You are on page 1of 8

1. Perkataan tamadun berasal dari perkataan arab iaitu Maddana.

Maddana membawa maksud


A. Kehalusan budi bahasa atau kesopanan tingkah laku
B. keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalam sesebuah bangsa
dan masyarakat
C. penggabungan antara ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan
D. peradaban dan kebudayaan

2. Dua istilah yang digunakan oleh Ibnu Khaldun bagi merujuk kepada tamadun ialah
A. umran dan bunyan
B. hadhara dan umran
C. maddana dan madaniyah
D. maddana dan umran

3. Semua pernyataan di bawah adalah ciri-ciri asas tamadun kecuali


A. Kewujudan aktiviti ekonomi
B. Kewujudan sistem pertahanan dan ketenteraan
C. Kewujudan pelbagai tingkat sosial dan strata dalam masyarakat
D. Kewujudan sains dan teknologi

4. Antara di bawah yang manakah bukan faktor kelahiran sesebuah tamadun


A. Perdagangan
B. Geografi
C. Keterbukaan
D. Nilai moral dan ilmu pengetahuan

5. Perkataan Maddana atau Maddani sebenarnya berasal daripada perkataan Deen. Deen bermaksud
A. peradaban
B. Sopan tingkah lau
C. Kehidupan beragama
D. ketinggian ilmu

6. Berikut adalah faktor negatif yang menyulitkan interaksi antara tamadun kecuali
A. geografi
B. bencana alam
C. ketidakstabilan ekonomi dan politik
D. peperangan dan kekacauan

7. Manusia dilihat melalui dua sumber iaitu naqli dan akal. Apa yang dimaksudkan dengan naqli
ini?
A. Keterangan yang datang daripada Allah atau wahyu
B. Rungkaian kepada persoalan yang datang daripada manusia
C. Hasil penyelidikan sains dan pengalaman
D. Satu bentuk teori yang diperdebatkan untuk diketahui umum
8. ______ bermaksud satu kepercayaan yang akan membentuk keimanan manusia kepada Allah,
Malaikat dan perkara-perkara yang ghaib.
A. Syariah
B. Ibadah
C. Akhlak
D. Akidah

9. Soalan berikut berdasarkan pernyataan di bawah

Pentingnya setiap tamadun bertolak ansur kerana dengan sifat tolak


ansur membolehkan asimilasi nilai yang baik dalam pembangunan
tamadun

Nilai universal sifat yang dimaksudkan oleh kenyataan di atas ialah _______
A. sejagat
B. keterbukaan
C. sepanjang zaman
D. keadilan

10. Pada umumnya tamadun Melayu dibina dan berkembang melalui


A. kekuatan pentadbiran dan ketenteraan
B. kekuatan ekonomi dan faktor agama.
C. kekuatan agama dan bahasa
D. perdagangan

11. Zaman keagungan tamadun China yang paling utama ialah pada
A. Dinasti Hsia
B. Dinasti Chou
C. Dinasti Han
D. Dinasti Chin

12. Di manakah keunikannya tamadun Islam dari sudut al-ummah?


A. Tamadun Islam mempunyai pelbagai bangsa tanpa mengira keturunan, warna kulit dan
sempadan geografi
B. Tamadun Islam telah didominasi oleh kaum Arab kemudian diikuti oleh kaum lain seperti
Parsi, Cina dan sebagainya
C. Agama Islam telah menyatukan budaya, bahasa dan artifak yang wujud ketika itu
D. Kelahiran tamadun Islam yang bermula dari bandar seterusnya menular ke Bandar-bandar
besar yang lain seperti Damsyik dan Cordova

13. Tauhid Uluhiyyah bermaksud


A. Meyakini hanya Allah sahaja Tuhan yang layak disembah, diibadati dan dipohon pertolongan
B. Meyakini bahawa terdapatnya pembalasan pada hari akhirat
C. Meyakini terdapat syurga dan neraka
D. Meyakini bahawa manusia berasal daripada Adam dan Hawa
14. Dua sumber utama tamadun islam ialah
A. Al-Quran dan as-Sunnah
B. Al-Quran dan syariat
C. Al-Quran dan keupayaan akal
D. Al-Quran dan pandangan Ulama

15. Sebagai sumber perundangan Islam, hadith berfungsi melengkapi al-Quran dengan cara berikut
kecuali:
A. menegaskan hukum yang terdapat dalam al-Quran
B. menjelaskan apa yang tidak diperincikan dalam al-Quran
C. menetapkan sesuatu hukum yang tidak terdapat dalam al-Quran yang tidak menyalahi dalil
al-Quran itu sendiri
D. mengubah hukum yang tidak bersesuaian dengan peredaran zaman

16. Akidah, syariat dan akhlak meruapakan asas-asas tamadun islam. Mengapakah akhlak termasuk
dalam asas-asas tersebut?
A. Kerana akhlak menentukan baik buruknya sesuatu tamadun
B. Kerana akhlak merupakan keyakinan dalaman yang menentukan tingkah laku luaran
C. Kerana akhlak dapat membina tamadun dengan penuh ikhlas
D. Kerana sesuatu bangsa itu akan kekal selama akhlaknya kekal, apabila runtuh akhlaknya,
bangsa itu pun lenyap

17. Soalan berikut berdasarkan pernyataan di bawah

Semua ajaran Islam dari ALLAH


Manusia tidak campur tangan
Peranan manusia hanya pelaksana dan pemudah cara

Pernyataan diatas adalah berkaitan dengan maksud

A. Rabbani
B. Syumul
C. Tauhid
D. Uluhiyyah

18. Pernyataan yang manakah dibawah adalah tidak benar berkenaan dengan kedatangan Islam ke
dalam tamadun Melayu
A. Pandangan semesta Melayu mulai berubah dari fahaman animisme dan Hinduisme kepada
konsep tauhid
B. Orang Melayu memahami bahawa hidup mereka tertumpu dan terarah kepada konsep tauhid
C. Orang yang berilmu seperti ulama mengambil peranan yang penting menggantikan raja
D. Agama Islamlah yang telah meningkatkan tamadun Melayu ke tahap antarabangsa
19. Pada asasnya tamadun Melayu Islam telah dibina diatas dasar pandangan semesta dan prinsip
tamadun berasakan wahyu seperti berikut:
I. Alam ini hasil ciptaan dan tadbiran Allah s.w.t yang mancakupi alam primordial, alam
dunia dan alam akhirat
II. Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din
III. Keyakinan kepada pembalasan baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya pembalasan
yang buruk bagi amalan jahat
IV. Segala ilmu pengetahuan, maklumat, kemahiran, teknologi, peralatan dan prasarana
kehidupan dunia adalah sebagai alat yang perlu dituntut dan diperoleh secara fardu Ain

A. I dan II
B. I, II dan III
C. III dan IV
D. I, II, III dan IV

20. Soalan berikut adalah berdasarkan pernyataan di bawah

..seolah sebahagian bangsa India memeluk Islam, maka orang-orang


india turut mengambil bahagian lalulintas dan emigrasi di nusantara dan
mereka itulah yang memasukkan Islam ke wilayah nusantara

Petikan teori kedatangan islam dari India ke nusantara di atas di kemukakan oleh

A. R.O Winstedt
B. Lucien Goldmann
C. Snouck Hurgronje
D. Syed Naquib Al-Attas

21. Yang manakah dibawah ini adalah benar dengan kedatangan islam ke alam Melayu
A. Bahasa melayu menjadi wahana ilmu dan bahasa lingua franca di alam melayu
B. Peperangan adalah salah satu faktor pemangkin penyebaran Islam
C. Kebebasan agama semakin terhakis
D. Semua empayar di alam melayu menjadikan agama islam sebagai agama yang utama

22. Mengapakah Islam dikenali sebagai agama yang Tauhid?


A. Kerana Islam dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w
B. Kerana Islam bermula daripada Adam dan dilengkapi oleh Nabi Muhammad s.a.w
C. Kerana Islam sahaja merupakan agama yang diterima oleh Allah s.w.t
D. Kerana Islam menyembah Tuhan yang satu
23. Soalan berikut berdasarkan pernyataan di bawah

Fahaman ini tidak memberi penekanan kepada kehidupan bermasyarakat.


Maka unsur-unsur ketinggian tamadun seperti saling menghormati, saling
menolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia.

Pernyataan diatas adalah salah satu faktor yang menyebabkan nilai-nilai insani semakin terhakis
dalam masyarakat. Faktor di atas ialah

A. Pengaruh nilai individualistik


B. Pengaruh nilai materialistik
C. Pengaruh nilai duniawi
D. Pengaruh nilai kejahilan

24. Baca petikan ayat al-Quran ini: Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.
Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat surah al-
Mukminun ayat 16-17. Persoalannya di sini siapa yang dimaksudkan dengan kamu?
A. Makhluk
B. Haiwan
C. Manusia
D. Syaitan

25. Pernyataan di bawah adalah benar berkenaan dengan globalisasi kecuali


A. barat berjaya menjajah tanpa kehadiran mereka di sesebuah negara
B. globasi hanya berkaitan dengan dunia teknologi maklumat
C. dunia tanpa sempadan
D. penularan budaya tidak sihat kepada masyarakat timur

26. Pandangan dan sikap seseorang mengenai persoalan alam sekitar boleh dilihat dalam tiga kategori
iaitu Dominasi, kekhalifahan dan
A. Tauhid
B. Syariah
C. Romantisisme
D. Stewardship

27. Penggunaan tanah menurut undang-undang Islam boleh dibahagikan kepada empat jenis yang
utama iaitu amir, mawat, harim dan hima. Mawat ialah
A. tanah yang sudah dibangunkan
B. tanah yang terbiar
C. tanah yang dilindungi
D. tanah yang dirizabkan secara kekal

28. Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang ciri-ciri Tamadun Romawi
I. Mengamalkan dasar perluasan kuasa
II. Ekonomi yang kukuh
III. Penduduk pelbagai ras
IV. Undang-undang yang teratur

A. I, II, dan III


B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

29. Pernyataan yang manakah dibawah adalah tidak benar berkaitan dengan tamadun barat
A. Tamadun barat terdiri daripada tamadun Yunani dan Romawi
B. Antara ahli falsafah terkenal tamadun barat ialah Socrates
C. Agama merupakan sebahagian asas tamadun barat
D. Mementingkan falsafah kebendaan

30. Tamadun Yunani Kuno terkenal dengan tokoh-tokoh seperti Aristotle, Socrates dan Plato. Ketiga-
tiga tokoh ini terkenal dengan _________________
A. falsafah ketuhanan
B. falsafah kebendaan
C. falsafah pendidikan
D. falsafah alam semulajadi

31. Perkataan jihad diambil daripada perkataan arab al-jahdu. Al jahdu bermaksud
A. tekad
B. penat jerih
C. usaha tenaga
D. berani

32. Zaman kegelapan di Eropah berlaku pada 400-1100M. Pernyataan manakah yang menerangkan
paling tepat berkenaan zaman kegelapan?
A. Zaman pemerintahan oleh Gereja dan Raja
B. Zaman berlakunya banyak peperangan dan kekacauan
C. Zaman dimana banyak wabak berlaku dan ekonomi meleset
D. Zaman Kebekuan ilmu pengetahuan

33. Pada zaman manakah semangat pembelajaran ilmu, seni dan sains dan teknologi wujud semula di
Eropah
A. Zaman Romawi
B. Zaman pertengahan
C. Zaman renainsance
D. Zaman moden

34. Perkataan etika diambil daripada perkataan yunani iaitu


A. ethice
B. ethos
C. ethic
D. ethive

35. Di bawah adalah pernyataan yang berkaitan dengan kepentingan etika dalam sains dan teknologi
kecuali
A. Sebagai panduan kepada saintis dan teknokrat dalam melakukan kerja mereka.
B. Membataskan perkara-perkara yang boleh dilakukan
C. Menghadkan penciptaan teknologi baru
D. Untuk menentukan dasar dalam aktiviti sains

36. Islam Hadhari dilancarkan oleh Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada tahun
A. 2001
B. 2002
C. 2003
D. 2004

37. Dari sudut etomologi hadhari bermaksud


A. Maju
B. Keseimbangan
C. Kehadapan
D. kesejahteraan

38. Hadhari kadangkala dirujuk sebagai hadhara yang bermaksud


A. keseimbangan di antara pembangunan material dengan akhlak dan spiritual.
B. Kemajuan menyeluruh dari segi pembangunan fizikal dan insaniah
C. Kemajuan masyarakat dan kehalusan tatasusila
D. keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalam sesebuah bangsa
dan masyarakat

39. Yang manakah di bawah merupakan prinsip-prinsip Islam hadhari?


I. Rakyat berjiwa merdeka
II. Kekuatan pertahanan
III. Masyarakat penyayang
IV. Penguasaan sains dan teknologi

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III, dan IV
D. I, II, III dan IV

40. Di bawah adalah pernyataan yang berkaitan dengan isu-isu semasa pengenalan Islam Hadhari
kecuali
A. Suatu agama dan mazhab baru
B. Sistem sekular dan retorik
C. Pelaksanaan pendekatan Islam hadhari memberi kesan negatif kepada yang bukan islam
D. Tidak mendapat sokongan banyak pihak

You might also like