You are on page 1of 14

Tasawwur Islam

(nota)
Akidah
Maksud Akidah
Bahasa: simpulan, ikatan atau pegangan
Istilah: Kepercayaan dan keyakinan yang
pasti serta keputusan yang muktamad
tidak bercampur dengan syak atau
keraguan.
Merupakan keimanan kepada Allah, malaikat,
kitab2 rasul, hari kiamat dan takdir Allah sama
ada baik atau buruk.
Memerlukan kpd kepercayaan dengan hati,
pengucapan dengan perkataan dan disertai
dengan perbuatan atau amalan.
Mematuhi segala suruhan Allah dan tinggalkan
larangannya.
Kewujudan Allah dibuktikan dengan dalil aqli
dan dalil naqli.
Tauhid terbahagi kepada 3:
Rububiyah
Uluhiyah
Asma
wasifat
Rububiyah
Rab bermaksud pencipta pencipta, pemilik
dan pemerintah.
Maksudnya, pengakuan bahawa
sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang
Maha Pencipta, memilliki alam dan Allah
satu-satunya Tuhan yang mentadbir dan
menguruskan alam.
Uluhiyah
Ilah bermaksud sesuatu yang dipuja dan
disembah.
Ialah mengesakan Allah sebagai satu-
satunya Tuhan untuk diabdikan diri
kepadaNya.
Membezakan antara muslim dengan kafir.
Asma wasifat
Mengesakan nama-nama Allah yang
amat indah dan sifat-sifatnya yang
sangat luhur.
99 nama Allah yang perlu diketahui.
20 sifat Allah yang perlu diketahui.
Beriman kepada Allah
Asas kepada segala kehidupan kerohanian.
Dapat mencambahkan keimanan kepada yang lain.

Beriman kepada malaikat
Malaikat itu diciptakan daripada cahaya, jin diciptakan daripada nyalaan api
dan Adam diciptakan daripada apa yang telah diterangkan kepada kamu
semua

Beriman kepada kitab
Jumlah kitab diturunkan oleh Allah ada 114 kitab.
Wajib diketahui ada 4:
1. Zabur- Nabi Daud
2. Injil- Nabi Isa
3. Taurat- Nabi Musa
4. Al-Quran- Nabi Muhammad S.A.W.

Beriman kepada Rasul
Nabi ialah seseorang yang menerima wahyu syariat dan diamalkan sendiri.
Rasul ialah seseorang yang menerima wahyu syariat diamalkan sendiri dan
disebarkan kepada orang lain

Beriman kepada hari akhirat
Berlaku dengan kemusnahan alam semesta.
Wajib mempercayai kewujudan hari akhirat.
Nama lain akhirat:
1. Yaumussaah
2. Yaumu khuruj
3. Yamul Qiyamah
4. Yaumul hisab
Peringkat di hari Akhirat
1. Alam Kubur
Kehidupan akhirat bermula dengan kebangkitan seluruh makhluk daripada
kubur.
2. Manusia dihimpunkan
Selepas dibangkitkan manusia dihimpunkan di tempat yang dinamakan
Padang Mahsyar.
3. Pembentangan amalan
Segala amalan baik dan buruk dibentangkan oleh Allah.
4. Timbangan amalan
Setelah menhidupkan seluruh makhluk dan dihimpunkan di Padang Mahsyar,
mereka akan dihisab.
5. Sirat
Suatu jalan yang diletakkan di antara 2 tebing neraka jahannam.
Semua orang akan melaluinya.
Ahli Syurga akan selamat dan ahli Neraka akan jatuh bergelimpangan ke
dalam Neraka.

6. Balasan Syurga dan Neraka
Syurga penuh kenikmatan dan ianya kekal.
Khas untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Neraka adalah hukuman terhadap orang yang melakukan dosa

Beriman kepada qada dan qadar
Adalah suatu peraturan yang dibuat oleh Allah ke atas segala yang ada di
alam ini.
Ketika di dalam rahim, Allah memerintahkan Malaikat menuliskan takdir yang
akan diterima atau ditempuhi oleh setiap manusia di dunia.
Rezeki, usia, pekerjaan (amalan yang akan dilakukan), nasib.

Perkara yang membatalkan akidah:
1. Percakapan
Mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan konsep akidah Islam.
Mengatakan solat dan menutup aurat itu tidak wajib.
Menghina para nabi dan rasul.
2. Perbuatan
Menyembah selain Allah.
Memakai lambang-lambang agama lain.
Membakar Al-Quran

3. Iktikad
Meragui sebahagian daripada rukun iman.
Tidak percaya kepada ajaran Al-Quran dan Al-Hadith
Kesan terbatalnya akidah
Murtad
Pembubaran perkahwinan
Hilang hak mempusakai
Hilang hak perwalian
Hilang hak penjagaan anak
Hilang hak mendapatkan nafkah
Hilang hak keistimewaan bagi orang muslim

You might also like