You are on page 1of 3

Talam Cendol

Talam Cendol
Resipi : Chef Asma@Jurnal Resepi Bdaria
Sumber : Yatie@Sinar Kehidupanku
Lapisan bawah
200 gm tepung beras
250 ml santan pekat
450 ml air
1 sudu besar tepung jagung / tepung hoon kwe
150 gm gula caster
1 sudu teh garam
200 gm cendol @ 1 paket kecil, toskan airnya
Loyang 10 x 10 (sapu minyak dan alas dengan plastik)
Cara-Cara :
1. Satukan semua lapisan bawah, kecuali cendol. Kacau rata dan tapis kedalam periuk. Masak hingga naik wap
(jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat
ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).
2. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata, perlahan-lahan supaya cendol tidak pecah.
3. Tuang adunan kedalam loyang. Kukus selama 25 minit.
4. Selepas masak, cakar permukaannya dengan garpu.
Lapisan Atas
Bahan A
300 gm gula merah
50 gm gula castor
500 ml air
2 helai daun pandan-saya tambah
Bahan B
150 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung-saya tambah
3 biji telur
250 ml santan pekat
1/2 sudu teh garam
Cara-cara :
1. Masak bahan A hingga gula larut. Sejukkan sebentar.
2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati. Masukkan bahan A ke dalam B dan tapis kedalam periuk.
3. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja Tuang keatas lapisan bawah, tutup loyang
dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit
4. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.

Apam Harum Manis


Apam Harum Manis
Sumber : Rozzan
Bahan A
200g gula melaka
240 ml air
Bahan B
3 biji telur (saiz sederhana)
135 gm gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C - di ayak
240g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
3/4 sudu teh bicarbonate of soda
1/4 sudu teh garam
Bahan D
40 gm mentega dicairkan
6-7 biji pisang raja (di hiris bulat)
Cara-cara :
1. Masak bahan A dan jadikan air gula. Kemudian tapis dan sejukkan.
2. Pukul bahan B hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan bahan C yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata.
4. Akhir sekali masukkan mentega cair, gaul hingga sebati.
5 Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega. Tuangkan separuh adunan kedalam acuan dan letakkan hirisan
pisang keatas adunan tadi.
6 Kukus selama 15-20minit. Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari acuan.

Bingka Kentang / Kuih Bakar Kentang


Bingka Kentang / Kuih Bakar Kentang
Resipi : Yatie@Sinar Kehidupanku
Bahan-bahan
1 cawan kentang rebus(dlm 2 biji yg sedang)
1 1/2 cwn tepung gandum
3 cawan santan
1 cawan gula
3 sudu besar mentega / minyak sapi
4 biji telur B
1/2 sudu teh garam
pewarna kuning
sedikit bijan
2 sudu besar minyak utk sapu pd loyang.
Cara-cara :
1. Kupas kulit kentang, rebus dan lecek ketika masih panas.
2. Masukkan kentang dan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak. Kisar sebati.
3. Sementara itu panaskan oven 180C. Sapukan minyak di sekeliling loyang dan masukkan dalam oven sebentar.
4. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
5. Bakar selama 1 jam dan tambah 5 minit lagi utk garingkan bahagian atas.
6. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.

You might also like