You are on page 1of 16

PENGERTIAN IMAN

• Dari segi bahasa perkataan iman berasal daripada kata


dasar bahasa Arab ( ‫ ) ﺍﻤﻦ‬yang bermaksud aman atau
membentuk keadaan aman dan tenteram.
• Dari segi istilah tauhid, iman membawa pengertian
membenarkan dengan hati, berikrar dengan lidah dan
beramal dengan segala ajaran yang disampaikan oleh
baginda Rasulullah SAW.
• Namun Imam al-Ghazali telah mentakrifkan iman
sebagai pengakuan dengan lidah, membenarkan
pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya
dengan anggota badan.
RUKUN IMAN
1. Beriman Kepada Allah
2. Beriman Kepada Malaikat
3. Beriman Kepada Kitab
4. Beriman Kepada Rasul
5. Beriman Kepada Hari Akhirat
6. Beriman Kepada Qadha Dan Qadar
PERKARA YANG
MEMBATALKAN IMAN

1. Iktikad
2. Perbuatan
3. Perkataan
IMPLIKASI IMAN DALAM
KEHIDUPAN

1. Menunaikan Ibadah Dengan


Sempurna
2. Berakhlak Mulia
3. Ikhlas Dalam Melakukan Amalan
4. Menjauhkan Diri Daripada Perkara
Yang Merosakkan Iman
Beriman Kepada Allah
• Kepercayaan kepada Allah SWT bererti kita mempercayai Allah SWT
itu ada dan ia adalah Esa dan tidak ada yang serupa denganNya
• Percaya kepada sifat‑sifat Allah SWT percaya Dialah yang menjadikan
alam ini, percaya Dia yang menghidupkan dan mematikan serta
pemberi rezeki, percaya bahawa semua makhluk adalah miliknya,
yakin bahawa Dia sahaja yang berhak disembah serta beribadah, dan
melakukan kegiatan hidup ini kerana Allah SWT dengan cara yang
tidak berlawanan dengan peraturan Allah SWT
• Cara mengenali Allah SWT ialah dengan cara kita meneliti segala
kejadian alam di muka bumi ini. Penelitian tersebut mestilah dengan
menggunakan akal fikiran kerana Islam melarang tanpa menggunakan
akal fikiran. Setelah kita meneliti kejadian di muka bumi ini maka
barulah kita mengenali siapa yang menjadikan serta kekuasaanNya
yang meliputi seluruh sekalian alam.
Beriman Kepada Malaikat
• Meyakini sepenuhnya bahawa malaikat itu ada dan diciptakan
oleh Allah SWT daripada cahaya (nur). Mereka sentiasa taat
perintah Allah SWT, malah sentiasa istiqamah kepada jawatan
atau tugas yang telah mereka terima daripada Allah SWT
sehingga sikap mereka sesuai dengan apa yang diharapkan
olehNya
• Percaya dengan adanya malaikat tidak dapat dikesan dengan
penyelidikan dan permikiran. Sumber pengetahuan tentang
malaikat adalah daripada aI-Quran dan hadis
• Malaikat adalah makhluk yang suci daripada syahwat,
terhindar daripada keinginan hawa nafsu dan daripada
perbuatan dosa.
LIHAT SEBELAH
Bilangan Malaikat
• Bilangan malaikat adalah banyak, namun yang wajib diketahui
ialah sepuluh iaitu:
• Jibril - Ketua segala malaikat dan menyampaikan
wahyu
• Mikail - Pemberi rezeki dan menurunkan hujan
• Israfil - Meniupkan sangkakala / nafiri kiamat
• Izrail - Mengambil nyawa orang yang hendak mati
• Munkar - Menyoal orang mati
• Nakir - Menyoal orang mati
• Raqib - Mencatat amalan kebajikan
• ‘Atid - Mencatat amalan kejahatan
• Malek - Menjaga neraka
Beriman Kepada Kitab
• Yakin dan percaya bahawa Allah SWT menurunkan beberapa kitab
kepada para RasulNya untuk menjadi panduan hidup manusia dari
segi pengajaran, peraturan, undang-undang dan sebagainya
• Kitab-kitab yang diturunkan ialah:
• i. Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa AS
• ii. Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud AS
• iii. Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa AS
• iv. AI-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
• Wahyu Allah juga diturunkan dalam bentuk sahifah atau halaman.
Jumlah sahifah yang diturunkan adalah sebanyak 100 dan Nabi-
Nabi yang menerimanya adalah seperti berikut
• i. Nabi Syits AS - 60 suhuf
• ii. Nabi Ibrahim AS - 30 suhuf
• iii. Nabi Musa AS - 10 suhuf
Beriman Kepada Rasul
• Dari segi bahasa bermaksud utusan.
• Dari segi istilah pula, rasul bererti lelaki yang diberi wahyu
oleh Allah SWT untuk diamalkan dan disampaikan kepada
orang lain, dikurniakan mukjizat sebagai tanda kerasulannya
dan bersifat dengan sifat ma’sum.
• Orang yang menerima wahyu daripada Allah SWT disebut
nabi. Nabi yang disuruh oleh Allah SWT untuk menyampaikan
wahyu dalam bentuk syariat dikenali pula sebagai rasul
• Sifat Wajib Rasul
• Al-Siddiq - Benar
• Al-Amanah - Jujur
• Al-Tabligh - Menyampaikan
• Al-Fathanah - Bijaksana
Beriman Kepada Hari
Akhirat
• Dari segi bahasa bermaksud hari akhir
• Dari segi istilah ia bererti hari penghabisan kepada alam ini di
mana segala isi kandungannya akan hancur dan rosak dan
digantikan dengan alam baru yang kekal selama-lamanya. Hari
akhirat juga dinamakan dengan hari kiamat.
• Meyakini sebenar-benarnya bahawa hari tersebut pasti akan
terjadi tanpa diragukan kebenarannya. Hanya waktu
datangnya sahaja tidak seorang manusia pun yang dapat
mengetahuinya, sekalipun Nabi Muhammad SAW sendiri,
begitu juga para malaikat.
• Perkara yang dapat diketahui hanya tanda-tandanya sahaja
seperti tanda-tanda kecil (sughra) dan tanda-tanda besar
(kubra).
Beriman Kepada Qadha
Dan Qadar
• Mempercayai bahawa segala sesuatu yang terjadi dan
peristiwa yang berlaku adalah menurut ketentuan dan
ketetapan Allah SWT
• Qadha ialah perlaksanaan ke atas setiap ketentuan oleh Allah
SWT sejak azali lagi. Qadar pula ialah suatu ketentuan dan
ketetapan Allah SWT untuk menjadi dasar alam ini di mana
terdapat undang-undang atau hubungan antara sebab dan
akibat
• Allah SWT mewajibkan manusia berusaha ke arah kebaikan
dan menetapkan peranan usaha di dalam menentukan nasib
mereka. Sekiranya baik yang diusahakan maka baiklah ia, dan
begitulah sebaliknya
Iktikad
• Tidak mengakui bahawa Allah SWT adalah tuhan yang
berhak disembah.
• Tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa Nabi Muhammad
SAW adalah utusan Allah SWT atau mengingkari salah
seorang daripada rasul-rasul yang terdahulu daripada
baginda.
• Tidak mengakui bahawa al-Quran itu diturunkan kepada
Nabi Muhammad SAW dengan perantaraan malaikat jibrail.
• Tidak mempercayai atau meragui hukum-hukum Allah SWT
yang disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
• Tidak mengakui adanya malaikat-malaikat dan segala urusan
yang diserahkan oleh Allah SWT kepada para malaikat itu .
Perbuatan
• Sujud menyembah berhala.
• Sujud menyembah matahari dan bulan.
• Sujud kepada makhluk-makhluk yang lain seperti
sujud kepada manusia, haiwan, kayu dan batu.
• Membuang al-Quran atau hadis Nabi SAW ke
dalam najis atau memijak-mijaknya untuk tujuan
menghinanya.
• Memuja kubur-kubur atau tempat-tempat yang
dianggap keramat
Perkataan
• Mengatakan Allah SWT bersekutu dan berbilang-bilang atau
mengatakan Allah SWT tidak berkuasa apa-apa ke atas alam
ini.
• Mengatakan syariat Islam yang diturunkan oleh Allah SWT
bukan untuk mengatur perhubungan di antara individu dengan
masyarakat dan negara.
• Mengatakan hukum-hukum Islam tidak wajib dilaksanakan
pada masa sekarang kerana tidak sesuai dengan keadaan
hidup masyarakat pada hari ini.
• Mengatakan sebahagian hukum-hukum Islam tidak sesuai lagi
digunapakai pada zaman sekarang.
• Mengatakan undang-undang ciptaan manusia lebih baik
daripada undang-undang Allah SWT.
SEKIAN
TERIMA
KASIH

You might also like