You are on page 1of 12

Document No : UniKL MFI_SD_AC41 CONFIDENTIAL

Revision No: 02
Effective Date: 01 December 2008

SET A

UNIVERSITI KUALA LUMPUR


Malaysia France Institute

FINAL EXAMINATION
SEPTEMBER 2015 SESSION

SUBJECT CODE : MPU3333

SUBJECT TITLE : ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA

LEVEL : BACHELOR

TIME / DURATION : 03.30 PM – 05.30 PM


( 2 HOURS )

DATE : 07 JANUARY 2016

INSTRUCTIONS TO CANDIDATES

1. Please read the instructions given in the question paper CAREFULLY.

2. This question paper is printed on both sides of the paper.

3. Please write your answers on the answer booklet provided.

4. Answer should be written in blue or black ink except for sketching, graphic and
illustration.

5. This question paper consists of TWO (2) sections. Section A and B. Answer all
questions in section A and ONE (1) question in section B.

6. Answer all questions in Bahasa Melayu.

THERE ARE 11 PAGES OF QUESTIONS, EXCLUDING THIS PAGE.


SEPTEMBER 2015 CONFIDENTIAL

BAHAGIAN A (Jumlah: 50 markah)

ARAHAN: Jawab SEMUA soalan.


Sila guna buku jawapan yang disediakan.

1. Perkembangan Islam secara besar-besaran di tanah melayu selepas kejatuhan


kerajaan Abbasiyah di Baghdad dilakukan sendiri oleh anak-anak tempatan
Nusantara sendiri serta dibantu oleh para pendakwah Arab dan juga
A. India Muslim. C. Parsi Muslim.
B. Cina Muslim. D. Vietnam Muslim.

2. Secara umumnya, kedatangan Islam ke Tanah Melayu berlaku melalui tiga tahap
yang berikut kecuali
A. Pertapakan.
B. Penyebaran secara besar-besaran.
C. Persinggahan.
D. Penyebaran secara kecil-kecilan.

3. Hubungan perdagangan secara langsung Tanah Melayu melalui kedatangan


pedagang Arab & Parsi melibatkan barangan berikut kecuali
A. Lada. C. Setanggi.
B. Rempah. D. Kapur barus.

4. Raja Champa atau Kemboja yang dikatakan pernah menuntut ilmu agama Islam di
Kelantan sebelum menaiki takhta pada 1577-1637 ialah
A. Po Mome. C. Rome Po.
B. Po Rome. D. Po Remo.

5. Penemuan tembaga purba yang bertulisan ayat al-Quran bertarikh 652H/1254 di


Terengganu mencatatkan ayat-ayat al-Qur’an daripada surah
A. al-Kahfi dan at-Taubah. C. at-Taubah dan an-Nahl.
B. Ali-Imran dan at-Taubah. D. al-Kahfi dan an-Naml.

MPU3333 ISU-ISU KONTEMPORARI DI MALAYSIA Page 1 of 11


SEPTEMBER 2015 CONFIDENTIAL

6 Ramai anak-anak tempatan pergi menuntut ilmu di Mekah dan apabila pulang ke
tanah air, mereka bergiat aktif menyebarkan Islam kepada penduduk tempatan.
Perkembangan Ini berlaku pada abad
A. ke-13 dan 14. C. ke 15 dan 16.
B. ke-14 dan 15. D. ke-16 dan 17.

7. Penemuan sekeping dinar emas pada tahun 1914 di Kota Kubang Labu, Kelantan
yang bertulis “al-Julus Kelantan 577” bermaksud
A. menaiki takhta pada tahun 577.
B. menjadi ketua pada tahun 577.
C. memeluk Islam pada 577.
D. menyebarkan Islam pada 577.

8. Rujukan sejarah Dinasti Raja China - Ming Shih tulisan Chang Ting-yu (1742)
menyatakan bahawa pada tahun 1411 raja Kelantan berikut telah mengutus
perwakilan ke China membawa ufti iaitu
A. Raja Harun. C. Raja Kandahar.
B. Raja Abdullah. D. Raja Kumar.

9. Ulama yang terlibat dalam menggubal Perlembagaan Islam Terengganu pada 2


November 1911 (Itqan al-Muluk bi Ta’dil al-Suluk) ialah
A. Tok Ku Tuan Besar. C. Tok Ku Paloh.
B. Tok Ku Qadhi Besar. D. Tok Ku Syaikh Duyung.

10. Berikut ialah para ulama luar yang turut berperanan mengembangkan ajaran Islam di
Terengganu kecuali
A. Haji Wan Mohammad Amin Wan Yaakob.
B. Tok Syaikh Qadi.
C. Haji Wan Abdullah.
D. Tok Kenali.

11. Pilih padanan makna yang tepat bagi maslahat berikut


A. Al-Hajiyyat (Keperluan asas).
B. Al-Tahsiniyat (Keperluan biasa).
C. Al-Daruriyat (Keperluan asas).
D. Al-Hajiyat (Keperluan tambahan).

MPU3333 ISU-ISU KONTEMPORARI DI MALAYSIA Page 2 of 11


SEPTEMBER 2015 CONFIDENTIAL

12. Islam mensyariatkan hukuman qazaf dalam kesalahan jinayat berikut


A. Menuduh orang Islam yang baik meminum arak.
B. Menuduh orang Islam yang baik berkhalwat.
C. Menuduh orang Islam yang baik berzina.
D. Menuduh orang Islam yang baik membunuh.

13. Berikut ialah perkara berkaitan Maslahat al-Hajiyat kecuali


A. Rukhsah solat jamak bagi orang sedang musafir.
B. Rukhsah solat qasar bagi orang sedang musafir.
C. Rukhsah tayammum bagi orang yang sakit.
D. Rukhsah tayammum bagi orang musafir.

14. Anjuran Islam agar manusia tidur dan berehat pada waktu malam dan bekerja pada
waktu siang adalah bertepatan dengan fitrah manusia dan sejajar dengan prinsip
A. Al-Thabat wa al-murunah. C. ‘Alamiyyah .
B. Waqi’iyyah. D. Tawazun.

15. Keharusan mengucap dua kalimah syahadah dengan menggunakan bahasa isyarat
bagi orang bisu adalah bertepatan dengan ciri tasawwur Islam
A. Al-Thabat. C. Al-Murunah.
B. Syumul. D. Rabbani.

16. Kemunculan mazhab-mazhab dalam Islam berkembang pesat bermula sekitar abad
ke - 8 pada zaman pemerintahan
A. Bani Andalusia. C. Bani Saljuk.
B. Bani Abbasiyah. D. Turki Uthmaniyyah.

17. Sabda Rasulullah SAW ertinya: Dari Ibnu Mas"ud r.a. Sabda Rasulullah SAW:
Sebaik-baik manusia ialah kurunku, kemudian zaman mereka yang datang
sesudahnya, kemudian zaman mereka yang sesudahnya. Maksud “zaman mereka
yang datang sesudahnya” merujuk kepada kumpulan
A. Sahabat. C. Tabi’ al-Tabi’in.
B. Tabi’in. D. Ulama’.

MPU3333 ISU-ISU KONTEMPORARI DI MALAYSIA Page 3 of 11


SEPTEMBER 2015 CONFIDENTIAL

18. Ideologi yang mengajak ke arah merubah orientasi tafsir Al-Quran yang selama ini
menjadi tradisi umat Islam dari zaman berzaman merujuk kepada fahaman atau
ideologi berikut iaitu
A. Pluralisme. C. Hermeneutika.
B. Feminisme. D. Sekularisme.

19. Pilih pendapat yang mewakili pandangan golongan Liberal terhadap al-Qur’an.
A. Semua ayat-ayat al-Qur’an boleh ditakwilkan oleh setiap orang Islam
mengikut kesesuaian akal.
B. Tidak semua ayat-ayat al-Qur’an boleh ditakwilkan kerana ada yang bersifat
tetap (Qat’ie).
C. Terdapat ayat-ayat al-Qur’an yang bersifat Zanni yang hanya boleh
ditakwilkan oleh para ulama’ berdasarkan hadith Nabi SAW.
D. Ayat-ayat al-Qur’an yang bersifat Zanni tidak boleh ditakwil oleh setiap orang
Islam secara bebas.

20. “Semua agama dunia adalah setaraf, tidak ada agama yang satu-satunya benar.
Semua agama baik dan benar serta menuju kepada kebaikan”. Pernyataan di atas
merujuk kepada fahaman atau ideologi
A. Pluralisme. C. Hermeneutika.
B. Feminisme. D. Sekularisme.

21. Konsep kepenggunaan Islam mesti dapat memenuhi etika, adat kesopanan dan
kelakuan terpuji dengan mengamalkan sifat-sifat berikut kecuali
A. Syukur. C. Zikir.
B. Fikir. D. Kikir.

22. Pilih prinsip yang salah dalam industri halal dan haram mengikut Islam
A. Niat yang baik menghalalkan yang haram.
B. Hindari syubhat agar tidak jatuh dalam perkara haram.
C. Perkara halal dan haram bersifat universal.
D. Keadaan darurat mengharuskan yang haram.

23. Tindakan seorang mujtahid merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah
istinbat dalam persoalan kewangan dan perbankan Islam dinamakan
A. Qiyas. C. Ijtihad.
B. Ijma’. D. Irtikab.

MPU3333 ISU-ISU KONTEMPORARI DI MALAYSIA Page 4 of 11


SEPTEMBER 2015 CONFIDENTIAL

24. Dalam pembelian barangan atau aset melalui kaedah Bai Bithaman Ajil, akad jualbeli
barangan atau aset berlaku di antara pembeli dengan pihak berikut.
A. Syarikat penjual kereta. C. Bank pembiaya.
B. Syarikat insurans kereta. D. Wakil penjual kereta.

25. Berikut adalah bentuk transaksi yang berlaku dalam Ijarah Thumma Bai’ kecuali
A. Bank pajakkan barangan atau aset kepada pengguna untuk tempoh tertentu.
B. Pengguna akan bayar sewa ijarah barangan untuk tempoh tertentu.
C. Pengguna bayar sewa bulanan ijarah kepada bank untuk tempoh tertentu
D. Pada awal tempoh pajakan, bank akan jual barangan kepada pengguna.

26. “Seseorang (prinsipal) melantik pihak lain bagi bertindak mewakili dirinya (sebagai
ejen) untuk melaksanakan tugas-tugas khusus. Contohnya, seorang pelanggan
meminta bank membuat pembayaran kepada pihak lain di bawah syarat-syarat
tertentu. Pernyataan di atas merujuk kepada urusan berkaitan
A. Wadi’ah. C. Wakalah.
B. Mudharabah. D. Ijarah.

27. Unsur-unsur berikut mesti dielakkan dalam urusan perbankan Islam untuk
memastikan transaksi yang dijalankan adalah halal kecuali
A. Gharar. C. Riba.
B. Margin untung. D. Judi.

28. Pilih pernyataan yang salah berkaitan konsep Qardh.


A. Pinjaman diberi untuk satu tempoh tetap atas semangat ihsan.
B. Peminjam hanya perlu bayar balik jumlah pinjaman sebenar.
C. Bayaran balik serta lebihan berdasarkan budi bicara peminjam dibolehkan.
D. Pemberi pinjam dibolehkan meleta kkan tempoh masa bayaran tertentu.

29. PIlih pernyataan yang yang tidak menggambarkan kedudukan harta dalam Islam.
A. Harta adalah suatu nikmat Allah SWT.
B. Harta adalah suatu cubaan dan ujian.
C. Harta adalah suatu bala bencana.
D. Harta adalah suatu “khairan’ .

MPU3333 ISU-ISU KONTEMPORARI DI MALAYSIA Page 5 of 11


SEPTEMBER 2015 CONFIDENTIAL

30. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilaksanakan sebelum pembahagian


harta pusaka melalui kaedah faraid kecuali
A. belanja pengurusan jenazah seperti urusan kubur, kafan dan pengebumian.
B. menjelaskan hutang si mati seperti haji, fidyah, zakat dan nazar.
C. pembahagian harta sepencarian suami dan isteri.
D. pembahagian wasiat melebihi 2/3 daripada harta.

31. Pilih pernyataan yang salah berkaitan proses fermentasi dalam bidang pemakanan.
A. Proses yang melibatkan pemecahan bahan organik yang kompleks kepada
bahan ringkas.
B. Proses yang menggunakan sel organisma, sel-sel bakteria, tumbuhan atau
haiwan untuk menghasilkan produk.
C. Proses pemindahan maklumat genetik, teknologi DNA rekombinan di mana
DNA atau gen dipindahkan dari satu organisma ke satu organisma yang lain.
D. Proses melibatkan pemecahan bahan organik yang ringkas kepada bahan
yang bersifat kompleks.

32. Tindakbalas kimia dalam proses fermentasi memerlukan kehadiran enzim yang
boleh didapati daripada bahan-bahan berikut kecuali
A. budu. C. kacang soya.
B. susu masam. D. keju.

33. Penapaian ialah proses paling awal dalam bioteknologi makanan yang terdiri
daripada beberapa peringkat dan akan menghasilkan bahan berikut kecuali
A. alkohol. C. asid amnino.
B. karbon dioksida. D. cuka.

34. Berikut adalah makanan yang terhasil hasil daripada proses penapaian kecuali
A. Roti. C. Keju.
B. Wain. D. Nira.

35. Penggunaan “shortening” sebagai istilah komersil kepada bahan yang banyak
digunakan dalam biskut, pai, piza, puding, krim adalah merujuk kepada bahan
A. lemak. C. tulang.
B. kulit. D. daging.

MPU3333 ISU-ISU KONTEMPORARI DI MALAYSIA Page 6 of 11


SEPTEMBER 2015 CONFIDENTIAL

36. Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1982 telah
mengharuskan derma darah. Berikut adalah beberapa ketetapan yang dikeluarkan
sebagai panduan oleh Jawatankuasa tersebut kecuali
A. perlu diasingkan darah yang didermakan daripada orang Islam dan bukan
Islam.
B. penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah
tidak digalakkan.
C. terdapat nas yang sorih daripada al-Quran dan as-Sunnah yang menyatakan
keharusan hukum penggunaan darah manusia dalam bidang rawatan.
D. darah yang mengalir itu walaupun haram dari segi syarak, tetapi dengan
berpandukan keadaan darurat membolehkannya digunakan dalam bidang
perubatan dan harus diambil manfaat daripadanya.

37. Pilih pernyatan yang salah berkenaan konsep perubatan dalam Islam.
A. Islam haruskan rawatan atau perubatan dengan benda yg haram dan najis
walaupun terdapat bahan ubatan atau benda yang suci.
B. Asas peristiwa yang menjadi sandaran hukum kepada keharusan derma
organ ialah berdasarkan kisah Rasulullah SAW bersama Ibnu Nukman.
C. Al-Qardhawi rumuskan bahawa pendermaan organ tergolong sebagai satu
daripada tiga amalan yang akan berikan pahala berterusan selepas mati.
D. Pendermaan organ dianggap amalan yang setaraf dengan sedekah jariah.

38. Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam mengharuskan pendermaan
organ kecuali
A. berasaskan prinsip maslahah dan mafsadah sepertimana yang terdapat
dalam Syariat Islam.
B. ia tidak berlaku dengan cara yang mencabuli kehormatan manusia seperti
melibatkan urusan jual beli organ.
C. keizinan derma berlaku dalam keadaan penderma memiliki kelayakan
penuh untuk lakukannya termasuklah penderma kanak-kanak.
D. ia tidak akan menyebabkan penderma tanggung mudharat ke atas dirinya
seperti mati atau cacat seperti hilang sebahagian pancaindera.

MPU3333 ISU-ISU KONTEMPORARI DI MALAYSIA Page 7 of 11


SEPTEMBER 2015 CONFIDENTIAL

39. Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Pertama yang bersidang pada 23 - 24 Jun 1970 telah membincangkan
mengenai hukum pemindahan organ atau anggota badan manusia iaitu
A. jantung. C. hati.
B. buah pinggang. D. paru-paru.

40. Pemindahan organ daripada si mati dibenarkan (harus) dalam Islam berdasarkan
atas pertimbangan-pertimbangan berikut kecuali
A. pemindahan organ tersebut difikirkan akan berjaya.
B. tidak melibatkan konsep perdagangan atau jual beli.
C. mendapat kebenaran daripada si mati/ penderma sebelum meninggal dunia.
D. mendapat keizinan daripada waris-waris yang masih hidup.

41. Pakar psikoterapi menyatakan, bahawa dalam menangani masalah ketagihan seks
berkaitan pornografi, jika penggunaan pornografi dilakukan secara berterusan dan
dibiarkan ianya akan
A. membawa kepada ketagihan yang lebih teruk.
B. membawa kepada tingkah laku seksual yang buruk.
C. membawa kepada tingkah laku seksual yang tidak normal.
D. membawa ke arah mengenali dan memahami realiti kehidupan.

42. Berdasarkan maksud daripada petikan al-Qur’an dalam surah an-Nur berkaitan
panduan pergaulan di antara lelaki dengan perempuan, Allah SWT menekankan
kepada kepentingan dua perkara utama, iaitu menjaga
A. pemakanan dan pendengaran. C. kemaluan dan pergerakan.
B. pandangan dan kemaluan. D. pandangan dan pendengaran.

43. Firman Allah SWT dalam surah an-Nur berkaitan perintah untuk menjaga pergaulan
antara lelaki dengan wanita ditujukan khusus kepada golongan tertentu iaitu
A. orang-orang lelaki dewasa. C. orang-orang yang beriman
B. seluruh umat manusia. D. semua yang mengaku Muslim.

44. Usaha untuk membendung gejala pornografi daripada terus menular dalam
masyarakat adalah melalui pendidikan agama yang seharusnya bermula di peringkat
A. pra sekolah. C. kariah masjid.
B. sekolah agama. D. ibu – bapa di rumah.

MPU3333 ISU-ISU KONTEMPORARI DI MALAYSIA Page 8 of 11


SEPTEMBER 2015 CONFIDENTIAL

45. Islam menganjurkan agar anak-anak dilatih mendirikan solat pada usia 7 tahun dan
diasingkan tempat tidur di antara adik beradik berlainan jantina pada usia mereka
A. 7 tahun. C. 9 tahun.
B. 8 tahun. D. 10 tahun.

46. Berikut ialah beberapa aspek negatif kesan daripada kemajuan dalam bidang sains
dan teknologi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ST & TMK).
i. Anti Islam - Sains dan teknologi acuan barat iaitu “sains untuk sains”.
ii, Aspek luar fitrah - Kajian yang bertentangan dengan fitrah manusia dan
mencemarkan kesucian hubungan sesama manusia.
iii. Pencemaran alam sekitar - Ujian nuklear, bahan buangan industri beracun,
penipisan lapisan ozon, pemanasan global dan seumpamanya.
iv. Anti nilai Etika - Enggan mempertahankan tanggungjawab moral dan sosial,
membentuk individu yang tidak komited terhadap peraturan.
A. i, ii dan iii. C. i, iii dan iv.
B. i, ii dan iv. D. ii, iii dan iv.

47. Pilih syarat-syarat sah akad nikah melalui sidang video yang ditetapkan oleh JAKIM.
i. Hendaklah majlis ini berlangsung pada tahap al-Yakin.
ii. Hendaklah majlis ini berlangsung pada tahap al-Zhan.
iii. Tidak ada unsur penipuan (al-gharar) dan keraguan.
iv. Terdapat halangan untuk melakukan akad nikah di tempat yang ditentukan
kerana jauh seperti berada di luar negara.
A. i, ii, iii dan iv. C. i, iii dan iv.
B. i, ii dan iv. D. ii, iii dan iv.

48. Syarat sah akad-nikah menerusi sidang video (video conference) ialah ianya mesti
berlaku secara ittihad al-majlis yang bermaksud ianya
A. berlangsung di dalam satu majlis.
B. tidak ada unsur penipuan (al-gharar) dan keraguan.
C. cukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikah menurut hukum syarak.
D. wali sendiri yang menjalankan akad-nikah pasangan.

MPU3333 ISU-ISU KONTEMPORARI DI MALAYSIA Page 9 of 11


SEPTEMBER 2015 CONFIDENTIAL

49. Berikut ialah halangan-halangan yang membolehkan untuk dilakukan akad nikah
secara di atas talian melalui siding video akibat kesukaran bagi kedua-dua belah
pihak untuk berada dalam satu majlis yang sama kecuali
A. berada di luar negara. C. kesibukan bekerja.
B. banjir. D. sakit.

50. Keperluan kepada kehadiran dua orang saksi dalam kes talak dan rujuk adalah
sunat hukumnya berdasarkan pendapat
A. Jumhur ulamak Sunni. C. Jumhur ulamak Syafi’i.
B. Jumhur ulamak Hanafi. D. Jumhur ulamak Salafi.

MPU3333 ISU-ISU KONTEMPORARI DI MALAYSIA Page 10 of 11


SEPTEMBER 2015 CONFIDENTIAL

BAHAGIAN B (Jumlah: 10 markah)

ARAHAN: Jawab SATU soalan sahaja.


Sila guna buku jawapan yang disediakan.

Soalan 1

Huraikan matlamat kepenggunaan dalam Islam dari sudut akidah, syariah dan akhlak.
(10 markah)

Soalan 2

Jelaskan mengenai TIGA nasihat Dr. Abdullah Nasih Ulwan kepada ibu-bapa mengenai
tanggungjawab pendidikan terhadap anak-anak dalam Islam.
(10 markah)

Soalan 3

Kemukakan TIGA cadangan untuk menyempurnakan trend pemakaian tudung kepala di


kalangan masyarakat agar selaras dengan konsep menutup aurat yang sebenar dalam
Islam.
(10 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

MPU3333 ISU-ISU KONTEMPORARI DI MALAYSIA Page 11 of 11

You might also like