You are on page 1of 3

@sushiemilia

Hadis Kehidupan di Dunia Ibarat Seorang Perantau (Tingkatan 5)

Jawab semua soalan berikut.

1. Dua ​nasihat Rasulullah SAW​ yang terdapat dalam hadis di atas ialah:
a. Tidak melengah-lengahkan masa kerja dan isi masa lapang dengan perkara
yang berfaedah
b. Gunakan peluang untuk beramal semasa sihat sebelum datang sakit dan tidak
lupa akan ajaran agama
c. Gunakan peluang beramal semasa hidup sebagai persediaan sebelum mati dan
berbuat baik sesama manusia

2. Dua ​kelebihan​ yang akan diperolehi bagi ​orang yang membuat persiapan​ tersebut
ialah:
a. Dimuliakan oleh Allah dan Rasul
b. Urusan dapat disempurnakan dengan berkualiti dan mengikut jadual
c. Menyumbang ke arah kemajuan negara

3. Gambaran hadis tentang kehidupan di dunia​ ialah kehidupan di dunia ibarat


seorang perantau atau pengembara yang singgah di sesuatu tempat untuk mengambil
bekalan bagi perjalanan yang masih jauh.
@sushiemilia

4. Dua ​persamaan​ kehidupan di dunia dan perantau ialah

PERANTAU KEHIDUPAN DI DUNIA

Tempoh persinggahan adalah singkat dalam Tempoh hidup di dunia adalah singkat
perjalanan yang jauh dalam perjalanan yang jauh menurut akhirat

Orang yang tidak menyediakan bekalan Orang yang tidak melakukan amal soleh
akan kelaparan dalam perjalanan akan rugi di akhirat

Matlamat utama ialah sampai ke destinasi Matlamat utama ialah syurga di akhirat
dengan selamat

5. Dua ​amalan​ yang diperlukan oleh seorang muslim untuk ​menghadapi hari akhirat
ialah:
a. Takwa iaitu melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangannya
b. Amalan fardu dilengkapi dengan amalan-amalan sunat untuk menampung
kecacatan yang terdapat dalam pelaksanaan amalan-amalan fardu

6. Dua ​cara menguruskan masa dengan efektif​ untuk menjadi pelajar yang cemerlang
ialah:
a. Menyediakan jadual waktu belajar
b. Memperuntukkan masa untuk mengulangkaji
c. Memperuntukkan masa untuk beribadah
d. Menjauhi aktiviti tidak berfaedah
e. Tidak menangguhkan kerja

7. Dua ​akibat mengabaikan pengurusan masa secara efektif​ ialah:


a. Hasil kerja tidak berkualiti
b. Negara akan mundur dan tidak maju
c. Hidup tidak tenteram

8. Dua ​kelebihan pengurusan masa yang efektif​ ialah:


a. Dimuliakan oleh Allah dan Rasul
@sushiemilia

b. Urusan dapat disempurnakan dengan berkualiti dan mengikut jadual


c. Menyumbang ke arah kemajuan negara

9. Dua ​pengajaran​ daripada hadis di atas ialah:


a. Kita hendaklah menggunakan tempoh kehidupan di dunia sebaik mungkin
dengan melakukan ibadah
b. Kita janganlah menangguhkan urusan kehidupan kerana akan menyebabkan
kita akan ketinggalan
c. Kita hendaklah menguruskan masa dengan bijak untuk tujuan yang berfaedah

You might also like