You are on page 1of 10

TAMADUN ISLAM

1. Dari sudut istilah, Islam membawa maksud taat kepada siapa dengan sepenuh hati tanpa ragu dan tunduk
serta patuh kepada segala perintah-Nya.

Allah S.W.T
Nabi Muhammad S.A.W
Nabi Adam
Syeikh Muhammad Abduh

2. Yang manakah BUKAN konsep penting yang boleh dibincangkan untuk memahami pandangan semesta
tamadun Islam?

Konsep keimanan
Konsep kekuasaan
Konsep kebendaan
Konsep kemanusiaan

3. Aspek kepercayaan merupakan perkara asas yang wajib diimani dan diyakini oleh setiap individu
Muslim. Yang manakah merupakan salah satu aspek kepercayaan yang dijelaskan oleh al-Quran dan
Sunnah?

Beriman kepada ibu bapa


Beriman kepada Qadak dan Qadar
Beriman kepada hari lahir
Beriman kepada jin

4. Y membawa maksud undang-undang, aturan-aturan dan ketetapan-ketetapan Allah S.W.T. Apakah Y?

Syariah
Tauhid
Al-Quran
Hadis

5. Berdasarkan Abu Hasan Ali al-Nadawi dalam bukunya Western Civilisation, Islam and Muslim, istilah
yang manakah lebih menepati kepada konsep tamadun Islam dan berpusat kepada wahyu?

Umran dan hadharah


Badi dan badawi
Hadharah dan madaniyyah
Hajiyyah dan tahsiniyyah

6. Yang manakah bukan makna perkataan Islam dari sudut bahasa?

Patuh
Waswas
Tunduk
Sejahtera
7. Berikut adalah pernyataan yang betul mengenai kerajaan Uthmaniyyah Turki KECUALI:

Kerajaan Ghaznawi telah ditubuhkan di Andalusia


Sultan Abdul Hamid II telah digulingkan oleh The Young Turks
Masyarakat Islam gagal mempertahankan tamadun mereka dan diresapi oleh ideologi sekular Barat
Kerajaan Uthmaniyyah telah mencapai kemuncak apabila kota Constantinople dikuasai

8. Jihad meliputi semua aspek dalam kehidupan manusia, antaranya merupakan contoh-contoh Jihad
KECUALI:

Jihad hiburan
Jihad ilmu
Jihad nafsu
Jihad ekonomi

9. Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai al-Sunnah.

Prinsip-prinsip asas yang terkandung di dalam al-Sunnah akan dihuraikan dan diperincikan
dalam al-Quran
Al-Sunnah ialah pelengkap kepada al-Quran
Sumber kedua tamadun Islam selepas al-Quran
Manusia dapat memahami dengan lebih teliti tentang sesuatu berpandukan Sunnah

10. Islam bersifat terbuka dalam menerima nilai dan idea baru daripada tamadun lain, pilih pernyataan yang
BETUL di bawah:

Tamadun Islam mencontohi sistem pentadbiran kerajaan Romawi


Tamadun Islam menerima sumbangan daripada tamadun India dalam bidang falsafah
Tamadun Islam mengambil sistem ekonomi daripada tamadun Mesir
Tamadun Islam menerima sumbangan tulisan daripada tamadun China

11. Kerajaan X mempunyai kegiatan intelektual berkembang pesat dan banyak aktiviti penterjemahan
dilaksanakan. Kerajaan X adalah zaman kemuncak kegemilangan tamadun Islam. Apakah X?

Kerajaan Uthmaniyyah
Kerajaan Abbasiyyah
Kerajaan Turki
Kerajaan Ghaznawi

12. Pilihan padanan yang BETUL:

Ibn al-Haitham - Tokoh tasawuf


Ibn Sina - Tokoh sains dan perubatan
al-Ghazali - Tokoh Matematik
Abu Nasr al-Farabi - Tokoh Fizik

13. Berikut adalah pusat ilmu yang didirikan di Andalus KECUALI:

Granada
Cordova
Toledo
Ghaznawi
14. Islam menuntut umatnya supaya memiliki sifat toleransi. Sifat toleransi itu hendaklah berlandaskan
prinsip-prinsip apa?

Manusia dan alam


Al-Quran dan Sunnah
Akal dan akhlak
Akidah dan syariah

15. Tamadun Islam dikatakan tidak boleh dipisahkan sama sekali daripada aspek ketuhanan. Konsep
ketuhanan ini dapat digambarkan melalui istilah di bawah iaitu:

Rohani
Rabbani
Riba
Fitrah

TAMADUN MELAYU

1. Yang manakah BUKAN takrifan Melayu dalam Perkara 160, Perlembagaan Malaysia?

Pandai menulis tulisan Jawi


Menganut agama Islam
Bertutur dalam bahasa Melayu
Mengamalkan adat istiadat Melayu

2. Dalam tamadun Melayu, kawasan Melayu dahulunya dikenali dengan pelbagai nama seperti yang
berikut, yang manakah BUKAN nama lain untuknya?

Gugusan Kepulauan Melayu


Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia
Tanah Melayu
Alam Melayu

3. Tamadun Melayu merujuk kepada masyarakat yang mempunyai susunan struktur sosial yang kompleks.
Yang manakah TIDAK merupakan komponennya?

Pedagang
Petani
Ulama
Hamba

4. Amalan ________ dalam masyarakat Melayu bersesuaian dengan cara kehidupan masyarakat yang
menekankan nilai kesaksamaan antara ahli-ahlinya dan mencapai persetujuan ramai.

Bergotong-royong
Bertimbang rasa
Bermesyuarah
Beradab
5. Yang manakah merupakan nilai dalam tamadun Melayu yang berteraskan kepada aktiviti ekonomi
perdagangan?

Menyindir undang-undang tempatan


Kebolehan untuk berinteraksi dengan masyarakat luar
Bersifat tertutup
Mengetepikan pandangan orang lain

6. Kemampuan masyarakat Melayu menguasai teknologi ________ telah membezakan masyarakat Melayu
daripada masyarakat lain di rantau Asia Tenggara dan membolehkan orang Melayu membentuk sebuah
tamadun yang unik.

Teknologi nano
Teknologi perbankan
Teknologi maritim
Teknologi maklumat

7. Monumen-monumen di bawah merupakan pengaruh Hindu-Buddha yang dapat dilihat dalam kerajaan-
kerajaan Melayu awal, KECUALI:

Taj Mahal
Angkor Wat
Candi Lembah Bujang
Candi Borobodur/Borobudur

8. Yang manakah merupakan dua buah empayar Melayu yang besar dan menguasai laluan perdagangan di
kawasan mereka sebelum Islam?

Empayar Pasai dan Empayar Perlak


Empayar Funan dan Empayar Srivijaya
Empayar Acheh dan Empayar Jawa
Empayar Patani dan Empayar Riau

9. Terdapat tiga teori tentang kedatangan Islam ke alam Melayu. Namun begitu, terdapat satu persamaan
dalam ketiga-tiga teori tersebut itu, iaitu agama Islam berkembang melalui__________.

Perikanan
Pertukangan
Pertanian
Perdagangan

10. Yang manakah sistem perundangan yang dibentuk oleh Kerajaan Melayu Melaka yang berlandaskan
sistem perundangan Islam dan adat resam Melayu?

Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka


Undang-undang Pelabuhan Melaka dan Undang-undang Udara Melaka
Undang-undang 88 Melaka dan Undang-undang 99 Melaka
Undang-undang Bendahari dan Undang-undang Temenggung
11. Pandangan semesta Tamadaun Melayu boleh dilihat daripada pelbagai aspek di bawah, KECUALI:

Mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturahim


Bersopan santun dan berbudi bahasa
Menghina yang tua
Berpegang teguh kepada adat resam

12. Yang manakah merupakan perkara yang paling penting dalam agama Islam?

Keimanan dan ketakwaan kepada umat Islam yang lain


Keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T
Keimanan dan ketakwaan kepada majikan
Keimanan dan ketakwaan kepada kerajaan

13. Ungkapan-ungkapan Melayu di bawah merupakan persuratan Melayu sebelum Islam, KECUALI:

Teka-teki
Mantera
Sulalatul Salatin
Pantun

14. Yang manakah merupakan unit sukatan yang dihasilkan oleh tamadun Melayu?

Saga
Ling
Hasta
Relong

15. Yang manakah merupakan sastera ketatanegaraan yang didapati dalam tamadun Melayu selepas
kedatangan Islam?

Tajul Salatin
Puteri Santubong
Tayyib al-Ihsan fi Tibbil Insan
Sharabul Ashiqin

TAMADUN INDIA

1. Pilih susunan empat peringkat kehidupan yang BETUL dalam masyarakat India.

Brahmacarya-Grahasta-Vanaprasta-Sannyasa
Sannyasa-Vanaprasta-Grahasta-Brahmacarya
Vanaprasta-Grahasta-Brahmacarya-Sannyasa
Grahasta-Brahmacarya-Sannyasa-Vanaprasta

2. Yang manakah merupakan kasta yang merujuk kepada golongan pendidik dalam sistem kasta yang
terdapat dalam tamadun India?

Ksatriya
Brahmin
Sudra
Vaisya
3. Yang manakah BUKAN perkara-perkara yang penting dalam tarian masyarakat India?

Ekspresi
Susuk badan
Muzik
Pakaian

4. Kepercayaan, pemikiran serta amalan masyarakat X adalah berasaskan ajaran mazhab Saivisme dan
Vaisanavisme yang banyak dibicarakan dalam puisi klasik Sangam. Masyarakat X merujuk kepada:

Masyarakat Manipur
Masyarakat Indo-Arya
Masyarakat Uttar Pradesh
Masyarakat Dravida

5. Yang manakah merupakan nama Tuhan yang disebutkan oleh penganut Sikh?

Mahaguru
Maha kuasa
Mahameru
Waheguru

6. Yang manakah BUKAN kitab-kitab Veda dalam tamadun India?

Atharva
Rig
Guru Granth Sahib
Yajur

7. Yang manakah merupakan dua koleksi dalam kesusasteraan Sangam?

Iliad dan Odyssey


Ettutokai dan Pattupattu
Epik Ramayana dan Epik Mahabharata
Tirukkural dan Bhagavadgita

8. Yang manakah merupakan amalan yang terkandung dalam pandangan semesta tamadun India?

Peraturan sebab dan akibat


Keinginan melepaskan diri dari kemiskinan
Mengagungkan kebendaan
Kepercayaan kepada duniawi

9. Yang manakah merupakan sastera klasik yang penting dan tertua dalam Kesusasteraan Tamil?

Epik Mahabharata
Epik Ramayana
Tirukkural
Bhagavadgita
10. Yang manakah merupakan salah satu prinsip daripada lima prinsip utama dalam agama Hindu?

Kesedaran tentang samsara


Harmoni agama
Bergantung pada pewujudan
Bertekad untuk lahir
Other:

11. Yang manakah merupakan salah satu aspek untuk Lapan Jalan Mulia dalam agama Buddha?

Jasmani yang kuat


Inspirasi yang betul
Rohani yang suci
Konsentrasi yang betul

12. Yang manakah merupakan kawasan tersebarnya mazhab Hinayana dalam agama Buddha?

Korea
Thai
Tibet
Jepun

13. Yang manakah BETUL tentang salah satu daripada lima simbol utama yang dikenali sebagai 5K dalam
persaudaraan khalsa yang diperkenalkan oleh Gobind Singh?

Kara (sikat)
Kirpan (pedang kecil)
Kachera (rambut panjang)
Kesh (gelang besi)

14. Yang manakah merupakan sumbangan Islam dari segi seni bina dalam tamadun India?

Candi Borobudur
Taj Mahal
Burj Rafal
Angkor Wat

15. Yang manakah BUKAN struktur yang penting dalam seni bina kuil Hindu?

Vimana (menara piramid)


Ratha (bentuk binatang atau burung)
Stambhas (bentuk tiang yang diukir dengan ayat-ayat suci)
Shihkara (bentuk kereta kuda)
TAMADUN CINA

1. Bilakah kemuncak kegemilangan Islam di China?

Dinasti Tang
Dinasti Qin
Dinasti Yuan
Dinasti Han

2. Yang manakah berikut BUKAN buku fiksyen Cina terkenal?

Honglou Meng (Mimpi Loteng Merah)


Xiyou Ji (Perjalanan ke Barat)
Sanguo Yanyi (Roman Tiga Negara)
Jiuyin Zhenjing (Nine Yin Manual)

3. Berikut adalah ciptaan besar tamadun Cina KECUALI:

Pencetakan
Perubatan Cina
Bahan Letupan
Kertas

4. Pilih pasangan padanan yang TIDAK BETUL:

Zaman keemasan puisi ialah Dinasti Tang


Zaman keemasan fiksyen ialah Dinasti Ming dan Qing
Zaman keemasan lirik ialah Dinasti Han
Zaman keemasan drama ialah Dinasti Yuan

5. Yang manakah berikut SALAH mengenai kesusasteraan Cina?

Shi Jing merupakan antologi puisi di selatan yang terawal.


Drama Cina dikenali sebagai Zaju dan guwen.
Drama Cina menekankan nilai-nilai etika dengan menonjolkan perbuatan baik dan memberi amaran
kepada perbuatan jahat.
Prosa Cina dikenali sebagai guwen.

6. Yang manakah berikut TIDAK BENAR?

Pedagang Islam Arab dan Parsi mendirikan masjid di Beijing dan Shanghai.
Masyarakat Islam telah dibentuk di Xi-an akibat penyebaran Islam ke China.
Salah seorang ahli pelayaran Cina muslim iaitu Zhenghe telah berjaya mengelilingi dunia.
Agama Islam dibawa masuk ke negara China melalui jalan darat dan jalan laut.
7. Berikut adalah pernyataan yang betul mengenai masyarakat dan budaya Cina, KECUALI:

Sistem kekeluargaan Cina menekankan kuasa bapa.


Nilai politik adalah merujuk kepada kuasa raja iaitu berkuasa mutlak.
Dalam hierarki masyarakat, terdapat tiga golongan iaitu, golongan atasan, pertengahan dan
bawahan.
Sistem kemasyarakatan Cina mementingkan nilai dan etika masyarakat.

8. Pilih pernyataan yang TIDAK BETUL mengenai falsafah tamadun Cina.

Tiga cabang dalam fikiran aliran Fa ialah Fa (undang-undang), Shi (autoriti) dan Shu (kaedah).
Daoisme diasaskan oleh dua orang pemikir terunggul Cina iaitu Laozi dan Zhuangzi.
Dalam Konfusianisme menekankan nilai-nilai murni dan berharap seseorang dapat menjadi junzi.
Moisme menyokong sikap suka berperang (feigong) dan tidak menyerah kepada nasib (feiming).

9. Yang manakah BUKAN kumpulan etnik terbesar bagi bangsa Cina?

Manchu
Han
Zang
Qin

10. Yang manakah berikut adalah SALAH?

Negara merujuk kepada gabungan Guo (negara) dengan Jia (keluarga).


Sistem kekeluargaan pula merujuk kepada Xiao (berbakti).
Konsep Zhong Hua adalah gabungan daripada istilah Zhong Guo dengan Hua Ren.
Konsep Zhong (taat) merupakan asas dalam sistem kenegaraan.

11. Yang manakah berikut TEPAT merujuk kepada sistem Sangkang?

Hubungan antara raja dengan pembesar, ketua dengan kakitangan, abang dengan adik.
Hubungan antara raja dengan pembesar, ayah dengan anak, suami dengan isteri.
Hubungan antara raja dengan pegawai, ibu bapa dengan anak, abang dengan adik.
Hubungan antara raja dengan pegawai, ketua dengan pengikut, abang dengan adik.

12. Berikut ialah nilai-nilai Wu Chang KECUALI:

Ren
Xin
Li
Zhong

13. Sistem tulisan Cina dibentuk berdasarkan tiga unsur utama KECUALI:

Makna
Lambang
Bunyi
Bentuk
14. Yang manakah berikut BUKAN pandangan semesta tamadun Cina?

Wu Xing mengandungi lima elemen iaitu emas, kayu, air, api dan tanah.
Dao bersifat azali yang percaya bahawa semua makhluk adalah berasal dan akan kembali pada akhir
hayat.
Prinsip Zhongyong dipratiskan supaya tidak melampaui batas terlebih atau terkurang.
Tian merupakan kuasa penentu nasib sesebuah dinasti.

15. Pilih pernyataan yang BETUL.

Chang Jiang merupakan pusat pertumbuhan tamadun Cina di selatan.


Peradaban zaman Gangsa adalah terletak di wilayah Shandong.
Kebudayaan Longshan adalah berpusat di Wilayah Shanxi.
Kebudayaan Yangshao adalah berpusat di Wilayah Jiangxi.

You might also like