula gula pasir hingga
halus dan ayak. Campurkan kedua-dua bahan tadi hingga sebati. Ambil segenggam adunan, genggam
kuat-kuat dan masukkan ke dalam acuan kayu yang sudah ditaburi sedikit gula halus. Tekan adunan
padat-padat dalam acuan. (Jika suka boleh ketuk dengan tukul besi pada adunan hingga padat.)
Bersihkan reja-reja kuih yang terdapat pada acuan dengan pisau. Ketuk perlahan-lahan belakang
acuan hingga kuih terkeluar daripada acuan. Letakkan kuih secara berhati-hati di dalam dulang atau
loyang. Jemurkan dibawah terik mentari selama satu jam sebelum dihidangkan.
Back to Index

MASALA VADAI (Resepi 1 & 2)

Resepi 1
Ingredients:
3 cups dry chana dal
1 cup onion, chopped
coriander, chopped
2 green chilis, chopped
1/4 cup coconut, grated
2 tablespoons red chili powder
1/2 tablespoon fenugreek
2 tablespoons salt
Preparation:
Soak chana dal in water 6 hours ahead.
Take 1/2 cup of it separately.
Grind the remaining portion coarsely without adding water.
Mix the ground dough with the remaining soaked dal, onion, coriander, chili, coconut, fenugreek, chili
powder, and salt.
Heat oil in pan, make patties of the dough and fry until it turns golden and crispy.

Resepi 2
Bahan-Bahan:
kg Dhal (yang saiz kecil)
Bawang besar (dipotong dadu)
Cili hijau atau merah (dipotong kecil)
Garam secucup rasa
Cara membuatnya :
Cuci bersih dan rendam dhal selama 1 jam. Toskan.
Tumbuk atau kisar dhal. Lepas itu gaul bersama garam, bawang dan cili.
Goreng hingga masak.
Back to Index

FRUITS PUNCH KOKTAIL SPECIAL


Abdul Wahid
Bahan-bahan:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Sunquick perisa Tropical Fruits Punch (yg tudung berwarna hijau)


Sirap Rose - Jenama Zhulian lebih sedap
Tropical Fruits koktail ( buah2an dalam tin tu la...)
Sprite
Secubit garam
Air dan ketulan air batu

Campurkan kesemua bahan2 tadi bersama air dan sprite


(air:50%;sprite:50%). kacau dan hidangkan....
Back to Index

KEK COKLAT BASAH/LEMBAB


Elle La Belle
Bahan2
1/2 cawan serbuk koko } mesti diayak
2 biji telur
1 cawan minyak masak (nak sedap minyak jagung)
1 cawan air mendidih
1 cawan susu cair
1 cawan gula (boleh kurang/tambahkan)
1 cawan tepung }
1 sudu soda bikarbonat } di ayak bersama
1 sudu baking powder }
esen vanila skit
secubit garam
Cara2
1. masukkan dulu minyak, gula, susu dan telur dlm
bekas.
kacau biar sebati.
2. masukkan gandum dan koko skit2.

3. pastikan gandum dan koko tak berketul.


4. bakar dalam suhu 180 sampai masak (dlm 2 jam
rasanya).
Back to Index

TART NENAS
Bahan-bahan
250 gm tepung gandum
125 gm marjerin
1 biji telur(dipukul)
2 sudu besar air
sedikit garam
Untuk Intinya:
185 gm gula pasir
1 biji nenas diparut
3 kuntum bunga cengkih
Cara-cara
Nenas di toskan airnya, kemudian dimasak dengan gula dan bunga cengkih, bila pekat angkat.
Tepung dan marjerin digaul (diramas) sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukan telur dan air dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
Canai dan terap dengan acuan acuan tart dan isikan inti nenas di atasnya.
Back to Index

You might also like