You are on page 1of 6

TAJUK 1: PERCAYA KEPADA HARI QIAMAT

1. Berikan erti / maksud / pengertian Qiamat ?


Terangkan pengertian Qiamat dari segi Bahasa dan Ilmu Tahuhid ?
Jawapan ➢ Maksud Qiamat adalah seperti berikut:
Qiamat pada bahasa ialah Bangun atau bangkit.
Qiamat pada Ilmu Tauhid ialah Bangkit setelah dihidupkan semula oleh Allah
selepas mati.

2. Sebutkan Enam nama-nama Qiamat yang terdapat di dalam Al-Quran berserta ertinya.
Jawapan ➢ Tujuh nama-nama Qiamat itu ialah:
1. Yaumul Hisab ertinya Hari Perhitungan.
2. Yaumul Hasyri ertinya Hari Perhimpunan.
3. Yaumul Waqi’ah ertinya Hari Kejatuhan.
4. Yaumul Zalzalah ertinya Hari Kegempaan.
5. Yaumul Ba’tsi ertinya Hari Kebangkitan.
6. Yaumul Din ertinya Hari Ugama.
7. Yaumul Nusyur ertinya Hari Kebangkitan semula.
8. Yaumul Firaaq ertinya Hari Perpisahan.
9. Yaumul Akhir ertinya Hari Penghabisan.

3. Mengapa setiap orang Islam wajib beriman dengan hari Qiamat ?


Jawapan ➢ Setiap orang Islam wajib beriman dengan hari Qiamat kerana mempercayai hari
Qiamat termasuk dalam rukun iman.

4. Jelaskan hukum mempercayai hari Qiamat berserta dalil ?


Jawapan ➢ Hukumnya adalah wajib bagi setiap orang Islam kerana ia termasuk dalam salah
satu rukun iman. Dalilnya : Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 114
ِ‫يُؤمِنونَ بِاللَّهِ وَاليَومِ اْالخِر‬
Ertinya “Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan”

5. Nyatakan Tiga proses kehidupan yang mesti dilalui oleh setiap manusia dalam menuju
kehidupan yang kekal abadi.
Jawapan ➢ Tiga proses kehidupan itu ialah:
1. Pertama kali hidup.
2. Mati setelah hidup.
3. Hidup semula selepas mati yang kekal selama-lamanya.

6. Percaya kepada hari Qiamat adalah salah satu daripada rukun Iman. Bagaimanakah Cara
untuk mempercayai hari Qiamat?
Jawapan ➢ Cara untuk mempercayai hari Qiamat ialah:
1. Orang Islam wajib percaya suatu hari nanti alam ini akan dimusnahkan oleh Allah.
2. Mempercayai satu alam baru akan dijadikan semula.
3. Mempercayai manusia akan dihidupkan semula dan dihimpunkan di padang mahsyar
untuk diadili amalan mereka.
4. Mempercayai manusia akan menerima pembalasan Allah sama ada balasan syurga
atau neraka.

1
SAM’IYAT

7. Apakah yang dimaksudkan dengan SAM’IYAT ? DAN


Berikan tiga contoh mengenai sam’iyat dan huraikan satu persatu dengan ringkas.
SAM’IYAT ialah perkara-perkara ghaib yang dijadikan Allah yang diketahui melalui al-Quran dan
hadis dan harus bagi kita menerimanya kerana akal manusia tidak sampai memikirkannya.

Contohnya:
1. Padang mahsyar iaitu tempat perhimpunan manusia diakhirat selepas
dibangkitkan dari kubur untuk menerima pembelasan.

2. Titian siratul Mustaqim iaitu jabatan yang lurus yang disediakan oleh Allah
bermula dari padang mahsyar hingga kesyurga.

3. Syurga iaitu tempat balasan baik yang dijanjikan Allah bagi


orang yang taat akan perintah Allah.

4. Neraka iaitu tempat balasan azam yang dijanjikan Allah bagi


orang yang ingkar akan perintah Allah.

5. Pahala iaitu balasan baik yang diberikan oleh Allah kepada


orang yang melakukan perintahNya seperti berpuasa di
bulan Ramadan, sembahyang lima waktu dan
sebagainya.

6. Dosa iaitu balasan azab yang diberikan oleh Allah kepada


orang yang ingkar perintahNya seperti meninggalkan
sembahyang lima waktu, mencuri ddan sebagainya.

8. Apakah HIKMAT Allah mengadakah atau mempercayai hari Qiamat? ATAU


Sebutkan empat kesan yang diperolehi oleh seseorang yang mempercayai hari Qiamat?
Jawapan ➢ iaitu:
1. Supaya manusia mendapat pembalasan dari Allah atas perbuatannya di dunia.
2. Menunjukkan keadilan Allah iaitu manusia baik dan jahat mendapat pembalasan yang
sewajarnya.
3. Memberi dorongan kepada manusia untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan
kejahatan semasa di dunia.
4. Supaya manusia sedar atas perbuatan masing-masing dan segera bertaubat.
5. Supaya manusia sedar bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara sahaja dan
kehidupan kekal buat selama-lamanya adalah alam akhirat.

2
9. Tanda-tanda (Alamat-alamat) akan berlakunya hari qiamat itu terbahagi kepada 2 iaitu alamat-
alamat kecil dan alamat-alamat besar.

5 Diantara alamat-alamat kecil hampir berlakunya hari Qiamat ialah:


1. Bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki.
2. Haram dan halal tidak menjadi soal.
3. Fitnah dan bohong semakin menjadi.
4. Zina dan pelacuran semakin menjadi.
5. Masa semakin hari cepat berlalu.

5 Diantara alamat-alamat besar Qiamat yang mashor yang diterangkan oleh Nabi Muhammad
dalam hadisnya ialah:
1. Kedatangan Dajjal.
2. Turunyan Nabi Isa ke dunia.
3. Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj.
4. Keluarnya Dabbatul Ardh ( binatang raksasa).
5. Terbitnya matahari dari barat.

10. Apakah yang dimaksudkan (pengertian) dengan Sangkakala ?


Maksud atau pengertian sangkakala itu ialah satu alat tiupan untuk semboyan Qiamat,
bentuknya, besarnya dan bunyinya Allah sahaja yang mengetahui, dan Malaikat Israfil akan
ditugaskan untuk meniup sangkakala ini.

11. Nyatakan peringkat tiupan sangkakala menurut ulama tafsir ?


Peringkat tiupan sangkakala itu ada 3 peringkat iaitu:
1. Tiupan pertama ialah musnah segala makhluk.
2. Tiupan kedua ialah hidup semula segala yang bernyawa.
3. Tiupan ketiga ialah berduyun-duyun ke mahsyar untuk dihisab dan diberi balasan.

12. Terangkan pengertian Mizan?


Mizan ialah neraca keadilan untk menimbang segala amalan manusia di dunia setelah dihisab
untuk menentukan sama ada masuk ke syurga atau neraka.

13. Apa yang dimaksudkan dengan syafa’at ?


Jawapan keistimewaan yang diberikan oleh Allah kepada Rasul dan orang-orang tertentu
seperti aulia dan orang-orang shalih untuk menolong manusia di akhirat nanti.

14. Sebutkan orang-orang yang dapat MEMBERI syafa’at di akhirat nanti ?


Jawapan orang-orang yang dapat memberi syafa’at itu ialah:
1) Para Rasul
2) Para Nabi
3) Para Malaikat
4) Para sahabat Rasul
5) Para syuhada
6) Para aulia
7) Orang shalih
8) Kanak-kanak yang mati sebelum baligh

3
15. Sebutkan jenis-jenis (bahagian) syafa’at?
Jenis syafa’at terbahagi kepada 2 iaitu:
1) Syafa’at Uzhma (syafa’at besar) iaitu syafa’at untuk mempercepatkan kiraan hisab di
padang mahsyar.
2) Syafa’at Shughra (syafa’at kecil) iaitu :
a. Memasukkan segolongan umat Islam yang salik ke dalam syurga tanpa hisab.
b. Melepaska segolongan umat Islam dari neraka dan dimasukkan ke syurga.
c. Mengeluarkan umat Islam di dalam neraka untuk dipindahkan ke syurga.
d. Menaikkan darjat umat Islam di dalam syurga.
e. Menentukan golongan yang sama berat timbangan dosa dan pahala untuk
dimasukkan ke syurga.

16. Jelaskan pengertian (maksud) syurga dan neraka ?


Pengertian SYURGA : Pada bahasa jannah bererti kebun atau teman.
Pada Istilah bererti tempat balasan nikmat yang disediakan oleh Allah pada hari
Qiamat untuk orang yang taat akan perintahNya.

Pengertain NERAKA : Pada bahasa Nar bererti api.


Pada Istilah bererti tempat balasan azab yang disediakan oleh Allah pada hari Qiamat
untuk orang yang ingkar akan perintahNya.

17. Tuliskan 7 nama-nama syurga dan 7 nama-nama neraka ?


7 nama-nama syurga dan 7 nama-nama neraka itu ialah :
Nama syurga Nama Neraka
1. Al Fidaus 1. jahannam
2. Al Mawa 2. Lazhzha
3. Al Khuldi 3. Huthamah
4. An Naim 4. Sair
5. Adnin 5. Saqar
6. Darussalam 6. Jahim
7. Darul Jalal 7. Hawiyah

18. Gambarkan keadaan di syurga seperti yang diceritakan oleh Allah dalam Al Quran ?
Jawapan Dalam Al Quran Allah memberikan gambaran syurga seperti berikut :
• Dalam surah ar Rahman menerangkan bagi orang yang takutkan Tuhan ada dua taman
yang penuh dengan dahan-dahan, mata air yang mengalir, buah-buahan dan kedua
taman itu berhampiran dengan buah-buahan dan mudah dipetik.
• Dalam surah ar Radu menerangkan syurga dijanjikan untuk orang yang bertakwa itu
mengalir air sungai di bawahnya dan makanan didalamnya tidak habis dimakan.

4
19. Umat Islam wajib percaya tentang qadha dan qadar. Bagaimanakah cara manusia
mempercayainya ?

Cara manusia mempercayai qadha dan qadar ialah:


1. Umat Islam wajib mempercayai Allah menetapkan bagi semua yang berlaku ini berdasarkan
ketetapan Allah sejak azali.
2. Berlaku sesuatu peristiwa adalah mengikut ketetapan Allah yang azali.
3. Umat Islam dilarang bertengkar,
4. Umat Islam dilarang bertengkar, berbahas atau membicarakan masalah yang
berlebihan tentang qadha dan qadar sehingga terkeluar daripada kemampuan fikiran
kerana dikhuatiri terpesong akidah yang boleh menyebabkan menjadi murtad.

20. Berikan satu contoh keadaan orang yang percaya kepada qadha’ dan qadar serta satu contoh
keadaan orang yang tidak percaya qadha’

Jawapan ➢
Satu contoh keadaan orang yang percaya kepada qadha’ dan qadar
• Orang percaya kepada qadha dan qadar tidak akan merasa kecewa atau putus asa
disebabkan oleh kegagalannya, dan orang yang berjaya tidak akan merasa angkuh dengan
kejayaan yang dicapainya.

Satu contoh keadaan orang yang tidak percaya qadha’ dan qadar itu ialah:
• Orang tidak percaya kepada qadha dan qadar akan sentiasa dalam kebingungan, mereka
mudah menyalahkan Allah dengan pelbagai tuduhan dan jiwanya sentiasa tidak tenang.

21. Pendapat golongan Qadariah ialah segala perbuatan manusia yang dilakukan bukan
ditentukan oleh takdir Allah tetapi dari manusia sendiri.

Alasan golongan ini: Manusia berkuasa penuh diatas segala usaha yang dilakukannya sama
ada baik atau jahat tanpa campur tangan dari Allah.

Kelemahan pendapat ini: pendapat ini salah dan menolak takdir Allah dan bertentangan
dengan hakikat sebenarnya.

22. Pendapat golongan Mutazilah ialah Takdir Allah yang berlaku pada manusia hanya pada
kerja kebajikan sahaja, dan kerja kejahatan adalah dari usaha manusia, oleh itu wajib bagi
Allah membalas baik kepada manusia yang taat perintahNya.

Alasan golongan ini: Allah itu adil, Allah membalas segalah perbuatan manusia sama ada
dalam perkara baik yang ditentukan Allah dan perkara kejahatan yang dilakukan manusia.

Kelemahan pendapat ini: Jika semua pekerjaan kebajikan itu sahaja datang daripada Allah,
mengapa masih ada pekerjaan kebajikan yang dilakukan itu tidak berjaya. Ini menunjukkan
Allah itu lemah padahal wajib bagi Allah bersifat Qudrah (berkuasa).

5
23. Jelaskan pengertian doa serta berikan 4 peranan doa itu.
Doa ialah permohonan seseorang hamba kepada Allah untuk mendapatkan sesuatu yang
dihajati atau menolak sesuatu yang tidak disukai.

24. Nyatakan cara berdoa yang dilarang dalam Islam dengan memberikan contoh.
Berdoa meminta pertolongan kepada yang lain daripada Allah seperti kepada iblis dan syaitan
adalah dilarang kerana boleh membawa kepada perbuatan mensyirikkan Allah.

Contoh : memohon menyembuhkan penyakit dengan cara menghidangkan makanan di pokok-


pokok besar yang kononnya didiami oleh makhluk halus yang ada kuasa.

25. Terangkan pengertian tawakal dengan membawakan contoh bahawa tawakal itu tidak
bertentangan (berlawanan) deengan qadha dan qadar.
Tawakal ialah menyerahkan diri kepada Allah dengan penuh keyakinan dalam semua perkara
setelah berusaha dan berikhtiar.

Contoh: sebelum pelajar menghadapi peperiksaan mereka hendaklah berusaha mengulang


kaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh, setetlah itu berulah mereka berserah diri kepada
Allah.

You might also like